persamaan dan perbezaan pandangan tokoh-tokoh pakk

14
1.0 Pengenalan Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak- kanak. Ia merupakan satu jangka masa yang penting dalam proses pembesaran kanak-kanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini, mereka juga akan berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak- kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini. Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang 1

Upload: rosli-ismail

Post on 24-Dec-2015

770 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

Persamaan dan perbezaan pandangan bagi tiap-tiap tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak iaitu dari segi cara mendidik, penegasan, alat bantu mengajar dan persekitaran.

TRANSCRIPT

Page 1: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

1.0 Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-

kanak. Ia merupakan satu jangka masa yang penting dalam proses pembesaran kanak-

kanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia

sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan mudah dan berjaya

sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini, mereka juga akan

berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan

apa yang mereka temui sebelum ini.

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat

berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan

Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah

Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika

adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Untuk Jabatan

Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program

awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika

secara ringkas. Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan

pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka

masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Dalam konteks kanak-

kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang

serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa

sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperolehi, ia

akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan

sehariannya ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang

(Department of Education and Science 1990). Oleh hal yang demikian, kurikulum yang

seimbang dan menyeluruh dapat membantu menjayakan matlamat yang ingin dicapai.

1

Page 2: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

1.0 Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak

2.0 Cara mendidik

Imam Al-Ghazali Ibnu Khaldun Martin Luther

Didik kanak-kanak dengan

pelajaran agama, adab

sopan, adab makan minum,

mencuci badan, berwuduk

dan bersembahyang.

Bentuk kanak-kanak dengan

penuh kasih sayang, lemah

lembut dan bertimbang rasa

bukannya dengan cara

kekerasan.

Menyarankan pendidikan

universal dan wajib, serta

menitikberatkan keperluan

mendirikan sekolah bagi

mengajar kanak-kanak

membaca.

Didik kanak-kanak supaya

memperoleh tingkah laku

yang mulia, merendah diri,

tidak berbohong,

bersederhana dalam

perlakuan, tidak berkawan

dengan orang jahat dan

tidak berbangga.

Belajar dari mudah kepada

yang lebih susah secara

berperingkat-peringkat,

mengadakan latih-tubi,

menggunakan benda-benda

maujud dan menggunakan

bahan-bahan bantu untuk

mengajar.

Mengintegrasikan muzik

dan pendidikan jasmani

dalam kurikulum.

Bersikap tegas dengan

kanak-kanak, jangan

biasakan mereka bersenang-

senang, jangan berseronok

atau bermanja-manja

apabila bergaul dengan

mereka.

Ajarkan pembacaan Al-

Quran sebelum

menghafalnya. Apabila

sampai umur tertentu dan

sesuai dengan daya

pemikiran barulah diajar

tafsir, hukum dan lain-lain.

2

Page 3: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

John Amos Comenius Jean Jacques Rosseau Johann Pestalozzi

Pendidikan perlu mengikut

aturan semula jadi iaitu

mengikut umur dan kaedah

yang betul dan

mengelakkan pembelajaran

secara paksa sebelum

kanak-kanak bersedia.

Kanak-kanak perlu

dibiarkan membesar

mengikut kebolehan semula

jadi mereka berdasarkan

konsep naturalisme.

Membimbing kanak-kanak

secara perlahan-lahan

berdasarkan potensi yang

ada padanya. Bimbingan itu

perlu bermula daripada

pengalaman deria kepada

idea yang abstrak.

Friedrich Wilheim Froebel Maria Montessori John Dewey

Dalam mendidik,

cadangkan kanak-kanak

menggunakan objek supaya

menimbulkan minat dalam

pembelajarannya.

Guru hanya perlu menunjuk

ajar dan membimbing

mereka dalam pemilihan

bahan dan aktiviti.

Dalam menyampaikan

pelajaran kepada kanak-

kanak mulakan dengan

kumpulan kecil, kemudian

seorang demi seorang.

Tekankan disiplin diri

terhadap kanak-kanak dan

motivasi dalaman adalah

penting bagi kanak-kanak.

Guru hanya perlu

membantu kanak-kanak,

bukan memaksa ataupun

menentukan arah

pembelajaran mereka.

Tekankan kaedah bermain

kepada kanak-kanak dan

biarkan mereka belajar

melalui membuat.

3

Page 4: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

2.1 Penegasan

Imam Al-Ghazali Ibnu Khaldun Martin Luther

Seorang anak harus dididik

dari lahir. Seorang bayi

jangan diberikan kepada

orang lain menjaganya

kecuali wanita yang kuat

agama dan mulia tingkah

lakunya.

Jangan diajar kanak-kanak

dengan perkara-perkara

yang susah dan jangan

dibebankan dengan perkara-

perkara yang diluar

kemampuan mereka.

Luther berpendapat tujuan

utama persekolahan adalah

untuk mengajar agama.

Disamping itu, beliau

menegaskan muzik dan

pendidikan jasmani perlu

diintergrasikan dalam

kurikulum.

John Amos Comenius Jean Jacques Rosseau Johann Pestalozzi

Beliau berpendapat bahawa

pendidikan perlu memberi

pengalaman pembelajaran

yang positif termasuklah

kebebasan, kegembiraan,

dan keriangan.

