gabungan negeri2 melayu baru

23
PENDAHULUAN Pada kurun ke 18, terdapat kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu baru yang muncul selepas kejatuhan Melaka pada 1511 apabila diserang oleh Portugis. Empat buah kerajaan Melayu yang pengasasnya bukan anak watan iaitu Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan di negeri sembilan, newbold menyenaraikan sembilan wilayah yang terangkum dalam sembilan jajahan ini iaitu, Klang, Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Ulu Pahang, Jelebu, Johol dan Segamat. Pada tahun 1727, Negeri Sembilan bawah kekuasaan Raja Johor namun keadaan huru-hara, menyebabkan Dato’-Dato’ Penghulu Luak bermuafakat untuk menjemput Raja Melewar yang berasal dari Minangkabau untuk dipertuankan dan menguruskan hal ehwal rakyat wilayah tersebut. Asal usul kerajaan Kelantan pula dilihat mempunyai pertalian dengan Kerajaan Melayu Pattani. Keadaan politik Kelantan yang kucar-kacir sebelum abad ke 18, menyebabkan muncul orang yang telah menyatukan dan mengasaskan dinasti Kelantan, iaitu Long Yunus. Dato Pengkalan Tua yang merupakan kerabat diraja Pattani telah menghantar dua orang puteranya iaitu Tuan Sulong dan Tuan Besar ke Kelantan.

Upload: melania-applelyea-ad

Post on 04-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUANPada kurun ke 18, terdapat kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu baru yang muncul selepas kejatuhan Melaka pada 1511 apabila diserang oleh Portugis. Empat buah kerajaan Melayu yang pengasasnya bukan anak watan iaitu Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan di negeri sembilan, newbold menyenaraikan sembilan wilayah yang terangkum dalam sembilan jajahan ini iaitu, Klang, Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Ulu Pahang, Jelebu, Johol dan Segamat. Pada tahun 1727, Negeri Sembilan bawah kekuasaan Raja Johor namun keadaan huru-hara, menyebabkan Dato-Dato Penghulu Luak bermuafakat untuk menjemput Raja Melewar yang berasal dari Minangkabau untuk dipertuankan dan menguruskan hal ehwal rakyat wilayah tersebut. Asal usul kerajaan Kelantan pula dilihat mempunyai pertalian dengan Kerajaan Melayu Pattani. Keadaan politik Kelantan yang kucar-kacir sebelum abad ke 18, menyebabkan muncul orang yang telah menyatukan dan mengasaskan dinasti Kelantan, iaitu Long Yunus. Dato Pengkalan Tua yang merupakan kerabat diraja Pattani telah menghantar dua orang puteranya iaitu Tuan Sulong dan Tuan Besar ke Kelantan. Kedua-dua putera ini telah berkahwin di Kelantan. Tuan Besar adalah datuk kepada Long Yunus. Hal ini dapat kita lihat bahawa asal usul kerajaan Kelantan ada pertalian dengan kerajaan Melayu Pattani. Nama kerajaan Selangor diambil sempena nama sungai utamanya, iaitu Sungai Selangor. Sebelum menjadi kerajaan Selangor, Selangor yang merujuk kepada Sungai Selangor telahpun muncul sebagai sebuah unit politik yang kuat. Antara unit politik yang lain ialah Sungai Bernam, Sungai Jeram, Sungai Klang, dan Sungai Lukut. Pada kurun ke 17, walaupun Selangor masih dibawah taklukan Johor, namun didapati ramai orang-orang Bugis yang datang dari Sulawesi telah mendiami kawasan Kelang dan Kuala Selangor. Pada tahun 1756, Raja Lumu yang berketurunan Bugis didapati telah memerintah Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin atau Tuanku Raja Selangor atau Raja Selangor.[footnoteRef:2] Sejak itu, anak cucu dan keturunan bagindalah yang menjadi Sultan di negeri Selangor hingga sekarang. [2: Haji Buyong Adil. 1971. Sejarah Selangor. Hlm Viii.]

