for student kkbi sce 3112 pismp2013_2.pdf

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PISMP SAINS NAMA GURU PELATIH: TAJUK KURSUS: PENGURUSAN MAKMAL DAN SUMBER SAINS SEMESTER: 6 TARIKH MULA 8 JULAI 2013 TARIKH HANTAR 19 OGOS 2013 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menerangkan keperluan dan kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains. 2. Membincangkan cara untuk memudahkan keberkesanan organisasi dan pengurusan makmal sains. 3. Mengenal pasti langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti sains. 4. Menunjukkan teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan pengawetan spesimen biologi. 5. Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan bahan dan peralatan sains. 6. Meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan dan pemilihan sumber yang sesuai dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah. Objektif Projek: Pelajar akan dapat: 1. Menyediakan laporan bertulis berkenaan pengurusan makmal 2. Memperolehi pengetahuan dan pemahaman tentang kepetingan makmal sains. 3. Merancang dan merekabentuk makmal sains yang sesuai 4. Menghasilkan bahan awetan spesimen biologi. 5. Menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran sains yang telah diubahsuai

Upload: yi-qi

Post on 28-Oct-2015

271 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sce3112

TRANSCRIPT

Page 1: For Student KKBI SCE 3112 PISMP2013_2.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP SAINS NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: PENGURUSAN MAKMAL DAN SUMBER SAINS

SEMESTER: 6

TARIKH MULA 8 JULAI 2013 TARIKH HANTAR 19 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan keperluan dan kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains. 2. Membincangkan cara untuk memudahkan keberkesanan organisasi dan pengurusan makmal sains. 3. Mengenal pasti langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti sains. 4. Menunjukkan teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan pengawetan spesimen biologi. 5. Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan bahan dan peralatan sains. 6. Meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan dan pemilihan sumber yang sesuai dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah.

Objektif Projek:

Pelajar akan dapat:

1. Menyediakan laporan bertulis berkenaan pengurusan makmal 2. Memperolehi pengetahuan dan pemahaman tentang kepetingan makmal

sains. 3. Merancang dan merekabentuk makmal sains yang sesuai 4. Menghasilkan bahan awetan spesimen biologi. 5. Menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran sains yang telah

diubahsuai

Page 2: For Student KKBI SCE 3112 PISMP2013_2.pdf

Tugasan Projek (100%)

Pengurusan makmal dan sumber sains sangat penting bagi menyediakan suasana

pembelajaran sains yang dapat menanamkan pengetahuan tentang konsep sains

dan mempelajari tentang sains secara umum kepada pelajar. Pengurusan makmal

sains juga melibatkan penyelenggaraan stok dan pelupusan. Tanpa pengurusan

yang cekap, penggunaan dan perjalanan makmal akan terganggu akibat peralatan

dan bahan sains yang tidak mencukupi ataupun rosak.

A. Penulisan Esei (30%)

Huraikan mengenai pengurusan makmal yang berada di sekolah di mana anda ditempatkan semasa praktikum dan kaitkan dengan pengurusan makmal di sesebuah organisasi yang dapat melahirkan saintis yang boleh memenangi hadiah novel. Huraian anda perlu mengambilkira pengubahsuaian rekabentuk makmal sains sedia ada di sekolah tersebut kepada sebuah makmal sains pada abad 21. Cadangkan juga pengurusan belanjawan, jika anda diberi peruntukan sebanyak RM 10,000.00 untuk kegunaan di makmal sains tersebut. B. Penghasilan Produk (30%)

Anda dikehendaki menghasilkan pengubahsuaian sumber bahan bantu mengajar (model, carta dan CD ROM), bahan kerja kaca, peralatan sains dan bahan awetan. Laporan bertulis dan pembentangan cara penghasilan dan penggunaannya juga perlu dilaksanakan. C. Penulisan Reflektif (20%) Anda dikehendaki menghuraikan bagaimana penggunaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di persekitaran luar bilik darjah yang telah anda jalankan dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah. D. Kuiz (20%) Anda dikehendaki menduduki satu ujian bertulis yang mengandungi 20 soalan objektif.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

