format soalan exam penolong akauntan w27

Upload: mohd-adha-mohd-zain

Post on 03-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Format Soalan Exam Penolong Akauntan W27

    1/9

  • 7/28/2019 Format Soalan Exam Penolong Akauntan W27

    2/9

    Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

    www.penolongAkauntan.com 2

    FAktor kegagalan Utama

    Calon

    Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara

    'haram'maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)

    Legal N otice v Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya

    Resources

    v Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semulanaskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya

    menyalahi Akta Hakcipta.

    v Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman webwww.penolongAkauntan.com, sila laporkan kepada kami

    melalui email [email protected] dan ganjaran sewajarnya

    akan diberikan kepada anda

    v Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tippenting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang

    akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengankami

    Disclaimer Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 ini adalah

    hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources (Team Tipsptd). Ianya diterbitkan

    untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini

    tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang

    liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam

    Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 ini adalah tepat pada

    masa ianya diterbitkan.

    Infokerjaya Resources, June 2012

  • 7/28/2019 Format Soalan Exam Penolong Akauntan W27

    3/9

    Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

    www.penolongAkauntan.com 3

    PengenalaN Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dan diterajui oleh Akauntan Negara

    Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Mengikutrekod dalam sebaran umum JANM, jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh

    En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 13 orang

    Akauntan Negara. Sejak tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan.

    Bermula 29 November 2010 sehingga sekarang Akauntan Negara adalah Datuk Wan Selamah binti

    Wan Sulaiman menggantikan Dato Mohd Salleh bin Mahmud.

    Akauntan Negara adalah

    1. Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatana. Akauntanb. Penolong Akauntanc. Pembantu Akauntan

    2. Pendaftar Wang Tak Dituntut3. Akauntan Utama bagi Kerajaan Persekutuan dan4. Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan persekutuan

    o yang mempunyai kuasa dalam perkara-perkara mengenai tatacara-tatacaraperakaunan berkenaan dengan akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri.

    VISI JANM

    Menjadi Sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor

    awam

    MISI JANM

    v Merekabentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang terbaik.v Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan

    amalan terbaik.

    v Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.v Memajukan kerjaya dan mempertingkatkan kompetensi sumber manusia dalam

    perkhidmatan perakaunan.v Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

    Objektif JANM

    v Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewanganKerajaan Persekutuan.

    v Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi Kerajaan.v Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan.v Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan

    perakaunan.

    v Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965

  • 7/28/2019 Format Soalan Exam Penolong Akauntan W27

    4/9

    Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

    www.penolongAkauntan.com 4

    Penerangan Jawatan Jawatan Penolong Akauntan W27 adalah di bawah jawatan sokongan di bawah Jabatan Akauntan

    Negara (JANM) yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF)

    Diskripsi Tugas;

    Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun

    pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar

    deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

    Syarat Lantikan;

    v Calon memiliki diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank ataupengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi

    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

    o [ Gaji Permulaan P1 : RM1,667.08 ]

    v Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidangkewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    o [ Gaji Permulaan P1 : RM1,892.68 ]

    v [SYARAT WAJIB] Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) padaperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan.

  • 7/28/2019 Format Soalan Exam Penolong Akauntan W27

    5/9

    Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

    www.penolongAkauntan.com 5

    Huraian Format Format untuk peperiksaan 23 JUN 2012 ini seperti yang dimaklumkan melalui surat panggilan

    menagndungi hanya 2 Seksyen berbanding peperiksaan Gred 41 yang mengandungi 5 seksyen. Tiada

    penilaian penulisan esei dan pemahaman teks bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam kata

    lainnya, format kali ini lebih mudah

    Anda harus tahu juga yang tahun ini, Gred 27 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang

    sebelum ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi Gred 41. Ringkasnya, sebelum sampai ke

    temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis (yang bakal anda

    hadapi 23 Jun 2012 ini) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi ProgramAssessment Center (PAC) sebelum ke sesi temuduga.

    Walaubagaimanapun oleh kerana tahun 2012 adalah tahun pertama perlaksanaan MyRecruitment

    kepada semua calon Gred 27, berkemungkinan besar sesi PAC tidak dilakukan, bergantung kepada

    perlaksanaan oleh SPA dan INTAN. Tak perlu risau tentang isu ini, jika anda dipanggil untuk sesi PAC,

    email semula kami di [email protected] menggunakan email yang anda gunakan untuk pembelian

    pakej ini dan kami akan berikan Risalah PAC secara percuma untuk membantu anda

    Jadi buat masa ini, fokus untuk berjaya dalam peperiksaan bertulis terlebih dahulu. Jadi bagaimana

    dengan format yang anda tahu?

    Formatnya 2 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Inforkerjaya (Team Tipsptd) sepanjang lebih

    kurang 4 tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki

    perkhidmatan awam, setiap seksyen dipecahkan lagi. Anda beruntung kerana memilih untuk

    memiliki pakej ini kerana hal ini tidak diketahui oleh calon yang lain kecuali mereka yang memiliki

    naskhah ini. Kami namakan ianya sebagai pecahan dalam pecahan!

