garis panduan (pembahagian, pelantikan wali harta dan perakuan perwarisan harta pusaka) sabah, 2007

38
i ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH 2004 ( SEKSYEN 29 SUBSEKSYEN 1) (SEKSYEN 11(3)(b) (viii) (ix), 12 (2)(b) DAN SEKSYEN 15) KAEDAHKAEDAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) 2007 ______________________ SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH ______________________ BAHAGIAN I PERMULAAN KAEDAH 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II PROSIDING PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA 3. Bentuk Permohonan 4. Pihak yang boleh bertindak sebagai Pemohon 5. Percantuman pihak-pihak dan syarat-syaratnya 6. Kehadiran Peguam Syarie 7. Kehadiran Responden dengan Afidavit 8. Kehadiran orang berkepentingan bukan Islam 9. Cara memulakan prosiding permohonan 10. Wali Harta dilantik sebelum prosiding dan pengecualiannya

Upload: ahmad-lakim

Post on 03-Jul-2015

812 views

Category:

Law


5 download

DESCRIPTION

Garis Panduan Pengurusan Kes Harta Pusaka, Mahkamah Syariah Negeri Sabah, 2007

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

i

ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH 2004

( SEKSYEN 29 SUBSEKSYEN 1)

(SEKSYEN 11(3)(b) (viii) (ix), 12 (2)(b) DAN SEKSYEN 15)

KAEDAH–KAEDAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN

PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) 2007

______________________

SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH ______________________

BAHAGIAN I

PERMULAAN

KAEDAH

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa 2. Tafsiran

BAHAGIAN II

PROSIDING PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

3. Bentuk Permohonan 4. Pihak yang boleh bertindak sebagai Pemohon 5. Percantuman pihak-pihak dan syarat-syaratnya 6. Kehadiran Peguam Syarie 7. Kehadiran Responden dengan Afidavit 8. Kehadiran orang berkepentingan bukan Islam 9. Cara memulakan prosiding permohonan 10. Wali Harta dilantik sebelum prosiding dan pengecualiannya

Page 2: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

ii

BAHAGIAN III

PENYAMPAIAN

11. Alamat penyampaian 12. Penyampaian kepada Peguam Syarie 13. Proses penyampaian 14. Bentuk Afidavit Penyampaian dan bukti penyampaian 15. Penyampaian ganti bagi harta alih lebih RM5,000-00 dan harta tak alih 16. Bentuk Penyampaian Ganti secara iklan akhbar atau tampalan 17. Tempoh tampalan penyampaian ganti 18. Penyampaian kepada waris atau pihak bawah umur 19. Penyampaian luar bidang kuasa di dalam dan luar Malaysia

BAHAGIAN IV

JENIS-JENIS DAN SYARAT-SYARAT HARTA BOLEH DIPOHON

20. Jenis-jenis harta boleh dipohon 21. Syarat-syarat harta boleh dipohon 22. Pengecualian jenis-jenis dan syarat-syarat harta

BAHAGIAN V

PELANTIKAN WALI HARTA

23. Bentuk permohonan 24. Syarat-syarat pelantikan dan Pemohon yang layak 25. Perbadanan Baitulmal bertindak sebagai Wali Harta 26. Kuasa-kuasa dan tanggungjawab Wali Harta 27. Perluasan kuasa dengan kebenaran Mahkamah 28. Tempoh sah kuatkuasa pelantikan 29. Syarat-syarat tambahan 30. Cara memulakan prosiding permohonan

Page 3: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

iii

BAHAGIAN VI

PERMOHONAN PERAKUAN PERWARISAN

31. Bentuk Permohonan 32. Cara memulakan prosiding permohonan 33. Bentuk Perakuan Perwarisan

BAHAGIAN VII

AFIDAVIT-AFIDAVIT

34. Peruntukkan mengenai afidavit 35. Bentuk-bentuk Afidavit 36. Afidavit dikemukakan oleh pihak-pihak relavan 37. Pemfailan dokumen secara Afidavit Tambahan

BAHAGIAN VIII

PENDENGARAN

38. Notis tarikh pendengaran 39. Prosiding pendengaran dalam Enakmen Tatacara Mal 40. Mahkamah terbuka 41. Kehadiran pihak-pihak 42. Prosiding jika ada bantahan 43. Penarikan balik oleh Pemohon atau Responden 44. Jika gagal hadir semasa prosiding 45. Pendengaran boleh di hadapan Pendaftar 46. Pendengaran di hadapan Hakim 47. Cara permulaan prosiding dan tatacara pendengaran 48. Kuasa Mahkamah memanggil mana-mana pihak dan memeriksa 49. Penangguhan dan pemindahan prosiding

Page 4: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

iv

BAHAGIAN IX

PELUPUSAN DAN PEWAKILAN

50. Pelupusan dan tempoh kuatkuasa Pelupusan 51. Pewakilan dan tempoh kuatkuasa Pewakilan

BAHAGIAN X

PENGHAKIMAN DAN PERINTAH

52. Penghakiman secara bertulis dibaca dalam Mahkamah terbuka 53. Arahan Mahkamah hendaklah dalam bentuk perintah 54. Kertas Penyata Faraid boleh diberi bersama Perintah 55. Penghakiman persetujuan 56. Tarikh kuatkuasa Penghakiman dan Perintah 57. Mahkamah boleh mengenakan syarat tambahan 58. Tempoh pengeluaran Perintah 59. Bentuk-bentuk Perintah

BAHAGIAN XI

SEMAKAN DAN RAYUAN

60. Notis Semakan atau Rayuan 61. Tatacara Rayuan 62. Bidang kuasa Semakan 63. Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah muktamad

BAHAGIAN XII

PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PENGHAKIMAN DAN PENGHINAAN MAHKAMAH

64. Peruntukkan dalam Enakmen Tatacara Mal 65. Kuasa budibicara Mahkamah 66. Penghinaan Mahkamah

Page 5: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

v

BAHAGIAN XIII

PERMOHONAN PERINTAH-PERINTAH LAIN

67. Bentuk permohonan 68. Rujukan Enakmen Tatacara Mala 69. Bentuk Perintah

BAHAGIAN XIV

AM

70. Bidang kuasa Mahkamah mengikut nilai harta 71. Borang-borang 72. Ketidakpatuhan 73. Kes-kes khas 74. Kos, Elaun dan Fi 75. Kuasa asal Mahkamah 76. Rujukan Enakmen Tatacara Mal Syariah jika tidak diperuntukkan 77. Hukum Syarak 78. Peralihan

JADUAL-JADUAL

A Senarai Semak Permohonan Pembahagian Harta Pusaka

B Senarai Semak Permohonan Wali Harta

C Senarai Semak Permohonan Perakuan Perwarisan

D Borang-Borang :

