forum kesihatan bh dua jenis barah pula jadi tumpuan · 2014-05-12 · langan anggota masyarakat...

1
ENUR DHUHA ESOOF [email protected] AKHBAR Berita Harian (BH) akan menganjurkan satu lagi forum kesihatan bu- lan ini bagi meningkatkan kesedaran di ka- langan anggota masyarakat tentang dua je- nis barah yang paling kerap dihidapi lelaki dan wanita Melayu di Singapura. Forum setengah hari itu akan membin- cangkan tentang barah usus besar dan buah dada, siapa berisiko menghidapinya dan bagaimana mengesan simptom-simptomnya. Forum itu juga akan menerangkan secara terperinci tentang pemeriksaan kesihatan yang boleh dijalani golongan berisiko serta manfaatnya dalam mengesan dan mengha- puskan ketumbuhan dalam tubuh sebelum ia membesar dan merebak menjadi barah. Ia akan dianjurkan secara percuma mulai 2 petang pada 25 Mei ini di Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Ia dianjurkan akhbar ini dengan soko- ngan TTSH. Forum kesihatan itu menyusuli forum per- tama yang dianjurkan bulan lalu yang ber- jaya menarik penyertaan lebih 200 orang. Dalam forum itu, beberapa karyawan sek- tor kesihatan dan perubatan diundang berkongsi pengalaman dan pengetahuan ten- tang isu kesihatan seperti masalah kegemu- kan dan panduan mengawal berat badan. Dalam forum kali ini, dua doktor pakar dari TTSH akan dijemput berkongsi pengala- man dan pengetahuan mereka tentang barah usus besar dan buah dada. Seorang daripada mereka ialah Dr Dewi Norwani Basir, 35 tahun, dari Jabatan Gas- troenterologi hospital itu. Beliau akan berkongsi pengetahuan ten- tang cara mengelakkan diri daripada meng- hidapi barah usus besar melalui pengesanan awal. Seorang lagi pakar perubatan ialah kon- sultan khidmat buah dada, Dr Melanie Seah, juga dari TTSH. Dr Seah akan menerangkan tentang perkembangan barah buah dada di Singapu- ra dan beberapa faktor risiko yang wujud berkaitan penyakit tersebut serta cara men- guruskannya. Setiausaha Parlimen (Kesihatan merang- kap Pengangkutan), Profesor Madya Dr Mu- hammad Faishal Ibrahim, akan turut hadir dalam forum kali ini bagi mengulas me- ngenai peri pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan penyakit. Dalam forum itu, peserta juga berpeluang mengajukan soalan kepada penceramah. Orang ramai yang ingin menyertai forum kesihatan BH/BM boleh mengirimkan e-mel ke [email protected]. Tiada bayaran dikenakan, namun tempat terhad dan yang dahulu akan didahulukan. Forum ini juga adalah sebahagian daripa- da usaha berterusan BH dalam mendekati pembaca dan masyarakat Melayu amnya. Melalui Forum Kesihatan yang pertama dianjurkan pada bulan lalu itu, orang ramai diberi pendedahan dan teknik menjaga pe- makanan dan pengamalan gaya hidup sihat. Ini di samping kaedah rawatan terkini dalam melangsingkan badan dan menjaga kerapian tubuh. Forum itu telah menampilkan empat pa- kar kesihatan – Konsultan Pusat Pengurusan dan Pembedahan Obesiti, Hospital Universi- ti Nasional (NUH), Dr Asim Shabbir; Doktor Residen Kanan Pusat Perubatan Sukan, Hos- pital Besar Changi (CGH), Dr Fadzil Hamzah; Pengasas dan Doktor Residen Eha Clinic, Dr Elias Tam; dan pengurus jurura- wat klinikal kanan, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Encik Adzhari Boimin. BANGKOK: Polis Thailand melepaskan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan yang berazam menggulingkan kerajaan se- mentara Thailand selepas