fonetik dan fonologi

13
NIK HASSAN BASRI BHNA KADIR PENSYARAH KANAN FAKULTI BAHASA TARIKH : 2 Feb 2011 Memperkenalkan fonetik dan fonologi. Memperkenalkan pendekatan berlainan dalam kajian fonetik. artikulasi (alat) auditori (dengar) akustik (sifat bunyi) KONSEP FONETIK Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti selok- belok bunyi bahasa yang hanya dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan. Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain ataupun bunyi-bunyi yang selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi bahasa manusia, hatta bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapkan oleh alat- alat pertuturan manusia ataupun bunyi yang mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan yang seakan-akannya bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik. KONSEP FONETIK

Upload: dhea-ct

Post on 02-Jul-2015

3.002 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

UPSI

TRANSCRIPT

Page 1: fonetik dan fonologi

NIK HASSAN BASRI BHNA KADIR

  PENSYARAH KANAN

  FAKULTI BAHASA

  TARIKH : 2 Feb 2011

 

•Memperkenalkan fonetik dan fonologi. Memperkenalkan pendekatan berlainan dalam

kajian fonetik.

•artikulasi (alat)

•auditori (dengar)

•akustik (sifat bunyi)

KONSEP FONETIK

•Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti selok-belok bunyi bahasa yang hanya dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan.

•Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain ataupun bunyi-bunyi yang selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi bahasa manusia, hatta bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia ataupun bunyi yang mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan yang seakan-akannya bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik.

KONSEP FONETIK

   Ertinya bunyi-bunyi yang tidak digunakan dalam pertuturan manusia bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik dan bunyi-bunyi bahasa yang menjadi fokus ilmu fonetik hanyalah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan. Jadi, hal ini jikalau dihalusi bererti fonetik meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

KONSEP FONETIK

Page 2: fonetik dan fonologi

•Di samping bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia itu, bidang fonetik juga meneliti penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Maknanya aspek penelitian fonetik ada tiga.

• Penelitian yang pertama, iaitu penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia dalam berkomunikasi itu dikenali sebagai pengkajian fonetik artikulasi.

KONSEP FONETIK

•Penelitian yang kedua ialah penelitian penyampaian bunyi bahasa, iaitu bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegar itu dikenali sebagai pengkajian fonetik akustik.

•Manakala yang terakhir ialah penelitian penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran, iaitu bagaimana nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya itu dikenali sebagai pengkajian fonetik auditori.

PENDAPAT LAIN

•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila mendefinisikan fonetik. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik adalah seperti yang berikut:

•i.        Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 16) mendefinisikan fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

PENDAPAT LAIN

•ii.        Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Kata mereka lagi, secara ringkasnya, dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah bagi menjawab soalan-soalan yang berikut:

•         

•a)       Bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ sebutan manusia?

•b)       Bagaimana bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifikasikan?

•c)       Bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza antara satu dengan yang lain?

Page 3: fonetik dan fonologi

•d)       Bagaimana pendengar dapat mengenali bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh penutur lain?

•Tambahnya lagi, yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa itu ialah bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi manusia tidaklah menjadi bahan kajian fonetik.

PENDAPAT LAIN

•iii.      Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 2) berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.

•iv.      Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1985: 1) berpendapat bahawa fonetik ialah suatu bidang ilmu mengenai satu aspek penting daripada bahasa, iaitu pertuturan.

 

PENDAPAT LAIN

•v.       Abdullah Hassan (1993: 40) berpendapat bahawa fonetik mengkaji bunyi bahasa daripada segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.

•vi.      Suhendra Yusuf (1998: 150) memberi dua definisi fonetik. Pertamanya, fonetik ialah ilmu yang menyelidiki produksi, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa atau ilmu interdidipliner linguistik dengan fisika, anatomi dan psikologi. Keduanya, fonetik ialah sistem bunyi suatu bahasa.

•vii.      Harimurti Kridalaksana ( 1984: 51) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.

PENDAPAT LAIN

•viii.     Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 414) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

•ix.      The Oxford Dictionary of Current English For Malaysian Students (2005: 468) mendefinisikan fonetik sebagai “concerned with the sounds of speech”.

•x.       The Penguin Dictionary (2004: 1046) mendefinisikan fonetik sebagai “the study and classification of speech sounds”.

BIDANG FONETIK

Page 4: fonetik dan fonologi

   Berbicara tentang bidang fonetik ini, beberapa orang linguis mempunyai pendapat yang sama tentang aspek kajian yang boleh dilakukan oleh ahli fonetik. Ada tiga aspek kajian, iaitu:

i.          fonetik artikulasi

   (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi)

ii.          fonetik akustik

   (cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa)

iii.         fonetik auditori 

   (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran sebagai persepsi bahasa)

FONETIK ARTIKULASI

•Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala.

FONETIK ARTIKULASI

•Artikulator bahagian dada seperti  paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea). Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords), krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif.

