folio left. adnan

36
SEKOLAH MENENGAH SAINS PEREMPUAN SEREMBAN (SGS) JALAN TUNKU KURSIAH SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN FOLIO NOVEL LEFTENAN ADNAN TINGKATAN EMPAT NAMA : NUR ADLINA BINTI NOOR RASHIDI TINGKATAN : 4 KHADIJAH TANDATANGAN GURU :

Upload: aredeqyana

Post on 12-Nov-2015

752 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

ting.4

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH SAINS PEREMPUAN SEREMBAN (SGS)JALAN TUNKU KURSIAHSEREMBAN , NEGERI SEMBILAN

FOLIO NOVEL LEFTENAN ADNAN TINGKATAN EMPAT

NAMA : NUR ADLINA BINTI NOOR RASHIDITINGKATAN : 4 KHADIJAHTANDATANGAN GURU :

ISI KANDUNGAN :BIL.PERKARAMUKA SURAT

1. Penghargaan3

2. Sinopsis4 21

3. Tema 22

4. Persoalan23

5. Perwatakan watak utama25 - 26

6. Perwatakan watak sampingan27

7. Binaan plot28 - 29

8. Teknik plot30

9. Latar31 - 32

10. Gaya bahasa33

11. Nilai dan pengajaran34 - 35

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana saya telah berjaya menyiapkan folio ini dengan jayanya . Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru mata pelajaran bahasa melayu saya , Pn Khairien kerana telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyempurnakan tugasan ini . Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada keluarga yang telah banyak membantu sepanjang proses penyempurnaan tugasan folio ini . Selain itu , saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan taulan kerana banyak berkongsi pendapat dan bertukar idea dalam menjayakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya . Akhir sekali , harapan saya agar tugasan yang saya hasilkan mampu menjadi sebuah tugasan yang menepati kritiria yang telah ditetapkan oleh guru-guru bahasa melayu .

SINOPSISBab 1:Darah PahlawanNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan yang masih kecil bersama dengan keluarganya yang terdiri daripada Pak Saidi ,Mak Milah, Ahmad dan Amarullah . Adnan sekeluarga mempunyai darah pahlawan iaitu moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning . Walaupun begitu , Pak Saidi tidak gemar menghebahkan cerita tersebut kerana persepsi masyarakat terhadap sesiapa yang menentang British ialah penderhaka masih lagi kuat pada ketika itu . Pak Saidi bercita-cita untuk menghantar anaknya belajar di sekolah .Bab 2 : Kampung Sungai RamalAdnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan rakanya . Adnan sangat menggemari kisah kepahlawanan Hang Tuah kerana sebelum tidur emaknya , Mak Milah akan menceritakan kisah-kisah kepahlawanan dahulu kala . Setiap pagi , Pak Saidi akan membawa Adnan ke tempat kerjanya bagi mengajar anaknya kesusahan untuk mencari rezeki . Pak Saidi memiliki satu hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah peninggalan orang tuanya sebagai sumber pendapatan . Penduduk kampung Sungai Ramal bergantung kepada aktiviti pertanian sepenuhnya sebagai sumber pendapatan . Namun terdapat segelintir penduduk lebih suka menghabiskan waktu lapang mereka dengan bersembang di warung kopi Pak Samad .Bab 3 : Harapan Seorang AyahPak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang dari menoreh getah . Sambil duduk berehat di atas pangkin kayu, Pak Saidi melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat. Adnan mengajak adik-adiknya untuk berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu melibatkan dua lawan satu, namun Adnan tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua adiknya kerana sikapnya yang tidak mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat, Adnan yang selalu menang. Pak Saidi dapat melihat semangat pahlawan yang ada dalam diri anak sulungnya itu.Walaupun tidak berpelajaran , Pak Saidi mempunyai wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya . Bab 4 : Dusun Durian Di Tanah PerkuburanPak Saidi dan Adnan pergi ke dusun durian untuk membersihkan kawasan tersebut. Setelah selesai membersihkan dusun, mereka melepaskan penat dengan berehat di sebuah pondok yang terdapat dalam dusun tersebut. Sambil berehat di pondok , Adnan mengambil peluang untuk bertanya ayahnya mengapa dusun itu terletak berdekatan dengan kawasan kubur. Ayahnya telah menceritakan tentang asal usul kawasan dusun tersebut. Adnan juga bertanya mengenai asal usul keluarganya yang berasal daripada keturunan Minangkabau.Pak Saidi juga menceritakan kepada Adnan mengenai penentangan orang Melayu terhadap pihak penjajah .Bab 5 : Harapan Seorang IbuPak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya , Mak Milah . Mak Milah mempelawa Pak Saidi untuk makan tengah hari . Pak Saidi mengajak anak-anaknya untuk makan tengah hari bersama . ketika makan , Pak Saidi tidak lupa untuk memberi nasihat kepada anak-anaknya . Adnan meminta kebenaran daripada ayahnya untuk bersekolah pada tahun hadapan . Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak Saidi untuk menghantar Adnan sama ada di sekolah Melayu , sekolah Inggeris ataupun di sekolah pondok . Akhirnya Mak Milah bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh Pak Saidi .