bekas Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, diarah meletak jawatan oleh Mahkamah Perlem- bagaan sebelum agensi antirasuah mengundi sebulat suara untuk mendakwanya. Parti Puea Thai yang dipimpin Cik Ying- luck masih menguruskan kerajaan sementa- ra dan berharap dapat menganjurkan pilihan raya pada 20 Julai ini. Namun, penunjuk perasaan antikerajaan semalam mahu supaya kerajaan sementara dibubarkan, pilihan raya ditangguhkan dan pembaharuan dilaksanakan bagi menghenti- kan pengaruh abang Cik Yingluck, bekas per- dana menteri, Encik Thaksin Shinawatra. Pemimpin penunjuk perasaan, Encik Suthep Thaugsuban, yang bercakap kepada penyokongnya semalam, menggesa mereka mengadakan bantahan di luar parlimen, peja- bat perdana menteri dan lima stesen televi- syen bagi menghalangnya daripada di- gunakan oleh kerajaan Thailand. “Kami akan menyapu bersih rejim Thaksin dari negara ini,” kata Encik Suthep, bekas timbalan perdana menteri dalam kera- jaan yang diperintah Parti Demokrat. Agensi antirasuah, Suruhanjaya Pencega- han Rasuah Kebangsaan (NACC) sebelum ini sebulat suara mendapati Cik Yingluck ber- salah mengendalikan skim beras yang kon- troversial. Sekiranya didapati bersalah oleh Dewan Senat, Cik Yingluck akan dilarang daripada menyertai politik selama lima tahun. Sebelum ini, Mahkamah Perlembagaan memutuskan Cik Yingluck telah bertindak di luar batas undang-undang apabila menggan- tikan Ketua Majlis Keselamatan Negara, En- cik Thawil Pliensri, dua tahun lalu. Tindakan tersebut telah disifatkan mahka- mah sebagai “tidak sah, melanggar perlem- bagaan dan tidak beretika” kerana Cik Ying- luck dikatakan ada muslihat peribadi yang menguntungkan anggota keluarganya. Cik Yingluck dan sembilan menteri kabi- netnya telah diarah meletak jawatan. Encik Suthep semalam memimpin satu kumpulan penunjuk perasaan ke Rumah Ke- rajaan, iaitu pejabat rasmi Perdana Menteri Thailand, tetapi ia telah dikosongkan sejak Januari lalu. Beliau berkata penunjuk perasaan akan berkhemah di luar semalaman. Sementara itu, kegelisahan meletus di tapak bantahan apabila polis melepaskan gas pemedih mata terhadap beratus-ratus penunjuk perasaan apabila mereka cuba me- rempuh masuk pekarangan polis yang me- nempatkan kumpulan keselamatan kerajaan di utara Bangkok. – Agensi berita. Polis lepaskan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan Dua jenis barah pula jadi tumpuan KONGSI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN: Dr Melanie Seah (kiri) akan bercakap tentang barah buah dada dan risiko yang wujud berkaitan penyakit itu, sementara Dr Dewi Norwani Basir pula akan bercakap tentang cara mengelakkan diri daripada menghidapi barah usus besar menerusi pengesanan awal. – Foto-foto KHALID BABA Tarikh: Ahad, 25 Mei 2014 Masa: 2 petang Tempat: Theatrette Foyer, Hospital Tan Tock Seng (TTSH) (Berhampiran MRT Novena) Masuk: Percuma tetapi perlu mendaftar. Tempat terhad dan yang dahulu akan didahulukan. Pendaftaran: Kirimkan e-mel ke [email protected] Berikan nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda Penceramah: Dr Dewi Norwani Basir dari Jabatan Gastroenterologi, TTSH Dr Melanie Seah, Konsultan Khidmat Buah Dada, Jabatan Pembedahan Am, TTSH KEMELUT POLITIK DI THAILAND BUTIRAN FORUM Dua doktor pakar dari Hospital Tan Tock Seng akan menyentuh tentang barah buah dada dan usus besar FORUM KESIHATAN BH 2 Berita Harian | Sabtu, 10 Mei 2014 Berita

