kallang payudarasumber: laporan pendaftar tahunan pendaftar barah singapura 2015, pejabat...

11
5 Stadium Walk, Kallang Leisure Park #04-03/08, Singapura 397693 Tel (65) 6352 6560 Faks (65) 6352 5808 Talian Bantuan (65) 6356 0123 E-mel [email protected] Laman Web www.bcf.org.sg CARA MENUJU KE YAYASAN BARAH PAYUDARA Bas 11 MRT Stadium (Exit B) Singapore Indoor Stadium Kallang Theatre Stadium Walk Stadium Cres c e n t Stadium CC6 Singapore Sports Hub Kallang Leisure Park APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG BARAH PAYUDARA BUKU KESIHATAN PAYUDARA

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

21

5 Stadium Walk, Kallang Leisure Park #04-03/08, Singapura 397693

Tel (65) 6352 6560

Faks (65) 6352 5808

Talian Bantuan (65) 6356 0123

E-mel [email protected]

Laman Web www.bcf.org.sg

CARA MENUJU KE YAYASAN BARAH PAYUDARA

Bas 11

MRT Stadium (Exit B)

Singapore Indoor Stadium

Kallang Theatre

Stadium Walk

Stadium

Crescent

Stadium CC6

Singapore Sports Hub

Kallang Leisure Park

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG BARAH PAYUDARA

BUKU KESIHATAN PAYUDARA

Page 2: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

1

KANDUNGANPENERBIT

Yayasan Barah Payudara (BCF) 5 Stadium Walk #04-03/08 Kallang Leisure Park Singapore 397693 Tel: 6352 6560 | Faks: 6352 5808 E-mel: [email protected] Laman web: www.bcf.org.sg

bcf.pink

bcfsg

Breast Cancer Foundation

BCF Singapore

Penafian:Buku Kesihatan Payudara ini merupakan penerbitan rasmi Yayasan Barah Payudara. Semua maklumat adalah tepat pada masa pencetakan dan tertakluk kepada semakan tanpa notis terlebih dahulu. Maklumat ini disediakan untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan sahaja. Jangan mengabaikan nasihat perubatan profesional atau berlengah mendapatkan rawatan perubatan disebabkan maklumat yang anda peroleh daripada Buku Kesihatan Payudara ini. Tiada bahagian daripada Buku Kesihatan Payudara ini boleh dicetak semula tanpa kebenaran bertulis daripada Yayasan Barah Payudara.

08

12Pengenalan

Anatomi Payudara Asas

Faktor-Faktor Risiko

Pemeriksaan & Pengesanan

Rawatan

02

16

06 20

04

Diagnosis

Hubungi Kami

PENGESANAN AWAL MENYELAMATKAN NYAWA, MENYELAMATKAN PAYUDARA!

Page 3: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

32

HARUSKAH SAYA

BERASA BIMBANG?

Lebih 400 orang wanita meninggal dunia akibat barah payudara setiap tahun.

Barah payudara menyumbang kepada 1 dalam setiap 3 barah yang didiagnosis dalam kaum wanita.

Terdapat lebih dari 1,900 kes baru yang didiagnosis setiap tahun.

1 dalam 14 wanita akan menghidap barah payudara sebelum usia 75 tahun

Sumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional

Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita di Singapura.

Barah payudara tidak perlu menyebabkan kematian. Kadar penakatan 5 tahun bagi barah payudara melebihi 90%* apabila dikesan dan dirawat awal.

Page 4: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

54

ASAS

ANATOMI PAYUDARA

Sebahagian besar payudara terbentuk daripada lemak dan tisu. Tisu payudara mengandungi lobular (atau kelenjar) yang menghasilkan susu, serta menghubungkan saluran yang membawa susu ke puting semasa menyusukan bayi. Terdapat 5 hingga 10 sistem saluran dalam setiap payudara, dengan pembukaannya di bahagian puting.

Payudara juga mengandungi urat saraf, pembuluh darah dan saluran limfa (yang membawa limfa, iaitu cecair tidak berwarna), dan tisu penghubung yang membantu menampung kesemua ini. Saluran limfa membawa kepada nodus limfa berbentuk kacang yang terdapat di sekitar ketiak, di atas tulang selangka dan di bahagian dada.

Sama ada sel-sel saluran atau lobular atau kedua-duanya

boleh menjadi barah dan tumbuh secara tidak terkawal.

