forum pengurusan tingkahlaku

Upload: janenettykarek

Post on 08-Jul-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Forum Pengurusan Tingkahlaku

    1/3

    Salam sejahtera.

    Pengurusan tingkah laku didefinisikan sebagai tingkah laku yang dilakukan oleh guru,

    ibu bapa, atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman kanak-

    kanak, individu atau kumpulan supaya individu atau kumpulan tersebut mempunyai tingkah

    laku yang bermanfaat, produktif dan diterima oleh masyarakat. Pengurusan tingkah laku juga

    ditarifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu

    matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Pemerhatian merupakan antara

    langkah yang perlu dilakukan dalam pengurusan tingkah laku. Pemerhatian merupakan

    langkah penting dalam usaha mendapatkan data prima untuk mengkaji dan memahami

    individu bermasalah tingkah laku. Namun begitu, pemerhatian tanpa apa-apa panduan

    mungkin akan mendatangkan hasil yang banyak dan tidak berketerlaluan. Matlamatmelaksanakan pemerhatian mestilah jelas. Apa yang diperhatikan mestilah jelas, sedar dan

    menilai apakah kepentingan tingkah laku yang diperhatikan.

    Pemerhatian dalam pengurusan tingkah laku penting untuk menilai jenis perlakuan,

    melihat kekerapan perlakuan dan mengenalpasti factor berlakunya masalah tingkah laku pada

    individu. ata yang diperolehi daripada kaedah pemerhatian juga dapat memperkemaskan

    data yang dikumpul dengan kaedah yang lain. Selain itu, kaedah pemerhatian juga penting

    untuk mlihat dan menilai tahap perkembangan tingkah laku individu sama ada perkembangan

    tingkah laku yang positif ataupun perkembangan masalah tingkah laku yang semakin teruk.

    Sekiranya yang memerhati itu ialah seorang guru, dia bukan sahaja dapat meningkatkan

    kemahiran mengajar, tetapi juga meningkatkan pemahamannya terhadap murid. ata yang

    dikumpul melalui kaedah ini juga adalah penting bagi seseorang guru. Melalui data yang

    diperolehi, guru boleh merancang tindakan susulan untuk mengatasi masalah tingkah laku

    dalam bilik darjah. !aedah pemerhatian juga penting untuk menilai pelaksanaan program

     pengurusan tingkah laku. "al ini kerana, melalui kaedah ini, pihah tertentu dapat menilai

    keberkesanan program pengurusan tingkah laku yang dijalankan seterusnya dapat

    menambahbaik atau mengubahsuai program jika terdapat kekurangan program.

    Pemerhatian terhadap individu bermasalah tingkah laku dalam pengurusan tingkah

    laku sebaiknya dilakukan secara berkala. "al ini kerana, dengan melakukan pemerhatian

    dengan lebih kerap, keberkesanan program pengurusan tingkah laku terhadap individu

    tersebut boleh dinilai seterusnya program boleh ditambah baik atau dihentikan secara

     perlahan-lahan mengikut keadaan. Pemerhatian yang berkala turut membantu dalam

  • 8/19/2019 Forum Pengurusan Tingkahlaku

    2/3

    merangka program pengurusan tingkah laku yang lebih sesuai dan berkesan. Melalui

     pemerhatian juga kita dapat menilai perkembangan individu bermasalah tingkah laku yang

    terlibat dengan program pengurusan tingkah laku.

    #erdapat beberapa kaedah untuk membuat penilaian terhadap murid-murid

     bermasalah tingkah laku antaranya ialah dengan menggunakan $hild %ehavior $hecklist

    &$%$'(. Penggunaan $%$' di dalam bilik darjah mempunyai kekuatan dan kelemahan

    dalam membuat penilaian terhadap tingkah laku murid-murid. Antara kekuatan penggunaan

    $%$' di bilik darjah ialah ia senang untuk difahami dan digunakan oleh guru. )ika $%$'

    sudah dilengkapkan, guru mudah untuk membuat perbandingan dengan carta semakan yang

    telah disediakan oleh pakar psikoterapi. Selain itu, dengan menggunakan $%$', guru dapat

    melakukan penilaian terhadap lebih daripada seorang murid dalam satu masa. *uru bolehmenilai sekumpulan murid yang bermasalah tingkah laku dengan mudah dan cepat.

    #erdapat juga kelemahan dalam menggunakan $%$' di dalam bilik darjah iaitu guru

    terikat dengan skop penilaian yang terhad kerana penilaian dilakukan terhadap karakter serta

    corak tingkah laku murid-murid adalah spesifik yang hanya terdapat dalam $%$' sahaja. "al

    ini menyebabkan pengumpulan data yang terhad. )ika tingkah laku bermasalah yang

    ditunjukkan oleh murid-murid tidak terdapat dalam senarai semak tersebut, maka maklumat

    serta data yang dikumpulkan terhadap seseorang murid adalah kurang tepat.

    Penilaian terhadap individu bermasalah tingkah laku adalah penting dalam

     pengurusan tingkah laku. !aedah penilaian yang tepat dan berkesan harus dititikberatkan

    oleh guru, ibu bapa dan pihak-pihak yang berkaitan dalam menilai tingkah laku individu yang

    mempunyai masalah tingkah laku.

    Sekian.

  • 8/19/2019 Forum Pengurusan Tingkahlaku

    3/3

    RUJUKAN

    +rost, S. &/, 0ctober 1(. The pros and cons of Child Behavior Checklists . 2etrieved from

    http344555.livestrong.com4article4667898-pros-and-cons-of-child-behavior 

    checklists4

    'overing, N. &9, September 8(.  Pros and cons of Child Behavior Checklist . 2etrieved

    from http344555.eho5.com4info:8//76:pros-cons-child-behavior-checklists.html

     Pengenalan konsep tingkah laku dan modifikasi tingkah laku. &, May ( iperoleh

    daripada

    http344555.slideshare.net4a5e8864pengenalan-konsep-tingkahlaku-dan-modifikasi-

    tingkahlaku

    Mi;an Adiliah Ahmad v!)-

    ?u0ykeo$@pg>PA@lpg>PA@dB>kepentinganCpemerhatianCdalamCpengurusa

    nCtingkahClaku@source>bl@ots>'B"yis?D6E@sig>5AtF*aGb)iui"MPBhGDa:P

    Bk@hl>en@sa>H@ei>ynDEaj-

    *pSHuA#6uo*DAI@sBi>@redir:esc>yJv>onepage@B>kepentingan

    KpemerhatianKdalamKpengurusanKtingkahKlaku@f>false