1. Notis Permohonan, Kaedah 3, 23, 67(2)

2. Notis Bantahan, Kaedah 42(2)

3. Afidavit Sokongan Pembahagian Harta Pusaka, Kaedah 3, 36(1)(a)

4. Afidavit Tambahan/Pindaan, Kaedah 28, 36(1)(c)(d), 37

5. Afidavit Bantahan, Kaedah 7(2), 36(1)(b), 42(2)

6. Afidavit sebagai salah satu pihak, Kaedah 7(2), 36(1)(e)

7. Afidavit Pelantikan Wali Harta, Kaedah 23, 36(1)(f)

8. Afidavit Permohonan Perakuan Perwarisan, Kaedah 31, 36(1)(g)

9. Afidavit Permohonan Perintah-Perintah, Kaedah 36(1)(h), 67(2)

10. Afidavit Penyampaian, Kaedah 14, 36(1)(i)

11. Penyampaian Ganti, Kaedah 16

12. Akuan Pelupusan, Kaedah 50(2)

13. Akuan Pewakilan, Kaedah 51(2)

Page 6: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

vi

14. Akuan Penarikan balik Pelupusan, Kaedah 50(3)

15. Akuan Penarikan balik Pewakilan, Kaedah 51(3)

16. Akuan Persetujuan Pembahagian, Kaedah 55(2)

17. Perintah Pembahagian Harta Pusaka, Kaedah 59(a)

18. Perintah Pelantikan Wali Harta, Kaedah 25(2), 59(b)

19. Perakuan Perwarisan, Kaedah 33, 59(c)

20. Perintah Kes Khas Kaedah 73(3)

(Pembahagian dan Pelantikan Wali Harta Pusaka).

21. Laporan Transaksi oleh Wali Harta, Kaedah 26(b)

22. Sapina memanggil saksi dan memeriksa, Kaedah 8(3), 48(2)

23. Notis Semakan/Rayuan, Kaedah 60(2)

E Surat iringan Pemohon

Page 7: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

1

ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH 2004

KAEDAH–KAEDAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

(PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN

HARTA PUSAKA) 2007

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 29 Subseksyen (1)

Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004, Jawatankuasa Kaedah Mahkamah

Syariah membuat kaedah-kaedah berikut :-

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa

1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah (Pembahagian, Pelantikan Wali Harta dan Perakuan Perwarisan Harta Pusaka) 2007.

(2) Kaedah ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dalam semua prosiding

mengenai Pembahagian, Pelantikan Wali Harta dan Perakuan Perwarisan Harta Pusaka

yang dimulakan di Mahkamah kecuali sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah.

(3) Kaedah ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

2. (1) Dalam kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

Page 8: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

2

“Benefisiari” ertinya orang atau kumpulan orang atau pihak-pihak sama ada

diperbadankan atau tidak diperbadankan yang menerima faedah daripada sesuatu

wasiat, hibbah, wakaf, harta pusaka dan berkaitan dengan hasil daripada sesuatu

harta berkenaan termasuklah untuk tujuan agama atau kebajikan yang tidak

bertentangan dengan Hukum Syarak;

“Borang” ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual D kepada Kaedah ini;

“Enakmen Mahkamah” ertinya Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004;

“Enakmen Tatacara Mal” ertinya Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

Negeri Sabah 2004;

“Hakim” atau “Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah

Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang

berkenaan yang dilantik di bawah seksyen 5(1), seksyen 7(1) dan seksyen 9(1)

Enakmen Mahkamah;

“hak a’in” ertinya hak-hak yang berkaitan dengan ‘ain harta-harta simati yang

diiktiraf oleh Hukum Syarak;

“Harta” ertinya ialah harta alih atau tak alih, apa-apa manfaat dalam apa-apa

harta alih atau tak alih, apa-apa hak, kepentingan, hak milik, tuntutan, hak dalam

tindakan sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan atau selainnya

yang mempunyai nilai atau manfaat di sisi Hukum Syarak;

“Harta Pusaka” ertinya semua jenis hak termasuk harta peninggalan yang dimiliki

secara sah oleh simati di sisi Hukum Syarak;

Page 9: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

3

“Hibah” ertinya alang atau pemberian sesuatu dari seseorang semasa masih

hidup;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau salah satu

daripada Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;

“Kaedah ini” ertinya Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah

(Pembahagian, Pelantikan Wali Harta dan Perakuan Perwarisan Harta Pusaka)

2007.

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah atau Mahkamah

Rendah Syariah, mengikut mana-mana berkenaan yang dibentuk di bawah seksyen

4(1) dan (2) Enakmen Mahkamah;

“Mahkamah Rayuan” ertinya Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sabah yang

ditubuhkan di bawah seksyen 4(3) Enakmen Mahkamah;

“Mahkamah Sivil” ertinya mana-mana mahkamah yang dibentuk di bawah Perkara

121 Perlembagaan Malaysia;

“Notis” ertinya mana-mana notis bertulis melainkan jika dalam apa-apa hal

diperintahkan selainnya oleh Mahkamah;

“Orang-orang berkepentingan” atau “Orang-orang atau pihak berkepentingan”

ertinya termasuk mana-mana individu, organisasi, institusi, syarikat atau

pertubuhan yang dimaksudkan dalam Kaedah 4 subkaedah (1) Kaedah ini.

Page 10: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

4

“Orang-orang berkepentingan bukan Islam” ertinya termasuk mana-mana individu

atau pihak berbentuk organisasi, institusi, syarikat atau pertubuhan yang terdiri

daripada orang-orang bukan Islam yang mempercayai ada kepentingan terhadap

harta atau hak ‘ain harta simati.

“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di

bawah seksyen 32 Enakmen Mahkamah;

“Pejabat Pendaftar” ertinya pejabat mana-mana Mahkamah yang menjalankan

bidang kuasa di bawah Enakmen Mahkamah;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang

dilantik di bawah seksyen 10 Enakmen Mahkamah;

“Pendengaran” ertinya prosiding termasuk siasatan dan perbicaraan sesuatu

permohonan dalam Kaedah ini;

“Penghakiman” ertinya keputusan termasuk perintah Mahkamah;

“Perbadanan Baitulmal” ertinya Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah yang

ditubuhkan di bawah seksyen 3 Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998;

“Pelupusan” ertinya memberi atau melupuskan bahagian harta oleh seseorang

atau pihak berkepentingan dari harta yang ia berhak menerimanya untuk diberi

tanpa paksaan kepada seseorang yang dinyatakan dalam Borang Pelupusan;

“Perwakilan” ertinya memberi wakil kuasa oleh seseorang waris atau pihak

berkepentingan kepada seseorang atau pihak-pihak tertentu untuk menjadi wakil

Page 11: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

5

bagi dirinya melaksanakan sesuatu transaksi atau tindakan seperti dinyatakan

dalam Borang Perwakilan;

“Wali Harta” ertinya termasuk Pentadbir Harta atau Pelantikan Wasi di bawah

seksyen 11 subseksyen (3)(b)(viii) Enakmen Mahkamah iaitu seseorang atau pihak

yang diberi kuasa untuk melaksanakan sesuatu amanah atau kuasa-kuasa yang

diberi secara bertulis;

“Waris” ertinya seseorang atau pihak-pihak yang ditentukan oleh Hukum Syarak

berhak menerima bahagian dari peninggalan harta simati.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Kaedah ini dan tidak

ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1967 (dan 1948)/ Enakmen

Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963) hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya

masing-masing setakat yang ertinya itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

Page 12: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

6

BAHAGIAN II

PROSIDING PERMOHONAN

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Bentuk permohonan

3. Permohonan untuk mendapatkan Perintah Pembahagian Harta Pusaka, hendaklah dibuat melalui notis dan Afidavit Pembahagian Harta Pusaka menggunakan Borang 1 dan Borang 3.

