teks khutbah...kematian dan kes-kes pembuangan bayi turut menjadi barah dalam masyarakat. adakah...

9
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : KANAK-KANAK PEWARIS NEGARA Tarikh Dibaca : 2 Rabiulakhir 1441H/ 29 November 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

KANAK-KANAK PEWARIS NEGARA

Tarikh Dibaca :

2 Rabiulakhir 1441H/

29 November 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Khutbah Jumaat Kanak-Kanak Pewaris Negara

1

KANAK-KANAK PEWARIS NEGARA

29 November 2019M/ 2 Rabiulakhir 1441H

ونتوب ونستغفره ونستعينه مد لل ه، نحمده إن الح نا إليه، ونعوذ بالل ه من ش نف ن رو ا مرشدا. عمالنا، من يهد الل ه فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له ولي ن وسي ئات

ن ن شهد ن يك له، و ا الل ه وحده لا شر ا إله إل ن ل ن شهد هم ن لل دا عبده وسوله، ا محم د وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته إلى يوم الد ين. وسل م على نبي نا محم صل

قوا الل ه، ا بعد، فيا عباد الل ه، ات م تقوى ن ون.الل ه وطاع وصيكم ونفسي ب كم تفل ته لعلك

ڃ ڃ ڃ چ چ

ېئ ىئ ىئ ىئ ی ی ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ جب حب

خب مب ىب يب جت

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita semua dibangkitkan dalam kalangan orang-orang yang

mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Islam amat menitik beratkan pembelaan dan perhatian terhadap kanak-

kanak. Justeru, tajuk khutbah pada hari ini ialah, “Kanak-Kanak Pewaris

Negara”.

Sidang Jemaah yang berbahagia,

Khutbah Jumaat Kanak-Kanak Pewaris Negara

2

Kanak-kanak adalah anugerah dan amanah Allah SWT. Kita

dipertanggungjawab memastikan hak dan kebajikan mereka sentiasa terjaga

kerana mereka bakal pewaris yang akan membangunkan syiar Islam dan

memacu pembangunan negara pada masa hadapan.

Secara umumnya, di dalam Islam kanak-kanak merujuk kepada seseorang

yang belum baligh. Ia ditentukan dengan faktor tabi’i atau had umur. Namun

dalam konteks Malaysia, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang

berumur di bawah 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak

2001 dan takrifan ini turut digunakan di peringkat antarabangsa. Walau apa

jua takrifan yang digunakan, perlindungan dan perkembangan seseorang

kanak-kanak adalah bergantung kepada orang dewasa.

Oleh yang demikian, golongan dewasa mempunyai pernanan yang besar

dalam pembentukan diri kanak-kanak, sama ada membesar dengan akhlak

yang terpuji atau sebaliknya. Firman Allah SWT dalam surah al-Syu’ara’, ayat

132 hingga 135:

ىئ ىئ ىئ ی ی ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ ېئ

جب حب خب مب ىب يب جت

Bermaksud: “Dan bertaqwalah kepada Allah SWT yang telah

menganugerahkan kepada kamu apa yang kamu ketahui. Dia telah

menganugerahkan kepada kamu binatang-binatang ternak, anak-anak,

kebun-kebun dan mata air. Sesungguhnya aku (Nabi Hud) takut kalian akan

ditimpa azab pada hari kiamat.”

Ayat tersebut mengisyaratkan bahawa segala anugerah Allah SWT kepada

kita termasuk kanak-kanak adalah ujian kepada kita. Sama ada ia membawa

kepada taqwa kepada Allah SWT atau sebaliknya. Justeru, hak-hak mereka

Khutbah Jumaat Kanak-Kanak Pewaris Negara

3

mestilah ditunaikan dan diberikan perhatian sewajarnya. Islam amat menitik

beratkan perihal kemaslahatan kanak-kanak. Imam Ahmad r.h telah

meriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amr r.a, bahawa Nabi SAW

pernah bersabda:

يعرف ا حق من لم يرحم صغيرنا و كبيرنا فليس من Bermaksud: “Orang yang tidak menunjukkan perasaan belas kasihan

terhadap kanak-kanak kami dan tidak tahu menunaikan hak orang-orang tua

kami, maka dia bukan daripada kalangan kami.”