Lobul

Saluran

Areola

Puting

Tisu Lemak

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

JANTINA Wanita mempunyai faktor risiko tertinggi mendapat barah payudara. Barah payudara di kalangan lelaki jarang berlaku dan hanya menyumbang kira-kira 1% daripada semua kes barah payudara.

USIA

Risiko seorang wanita untuk mendapat barah payudara meningkat dengan usia.Semakin seseorang itu berusia, perubahan tidak normal pada sel-sel mereka lebih berkemungkinan terjadi.

MITOS

Payudara lebih besar

lebih berkemungkinan

mendapat penyakit

barah payudara.

FAKTA Saiz tidak penting.

Bagaimanapun, wanita berbadan besar biasanya

mempunyai payudara lebih besar dan kegemukan

adalah faktor risiko bagi barah payudara.

SEJARAH BARAH PAYUDARA DAN PENYAKIT PAYUDARA TIDAK BERBAHAYA

Wanita yang pernah menghidap barah payudara atau penyakit payudara benigna seperti hiperplasia lebih berisiko tinggi menghidap barah payudara.

SEJARAH KELUARGA

Jika ibu, kakak atau anak perempuan anda menghidap atau pernah menghidap barah payudara, risiko anda menjadi lebih tinggi. Sejarah barah payudara dalam keluarga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti gaya hidup atau dikaitkan dengan mutasi genetik khusus. Penyelidik telah menemui dua gen - BRCA1 dan BRCA2 - yang, jika rosak, boleh meningkatkan kecenderungan menghidap barah payudara.

Page 5: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

76

FAKTA Tiada data saintifik untuk menyokong kenyataan ini.

7

KURANGNYA AKTIVITI FIZIKAL

Senaman dan aktiviti kerap boleh membantu menurunkan risiko barah payudara dengan melambatkan permulaan haid, mengurangkan kekerapan tempoh haid biasa dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Setiap ini boleh membantu mengurangkan jumlah estrogen yang terdedah kepada seorang wanita dalam tempoh hidupnya.

Tahap aktiviti fizikal yang rendah hingga sederhana boleh meningkatkan fungsi sistem daya tahan tubuh untuk menyekat perubahan barah.

DIET

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa diet yang tinggi lemak boleh meningkatkan risiko barah payudara. Bagaimanapun, pengambilan lemak sebaiknya dihadkan kerana diet tinggi lemak boleh menyebabkan barah lain dan penyakit jantung. Penting untuk menyertakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda kerana pitoestrogen (hormon tumbuh-tumbuhan), yang terdapat dalam pelbagai sayuran dan soya, dapat mengurangkan risiko menghidap barah payudara.

ALKOHOL

Beberapa kajian telah menunjukkan hubungan antara pengambilan alkohol berlebihan dan peningkatan risiko menghidap barah payudara. Alkohol boleh meningkatkan risiko dengan mengubah cara tubuh seorang wanita menggerakkan metabolisme estrogen. Ini boleh menyebabkan paras estrogen darah meningkat, yang seterusnya boleh meningkatkan risiko barah payudara.

HORMON Jika anda didatangi haid awal (sebelum usia 12 tahun) atau mengalami putus haid yang lewat (selepas usia 55 tahun), melahirkan anak pertama selepas usia 30 tahun atau langsung tidak mempunyai anak, anda lebih berisiko tinggi menghidap barah payudara. Faktor-faktor ini dipercayai berkaitan dengan hormon wanita estrogen. Barah payudara juga telah dikaitkan dengan penggunaan terapi penggantian hormon secara berlarutan (5 tahun atau lebih) selepas putus haid.

MITOS

Barah payudara

boleh berjangkit.

MITOS

Deodoran, produk anti

peluh atau memakai

coli boleh menyebabkan

barah payudara.

FAKTA Barah payudara tidak

boleh disebarkan melalui hubungan fizikal (menyentuh

seseorang atau berkongsi objek seperti perkakas

dapur).

Page 6: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

98

FAKTA Barah boleh terjadi pada bila-bila masa. Oleh itu, penting untuk menjalani pemeriksaan payudara

secara kerap, pemeriksaan payudara klinikal tahunan dan memeriksa sendiri payudara

setiap bulan supaya sebarang perubahan atau keganjilan

dapat dikesan awal dan diperiksa doktor.