Beliau berpendapat kanak-

kanak dilahirkan semuanya

baik tetapi manusialah

merosakkanya. Selain itu,

pendidikan akan terhasil

dan berkembang jika

seseorang itu diberikan

kebebasan belajar secara

langsung dengan alam

sekitar.

Anak-anak perlu dibimbing

secara perlahan-lahan

berdasarkan potensi yang

ada padanya. Seterusnya,

bimbingan itu perlu

bermula daripada

pengalaman deria kepada

idea yang abstrak. Melalui

pengalaman itu kanak-

kanak boleh mencapai

potensi mereka yang

semulajadi.

4

Page 5: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

Friedrich Wilheim Froebel Maria Montessori John Dewey

Pembelajaran bukanlah

sesuatu yang terpisah

namun ia saling berkaitan

antara satu sama lain.

Taman kanak-kanak pula

merupakan satu pendekatan

terhadap latihan kanak-

kanak. Seterusnya,

pendidikan adalah

pembinaan watak atau

peribadi kanak-kanak. Ia

hendaklah berdasarkan

kepada keperluan dan

keupayaan kanak-kanak.

Dalam mendidik kanak-

kanak, kita mestilah

menghormati mereka. Oleh

itu, persekitaran yang

terancang, kemahiran hidup,

disiplin diri dan arahan

adalah prinsip penting

dalam pendidikan kanak-

kanak. Menurut beliau,

pendidikan adalah untuk

menolong kanak-kanak dan

membentuk serta membantu

perkembangan intelek,

fizikal, sosial, emosi dan

rohani.

Pendidikan sebenar adalah

satu proses yang aktif

kepada kanak-kanak

berdasarkan keadaan

semulajadi mereka dan

pembelajaran pula perlu

dilaksanakan melalui

pengalaman dan

eksperimen.

2.2 Alat bantu mengajar

Martin Luther John Dewey

Menggunakan muzik dan pendidikan

jasmani dalam kurikulum.

Memberi kaedah projek kepada kanak-

kanak iaitu suatu aktiviti dan gerak kerja

kanak-kanak.

5

Page 6: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

3.0 Persamaan Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak

3.1 Alat bantu mengajar

Ibnu khaldun John Amos Comenius Jean Jacques Rosseau

Kanak-kanak diperingkat

prasekolah menggunakan

benda-benda maujud dan

contoh-contoh yang konkrit

yang boleh difahami

melalui pancaindera

mereka.

Menekankan penggunaan

bahan konkrit dan deria.

Memastikan bahan

pengajaran yang konkrit

pada kanak-kanak.

Johann Pestalozzi Friedrich Wilheim

Froebel

Maria MontessoriImam

A-Ghazali

Pendidikan

berasaskan

pengalaman deria

dan pengajaran

yang dibentuk

berdasarkan objek.

Mendidik kanak-kanak

bermain menggunakan

objek bagi

menimbulkan minat

dalam

pembelajarannya.

Mendidik kanak-kanak

bermain menggunakan

objek bagi

menimbulkan minat

dalam

pembelajarannya

dalam persekitaran

yang lengkap dan alat

pembelajaran yang

tersusun dan bersaiz

kanak-kanak.

Menggalakkan

kanak-kanak

bermain dengan

menggunakan

objek.

6

Page 7: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

3.2 Persekitaran

Maria Montessori Friedrich Wilheim Froebel Jean Jacques Rosseau

Persekitaran yang

menggalakkan

perkembangan kanak-kanak

ialah persekitaran

lengkap dengan bahan-

bahan yang dapat

menyokong pembentukan

konsep dan pengetahuan

kanak-kanak apabila

mereka memerlukannya.

Taman kanak-kanak

perlulah dipenuhi dengan

keindahan untuk menarik

perhatian kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya ia

dicat dengan warna yang

terang, mempunyai bilik

yang senang dimasuki

cahaya, dipenuhi dengan

taman-taman, binatang dan

gambar-gambar.

Kebebasan belajar secara

langsung dengan alam

sekitar. Berkonsep pada

naturalisme dimana kanak-

kanak perlu dibiarkan

membesar mengikut

kebolehan semula jadi

mereka.

7

Page 8: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dan

ia harus dimulakan sejak lahir seseorang bayi itu. Kita semua harus ingat bahawa kanak-

kanak ialah pemangkin sesebuah negara dan ketua atau pemimpin masa hadapan.

Justeru, sikap, minda dan kebolehan generasi muda ini yang positif harus dibentuk sejak

awal lagi. Dengan ini, pemimpin yang berdaya maju, cekap dan berdaya saing dapat

dilahirkan.

5.0 Rujukan

a) http://zulky54prasekolah.blogspot.com/

b) http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/tokoh-pengasas-pendidikan-

awal-kanak.html

c) http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2011/12/konsep-awal-kanak-

kanak.html

8

Page 9: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

6.0 Lampiran

Imam Al-Ghazali Ibnu Khaldun Martin Luther

John dewey Friedrich Wilheim Froebel Maria Montessori

9

Page 10: Persamaan dan Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh PAKK

Johann Pestalozzi Jean Jacques Rosseau John Amos Comenius

10