format refleksi expo

4
LAPORAN INDIVIDU EXPO KEUSAHAWANAN IPGKDA 2015 PL 2 LAPORAN EKSPO KEUSAHAWANAN LAPORAN SEBELUM HARI EKSPO KEUSAHAWANAN Pada semester ini, semua pelajar PISMP Semester 6 dikehendaki bekerjasama menganjurkan satu Ekspo Keusahawanan bersempena projek mega di bawah subjek Kokurikulum Persatuan (WAJ 3131) di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA) dan dengan ini satu Jawatankuasa Induk telah pun ditubuhkan di kalangan ketua dan penolong kelas untuk PISMP semester 6. Segala perancangan dan strategi telah pun dibincangkan dalam beberapa mesyuarat yang telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Gerko sebagai pensyarah pembimbing. Tambahan segala perbincangan yang diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut membuatkan program yang bakal dijalankan akan bergerak dengan licin dan tiada masalah. Bagi kelas Pendidikan Pemulihan 2 iaitu merangkak sebagai kelas saya, ditugaskan pada hari sebelum kejadian, kelas Pemulihan 2 ditugas dan diwajibkan melaksanakan satu sistem pembayaran dalam perniagaan oleh kerana projek pada kali ini bersifat ekspo keusahawanan yang melibatkan banyak perniagaan barangan dan makanan. Jadi setelah berbincang dan kami telah memutuskan untuk melaksanakan sistem pembayaran secara kupon di mana kami dikehendaki mencipta satu kupon yang tidak boleh diciplak dan ditiru oleh orang lain yang bakal digunakan pada hari ekspo nanti. Segala pembahagian tugas daripada penciptaan kupon sehinggalah pembahagian kupon kepada setiap kelas dan jabatan-jabatan yang ada di IPDA di bawah tanggungjawab kelas Pemulihan 2 dan Pemulihan 1. Alhamdulillah, daripada pemerhatian saya, pada mulanya pelajar-pelajar IPDA kelihatan berat hati untuk membeli kupon yang berharga RM 5.00 itu tetapi walau bagaimanapun perjalanan proses bergerak dengan lancar dan baik setelah budi bicara digunakan dalam menyelesaikan perkara ini. Tambahan pula, saya juga turut berterima kasih kepada semua kelas dan terutamanya kelas PISMP Sejarah yang ditugaskan untuk menjadi AJK Persiapan Tempat. Ini kerana berdasarkan pemerhatian saya, kelas Sejarah MUHAMAD AIMAN BIN MUHAMAD/ 12 1

Upload: aiman-muhamad

Post on 02-Feb-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Format Refleksi Expo

LAPORAN INDIVIDU EXPO KEUSAHAWANAN IPGKDA 2015 PL 2

LAPORAN EKSPO KEUSAHAWANAN

LAPORAN SEBELUM HARI EKSPO KEUSAHAWANAN

Pada semester ini, semua pelajar PISMP Semester 6 dikehendaki bekerjasama

menganjurkan satu Ekspo Keusahawanan bersempena projek mega di bawah subjek

Kokurikulum Persatuan (WAJ 3131) di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA)

dan dengan ini satu Jawatankuasa Induk telah pun ditubuhkan di kalangan ketua dan

penolong kelas untuk PISMP semester 6. Segala perancangan dan strategi telah pun

dibincangkan dalam beberapa mesyuarat yang telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah

dari Jabatan Gerko sebagai pensyarah pembimbing. Tambahan segala perbincangan yang

diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut membuatkan program yang bakal dijalankan

akan bergerak dengan licin dan tiada masalah.