Bab 6 : Guru Besar StewardPak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad, namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal dan menjemput anaknya dari sekolah pada waktu tengahari .

Bab 7 : Mereka Tidak MengertiPenduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang ramai heboh bercerita mengenai Pak Saidi yang menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Ramai penduduk tidak bersetuju. Pak Saidi orang pertama yang berbuat demikian. Mereka khuatir anak Saidi akan dipengaruhi oleh orang Putih. Lebai Pian menyuruh Tok Ketua mengambil tindakan atas perbuatan Saidi. Namun, Tok Ketua membantah. Lalu, Tok Ketua menyatakan bahawa anak Lebai Pian mencuri buah rambutan dan durian orang kampung . Nordin , anak Lebai Pian merang untuk mengenakan Pak Saidi .Bab 8 : Seteguh KarangKetika Pak Saidi sedang berehat di pondok yang terletak di tepi sawah, tiba-tiba Karim datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian, Karim memberitahu Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil tindakan ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa Pak Saidi menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi Tok Ketua Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi. Sedikit perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian namun Lebai Pian kehilangan kata kerana dibidas oleh Pak Saidi .

Bab 9 : Anak-anak KampungAdnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah bermain perang olok-olok . Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan bahasa Inggeris . Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi pencuri. Adnan dan Pak Saidi telah mencuba untuk mengejar pencuri itu namun tidak berjaya . Pak Saidi kagum dengan keberanian yang dimiliki Adnan . Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh pencuri itu. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar.Dia amat disenangi teman dan guru-gurunya .Bab 10 : Masuk Jawi Basikal BaruAdnan merupakan pelajar yang rajin dan disayangi oleh gurunya yang merupakan seorang lelaki Inggeris bernama Anderson . Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan tidak lama lagi . Selepas berkhatan , Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan sebuah basikal baru .Bab 11 : Yakin BolehCikgu Nazri menyatakaan bahawa pada bulan hadapan akan diadakan pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris . Adnan menyatakan kesanggupannya untuk menyertai pertandingan tersebut walaupun rakan-rakannya memperlekehkan tindakannya itu . Cikgu Nazri memuji sikap berani mencuba Adnan walaupun dia masih belum fasih berbahsa Inggeris .Pak Saidi sekeluarga hadir ke tempat berlangsungnya pertandingan pidato bagi memberikan sokongan moral kepada Adnan . Adnan telah menjuarai pertandingan pidato berbahasa Inggeris itu .Bab 12 : Jaguh KampungPerlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merab dan Kampung Sungai Ramal telah menjadi buah mulut orang ramai . Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merab tidak berpuas hati kerana mereka kalah di tangan pasukan Kampung Sungai Ramal . Mereka mengatur pula perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan .Budin dari pasukan Kampung Sungai Merab akan bertinju dengan Adnan daripada pasukan Kampung Sungai Ramal .Akhirnya , Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi sahabat .Bab 13 : Darah MudaMasyarakat kampung sudah dapat menerima dengan baik anak-anak Pak Saidi belajar di sekolah aliran Inggeris . Pak Saidi berbangga kerana beliau berjaya membuka mata orang-orang kampung . Adnan berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang . Adnan telah terpilih sebagai guru pelatih dan diarah mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal . Namun , bidang perguruan bukanlah menjadi minatnya kerana cita-citanya adalah untuk menjadi seorang askar . Adnan semakin berminat untuk mengetahui perkembangan politik tanah air . Minatnya untuk melihat negara ini bebas daripada penjajahan begitu ketara sekali .Bab 14 : Askar Melayu Di RajaTersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu . Pihak Inggeris akan mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa.Namun Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah . Bab 15 : Buku Bertemu RuasAdnan bersama beberapa orang rakannya , nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya .

Bab 16 : PerwiraSetelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan semasa menjalani latihan sehingga terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran . Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukarkan ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu . Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindu akan keluarga yang telah lama ditinggalkan .Bab 17 : Kehidupan BaharuDisebabkan kesungguhan Adnan , maka dalam waktu yang singkat Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London . Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan dari London , dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda pilihan keluarganya .

Bab 18 : Berhari Raya Di KampungMahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah lagi dengan kehadiran tiga orang anak , dua lelaki dan seorang anak perempuan. Bagaimanapun bayi perempuan itu meninggal dunia . Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan ditempatkan di Pasir Panjang . Dia membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar diPasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluargaRejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia .Bab 19 : Perang Dunia KeduaApabila berlaku Perang Dunia ke-11,Jepunbersedia untuk menjajah Tanah Melayu . Oleh itu , Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka diKajang. Ini merupakan masa yang getir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang .

Bab 20 : Bukit CanduLeftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu penting untuk dipertahankan. Sekiranya pertahanan di Bukit Candu dapat ditembusi maka musuh boleh menguasai Singapura dengan mudah. Apabila sampai di Bukit Candu, Leftenan Adnan mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu serta berjumpa dengan penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai penduduk kampung yang enggan berpindah .Bab 21 : Di Ambang PerangPada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawaiTentera Laut Amerika Syarikatmengadakan persidangan diManila,Filipina. Antara yang hadirtermasuklah LaksamanaThomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan LaksamanaSir Thomas Phillips, komanderTentera Laut British, Timur Jauh. Mereka membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia termasuk Tanah Melayu dan Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu .

Bab 22 : Hati-Hati Yang ResahLeftenan Adnan memberikan taklimat kepada Kapten Rix tentang tahap keselamatan di bawah jagaannya . Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan bahawa dia melihat banyak kapal tentera Jepun menuju ke Thailand atau Tanah Melayu . Hal ini merupakan isyarat awal yang amat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua . Pegawai British mengarahkan kapal pembinasa HMS Repulse menyekat kemaraan tentera Jepun daripada sampai ke Tanah Melayu . Pesawat pengintip gagal mengesan kedudukan kapal-kapal Jepun akibat keadaan cuaca yang buruk . Peluang ini diambil oleh General Tomoyuki yang mengarahkan tenteranya bertukar arah laluan , iaitu belayar ke utara menuju Teluk Siam . Tentera British dan Rejimen Askar Melayu yang ditempatkan di Kelantan diarahkan memperkukuhkan pertahanan di tepi pantai .Bab 23 : Bermulanya SengketaPenduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu . Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang . Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang . Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air .Bab 24 : Perangkap Tidak KenaTentera Jepun yang dihantar ke Tanah Melayu telah menjakani latihan selama tujuh bulan di hutan Burma . Kebanyakkan mereka mempunyai pengalaman berperang dengan tentera China . Selain itu , mereka memilki peralatan ketenteraan yang mencukupi .Pada tengah malam 8 Disember 1941 , Jepun telah berlabuh di Pantai Kuala Pak Amat , Kelantan . Tarikh ini merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Timur Jauh dan Pasifik . Pertahanan di sepanjang pantai agak rapuh kerana musuh melepaskan tembakan bertubi-tubi yang dihalakan ke arah kubu di tepi pantai .vJepun cuba mendaratkan tenteranya di Pantai Sabak , Pantai Kuala Pak Amat dan Pantai Badang . Akhirnya , tentera Jepun berjaya mendarat di Pantai Badang kerana pertahanan British di Pantai Sabak dan Pantai Kuala Pak Amat sukar ditembusi .Tentera Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Kota Bharu tetapi mereka mendapat tentangan hebat dari askar Melayu .