Upload: truongnhu

Post on 22-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ENUR DHUHA [email protected]

AKHBAR Berita Harian (BH) akanmenganjurkan satu lagi forum kesihatan bu-lan ini bagi meningkatkan kesedaran di ka-langan anggota masyarakat tentang dua je-nis barah yang paling kerap dihidapi lelakidan wanita Melayu di Singapura.

Forum setengah hari itu akan membin-cangkan tentang barah usus besar dan buahdada, siapa berisiko menghidapinya danbagaimana mengesan simptom-simptomnya.

Forum itu juga akan menerangkan secaraterperinci tentang pemeriksaan kesihatanyang boleh dijalani golongan berisiko sertamanfaatnya dalam mengesan dan mengha-puskan ketumbuhan dalam tubuh sebelumia membesar dan merebak menjadi barah.

Ia akan dianjurkan secara percuma mulai2 petang pada 25 Mei ini di Hospital TanTock Seng (TTSH).

Ia dianjurkan akhbar ini dengan soko-ngan TTSH.

Forum kesihatan itu menyusuli forum per-

tama yang dianjurkan bulan lalu yang ber-jaya menarik penyertaan lebih 200 orang.

Dalam forum itu, beberapa karyawan sek-tor kesihatan dan perubatan diundangberkongsi pengalaman dan pengetahuan ten-tang isu kesihatan seperti masalah kegemu-kan dan panduan mengawal berat badan.

Dalam forum kali ini, dua doktor pakar

dari TTSH akan dijemput berkongsi pengala-man dan pengetahuan mereka tentang barahusus besar dan buah dada.

Seorang daripada mereka ialah Dr DewiNorwani Basir, 35 tahun, dari Jabatan Gas-troenterologi hospital itu.

Beliau akan berkongsi pengetahuan ten-tang cara mengelakkan diri daripada meng-

hidapi barah usus besar melalui pengesananawal.

Seorang lagi pakar perubatan ialah kon-sultan khidmat buah dada, Dr Melanie Seah,juga dari TTSH.

Dr Seah akan menerangkan tentangperkembangan barah buah dada di Singapu-ra dan beberapa faktor risiko yang wujudberkaitan penyakit tersebut serta cara men-guruskannya.

Setiausaha Parlimen (Kesihatan merang-kap Pengangkutan), Profesor Madya Dr Mu-hammad Faishal Ibrahim, akan turut hadirdalam forum kali ini bagi mengulas me-ngenai peri pentingnya mengamalkan gayahidup sihat bagi mengelakkan penyakit.

Dalam forum itu, peserta juga berpeluangmengajukan soalan kepada penceramah.

Orang ramai yang ingin menyertai forumkesihatan BH/BM boleh mengirimkan e-melke [email protected].

Tiada bayaran dikenakan, namun tempatterhad dan yang dahulu akan didahulukan.

Forum ini juga adalah sebahagian daripa-da usaha berterusan BH dalam mendekatipembaca dan masyarakat Melayu amnya.

Melalui Forum Kesihatan yang pertamadianjurkan pada bulan lalu itu, orang ramaidiberi pendedahan dan teknik menjaga pe-makanan dan pengamalan gaya hidup sihat.

Ini di samping kaedah rawatan terkinidalam melangsingkan badan dan menjagakerapian tubuh.

Forum itu telah menampilkan empat pa-kar kesihatan – Konsultan Pusat Pengurusandan Pembedahan Obesiti, Hospital Universi-ti Nasional (NUH), Dr Asim Shabbir; Doktor

Residen Kanan Pusat Perubatan Sukan, Hos-pital Besar Changi (CGH), Dr FadzilHamzah; Pengasas dan Doktor Residen EhaClinic, Dr Elias Tam; dan pengurus jurura-wat klinikal kanan, Yayasan Buah PinggangKebangsaan (NKF), Encik Adzhari Boimin.

BANGKOK: Polis Thailand melepaskan gaspemedih mata ke atas penunjuk perasaanyang berazam menggulingkan kerajaan se-mentara Thailand selepas bekas PerdanaMenteri, Cik Yingluck Shinawatra, diarahmeletak jawatan oleh Mahkamah Perlem-bagaan sebelum agensi antirasuah mengundisebulat suara untuk mendakwanya.