Bagi kelas Pendidikan Pemulihan 2 iaitu merangkak sebagai kelas saya,

ditugaskan pada hari sebelum kejadian, kelas Pemulihan 2 ditugas dan diwajibkan

melaksanakan satu sistem pembayaran dalam perniagaan oleh kerana projek pada kali ini

bersifat ekspo keusahawanan yang melibatkan banyak perniagaan barangan dan

makanan. Jadi setelah berbincang dan kami telah memutuskan untuk melaksanakan

sistem pembayaran secara kupon di mana kami dikehendaki mencipta satu kupon yang

tidak boleh diciplak dan ditiru oleh orang lain yang bakal digunakan pada hari ekspo nanti.

Segala pembahagian tugas daripada penciptaan kupon sehinggalah pembahagian kupon

kepada setiap kelas dan jabatan-jabatan yang ada di IPDA di bawah tanggungjawab kelas

Pemulihan 2 dan Pemulihan 1. Alhamdulillah, daripada pemerhatian saya, pada mulanya

pelajar-pelajar IPDA kelihatan berat hati untuk membeli kupon yang berharga RM 5.00 itu

tetapi walau bagaimanapun perjalanan proses bergerak dengan lancar dan baik setelah

budi bicara digunakan dalam menyelesaikan perkara ini.

Tambahan pula, saya juga turut berterima kasih kepada semua kelas dan

terutamanya kelas PISMP Sejarah yang ditugaskan untuk menjadi AJK Persiapan Tempat.

Ini kerana berdasarkan pemerhatian saya, kelas Sejarah banyak membantu kelas yang lain

1

Page 2: Format Refleksi Expo

LAPORAN INDIVIDU EXPO KEUSAHAWANAN IPGKDA 2015 PL 2

dalam menyediakan fasiliti-fasiliti seperti menyediakan meja dan kerusi untuk setiap kelas

berniaga pada hari tersebut.

Sebelum menjelang hari kejadian Ekspo Keusahawanan, saya bersama ahli kelas

yang lain juga mengadakan satu perbincangan kelas untuk berbincang dan bercakap

mengenai jualan atau servis apakah yang patut disediakan di gerai Pemulihan 2 nanti.

Setelah berbincang dan bertukar-tukar idea sesama sendiri, maka keputusan muktamad

adalah kami akan menjual Nasi Lemak Ayam Berempah. Bukan itu sahaja, kami juga

berbincang untuk menjual Lok lok iaitu sejenis makanan kaum Cina yang seolah-olah

seperti Yong Tau Fu bentuknya. Tidak cukup dari itu juga, kami juga menyediakan

minuman yang berunsurkan kopi dan susu di mana kami menyediakan sebanyak 11 jenis

perisa yang sangat menyelerakan.

Maka setelah berbincang maka bermulalah setiap ahli kelas ditugaskan dalam

jawatan masing-masing. Untuk tugas yang bakal dilaksanakan oleh saya ialah membeli

bahan basah untuk memasak Nasi Lemak dan juga memasak kuah sambal bilis. Ini

merupakan pengalaman pertama saya dalam bidang masakan kerana sebelum ini saya

banyak terlibat dalam bidang pendidikan kerana ini merupakan profesion abadi saya. Pada

saat dan ketika itu, saya mengaku, memasak adalah bukan tugas yang mudah oleh kerana

memasak dalam kuantiti yang banyak, kita memerlukan kemahiran memasak yang tinggi

dan pandai. Walau bagaimanapun saya bersama rakan yang lain banyak bekerjasama

dalam menyediakan juadah memasak untuk berniaga pada keesokkan hari.

2

Page 3: Format Refleksi Expo

LAPORAN INDIVIDU EXPO KEUSAHAWANAN IPGKDA 2015 PL 2

LAPORAN SEMASA HARI ESKPO KEUSAHAWANAN

Pada hari ini iaitu 7/ 10/ 2015 bersamaan dengan hari Rabu bertempat di Kafe

Lawang merupakan hari yang telah dinanti-nantikan oleh saya dan rakan yang lain setelah

bertungkus lumus dalam menyediakan pelbagai perkara. Gerai untuk kelas Pemulihan 2

kami menamakan gerai kami Warung Kita di mana nama Warung Kita sangat sesuai untuk

digunakan memandangkan semua orang tidak kira bangsa dan kaum boleh membeli dan

makan di gerai kami di mana gerai kami juga kami telah menyediakan kemudahan meja

makan dan kerusi. Pada hari ini setelah jam 8.00 pagi, program ini telah dirasmikan maka

bermulalah aktiviti jualan di gerai kami. Setiap orang pada ketika ini menjalankan tugas

dengan baik kerana semua orang faham dan memahami akan tugas yang diamanahkan.