Pihak yang boleh bertindak sebagai pemohon

4. (1) Pihak-pihak berikut boleh bertindak sebagai pemohon –

(a) Waris simati; (b) Benefisiari, pihak-pihak atau orang-orang Islam yang bukan waris simati

tetapi mempercayai ada kepentingan terhadap harta atau hak ‘ain harta simati seperti pemberi hutang, penyewa, pembeli atau pihak-pihak yang menerima faedah dari hibbah atau wasiat simati;

(c) Perbadanan Baitulmal; (d) Agensi-agensi kerajaan yang relevan; (e) Institusi kewangan, insuran, pertubuhan kebajikan atau agensi-agensi

seumpamanya.

(2) Pihak dalam subkaedah (1) (c), (d) dan (e) hendaklah diwakili oleh Peguam Syarie.

Percantuman pihak-pihak dan syarat-syaratnya

5. (1) Kecuali dalam subkaedah (2), percantuman pihak-pihak sebagai Pemohon bersama tidak dibenarkan jika tajuk permohonan perkara simati lebih dari seorang dalam satu-satu prosiding.

Page 13: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

7

(2) Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai

pemohon atau responden dengan syarat –

(a) Tajuk permohonan perkara simati adalah orang yang sama dalam satu prosiding; atau

(b) Simati adalah orang berlainan tetapi menjadi waris bertingkat dalam satu prosiding.

Kehadiran Peguam Syarie

6. Tertakluk Bahagian V, Enakmen Tatacara Mal, seseorang Peguam Syarie yang dilantik oleh pihak-pihak dalam prosiding permohonan, boleh hadir mewakili pihak-pihak dalam prosiding itu tetapi tidak boleh disifatkan sebagai Pemohon atau Responden.

Kehadiran responden dengan afidavit

7. (1) Mana-mana pihak yang disenaraikan dalam Kaedah 4 boleh juga bertindak atau dijadikan sebagai responden dalam mana-mana prosiding, tertakluk kebenaran Mahkamah jika melibatkan pihak-pihak dalam Kaedah 4, subkaedah (1) (e).

(2) Kehadiran pihak-pihak yang dimaksudkan dalam subkaedah (1) hanya

dibenarkan oleh Mahkamah setelah memfailkan afidavit sama ada Afidavit Bantahan

apabila bertindak sebagai responden atau Afidavit sebagai satu pihak jika tidak berkaitan

dengan pihak responden yang sedia ada.

Kehadiran orang berkepentingan bukan Islam

8. (1) Kehadiran mana-mana orang berkepentingan bukan Islam terhadap harta simati adalah dibenarkan jika dia mempercayai bahawa ada hak terhadap harta atau hak ‘ain harta simati atau ada sebab-sebab lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Orang-orang dalam subkaedah (1) tidak perlu memfailkan afidavit tetapi

hendaklah memberi maklum kepada pejabat Pendaftar melalui satu surat rasmi yang

Page 14: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

8

mengandungi nama dan alamatnya yang lengkap, butir-butir permohonan atau sebab-

sebab permohonan sebagai orang berkepentingan terhadap harta atau hak ‘ain harta

simati.

(3) Orang-orang dalam subkaedah (1) hanya dibenarkan hadir dalam prosiding

setelah mendapat kebenaran Mahkamah iaitu melalui satu notis atau sapina memanggil

saksi menggunakan Borang 22 dan Mahkamah boleh memberi perhatian terhadap

Bahagian XIV, Bab 2, seksyen 100 sehingga seksyen 111, Enakmen Tatacara Mal setakat

mana peruntukkan-peruntukkan berkaitan. Kehadiran orang-orang dalam subkaedah (1)

tidak disifatkan oleh Mahkamah sebagai pihak-pihak dalam mana-mana prosiding.

Cara memulakan prosiding permohonan

9. (1) Tiap-tiap permohonan Pembahagian Harta Pusaka hendaklah dimulakan dengan memfailkan notis, afidavit dan dokumen-dokumen dalam Senarai Semak dalam Jadual A kepada pejabat Pendaftar.

(2) Tiap-tiap notis dan afidavit terhadap seseorang waris atau pihak responden jika

ada, hendaklah dikemukakan untuk difailkan oleh pemohon dalam salinan yang

mencukupi dan satu salinan tambahan hendaklah dikemukakan bagi tiap-tiap responden

tambahan.

Wali Harta dilantik sebelum prosiding dan pengecualiannya

10. (1) Wali Harta hendaklah dilantik sebelum memulakan prosiding permohonan Pembahagian Harta Pusaka simati dalam keadaan-keadaan –

a) simati mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan terlebih dahulu; b) simati ada membuat wasiat, hibbah, wakaf atau nazar; c) hak ‘ain harta simati perlu terdahulu dikenalpasti atau diselesaikan; d) yang memerlukan tindakan Wali Harta untuk apa-apa urusan atau transaksi

yang perlu bagi menjaga kepentingan waris atau pihak-pihak lain yang ada kepentingan.

Page 15: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

9

(2) Prosiding yang memerlukan pelantikan Wali Harta dalam subkaedah (1) boleh

dikecualikan dengan syarat -

a) persetujuan awal semua waris atau orang-orang atau pihak-pihak berkepentingan diperolehi secara bertulis termasuk persetujuan mengambil alih apa-apa tanggungan simati; dan atau

b) setelah dirujuk, Mahkamah berpendapat tidak wujud keperluan melantik Wali Harta dan Mahkamah hendaklah merekodkan alasan-alasan memberi pengecualian sedemikian.

BAHAGIAN III

PENYAMPAIAN

Alamat penyampaian

11. Tertakluk kepada Kaedah 12, setiap Pemohon dalam mana-mana prosiding hendaklah memberikan alamat bagi penyampaian di dalam Negeri Sabah.

Penyampaian kepada Peguam Syarie

12. Jika mana-mana Pemohon atau pihak lain yang menjadi salah satu pihak dalam mana-mana prosiding diwakili oleh seseorang Peguam Syarie, alamat penyampaian Peguam Syarie itu hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian kecuali jika pelepasan atau penukaran telah dibuat terhadap Peguam Syarie berkenaan.

Proses penyampaian

13. (1) Setelah permohonan didaftarkan, sesuatu notis dan afidavit yang difailkan oleh pemohon, hendaklah dikembalikan dan disampaikan oleh Pegawai Mahkamah kediri Pemohon. Akuan penerimaan dokumen oleh pemohon adalah menjadi bukti penyampaian.

(2) Tertakluk Kaedah 12, penyampaian notis dan afidavit atau dokumen lain

kepada waris atau orang yang berkepentingan selain dari pemohon, hendaklah

disampaikan kediri orang itu sendiri oleh Pegawai Mahkamah atau orang lain dengan

Page 16: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

10

kebenaran bertulis dari Mahkamah. Jika perlu, Mahkamah boleh mengarahkan

penyampaian dibuat melalui mana-mana guaman Peguam Syarie dan kos hendaklah

ditanggung oleh pemohon kecuali diperintahkan sebaliknya. Penyampaian kepada orang-

orang berkepentingan bukan Islam hendaklah tertakluk Kaedah 8.

(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi,

notis dan afidavit atau dokumen-dokumen lain tidak dapat disampaikan secara biasa,

Mahkamah boleh memerintahkan supaya disampaikan secara penyampaian ganti sama

ada secara tampalan atau iklan dalam akhbar mengikut Kaedah 16.