Tugasan A

Tugasan ini adalah tugasan kumpulan (maksimum 2 orang ahli) dan anda dikehendaki: (a) Huraikan pengurusan makmal sedia ada di sekolah untuk diubahsuai kepada makmal yang lebih sesuai untuk abad 21. Huraian anda perlu mengambilkira: - pengubahsuaian rekabentuk makmal sains sedia ada - pengurusan belanjawan jika diberi peruntukan sebanyak RM 10,000.00

Page 3: For Student KKBI SCE 3112 PISMP2013_2.pdf

Tugasan B (a) Tugasan ini adalah tugasan individu. (b) Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data dan maklumat. (c) Hasilkan pengubahsuaian sumber bahan bantu mengajar sama ada model,

carta dan CD ROM. Laporkan secara bertulis dan buat pembentangan cara penghasilan dan penggunaannya.

(d) Hasilkan bahan kerja kaca, bahan awetan dan pengubahsuaian alatan sains Tugasan C

(a) Tugasan ini adalah tugasan individu (b) Anda dikehendaki menghuraikan bagaimana penggunaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di persekitaran luar bilik darjah dapat meningkatkan pembelajaran sains di sekolah rendah; - pameran lestari - lawatan ke makmal forensik Tugasan D Pelajar dikehendaki menduduki satu ujian bertulis yang mengandungi 20 soalan objektif. Jangka masa ujian adalah maksimum 20 min. Format penulisan tugasan

1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini. 2. Fon Arial 3. Saiz huruf – 12 4. Langkau 1.5 baris 5. Rujukan mengikut format APA 6. Lampiran adalah wajib 7. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja. 8. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu. 9. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan ‘citation’ yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 3. Keseluruhann isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.

Page 4: For Student KKBI SCE 3112 PISMP2013_2.pdf

4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan. Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh: ................................................. ....................................... FARIDAH BT SURATMAN PREMA NAMBIAR Penyelaras Kursus SCE 3112 KRISHNAN

Jabatan Sains Pensyarah Pakar Biologi IPGK Temenggong Ibrahim Jabatan Sains IPGK Temenggong Ibrahim

Disahkan oleh:

..................................................... SAIRI BIN JASMAN

Ketua Jabatan Jabatan Sains IPGK Temenggong Ibrahim

Page 5: For Student KKBI SCE 3112 PISMP2013_2.pdf

Spesifikasi Tugasan Tajuk

TUGASAN

WAJARAN

CATATAN

1. Pengurusan Makmal Sains

2. Sumber Pengajaran dan

Pembelajaran sains 3. Pengajaran dan

pembelajaran sains di persekitaran luar bilik darjah

4. Kuiz: - Pengurusan Makmal

- Pengendalian selamat bahan saintifik dan bahan kimia

- Peraturan dan keselamatan makma

1. Penulisan esei Huraikan pengurusan makmal sedia ada di sekolah untuk diubahsuai kepada makmal yang lebih sesuai untuk abad 21. Huraian anda perlu mengambilkira:

- pengubahsuaian rekabentuk makmal sains sedia ada - pengurusan belanjawan jika diberi peruntukan sebanyak RM 10,000.00 2. Menghasilkan pengubahsuaian sumber

bahan bantu mengajar (Model, Carta dan CD ROM).

- Menghasilkan bahan kerja kaca, pengubahsuaian alatan sains dan bahan awetan

- Pembentangan bahan hasilan

3. Menghuraikan bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran di persekitaran luar bilik darjah dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah. 4. Kuiz Ujian Objektif - 20 soalan objektif - Masa ujian 20 min.

30%

30%

20%

20%

Kriteria penilaian keseluruhan:

- Kandungan - Perbincangan kritikal

dan reflektif - Persembahan - Organisasi - Bahasa - Rujukan dan bahan-

bahan sokongan

Komitmen: - Menunjukkan

kesungguhan dan penglibatan penuh dalam tugasan

- Berusaha mencari bahan rujukan releven dan terkini Kriteria penilaian mengikut skema pemarkahan ujian

Page 6: For Student KKBI SCE 3112 PISMP2013_2.pdf