forum

1
Assalamualaikum dan salam sejahtera. FPK adalah satu usaha mengembangkan potensi individu secara menyuluruh dan seimbangkan individu tersebut dari aspek JERI iaitu jasmani,intelek,rohani dan emosi. Prinsip FPK merupakan panduan dan bimbingan untuk semua guru dan bakal guru dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik nombor satu di dunia. Sebagai seorang bakal guru,saya perlukan diri saya mempunyai dan seimbang dalam keempat-empat aspek terlebih dahulu sebelum saya benar-benar menjadi seorang guru.Pertama saya akan memastikan saya sentiasa cergas dari segi fizikal dan mental agar saya sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugasan harian saya sebagai seorang guru.Disamping itu,saya akan memastikan kesihatan saya terjaga dengan cara menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tambahan lagi,sebgai seorang bakal guru keperluan dan persiapan diri dalam apek rohani dan emosi adalah sangat penting.Justeru saya akan berusaha mengawal emosi saya apabila berhadapan dengan pelbagai tugasan harian yang berat dan sentiasa bersedia dengan cabaran yang bakal mendatang.Manakala dari segi rohani saya akan pastikan jiwa saya sentiasa tenang dan tenteram serta lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Intelek pula merangkumi unsur daya pemikiran yang logik,kreatif,kritis dan berilmu pengetahuan.Maka sebagai seorang guru,unsur ini perlulah saya kuasai kerana amat penting untuk saya pratikkan semasa sedang mengajar bakal murid saya atau masyarakat diluar sana dengan perkara-perkara yang benar dan bermanfaat untuk masa hadapan mereka kelak. Saya ingin menyertakan satu contoh disini iaitu Seorang guru yang datang ke sekolah tanpa fizikal yang cergas dan bersemangat akan turut terganggu dari segi emosi nya yang lemah serta pemikiran nya turut terjejas.Maka guru tersebut akan mengajar murid-muridnya secara sambil lewa tanpa mengambil berat akan apa yang terjadi pada keputusan peperiksaan dan masa hadapan muridnya kelak. Kesimpulannya,sebagai seorang bakal guru,melengkapkan diri dengan keempat- empat unsur ini adalah sangat penting untuk mencapai matlamat FPK iaitu melahirkan rakyat yang patuh kepada tuhan,berketrampilan,berakhlak mulia,berilmu pengetahuan dan bersifat kepimpinan. Sekian,terima kasih

Upload: hanahusain

Post on 02-Oct-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan salam sejahtera. FPK adalah satu usaha mengembangkan potensi individu secara menyuluruh dan seimbangkan individu tersebut dari aspek JERI iaitu jasmani,intelek,rohani dan emosi.PrinsipFPK merupakan panduan dan bimbingan untuk semua guru dan bakal guru dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik nombor satu di dunia. Sebagai seorang bakal guru,saya perlukan diri saya mempunyai dan seimbang dalam keempat-empat aspek terlebih dahulu sebelum saya benar-benar menjadi seorang guru.Pertama saya akan memastikan saya sentiasa cergas dari segi fizikal dan mental agar saya sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugasan harian saya sebagai seorang guru.Disamping itu,saya akan memastikan kesihatan saya terjaga dengan cara menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tambahan lagi,sebgai seorang bakal guru keperluan dan persiapan diri dalam apek rohani dan emosi adalah sangat penting.Justeru saya akan berusaha mengawal emosi saya apabila berhadapan dengan pelbagai tugasan harian yang berat dan sentiasa bersedia dengan cabaran yang bakal mendatang.Manakala dari segi rohani saya akan pastikan jiwa saya sentiasa tenang dan tenteram serta lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Intelek pula merangkumi unsur daya pemikiran yang logik,kreatif,kritis dan berilmu pengetahuan.Maka sebagai seorang guru,unsur ini perlulah saya kuasai kerana amat penting untuk saya pratikkan semasa sedang mengajar bakal murid saya atau masyarakat diluar sana dengan perkara-perkara yang benar dan bermanfaat untuk masa hadapan mereka kelak. Saya ingin menyertakan satu contoh disini iaitu Seorang guru yang datang ke sekolah tanpa fizikal yang cergas dan bersemangat akan turut terganggu dari segi emosi nya yang lemah serta pemikiran nya turut terjejas.Maka guru tersebut akan mengajar murid-muridnya secara sambil lewa tanpa mengambil berat akan apa yang terjadi pada keputusan peperiksaan dan masa hadapan muridnya kelak. Kesimpulannya,sebagai seorang bakal guru,melengkapkan diri dengan keempat-empat unsur ini adalah sangat penting untuk mencapai matlamat FPK iaitu melahirkan rakyat yang patuh kepada tuhan,berketrampilan,berakhlak mulia,berilmu pengetahuan dan bersifat kepimpinan.Sekian,terima kasih