Bentuk afidavit penyampaian dan bukti penyampaian

14. Sama ada penyampaian yang dikehendaki oleh subkaedah 13(2) dapat dilaksanakan atau sebaliknya, bukti penyampaian oleh Pegawai Mahkamah atau orang lain yang diberi kebenaran bertulis oleh Mahkamah, hendaklah dibuat melalui Afidavit Penyampaian dalam Borang 10.

Penyampaian ganti bagi harta alih lebih RM5,000 dan harta tak alih

15. Selain proses penyampaian kediri sama ada dapat dilaksanakan atau sebaliknya, penyampaian ganti melalui akhbar dan secara tampalan di tempat-tempat awam yang sesuai hendaklah dilaksanakan bagi permohonan harta alih melebihi nilai RM Lima ribu (RM5,000.00) atau melibatkan harta tak alih.

Bentuk penyampaian ganti dan tempat-tempat tampalan

16. (1) Bentuk Penyampaian Ganti secara iklan akhbar atau tampalan seperti dalam Jadual Borang 11.

(2) Mahkamah mempunyai budibicara menetapkan penyampaian ganti secara

iklan dilaksanakan dalam mana-mana akhbar.

Page 17: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

11

(3) Penyampaian ganti secara tampalan dalam subkaedah (1) hendaklah

dilaksanakan di tempat-tempat berikut –

(a) Mahkamah yang mendengar permohonan; dan /atau

(b) Mahkamah di mana waris lain atau lokasi harta berada;

dan mana-mana berkenaan, sama ada di

(i) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah; atau

(ii) mana-mana pejabat atau tempat awam yang difikirkan sesuai.

Tempoh tampalan penyampaian ganti

17. Tempoh tampalan bagi penyampaian ganti secara tampalan di papan kenyataan ialah mulai dari tarikh iklan akhbar atau notis dikeluarkan sehingga sehari selepas tarikh prosiding yang dinyatakan dalam penyampaian ganti itu.

Penyampaian kepada waris atau pihak bawah umur

18. Penyampaian kepada mana-mana orang yang tidak berkeupayaan atau berumur kurang dari lapan belas (18) tahun adalah dianggap telah disempurnakan dengan menyerahkan dokumen itu kepada penjaganya yang sah atau kepada orang dewasa yang tinggal atau di bawah jagaannya.

Penyampaian luar bidang kuasa di dalam dan luar Malaysia

19. Penyampaian luar bidang kuasa di dalam dan di luar Malaysia bagi dokumen-dokumen dalam prosiding Kaedah ini hendaklah mengikut peruntukan seksyen 52 sehingga seksyen 55 Enakmen Tatacara Mal.

Page 18: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

12

BAHAGIAN IV

JENIS-JENIS DAN SYARAT-SYARAT

HARTA BOLEH DIPOHON

Jenis-jenis harta boleh dipohon

20. Jenis-jenis harta yang boleh dipohon dalam Kaedah ini ialah - a) tanah yang mempunyai geran; b) rumah yang didirikan atas tapak bergeran; c) harta-harta tak alih berbentuk perniagaan seperti kebun atau seumpamanya; d) harta-harta alih termasuk wang, saham, syer dan lain-lain seumpamanya; e) mana-mana harta atau hak ‘ain harta yang menjadi hak terhadap simati atau

milik simati yang diputuskan oleh Mahkamah sebagai termasuk dalam tafsiran Harta Pusaka dalam Kaedah 2, subkaedah (1) termasuk harta sepencarian, harta perkongsian dan seumpamanya.

Syarat-syarat harta boleh dipohon

21. Syarat-syarat bagi harta dalam Kaedah 20 yang boleh dipohon ialah - a) harta atas nama simati; atau b) harta atas nama orang lain tetapi mempunyai hak ‘ain harta; atau c) harta atas nama bersama orang atau pihak lain; dan d) harta adalah termasuk dalam tafsiran ‘Harta Pusaka’ dalam Kaedah 2(1)

Pengecualian jenis-jenis dan syarat-syarat harta

22. Mahkamah mempunyai kuasa budibicara mengecualikan jenis-jenis harta yang boleh dipohon di bawah Kaedah 20 dan syarat-syarat harta di bawah Kaedah 21 bagi harta-harta yang tersenarai sebagai Kes-Kes Khas dalam Kaedah 73.

Page 19: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

13

BAHAGIAN V

PELANTIKAN WALI HARTA

Bentuk permohonan

23. Permohonan Pelantikan Wali Harta hendaklah dipohon oleh seseorang atau mana-mana pihak dengan cara memfailkan notis dan afidavit seperti dalam Borang 1 dan 7, termasuk dokumen-dokumen lain dalam Senarai Semak Jadual B.

Syarat-syarat pelantikan dan Pemohon yang layak

24. (1) Pertimbangan Mahkamah untuk Pelantikan Wali Harta dibuat setelah memenuhi syarat-syarat berikut – (a) telah mencapai umur 18 tahun;

(b) beraqal;

(c) tidak terhalang dari mengurus harta dari segi Hukum Syarak;

(d) tidak terhalang dari memiliki harta dari segi Hukum Syarak;

(e) dapat menyediakan jaminan atau/dan cagaran bernilai tidak kurang dari

separuh nilai pasaran harta simati atau membuat akujanji menanggung

risiko kewangan akibat kecuaian atau penyalahgunaan oleh Wali Harta

(2) Pihak-pihak yang boleh bertindak sebagai Pemohon dalam Kaedah 4, adalah

juga layak sebagai Pemohon dalam Pelantikan Wali harta.

Perbadanan Baitulmal bertindak sebagai Wali Harta

25. (1) Tertakluk subkaedah (3), Mahkamah mempunyai kuasa budibicara melantik Perbadanan Baitulmal untuk bertindak sebagai Wali Warta terhadap mana-mana harta sama ada pelantikan itu dipohon oleh Perbadanan Baitulmal atau oleh mana-mana pihak atau atas kehendak Mahkamah sendiri.

Page 20: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

14

(2) Pelantikan oleh Mahkamah dalam subkaedah 1 dibuat melalui satu perintah

seperti dalam Borang 18.

(3) Perbadanan Baitulmal boleh dilantik sedemikian dalam keadaan-keadaan

berikut –

(a) mahkamah memutuskan Perbadanan Baitulmal mendapat bahagian faraid;

(b) wujud hak ‘ain harta simati melibatkan kepentingan pihak-pihak lain; atau

(c) waris simati ghaib, sukar dihubungi dengan cara yang munasabah atau

waris masih janin; atau

(d) wujud keperluan untuk menyelaraskan dan memudahkan pengagihan

bahagian faraid terhadap waris atau pihak berkepentingan lain.