Pengesanan barah payudara di peringkat paling awal menawarkan peluang pemulihan terbaik dengan rawatan yang kurang merumitkan. Di peringkat awal mungkin tidak terdapat simptom seperti kesakitan atau ketulan, tetapi keganjilan boleh dilihat pada mamogram atau pemeriksaan ultrabunyi.

PEMERIKSAAN & PENGESANAN

BERGANTUNG KEPADA USIA ANDA, YANG BERIKUT DISYORKAN:

20 - 39 tahun 40 - 49 tahun 50 tahun & ke atas

PemeriksaanMamogram Setahun Sekali

Dua Tahun Sekali*

(Kecuali disyorkan sebaliknya oleh doktor)

Pemeriksaan Sendiri Payudara Setiap Bulan

Pemeriksaan payudara klinikal tahunan oleh profesional penjagaan kesihatan

MITOS Jika keputusan

mamogram saya

tidak menunjukkan

keganjilan, saya

selamat daripada

barah payudara.

MITOS Ketulan barah

payudara

menyakitkan.

FAKTA Di peringkat awal barah

payudara, biasanya anda tidak mengalami

sebarang kesakitan atau simptom.

Nota: Cadangan usia hanyalah sebagai garis panduan dan mungkin berbeza bagi mereka yang mempunyai sejarah barah payudara dalam keluarga atau mereka yang mempunyai faktor risiko lain. Dapatkan nasihat doktor anda tentang jadual pemeriksaan kami.

PEMERIKSAAN MAMOGRAM

Pemeriksaan mamogram adalah pemeriksaan x-ray dos rendah yang boleh mengesan barah kecil di payudara. Semasa pemeriksaan mamogram, payudara ditekan perlahan antara dua piring mesin x-ray selama beberapa saat, untuk meratakan tisu dan mendapatkan imej jelas payudara. Imej-imej payudara diambil dan diproses oleh ahli radiografi (seorang teknisyen) yang kemudiannya memberikan filem X-ray tersebut kepada ahli radiologi (seorang doktor) untuk memeriksa jika terdapat sebarang keganjilan.

PEMERIKSAAN PAYUDARA KLINIKAL

PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (BSE)

Masa terbaik untuk melakukan BSE adalah 7 hingga10 hari selepas haid anda bermula, apabila payudara anda tidak berapa lembut. Jika anda tidak lagi datang haid, lakukan BSE pada tarikh yang sama setiap bulan, contohnya pada hari pertama di setiap bulan. Ini akan membantu anda mengenali rasa dan bentuk payudara anda yang normal supaya anda dapat mengesan sebarang perubahan yang tidak normal.

Pemeriksaan Payudara Klinikal boleh dilakukan di poliklinik atau klinik Doktor Swasta, di klinik Ginekologi atau klinik pakar payudara. Pakar penjagaan kesihatan, biasanya seorang doktor, akan memeriksa dengan menyentuh atau merasa kedua-dua payudara anda dan melakukan pemeriksaan visual. Jika beliau mendapati sesuatu yang mencurigakan, anda akan dirujuk untuk ujian lanjut (seperti mamogram/ ultrabunyi/ biopsi) atau diberi temu janji susulan.

Page 7: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

1110

Ketulan yang tidak hilang atau bahagian payudara atau ketiak yang menjadi tebal

Puting yang baru sahaja tertarik ke dalam

Perubahan pada warna atau kulit payudara, areola atau puting (contohnya, tenggelam, berkedut atau bersisik)

Darah atau cairan yang meleleh dari puting

Perubahan pada saiz atau bentuk payudara

Anda mungkin dirujuk untuk menjalani mamogram dan/atau ultrabunyi, yang akan diperiksa oleh ahli radiologi.

Temui doktor yang akan memeriksa payudara anda, tanyakan soalan tentang perubahan serta sebarang sejarah perubatan dan keluarga. Ini akan membantu doktor menentukan sama ada perubahan pada payudara anda adalah normal atau jika pemeriksaan dan ujian lanjut diperlukan.

1

2

Jika barah dikesan, anda akan dirujuk kepada pakar bedah payudara untuk rawatan.

Jika keganjilan dikesan oleh mamogram atau ultrabunyi, biopsi mungkin disyorkan. Jarum yang halus mungkin digunakan untuk mendapatkan sedikit sel atau jarum yang lebih besar untuk mengeluarkan tisu daripada bahagian yang terjejas untuk diperiksa di bawah mikroskop oleh seorang ahli patologi.

3

4

MITOS

Semua ketulan payudara

adalah barah.

