19783285 gejala-rasuah

40
PENGENALAN Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat . Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga tidak boleh 1

Upload: nurul-ibrahim

Post on 20-Jan-2017

97 views

Category:

Data & Analytics


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 19783285 gejala-rasuah

PENGENALAN

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan

rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya

peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin

menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnya

tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah

jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh

masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia.

Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini .

Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat

diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat .

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan

memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut

menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan

program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara

maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing

terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini .

Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati

dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah

menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang

mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan .

         Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis

kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh

menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi

pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat

berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang – undang . Martabat atau

parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman.

Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang .

1

Page 2: 19783285 gejala-rasuah

Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara

menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal

DEFINISI RASUAH

Menurut Transparency International rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau

pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara

tidak wajar dan tidak sah /menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya

kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan

kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.Gejala rasuah merupakan satu jenayah

atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak

perniagaan atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepas

menyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah atau pemberian yang lain kepada

pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh

seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini

kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang

dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan

kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih

kasih’ dalam tindakannya.

Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan ‘curroptio’ iaitu

daripada kata kerja ‘corrumpere’ yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan,

memutar belit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuh bermaksud “al-

risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi

juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Secara

keseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan

sahaja oleh agama malah kemanusiann sekalipun. Di negara ini, dari segi undang-undang

semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada

perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah juga boleh ditakrifkan seperti berikut:-

2

Page 3: 19783285 gejala-rasuah

Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau

kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih,

atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan

apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan

atas apa-apa sifat;

Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,

obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan

atau peratusan;

Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang

atau benda berharga;

Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada

apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau

daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau

jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau

menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau

kewajipan rasmi;

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk

mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa

singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk

yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.

Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan

dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya

ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah

mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah

dalam soal hukum- menghukum”.

3

Page 4: 19783285 gejala-rasuah

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang

terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan

mereka ini.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya

kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya

dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu

mengetahuinya”.

(al-Baqarah : 188)

Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan

awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti

terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza:

daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk

memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu

"prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang

digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-

pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali!

Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/ birokrasi mungkin berbentuk

sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau

menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan

penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari

rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah

(dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau

tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya,

pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/ wilayah

tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.

4

Page 5: 19783285 gejala-rasuah

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang

terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang

tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa

bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-

Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana

dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah

serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji

ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga

yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

INDEKS PERSEPSI RASUAH

Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau

bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0

(kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency

International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di

peringkat sejagat.

Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat

mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:

Haiti

Bangladesh

5

Page 6: 19783285 gejala-rasuah

Nigeria

Myanmar

Chad

Paraguay

Azerbaijan

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang

sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi

iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi

ialah Singapura dengan 9.3.

Mengukur kadar rasuah secara statistik dengan tujuan untuk membandingkan

tahap penglibatan rasuah dalam beberapa buah negara, sebenarnya tidak memberikan

hasil yang boleh diikuti sepenuhnya. Transparency International, salah satu badan

terkemuka dalam kajian dan kegiatan anti-rasuah, telah menyediakan tiga penanda aras,

yang diterbitkan setiap tahun: Indeks Persepsi Rasuah (berdasarkan pendapat para ahli

tentang kekorupan negara-negara dunia); Barometer Rasuah Global (berdasarkan tinjauan

pandangan rakyat tentang persepsi dan pengalaman mereka berdepan dengan gejala

rasuah); dan Tinjauan Pemberi Sogok, yang melihat sejauh mana syarikat-syarikat

antarabangsa/multinasional bersedia memberi sogok di negara-negara yang menjadi

tempat operasi mereka. Transparency International juga menerbitkan Laporan Rasuah

Global; edisi tahun 2004 yang memfokuskan rasuah dalam lapangan politik.

6

Page 7: 19783285 gejala-rasuah

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

(a)Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.

Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi

dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori

“Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka

mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”.

Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan

sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah

keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap

menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya.

Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk

wang dan benda, sempena menyambut harihari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi,

hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada

perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau

diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi.

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan

kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti

cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga

mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden

memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan

berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah

7

Page 8: 19783285 gejala-rasuah

diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran,

melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan

sebagainya.

e) Politik.

Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat

dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan

jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Keadaan Yang Mencetuskan Rasuah

Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat

keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering

terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik.

Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang

dibenarkan undang-undang

Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar.

Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama".

Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk

melaksanakannya.

Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman.

Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat.

Gaji penjawat awam yang kecil.

Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam

dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.

Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan

dibanteras.

8

Page 9: 19783285 gejala-rasuah

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan

melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah,

tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu

rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik

pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan

orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka

pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.

Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah

telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati

oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah

akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia

menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan

masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah

kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah

yang tidak terbendung.

Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan

perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah

dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/ legislatif

merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula

mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran awam

menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis

kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber

daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi.

9

Page 10: 19783285 gejala-rasuah

Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem

yang ada.

Rasuah juga merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi. Rasuah

mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan

sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan

akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan

dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan

projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos

kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak

berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan

membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan

persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang

mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan

syarikat/industri yang tidak berdaya maju.

Di samping itu juga, rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila

perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak,

naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam

(mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima

peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun

sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku.

Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi

pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan

infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada

belanjawan/bajet kerajaan.

Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara

Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk

"penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara,

bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai

10

Page 11: 19783285 gejala-rasuah

diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia,

seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan

projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam

projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat

jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun

1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US

$187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut!

(Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan

pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan

politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama,

merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka

kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya

di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar"

"Rasuah politik" berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia.

Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan pelbagai faedah

istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satu

sudut yang lain, para politikus memainkan peranan melindungi syarikat/perusahaan

tertentu (lazimnya entiti yang besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan

yang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar: melindungi syarikat yang

telah menaja kempen-kempen politiknya sahaja.

11

Page 12: 19783285 gejala-rasuah

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

(a) Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk

membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat

biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi.

Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang

tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

(b) Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak

zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi

individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya

membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

(c) Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat

sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk

keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum

cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

(d) Memudahkan urusan menggunakan ICT

Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan

dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu

duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai

khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat

menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk

mempercepatkan proses.

12

Page 13: 19783285 gejala-rasuah

Fakta Kajian Mengenai Rasuah

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang

mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung

memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan

bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti

kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 -

RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).

Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan

bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala

rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception

Index 2006 (CPI 2006)].

Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5

adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari

1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari

rasuah).

Piawaian Rasuah di Malaysia

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa

Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun

1995 ke tempat 39 pada tahun 2004.

Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0,

jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya

mampu memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu

180, berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia

bagi tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada

lingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.

13

Page 14: 19783285 gejala-rasuah

Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih

dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun,

negara mereka berada di tangga 30.  Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat

terbaik di dunia.!

http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml

Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006,

mendapati kesan rasuah mengikut sektor di Malaysia seperti berikut :-

Sektor Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)

Parti Politik 3.5

Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan 3.0

Bisnes & Syarikat Swasta 3.3

Polis 3.8

Kehakiman 2.8

Media 2.4

Badan Cukai 2.5

Perubatan 2.1

Pendidikan 2.2

Ketenteraan 2.0

Perkhidmatan 2.2

Pendaftaran & Permit Perkhidmatan 3.1

NGO ( Badan bukan kerajaan) 2.2

Badan Keagamaan 1.7

14

Page 15: 19783285 gejala-rasuah

Kesimpulan

Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan perkembangan

ekonomi dan merencatkan perjalannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat

bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara

tersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit

untuk dihapuskan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, BPR memerlukan

kaki tangan yang lebih ramai lagi utnuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini

disebabkan pada masa sekarang sahaja seorang pegawai BPR terpaksa mengendalikan 13

kes dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan pihgak BPR.

Manakala hal sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju yang mana seorang pegawai

hanya perlu mengendalikan sekitar empat kes setahun.

Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuh mestilah

dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan

tindakan harus dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untuk

mengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek

ekonomi, politik mahupun social hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak BPR sahaja.

Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang

mesti dirangka dan diambil tindakan segera. Penenman nilai-nilai murni dalam diri

pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yang

dianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbrntuk luaran

sahaja bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama.

Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan

hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinan

dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam era

yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor

implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-baja

keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diri

15

Page 16: 19783285 gejala-rasuah

daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak

dipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan para

cerdik pandai, para ulama’ dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai BPR dan pihak

berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan mahasiswa

harus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera.

16

Page 17: 19783285 gejala-rasuah

BIBLIOGRAFI

17

Page 18: 19783285 gejala-rasuah

18

Page 19: 19783285 gejala-rasuah

GERAK NEGERI SEMBILAN

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi Cawangan Negeri Sembilan - HOTLINE GERAK NS 016-2155226

Kurangkan Kompaun Untuk Kurangkan Rasuah Oleh : Rozmal bin Malakan , Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau

Tanyalah kepada pemberi dan penerima rasuah adakah mereka suka dengan perbuatan rasuah ? Adakah mereka yakin bahawa rasuah dapat memberi kebahagian kekal abadi buat selama-lamanya ? Adakah mereka yakin rasuah akan menyelesaikan masalah kewangan mereka ?