Bab 25 : Gagalnya Operasi MatadorKemaraan tentera Jepun di Kelantan sukar untuk dikekang . Akhirnya setelah berlaku pertempuran yang sengit , tentera Jepun berjaya menguasai Lapangan Terbang Kota Bharu di Pengkalan Chepa . Pada 9 Disember 1941 , askar Jepun telah menguasai Lapangan Terbang Kota Bharu . Serangan darat tentera Jepun sukar dihalang kerana strategi pegawainya yang berkemahiran tinggi dalam peperangan . Jeneral Yamashita mengarahkan kapal terbang Jepun menyerang Lapangan Terbang Kota Bharu secara mengejut .Akibatnya , banyak kerosakkan alatan penerbangan dialami oleh pihak British .Tentera Jepun juga berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani , Butterworth dan Alor Setar .Bab 26 : Serangan Bertali ArusKelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun dalam masa yang singkat.. Empat buah kapal pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka juga diserang oleh kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival mengarahkan tentera India British menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam kabut, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di medan perang. Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk Ahmad .Bab 27 : Perancangan Dua JeneralPenduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan terpaksa mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. Panglima Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah menawarkan Samad agar berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan Singapura , Samad bersetuju dengan tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan dengan keadaan yang sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang .

Bab 28 : Pertempuran Demi PertempuranSerangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan balas tersebut membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi . Pasukan tentera India dan tentera British yang bertahan tidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral Yamashita dan telah menghantar surat kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah kalah. Leftenan Adnan akan mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa-apa cara sekalipun .Bab 29 : Terus BerjuangPenghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun. Pasukan Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan pertahanan di satu rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral Yamashita berang apabila tiga pengintipnya mati ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar Melayu dari Kompeni "B" meresahkan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan yang terakhir .

Bab 30 : Serangan BalasSuasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur memerintahkan orang-orangnya terus melepaskan tembakan mortar ke arah pertahanan pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran . Jeneral Yamashita bertambah berang , dia mahu pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan tentera Melayu . Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang dekat .Bab 31 : Biar Putih TulangKehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh tentera Jepun telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang . Disebabkan itu, tentera Jepun telah bertekad untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara besar-besaran . Serangan kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan disusuli dengan serangan pasukan artileri .Bab 32 : Tumpah Darah PerwiraPertahana askar Melayu di Bukit Candu semakin meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera Jepun . Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak buahnya . Mereka semakin kehabisan peluru disebabkan oleh asakan daripada tentera Jepun .Tentera Jepun berjaya menembusi kubu pertahanan askar Melayu .Bunyi tembakan daripada kedua-dua belah pihak sudah tidak kedengaran kerana kehabisan peluru . Berlaku pertempuran jarat dekat antara askar Melayu yang menggunakan bayonet dan askar Jepun yang menggunakan pedang samurai .Pertempuran berakhir apabila Jepun berjaya menawan Bukit Candu . Semua askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob .Leftenan Renya Mutuguchi melepaskan perasaan marahnya terhadap Leftenan Adnan .Tubuh Leftenan Adnan diterajang dengan sekuat hati . Tentera Jepun mengikat Leftenan Adnan yang cedera dan menggantungnya pada pokok ceri . Leftenan Renya Mutuguchi mengambil bayonet lalu menikam perut Leftenan Adnan .Keadaan Leftenan Adnan sangat mengerikan. Penghulu Deraman dan orang-orang kampung menggali lubang untuk menanam mayat yang mati syahid mempertahankan negara .Bab 33 : Jatuhnya Kota SingaDua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah. Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Mereka melihat puluhan mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam .Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya .Bab 34 : Darah Mengalir Di Sungai RamalPada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu .Bab 35 : Perjuangan Belum BerakhirPenduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas .Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia .

TEMATema novel ini ialah pengorbanan dan kesanggupan seseorang mempertahankan tanah air tercinta daripada dijajah oleh pihak luar . Leftenan Adnan sanggup berjuang bermati-matian semata-mata ingin mempertahankan Tanah Melayu daripada dijajah oleh Jepun . Walaupun menghadapi kesukaran dan kekurangan dalam pertempuran dengan pihak Jepun , namun semua itu tidak menghalang Leftenan Adnan untuk terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir .

PERSOALANNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini mempunyai beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan . Antaranya termasuklah persoalan tentang pengorbanan seorang isteri . Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila isteri Leftenan Adnan , Sofia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan berusaha menjaga anak-anaknya dengan sempurna .Selain itu, timbul juga persoalan tentang kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting dalam novel ini . Misalnya , Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika mereka sedang mencuba untuk menyerang askar Melayu .Seterusnya, sikap berpandangan jauh turut menjadi persoalan . Sebagai contoh, ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi berusaha untuk menyekolahkan Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun kebanyakkan anak Melayu lain bersekolah di sekolah pondok .Di samping itu, semangat cinta akan negara atau patriotism turut ditekankan dalam novel ini . Hal ini dapat dibuktikan ketika Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjayanya semat-mata demi menceburi bidang ketenteraan demi berjuang untuk mempertahankan tanah air .

PERWATAKAN WATAK UTAMA( LEFTENAN ADNAN)Watak utama di dalam novel ini iaitu Leftenan Adnan mempunyai beberapa perwatakan menarik yang wajar dicontohi . Antaranya Leftenan Adnan merupakan seorang yang amat berani . Hal ini dapat dilihat dengan jelas ketika Leftenan Adnan berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah yang terakhir walaupun beliau tidak bersenjata .Selain itu , Leftenan Adnan juga bersifat bijaksana . Misalnya , Leftenan Adnan bijak mengesan taktik tentera Jepun yang cuba menyamar sebagai tentera India dengan memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang .Di samping itu , Leftenan Adnan juga merupakan seorang yang rajin dan ringan tulang . Sebagai contoh , Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun beliau hanya berusia sepuluh tahun .Seterusnya , beliau juga memiliki sifat penyayang . Hal ini dapat dibuktikan dengan sikap Leftenan Adnan yang sangat menyayangi keluarganya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkan mereka di Sungai Ramal sebelum beliau berangkat ke Singapura untuk berjuang mempertahankan tanah air yang tercinta .

Bukan itu sahaja , Leftenan Adnan juga mempunyai sifat patriotism yang tinggi dalam dirinya . Leftenan Adnan sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai seorang guru untuk memasuki bidang ketenteraan untuk mempertahankan tanah air .