Tun Zainal Abidin merupakan sultan pertama di Terengganu. Baginda merupakan adinda kepada Tun Abd. Jalil Bendahara Paduka Raja yang menjadi Sultan Johor (1699-1720) selepas kemangkatan Sultan Mahmud II dengan gelaran Sultan Abd. Jalil Riayat Syah IV. Selepas kekalahan Raja Kecil menentang Daeng Merewah di Riau, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor (1718-1760) dan Yang Dipertua Muda memerintah Raja Tua, iaitu Daeng Menambung akhirnya dating ke Terengganu untuk melantik Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu yang pertama. Hal ini demikian membuktikan bahawa sebelum penubuhan kerajaan baru di negeri-negeri tersebut telah wujud pemerintah-pemerintah di negeri-negeri berkenaan. Kewujudan keadaan yang demikian, bertambah menarik perhatian kerana ia dapat memperjelaskan tentang bagaimana keluarga tersebut mengasaskan kerajaan, mengambil-alih teraju pememrintahan sebelumnya serta mendapatkan pengiktirafan dan pengesahan sebagai pemerintah yang sah di atas takhta kerajaan negeri-negeri tersebut.TERENGGANUPenubuhan kerajaan baru oleh keluarga baru di Terengganu bermula pada 1720-an. Sebelum tahun ini sudah ada pemerintah di Terengganu tetapi tidak jelas. Dalam abad ketujuh belas Terengganu berada di bawah kekuasaan Johor. Datuk Bendahara Padang Saujana pernah menitahkan tiga orang pembesarnya iaitu Paduka Laksamana, Paduka Seri Rama, dan Paduka Raja supaya mengambil Terengganu secara kekerasan dari pemerintah Megat-megat.[footnoteRef:3]Pada kurun ke -17 dan awal ke-18 terdapat beberapa tokoh yang bergilir-gilir memerintah Terengganu seperti Paduka Laksamana dan Seri Rama, Bendahara Hasan, Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail.[footnoteRef:4] [3: Timah Hamzah. 1981. Pemberontakan Tani 1928 Di Trengganu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 8.] [4: Ibid. hlm. 9.]

Pada 1720-an, Tun Zainal Abidin telah ditabalkan menjadi Sultan Terengganu yang merupakan keturunan Bendahara Johor dengan gelaran Sultan Zainal Abidin di Tanjung Baru, Kuala Berang. Menurut sumber bertulis dan sumber-sumber lisan, Tun Zainal Abidin ialah Sultan Terengganu yang pertama. Baginda ialah putera kepada Tuan Habib Abdul Majid atau juga dikenali dengan panggilan Bendahara Padang Saujana.[footnoteRef:5]Setakat ini terdapat dua sumber yang mengemukakan tentang bagaimana Tun Zainal Abidin di tabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu. Dalam buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji,[footnoteRef:6]menyebutkan pertabalan Tun Zainal Abidin di atas takhta kerajaan Terengganu dilakukan oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua yang mendapat titah daripada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Dalam sumber yang lain pula terdapat keterangan yang mengatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chao Yang, Raja Patani.[footnoteRef:7]Perbezaan sumber ini telah dapat mencerminkan bahawa adanya usaha untuk menunjukkan kedaulatan dan kewibawaan negeri masing-masing sama ada Patani atau Johor. Kenyataannya, pada kurun ke-18 kedua-dua negeri ini telah mengalami zaman kemerosotan. Kehebatan Patani mulai pudar apabila Raja-raja perempuan mangkat. Begitu juga dengan Johor, kacau bilau yang berlaku dalam negeri telah mengugat keutuhannya. Pada kurun ke-17, negeri Patani dan Johor telah mencatatkan keagungan masing-masing dalam sejarah dunia Melayu. [5: Abdullah Zakaria B. Ghazali. 1996. Terengganu Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, hlm. 1.] [6: Raja Ali Haji. 1965. Tuhfat al-Nafis. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, hlm.70.] [7: Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang. 1978. Terengganu Dari Bentuk Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Publication & Distributors, hlm 32-33.]

