folio rasuah

Upload: amir-azros

Post on 10-Jul-2015

654 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

DISEDIAKAN OLEH Cikgu Amir http://facebook.com/cikgucinta

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

1

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

1.0

PENGENALAN Suapan ataupun rasuah merupakan musuh pembangunan. Di zaman global masa kini tidak ada negara yang terkecuali dari masalah rasuah ini yang telah wujud sejak berkurun lama lagi. Ia bukan sahaja membantutkan perkembangan dan merencatkan perjalanannya terhadap ekonomi malah kepada perkembangan politik dan sosial oleh semua negara di dunia. Rasuah boleh diibaratkan sebagai penyakit kanser yang boleh merebak kepada masyarakat dan menghancurkan sesebuah negara secara perlahan-lahan. Akhir-akhir ini kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam amalan suapan atau lebih dikenali dengan amalan rasuah, sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam. Amalan menerima dan memberi hadiah telah menjadi budaya dalam masyarakat untuk memberi gambaran seolah-olah bertujuan untuk melahirkan rasaterima kasih, penghargaan, sedekah, kasih sayang, persahabatan dan persaudaraan. Amalan ini memanglah dianggap baik jika pemberian itu mempunyai niat yang ikhlas, jujur dan bertujuan untuk mengeratkan atau mengukuhkan lagi persahabatan yang baik di antara pemberi dan penerima. Namun, pemberian hadiah itu boleh menjadi rasuah apabila hadiah itu diberi dengan ada tujuan untuk mendapatkan sesuatu istimewa, keuntungan serta perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan dengan tugas atau urusan rasminya.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

2

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

Terutama sekali, jika perkara ini berlaku berleluasa di antara sector awam dan sektor kerajaan, maka pemberian hadiah itu boleh berkembang menjadi satu bentuk rasuah. Ini adalah kerana kebiasaan menerima sesuatu dan meminta sesuatu pemberian yang mulanya merupakan hadiah kini menjadi satu kemestian dalam segala urusan. Walaupun tujuannya sama, kadangkala ianya ke arah satu maksud yang sukar 'diselami' dan berbentuk insentif serta perlukan balasan. Oleh itu ianya perlu dikawal agar tidak menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

3

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

2.0

TAKRIFAN SUAPAN Rasuah atau suapan adalah satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Definisi rasuah agak meluas, pengertiannya boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Tambahan pula sesuatu hal atau perbuatan sama ada ianya dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara berkenaan. Rasuah biasanya dikaitkan dengan mata wang atau bentuk monetari tetapi banyak yang tidak menyedari bahawa rasuah juga boleh berbentuk bukan monetari seperti yang dijelaskan dalam undang-undang. Ini merupakan definisi atau takrifan yang diberikan berkaitan tentang suapan atau rasuah. Mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, takrifan suapan ialah wang derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu, apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan kontrak, pekerjaan atau perkhidmatan dan apaapa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

4

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

Apa-apa bayaran, pelepasan penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain sama ada keseluruhannya atau

sebahagiannya, apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, ,ribet, bonus, potongan atau peratusan, apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apaapa penalti, atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah sama ada atau tidak sudah dimulakan dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; apa-apa tawaran, aku janji atau janji sama ada bersyarat atau tidak bersyarat untuk memberikan suapan. Menurut Akta Pencegahan Rasuah, 1997, rasuah adalah penerimaan atau pemberian sebagai upah atau dorongan untuk diri seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Dari segi bahasa, rasuah bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

5

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

(Kamus Dewan edisi keempat 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur). Dalam pengertian sosiologi pula, suapan dianggap sebagai suatu

perlakuan yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik. Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Development Program) mendefinisikan rasuah the misuse of public power, office or authority for private benefit-through bribery, extortion, influence peddling, nepotism, fraud, speed money or embezzlement. (UNDP,1999, m.s 7) Manakala takrifan suapan atau dari sudut syarak adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudaratan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ini bukan rasuah, tetapi upah'.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

6

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti tumbuk rusuk dan makan suap. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti wang kopi, undercounter

payment dan duit pelincir. Yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik. Rasuah menurut Ibrahim An-Nakhai dalam Mausuah Fiqhiyah ialah sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk menghidupkan kebatilan atau untuk menghancurkan kebenaran. Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rasuah ialah memberikan harta kepada seseorang sebagai imbalan pelaksanaan maslahat (tugas,kewajipan) yang mana tugas itu harus

dilaksanakan tanpa menunggu imbalan atau wang komisen. (1498H, m.s 319). Manakala,Dr. Yusuf Qardawi mendefinisikan rasuah seperti berikut suatu yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan atau jawatan (apa sahaja) untuk memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-lawannya sesuai dengan apa yang ia inginkan, atau untuk memberikan peluang kepadanya atau menyingkirkan saingannya.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