FAKTA 9 daripada 10 ketulan

payudara adalahbukan barah.*

*Sumber: Lembaga Penggalakan Kesihatan. (2017, Nov 27). 5 Cara Untuk Persiapkan Diri Anda Untuk Mamogram [Laman Web].

Diperoleh September 2018 dari https://www.healthhub.sg/live-healthy/1839/5-ways-to-psych-yourself-for-a-mammogram

PERHATIKAN TANDA-TANDA BARAH PAYUDARA YANG TERMASUK:

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR JIKA ANDA TERLIHAT PERUBAHAN BERIKUT.

FAKTA Pendedahan radiasi

daripada pemeriksaan mamogram adalah sangat rendah. Faedah daripada

pengesanan barah payudara di peringkat awal jauh

melebihi risikonya.

MITOS Radiasi daripada

pemeriksaan

mamogram adalah

berbahaya.

JANGAN PANIK!

Page 8: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

1312

DIAGNOSISAPA ITU BIOPSI?

Biopsi adalah satu prosedur di mana sampel tisu diambil daripada keganjilan pada payudara, dan kemudian diuji. Terdapat banyak kaedah untuk mendapatkan sampel, dan doktor anda boleh mencadangkan kaedah yang terbaik. Biopsi adalah prosedur yang selamat dan merupakan cara paling tepat untuk memeriksa jika terdapat barah.

MEMAHAMI LAPORAN BIOPSI ANDA

Biopsi anda boleh menjawab banyak persoalan. Keputusan biopsi boleh menentukan jika sesuatu keganjilan adalah barah dan memberikan penerangan tentang sel-sel yang dijumpai. SEL-SEL BARAH BENIGNA

Keganjilan yang dijumpai mungkin tidak berbahaya, yang bermakna ia bukan barah. Kebanyakan keganjilan hanyalah sel-sel payudara biasa yang tumbuh secara berlebihan. Doktor anda akan menasihatkan sama ada lebih baik untuk membiarkan sahaja, atau membuang keganjilan tersebut.

SEL-SEL ATIPIKAL

Terdapat juga sel-sel atipikal. Ia adalah sel-sel tidak normal yang boleh berubah menjadi barah tetapi belum lagi barah. Pembuangan sel-sel ini biasanya disyorkan.

SEL-SEL BARAH Sel-sel barah adalah berbeza. Ia tumbuh secara tidak terkawal, dan boleh menyerang tisu biasa yang berdekatan. Akhirnya, ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

• Sesetengah sel barah adalah tidak invasif dan tidak merebak di luar payudara. Ini biasanya mudah dirawat.

• Barah invasif merujuk kepada sel-sel barah yang menyerang struktur di sebelahnya dan kemungkinan mendapat akses ke peredaran mikro di sekitarnya. Keupayaannya merebak bergantung kepada sifat sel (berkembang perlahan atau pantas) dan keadaan barah tersebut (yang menunjukkan berapa lama ia telah dibiarkan berkembang sehingga waktu ia dikesan).

JENIS-JENIS BARAH PAYUDARA

Terdapat lima jenis utama barah payudara. Kategori-kategori ini membantu memberi panduan bagi rawatan serta meramal bagaimana barah akan berkembang dan memberi respon kepada rawatan. Ramalan ini dipanggil “prognosis”.

• Barah payudara Lumen A sangat tinggi reseptor hormon positif (reseptor estrogen dan/atau reseptor progesteron positif), HER2 negatif, dan mempunyai paras protein ki-67 yang rendah, yang membantu mengawal kepantasan sel-sel barah berkembang. Barah Luminal A tumbuh secara perlahan dan merebak lama kemudian. Pesakit yang didiagnosis dengan Luminal A dianggap sebagai mempunyai prognosis dan kadar penakatan yang terbaik.

• Barah payudara Luminal B kurang tinggi reseptor hormon positif (reseptor estrogen dan/atau reseptor progesteron positif), dan sama ada HER2 positif atau HER2 negatif dengan paras ki-67 yang tinggi. Barah Luminal B biasanya tumbuh lebih pantas dari barah Luminal A dan biasanya lebih agresif.

• Barah payudara tiga kali ganda negatif/mirip basal adalah reseptor hormon negatif (reseptor estrogen dan reseptor progesteron negatif) dan HER2 negatif. Barah jenis ini sangat agresif dan lebih lazim terjadi pada wanita dengan mutasi genetik BRCA1.