Mereka yang melakukan rasuah tidak akan melakukan rasuah sekiranya pada ketika mereka mengamalkan rasuah mereka berada dalam keadaan yang sempurna imannya.

Tanyalah kepada penjenayah sekali pun, mereka pun kalau boleh tidak ingin mengamalkan rasuah. Tetapi kenapa rasuah masih menjadi bicara masa kini. Dan kenapa sesetengah agensi kerajaan sahaja yang dikaitkan dengan rasuah sedangkan rakyat biasa pun boleh terlibat dengan amalan rasuah ?

Kenapa tidak rakyat biasa boleh menjadi pemangkin kepada amalan rasuah ? Katakan seorang rakyat biasa ditahan oleh seorang penguatkuasa kerana memandu tanpa lesen memandu ? Berapakah kadar kompaunnya atau kadar dendanya ? Mungkin RM 100, mungkin RM 200 atau mungkin RM 300 ? Sebagai rakyat biasa yang mungkin berpendapatan RM 900 sebulan kalau kadar kompaunnya RM 300 ianya satu pertiga daripada gajinya. Kalau rakyat biasa tadi berfikiran pendek RM 50 sudah pasti jauh lebih murah daripada RM 300. RM 50 boleh dibayar secara terus, RM 300 perlu dibayar di pejabat penguatkuasa yang mungkin di tengah bandar, sedangkan rakyat biasa tadi duduk di pedalaman desa atau pinggir bandar.

Sebagai rakyat biasa yang berfikiran mudah, lebih baik dipujuk sahaja penguatkuasa tadi supaya menerima RM 50 daripada dikenakan denda RM 300. Sekali pujuk mungkin tak berjaya, tetapi kalau dah lebih 10 orang rakyat biasa penguatkuasa tadi temui mahu tak mahu ada juga yang nak tak hendak diterimanya juga RM 50 tadi atau dilepaskan rakyat biasa tadi begitu sahaja. Dan mungkin ada yang tidak terlepas kerana mungkin setiap penguatkuasa ada kuotanya berapa saman perlu dikeluarkan dalam sehari, dalam seminggu dalam sebulan ?

Apa kata kadar saman tadi dikurang , mungkin setiap kesalahan dari RM 10 paling minima dan RM 50 ke paling maksima ? Dan rakyat diberi pilihan pula sekiranya membayar terus pada masa tersebut tidak akan dikenakan bayaran tambahan RM 10 ?

19

Page 20: 19783285 gejala-rasuah

Contohnya anda ditahan kerana tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu kereta. Mungkin kadar samannya RM 20 , kalau anda bayar terus anda hanya perlu membayar RM 20 beserta dengan resit rasmi (bukan rasuah). Tetapi jika sekiranya anda pilih untuk membayar di ibu pejabat penguatkuasa anda akan dikenakan bayaran tambahan RM 10 menjadikan jumlahnya RM 30. Rasionalnya bayaran tambahan tersebut ialah untuk menggalakkan orang ramai membayar terus ketika disaman, membayar kemudian nak tak nak anda akan tetap membayar tambahan RM 10 atau mungkin lebih, kerana anda mungkin terpaksa mengambil cuti, duit minyak untuk ke tempat membayar saman, duit tempat letak kereta dan sebagainya.

Kalau saman dikurangkan , macam tu lebih senanglah orang akan melakukan kesalahan, terutamanya mereka yang banyak duit ? Tidak , bayaran kompuan minima ini mungkin untuk kesalahan pertama, ianya boleh dinaikkan untuk kesalahan kedua, ketiga dan seterusnya.

Haruslah diingatkan kompaun , saman atau denda tidak sepatutnya dijadikan sumber pendapatan sesebuah agensi kerajaan. Mendenda, mengkompaun, menyaman adalah merupakan satu cara terakhir untuk mendidik rakyat agar mematuhi peraturan serta undang-undang andaikata pendekatan berhemah seperti kempen, nasihat, pendidikan formal tidak dapat membimbing rakyat agar mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini.

Suasana , sistem perundangan , cara kerja , prosedur jabatan dan sebagainya secara tidak langsung di sini menyumbang kepada amalan rasuah di negara ini. Justeru itu ianya haruslah dikaji dari masa ke semasa agar ianya lebih mudah serta lebih telus untuk mengurangkan amalan rasuah di negara ini yang boleh dianggap penyakit sosial utama atau mungkin barah utama di negara ini.

