garis panduan penggunaan sistem e-prestasi untuk bahagian … · 2019. 12. 25. · tugas ppk...

12
Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian Pentadbiran / Pengurusan Akses: 1. Daftarkan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) 2. Lantik Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) untuk setiap kakitangan 3. Kemaskini Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua kepada kakitangan sekiranya terdapat sebarang perubahan Untuk Pegawai Yang Dinilai (PYD) 1. Pada setiap awal tahun: Isi Bahagian I Borang SKT setelah berbincang dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP) 2. Pada Pertengahan Tahun: Isi Bahagian II SKT setelah berbincang dengan PPP 3. Pada Akhir Tahun: Isi Bahagian III Borang SKT untuk Laporan / ulasan keseluruhan pencapaian SKT

Upload: others

Post on 01-Sep-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi

Untuk Bahagian Pentadbiran / Pengurusan Akses:

1. Daftarkan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)

2. Lantik Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) untuk setiap kakitangan

3. Kemaskini Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua kepada kakitangan sekiranyaterdapat sebarang perubahan

Untuk Pegawai Yang Dinilai (PYD)

1. Pada setiap awal tahun: Isi Bahagian I Borang SKT setelah berbincang dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP)

2. Pada Pertengahan Tahun:Isi Bahagian II SKT setelah berbincang dengan PPP

3. Pada Akhir Tahun:Isi Bahagian III Borang SKT untuk Laporan / ulasan keseluruhan pencapaian SKT

Page 2: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LPP)

Apabila PYD telah selesai mengisi Bahagian III SKT, satu emel makluman akan dihantar oleh sistembagi mengingatkan PYD untuk mengisi Borang Laporan Penilaian Prestasi (LPP) untuk tahuntersebut. PYD hendaklah mengisi LPP sebelum PPP dan PPK memberikan markah prestasi.

Untuk Pegawai Penilai Pertama (PPP)

Borang SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) – BAHAGIAN I dan II

1. Setelah mendapat emel makluman pengisian Borang SKT dari PYD, klik pada pautan yangdisertakan di dalam emel, butiran Borang SKT PYD akan dipaparkan di skrin

2. Tekan butang “Terima” sekiranya bersetuju dengan SKT PYD3. Sekiranya tidak setuju / terdapat perubahan pada Bahagian I, tekan butang “Tidak

diterima” dan pastikan ruangan Alasan diisikan terlebih dahulu

Pada Bahagian III:1. Tuliskan ulasan untuk PYD

PEMBERIAN MARKAH PRESTASI

Berikan markah kepada PYD

Untuk Pegawai Penilai Kedua (PPK)

Pemberian Markah kepada PYD hanya boleh dilakukan setelah PPP memberikan markah.

Page 3: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM EPRESTASI

LOGIN Ke Sistem Prestasi:

Bagi pengguna talian SabahNet:Masuk ke dalam sistem prestasi melalui:

1. Laman Aplikasi Kerajaan Negeri Sabah (sww.jpkn.sabah.gov.my) – Klik pada pautan LamanSistem Prestasi. Atau;

2. Laman Sistem Prestasi (eprestasi.sabah.gov.my)

Bagi Pengguna Luar SabahNet:Akses ke Prestasi boleh dilakukan melalui Portal Single Sign On (SSO) –https://egjpkn.sabah.gov.my

Page 4: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

Setelah Laman Utama Sistem Prestasi dipaparkan di pelayar, Perhatikan bahawa Nama Jabatan danKementerian dipaparkan pada sebelah kiri pelayar (Browser). Setiap Jabatan yang tersenaraimerupakan satu Link.

*pada halaman permulaan sistem prestasi ini, jika diperhatikan di bahagian atas skrin, terdapat 3menu iaitu Maklumat Sistem ; Manual Pengguna dan Garis Panduan Penggunaan Sistem. Ketiga-tiga menu ini boleh dicapai dan dibaca sebagai panduan kepada pengguna untuk menggunakansistem ini.

Klik pada Nama Jabatan untuk ke laman seterusnya; Laman log masuk akan dipaparkan.

Pilih Nama anda dan masukkan kata laluan (katalaluan bagi sistem prestasi adalah sama dengankatalaluan yang digunakan untuk mengakses sistem ecuti)

Sekiranya nama anda tidak ada dalam senarai, sila hubungi pegawai SM2 anda, ini kerana, semuarekod sistem prestasi adalah berdasarkan rekod yang ada dalam SM2

Sekiranya anda lupa katalaluan, klik pada pautan “Sila Ketik sini” untuk memohon katalaluan.