• Barah payudara diperkaya HER2 adalah reseptor hormon negatif (reseptor estrogen dan reseptor progesteron negatif), dan HER2 positif. Barah diperkaya HER2 biasanya berkembang lebih pantas daripada barah luminal dan adalah lebih agresif. Bagaimanapun, ia kini berjaya dirawat dengan terapi yang disasarkan pada protein HER2, seperti Herceptin (trastuzumab), Perjeta (pertuzumab), Tykerb (lapatinib), dan Kadcyla (T-DM1 atau ado-trastuzumab emtansin).

• Barah payudara mirip normal sama seperti penyakit Luminal A: reseptor hormon positif (reseptor estrogen dan/atau reseptor progesteron positif), HER2 negatif, dan mempunyai paras protein ki-67 yang rendah, yang membantu mengawal kepantasan sel-sel barah berkembang. Prognosis barah payudara mirip normal adalah di antara subjenis Luminal A and Luminal B.

Sila rujuk kepada jadual (di muka surat 14) untuk maklumat lanjut.

Page 9: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

1514

RAWATAN

PEMBEDAHAN DAN PEMULIHAN

Lumpektomi dan pembedahan onkoplastik Barah payudara dengan tisu sihat di sekitarnya dibuang. Tisu payudara yang selebihnya boleh dibentuk semula melalui teknik onkoplastik untuk mengembalikan bentuk semula jadi. Sedikit nodus limfa mungkin dibuang juga. Biasanya hanya dilakukan untuk barah payudara peringkat awal.

Mastektomi dengan atau tanpa pembentukan semula payudara Pembuangan seluruh payudara, selalunya termasuk nodus limfa di ketiak dan kadang-kadang otot pada dinding dada. Ini diperlukan apabila barah ditemui di banyak bahagian payudara atau jika bahagian yang terjejas oleh barah adalah besar.

Untuk membantu para doktor menentukan rawatan yang terbaik, tahap barah perlu ditentukan. Berikutan diagnosis barah payudara, ujian lanjut dijalankan untuk menentukan jika barah telah merebak. Doktor kemudian akan membincangkan dengan anda rawatan yang terbaik berdasarkan tahap dan jenis barah.

MITOS

Mastektomi (membuang

seluruh payudara) adalah

satu-satunya cara untuk

menghapuskan barah

payudara. FAKTA Mastektomi bukanlah satu-satunya rawatan. Teknologi baru dan terapi yang lebih

baik kini menawarkan pelbagai pilihan rawatan

untuk wanita yang didiagnosis menghidap

barah payudara.

MEMAHAMI LAPORAN BIOPSI ANDA

Subjenis Molekular

Reseptor hormon (protein di permukaan

sel yang respon kepada rangsangan dengan

mengedarkan hormon)

Gen HER-2 atau cerb-B2 yang berlebihan

(menyebabkan sel barah membahagi dan berkembang

secara tidak terkawal)

Kadar pertumbuhan

Rawatan

Reseptor estrogen

Reseptor progesteron

Terapi anti hormon atau

endokrinKemoterapi

Luminal A + + - Perlahan Ya Biasanya tidak

Luminal B + +/- +/- Sederhana Ya

Mungkin diperlukan

Mirip Normal + +/- - Perlahan Ya

Diperkaya HER2 - - + Pantas Tidak

Ya; dengan terapi yang disasarkan

Mirip Basal - - - Pantas Tidak Ya

Page 10: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

1716

MENGENAI YAYASAN BARAH PAYUDARA

SERTAI KAMI

Yayasan Barah Payudara (BCF) merupakan sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan dengan misi untuk membasmi barah payudara sebagai penyakit yang mengancam nyawa. Ditubuhkan pada tahun 1997, BCF komited untuk meningkatkan kesedaran tentang barah payudara melalui ceramah, acara dan penerbitan yang menyokong pengesanan awal melalui pemeriksaan secara kerap, serta menyokong pesakit yang selamat

daripada barah payudara dan keluarga mereka menjalani siri program dan aktiviti semasa perjalanan pemulihan mereka. Sebagai salah sebuah kumpulan advokasi di dunia dengan Liga Sokongan Lelaki yang disatukan dengan Kumpulan Sokongan Penjaga pada tahun 2017, BCF bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan kaum lelaki dalam peperangan masyarakat terhadap penyakit ini.

