amirul-folio sejarah tingkatan 2.doc - to print

Upload: amirul-syafiq

Post on 08-Jul-2015

436 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

TAJUK i. Isi kandungan

HALAMAN

1 2

ii. iii. iv. v.

Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian: a. Latar belakang b. Nama dan lambang c. Peristiwa-peristiwa bersejarah Rumusan Lampiran 3 4

5- 6 7 13 14 - 18 19 20 - 21

vi. vii.

Page 1

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Pertama sekali, Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi rahmat dan kesihatan fizikal serta mental untuk saya menyiapkan kertas kerja Folio Sejarah ini dan seterusnya dapat menyiapkannya pada waktu yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Pn. Siti Normaharani bte Mohammed Nor iaitu guru matapelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan Folio Sejarah saya ini. Selain itu, ucapan penghargaan juga tidak lupa diberikan kepada rakan-rakan sekelas atas kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat untuk hasil kajian. Jasa dan budi baik mereka akan dikenang sepanjang zaman. Di bawah ini saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda

penghargaan daripada saya, Pulau Sipadan jauh ke tengah, Gunung Kinabalu indah niannya, Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Page 2

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Kajian ini dilakukan adalah untuk:

mengkaji latar belakang sekolah seperti asal-usul

nama sekolah, kemajuan pembangunan sekolah serta perkembangan akademik dan kokurikulum. mendalami maksud lambang dan nama

kemegahan sekolah. memahami peristiwa bersejarah dan

perkembangan sekolah dari awal hingga sekarang.

Page 3

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa maklumat kaedah yang dalam proses Tujuan bagi saya mendapatkan menggunakan terperinci.

kaedah ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar tanpa ada unsur penambahan. Kaedah- kaedah kajian sejarah sekolah yang saya gunakan adalah seperti berikut:

Melayari internet. Contoh laman sesawang yang telah saya layari ialah www.semesta.edu.com.my dan lain-lain lagi.

Menganalisis dokumen-dokumen sekolah seperti majalah sekolah dan suratkhabar.

Membuat lawatan ketempat kajian seperti di padang sekolah, dewan besar, blok sekolah dan blok kediaman pelajar.

Page 4

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

a) Latar belakang SekolahSEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) telah dibina di sebuah kawasan di Kampung Pintu Padang, yang suatu ketika dahulu dibuka oleh Panglima Tugu, ayahanda kepada En. Othman Shahbudin, Ketua Kampung Pintu Padang pada ketika itu. Ia telah dibangunkan dalam kawasan ladang getah seluas 16 hektar di Km 6, Jalan Lipis, Raub, Pahang. Kompleks sekolah mula dibina dalam bulan Julai 1980 dan telah siap pada 1982. Kumpulan perintis terdiri daripada 35 orang guru, 5 orang pekerja dan 280 orang pelajar yang berdaftar pada awal tahun 1982. Pengetua pertamanya ialah Encik Abdul Rahim bin Mohamad yang telah berkhidmat sehinggahujung tahun 1986. Sehingga kini, SEMESTA telah dipimpin oleh 11 orang pengetua yang berkaliber. Dari segi pembangunan fizikal SEMESTA telah menempuh satu dekad yang penuh dengan pelbagai perubahan. Dahulunya kawasan lapang tidak berpokok, tapi kini dihiasi beraneka tanaman penyeri bumi beserta penambahan kemudahan asas seperti gimnasium, laluan berbumbung, pondok rehat, astaka dan surau. Sejarah penubuhan dan perkembangan SEMESTA wajar dikenang dan seterusnya dijadikan tauladan. Selain kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM, SEMESTA telah meraih beberapa gelaran yang membanggakan.Page 5

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Pada masa inin SEMESTA terus mencipta kejayaan termasuk dari segi membina potensi pelajar dalam aspek akademik dan juga kokurikulum. Pencapaian 100% dalam peperiksaan awam terus dipertahankan dari tahun ke tahun, malah banyak usaha sedang dan akan dijalankan untuk meningkatkan kualiti peperiksaan. Segala cabaran ini akan terus dipikul bersama oleh setiap warga sekolah dan juga pihak pihak yang terlibat.

ASAL USUL NAMA SEKOLAH

Sekolah ini telah mula beroperasi pada tahun 1983 dan merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh. Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Raub atau nama singkatannya SEMESRA namun kemudian telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), sempena nama Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah pada hari perasmian sekolah bertarikh 4 Julai 1989.

B) NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN SEKOLAH

Page 6

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Lambang ini menyatakan bahawa sekolah ini terletak di Negeri Pahang.

Melambangkan Sains: merupakan subjek.

Menggambarkan segala pembelajaran melalui buku yang merupakan permulaan menimba ilmu.

Melambangkan aktiviti sukan yang terdapat di sekolah ini untuk memupuk nilai kesukanan, membentuk semangat rohani dan jasmani dikalangan para pelajar sekolah ini.

Melambangkan cita-cita murni pelajar sekolah ini, menuju keperingkat yang lebih tinggi seperti ke menara gading. Juga menggambarkan semangat kerohanian, kekuatan , pertahanan dan kualiti pelajar. Gading juga adalah salah satu ciri negeri Pahang.