Tulfat al-Nafis tidak langsung menyebut tentang pemergian Tun Zainal Abidin ke Patani. Sumber ini hanya mencatatkan berdasar kepada satu kisah iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan Yang di Pertuan Muda Daeng Marewah[footnoteRef:8] telah mengarahkan Raja Tua Daeng Menampuk ke Terengganu untuk menabalkan Tun Zainal Abidin. Selepas upacara ini, Raja Tua Daeng Menampuk telah pulang ke Riau. Pengkisahan ini berbeza dengan keterangan yang dikemukakan oleh Hikayat Johor serta Pahang. Sumber ini menyebut bahawa Tun Zainal Abidin datang ke Patani. Kedatangan beliau pula dikaitkan dengan rancangan dan pembunuhan ke atas Paduka Raja Wan Abdul Rahman. Ketika Tun Zainal Abidin berada di Patani, beliau telah menjadi anak angkat oleh Raja Patani iaitu Phra Nang Chao Yang.[footnoteRef:9]. Ketiadaan Tun Zainal Abidin di Johor menyebabkan kekandanya iaitu Sultan Abdul Jalil Riayat Shah iv memerintah seorang panglima mencarinya. Panglima ini tiba di Patani dan mendapat berita bahawa Tun Zainal Abidin telah menjadi anak angkat kepada Raja Patani. Kemudian panglima tersebut pulang ke Johor dan melaporkan kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah iv. Kemudian Sultan Abdul Jalil Riayat Shah berangkat ke Patani. Kedatangan baginda disambut oleh Raja Patani di Penarik dan kemudiannya baginda dibawa ke Istana Nang Chayang. Ketika berada di Patani, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah berkahwin dengan Nang Chao dan kemudian beliau berkahwin dengan penyanyi istana iaitu Dang Sirat. Namun begitu, Dang Sirat telah dibunuh oleh Sultan Abdul Riayat Shah iv kerana menyedari baginda telah terpedaya.[footnoteRef:10] Barangkali kerana malunya Sultan Abdul Jalil Riayat Shah iv tidak menemui isterinya iaitu Nang Chayang dan terus berangkat balik ke Johor bersama Tun Zainal Abidin. Namun, sumber ini tidak langsung menyebut tentang pertabalan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk. [8: Timah Hamzah. 1981. Pemberontakan Tani 1928 Di Trengganu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 9.] [9: Abdullah Zakaria B. Ghazali. 1996. Terengganu Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, hlm. 2.] [10: Ibid. hlm. 3.]

Kisah yang dikemukakan oleh Hikayat Johor serta Pahang amat berbeza dengan pengkisahan yang dikemukakan oleh Hikayat Patani. Di dalam Hikayat Patani pula menyebut bahawa Sultan Johor yang datang ke Patani ialah Yang Dipertuan Besar Johor iaitu adalah sama dengan Sultan Abdul Jalil Syah III pada tahun 1632-1677. Kedatangan beliau ialah semasa pemerintahan Raja Ungu pada tahun 1624 hinggan tahun 1635. Ketika berada di Patani, baginda berkahwin dengan Raja Kuning. Kemudian baginda pulang ke Johor. Tidak berapa selepas itu, Sultan Jalil datang lagi ke Patani bersama saudara sepupunya iaitu Raja Bajau yang merupakan Yang Dipertuan Muda Johor untuk menziarahi kemangkatan Raja Ungu. Kemudian Sultan Abdul Jalil pulang ke Johor, manakala Raja Bajau pula tinggal di Patani. Ketika berada di Patani, Yang Dipertuan Johor berkahwin pula dengan Dang Sirat iaitu penari istana. Oleh kerana tipu muslihat Dang Sirat, Yang dipertuan Johor ingin merampas kuasa pemerintahan di Patani dan melantik Dang Sirat sebagai permaisuri. Namun begitu pada akhirnya, Yang Dipertuan Johor yang menyedari tertipu telah membunuh Dang Sirat di Tabih. Mayat Dang Sirat telah dikebumikan di Bukit Tabih, Patani.Jika diperhatikan di sini, maka jelaslah berlaku kesalahan di antara Hikayat Johor serta Pahang dengan Hikayat Patani mengenai peristiwa yang sama tentang perkahwinan Sultan Johor dengan Patani dan perkahwinan Dang Sirat. Dalam soal ini Hikayat Patani boleh dipertanggungjawab. Adalah munasabah, sebagaimana dakwaan Hikayat Patani bahawa perkahwinan berlaku adalah di antara Yang Dipertuan Johor(Sultan Abdul Jalil Shah III) dengan Raja Kuning, dan kemudiannya dengan Dang Sirat. Hal ini kerana perkahwinan Raja Patani iaitu Raja Kuning pada 1635-1688 berlangsung dengan Raja Bajau, yang datang dengan ke Patani dengan Sultan Abdul Jalil Shah III; dan bukannya dengan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ada tahun 1699 hingga tahun 1718. Begitu juga perkahwinan dengan Dang Sirat. Kenyataan ini boleh diperkukuh lagi kerana Yang Dipertuan Johor datang ke Patani semasa pemerintahan Raja Ungu pada tahun 1624 hingga 1635. Pada ketika ini Tun Abdul Jalil belum menjadi Bendahara lagi. Beliau menjadi Bendahara pada tahun 1697 dan menjadi Sultan Johor pada tahun 1699. Sultan atau Yang Dipertuan Johor dalam jangka masa 1624-1635 ini ialah Sultan Abdul Jalil Syah III.[footnoteRef:11] [11: J.M Gullick. ( 1998). A history of Selangor, Selangor : Academic Art & Printing Service Sdn. Bhd. hlm 2.]