Kuasa-kuasa dan tanggungjawab Wali Harta

Wali Harta bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas –

(a) semua perkara yang diperintahkan dalam perintah Pelantikan Wali Harta;

(b) setiap dua (2) bulan dari tarikh perintah dikeluarkan, menyediakan Laporan

Transaksi bertulis seperti dalam Borang 21 mengenai perkembangan atau

status bagi setiap transaksi atau tindakan yang telah dan/atau akan

dilaksanakan sehingga transaksi selesai;

(c) menyerahkan setiap laporan itu dalam tempoh tidak kurang tujuh (7) hari

berkerja kepada Mahkamah dan salinan-salinan kepada setiap waris atau

pihak yang berkepentingan;

(d) mengenalpasti kewujudan dan status harta-harta simati; harta-harta yang

bersangkutan dengan hutang, zakat, wasiat, cagaran atau gadaian, jual beli,

wakaf dan/atau nazar, hibah, harta sepencarian dll;

(e) mengenalpasti ahli-ahli waris simati atau pihak yang berkepentingan

dengan harta atau ‘ain harta simati; dan

(f) menyediakan penyata transaksi kewangan bagi setiap harta-harta simati.

Page 21: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

15

Perluasan kuasa dengan kebenaran

26. Walau apapun peruntukan di bawah Kaedah 26, Mahkamah boleh dari masa ke semasa atas permohonan pemohon melalui satu afidavit tambahan dalam Borang 4, meluaskan kuasa-kuasa itu tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah.

Tempoh sah kuatkuasa pelantikan

27. Mahkamah hendaklah menetapkan tempoh sah kuatkuasa pelantikan Wali Harta dalam perintah yang dikeluarkan dan boleh dilanjutkan oleh Mahkamah atas permohonan pemohon melalui satu afidavit pindaan dalam Borang 4. Jika Mahkamah tidak menetapkan sedemikian, tempoh sah kuatkuasa hendaklah dikira dari tarikh perintah dikeluarkan sehingga transaksi atau tindakan telah disempurnakan bagi harta yang dinyatakan dalam perintah itu.

Syarat-syarat tambahan

28. Mahkamah boleh mengenakan apa-apa syarat tambahan terhadap pelantikan Wali Harta dan memasukkan syarat-syarat tambahan itu sebagai sebahagian daripada perintah.

Cara memulakan prosiding

29. (1) Kecuali pelantikan dibuat atas kehendak Mahkamah dalam suatu prosiding Pembahagian Harta Pusaka atau Perakuan Perwarisan, tiap-tiap permohonan pelantikan Wali Harta hendaklah dimulakan dengan memfailkan notis, afidavit dan dokumen-dokumen dalam Senarai Semak dalam Jadual B.

(2) Jika perlu kepada prosiding pendengaran, Mahkamah hendaklah memberi

perhatian Bahagian VIII dalam Kaedah ini.

Page 22: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

16

BAHAGIAN VI

PERMOHONAN PERAKUAN PERWARISAN

Bentuk permohonan

30. Setiap permohonan bagi mendapatkan Perakuan Perwarisan di bawah seksyen 15, Enakmen Mahkamah hendaklah dibuat dalam bentuk Afidavit Permohonan Perakuan Perwarisan seperti dalam Borang 8.

Cara memulakan prosiding permohonan

31. (1) Cara permulaan prosiding ialah pemohon memfailkan Borang Permohonan Perakuan Perwarisan dan menyertakan dokumen-dokumen seperti dalam Senarai Semak Jadual C ke pejabat Pendaftar.

(2) Selain boleh memberi perhatian terhadap peruntukan mengenai prosiding

pendengaran dalam Bahagian VIII Kaedah ini, Mahkamah mempunyai budibicara untuk

menjalankan acara atau bentuk penyiasatannya sendiri bagi mengesahkan kesahihan

maklumat dalam Afidavit Permohonan Perakuan Perwarisan dan dokumen-dokumen yang

difailkan.

Bentuk Perakuan Perwarisan

32. Setelah berpuas hati dengan maklumat dan dokumen-dokumen, Mahkamah hendaklah membuat keputusan secara bertulis dan membuat perakuan terhadap permohonan itu dalam bentuk Perakuan Perwarisan seperti Borang 19.

BAHAGIAN VII

AFIDAVIT-AFIDAVIT

Page 23: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

17

Peruntukkan mengenai afidavit

33. Kecuali seksyen 113, afidavit-afidavit yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding dalam Kaedah ini hendaklah tertakluk dengan semua peruntukkan mengenai afidavit dalam Bahagian XIV, Bab 3, Enakmen Tatacara Mal.

Bentuk-bentuk afidavit

34. (1) Bentuk afidavit sama ada Afidavit Sokongan Pembahagian Harta Pusaka, Afidavit-Afidavit Tambahan, Afidavit-Afidavit Pindaan, Afidavit Bantahan, Afidavit sebagai satu pihak, Afidavit Pelantikan Wali Harta, Afidavit Permohonan Perakuan Pewarisan, Afidavit Permohonan Perintah-Perintah dan Afidavit Penyampaian hendaklah dalam bentuk seperti Borang 3 hingga 10.

(2) Walau apapun subkaedah (1), Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya

menerima sesuatu afidavit walaupun apa-apa ketakteraturan dalam bentuknya.

Afidavit dikemukakan oleh pihak-pihak relevan

35. (1) Afidavit-afidavit dalam Kaedah 35 hendaklah dikemukakan oleh pihak-pihak relevan seperti berikut -

(a) Afidavit Sokongan Pembahagian Harta Pusaka oleh Pemohon;

(b) Afidavit Bantahan oleh Responden;

(c) Afidavit Tambahan atau Pindaan terhadap Afidavit Sokongan oleh Pemohon;

(d) Afidavit Tambahan atau Pindaan terhadap Afidavit Bantahan oleh Responden;

(e) Afidavit Sebagai Satu Pihak oleh pihak ketiga yang berkepentingan selain

Pemohon atau Responden;

(f) Afidavit Pelantikan Wali Harta oleh Pemohon;

Page 24: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

18

(g) Afidavit Permohonan Perakuan Pewarisan oleh Pemohon;

(h) Afidavit Permohonan Perintah-Perintah oleh mana-mana pihak;

(i) Afidavit Penyampaian oleh orang yang menyampaikan sesuatu dokumen

Mahkamah.

(2) Selain afidavit-afidavit dalam subkaedah (1), Mahkamah mempunyai budibicara

menetapkan bentuk dan tajuk yang sesuai bagi afidavit-afidavit yang dikemukakan ke

Mahkamah.

Pemfailan dokumen secara afidavit tambahan

36. Tiap-tiap pemfailan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pihak-pihak kepada pejabat Pendaftar atau Mahkamah hendaklah dibuat secara Afidavit Tambahan seperti dalam Borang 4.

BAHAGIAN VIII

PENDENGARAN

Notis tarikh pendengaran

37. Kecuali bagi permohonan Perakuan Perwarisan di bawah seksyen 15 Enakmen Mahkamah, tarikh dan masa untuk prosiding pendengaran termasuk siasatan pertama terhadap permohonan Pembahagian Harta Pusaka dan permohonan Wali Harta hendaklah ditetapkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan itu didaftarkan, tertakluk pemfailan dokumen yang sempurna dan teratur.

Page 25: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

19

Prosiding pendengaran dalam Enakmen Tatacara Mal

38. Mahkamah boleh memberi perhatian terhadap mana-mana peruntukan relevan dalam Bahagian XV, Enakmen Tatacara Mal dalam menentukan prosiding pendengaran.

Mahkamah terbuka

39. Kecuali diperintahkan oleh Mahkamah atas kepentingan awam atau sebab-sebab lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah, prosiding pendengaran dalam Kaedah ini hendaklah dalam Mahkamah terbuka.