WARNA LATAR LENCANA

Page 7

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Warna merah, putih, biru dan kuning, melambangkan warna bendera Malaysia yang membawa pengertian yang serupa.

LIMA JALUR WARNA Lima warna dibahagian bawah logo melambangkan Prinsip Rukun Negara yang ditegakkan oleh para pelajar sekolah ini.

COGAN

KATA: ILMU, AMAL, BUDI

Ilmu adalah wajib dituntut oleh setiap pelajar. Ilmu yang telah diperoleh hendaklah diamalkan untuk berbudi dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

MOTTO SEMESTA

ILMU AMAL BUDI

VISI SEMESTA

SEMESTA TERBILANG BERTARAF DUNIA 2012

Page 8

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

MISI SEMESTA

KECEMERLANGAN DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN KURIKULUM KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN KOKURIKULUM KECEMERLANGAN DALAM SAHSIAH DAN BINA INSAN KECEMERLANGAN DALAM ASPEK KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN

BENDERA SEKOLAH

Page 9

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

LAGU SEKOLAHInilah sekolah yang tercinta, SEMESTA itulah namanya, Mendidik dan membina, Anak-anak negara, mencapai segala cita-cita, Kepada para guru semua, Jasamu tiada tandingnya, Bekerja dan berusaha, Tidak mengenal masa, Demi masa depan kita, Berilmu, Beramal, Berbudi setiap masa, Pada rukun negara, Kami akan setia, Oh Tuhan yang Maha Kuasa, Jayakanlah kami semua, Selamat dan sentosa, Sihat setiap masa,

Berjaya SEMESTA Berjaya!!!

IKRAR PELAJARPage 10

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Bahawasanya kami, Pelajar SEMESTA, sebagai rakyat Malaysia, dengan penuh kesedaran dan kesyukuran, berikrar, akan menumpukan taat setia kami kepada negara Malaysia yang tercinta, kami berikrar, akan menjunjung segala prinsip rukun negara pada setiap masa, Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada raja dan negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan dan kami juga berjanji, akan menjuruskan segala tenaga dan usaha kami, untuk menjadi insan yang cemerlang.

DOA PELAJARYa Allah By the passing of the nightPage 11

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

And the coming of the day light This is the humble voice Sincere hope and prayers from your servant

Ya Allah Forgive us for all our sins make it easy for our tongue to engage in The remembrance and utterance Of your bountiful blessing Of health and strength For our bodies and soul To carry out duties And obey your commands faithfully

Ya Allah Bestow upon us Ad-Din The right and perfect way of life Save us from your wrath and calamities

FALSAFAH SEKOLAH

Pelajar hari ini merupakan aset paling bermakna dan berharga untuk negara, bangsa dan agama pada masa hadapan.Page 12

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Pada mereka kita letakkan harapan untuk mengembalikan maruah bangsa dan agama untuk menuju kecemerlangan. Justeru itu, potensi yang ada pada mereka perlu dibimbing dan

diperkembangkan dengan sebaik baik mungkin. Bagi mencapai hasrat ini, SEMESTA berusaha menyediakan persekitaran yang terancang, terkawal dan memberansangkan. Ia diharap akan melahirkan insan yang bukan sekadar berilmu pengetahuan tetapi yang berakhlak mulia dan sentiasa bersikap positif.

c)peristiwa peristiwa bersejarah

KEJOHANAN KRIKET SBP PERINGKAT KEBANGSAANKejohanan kriket SBP Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 3 hingga 7 Mac 2010 di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Mohamad

Page 13

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Faris Petra, Kota Bahru Kelantan. Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. SEMESTA telah diundi dalam kumpulan A bersama pasukan SHAH PEKAN dan SM SAINS KUALA TERENGGANU. SEMESTA telah menang dalam kedua-dua perlawanan kumpulan dengan menjadi johan kumpulan A dan layak ke pusingan separuh akhir bertemu johan kumpulan D iaitu SBPI PEKAN. Dalam perlawanan separuh akhir SEMESTA telah mengalahkan SBPI PEKAN 127 runs berbalas 125 runs dalam keadaan yang penuh dramatik dan kontrovesi dan layak ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan akhir SEMESTA telah berjaya mengekang asakan hebat dari pasukan SEMSAS. Dengan penuh bergaya SEMESTA telah membuktikan kehebatannya dengan membelasah SEMSAS 128 runs berbalas hanta 55 runs sahaja dan SEMESTA muncul juara Zon Timur buat kali kedua berturut-turut dan seterusnya layak bertanding dalam Kejohan Kriket SBP Peringkat Kebanggsaan yang telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar,Kuala Pilah,Negeri Sembilan pada 8 hingga 11 April 2010.

KEJOHANAN TREK DAN PADANGPada 8 Mac 2010 yang lalu telah berlansungnya Kejohanan Olahraga Tahunan yang menjadi program tahunan sekolah. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah Raub.

