forum 3

4
Jelaskan bagaimana anda dapat memastikan instrumen yang anda gunakan dalam penyelidikan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan Jawab 1 Kesahan merujuk kepada ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Untuk memastikan instrumenn yang digunakan dalam penyelidikan mempunyai kesahan kita perlu menggunakan teknik triangulasi. Penggunaan teknil tiangulasi (soal selidik, temubual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen. Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan usaha oleh menyokong dan menambah bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Untuk memastikan instrumenn yang digunakan dalam penyelidikan mempunyai kebolehpercayaan ialah dengan melalui kajian rintis. Kajian rintis ialah satu ujian skala kecil. Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampel sebenar. Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu. Instrumen yang baik adalah instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik bagi maksud pengumpulan data dalam sesuatu kajian. Jawab 2 Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur (Creswell,2010). Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid 1990). Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka dan kesahan kandungannya. Kesahan konstruk sesuatu soal selidik pula boleh diukur dengan menggunakan nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Kebolehpercayaan pula seringkali

Upload: anuar-jais

Post on 11-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Forum 3

TRANSCRIPT

Jelaskan bagaimana anda dapat memastikan instrumen yang anda gunakan dalam penyelidikan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaanJawab 1Kesahan merujuk kepada ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Untuk memastikan instrumenn yang digunakan dalam penyelidikan mempunyai kesahan kita perlu menggunakan teknik triangulasi. Penggunaan teknil tiangulasi (soal selidik, temubual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen. Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan usaha oleh menyokong dan menambah bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Untuk memastikan instrumenn yang digunakan dalam penyelidikan mempunyai kebolehpercayaan ialah dengan melalui kajian rintis. Kajian rintis ialah satu ujian skala kecil. Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampel sebenar. Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu. Instrumen yang baik adalah instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik bagi maksud pengumpulan data dalam sesuatu kajian.

Jawab 2Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur(Creswell,2010). Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid 1990).Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka dan kesahan kandungannya. Kesahan konstruk sesuatu soal selidik pula boleh diukur dengan menggunakan nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell, 2010). NilaiCronbach Alphapula seringkali dirujuk semasa pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Norusis 1977). NilaiCronbach Alphayang melebihi 0.60 sering kali diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Siti Rahayah 2003).Bagi Sekaran (1992) pula, nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidak boleh diterima, nilai Alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai Alfa yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik.Berdasarkan penerangan di atas, saya boleh menggunakan nilai CronbachAlphabagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik yang akan digunakan di dalam penyelidikan.Jawab 3Bagi memastikan instrumen yang saya gunakan dalam penyelidikan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan saya boleh menggunakan perkara-perkara berikut; Bagi instrumen soal selidik, saya akan menggunakan teknik Criterion Related Evidence untuk mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen melalui sekumpulan pakar rujuk (expert judgment). Dengan itu saya akan melantik beberapa orang pakar untuk mengesahkan instrumen kajian. Campbell (1955) mencadangkan untuk menyelesaikan masalah kesahan pada data-data kualitatif khususnya temu bual ialah dengan menggunakan teknik morale ballot. Manakala Bailey (1978) dan Scoot (1961) mencadangkan penggunaan teknik independent rating melalui cross-checking untuk membuat keesahan data kualitatif. Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Mengikut Campbell dan Fiske (1959), reliability diertikan sebagai; persetujuan antara dua usaha untuk mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama. Konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah kuantitatif khasnya penggunaan soal selidik direka untuk menguji kelompok soal selidik melalui kajian rintis (pilot test) yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale testing). Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu. Penyelidik sepatutnya menguji sendiri kebolehpercayaan (reliability) instrumen soal selidik melalui kajian rintis dengan menggunakan salah satu teknik atau kombinasi antara beberapa teknik untuk menguji darjah kebolehpercayaan item yang bertujuan untuk melihat internal consistency correlation coefficient item-item.Jawab 4

Pelaksanaan pengumpulan data seperti temu janji, temu bual rasmi dan tidak rasmi, pemerhatian, dan pengumpulan dokumen adalah juga satu bentuk kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang tinggi. Oleh kerana itu, setiap pelaksanaan kerja pengumpulan data di lapangan perlu dilaporkan dalam dalam laporan yang dipanggil nota lapangan (field note). Nota lapangan ini diperkukuhkan lagi dengan catatan diari pengkaji secara ringkas. Selain itu, rakaman yang dijalankan oleh pengkaji melibatkan dua bentuk rakaman, iaitu rakam suara dan rakaman video. Namun begitu, rakaman video ini hanya dirakam setelah pengkaji mendapat keizinan daripada responden. Tujuan rakaman video adalah untuk melihat ekspresi muka terhadap jawapan daripada soalan pengkaji. Rakaman video ini adalah bagi menyokong rakaman suara supaya pengkaji mengambil berat terhadap setiap jawapan responden. Rakaman suara bagi setiap responden kemudian ditranskrip oleh pengkaji dengan kadar yang segera supaya semua data yang menyokong kepada rakaman itu boleh dilaporkan dalam nota lapangan. Setelah siap teks transkrip, pengkaji menyerahkan salinan tersebut kepada responden yang terlibat untuk mereka membaca kembali segala isi perbualan dan keterangan daripada maksud perbualan. Para responden dibenarkan untuk membetulkan fakta yang tersilap seterusnya menandatangani teks transkrip tersebut. Melalui pembetulan fakta, pengakuan, dan pengesahan respoden terhadap data utama (data temu bual) ini menjadikan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap data dapat ditingkatkan.

Jawab 5.Bagi memastikan instrumen yang saya gunakan dalam penyelidikan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan saya boleh menggunakan perkara-perkara berikut; Setelah semua hasil transkrip disahkan serta disusun semula, begitu juga laporan nota lapangan dan diari siap, saya mula menyusun tadbir data tersebut untuk mendapatkan tema dapatan kajian. Sebaik sahaja semua data diproses, dan data keseluruhan serta pola dapatan kajian dihasilkan, saya menyediakan satu set borang persetujuan pakar terhadap tema yang dibina oleh pengkaji. Persetujuan pakar terhadap tema yang dibina ini penting menurut Cohen (et.al. 2000) iaitu orang luar yang mengesahkan pembinaan tema yang dilakukan oleh pengkaji selaku pendidik (Cohen et al. 2000). Pencapaian tahap persetujuan yang sangat tinggi mengikut penilaian Cohen Kappa ini adalah merupakan bukti terbaik bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi data kajian saya. Salah satu daripada cara mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan data ialah melalui perpanjangan kehadiran penkaji (prolonged engagement) (Padgett, 1998). Pada umumnya kerjasama daripada semua pihak yang berkaitan adalah sangat baik melainkan sesetengah responden mengambil masa yang agak lama bagi mengesahkan data temu bual kerana sibuk dengan tugas pentadbiran dan pengurusan sekolah.