format laporan program

9
LAPORAN PROGRAM LATIHAN PEMIMPIN (TOT CLGM 2015) Nama program LAPORAN PROGRAM LATIHAN PEMIMPIN (TOT CLGM 2015) Tarikh 14 MEI - 16 MEI 2015 Tempat WISMA PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN SABAH, KOMPLEKS BADAN BADAN SUKARELA, KOTA KINABALU SABAH Peserta 1) Cik Nur Zafira (SK Pantai ) 2) Pn. Susilawati binti Raya Sugianto (SMK Lajau) 3) Cik Noraini Ag. Besar (SK Pekan Dua) Aktiviti 1. Taklimat 2. Pembentangan Jadual Aktiviti disertakan Pegawai rasmi Puan Normah Bt Datuk Hj Jaffar (Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sabah) Fasilitator i) Miss Judy Goh (International Facilitator) ii) Madam Shirley Wong (National Facilitator) iii) Madam Pakyavathy A/P Muniandy (National Facilitator) iv) Puan Sandrah binti Daupin (National Facilitator) Objektif kursus Kursus ini bertujuan untuk: i) melahirkan jurulatih yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang kepimpinan dalam pandu puteri. ii) membentuk kebolehan fasilitator di kalangan peserta serta mewujudkan keyakinan mereka untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada pemimpin sekolah di negeri masing-masing tentang cara bagaimana menjadi seorang pemimpin yang terbaik. Laporan aktiviti 12 Mei - 13 Mei 2015 1.30 pm Peserta bertolak ke Menumbok dan seterusnya ke Kota Kinabalu Sabah. Tiba di Wisma Pandu Puteri sekitar 6.30 pm 6.30 pm Sesi peserta check-in bilik penginapan sementara menunggu peserta daripada negeri Sarawak dan Sabah tiba di lokasi kursus.

Upload: susilawati-raya-sugianto

Post on 14-Jul-2016

105 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

boleh guna sbg laporan tahunan aktiviti

TRANSCRIPT

Page 1: Format Laporan Program

LAPORAN PROGRAM LATIHAN PEMIMPIN (TOT CLGM 2015)

Nama program LAPORAN PROGRAM LATIHAN PEMIMPIN (TOT CLGM 2015)

Tarikh 14 MEI - 16 MEI 2015Tempat WISMA PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN SABAH, KOMPLEKS

BADAN BADAN SUKARELA, KOTA KINABALU SABAHPeserta 1) Cik Nur Zafira (SK Pantai )

2) Pn. Susilawati binti Raya Sugianto (SMK Lajau)3) Cik Noraini Ag. Besar (SK Pekan Dua)

Aktiviti 1. Taklimat2. Pembentangan

Jadual Aktiviti disertakanPegawai rasmi Puan Normah Bt Datuk Hj Jaffar (Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri

Cawangan Sabah) Fasilitator i) Miss Judy Goh (International Facilitator)

ii) Madam Shirley Wong (National Facilitator)iii) Madam Pakyavathy A/P Muniandy (National Facilitator)iv) Puan Sandrah binti Daupin (National Facilitator)

Objektif kursus Kursus ini bertujuan untuk:i) melahirkan jurulatih yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman

tentang kepimpinan dalam pandu puteri.ii) membentuk kebolehan fasilitator di kalangan peserta serta mewujudkan

keyakinan mereka untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada pemimpin sekolah di negeri masing-masing tentang cara bagaimana menjadi seorang pemimpin yang terbaik.

Laporan aktiviti12 Mei - 13 Mei 20151.30 pm

Peserta bertolak ke Menumbok dan seterusnya ke Kota Kinabalu Sabah. Tiba di Wisma Pandu Puteri sekitar 6.30 pm

6.30 pm

Sesi peserta check-in bilik penginapan sementara menunggu peserta daripada negeri Sarawak dan Sabah tiba di lokasi kursus.

8.00 pm

Makan malam dan persiapan diri. Perbincangan prapersediaan peralatan untuk aktiviti pada esok hari.

Page 2: Format Laporan Program

14 Mei 20158.30 am-9.30 amSesi pendaftaran peserta dan pembayaran kursus. Peserta melapor diri kepada fasilitator.

10.00 amSesi taklimat CLGM bermula. Peserta diperkenalkan dengan fasilitator yang akan membimbing sesi kursus atau latihan ini selama 3 hari iaitu Miss Judy Goh dan Madam Shirley Wong yang pernah mendapatkan ilmu mengenai CLGM di Australia serta Puan Sandrah Daupin dan Puan Pakyavathy Muniandy yang menghadiri Latihan CLGM di Negeri Sembilan.

10.30 am

Minum pagi

11.00 am

Sesi kursus dimulakan dengan sesi penerangan dan pendedahan tentang EDP WAGGGS. Sesi ini berkaitan senarai latihan dan program anjuran WAGGGS serta objektif latihan CLGM ini diadakan iaitu pengenalan kepada kursus. Peserta diberi fail dan peta GIRL ISLAND.

12.30 pm – 2.00 pmMakan tengahari

2.00 pm

Sesi kedua bermula. Peserta didedahkan dengan latihan bertajuk MATILDA’S MAGIC SHOW iaitu peserta perlu menggunakan kreativiti untuk menghasilkan Belon Udara Pandu Puteri secara grafik dan memberi maksud Pandu Puteri. Aktiviti yang sangat menarik di mana peserta terlibat 100% dalam aktiviti yang dilaksanakan.