Kehadiran pihak-pihak

40. Pemohon boleh hadir sendirian atau hadir bersama Peguam Syarie adalah tertakluk Kaedah 4 dan 6. Kehadiran responden adalah tertakluk Kaedah 7 dan kehadiran orang atau pihak berkepentingan bukan Islam adalah tertakluk Kaedah 8.

Prosiding jika ada bantahan

41. (1) Jika ada bantahan dari mana-mana pihak yang disifatkan sebagai responden, Mahkamah boleh menetapkan bentuk prosiding pendengaran bantahan itu dan boleh memberi perhatian terhadap mana-mana peruntukan yang sesuai di bawah seksyen 126 (3) sehingga subseksyen (8), Enakmen Tatacara Mal.

(2) Notis bantahan dan Afidavit Bantahan seperti Borang 2 dan 5 hendaklah

difailkan tiga (3) hari sebelum tarikh prosiding pendengaran dan hendaklah disampaikan

satu salinan kepada pemohon, tetapi Mahkamah boleh menggunakan budibicara sama

ada menerima atau mengenepikan bantahan yang difailkan kurang dari tempoh tersebut.

(3) Jika ada bantahan dari mana-mana orang atau pihak berkepentingan yang

bukan Islam, Mahkamah juga mempunyai kuasa budibicara menetapkan perjalanan

prosiding pendengaran dan boleh memberi peluang kepada pemohon dan responden

untuk membuat apa-apa soalan yang berkaitan terhadap orang atau pihak itu.

Page 26: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

20

Penarikan balik oleh pemohon atau responden

42. (1) Pemohon boleh dengan kebenaran mahkamah, pada bila-bila masa sebelum penghakiman, menarik balik mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya dengan memberikan notis penarikan kepada Mahkamah dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada responden.

(2) Jika pemohon menarik balik mana-mana prosiding di bawah subkaedah (1),

responden boleh mendapat kos prosiding itu.

(3) Responden juga boleh pada bila-bila masa dengan memberi notis kepada

Mahkamah dan salinan kepada pemohon untuk menarik balik bantahannya atau

sebahagian daripada bantahannya dan hendaklah dalam keadaan itu dihalang daripada

membuat bantahan pada mana-mana peringkat prosiding.

Jika gagal hadir semasa prosiding

43. (1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran: –

(a) tiada satu pihak pun hadir , Mahkamah boleh membuang tindakan itu;

(b) responden tidak hadir, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, Mahkamah boleh mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau

(c) pemohon tidak hadir tanpa alasan munasabah, Mahkamah boleh terus mendengar keterangan responden jika ada.

(2) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman,

mengarahkan pemohon atau responden, mengikut mana-mana yang berkenaan,

mengangkat sumpah istizhar.

Page 27: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

21

(3) Jika terdapat lebih daripada seorang pemohon atau responden dan hanya seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir dan memutuskan tindakan terhadap pihak-pihak yang tidak hadir.

(4) Mahkamah boleh mengikut budibicaranya dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam subkaedah (1) atau (3) memerintahkan penangguhan.

Pendengaran boleh di hadapan pendaftar

45. Prosiding pendengaran pertama boleh dijalankan di hadapan Pendaftar bagi

menentukan kepatuhan terhadap prosiding, dokumen-dokumen dan bagi menentukan

isu-isu utama jika ada bantahan dari mana-mana pihak. Pada mana-mana peringkat

prosiding Pendaftar juga boleh mendengar prosiding pendengaran seterusnya jika

mendapat arahan dari Hakim.

Pendengaran di hadapan Hakim

46. Semua prosiding pendengaran hendaklah dijalankan di hadapan Hakim dan Hakim

mempunyai kuasa melaksanakan semua prosiding yang dijalankan oleh Pendaftar di

bawah Kaedah 45, termasuk boleh membuat apa-apa arahan tambahan atau

pengubahsuaian arahan terhadap perkara-perkara yang diputuskan oleh Pendaftar.

Cara permulaan prosiding dan tatacara pendengaran

47. (1) Hakim boleh memberi arahan tentang cara permulaan prosiding pendengaran

atau bentuk perjalanan prosiding pendengaran dan boleh memberi arahan tentang

susunan ucapan terhadap keterangan-keterangan pemohon dan responden.

(2) Tatacara prosiding siasatan adalah seperti berikut –

Page 28: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

22

(a) Pemohon hendaklah memulakan dengan membuka kesnya;dan (b) Jika pemohon tidak diwakili oleh Peguam Syarie, Mahkamah boleh

mengemukakan soalan-soalan sebagai prosiding pendengaran terhadap pemohon mengenai beberapa maklumat atau fakta dengan memberi perhatian terhadap kandungan afidavit dan dokumen-dokumen yang difailkan oleh pemohon;

(c) Selepas soalan itu, pemohon boleh mengemukakan saksi atau apa-apa dokumen berkaitan bagi menyokong keterangannya dan Mahkamah boleh mengemukakan apa-apa soalan terhadap saksi atau dokumen itu;

(d) Respondenan berhak memberi keterangan bantahan, mengemukakan saksi-saksi atau dokumen-dokumen sebagai menyokong bantahannya Sebelum penggulungan hujah oleh pemohon dan responden;

(e) Tertakluk kehadiran responden jika ada, pihak yang bertindak sebagai pemohon hendaklah mempunyai hak memulakan penggulungan kesnya, kemudian giliran responden;

(f) Penggulungan hujah boleh dibuat secara bertulis atau lisan, dan jika secara lisan tertakluk kebenaran Mahkamah untuk pemfailan hujah bertulis difailkan selepas itu dalam tempoh yang ditetapkan.

Kuasa Mahkamah memanggil mana-mana pihak dan memeriksa

48. (1) Demi kepentingan keadilan, Mahkamah mempunyai kuasa budibicara pada

mana-mana peringkat prosiding melalui satu notis atau sapina memanggil mana-mana

pihak untuk mengemukakan keterangan dan boleh memeriksa mana-mana tempat dan

barang yang difikirkan patut untuk disiasat.

(2) Notis atau sapina dalam subkaedah (1) hendaklah menggunakan Borang 22.

(3) Mahkamah mempunyai kuasa budibicara menetapkan bagaimana bentuk prosiding pendengaran dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keterangan dan bukti-bukti yang diserahkan.

Page 29: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

23

Penangguhan dan pemindahan prosiding

49. Mahkamah boleh dari masa ke semasa menangguhkan atau memindahkan mana-

mana pendengaran dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dan boleh mengenakan

apa-apa syarat apabila berbuat demikian.

BAHAGIAN IX

PELUPUSAN DAN PEWAKILAN KUASA

Pelupusan dan tempoh kuatkuasa pelupusan

50. (1) Pada mana-mana peringkat prosiding, pelupusan boleh dibuat oleh waris atau

pihak berkepentingan atau orang berkepentingan bukan Islam.

(2) Pelupusan sedemikian hendaklah dalam Borang Akuan Pelupusan

menggunakan Borang 12 dan berkuat kuasa pada tarikh Akuan Pelupusan ditandatangani.

(3) Sesuatu pelupusan tidak boleh dibatalkan kecuali dengan perintah Mahkamah.

