fpk insan seimbang

4
http://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html d) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan membawa hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar dan manusia dengan Maha Pencipta. Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan, berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat dan cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu teguh dalam menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang dihadapi dapat di atasi secara profesional dan rasional. Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah dan rumah. Di sekolah telah disediakan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Hasrat ini tidak akan tercapai jika anak- anak tidak ke sekolah. Oleh itu ibu bapa dan guru harus bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada golongan pelajar untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara. e) Keseimbangan Dari Aspek JERI Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih dikenali sebagai “JERI”. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran

Upload: wida-wasli

Post on 11-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

fpk

TRANSCRIPT

Page 1: FPK Insan Seimbang

http://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html

d) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan membawa hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar dan manusia dengan Maha Pencipta.

Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan, berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat dan cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu teguh dalam menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang dihadapi dapat di atasi secara profesional dan rasional. 

Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah dan rumah. Di sekolah telah disediakan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Hasrat ini tidak akan tercapai jika anak-anak tidak ke sekolah. Oleh itu ibu bapa dan guru harus bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada golongan pelajar untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

e) Keseimbangan Dari Aspek JERI

Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih dikenali sebagai “JERI”. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan angota-angota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu penjagaan emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek yang berkaitan dalam sistem pendidikan negara. Contohnya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan Persatuan seperti Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan unsur jasmani pelajar seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal, memanipulatif dan bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud memiliki tubuh badan yang sihat. Dengan tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali dapat menyumbang tenaga dengan baik dan berkesan.

Page 2: FPK Insan Seimbang

Dengan melahirkan insan atau individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam sistem pendidikan negara. Ia juga perlu melahirkan insan atau individu yang stabil emosi. Unsur emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang lain yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada keatabilan negara. Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan tetapi bila menghadapi cabaran cepat panas baran, putus asa atau pun bunuh diri. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada emosi yang stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik. Contohnya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap sekolah di mana ahlinya dipilih di kalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu buku panduan yang mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus diterbitkan dan diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah agar ianya dapat dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik emosi kerana sesetengah pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka. Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal. 

Seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang stabil juga tidak cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur rohani dalam diri. Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada Tuhan, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau penerapan nilai-nilai moral tidak ada maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian yang mulia. Oleh itu kerajaan telah memantapkan matapelajaran agama Islam di sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Bagi pelajar yang bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat dipraktikan di luar. 

Sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang seimbang tanpa intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan. 

Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan merangkumi intelek ialah

Page 3: FPK Insan Seimbang

kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guru-guru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang untuk bercakap di khalayak ramai.