zakat harta yang tidak dituntut selepas...
TRANSCRIPT
ZAKAT HARTA YANG TIDAK DITUNTUT SELEPAS KEMATIAN
Mohd Kamarul Khaidzir Bin Saadan
Harta/wang yang tidak dituntut
- harta seseorang yang tidak diuruskan dengan sempurna sehingga harta tersebut disimpan dalam Perbendaharaan Negara atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia sama ada pada diri sendiri atau waris apabila berlaku kematian.
DEFINISI HARTA YANG TIDAK DITUNTUT
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Baitulmal
Amanah Raya Berhad
Tabung Haji
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Pejabat Tanah dan Daerah
Institusi Kewangan
Pemegang Amanah/ Individu
DIMANA HARTA TERSEBUT?
Seksyen 8, Akta Wang Tak Dituntut 1965
- 1) Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.
- Contoh:
- a) Gaji, upahan, bonus, komisyen dan wang lain yang kena dibayar kepada pekerja ;
- b) Dividen;
- c) Keuntungan yang diisytihar untuk dibahagikan;
- d) Draf bank, Cashier’s order, dan dokumen lain tempoh sah lakunya telah luput;
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
- e) Simpanan tetap tanpa arahan pembaharuan automatik yang telah matang;
- f) Cagaran dan deposit yang telah tercapai tujuan wang itu dikutip;
- g) Pemiutang pelbagai; dan
- h) Penghutang pelbagai berbaki kredit.
Seksyen 8, Akta Wang Tak Dituntut 1965
2) Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
Contoh :
- a) Akaun simpanan;
- b) Akaun semasa;
- c) Simpanan tetap
Seksyen 8, Akta Wang Tak Dituntut 1965
3) Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan tidak kurang dari dua (2) tahun.
Contoh :
a) Akaun pemiutang dagangan dan
b) Akaun Penghutang dagangan berbaki kredit.
Seksyen 8, Akta Wang Tak Dituntut 1965
• Caruman yang tidak dituntut disimpan dalam akaun
KWSP sehingga ahli berumur 80 tahun
• Lima (5) tahun selepas ahli tidak mencarum dengan
KWSP seterusnya akan dipindahkan kepada
bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut
(Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991)
KWSP
Wang amanah yang disimpan oleh ARB:
Penerima harta tersebut telah meninggal dunia
Penerima belum cukup umur.
Penerima cacat daya pemikiran
Penerima tidak dapat dikesan.
ARB
• ARB membuka akaun amanah dan mengumpulkan
di dalam satu tabung Kumpulan Wang Bersama
Amanah Raya Berhad
• Dilaburkan dalam instrumen-instrumen patuh
syariah.
• Jika terdapat tuntutan daripada waris, ARB
mengeluarkan wang ini mengikut seksyen 37, Akta
Pemegang Amanah
ARB
Tidak boleh menyerahkan wang daripada Akaun Tidak Aktif bagi pendeposit TH kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut
(Muzakarah JF Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Ke-27)
Wujud akad persetujuan di antara pendeposit dengan TH yang meletakkannya sebagai Pemegang Amanah
Wang simpanan kekal walaupun akaun tidak aktif telah melebihi tujuh (7) tahun
Tabung Haji
Wang simpanan kekal walaupun akaun tidak aktif telah melebihi tujuh (7) tahun
TH membayar zakat perniagaan bagi pihak pendeposit berdasarkan modal bercampur /khultoh
Pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat simpanan ke atas wang simpanannya di TH
Tabung Haji
Tabung Haji Seksyen 23(2) Akta Tabung Haji 1995
Harta Luqatah
(i) Hebahan satu tahun Lupuskan /lelongan
Hasil ke Baitulmal;
(ii) Pemiliknya berhak menuntut barang atau nilai
barang.
(iii) Baitulmal adalah pemegang amanah dan boleh
manfaatkan bagi tujuan kemaslahatan umat.
Baitulmal
HUKMI HAKIKI
JENIS KEMATIAN
JENIS KEMATIAN
KEMATIAN HAKIKI
Kematian biasa /mayatnya dijumpai
Sijil Kematian dan Permit Mengubur
Pewarisan Selepas Kematian
JENIS KEMATIAN
KEMATIAN HUKMI Kematian mayatnya TIDAK dijumpai Kedudukan Orang Hilang , Seksyen 108 Akta Keterangan
1950: “Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama tujuh tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya”. Pewarisan Selepas Perintah Anggapan Kematian
ZAKAT HARTA PUSAKA
TERTIB PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA 1- Pengurusan Pengkebumian 2- Pembayaran Hutang 3- Pelaksanaan Wasiat 4- Pembahagian Harta Pusaka
ZAKAT HARTA PUSAKA
PEMBAYARAN HUTANG 1- Hutang dengan Manusia (Dayn al-’Ibad) 2- Hutang dengan ALLAH (Dayn ALLAH)
Puasa / Fidyah ZAKAT Haji Nazar Kifarah
ZAKAT HARTA PUSAKA
Fatwa Jawatankuasa Syariah Bayt al-Zakat: Jika ahli waris tidak membahagikan harta pusaka atas kehendak mereka sendiri selama bertahun-tahun. Para pewaris mesti membayar zakat setiap tahun yang berlalu, apabila syarat-syarat zakat dipenuhi.