Dalam sumber lain, Sejarah Kerajaan Melayu Patani dan Patani Dahulu Dan Sekarang ada menyebut kedatangan seorang anak raja Johor ke Patani dan berkahwin dengan Raja Patani iaitu Raja Kuning. Perkahwinan ini telah menyebabkan Terengganu yang pada suatu ketika di bawah Patani menjadi jajahan Johor. Sultan Johor kemudiannya telah menghantar seorang pembesar ke Terengganu untuk menjalankan pemerintahan di sana. Tidak lama kemudian, suami Raja Kuning jatuh cinta kepada Dang Sirat dan mereka pun berkahwin. Namun demikian, Dang Sirat telah dibunuh oeh Raja Bajau. Walaupun begitu kedua-dua sumber ini tidak menyebut tentang Tun Zainal Abidin dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Walaupun demikian kedua-dua sumber ini ada menyebut tentang perkara yang sama iaitu mengenai perkahwinan Raja Kuning dan Dang Sirat seperti yang terdapat di dalam Hikayat Johor Serta Pahang dan Hikayat Patani. SELANGORNama Selangor diambil daripada sebatang sungai yang mengalir ke Selat Melaka iaitu Sungai Selangor. Perkembangan awal Selangor sebagai sebuah kawasan penempatan disebabkan oleh faktor geografinya. Hal ini kerana Selangor memiliki jaringan sungai yang mampu mengairi sehingga ke kawasan pedalaman. Ini memudahkan urusan perdagangan dengan dunia luar. Pada kurun ke-17, ramai orang-orang Bugis yang berasal daripada Sulawesi telah datang ke kawasan Klang dan Kuala Selangor untuk mendiami kawasan tersebut. Negeri Selangor diasaskan oleh keluarga baru dan bukan berasal daripada Selangor sendiri tetapi diasaskan oleh keluarga Bugis. Penempatan utama Bugis pada masa itu ialah di Kuala Selangor.[footnoteRef:12] Pada tahun 1756, Raja Lumu yang berketurunan Bugis telah memerintah Selangor dengan memakai gelaran Sultan Sallehuddin Shah. Raja Lumu ialah anak kepada Yamtuan Muda Daeng Celak.[footnoteRef:13] [12: J.M Gullick. ( 1998). A history of Selangor, Selangor : Academic Art & Printing Service Sdn. Bhd. hlm 2.] [13: Ibid. hlm 5.]

Kerajaan baru Selangor telah muncul pada tahun 1770 setelah Raja Lumu menduduki takhta kerajaan Selangor dengan gelaran Sultan Sallehuddin Shah. jadi apabila Raja Lumu menduduki takhta kerajaan Selangor maka telah berakhirnya pengaruh Johor ke atas Selangor. Sebelum Raja Lumu menaiki takhta, beliau pernah terlibat dalam pertikaian pada tahun 1766, apabila baginda menekan Sultan Mahmud untuk menabalkan sebagai Sultan Selangor.[footnoteRef:14] Apabila berakhirnya pengaruh Johor maka negeri Selangor telah muncul sebagai sebuah negeri yang bebas dan memiliki kesultanan sendiri. Jadi dapat kita simpulkan bahawa Bugis telah menguasai pentadbiran negeri Selangor. [14: Ibid hlm 6.]