Parti Puea Thai yang dipimpin Cik Ying-luck masih menguruskan kerajaan sementa-ra dan berharap dapat menganjurkan pilihanraya pada 20 Julai ini.

Namun, penunjuk perasaan antikerajaansemalam mahu supaya kerajaan sementaradibubarkan, pilihan raya ditangguhkan danpembaharuan dilaksanakan bagi menghenti-kan pengaruh abang Cik Yingluck, bekas per-dana menteri, Encik Thaksin Shinawatra.

Pemimpin penunjuk perasaan, EncikSuthep Thaugsuban, yang bercakap kepadapenyokongnya semalam, menggesa merekamengadakan bantahan di luar parlimen, peja-bat perdana menteri dan lima stesen televi-syen bagi menghalangnya daripada di-gunakan oleh kerajaan Thailand.

“Kami akan menyapu bersih rejimThaksin dari negara ini,” kata Encik Suthep,bekas timbalan perdana menteri dalam kera-jaan yang diperintah Parti Demokrat.

Agensi antirasuah, Suruhanjaya Pencega-han Rasuah Kebangsaan (NACC) sebelumini sebulat suara mendapati Cik Yingluck ber-salah mengendalikan skim beras yang kon-troversial.

Sekiranya didapati bersalah oleh DewanSenat, Cik Yingluck akan dilarang daripadamenyertai politik selama lima tahun.

Sebelum ini, Mahkamah Perlembagaanmemutuskan Cik Yingluck telah bertindak diluar batas undang-undang apabila menggan-tikan Ketua Majlis Keselamatan Negara, En-cik Thawil Pliensri, dua tahun lalu.

Tindakan tersebut telah disifatkan mahka-mah sebagai “tidak sah, melanggar perlem-bagaan dan tidak beretika” kerana Cik Ying-luck dikatakan ada muslihat peribadi yangmenguntungkan anggota keluarganya.

Cik Yingluck dan sembilan menteri kabi-netnya telah diarah meletak jawatan.

Encik Suthep semalam memimpin satu

kumpulan penunjuk perasaan ke Rumah Ke-rajaan, iaitu pejabat rasmi Perdana MenteriThailand, tetapi ia telah dikosongkan sejakJanuari lalu.

Beliau berkata penunjuk perasaan akanberkhemah di luar semalaman.

Sementara itu, kegelisahan meletus ditapak bantahan apabila polis melepaskangas pemedih mata terhadap beratus-ratuspenunjuk perasaan apabila mereka cuba me-rempuh masuk pekarangan polis yang me-nempatkan kumpulan keselamatan kerajaandi utara Bangkok. – Agensi berita.

Polis lepaskan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan

Dua jenis barah pula jadi tumpuan

KONGSI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN: Dr Melanie Seah (kiri) akan bercakap tentang barah buahdada dan risiko yang wujud berkaitan penyakit itu, sementara Dr Dewi Norwani Basir pula akanbercakap tentang cara mengelakkan diri daripada menghidapi barah usus besar menerusi pengesananawal. – Foto-foto KHALID BABA

Tarikh: Ahad, 25 Mei 2014Masa: 2 petang

Tempat: Theatrette Foyer,Hospital Tan Tock Seng (TTSH)(Berhampiran MRT Novena)

Masuk:Percuma tetapi perlumendaftar. Tempat terhad danyang dahulu akan didahulukan.

Pendaftaran:Kirimkan e-mel [email protected] nama penuh, alamat,nombor telefon dan alamate-mel anda

Penceramah:Dr Dewi Norwani Basir dariJabatan Gastroenterologi,TTSH

Dr Melanie Seah,Konsultan Khidmat Buah Dada,Jabatan Pembedahan Am,TTSH

KEMELUT POLITIK DI THAILAND

BUTIRAN FORUMDua doktor pakardari Hospital Tan TockSeng akan menyentuh

tentang barah buah dadadan usus besar

FORUM KESIHATAN BH

2 Berita Harian | Sabtu, 10 Mei 2014

Berita