Jawatankuasa Syariah (2/98).
ELEMEN WAJIB ZAKAT HARTA
PEMILIKAN SEMPURNA
“Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas (ikhtiyari) untuk mengurus (haq al-tasarruf) dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-undang dan peraturan.”
ELEMEN WAJIB ZAKAT HARTA
PEMILIKAN SEMPURNA
Simpanan KWSP × Milik pekerja/ pencarum
Tidak dalam urustadbir pencarum
ELEMEN WAJIB ZAKAT HARTA
HARTA SUBUR/BERKEMBANG
Harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki atau boleh diusahakan (taqdiri) Secara hakiki seperti binatang ternakan berkaki empat, hasil tanaman makanan asasi, dan barang perniagaan. Secara taqdiri seperti emas, perak, mata wang dan hasil galian.
ELEMEN WAJIB ZAKAT HARTA
HARTA SUBUR/BERKEMBANG
Tiada zakat pada harta yang tidak boleh dimanfaatkan oleh sebab di luar kekuasaannya
contoh: Harta yang hilang
TIDAK SUBUR atas faktor harta, bukan KEGAGALAN pemilik.
ELEMEN WAJIB ZAKAT HARTA
HARTA SUBUR/BERKEMBANG
Nawawi: Zakat tanaman dikenakan sekali sahaja. Simpanan bertahun-tahun tidak dikenakan zakat kerana tidak subur Malikiyyah: Zakat hutang dibayar setahun sahaja ketika penerimaan. Kerana tiada proses penyuburan di tangan penghutang.
وانقطاع عنه، يده لزوال استنمائه، من صاحبه يتمّكن ال الّذي المال على
.إليه عوده في أمله
ملكه، في أصله بقي ما كلّ هو :بقوله الحنفيّة من "المحيط "صاحب
.الغالب في عوده يرجى ال زواالا يده عن زال ولكن
.الملك أصل قيام مع به االنتفاع مقدور غير مال كلّ هو :الكاسانيّ وقال
مارالمال الض ِّ
له كانت فإن بيّنة، الغاصب على لصاحبه يكن لم إذا المغصوب المال - أ
. بضمار فليس بيّنة عليه
عليه قدرته لعدم كالهالك، هو إذ مفقود، كبعير المفقود، المال - ب .
العدم حكم في ألنّه البحر، في الّساقط المال - ج .
تذّكره ثمّ مكانه، صاحبه نسي إذا صحراء أو بّريّة في المدفون المال - د
. زمان بعد
مارالمال الض ِّ
سنين بعد إليه وصل ثمّ ظلما ، مصادرة الّسلطان أخذه الّذي المال – هـ .
عليه يكن لم إذا عالنية سنين المدين جحده الّذي المجحود الدّين – و
. به قوم عند الجاحد أقرّ بأن سنين، بعد بيّنة له صارت ثمّ بيّنة،
الحرب دار إلى العدوّ به ذهب الّذي المال - ز .
تذّكره ثمّ سنين، شخصه نسي إذا يعرفه ال من عند المودع المال - ح .
مارالمال الض ِّ
Hanafiyyah:
Tidak wajib zakat
Berkata 'Ali RA: Tidak ada zakat harta dhimar
HUKUM ZAKAT HARTA DHIMAR
Malikiyah:
Wajib zakat satu tahun sahaja selepas ditemui walaupun hilang beberapa tahun.
HUKUM ZAKAT HARTA DHIMAR
Shafiiyyah dan Hanabilah:
Wajib zakat setelah ditemui.
Bayar setiap tahun yang hilang.
HUKUM ZAKAT HARTA DHIMAR
KES ZAKAT PUSAKA
Soalan:
Encik Abu meninggal dunia dan dia ada meninggalkan harta yang banyak (melebihi nisab). Semasa hayatnya, beliau tidak pernah meninggalkan kewajipan zakat.
ZAKAT HARTA PUSAKA
KES ZAKAT PUSAKA
JAWAPAN
Tidak perlu dizakatkan terlebih dahulu harta peninggalan si mati, kerana jelas tiada sebarang tunggakan zakat ke atasnya sehingga dia meninggal dunia.