Alhamdulillah, Warung Kita mendapat sambutan yang baik dalam kalangan

pengunjung ekspo tersebut di mana para pengunjung terdiri daripada para pensyarah,

kakitangan IPDA dan juga juniuor-juniour kami. Semua orang membeli dengan pilihan hati

pada hari tersebut kerana mungkin pada hari tersebut sesetengah suka makan mee

goreng manakala yang lain suka makan nasi dan sebagainya. Nasi Lemak Ayam

Berempah kami mendapat pujiaan di hati pelanggan kerana rata-rata yang membeli nasi

lemak itu memuji dan mereka cakap sedap. Ini merupakan langkah kanan bagi kami

kerana bagi kami percubaan untuk membuat Nasi Lemak Ayam Berempah kami berhasil

walaupun ini pertama kali kami mencubanya.

Bukan itu sahaja, segala jualan gerai kami pada hari tersebut semuanya habis dan

tiada satu pun yang tertinggal. Alhamdulillah untuk rezeki gerai kami. Kami pada hari

tersebut sangat berpuas hati atas berpenat lelah yang telah dikorbankan sepanjang ini

akhirnya terbalas. Mungkin selepas ini, jika ada program seperti ini, kelas Pemulihan 2

tidak ketinggalan untuk turut terlibat dalam perniagaan.

3

Page 4: Format Refleksi Expo

LAPORAN INDIVIDU EXPO KEUSAHAWANAN IPGKDA 2015 PL 2

LAPORAN SELEPAS HARI EKSPO KEUSAHAWANAN

Selepas menjalan dan menjayakan hari Ekspo Keusahawanan ini, saya bersama

ahli kelas yang lain telah bekerjasama sekali lagi dalam pembersihan tempat gerai kami.

Segala kekotoran dan tidak kemas, kami cuba betulkan seperti sebelum ini. Semua orang

menjalankan tugas masing-masing dalam mengemas kembali peralatan yang telah

dipinjam untuk memasak dan berniaga pada hari tersebut. Tambahan pula, untuk ahli

kumpulan yang lain ada ditugaskan untuk mengira keuntungan gerai kami. Alhamdulillah,

gerai Warung Kita telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM 712.00. Mungkin ini

berkat dan usaha setiap orang dalam kelas Pemulihan 2.

Pada hari tersebut juga, satu mesyuarat post-montern telah pun diadakan untuk

mengimbas kembali tentang apa yang perlu di baik pulih dan juga kebaikan dan keburukan

yang berlaku semasa hari kejadian. Alhamdulillah, semua orang di dalam kelas memberi

respons yang positif setiap apa yang berlaku pada hari tersebut. Mungkin ini salah satu

kerjasama kami sekelas yang begitu hebat sekali sepanjang kami 4 tahun bersama di bumi

Kedah ini.

Bagi saya pada hari tersebut, segala apa yang terjadi pada hari tersebut adalah

tindakan semua orang sebelum ini. Jujur dari lubuk hati saya, semua orang memberi

kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas. Dan dengan ini,

tidak pelik dan hairanlah mengapa kelas kami atau Warung Kita adalah salah satu gerai

yang paling laku dan terbaik. Andai kata hari tersebut merupakan hari anugerah

kecemerlangan mungkin kelas kami yang merangkul status itu. Walau bagaimanapun saya

sebagai salah seorang yang terlibat pada hari tersebut mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua orang atas kerjasama dan komitmen yang tidak terbelah bagi. Terima

kasih !

4