Penarikan balik keseluruhan atau sebahagian pelupusan, hendaklah dibuat dalam Borang

14 dan diserahkan kepada pejabat Pendaftar untuk mendapat arahan selanjutnya dari

Hakim bicara.

(4) Mahkamah boleh merekodkan pelupusan awal yang dibuat oleh mana-mana

waris atau pihak berkepentingan atau orang berkepentingan bukan Islam yang dibuat

dalam Mahkamah tertakluk pemfailan Borang Akuan Pelupusan diserah kepada pejabat

Pendaftar sebelum perintah dikeluarkan.

Page 30: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

24

(5) Tertakluk kepada budibicara mahkamah pelupusan hendaklah difailkan dalam

tempoh tiga puluh hari selepas keputusan dibuat dan kegagalan sedemikian, perintah

pembahagian secara faraid boleh dikeluarkan bagi bahagian yang tidak dilupuskan.

Pewakilan dan tempoh kuatkuasa pewakilan

51. (1) Pada mana-mana peringkat prosiding sebelum perintah dikeluarkan,

Mahkamah boleh membenarkan mana-mana waris atau pihak berkepentingan atau orang

berkepentingan bukan Islam mewakilkan kepada mana-mana orang untuk menerima

bahagian harta simati atau hak ‘ain harta simati yang ia berhak, dan pewakilan sedemikian

hendaklah bertindak sebagaimana diperintahkan.

(2) Pewakilan sedemikian hendaklah dibuat dalam Borang Akuan Pewakilan

menggunakan Borang 13 dan berkuat kuasa pada tarikh borang itu ditandatangani oleh

pemberi wakil sehingga tindakan atau urusan yang dinyatakan dalam borang itu selesai

dilaksanakan.

(3) Sesuatu perwakilan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum

pelaksanaan tindakan atau urusan yang dinyatakan dalam Borang Pewakilan itu.

Penarikan balik pewakilan hendaklah dibuat melalui Borang 15 dan diserahkan kepada

pejabat Pendaftar untuk mendapat arahan selanjutnya dari Hakim bicara.

BAHAGIAN X

PENGHAKIMAN DAN PERINTAH

Penghakiman secara bertulis dibaca dalam Mahkamah terbuka

52. (1) Penghakiman hendaklah mengandungi perintah yang sesuai dan dibuat secara

bertulis.

Page 31: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

25

(2) Apabila seseorang Hakim yang telah membicarakan mana-mana prosiding tidak

dapat mengumumkan penghakimannya kerana sesuatu sebab, penghakiman yang ditulis

olehnya bolehlah dibaca di Mahkamah terbuka oleh mana-mana Hakim atau Pendaftar.

Arahan Mahkamah hendaklah dalam bentuk perintah

53. Setiap arahan Mahkamah hendaklah dalam bentuk perintah dan tidak mempunyai

kesan undang-undang kecuali dibuat sedemikian.

Kertas penyata faraid boleh diberi bersama perintah

54. Mahkamah boleh memberikan salinan-salinan kertas penyata faraid bersama

perintah untuk makluman waris-waris simati mengenai bahagian-bahagian yang patut

mereka perolehi jika perkiraan dibuat secara faraid dan penyata sedemikian tidak boleh

digunakan bagi apa-apa tujuan yang bertentangan dengan kehendak perintah.

Penghakiman persetujuan

55. (1) Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan pihak-pihak termasuk sulh,

boleh direkodkan oleh Mahkamah pada mana-mana peringkat prosiding dan Mahkamah

hendaklah merekodkan secara bertulis semua persetujuan-persetujuan dan terma-terma

jika pihak-pihak membuat persetujuan itu secara lisan dalam Mahkamah.

(2) Persetujuan bertulis oleh waris yang tidak hadir semasa prosiding

pendengaran hendaklah dibuat dalam Borang Persetujuan Pembahagian menggunakan

Borang 16.

Tarikh kuatkuasa penghakiman dan perintah

Page 32: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

26

56. Tiap-tiap penghakiman atau perintah hendaklah mengandungi tarikh bila ianya

dibuat dan hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan atau berkuatkuasa serta

merta jika tarikh kuat kuasa tidak ditetapkan.

Mahkamah boleh mengenakan syarat tambahan

57. Mahkamah boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan yang

difikirkan perlu dan wajar oleh Mahkamah sebelum mengeluarkan sesuatu perintah demi

keadilan pihak-pihak.

Tempoh pengeluaran perintah

58. Perintah hanya boleh dikeluarkan selepas tamat tempoh 14 hari dari tarikh

penghakiman diberi kecuali atas alasan-alasan mendesak yang dibuktikan dan diluluskan

oleh Hakim berkenaan, sesuatu perintah boleh dikeluarkan dengan segera.

Bentuk-bentuk perintah

59. Perintah hendaklah dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar dan bentuk-bentuk

perintah adalah mengikut jenis permohonan seperti berikut –

(a) Perintah Pembahagian Harta Pusaka menggunakan Borang 17;

(b) Perintah Pelantikan Wali Harta, menggunakan Borang 18; dan

(c) Perakuan Perwarisan, menggunakan Borang 19.

BAHAGIAN XI

SEMAKAN DAN RAYUAN

Page 33: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

27

Notis semakan atau rayuan

60. (1) Pihak yang terkilan atau tidak berpuashati dengan suatu penghakiman adalah

berhak merayu keputusan Mahkamah dengan memfailkan notis semakan atau notis

rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman itu diberikan.

(2) Notis semakan atau rayuan sedemikian hendaklah menggunakan Borang 23.

(3) Jika tempoh hak semakan atau rayuan telah tamat, pihak yang terkilan atau

tidak berpuashati dengan sesuatu penghakiman itu boleh memohon tempoh rayuan

dilanjutkan.

(4) Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan mana-mana prosiding atau

arahan Mahkamah sebelum penghakiman diberi, permohonan sama ada semakan atau

rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Tinggi jika mahkamah mula bicara di Mahkamah

Rendah, atau ke Mahkamah Rayuan jika mahkamah mula bicara di Mahkamah Tinggi.

(5) Pengeluaran perintah yang diluluskan di Mahkamah mula bicara hendaklah

digantung serta merta oleh Hakim berkenaan pada tarikh semakan atau rayuan difailkan.

Tatacara rayuan

61. Tatacara rayuan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya adalah tertakluk

di bawah seksyen 138 sehingga seksyen 146, Enakmen Tatacara Mal, seksyen 14 dan

seksyen 17 Enakmen Mahkamah.

Bidang kuasa semakan

62. Dalam perkara-perkara berkaitan dalam Kaedah ini, Mahkamah Rayuan Syariah

dan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mengikut peruntukan mengenai bidang kuasa

Page 34: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

28

pengawasan dan penyemakan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 16 dan

seksyen 17, Enakmen Mahkamah.

Keputusan Mahkamah Rayuan muktamad

63. Dalam perkara-perkara rayuan dan semakan yang dirujuk ke Mahkamah Rayuan

Syariah, keputusan Mahkamah Rayuan Syariah adalah muktamad.

BAHAGIAN XII

PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PENGHAKIMAN

DAN PENGHINAAN MAHKAMAH

Peruntukan dalam Enakmen Tatacara Mal

64. Penguatkuasaan, Pelaksanaan Penghakiman dalam Bahagian XVIII, Enakmen

Tatacara Mal, hendaklah terpakai setakat mana peruntukkan-peruntakkannya sesuai

digunakan dalam Kaedah ini.