ZAKAT HARTA PUSAKA
KES ZAKAT PUSAKA
Wajib dizakatkan secara individu oleh semua waris yang menerimanya.
Dikategorikan sebagai harta yang diperolehi daripada hasil pemberian (al-‘Atiyyah).
Digabungkan dengan semua jenis harta pendapatan yang lain (penggajian, hasil bebas dan al-Mustaghallat)
jika memenuhi syarat wajib, ia perlu dizakatkan sebagai zakat pendapatan.
ZAKAT HARTA PUSAKA
NOTA
Tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa harta pusaka yang baru diterima perlu dikenakan zakat.
Jika selepas itu ia berkembang biak, maka ia wajib dikenakan zakat - tertakluk kepada segala hukum zakat yang berkaitan).
ZAKAT HARTA PUSAKA
1- JUMHUR - TIADA ZAKAT
Waris tidak tahu, ada halangan dan tiada kemampuan tasarruf.
Kena zakat jika waris tahu, tiada halangan dan ada kemampuan tasarruf.
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
Zakat adalah kepada si mati sebagai Dayn ALLAH.
Zakat waris bermula setahun dari tarikh kematian si mati
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
2- KENA ZAKAT BILA TERIMA
Malikiyyah: Wajib zakat sekali waktu terima
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
KES ORANG HILANG (1)
Rashid telah hilang pada 01 Januari 2000 di laut. Selepas 7 tahun beliau dianggap mati pada hari kehilangan. Beliau meninggalkan wang simpanan di dalam bank sebanyak RM 2 juta.
Adakah harta tersebut dikenakan zakat? Bagaimanakah cara pengiraannya?
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
KES ORANG HILANG (1)
JAWAPAN
Wajib bayar zakat ke atas harta tersebut kerana dikira hutang si mati.
Zakat dikira pada hari perintah anggapan kematian .
Waris wajib bayar zakat apabila menerima secara mutlak harta tersebut.
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
KES ORANG HILANG (1)
Tidak wajib zakat pada waktu menunggu, seperti kes harta dhimar.
Sekiranya bahagian ahli waris sampai nisab, wajib bayar zakat al-mal al-mustafad.
Nota:
Bayaran zakat al-mal al-mustafad berdasarkan ijtihad pemerintah sama ada menunggu haul atau bayar waktu perolehan
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
KES ORANG HILANG (2)
Azmi telah hilang pada 01 Januari 2000 di Mekah. Selepas 7 tahun beliau dianggap mati pada 01 Januari 2007. Beliau meninggalkan wang simpanan di dalam bank sebanyak RM 1 juta.
Adakah harta tersebut dikenakan zakat? Bagaimanakah cara pengiraannya?
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
KES ORANG HILANG (2)
JAWAPAN
Wajib bayar zakat ke atas harta tersebut kerana dikira hutang si mati.
Zakat dikira pada tarikh hilang hingga tarikh anggapan kematian .
Waris wajib bayar zakat bagi pihak orang hilang (mafqud).
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
KES ORANG HILANG (2)
Wajib zakat pada waktu menunggu kerana beliau masih dianggap hidup.
Waris menerima pusaka pada tarikh anggapan kematian.
Sekiranya bahagian ahli waris sampai nisab, wajib bayar zakat al-mal al-mustafad.
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
KES TANGGUH PUSAKA
Malik telah mati pada 01 Februari 2000 dan disahkan meninggal dunia pada hari kehilangan, dan meninggalkan wang simpanan sebanyak RM 2 juta. Pembahagian pusaka tidak dapat dilakukan segera dan tertangguh selama dua tahun atas sebab yang tidak dapat dielakkan..
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
KES TANGGUH PUSAKA
JAWAPAN
Wajib bayar zakat ke atas harta tersebut kerana dikira hutang si mati.
Zakat dikira pada hari kematian .
Waris wajib bayar zakat apabila menerima secara mutlak harta tersebut iaitu selepas dua tahun
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
KES TANGGUH PUSAKA
Tidak wajib zakat pada waktu menunggu kerana belum berlaku pemilikan penuh, hak transaksi dan manfaat.
Sekiranya bahagian ahli waris sampai nisab, wajib bayar zakat al-mal al-mustafad/al-‘Atiyyah
Nota:
Bayaran zakat al-mal al-mustafad berdasarkan ijtihad pemerintah sama ada menunggu haul atau bayar waktu perolehan
ZAKAT HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT
-Tamat-
OLEH: MOHD KAMARUL KHAIDZIR BIN
SAADAN Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Bangi, Selangor.