4.00 pmMinum petang

4.30 - 6.00 pmSesi ketiga disambung dengan pendedahan bagaimana komunikasi berkesan antara ahli pandu puteri dan apakah kepimpinan yang terbaik untuk diamalkan. Peserta perlu berkongsi pengalaman dan idea masing-masing.

6.00 - 6.30 pmHouse of mirrors ialah refleksi diri.

6.30 pmMakan malam dan persiapan diri

8.00 pmBack to the Future sesi keempat untuk membuka luas minda pemimpin dalam

Page 3: Format Laporan Program

menyesuaikan kepimpinan dengan zaman dan pemikiran yang semakin mencabar. Peserta dibimbing dengan teknik abad 21.

10.00 pmKursus hari pertama berakhir pada pukul 10 malam.

15 Mei 2015

8.00 am

Refleksi diri yang diketuai oleh cik Judy.

8.30 am-10.00am

Hari kedua kursus bermula. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan tugasan mengenai kaedah 6C Pandu Puteri. Antaranya ialah care for others, communications, dan sebagainya. peserta menyampaikan pembentangan dan mendapat pujian daripada fasilitator. Pembentangan diteruskan pada sebelah petang.

10.30am -12.30 pm

Setiap kumpulan diberi satu sampul yang mengandungi huruf-huruf tertentu. Peserta perlu mendengar soalan yang disebut oleh fasilitator kemudian membentuk perkataan yang terdiri daripada pusat dunia pandu puteri seluruh dunia. Setiap jawapan mengandungi 5 markah.

12.30 pm – 2.00 pmMakan tengahari dan solat.

2.00 pm – 5.00 pmSesi pembentangan Leadership diteruskan. Perbincangan kumpulan tentang ‘AP Twister’. Setiap kumpulan diberikan situasi berbeza dan perlu mencari apakah maksud FBM dan GAT. Peserta boleh melayari laman sesawang WAGGGS untuk maklumat tambahan. Aktiviti ini memberi pengetahuan baharu kepada peserta dan membuka minda peserta tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta ditawarkan kepada komuniti terutamanya pemimpin Pandu Puteri.

5.00 pm – 6.00 pm

Peserta dikehendaki berada dalam kumpulan negeri masing-masing. Tugasan yang diberi ialah membentuk satu perancangan stategik dan pelan operasi untuk melaksanakan latihan dalaman kepada pemimpin di negeri atau cawangan masing-masing. Pembentangan diperdengarkan kepada semua cawangan untuk diambil tindakan.

6.00 pm

Refleksi diri tentang aktiviti pada hari ini.

6.30 pm - 8.00pmSolat dan pengurusan diri.

Page 4: Format Laporan Program

8.00 pm – 10.00 pmSesi keenam : Market of Ideas. Peserta diberi tunjuk ajar dan contoh mengembangkan kemahiran dan kreativiti masing-masing menggunakan kertas origami berwarna. Hasil yang kreatif dan menarik boleh digunakan sebagai cenderahati.

10.00 pmMinum malam.

16 Mei 2015

8.00 am

Refleksi diri untuk persediaan aktiviti baru pada hari ini.

9.00am– 10.00amAP Challenges ialah aktiviti yang dilaksanakan untuk memberi peluang kepada pemimpin terdedah dengan cabaran-cabaran masa ini dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

10.30am - 11.00am

Pembentangan pelan strategik dan operasi dijalankan. Peserta dibimbing oleh fasilitator untuk pemurnian program dan perancangan setiap cawangan masing-masing.

11.00am - 12.00pm

Peserta dibahagikan kepada pasangan masing-masing dan diberikan situasi untuk dikaji bagi mewujudkan kebolehan fasilitator di kalangan peserta. Perbincangan diteruskan sehingga 12.00 pm sebelum majlis penutupan dan perasmian oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan Sabah.

12.00 pm – 1.00 pm

Majlis Penutupan program CLGM dan pemberian sijil kepada semua peserta CLGM.

1.00 pm – 2.00pm

Makan tengahari, solat dan pengurusan diri.

2.00 pm

Keberangkatan balik peserta cawangan Kota Kinabalu dan IPG.

17 Mei 2015

8.00 am – 10.00 pm

Sarapan dan keberangkatan peserta cawangan Sandakan, Tawau dan W.P. Labuan.

Page 5: Format Laporan Program

GAMBARJURULATIH KEBANGSAAN TERLATIH MADAM SHIRLEY, MADAM JUDY, MADAM SANDRA DAUPIN, MADAM PAKYAVATHY.

NAMA KUMPULAN YANG DIAGIHKAN MENGIKUT NAMA POKOK SEBELUM MEMULAKAN TUGASAN PERTAMA

Page 6: Format Laporan Program

BERSAMA JURULATIH UNTUK PENERANGAN AKTIVITI PERTAMA

ANTARA TUGASAN MENCABAR KEPADA PESERTA UNTUK PENYAMPAIAN DAN PENERANGAN MAKLUMAT.

Page 7: Format Laporan Program

ANTARA CONTOH REFLEKSI SETIAP AKTIVITI YANG WAJIB DIBUAT OLEH PESERTA.

Disediakan oleh,

(SUSILAWATI BINTI RAYA SUGIANTO)Peserta,Latihan Pemimpin (TOT CLGM).