ARTIKULATOR AKTIF

•Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue -  laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.

ARTIKULATOR PASIF

Page 5: fonetik dan fonologi

•Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif  disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity).

FONETIK ARTIKULASI

•Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas,         bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (‘bi’ bermakna ‘dua’ dan ‘labial’ bermakna ‘bibir’). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.

Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi

•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik artikulasi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik artikulasi adalah seperti yang berikut:

i.          Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi”.

ii.          Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur.

Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi

            iii.         Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidang kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi. Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan sebagainya, di samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatian dan/ atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan pita suara dengan menggunakan alat “laryngoscopic”, manakala alat “electromyography” pula digunakan untuk

Page 6: fonetik dan fonologi

mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran. (Contoh gambar tentang alat-alat itu yang boleh diperoleh daripada Colin Painter: An Introduction to Instrumental Phonetics, 1979: 198 & 208 ada dikemukakannya.)

FONETIK AKUSTIK

•Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimana  gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yang membawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap saat.

FONETIK AKUSTIK

•Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang.  Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o].

•Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. 

FONETIK AKUSTIK

•Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi  konsonan dan suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru-paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [š] didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].

Pendapat Lain tentang Fonetik Akustik

Page 7: fonetik dan fonologi

•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik akustik. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik akustik adalah seperti yang berikut:

i.          Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik akustik mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya (Contoh bentuk gelombang akustik bagi penghasilan perkataan “see” /si:/ dalam bahasa Inggeris berasaskan sumber, Roach, P. 2001: 40 ada dikemukakannya). 

 

Pendapat Lain tentang Fonetik Akustik

ii.          Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1-2) berpendapat bahawa fonetik akustik ialah kajian fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan kita.

iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik akustik ialah bidang kajian mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegar dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai spetrogram. Alat ini digunakan bagi melihat kekerapan / frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu

FONETIK AUDOTORI

•Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi.

Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori

•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik auditori. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik auditori adalah seperti yang berikut:

i.          Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.

Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori

ii.          Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.

Page 8: fonetik dan fonologi

iii.         Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori  ialah bidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga. Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaran mekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu tentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.

FONOLOGI

•Fonologi ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti sistem bunyi bahasa yang berasaskan fungsinya dalam sesuatu bahasa. Sistem bunyi bahasa yang diteliti itu merupakan sistem atau peraturan bunyi sesuatu bahasa seperti bagi menentukan bunyi atau fonem sesuatu bahasa itu waima bunyinya distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Kajian ini juga dikenali sebagai fonemik.

Pendapat Lain tentang Fonologi

•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila mendefinisikan fonologi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonologi adalah seperti yang berikut:

i.          Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) mendefinisikan fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa. Tegas mereka bahawa bidang fonologi menentukan sistem bunyi sama ada  bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Mereka menyimpulkan bahawa matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

Pendapat Lain tentang Fonologi

ii.          Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 2) berpendapat bahawa fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Kata mereka lagi : - 

            “... fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya ialah fonetik. Cuma fonologi memerlukan konsep, istilah dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan. Penambahan unsur fonetik ini adalah bagi menghasilkan suatu set konsep-konsep baru yang tersendiri. Malah, kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah kita mempunyai asas pengetahuan yang kukuh dalam semua aspek bidang fonetik. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan fonologi.”

iii.         Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 65) berpendapat bahawa fonologi ialah penerangan berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa. Jelasnya lagi bahawa fonologi melibatkan pengkajian bahasa bagi menentukan bunyi-bunyi yang berbeza langsung membina set rumus yang dapat menerangkan perihal mengenai perubahan set.

Pendapat Lain tentang Fonologi

Page 9: fonetik dan fonologi

•iv.      Roach, P. (2001: 111) berpendapat bahawa fonologi sebagai “ the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form and th rules which regulate their use”.

•v.       Abdullah Hassan (1993: 40) berpendapat bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

•vi.      Suhendra Yusuf (1998: 151) memberi definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya; fonemik.

Pendapat Lain tentang Fonologi

vii.        Harimurti Kridalaksana ( 1984: 61) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi bahasa mengikut fungsinya.

viii.       Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 414) mendefinisikan fonologi sebagai kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. 

ix.         The Oxford Dictionary of Current English For Malaysian Students (2005: 468) mendefinisikan fonologi sebagai “the scientific study of the organization of speech sounds, especially in a particular language”.

x.         The Penguin Dictionary (2004: 1045) mendefinisikan fonologi sebagai “the study of the sound systems of a language”.

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

•Bermaksud pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu.

•Kajian F & F BM meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan.

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

•Dalam pengkajian ini akan diteliti juga, iaitu alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerah mana pada alat tersebut yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam BM, misalnya bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.

•Juga akan diteliti ialah perbagai bunyi konsonan dalam BM, misal konsonan letupan, letusan, geseran, sengau, separuh vokal dsg serta bunyi diftong (au, ai dan oi).