TERAPI RADIASI ATAU RADIOTERAPI

X-ray bertenaga tinggi diarahkan pada payudara, untuk membunuh mana-mana sel barah yang tersisa atau untuk menghentikannya daripada berkembang. Radioterapi hampir selalu disyorkan dengan lumpektomi tetapi tidak selalu dengan mastektomi. Kesan sampingan sementara kebanyakannya terhad kepada kulit.

KEMOTERAPI Ubat-ubatan, biasanya secara kombinasi, diberikan secara oral atau suntikan untuk membunuh sel-sel barah. Ubat-ubatan ini memasuki aliran darah dan bergerak melalui tubuh. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan sementara, yang boleh dikurangkan dengan langkah-langkah yang sesuai. Kemoterapi diberi dalam kitaran: tempoh rawatan diikuti dengan pemulihan, kemudian rawatan dan pemulihan sekali lagi, dan seterusnya.

TERAPI HORMON

Ini digunakan untuk menghalang sel-sel barah daripada mendapat hormon yang ia perlukan untuk berkembang. Terapi hormon mungkin melibatkan ubat-ubatan untuk mengubah cara hormon berfungsi atau pembedahan untuk mengeluarkan ovari yang menghasilkan hormon wanita, yang boleh menjejas sel-sel barah.

TERAPI YANG DISASARKAN

Ini direka untuk mensasarkan sel-sel barah secara khusus dan tidak menyerang sel-sel normal, dengan itu mengurangkan kesan sampingan yang tidak diingini. Terapi ini menyekat pertumbuhan dan penyebaran sel-sel barah dengan bertindak pada protein yang penting dalam pertumbuhan sel barah. Dengan gabungan rawatan lain, terapi yang disasarkan dapat meningkatkan kadar tindak balas.

IMUNOTERAPI Rawatan ini merangsang sistem daya tahan tubuh anda untuk bekerja dengan lebih efisyen dan khusus untuk memerangi sel-sel barah. Ia menggunakan bahan yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh anda atau dihasilkan di makmal bagi meningkatkan sistem daya tahan tubuh untuk membantunya mengenali dan menyerang sel-sel barah. Imunoterapi boleh digunakan bersama dengan terapi dan ubat-ubatan lain untuk mendapatkan tindak balas yang lebih baik.

Hubungi BCF di 6352 6560 untuk maklumat lanjut tentang: • Bantuan pembiayaan untuk pemeriksaan mamogram • Menganjurkan acara pemeriksaan mamogram dalam masyarakat anda • Sokongan yang tersedia untuk wanita dan keluarga yang terjejas oleh barah payudara Lawati www.bcf.org.sg atau ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk acara-acara dan kempen yang akan datang.

Page 11: Kallang PAYUDARASumber: Laporan Pendaftar Tahunan Pendaftar Barah Singapura 2015, Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional Barah payudara adalah barah paling lazim di kalangan wanita

PERIKSA PAYUDARA ANDA PADA HARI KE- ( )* SETIAP BULAN

*Jika anda masih datang haid, lakukan pemeriksaan sendiri payudara 7 hingga 10 hari selepas haid anda bermula

*Jika anda sudah berhenti datang haid, lakukan pemeriksaan sendiri payudara pada hari yang sama setiap bulan, contohnya hari pertama bulan tersebut

CARA MELAKUKANNYA - SENTUH, LIHAT, PERIKSA

APA YANG PERLU DIPERHATIKAN

Gunakan bahagian hujung tiga jari tengah anda. Tekan kuat dan gerakkan secara perlahan-lahan dalam bulatan di seluruh payudara dan ketiak untuk merasa jika ada ketulan.

Kenali rasa dan bentuk payudara anda supaya anda dapat mengesan sebarang perubahan. Bertenang dan dapatkan nasihat doktor jika anda mendapati perubahan

pada payudara anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Pemeriksaan Sendiri Payudara, sila lawati www.bcf.org.sg atau hubungi 63526560

Perhatikan perubahan di cermin

Semasa mandi, sentuh untuk merasa jika ada

perubahan

Berbaring dan sentuh untuk merasa jika ada

perubahan

Puting yang baru sahaja tertarik ke dalam

Darah atau cairan yang meleleh dari puting

Perubahan pada saiz atau bentuk payudara

Ketulan yang tidak hilang atau bahagian payudara atau ketiak yang menjadi tebal

Perubahan pada warna atau kulit payudara, areola atau puting (contohnya, tenggelam, berkedut, bersisik)