Pemerintahan Selangor sebelum kurun ke-18 tidak dapat dikesan dengan jelas. Namun pada 1700, Tuk Engku Kelang telah menganugerahkan cop mohor kuasa kepada Yamtuan Besar. Tuk Engku Kelang mempunyai hubungan kelurga dengan Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Namun tidak ada sebarang kenyataan tentang siapa Yamtuan Selangor tersebut. Penubuhan kerajaan Melayu baru Selangor pada abad ke-18 mempunyai kaitan dengan kemerosotan Kerajaan Johor. Kerjan Johor pada abad ke-18 tidak berada di bawah pengaruh keturunan kesultanan Melaka tetapi di bawah keturunan bendahara Johor. Keturunan bendahara memerintah Johor disebabkan oleh kemangkatan Sultan Mahmud pada tahun 1699.[footnoteRef:15] Ketiadaan waris menyebabkan bendahara Johor mengambil alih pentadbiran negeri Johor. [15: Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, ( 1983 ). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur : Macmillan Publishers ( M ) Sdn. Bhd. hlm. 94.]

Walau bagaimanapun timbul percanggahan sumber antara Tuhft al-Nafis dan Misa Melayu mengenai bagaimana pertabalan Raja Lumu oleh Sultan Perak. Dalam Tuhfat al-Nafis dan Misa Melayu, Raja Lumu sememangnya ditabalkan Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud di atas takhta kerajaan Johor. Dalam Tuhfat al-Nafis dicatatkan bahawa Raja Lumu datang secara tidak sengaja ke Perak untuk mendapat pengiktirafan. Sumber ini juga menyatakan bahawa Raja Lumu telah datang ke Pulau Pangkor dan kehadiran baginda diketahui oleh Sultan Perak, maka Raja Lumu telah dilantik sebagai Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Sallehuddin Shah.[footnoteRef:16] dalam Misa Melayu pula, dinyatakan pertabalan Raja Lumu oleh Sultan Perak sebagai Sultan Selangor adalah bermula apabila Raja Lumu menghadiri mesyuarat di Perak. Setelah selesai bermesyuarat, Sultan Perak menabalkan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor dan dianugerahkan cap mohor dan nobat. [16: Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. ( 1982 ). Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 178.]

Setelah Raja Lumu menaiki takhta, baginda bercita-cita untuk membebaskan Selangor dari naungan Johor. Walau bagaimanapun, Raja Lumu menyedari bahawa baginda tidak mungkin mendapat pengiktirafan sebagai Sultan Selangor daripada kerajaan Johor. Pada ketika itu Yamtuan Muda Johor iaitu Daeng Kemboja pasti tidak akan mudah membebaskan Selangor dari Johor. Selain itu, Raja Lumu juga menyedari juga baginda tidak akan mendapat pengiktirafan dari Terengganu kerana Sultan Mansur I bermusuhan dengan orang-orang Bugis. Sultan Mansur sangat benci kepada orang-orang Bugis kerana mereka telah mengambil alih kuasa di Riau-Johor.[footnoteRef:17] Raja Lumu merasakan tidak munasabah jika mendapatkan pengiktirafan dari Kedah kerana telah wujud pertalian persaudaraan melalui perkahwinan Tunku Abdullah. Tengku Abdullah yang merupakan putera Sultan Muhammad Jiwa dengan puteri Raja Lumu. Beliau cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Perak kerana mempunyai beberapa keistimewaan. Ini kerana Perak masih mempunyai jurai keturunan Kesultanan Melaka. [17: Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, ( 1983 ). Sejarah Malaysia. hlm. 98.]

NEGERI SEMBILANNegeri Sembilan bermaksud negeri yang mempunyai sembilan buah negeri di bawah pemerintahan Negeri Sembilan.[footnoteRef:18] Namun begitu tidak pernah ada senarai yang jelas tentang sembilan buah negeri tersebut. Negeri Sembilan terletak di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu adalah gabungan daripada beberapa buah wilayah kecil dalam satu negeri.[footnoteRef:19] Negeri Sembilan dianggap unit kerana mempunyai sistem adat legislatif yang baik dalam sistem pemerintahan Negeri Sembilan. Semasa awal kehadiran Negeri Sembilan, ia pada dasarnya telah didiami oleh kaum orang asli yang berasal daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun.[footnoteRef:20] Pada abad ke- 14 seterusnya orang Minangkabau daripada Sumatera yang telah mula membuat penempatan di Negeri Sembilan terutama di Naning, Sungai Ujong dan Rembau. Negeri Sembilan dan keturunan mereka ini dinamakan sebagai suku Biduanda.[footnoteRef:21] Biduanda adalah pewaris asal yang terdiri daripada mereka yang dipilih daripada suku Biduanda sendiri iaitu pembesar-pembesar yang dipanggil penghulu, undang akhirnya Yang Di Pertua Besar. [18: J.M Gullick .2003 . A history of Negeri Sembilan. Selangor.Academe Art & Services Sdn. Bhd. Hlm 1.] [19: Suhaiza binti Ibrahim. 2009. Malaysia Negara Kita. Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn. Bhd. Hlm 157.] [20: Ibid, hlm 157.] [21: Ibid, hlm 158.]