Page 5: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

Sistem akan memaparkan satu laman yang mengandungi nama dan alamat emel anda. Sekiranyaalamat emel yang dipaparkan tidak betul, sila hubungi pegawai SM2 untuk mengemaskinimaklumat anda.

Masukkan nama anda:

Sekiranya alamat emel anda betul, sila klik “Beritahu saya”. Katalaluan anda akan dihantarmenerusi emel.

Setelah anda berjaya masuk ke dalam Sistem Prestasi, anda akan mendapat paparan sebegini padaskrin:

Page 6: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

Perhatikan pada bahagian atas sistem ini:– Klik pada menu Sasaran Kerja Tahunan untuk mengisi Borang Sasaran Kerja Tahunan– Klik pada Laporan Penilaian Prestasi untuk mengisi markah prestasi – Klik pada penilai untuk memberi markah kepada Pegawai Yang Dinilai (Menu ini hanya akan

wujud sekiranya anda merupakan Pegawai Penilai Pertama / Pegawai Penilai Kedua

Sasaran Kerja Tahunan:

Selepas klik menu Sasaran Kerja Tahunan; anda akan mendapat paparan seperti di bawah ini:

– Menu Halaman Permulaan akan membawa anda ke Laman Permulaan Sistem Prestasi– Menu Proses Pengisian Borang Sasaran Kerja Tahunan akan memaparkan proses pengisian

SKT:

– Menu Senarai Sasaran Kerja Tahunan Yang Telah Lengkap Diisi memaparkan senarai semuaSKT yang telah lengkap

– Menu Pengisian Borang Sasaran Kerja Tahunan adalah untuk pengguna mengisi Borang SKT

Page 7: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

yang belum lengkap dan menambah SKT untuk tahun terlibat– Log Keluar adalah untuk keluar dari sistem

Klik pada Menu Pengisian Borang Sasaran Kerja Tahunan bagi memulakan proses mengisi BorangSKT anda:

Anda boleh lihat sekiranya ada borang-borang SKT yang belum siap diisi. Klik Ketik di sini untukmenambah SKT bagi tahun yang belum berada di dalam senarai

Kemudian masukkan tahun terlibat:

Setelah anda klik tambah, anda boleh lihat tahun yang anda masukkan telah pun ada dalamsenarai dan rekod untuk Borang SKT pada tahun tersebut telah pun diwujudkan.

Klik pada tahun yang anda tambah tadi dan paparan sebegini akan dipaparkan di skrin:

Teruskan mengisi Bahagian I borang SKT:

Page 8: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

Sekiranya belum selesai mengisi, klik pada butang Belum Selesai Mengisi, akan disambungkemudian

Apabila anda klik butang ini, semua maklumat yang anda isikan akan disimpan di dalampangkalan data, dan anda masih boleh mengubah / mengemaskini maklumat yang ada.

Sekiranya telah selesai mengisi, klik butang Telah Selesai Mengisi, Kemukakan Untuk PersetujuanPPP

Apabila anda klik pada butang Telah Selesai Mengisi:– Segala maklumat yang anda masukkan tidak lagi boleh dikemaskini / diubah– Satu emel makluman akan dihantar kepada PPP untuk SKT tersebut diterima atau ditolak– Sekiranya PPP tidak bersetuju dengan SKT yang anda kemukakan, anda boleh mengubah /

mengemaskini Borang anda, dan kemukakan semula untuk persetujuan PPP– Setelah PPP bersetuju, barulah anda boleh teruskan pengisian ke Bahagian II

* Sekiranya PPP tidak menerima sebarang emel makluman yang memaklumkan anda telah mengisiBahagian I borang SKT, klik semula Telah Selesai Mengisi, Kemukakan untuk persetujuan PPP untukmenjana semula emel.

Page 9: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

Bahagian II Borang SKT:

Setelah Bahagian I SKT anda diluluskan oleh PPP, barulah anda boleh melihat Bahagian II SKTdipaparkan.

Bahagian II adalah untuk senarai projek / aktiviti yang ditambah atau digugurkan

– Aktiviti / Projek Yang Ditambah – sekiranya Aktiviti / Projek tersebut tidak terdapat dalamBahagian I

– Aktiviti/ Projek Yang Digugurkan – Sekiranya Aktiviti / Projek tersebut tidak jadidilaksanakan pada tahun tersebut.

