format dan metodologi menulis jawapan peperiksaan (part 1)

3
FORMAT DAN METODOLOGI MENULIS JAWAPAN PEPERIKSAAN (ESEI) Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Pendahuluan Manusia sukakan keindahan dan kecantikan. Ia mencari keindahan dan cuba sebaiknya untuk menciptakan suasana yang indah dalam apa jua yang dilakukannya, samada yang bersifat material mahupun konseptual. Salah satu kaedah untuk menciptakan keindahan ialah dengan menyusun sesuatu secara baik dan sistematik. Penyusunan sesuatu secara terorganisasi dan sistematik menjadikan sesuatu tugasan menjadi mudah. Secara logiknya, sesuatu yang tidak tersusun dan tidak sistematik mengheret tugasan menjadi sukar dan celaru. Menulis jawapan dalam peperiksaan di peringkat universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) juga wajar menjadi sistematik dan terurus baik. Menulis jawapan secara sistematik akan menatijahkan apresiasi dan penghargaan oleh pihak pemeriksa kertas jawapan. Tulisan ini berniat untuk memandu para pelajar tentang bagaimana menulis jawapan secara baik, terurus dan sistematik dalam peperiksaan. Ia merangkumi dua bahagian; format jawapan, dan metod menulis jawapan. Kedua-dua bahagian ini akan dihuraikan secara berasingan. Format Jawapan Terdapat lima unsur utama yang akan membuatkan sesuatu penulisan atau pengucapan menjadi efektif dan bermakna: 1) Pendahuluan, 2) Tema Pokok (Utama), 3) Aliran Kontekstual, 4) Ketepatan pengistilahan, dan 5) Kesimpulan. Dalam usaha menyantuni dan memanfaatkan kesemua unsur tersebut dalam penulisan, termasuk menulis jawapan peperiksaan, penulis atau pelajar harus menggunakan format yang tertentu. Komponen Format Jawapan seharusnya ditulis menggunakan beberapa tajuk (headings): Pengenalan/ Pendahuluan, Poin-poin/ Isi-isi Utama, dan Kesimpulan/ Penutup. Dalam Pengenalan/ Pendahuluan, pelajar wajar menuliskannya seringkas mungkin dengan menyatakan apa yang ia mahu lakukan atau bincangkan dalam keseluruhan penulisannya. Selepas Pengenalan/ Pendahuluan, pelajar harus meletakkan Poin/ Isi Utama yang Pertama – Isi 1 (the first main point) sebagai tajuk besar diikuti dengan Poin/ Isi Utama yang Berikutnya – Isi 2, 3, 4 dll (subsequent points). Di akhir penulisan, pelajar harus menulis kesimpulan akhir dengan

Upload: fazril-saleh

Post on 17-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Format dan Metodologi Menulis Jawapan Peperiksaan (Part 1)

TRANSCRIPT

Page 1: Format Dan Metodologi Menulis Jawapan Peperiksaan (Part 1)

FORMAT DAN METODOLOGI MENULIS JAWAPAN PEPERIKSAAN (ESEI)

Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh

Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)

Kolej Dar al-Hikmah (KDH)

Pendahuluan

Manusia sukakan keindahan dan kecantikan. Ia mencari keindahan dan cuba sebaiknya untuk

menciptakan suasana yang indah dalam apa jua yang dilakukannya, samada yang bersifat

material mahupun konseptual. Salah satu kaedah untuk menciptakan keindahan ialah dengan

menyusun sesuatu secara baik dan sistematik. Penyusunan sesuatu secara terorganisasi dan

sistematik menjadikan sesuatu tugasan menjadi mudah. Secara logiknya, sesuatu yang tidak

tersusun dan tidak sistematik mengheret tugasan menjadi sukar dan celaru. Menulis jawapan

dalam peperiksaan di peringkat universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) juga wajar

menjadi sistematik dan terurus baik. Menulis jawapan secara sistematik akan menatijahkan

apresiasi dan penghargaan oleh pihak pemeriksa kertas jawapan. Tulisan ini berniat untuk

memandu para pelajar tentang bagaimana menulis jawapan secara baik, terurus dan

sistematik dalam peperiksaan. Ia merangkumi dua bahagian; format jawapan, dan metod

menulis jawapan. Kedua-dua bahagian ini akan dihuraikan secara berasingan.

Format Jawapan

Terdapat lima unsur utama yang akan membuatkan sesuatu penulisan atau pengucapan

menjadi efektif dan bermakna: 1) Pendahuluan, 2) Tema Pokok (Utama), 3) Aliran

Kontekstual, 4) Ketepatan pengistilahan, dan 5) Kesimpulan. Dalam usaha menyantuni

dan memanfaatkan kesemua unsur tersebut dalam penulisan, termasuk menulis jawapan

peperiksaan, penulis atau pelajar harus menggunakan format yang tertentu.

Komponen Format

Jawapan seharusnya ditulis menggunakan beberapa tajuk (headings): Pengenalan/

Pendahuluan, Poin-poin/ Isi-isi Utama, dan Kesimpulan/ Penutup. Dalam Pengenalan/

Pendahuluan, pelajar wajar menuliskannya seringkas mungkin dengan menyatakan apa yang

ia mahu lakukan atau bincangkan dalam keseluruhan penulisannya. Selepas Pengenalan/

Pendahuluan, pelajar harus meletakkan Poin/ Isi Utama yang Pertama – Isi 1 (the first

main point) sebagai tajuk besar diikuti dengan Poin/ Isi Utama yang Berikutnya – Isi 2, 3, 4

dll (subsequent points). Di akhir penulisan, pelajar harus menulis kesimpulan akhir dengan

Page 2: Format Dan Metodologi Menulis Jawapan Peperiksaan (Part 1)

tajuk ‘Kesimpulan’ atau ‘Penutup’ yang mana ia harus melakukan ringkasan terhadap

kesemua perbincangan yang telah dibuat sebelumnya.