Faktor yang membentuk kepada kehadiran Negeri Sembilan adalah pada pertengahan abad ke-18 iaitu daripada rentetan pengembaraan yang dijelaskan. Hal ini adalah membuktikan bahawa Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang berasaskan adat resam yang semula jadi. Adat ini menerapkan konsep keharmonian hidup sesama manusia. Namun begitu, Negeri Sembilan ini tidak mempunyai pemerintah yang dapat mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan. Justeru itu, beberapa orang anak raja, yang datang dari Minangkabau yang telah dijemput oleh pembesar Negeri Sembilan untuk menerajui tampuk pemerintahan. Walau bagaimanapun, Yang Di Pertuan yang menduduki takhta pada masa itu, telah gagal mengasaskan Negeri Sembilan kerana tidak mempunyai kepakaran yang baik dalam menguruskan tampuk pemerintahan Negeri Sembilan. Pada tahun 1808, Kesultanan Negeri Sembilan bermula apabila munculnya seorang anak raja dari Minangkabau. Baginda mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik dalam menangani tampuk pemerintahan Negeri Sembilan, seterusnya menjadi pengasas kepada kerajaan Negeri Sembilan.Bermula perkembangan Negeri Sembilan adalah terdiri daripada putera-putera raja yang berasal dari Minangkabau iaitu Raja Kasah, Raja Adil, dan Raja Khatib.[footnoteRef:22] Raja Kasah dan Raja Adil merupakan anak raja dari Minangkabau yang dijemput oleh pemerintah Negeri Sembilan untuk menerajui tampuk pimpinan. Raja Kasah datang dan dihantar oleh Raja Negara dan diterima oleh penghulu berempat. Selepas itu, Raja Kasah datang ke Negeri Sembilan untuk menaiki takhta di sana tetapi baginda terpaksa balik semula ke Minangkabau. Raja Adil pula, yang meneruskan tampuk pimpinan itu.[footnoteRef:23] Raja Adil telah diberi tugas yang membolehkan baginda menyemak adat resam iaitu adat perpatih yang diasaskan oleh Dato Perpatih Nan Sebatang.[footnoteRef:24] Raja Adil juga gagal untuk menjalankan pemerintahan di Negeri Sembilan seperti Raja Kasah. Disebabkan oleh kegagalan tersebut baginda telah dihalau pulang juga ke Minangkabau.[footnoteRef:25] Raja Adil berasa kerana terpaksa meninggalkan Negeri Sembilan. [22: Suhaiza binti Ibrahim. 2009. Malaysia Negara Kita.Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn. Bhd. Hlm 158.] [23: Buyong Adil.1981. Sejarah Negeri Sembilan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlml.44.] [24: Suhaiza binti Ibrahim. 2009. Malaysia Negara Kita.Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn. Bhd. Hlm 159.] [25: Buyong Adil.1981. Sejarah Negeri Sembilan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 20.]

Pada tahun 1770, empat orang Datuk Undang di Negeri Sembilan iaitu Undang luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol, dan Rembau telah bersetuju menghantar utusan kepada Raja Pagar Ruyong di Minangkabau untuk dijadikan raja di Negeri Sembilan. Angkatan dari Datuk Undang itu telah diketuai oleh Panglima Bandar dan Panglima Bandut.[footnoteRef:26] Kedua-dua orang ini telah pergi untuk mengadap Sultan Johor bagi memohon izin daripada baginda. Sultan Johor telah mengizinkannya pergi ke Pagar Ruyong, mereka telah mengadap Sultan Muning Shah iii untuk meminta kebenaran bagi menjemput seseorang dari Minangkabau untuk dijadikan raja di Negeri Sembilan. Selepas itu, Raja Pagar Ruyong telah bersetuju dengan permintaan tersebut. Kemudian baginda telah mengutus seorang orang besar dari Minangkabau iaitu Raja Khatib. Raja Khatib sebenarnya telah diperintah menyambut ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyong tetapi baginda telah belot dengan mengaku dirinya sebagai raja yang dihantar ke Negeri Sembilan untuk ditabalkan.[footnoteRef:27] Dalam membuat persediaan dan persiapan Raja Khatib telah mengaku dirinya sebagai raja. Akhirnya Raja Khatib telah berkahwin dengan anak Penghulu Naam.[Penghulu Hulu Muar].[footnoteRef:28] Raja Melewar dengan pengiring seramai 40 orang ahli pertahanan yang gagah dan bertolak ke Negeri Sembilan. Selepas itu, baginda pergi ke Johor untuk mengadap sultan Johor. [26: J.M Gullick .2003 . A history of Negeri Sembilan. Selangor.Academe Art & Services Sdn. Bhd. Hlm 19.] [27: Suhaiza binti Ibrahim. 2009. Malaysia Negara Kita.Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn. Bhd. Hlm 159.] [28: J.M Gullick .2003 . A history of Negeri Sembilan. Selangor.Academe Art & Services Sdn. Bhd. Hlm 21.]