Justeru, semua pihak harus menyedari dan memainkan peranan bagi

memastikan kanak-kanak sentiasa terjaga dan dilindungi daripada sebarang

bentuk pengabaian, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi yang akan

menjejaskan proses tumbesaran mereka. Kanak-kanak juga mempunyai hak

yang sama dengan golongan dewasa yang perlu dihormati seperti hak

kerahsiaan peribadi, tidak dimalukan di khalayak dan tidak didera fizikal,

mental juga emosi.

Sidang Jemaah yang berbahagia,

Islam merupakan sebuah agama yang sejahtera. Ia melarang sebarang

bentuk keganasan dan kezaliman lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak.

Penderaan kanak-kanak sama ada dalam bentuk fizikal, emosi dan seksual

adalah suatu bentuk pencabulan yang serius terhadap hak mereka.

Perlindungan ke atas kanak-kanak tidak akan dapat dipenuhi selagi kita tidak

menyelesaikan pelbagai bentuk penderaan, keganasan dan eksploitasi

terhadap mereka.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia berkenaan

dengan kes kesalahan penderaan kanak-kanak pada tahun 2018, sebanyak

Khutbah Jumaat Kanak-Kanak Pewaris Negara

4

281 kes melibatkan kanak-kanak lelaki dan 175 kes kanak-kanak

perempuan. Majoriti kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan adalah

antara umur 1 hingga 7 tahun dengan sebanyak 207 kes. Malah, baru-baru

ini kes-kes yang melibatkan penderaan sehingga membawa kepada

kematian dan kes-kes pembuangan bayi turut menjadi barah dalam

masyarakat. Adakah telah hilang kewarasan manusia sehingga sanggup

bertindak kejam lebih daripada binatang? Justeru, mimbar mengajak semua

jemaah sekalian untuk menyokong segala usaha Kerajaan dalam

memastikan penjagaan dan perlindungan yang sewajarnya diberikan kepada

setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Mengenai penjagaan kesihatan kanak-kanak di Malaysia, beberapa laporan

antarabangsa telah dikeluarkan berkenaan masalah kanak-kanak di

Malaysia yang kurang nutrisi. Menurut Laporan Kesihatan Sedunia (WHO)

mendapati bahawa 17.7 peratus kanak-kanak dan remaja antara usia 5

hingga 19 tahun mengalami masalah pertumbuhan terbantut. Manakala

berdasarkan Kajian Nutrisi Kanak-Kanak Malaysia, satu daripada tiga

keluarga di Malaysia mengalami kekurangan nutrisi penting. Ia jelas

menunjukkan bahawa isu kanak-kanak di Malaysia yang mengalami

kekurangan nutrisi agak serius.

Menurut Artikel 24 Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak telah

menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk

mendapatkan standard penjagaan kesihatan dan perubatan yang paling

tinggi dan menjadi tanggungjawab negara untuk menyediakan sistem

rawatan terbaik untuk mereka.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Khutbah Jumaat Kanak-Kanak Pewaris Negara

5

Isu perkahwinan kanak-kanak di Malaysia masih diperdebatkan sehingga

hari ini. Walaupun dalam Islam membenarkan perkahwinan kanak-kanak

namun ibu bapa harus melihat apa yang terbaik demi masa depan anak-anak

mereka. Selain itu, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga

menyatakan bahawa komplikasi dan kematian yang lebih tinggi akibat

daripada kehamilan melibatkan remaja perempuan di antara 10 hingga 19

tahun berbanding wanita yang berumur 20 hingga 24 tahun.

Justeru, ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting dalam melindungi

kanak-kanak. Perkembangan fizikal dan mental mereka harus diambil berat

dalam memastikan mereka dapat membesar dengan sempurna. Ibu bapa

juga seharusnya menjadi contoh teladan yang utama dengan melayani

mereka dengan penuh kasih sayang dan perasaan hormat serta memastikan

mereka diberikan keperluan hidup yang mencukupi.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Pertama: Kanak-kanak adalah anugerah Allah SWT sebagai zuriat dan

penyambung keturunan kita. Mereka juga bakal mewarisi kepimpinan

negara.

Kedua: Kanak-kanak berhak mendapat penjagaan, pendidikan, keselamatan

dan sebagainya.

Ketiga: Pemimpin dan masyarakat turut memainkan peranan yang besar

dalam membela dan melindungi kanak-kanak.

Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam surah at-Tur, ayat 21:

ڃ ڃ ڃ چ چ

Khutbah Jumaat Kanak-Kanak Pewaris Negara

6

گ گ گڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ

ڳ ڳ ڳ ڳ

Bermaksud : “Dan orang-orang yang beriman serta anak cucu mereka yang

menuruti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan mereka dengan zuriat

mereka, dan Kami tidak mengurangkan sedikit pun (pahala) daripada amalan

mereka. Setiap individu terikat dengan apa yang dikerjakannya.”

اكم بما فيه من الآيات والذ كر الحك م، ي باك الل ه لي ولككم بالقرآن العظيم، ونفعني وإي ل من ي وم ميع العليم.وتقب ه هو ال ستغفر الل ه العظيم لي نكم تلاوته إن ن قول قولي هذا و ن

موات، حياء منهم والأن لمات والمؤمنين والمؤمنات الأن لمين والم الم ئر ولككم ولا حيم. فاستغفروه ه هو الغفو الر إن

KHUTBAH KEDUA

ين الحمد لل ه م د ،ب العال لام على سي دنا محم وال لاة مي ن والص بي الأن ن، وعلى آله الن ين ومن تبعهم بإحان إلى يوم الد ين. اهر صحابه الط ن و

ن ن شهد ن ا إله إلا الل ه دا عبده وسوله. ل شهد ن سي دنا محم ن يك له، و وحده لا شر

ا م قوا الل ه بع ن د، فيا عباد الل ه، ات مر عظيم حق تقاته مركم بأن ن مركم ، واعلموا ن الل ه ن

يم الككر ليم على نبي ه لاة والت تعالى:بالص ڄ ڃ ڄ ڄ ڄ ، فقال الل ه

ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

Khutbah Jumaat Kanak-Kanak Pewaris Negara

7

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم وباك على سي براهيم دنا إ كت على س آسي ا با د كم دنا محم دنا ل سي ي

براهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد.آإ م براهيم في العال دنا إ ل سي

اشدين و لفاء الر هم عن الخ ض الل ة وا جمعين، عن بقي ن حابة ابعين واابي و عن الت الص ابعين اومن الت ض عن تبعهم بإحان إلى يوم الد ين وا كرم كرم الأن ن .ين معهم يا

موات. حياء منهم والأن لمات والمؤمنين والمؤمنات الأن لمين والم هم اغفر للم الل

ي د بدوام ن هم الل لامة ملكككنا ككباوه دولي يڠ مها م ة وال ح وفيق والهداية والص ليا والت الد ين الكمصطفى سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ، اللطان عبد الل ه عاية

بن تعين ب المرحوم بالل ه شاه ا حمد شاه الكم ن الل ه. سلطان حاج

ليا سري ڤدوك بڬيندا اج ڤرمايسوي اڬوڠ، ووكذلك ككباوه دولي يڠ مها مية بنت الكمرحوم الكمتوك ل على (Tunku)تونكو مينة ميمونة إسكند ن حاجه عزيزة

اج. الح الل ه سلطان إسكند

هم احفظ علما اله وعاياه من المؤمنين و المؤمنات برحمتك الل ءه ووزاءه وقضاته وعم احمين . حم الر ن يا

لدنا هم اجعل ب يا الل م ماليز ن من و ن ا، سخاء خاء، دا عدل وإيمان، و ن، اآمنا مطمئن لمين. ئر بلاد الكم وسا

Khutbah Jumaat Kanak-Kanak Pewaris Negara

8

عداء الد ين وانصر من نصر الد ين، ن عداءك ن لمين ، ودم ر عز الإسلام والم ن هم الل عل كلمتك إلى يوم الد ين. ن لمين، و واخذل من خذل الم

يڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ٢يا اهلل، جاديكنله كامي اورڠ

ماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان سرتا رحمتيله ڬولوڠن

دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان MAIWPيڠ منونايكن زكاة. جاديكنله اوسها

كميسكينن. بلڠڬوسن باڬي ملڤسكن اصناف دري سباڬاي ساتو لڠكه يڠ برك

ا. نيا حنة وفي الآخرة حنة وقنا عذاب الن نا في الد نا آت ب

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ

يذكركم، فاذكروا لوه من فضله يعطكم الل ه العظيم واشكروه على نعمه يزدكم، واسأنكبر، والل ه يعلم ما تصنعون. ن ولذكر الل ه