  • 7/28/2019 Format Soalan Exam Penolong Akauntan W27

    6/9

    Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

    www.penolongAkauntan.com 6

    Seksyen A:

    Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan

    Alam Sekeliling

    Penerangan Format

    Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang

    mempunyai paling banyak soalan. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya

    tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga

    tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2012. Sedikit berbezadengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya;

    v Tempoh: 40 minitv Jumlah Soalan: 50 soalan

    Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali

    berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan

    sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu

    criteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu

    penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam,

    sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada

    pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang

    dikemukakan soalan dalam seksyen A ini. Antara skop pengkhususan soalan dalam bahagian ini

    ialah;

    v Sejarah Malaysiav Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusatv Skop Tugasan Badan dan Perjawatanv Isu Nasionalv Dasar Pentadbiran Negarav Tarikh dan Fakta Pentingv Lain-lain di luar skop

  • 7/28/2019 Format Soalan Exam Penolong Akauntan W27

    7/9

    Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

    www.penolongAkauntan.com 7

    Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan feedback yang diterima oleh kami sejak 4

    tahun kebelakangan ini (2009 2012) sepanjang menyalurkan maklumat kepada calon-calon yang

    dahagakan maklumat mengenai peperiksaan kemasukan kerajaan. Pecahan itu adalah sebagai

    panduan umum untuk memudahkan anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam

    peperiksaan peringkat ini. Ianya bukanlah sesuatu yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum

    kepada anda dan kami namakan ianya sebagai pecahan dalam pecahan!

    Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam

    melakukan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai yang menyatakan seksyen

    A ini adalah satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali

    tidak masuk akal kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas. Bahkan dalam

    penghuraian seksyen ini oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka

    menyatakan yang tiada rujukan khusus untuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA

    menyatakan;

    Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara

    yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara

    umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan

    sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan

    patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang

    akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini

    Ini makluman dalam edaran SPA yang terbaru (2012), tetapi rujuk semula makluman sebelum ini,

    ianya lebih kurang tetapi ada sesuatu yang lebih jelas di sana. Rujuk pernyataan di bawah;

    Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum

    perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain

    berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian,

    muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang

    ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku

    teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas.

    Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut

    diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka

    lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-

    perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab

    soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap

    perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

    Tapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui

    pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana

    menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini. Kami akan huraikan satu

  • 7/28/2019 Format Soalan Exam Penolong Akauntan W27

    8/9

    Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

    www.penolongAkauntan.com 8

    persatu pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang

    menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil

    pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas (2009 Mei 2012)

    Huraian Seksyen A:

    Pecahan 1- Sejarah Malaysia

    Pada 4 sesi peperiksaan SPA yang lepas (PTD Julai 2011, Dadah November 2011, Penguasa Kastam

    Februari 2012 dan Juruaudit Mac 2012) tiada soalan khusus berkaitan SEJARAH dikeluarkan. Begitu

    juga peperiksaan PTD MEI 2012, tiada soalan sejarah khusus ditanya.

    Tetapi ini tidak bermakna persediaan berkaitan sejarah harus diabaikan kerana tidak mustahil ianya

    akan ditanya untuk sesi kali ini. Luangkan sedikit masa untuk membuat rujukan pantas berkaitan

    sejarah (tidak perlu terlalu tumpu)

    JIKA DITANYA untuk bahagian Sejarah Malaysia, persediaan anda, ABAIKAN bab-bab yang

    berhubungkait dengan isu-isu antarabangsa. Fokus kepada yang menjurus kepada yang berkaitan

    dengan Sejarah Malaysia. Boleh juga mendapatkan buku Sejarah Malaysia atau Malaysia Kita untuk

    memantapkan persediaan anda.

    Anda tak perlu risau sangat kerana semuanya sebenarnya sudah ada dalam benak fikiran

    anda kerana kita pernah melaluinya zaman persekolahan dahulu dan maklumat itu sebenarnya

    sudah pun tersimpan dalam memori kita. Apa yang kita perlukan ialah sedikit bacaan yang boleh

    mengingatkan kita semula. Jadi ianya tidaklah sesusah kita mengambil peperiksaan dahulu kerana

    semua itu adalah baru bagi kita ketika itu. Sebab itu anda perlu smart dalam persediaan kali ini. Cari

    buku-buku rujukan yang ringkas (point system) yang hanya menekankan isi-isi penting sahaja. Jangan

    membaca rujukan yang seperti buku teks kerana ianya disediakan untuk menghuraikan dan

    memahamkan pembaca yang membaca untuk mengetahui fakta buat kali pertama. Situasi ini lain

    dengan anda, anda Cuma nak mengingat kembali apa yang pernah anda faham dan tahu satu ketika

    dahulu. Jadi jimatkan masa dan tenaga anda, hanya cari nota-nota yang bercirikan point form dan

    sudah barangtentu ianya akan menjimatkan masa anda.

    Jadi bagaimanakah soalan yang selalu ditanya yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia? Ini

    adalah sebahagian soalan yang berkaitan;

    1.Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilanganpada abad ke-15 kerana faktor-faktor yang berikut kecuali

  • 7/28/2019 Format Soalan Exam Penolong Akauntan W27

    9/9

    Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

    www.penolongAkauntan.com 9

    A.Semasa Tun Perak menjadi Bendahara MelakaB.Hubungan diplomatik dengan negeri China memberi perlindunganC.

    Melaka terletak di kedudukan strategik yang menjadi tumpuan

    ramai pedagang asing

    D.Melaka mempunyai banyak sumber bahan mentah

    -TAMAT REVIEW COPY-

    DAPATKAN NASKHAH PENUH DI

    www.penolongAkauntan.com