Apa yang Perlu Dielakkan dalam Format Penulisan Esei

1. Pelajar tidak sewajarnya menulis jawapan dalam keadaan yang cacamerba dan tidak

terurus, seperti mengarang jawapan tanpa susunan; ayat panjang berjela; tidak jelas

antara isi utama dengan huraian.

2. Pelajar tidak sepatutnya menulis keseluruhan jawapan dalam satu perenggan. Setiap

satu poin/ isi perlu disusun dalam perenggan yang berbeza.

3. Pelajar tidak perlu menggunkan perkataan “Isi pertama/ Isi kedua/ Isi ketiga

adalah...”. Tiada keperluan untuk menulis pernyataan tersebut kerana penomboran itu

telah dilakukan pelajar dengan penulisan nombor pada tajuk (heading). Sewajarnya,

isi pertama anda ditulis seperti ini: 1- Faktor Lokasi yang Strategik untuk

Perlabuhan – tajuk (heading) ini sudah jelas menunjukkan poin/ isi pertama, dan tak

perlu diulang lagi dalam ayat seterusnya.

Kaedah Menulis Jawapan dalam Peperiksaan (Esei)

Menulis jawapan bagi soalan peperiksaan bukan seperti bercakap di kedai kopi. Ia adalah

latihan akademik, justeru ia perlu berdasarkan metodologi atau kaedah yang releven dan

wajar. Kaedah yang wajar bagi penulisan jawapan esei adalah seperti yang bakal diterangkan

di bawah.

Dua Komponen Jawapan yang Penting

Selepas menyatakan poin/ isi sebagai tajuk, pelajar perlu memfokuskan perbincangan kepada

apa yang telah dinyatakan. Seterusnya, pelajar perlu: 1) penjelasan dan penghuraian poin/

isi yang dinyatakan; 2) penghujahan atau memberikan bukti untuk menyokong jawapan

tersebut. Pelajar perlu sentiasa beringat bahawa penjelasan semata-mata akan menjadikan

jawapan anda separuh sahaja. Ini disebabkan penjelasan/ penghuraian adalah dakwaan yang

memerlukan hujah dan pembuktian. Sebagai contoh, soalan bertanyakan tentang

“Keunggulan Tamadun Islam”. Pelajar perlu mengenalpasti aspek-aspek keunggulan

tamadun Islam, kemudian susun dalam bentuk poin, seterusnya menjelaskan setiap poin, dan

masukkan bukti kukuh bagi menyokong isi dan penjelasan anda.

Sumber Penghujahan

Page 3: Format Dan Metodologi Menulis Jawapan Peperiksaan (Part 1)

Umumnya, bagi subjek-subjek Pengajian Islam, empat sumber digunakan sebagai

penghujahan: al-Qur’an, al-Hadith, sejarah, dan pandangan ulama/ sarjana. Manakala bagi

subjek-subjek Pengajian Am, dua sumber boleh digunakan: sejarah, dan pandangan ulama/

sarjana. Tidak semestinya kesemua sumber itu dimasukkan ke dalam jawapan sebagai

penghujahan, cukup sekadar satu atau dua sumber untuk satu atau dua bukti/ penghujahan.

Penghujahan Sebagai Penjelasan/ Penghuraian

Dalam keadaan tertentu, pelajar boleh terus kepada penghujahan anda bincangkannya secara

langsung. Ia masih dianggap mempunyai dua komponen jawapan yang penting, penjelasan

dan penghujahan.

Idea atau Maklumat Baharu

Aras pendidikan di Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah berbeza dengan aras pendidikan

peringkat sekolah, bukan sekadar dalam aspek metodologi dan kaedah, tetapi juga isi

kandungan dan informasi. Pelajar tidak seharusnya menjawab soalan peperiksaan dengan

menulis apa yang dipelajari daripada zaman sekolahnya, tetapi anda perlu berkongsi sesuatu

yang baharu. Idea dan maklumat yang baharu boleh didapatkan daripada buku teks universiti,

sumber akademik yang relevan, nota dalam kuliah dan sebagainya.

Ketepatan dan Kejituan Jawapan

Pelajar kadangkala menjawab soalan dengan pertimbangan pengetahuan am mereka. Tidak

dinafikan, pengetahuan am yang luas akan menjadi kelebihan jika dimanfaatkan dengan betul

dalam jawapan. Akan tetapi, selalunya, jawapan pelajar sangat umum. Soalan peperiksaan

mengkehendaki pelajar untuk menjawab secara spesifik dan khusus. Jawapan yang ditulis

dengan ‘common sense’ dan san

gat umum akan menyebabkan pelajar kehilangan markah yang besar. Pelajar perlu

menyandarkan jawapannya kepada informasi dan maklumat yang tepat seperti yang mereka

peroleh daripada sumber-sumber bacaan yang relevan atau maklumat yang disampaikan

dalam kuliah. Pernyataan yang umum, malah dengan banyak ayat-ayat berbunga tidak akan

membantu.

Kenalpasti Peruntukan Markah

Pelajar perlu mengenalpasti peruntukan markah yang diberi pada setiap soalan. Elakkan

jawapan dan huraian yang terlalu panjang bagi peruntukan markah yang sedikit, dan elakkan

juga jawapan yang terlalu pendek bagi peruntukan markah yang banyak.