Sultan Johor telah mengurniakan kepada Raja Melewar sebuah cap mohor dan telah diberi kuasa penuh kepada baginda untuk memerintah Negeri Sembilan. Akhirnya, pada tahun 1773, Raja Melewar dan angkatannya telah tiba di Rembau dan terus ditabalkan di kampung Penajis lalu menjadi Yang Tuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar telah melancarkan perang ke atas Raja Khatib. Raja Khatib telah dihantar oleh mentuanya iaitu Penghulu Naam. Raja Melewar telah melancarkan serangan kali kedua ke atas Raja Khatib di Seri Menanti. Raja Melewar dikatakan bukan pengasas kerajaan Negeri Sembilan. Anak Raja Melewar iaitu Tunku Totok tidak menggantikan baginda sebagai pemerintah. Raja Melewar bersemayam di Seri Menanti sebagai Yamtuan Seri Menanti dan daerah itu dinamakan Tanah Mengandung yang mengandungi daerah Muar, Jempul, Teraci, Gunung Pasir dan Inas. Sejak itulah juga sembilan buah luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Jelai (Inas), Kelang, Naning, Segamat dan Pasir Besar dan Ulu Pahang.[footnoteRef:29] Selepas memerintahkan Raja Melewar, Raja Hitam menggantikan tempat Raja Melewar. Raja Hitam juga gagal memerintah Negeri Sembilan dengan baik. Akhirnya seorang Raja dari Minangkabau telah dijemput iaitu Raja Lenggang.[footnoteRef:30] Baginda akhirnya telah ditabalkan sebagai pemerintah di Negeri Sembilan pada tahun 1808. Baginda telah bersemayam di Seri Menanti. Seri Menanti ialah tempat baginda memerintah Negeri Sembilan dengan baik kerana baginda dikatakan seorang pengasas kerajaan Negeri Sembilan yang teratur pada masa itu. [29: Ibid, Hlm 23] [30: J.M Gullick .2003 . A history of Negeri Sembilan. Selangor.Academe Art & Services Sdn. Bhd. Hlm 36.]

KELANTANSejak dari abad lalu, negeri Kelantan telah dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga atau turut dikenali ramai dengan julukan nama negeri Cik Siti Wan Kembang. Pada tahun 1225, seorang penulis dari China yang bernama Chang Ju Kua pula telah menyebut Kelantan sebagai Chi-Lan-Tan atau Ki-Lan-Tan yang mana pada masa itu sedang berada di bawah naungan kerajaan Srivijaya.[footnoteRef:31] Dipercayai bahawa pada tahun 1411 Masihi, negeri Kelantan pada zaman awalnya pernah diperintah oleh seorang Raja Islam yang bernama Raja Kumar yang telah menjalinkan hubungan yang erat dengan Maharaja China. Namun begitu, para sejarawan sehingga kini masih belum dapat mengesahkan atau memastikan asal usul Raja Kumar ini.[footnoteRef:32] [31: Haji Tajuddin Bin Hj Hussein, (2009). Malaysia negara kita. MDC Publishers sdn bhd. Hlm. 140.] [32: Ibid. Hlm. 140.]

