forum usahawan

6
KAEDAH MENGATASI MASALAH UNTUK MEMBUAT PULANGAN MODAL Di dalam dunia perniagaan ini bukan mudah untuk kita mencapai kejayaan tanpa ada kerugian atau kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan. Kejaayan itu tercipta selepas berlakunya kegagalan. Kegagalan yang dilalui itu dijadikan pengajaran dalam setiap usahawan atau peniaga. Tambahan pula, kerugian dan kerugian adalah perkara biasa dalam dunia keusahawanan. Sebagai orang belajar ilmu perniagaan secara tidak formal, ia merupakan satu kesukaran bagi seseorang individu itu. Dalam bidang perniagaan, modal adalah satu elemen yang penting. Sekiranya tiada modal, sukar bagi seseorang untuk memulakan perniagaan. Modal ialah wang atau harta benda yang digunakan sebagai pangkal ataupun pokok untuk berniaga. Kadang- kadang modal yang minimum dapat menghasilkan pulangan yang lumayan. Oleh itu, terdapat sesetengah peniaga yang baru membuka perniagaan mengalami masalah kesukaran untuk membuat pulangan modal daripada jualan yang dilakukan. Oleh itu, para peniaga atau usahawan perlu memikirkan kaedah ataupun langkah mengatasi masalah tersbut. Disamping itu juga, mereka juga perlu tahu punca masalah itu berlaku dan dari situ mereka boleh mencari cara untuk mengatasinya. Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan mempunyai rakan kongsi. Hal ini demikian kerana permasalahan yang timbul dalam perniagaan boleh tanggung bersama-sama terutamanya dari segi kewangan. Oleh itu, ia akan

Upload: maira-akbal

Post on 13-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kursus keusahawanan

TRANSCRIPT

KAEDAH MENGATASI MASALAH UNTUK MEMBUAT PULANGAN MODALDi dalam dunia perniagaan ini bukan mudah untuk kita mencapai kejayaan tanpa ada kerugian atau kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan. Kejaayan itu tercipta selepas berlakunya kegagalan. Kegagalan yang dilalui itu dijadikan pengajaran dalam setiap usahawan atau peniaga. Tambahan pula, kerugian dan kerugian adalah perkara biasa dalam dunia keusahawanan. Sebagai orang belajar ilmu perniagaan secara tidak formal, ia merupakan satu kesukaran bagi seseorang individu itu. Dalam bidang perniagaan, modal adalah satu elemen yang penting. Sekiranya tiada modal, sukar bagi seseorang untuk memulakan perniagaan. Modal ialah wang atau harta benda yang digunakan sebagai pangkal ataupun pokok untuk berniaga. Kadang-kadang modal yang minimum dapat menghasilkan pulangan yang lumayan. Oleh itu, terdapat sesetengah peniaga yang baru membuka perniagaan mengalami masalah kesukaran untuk membuat pulangan modal daripada jualan yang dilakukan. Oleh itu, para peniaga atau usahawan perlu memikirkan kaedah ataupun langkah mengatasi masalah tersbut. Disamping itu juga, mereka juga perlu tahu punca masalah itu berlaku dan dari situ mereka boleh mencari cara untuk mengatasinya.Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan mempunyai rakan kongsi. Hal ini demikian kerana permasalahan yang timbul dalam perniagaan boleh tanggung bersama-sama terutamanya dari segi kewangan. Oleh itu, ia akan meringankan beban seseorang peniaga. Jika kita pengusaha, maka rakan kongsi kita adalah sebagai pemodal. Maka dengan itu telah melengkapi antara satu sama lain untuk pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan.Selain itu, para peniaga perlu mengenalpasti punca masalah itu berlaku. Sebagai contoh, terlalu teruja dengan keuntungan yang dapat pada bulan itu lalu menggunakan keuntungan tersebut secara tidak terurus ataupun boros. Hal ini dapat dilihat bahawa para peniaga yang baru memulakan perniagaan yang menggunakan duit keuntungan perniagaan untuk membeli kereta mewah untuk membuktikan kepada orang sekeliling bahawa mereka telah berjaya, sedangkan perniagaan mereka baru saja hendak meningkat naik. Oleh itu, para peniaga tidak dapat membuat pulangan modal untuk berniaga. Dengan mengenalpasti punca masalah yang dialami, para peniaga dapat mengatasi masalah pulangan modal tersebut.Disamping itu, para peniaga juga boleh membuat pinjaman peribadi atau perniagaan daripada badan-badan yang berkaitan. Sebagai contoh, terdapat peruntukan khusus dari Agro Bank untuk Pinjaman Peribadi Agro Bank dan Pinjaman Perniagaan Agro Bank. Selain itu, terdapat pelbagai kategori pinjaman yang ditawarkan dan syarat kelayakan yang agak mudah telah ditetapkan oleh pihak Agro Bank. Oleh itu, para peniaga perlu menyediakan rancangan perniagaan untuk diberi kepada pihak berwajib supaya mereka dapat meluluskan permohonan peminjaman yang dilakukan. Kesimpulannya, membuat peminjaman adalah satu langkah bagi mengatasi masalah bagi peniaga yang sukar untuk membuat pulangan modal.