Kuasa budibicara Mahkamah

65. Selain memberi perhatian terhadap peruntukkan-peruntukkan dalam Bahagian

XVIII Enakmen Tatacara Mal, Mahkamah mempunyai kuasa budibicara menetapkan

prosiding dan mengeluarkan apa-apa perintah untuk penguatkuasaan dan pelaksanaan

penghakiman terhadap mana-mana permohonan dalam Kaedah ini.

Penghinaan Mahkamah

66. (1) Prosiding dan perkara-perkara berkaitan dengan penghinaan Mahkamah dalam

Kaedah ini, hendaklah mengikut peruntukkan seksyen 229-231, Enakmen Tatacara Mal.

Penghinaan

Mahkamah

Page 35: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

29

(2) Keengganan atau kegagalan mematuhi mana-mana perintah Mahkamah atau

arahan Hakim secara bertulis dalam Kaedah ini, adalah dianggap sebagai penghinaan

Mahkamah.

BAHAGIAN XIII

PERMOHONAN PERINTAH-PERINTAH LAIN

Bentuk permohonan

67. (1) Kecuali diperintahkan sebaliknya, tiap-tiap permohonan untuk perintah-

perintah berikut, hendaklah didaftarkan ke pejabat Pendaftar di mana perintah-perintah

itu dikeluarkan, iaitu permohonan –

(a) Perintah mengenepikan permohonan-permohonan;

(b) Perintah membatalkan pelantikan Wali Harta/Wasi;

(c) Perintah injunksi;

(d) Perintah pindaan;

(e) Perintah penggantungan; dan lain-lain perintah yang berkaitan dengan

mana-mana permohonan dalam kaedah ini.

(2) Permohonan dalam subkaedah (1) hendaklah dibuat melalui notis dan afidavit

Permohonan Perintah dalam Jadual D, Borang 1 dan 9.

Rujukan Enakmen Tatacara Mal

68. Prosiding bagi mendengar dan memutuskan permohonan-permohonan dalam

Kaedah 67 adalah mengikut tatacara permohonan dalam Enakmen Tatacara Mal.

Bentuk perintah

Page 36: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

30

69. Bentuk perintah yang dikeluarkan dalam Bahagian ini adalah seperti yang lazim

dikeluarkan oleh Mahkamah bagi kes-kes mal di bawah peruntukkan Enakmen Tatacara

Mal dan Mahkamah boleh menentukan atau mengubah bentuk-bentuk perintah

berkenaan yang sesuai.

BAHAGIAN XIV

AM

Bidang kuasa Mahkamah mengikut nilai harta

70. Mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa masing-masing mendengar

semua prosiding permohonan dalam Kaedah ini tertakluk kepada bidang kuasa yang

diperuntukkan dalam seksyen 11(3)(b)(viii), (ix), seksyen 12 (2)(b) dan seksyen 15,

Enakmen Mahkamah.

Borang-borang

71. Borang-borang yang diperuntukkan dalam Jadual D hendaklah dipakai di mana

berkenaan dan dengan pengubahsuaian tertentu jika hal keadaan menghendaki, tetapi

borang itu tidak boleh diubah sedemikian semata-mata untuk mengenakan ke atas

seseorang itu apa-apa tanggungan atau melucutkan daripadanya apa-apa hak atau

maklumat kecuali jikalau pengubahsuaian itu dibenarkan oleh undang-undang.

Ketidakpatuhan

72. (1) Ketidakpatuhan dengan mana-mana peruntukan dalam Kaedah ini adalah

dianggap sebagai luar aturan tetapi tidak boleh membatalkan prosiding itu, kecuali

Mahkamah memerintahkan sedemikian tetapi Mahkamah boleh atas usulnya sendiri atau

atas permohonan mana-mana pihak mengenepikan prosiding sepenuhnya atau

sebahagiannya sebagai tak berperaturan atau memerintah pindaan ke atasnya atas

syarat-syarat yang difikirkan patut.

Page 37: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

31

(2) Permohonan di bawah subkaedah (1) boleh ditolak kecuali jika dibuat dalam

tempoh yang munasabah dan sebelum pemohon mengambil langkah-langkah dalam

prosiding dengan mengetahui akan ketidakpatuhan itu.

Kes-Kes Khas

73. (1) Senarai permohonan kes-kes berikut adalah disifatkan sebagai kes-kes khas

yang boleh dikecualikan dari mematuhi beberapa peruntukan dalam Kaedah ini dengan

syarat tidak menyebabkan ketidakadilan iaitu permohonan –

a) pencen; b) lesen atau senjata api; c) permit kenderaan; d) wang atau saham di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) e) pampasan insuran atau khairat kematian atau seumpamanya; f) atau syarikat bukan persendirian; g) tanah-tanah berbentuk skim pekebun kecil; h) harta-harta lain yang dilindungi oleh undang-undang melalui penamaan; i) harta-harta simati yang menurut pandangan Mahkamah simati mempunyai

hak atau ‘ain harta dan kepentingan tetapi tidak boleh dibahagi atau diputuskan secara pembahagian Harta Pusaka.

(2) Bentuk permohonan dan prosiding Kes-Kes Khas dalam Kaedah 73 subkaedah

(1) (a) sehingga (i) hendaklah dilaksanakan seperti seolah-olah membuat

permohonan Pelantikan Wali Harta dalam Bahagian V.

(3) Bentuk atau kandungan perintah bagi Kes-Kes Khas boleh diputuskan oleh

Mahkamah sama ada seperti perintah Pembahagian Harta Pusaka dalam

Borang 17 atau Pelantikan Wali Harta dalam Borang 18 atau gabungan kedua-

duanya seperti Borang 20.

Kos, elaun dan fi

74. Semua perkara mengenai kos, elaun dan fi Mahkamah dan perkara-perkara yang

berkaitan dengannya adalah sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen 221 sehingga

228, Enakmen Tatacara Mal dan tertakluk dengan mana-mana kaedah yang berkuatkuasa

mengenainya.

Page 38: GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

32

Kuasa asal Mahkamah

75. Tiada apa-apa jua dalam Kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau

menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang

perlu untuk mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses

Mahkamah.

Rujukan Enakmen Tatacara Mal jika tidak diperuntukkan

76. Dalam apa-apa perkara yang tidak ada atau tidak diperuntukkan dengan nyata di

dalam Kaedah ini tetapi diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Mal, Mahkamah

hendaklah merujuk dan mengikut peruntukan itu.

Hukum Syarak

77. (1) Apa-apa peruntukan atau tafsiran peruntukan di dalam kaedah-kaedah ini yang

berlawanan atau tidak konsisten dengan kehendak-kehendak Hukum Syarak adalah

terbatal setakat mana ianya berlawanan atau tidak konsisten itu.

(2) Dalam perkara mengenai amalan, tatacara atau apa-apa perkara yang tidak ada

atau tidak diperuntukkan dengan nyata di dalam Kaedah ini atau di bawah Enakmen

Tatacara Mal, Mahkamah hendaklah mengikut Hukum Syarak.

Peralihan

78. Jika mana-mana prosiding atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana

Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Kaedah ini, peruntukan Kaedah ini hendaklah

terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak

menyebabkan ketidakadilan.