7

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

Rasuah menurut Bahasa Latin pula berasal daripada corruption yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Cukup menarik apabila takrifan yang diberi merujuk kepada busuk yang pastinya memualkan dan meloyakan. Secara tidak langsung, mesej yang paling jelas ingin disampaikan melalui pengertian rasuah ialah ia merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja agama malah kemanusiaan sekalipun menolaknya secara keseluruhannya. Dalam sebuah kamus yang terkenal, Websters Third New International Dictionary (1961) mendefinisikan rasuah sebagai an inducement (as if a public official) by means of improper considerations (as bribery) to commit a violation of duty. Manakala menurut M.McMullan - Theory of Corruption (Article)

mendefinasikan rasuah sebagai seorang pegawai kerajaan adalah melakukan rasuah apabila beliau menerima wang atau apa-apa (barangan atau

perkhidmatan) bernilai wang kerana melakukan sesuatu yang berkaitan urusan tugasnya, iaitu mengabaikan tanggungjawabnya atau tidak mematuhi panduan yang ditetapkan atas alasan yang tidak wajar (a public officer is corrupt if he accepts money or moneys worth for doing something that he is under duty to do anyway, that he is under a duty not to do, or to exercise a legitimate discretion for improper reasons). Menurut Jacob Van Kleveren dalam artikalnya the Concept Of Corruption mengatakan Penjawat Awam menyalahguna kuasanya untuk mendapat pendapatan tambahan daripada orang awam (a civil servant abuses his authourity in order to obtain an extra income from the public ) adalah

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

8

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

melakukan rasuah. Mengikut Tranparency International pula, rasuah adalah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah ahli politik dan pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undangundang.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

9

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

3.0

PUNCA DAN KESAN SUAPAN Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud : Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka. Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya. Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang

perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

10

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

Antara sebab-sebab dan punca berlakunya rasuah adalah kerana beberapa perkara; termasuklah: i. Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undangundang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya. ii. Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada

penyelewengan khususnya rasuah. iii. Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

11

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

iv.

Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan

pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil

kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. v. Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

12

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan kepentingan masalah masyarakat lain dan seperti kemerosotan Budaya ekonomi, rasuah pengabaian juga boleh

sebagainya.

menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

13

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

Ada beberapa langkah bagi menghapuskan dan membasmi amalan rasuah ini dari berleluasa. Antaranya adalah: i. Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. ii. Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. iii. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

14

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

iv.

Memudahkan Urusan Menggunakan ICT Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

15

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

4.0

KESIMPULAN Rasuah adalah merupakan penyakit masyarakat antarabangsa yang telah lama wujud meracuni kehidupan manusia. Ia berlaku dengan tidak memilih tempat, waktu dan peringkat orang. Pendeknya, di mana-mana dan kepada

sesiapa sahaja ia boleh berlaku atau terjadi. Apabila rasuah sudah berleluasa dan menulari masyarakat, maka masyarakat itu akan kehilangan imej yang baik dan tidak dihormati lagi. Suapan atau rasuah, walau apa pun jua pengertian yang diberikan oleh pelbagai pihak, ianya tetap salah. Sebagai negara yang berlandaskan Islam adalah wajar dan patut kita samasama memikul tanggungjawab untuk membanteras rasuah. Kita hendaklah juga mengukuhkan dan meningkatkan nilai-nilai murni serta menghayati ajaran Islam sebagai pegangan hidup. Ini kerana gejala rasuah ini, walau sebesar atau sekecil manapun ianya dilihat tetapi kesan-kesannya adalah amat buruk yang mana akan menjejaskan negara secara keseluruhannya. Membanteras rasuah perlu melibatkan pelbagai pihak masyarakat. Dengan itu, adalah penting bagi setiap individu memainkan peranan bagi menjauhi kegiatan rasuah. Melaporkan kegiatan rasuah kepada pihak yang berkenaan juga merupakan tanggungjawab semua.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

16

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

Walaupun SPRM ditubuhkan untuk menghapuskan rasuah ke akar umbi,ia tidak akan dapat dicapai jikalau tidak ada sokongan daripada orang ramai. Masyarakat hendaklah berkerjasama dan berganding bahu untuk sama-sama mendukung hasrat negara dalam membanteras gejala perbuatan rasuah ini dengan cara tidak melakukan rasuah, tidak cuba untuk berjinakjinak dengan perbuatan rasuah, mengamalkan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, ikhlas dan bertanggungjawab didalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

17

Kesan Daripada Suapan Dan Rasuah

RUJUKAN 1. Malaysia (2009). Undang-undang Malaysia: Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009: (Akta 694) 2. Malaysia (1997). Undang-undang Malaysia: Akta Pencegahan Rasuah 1997: (Akta 575) 3. Takrifan suapan (rasuah) diperoleh daripada http://berita-harian-

online.com/tag/rasuah/ 4. Takrifan suapan (rasuah) diperoleh daripada

http://tatiuc.edu.my/syahrul/Rasuah.htm 5. Kenyataan media diperoleh daripada http://www.sprm.gov.my

Hak Cipta Terpelihara Cikgu Amir

18