Pada kurun ke-18,selain daripada negeri Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu, negeri Kelantan juga turut mengalami perubahan dari segi pentadbiran. Long Yunus merupakan pengasas bagi penubuhan kerajaan baru di Kelantan. Long Yunus merupakan putera tunggal Raja Long Muhammad yang telah ditinggalkan sejak dalam rahim ibunya lagi. Hal ini demikian kerana , Raja Long Muhammad telah mangkat ekoran daripada suatu peristiwa perebutan takhta untuk menjadi Raja Kelantan. Pada awal awalnya, Long Yunus telah diusir oleh bonda angkatnya iaitu Raja Perempuan Patani yang dikenali sebagai Mas Cayang. Long Yunus kemudiannya telah mengembara ke Kelantan dan mengharungi kehidupan baginda yang daif di kampung-kampung. Baginda telah berkenalan dan bersahabat baik dengan Long Jaafar yang merupakan putera kepada Datu Reman, dan mereka mempunyai hobi yang sama iaitu bermain laga ayam. Mereka menjadi juara ayam laga dan telah menyabung ayam di merata-rata tempat.[footnoteRef:33] Pada tahun 1757, Long Yunus dan Long Jaafar telah berangkat ke Terengganu. Pada waktu itu, negeri Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Dalam perjalanan mereka mendapat khabar bahawa Raja Long Pandak, iaitu Raja Kelantan sedang bersiap sedia untuk menyerang Terengganu. Raja Long Pandak merupakan seorang raja yang zalim dan sering melakukan kezaliman terhadap rakyat jelata. Oleh sebab yang demikian, Long Yunus berhasrat untuk mengusir Raja Long Pandak dari Kelantan dengan mendapatkan bantuan daripada pemerintah Terengganu, tentera Reman serta sukarelawan dari negeri Kelantan sendiri. [33: Ibid. Hlm. 144.]

Long Yunus telah berjaya menyerang benteng Kelantan di Kota Kubang Labu. Pada tahun 1765, Long Yunus telah berhasil menghalau Raja Long Pandak dengan seluruh kuasa legih di Kelantan. Baginda seterusnya telah mengisytiharkan diri baginda sebagai Raja Kelantan, dan Long Jaafar pula telah dilantik sebagai Mangkubumi Kelantan dengan gelaran Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri. Semasa dalam pemerintahan Long Yunus, Kelantan berada dalam keadaan yang aman dan sentosa oleh kerana pemerintahan baginda yang adil. Pada tahun 1777, Raja Long Yunus telah memindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Pangkalan Galuh (dikenali sebagai Kota Bharu sekarang iaitu ibu negeri Kelantan Kini).[footnoteRef:34] [34: Ibid. Hlm. 145.]

Namun begitu, telah berlaku satu pertelingkahan antara Long Yunus dengan pemerintah Terengganu yang telah membantu baginda menawan Kelantan, iaitu Sultan Mansur sehingga menyebabkan baginda hampir bertempur dengan pengganti Sultan Mansur iaitu Sultan Zainal Abidin II pada tahun 1794. Pada tahun 1795, Terengganu telah menyerang Kelantan iaitu setelah kemangkatan Long Yunus namun menemui kegagalan. Tahun 1800, Terengganu sekali lagi menyerang Kelantan dan kali ini Berjaya hasil daripada bantuan Patani. Namun demikian, pada tahun 1801, putera Long Yunus iaitu Tengku Muhammad telah melancarkan serangan balas dari Ulu Kelantan dan telah Berjaya menguasai Kelantan kembali daripada penguasaan Terengganu. Setelah peperangan ini tamat, Tengku Muhammad telah menggelarkan diri baginda sebagai Sultan Muhammad I. Sewaktu negeri Kelantan dalam pemerintahan baginda, bagi mengelak dari ancaman luar baginda telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam dengan menghantar ufti berupa bunga emas. Dengan ini, Terengganu tidak lagi berani untuk menganggu Kelantan.Semasa pemerintahan Sultan Muhammad I, baginda telah memperkenalkan system pembesar di peringkat pusat yang meliputi 7 orang pembesar iaitu Long Jenal dengan gelaran Raja Bendahara Banggol, Raja Ismail dengan gelaran Raja Kampung Laut, Long Yusuf dengan mendapat gelaran sebagai Raja Bukit Panau, Tengku Long diberi gelaran sebagai Tengku Kota, Long Tan dengan gelaran Tengku Aria Pahlawan, Anak Penghulu Adas diberi gelaran Dato Kaya Hulubalang Kadok dan Anak Mandor Mes yang diberi gelaran sebagai Dato Panglima Perang Lundang.