– Jika tidak ada sebarang Aktiviti / Projek yang Ditambah / Digugurkan – memadai denganmemasukkan “TIDAK ADA” pada ruang berkenaan.

Setelah selesai mengisi, kemukakan lagi untuk persetujuan PPP. Apabila PPP bersetuju, barulahBahagian III SKT akan dipaparkan.

Bahagian III SKT

Bahagian III merupakan Laporan / Ulasan Pencapaian keseluruhan SKT pada tahun tersebut. Ulasanini dibuat hujung tahun. Setelah selesai mengisi Bahagian III, kemukakan kepada PPP untuk PPPmemberikan Laporan / Ulasan.

Setelah anda selesai mengisi ke tiga-tiga bahagian ini, satu emel makluman akan dihantar kepadaanda untuk mengingatkan anda mengisi Borang Laporan Penilaian Prestasi.

Page 10: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

Borang Laporan Penilaian Prestasi

Setelah anda selesai mengisi Bahagian III Borang SKT, satu emel makluman akan dihantar kepadaanda untuk mengingatkan anda mengisi Borang Laporan Penilaian Prestasi.

Setelah anda Log Masuk ke Sistem Penilaian Prestasi, klik pada menu Laporan Penilaian Prestasiyang ada di bahagian atas Laman.

Anda akan mendapat paparan seperti ini:

– Menu Halaman Permulaan akan membawa anda ke halaman permulaan Sistem PenilaianPrestasi

– Senarai Laporan Penilaian Prestasi akan memaparkan senarai Penilaian Prestasi yang telahlengkap diisi

Page 11: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

– Pengisian Borang Penilaian Prestasi

Untuk mula mengisi Borang LPP, klik pada Pengisian Borang Penilaian Prestasi, dan masukkantahun terlibat dan klik hantar.

Setelah klik hantar, sistem akan memaparkan keseluruhan Borang LPP untuk diisi oleh PYD.

PYD hendaklah:1. Isi Borang LPP pada bahagian II iaitu kegiatan dan sumbangan diluar tugas rasmi dan

senaraikan latihan yang diperlukan2. Pemberian markah prestasi untuk diri sendiri adalah Optional, sekiranya PYD tidak

berminat untuk menilai diri sendiri, ruangan ini boleh dibiarkan kosong3. Tekan butang “Kemaskini...” 4. satu rekod baru berdasarkan Tahun terkini akan dicipta oleh sistem bagi membolehkan PPP

dan PPK menilai PYD

Tugas PPP (Pegawai Penilai Pertama):1. Klik pada pautan Penilai2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai, klik pada nama PYD3. Borang LPP PYD akan dipaparkan di skrin, isikan markah yang bersesuaian dengan prestasi

PYD (Bahagian IV hingga VI)4. Sekiranya markah yang diberikan kepada PYD belum muktamad,

a. Tekan butang “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat dalam pangkalan datab. PPP masih boleh membuat perubahan markah yang diberikan kepada PYD

5. Sekiranya markah yang diberi kepada PYD telah dimuktamadkan,a. Klik pada kotak kecil berwarna merah di bahagian bawah borang LPPb. Tekan butang “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat dalam pangkalan datac. Setelah markah dimuktamadkan, PPP tidak dapat membuat sebarang perubahan markah

6. Tuliskan Ulasan keseluruhan untuk PYD dan sahkan maklumat yang dimasukkan

Page 12: Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian … · 2019. 12. 25. · Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua): 1. Klik pada pautan Penilai 2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai,

Tugas PPK (Pegawai Penilai Kedua):1. Klik pada pautan Penilai2. Dari senarai Pegawai yang Dinilai, klik pada nama PYD3. Borang LPP PYD akan dipaparkan di skrin, isikan markah yang bersesuaian dengan prestasi

PYD (Bahagian IV- VI)4. Sekiranya markah yang diberikan kepada PYD belum muktamad,

a. Tekan butang “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat dalam pangkalan datab. PPK masih boleh membuat perubahan markah yang diberikan kepada PYD

5. Sekiranya markah yang diberi kepada PYD telah dimuktamadkan,a. Klik pada kotak kecil berwarna merah di bahagian bawah borang LPPb. Tekan butang “Kemaskini” untuk menyimpan maklumat dalam pangkalan datac. Setelah markah dimuktamadkan, PPK tidak dapat membuat sebarang perubahan markah

6. Tuliskan Ulasan keseluruhan untuk PYD dan sahkan maklumat yang dimasukkan.