Page 14

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Kejohanan tersebut telah bermula seawal jam 7:30 pagi dan dihadiri oleh semua guru, YDP PIBG, bekas pelajar serta ibu bapa. Antara aktiviti yang berlansung sepanjang kejohanan adalah acara lintas hormat,

pertandingan acara-acara sukan, sukantara, kawad berformasi antara rumah sukan, pertandingan pakaian terbaik antara rumah, acara tarik tali antara ibu bapa dan guru, persembahan senam robik dan juga acara kanak-kanak. Secara holistik, kejohanan ini telah berlansung dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua pihak terutamanya dari pihak guru, Ahli Jawatan Kuasa PIBG serta para pelajar. Semoga dengan berlansungnya Kejohanan Olahraga ini, semanagat kesukanan dan kerjasama dapat disemai

dikalangan para pelajar SEMESTA. dalam bidang sukan.

Semoga, SEMESTA akan terus maju

CERAMAH ASTRONOMI DAN PENCERAPAN BINTANGPada 15 Oktober 2010, satu ceramah astronomi dan pencerapan bintang telah dijalankan. Berbekalkan penceramah yang berminat dalam bidang astronomi, Mr. Jerry dan pengiringnya Mr.Chong, program ini telah dijalankan dengan jayanya. Ceramah telah bermula pada pukul 6:00 petang dan berakhir pada pukul 7:15 petang. Berdasarkan ceramah yang telahPage 15

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

diberikan oleh Mr.Jerry, seramai 20 orang pelajar dan beberapa orang guru termasuk Tuan Pengetua telah dapat menambah pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi itu sendiri. Setelah ceramah tersebut berakhir, para pelajar diberikan masa untuk makan dan solat sementara para tetamu menjamu selera. Untuk sesi kedua, sesi pencerapan bintang, para pelajar dan guru telah didedahkan dengan cara penggunaan teleskop, dimana mereka telah berpeluang melihat bintang dengan daya usaha mereka sendiri. Lebih menakjubkan, mereka telah berpeluang melihat bulan, Planet Jupiter dan bintang-bintang di cakerawala ciptaan Tuhan ini.

KEJOHANAN MERENTAS DESAKejohanan ini telah berlansung pada 27 Julai 2010. Kejohanan ini telah diadakan di Kuala Krau, Raub. Sebanyak sembilan buah sekolah telah menyertai kejohanan ini. SEMESTA telah menghantar empat buah pasukan iaitu pasukan bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun lelaki serta pasukan bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun perempuan.

Page 16

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Berbekalkan semangat yang kental dan membara, pasukan lelaki bawah 18 tahun telah memenangi tempat kedua keseluruhan dan pasukan perempuan bawah 18 tahun telah memenangi tempat pertama keseluruhan. Kejayaan ini merupakan pencapaian terbaik SEMESTA sepanjang Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Raub. Pemenang-pemenang terbaik bagi setiap kategori: Lelaki: K Bawah 18: Mohamad Shahrul Hairie Bin Rosli (no.6) Bawah 15: MUHD Salleh Bin Musiran (no.7) Perempuan: Bawah 18: NURUL Farahin Bte Abdul Razak (no.1) Bawah 15: Nor Amizah Najihah (no.4)

UNIMAX 0 711 MELAKAR SEJARAHPada tahun 2009, UNIMAX telah melakar sejarah setelah berjaya mencatat keputusan PMR terbaik sepanjang penubuhan SEMESTA. Seramai 108 orang daripada 125 orang pelajar telah mendapat semua A dalam peperiksaan ini. SEMESTA telah berjaya menjadi sekolah terbaik dalam negeri Pahang seterusnya menempa nama di tangga kePage 17

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

5 peringkat kebangsaan daripada 54 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Gred Purata Sekolah(GPS) juga telah meningkat daripada 1.05 hingga 1.02. Kejayaan ini sekaligus telah melonjakkan nama SEMESTA setaraf dengan sekolah elit yang lain. Ternyata segala pengorbanan para guru dan para pelajar selama ini telah membuahkan hasil yang sangat memberansangkan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang diperolehi bakal menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar SEMESTA untuk terus memajukan dan mengharumkan lagi nama baik SEMESTA, insyaAllah. Amin.

Pada akhir kajian ini, saya telah dapat mengkaji latar belakang SEMESTA dengan lebih mendalam. Dengan melakukanPage 18

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

kajian dan analisa ke atas latar belakang sekolah, saya berasa bangga kerana dapat mengenal dan seterusnya memahami asalusul sekolah ini dengan lebih terperinci. Seterusnya dengan mendalami maksud nama dan lambang-lambang sekolah, ia telah dapat melahirkan rasa cinta dan kagum dalam diri saya terhadap SEMESTA. Akhir sekali, dengan mempelajari peristiwa-peristiwa bersejarah di sekolah ini, saya akan lebih menghargai segala usaha pihak yang telah bertungkus-lumus untuk membangunkan SEMESTA dan seterusnya berasa amat bersyukur kerana terpilih untuk mejadi salah seorang daripada warga sekolah ini.

Page 19

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Page 20

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 2 SEJARAH SEKOLAH

Page 21