PROMOSIDi dalam perniagaan, setiap peniaga menginginkan keuntungan serta mahu melariskan produk masing-masing. Oleh itu, setiap peniaga melakukan pelbagai kaedah promosi. Promosi bermaksud aktiviti-aktiviti yang memberitahu kebaikan produk dam memujuk pelanggan sasaran untuk membelinya. Promosi juga salah satu komponen dalam campuran pemasaran yang menekankan teknuk yang berkesan untuk menjual produk. Di dalam promosi, terdapat beberapa jenis promosi iaitu pengiklanan, promosi jualan, jualan terus dan E-Marketing. Syarikat FS Enterprise menggunakan kaedah promosi secara pengiklanan, jualan terus dan juga E-Marketing. Kaedah promosi secara pengiklanan popular dalam kalangan usahawan mahupun peniaga. Pengiklanan bermaksud suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar ditujukan kepada pihak-pihak tertentu melalui media massa iaitu bercetak atau elektronik .Tambahan pula, pengiklanan terbahagi kepada dua iaitu media cetak dan juga media elektronik. Antara contoh media cetak ialah surat khabar, majalah dan sebagainya. Manakala media elektronik pula ialah televisyen dan radio.Terdapat beberapa kelebihan menggunakan kaedah promosi secara pengiklanan ini iaitu mendapat liputan pasaran yang baik atau penerimaan meluas. Hal ini demikian kerana produk lebih dikenali di seluruh pelusuk dunia. Disamping itu, pengiklanan juga tidak menggunakan kos yang rendah serta lebih menarik perhatian atau minat para pengguna di luar.Pengiklanan juga mempunyai keburukan tersendiri.Antara keburukkannya ialah ia dalam jangka hayat pendek serta kualiti pengeluaran semula yang tidak baik. Selain itu, pengiklanan juga melibatkan kos yang tinggi bagi media cetak iaitu melalui majalah. Jika menggunakan radio sebagai kaedah promosi, ia kurang mendapat perhatian kerana para pengguna tidak dapat melihat produk itu sendiri.Selain itu, kaedah promosi yang digunakan adalah jualan terus. Jualan terus bermaksud persembahan peribadi oleh tenaga jualan firma bertujuan untuk membuat jualan serta membina hubungan pelanggan atau usaha peribadi untuk mempengaruhi dan memujuk pelanggan yang mempunyai prospektif untuk membeli sesuatu produk. Jualan terus juga merupakan kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi melalui jurujual. Sebagai contoh, wakil syarikat menerangkan, memujuk serta meyakinkan para pengguna di luar sana iaitu dari rumah ke rumah.Kaedah jualan terus mempunyai kabaikkannya juga iaitu mendapat maklum balas segera daripada pengguna. Ia lebih bersifat peribadi, jadi mudah untuk menerangkan sesuatu produk kepada pengguna. Jualan terus ini melibatkan komunikasi dua hala. Akhir sekali, produk dapat dilihat serta dicuba sengan segera supaya para pengguna berpuas hati. Manakala, kekurangan jualan terus pula adalah memerlukan kos untuk melatih jurujual, maklumat tidak seragam dan keserasian antara penjual dan pengguna rendah.Kaedah promosi yang terakhir ialah kaedah E-Marketing. E-Marketing adalah pemasaran produk atau perkhidmatan melaui internet. E-Marketing juga dikenali sebagai i-marketing, web-marketing ataupun online-marketing. Pemasaran secara internet semakin meluas dalam lingkungan e-mel dan media tanpa wayar.Terdapat beberapa kelebihan jika menggunakan E-Marketing ini. Antaranya ialah risiko yang ditanggung sangat rendah, pengurangan kos dan tenaga melalui penggunaan elektronik. Disamping itu juga, menggunakan kaedah ini membuatkan para pengguna lebih terdedah tentang produk dan perkhidmatan juga dapat ditingkatkan. Akhir sekali, melalui E-Marketing ini dapat menarik minat para pelanggan di luar sana.Manakala kekurangan penggunaan E-Marketing ini puala adalah persaingan terlalu tinggi melalui globalisasi dan sentiasa bergantung kepada rangkaian teknologi saja. Akhir sekali, kurang keselamatan isu keperibadian dan persaingan harga turut meningkat. Kesimpulannya, kaedah E-Marketing ini ada baik dan buruknya juga.