folio tokoh

10
PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA NAMA : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj TARIKH LAHIR : 8 Februari 1903 GELARAN : Bapa Kemerdekaan TEMPOH BERKHIDMAT : 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970 Jasa Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama. Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah alQuran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961. Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya. Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina,

Upload: saadiah-mohammad

Post on 04-Jul-2015

631 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Tokoh

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA

NAMA : Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajTARIKH LAHIR : 8 Februari 1903GELARAN : Bapa KemerdekaanTEMPOH BERKHIDMAT : 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

Jasa Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah alQuran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan

Page 2: Folio Tokoh

rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969.

Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KEDUA

NAMA : Tun Abdul Razak Datuk HusseinTARIKH LAHIR : 11 Mac 1922GELARAN : Bapa PembangunanTEMPOH BERKHIDMAT : 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976

TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum.

Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan social dan perkembangan ekonomi.

Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.

Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC.

Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadap pendidikan anak Melayu dengan menubuhkan Maktab Rendah

Page 3: Folio Tokoh

Sains Mara pada 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum lain.

Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KETIGA

NAMA : Tun Hussein OnnTARIKH LAHIR : 1922GELARAN : Bapa PerpaduanTEMPOH BERKHIDMAT : 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya: Meneruskan pembangunan negara.

Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi.

Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur luar yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.

Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk SeriDr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama.

Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit jantung.

Page 4: Folio Tokoh

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KEEMPAT

NAMA : Tun Dr Mahathir MohamadTARIKH LAHIR : 20 Disember 1925GELARAN : Bapa PemodenanTEMPOH BERKHIDMAT : 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003

TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun.

Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya, negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.

Sejarah hitam apabila Umno diisytihar sebagai parti pemerintah tidak sah berikutan rasa tidak puas hati segelintir ahli Umno pada 4 Februari 1988, memberi kesempatan kepada Dr Mahathir menyusun strategi untuk menyatupadukan ahli parti serta berjuang habis-habisan demi kemajuan negara.

Terlalu banyak sumbangan jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah,

Page 5: Folio Tokoh

Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.

Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran

Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KELIMA

NAMA : Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiTARIKH LAHIR : 26 November 1939KELULUSAN : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya

31 Oktober 2003, rasmilah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima.

Memegang tampuk pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber bagi meneruskan perjuangan ke arah negara maju.

Pak Lah yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999 merangkap Menteri Dalam Negeri, sebenarnya mempunyai asas politik kukuh kerana terbabit dalam pelbagai pertubuhan nasionalis sejak di universiti.

Kesetiaan Pak Lah kepada Umno tidak berbelah bagi kerana ketika Umno diisytiharkan sebagai tidak sah pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuhkan Semangat 46, beliau tetap teguh

Page 6: Folio Tokoh

menyokong Dr Mahathir dalam mengembalikan kegemilangan Umno.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar KeIslaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja Malaysia.

Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan kerajaan.

Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat, termasukDr Mahathir.

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KEENAM

Nama : Dato’ Seri Najib Tun Abdul RazakTempat Kelahiran : Kuala Lipis, PahangTarikh Lahir : 23 Julai 1953Umur : 56 tahunTempoh Berkhidmat : 3 April 2009 hingga kini

Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah. Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.

Page 7: Folio Tokoh

Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya, beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa, beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.

Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri, Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya, menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan, namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.

Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

TOKOH SUKAN BADMINTON

Nama : Datuk Lee Chong WeiTarikh lahir : 21 Oktober 1982Tempat lahir : Pulau Pinang, Malaysia

Perseorangan lelaki Negara MalaysiaTangan kegemaran : KananJurulatih : Misbun Sidek

Ranking tertinggi : 1 (24 Ogos 2006)Ranking terkini : 1BWF ID : 50152Rekod pingat OlimpikPeserta untuk Malaysia

Page 8: Folio Tokoh

Badminton - lelakiPerak Beijing 2008 Perseorangan

Kerjaya BadmintonChong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony Dwi Kuncoro dan Peter Gade.

ANGKASAWAN MALAYSIA YANG PERTAMA

Nama : Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin

Sheikh MustaphaTarikh Lahir : 27 Julai 1972Tempat Lahir : Kuala LumpurStatus : Berkahwin dengan Dr Halina Mohd Yunos

Pendidikan :Menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui

Page 9: Folio Tokoh

ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Kerjaya :Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.

Tempoh Masa di Angkasa : 10 hari, 21 jam, 14 minit