Disamping itu usaha untuk memperkukuhkan iman umat Islam di negara ini bukan sahaja di kalangan pihak berkuasa bahkan rakyat jelata juga harus dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk mengubat penyakit ini dari menjadi epidemik yang tidak terkawal. Dicatat oleh NS di 3.6.08 0 ulasan

20

Page 21: 19783285 gejala-rasuah

Penyelesaian Total Penyakit Rasuah , Barah Utama Negara Dari laman web Jabatan Mufti Brunei http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic38_2004.htm

RASUAH : GEJALA MASYARAKAT YANG PERLU DIBANTERAS(BILANGAN 189 BAHAGIAN AKHIR)(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Faktor-Faktor RasuahAda beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya amalan rasuah seperti berikut:

1. Hilang atau lemah nilai keimanan dalam kehidupan manusia boleh menjadi faktor berlakunya penyelewengan dalam pencarian atau perolehan harta.

2. Tabiat manusia yang amat suka kepada harta benda. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba.”(Surah al-Fajr: 20)

3. Tidak bersikap amanah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah pun memberikan dasar kriteria pemimpin, ketua, pegawai dan selainnya untuk dilantik. Sebagaimana firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”(Surah al-Qashash: 26)

Sementara dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Seorang mukmin yang kuat (jiwa yang teguh dan bersih dalam perkara-perkara akhirat) lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah….”(Hadis riwayat Muslim)

Terabainya amanah iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada seseorang yang bukan ahlinya, adalah salah satu tanda hari kiamat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.”Bertanya (al-A‘rabiy): “Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah?”Baginda bersabda: “Apabila suatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

21

Page 22: 19783285 gejala-rasuah

4. Tidak ada penerapan hukum Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam kehidupan manusia.

5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam secara betul dan menyeluruh.

6. Faktor-faktor yang lain secara ringkas:(i) Lemah pendidikan agama dan etika.(ii) Tamak.(iii) Banyak berhutang.(iv) Ada keinginan dan ada peluang.(v) Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.(vi) Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.(vii) Untuk mencapai cita-cita.(viii) Belanja hidup yang semakin meningkat.

Ancaman Kepada Pengamal RasuahAncaman-ancaman terhadap pengamal rasuah adalah seperti berikut:

1. Mendapat kemurkaan, laknat dan kebencian Allah Subhanahu wa Ta‘ala.2. Mendapat kutukan dan laknat daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.3. Tidak mendapat rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.4. Pemberi dan penerima rasuah diancam dengan api neraka.5. Rasuah itu termasuk memakan harta dengan jalan yang salah.6. Rasuah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar.7. Doa tidak diterima.

Bahaya Rasuah Dan Kesannya

Amalan rasuah merupakan suatu bentuk gejala sosial yang wajib ke atas setiap individu mencegahnya. Ini kerana rasuah itu banyak memberi kesan yang buruk, bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Antara kesan-kesan buruk rasuah itu adalah seperti berikut:

1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:(i) Kehilangan pekerjaan.(ii) Kejatuhan moral atau maruah.(iii) Menerima hukuman.(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.(v) Keluarga terabai.

2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.(iii) Membebankan golongan orang susah.(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan

22

Page 23: 19783285 gejala-rasuah

bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

3. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.(v) Mengurangkan pendapatan negara.(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

Penyelesaian Penyakit Rasuah

Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya:

1. Menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan reaksi Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya.

2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat.

3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya.

5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keugamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.

6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .....” (11)(Surah ar-R‘ad: 11)

7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup.

8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam.

9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.

23

Page 24: 19783285 gejala-rasuah

10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.

11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.

Penutup

Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syara‘, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:

1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.

2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.

3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi.

Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur. Dicatat oleh NS di 29.5.08 0 ulasan

24

Page 25: 19783285 gejala-rasuah

RASUAH MUSUH NO 1 NEGARA

TAHUN ANTI RASUAH NEGERI SEMBILAN 2008“KE ARAH GENERASI BEBAS RASUAH”Rasuah Menghancurkan NegaraPeminta dan Penerima Rasuah adalah Pengkhianat dan Petualang Agama, Bangsa dan Negara

Definisi Rasuah

Di dalam bahasa Arab, rasuah disebut sebagai ar-risywah atau ar-rasywah

Menurut kamus bahasa Malaysia, rasuah adalah pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).

Dari segi istilah pula ia memberi maksud sesuatu yang diberikan untuk menyalahkan yang benar atau membenarkan yang sudah jelas salah.

Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Rasuah atau suapan adalah termasuk:1. Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

2. Penyalahgunaan harta negara.

3. Merugikan negara

4. Memperkaya diri sendiri dan kerabat.

5. Wang atau apa jua pemberian, pinjaman, upah, ganjaran berharga atau harta benda lain

25

Page 26: 19783285 gejala-rasuah

atau kepentingan harta benda dalam apa jua bentuk sama ada uang boleh digerakkan atau tidak;

6. Jawatan, kehormatan, pekerjaan, kontrak atau perkhidmatan atau perjanjian memberi pekerjaan atau khidmat;

7. Pembayaran, pembebasan, penjelasan atau penyelesaian apa jua pinjaman, tanggungjawab atau tanggungan sama ada sebahagian atau keseluruhannya;

Rujukan :http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic35_2004.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Korupsi_atau_RasuahDicatat oleh NS di 4.12.07 0 ulasan Langgan: Catatan (Atom)

26

Page 27: 19783285 gejala-rasuah

ARKIB : 28/04/2008

Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia perlu beraniOleh MOHD. ARIF ATAN

ADAKAH gejala rasuah yang telah lama membelenggu negara ini akan dapat diatasi dengan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia kelak?

Dilaporkan sejak dua tahun lalu, rampasan harta milik pelaku rasuah dalam bentuk wang ringgit, kenderaan, bangunan dan hartanah membabitkan sekitar RM30 juta (Utusan Malaysia, 9 Januari 2008).

Sepanjang tahun 2006 pula, BPR sudah membuka sebanyak 1,317 kertas siasatan berhubung kes rasuah dengan hanya 44.6 peratus daripada jumlah kes terbabit telah diselesaikan. (Utusan Malaysia, 11 Julai 2007).

Oleh itu, sejauh mana anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang merupakan unsur penting dalam suruhanjaya itu akan bertindak adil dan saksama tanpa mengira kategori 'ikan bilis' mahupun 'ikan jerung'?

Kembalinya keyakinan rakyat hanya akan wujud sekiranya suruhanjaya berkenaan tidak 'disuruh dan diperdaya' oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan diri, politik ataupun ekonomi.

Sebaliknya, jika ia belum cukup masak ciri-ciri kebebasannya, persepsi negatif masyarakat terhadap kesungguhan kerajaan membanteras gejala rasuah akan meningkat. Itulah sebabnya, penubuhan suruhanjaya tersebut dilihat tidak ubah seperti pelaburan politik bagi pihak kerajaan memujuk hati rakyat selepas pilihan raya umum lalu.

Jika pujukan tersebut sekadar janji-janji manis tanpa usaha konsisten menuju ke arah matlamat yang diharapkan, tidak mustahil ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat pula.

Pihak yang diberi tanggungjawab perlu bekerja keras bagi mengekalkan keyakinan dan merealisasikan harapan baru rakyat Malaysia untuk melihat ketelusan dan akauntabiliti benar-benar menjadi budaya kita.

Cukuplah selama 41 tahun penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) rakyat 'penat' mendengar pihak dari dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa mempertikaikan tahap integriti negara ini.

Rakyat juga tidak mahu lagi melihat pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN), penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM), sehinggalah pertandingan pidato dan menulis esei integriti bersifat kosmetik semata-mata. Begitu juga dengan seluruh jentera perkhidmatan awam.

27

Page 28: 19783285 gejala-rasuah

Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah untuk melihat lebih 200 buah agensi kerajaan di bawah kementerian-kementerian seliaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bebas daripada budaya wang suapan ini.

Oleh itu, keberanian 'mencantas' sesiapa sahaja pesalah integriti tidak mengira status kelas atau status sosial mesti menjadi prinsip teras suruhanjaya berkenaan. Tambahan pula, kakitangan BPR dijangka akan ditambah seramai 5,000 orang.

Apa yang paling mustahak, penguatkuasaan dan siasatan rasuah nanti usahlah berpilih-pilih. Kita tidak mahu nanti suruhanjaya tersebut hanya menjadi bahan tawa sinikal rakyat apabila begitu ramai perasuah yang mengambil ratusan atau ribuan ringgit sahaja yang dihadap ke muka pengadilan sedangkan mereka yang 'kenyang perut suka hati' hasil rasuah ratusan juta ringgit dan mencuri aset negara tidak pula didakwa.

Jadi, mahu tidak mahu kertas siasatan termasuklah dakwaan terhadap bekas pemimpin negara sekalipun perlu dibuka demi membuktikan tahap akauntabiliti suruhanjaya berkenaan.

Ini kerana jika perasuah yang tahap 'dewa' dapat didakwa, langkah seterusnya pasti lebih mudah untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa golongan pemimpin di bawahnya pula.

Dalam masa yang sama, anggota masyarakat serta pihak media harus berperanan sebagai mata dan telinga dengan bekerjasama memberi sokongan sewajarnya kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

28