PERWATAKAN WATAK SAMPINGANNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa mempunyai beberapa watak sampingan yang wajar diketengahkan berdasarkan perwatakan mereka yang seharusnya dicontohi.Antaranya ialah perwatakan Pak Saidi . Pak Saidi merupakan seorang yang bertanggungjawab . Hal ini dapat dilihat ketika Pak Saidi mengayuh basikalnya pada setiap pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya kembali pada waktu tengahari .Selain itu , Sophia juga mempunyai perwatakan yang menarik iaitu seorang yang tabah . Misalnya , Sophia amat tabah menerima berita kematian suaminya di Bukit Candu .Seterusnya , terdapat juga watak Manan yang bersifat setiakawan . Manan yang merupakan kawan baik kepada Adnan tetap bersahabat dengannya walaupun Adnan dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain kerana Adnan bersekolah di sekolah Inggeris .

BINAAN PLOTBinaan plot novel ini terdiri daripada permulaan , perkembangan , konflik , klimaks ,dan peleraian .Pada permulaannya , cerita ini dimulakan dengan watak Adnan yang bermain-main dengan keris kayu buatan ayahnya . Adnan bercita-cita untuk menjadi pahlawan seperti Hang Tuah . Ayahnya bangga dengan semangat yang dimiliki Adnan . Kemudian , pada perkembangannya Adnan mula bersekolah dan menjadi pelajar cemerlang . Dia menerima tawaran sebagai guru pelatih dan berjaya mengajar selama setahun setengah sebelum menjalani latihan ketenteraan bersama-sama Mamat . Adnan menjadi rekrut terbaik dan diserap ke dalam askar Melayu . Dia dinaikkan pangkat sehingga menjadi leftenan . Kemudian , dia mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan keluarganya iaitu Sophia dan memiliki dua orang anak lelaki .Pada bahagian konflik , berita mengenai Jepun menyerang Tanah Melayu kian tersebar . Adnan terpaksa berpisah sementara dengan isteri dan anak-anaknya . Askar Melayu melakukan persiapan dan menguatkan pertahanan dari serangan Jepun . Tentera Jepun semakin mara dan banyak nyawa yang terkorban sepanjang pertempuran . Klimaksnya , Leftenan Adnan telah ditawan , diseksa dan dibunuh secara kejam oleh tentera Jepun . Tanah Melayu jatuh di tangan Jepun . Jepun terus membalas dendam terhadap keluarga Leftenan Adnan dengan membunuh Pak Saidi . Akhirnya pada bahagian peleraian , setelah Amerika mengebom Hiroshima dan Nagasaki , Jepun menyerah kalah . Penduduk kembali menjalani kehidupan secara normal . Sophia mengahwini Ustaz Ridwan dan dikurniakan tiga orang anak . Dia disahkan menghidap leukimia dan akhirnya meninggal dunia .

TEKNIK PLOTSetiap novel pastinya menggunakan beberapa teknik plot bagi memastikan jalan cerita kekal menarik .Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa juga menggunakn beberapa teknik plot .Antaranya termasuklah teknik pemerian . Sebagai contoh ,pada halaman 8 , ayat embun pagi masih menitis di hujung daun .Selain itu , penulis juga menggunakan teknik dialog .Misalnya pada halaman 153 ,frasa Bila kita bertolak? dan Seminggu lagi . Jadi awak berkemaslah ..Seterusnya , penulis turut menggunakan teknik imbas kembali di dalam novel .Pada halaman 65 , ayat suasana di stesen kereta api tadi masih terbayang-bayang.. dan halaman 153 , ayat Kata kata Adnan terngiang-ngiang di telinganya . Menurut Adnan.. merupakan contoh bagi teknik imbas kembali .Di samping itu , teknik imbas muka turut digunakan dalam novel ini . Teknik ini dapat dilihat pada ayat Dia membayangkan betapa seronoknya menunggang basikal.. pada halaman 73 dan pada halaman 4 juga merupakan contoh teknik ini iaitu pada ayat semoga anak-anak kita..menjadi cikgu .

LATARLatar terbahagi kepada tiga perkara iaitu latar tempat , latar masa dan latar masyarakat . Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah di Kampung Sungai Ramal , iaitu tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat dia dibesarkan . Kem Latihan Haig Lines Port Dickson juga merupakan latar tempat bagi novel ini . Tempat ini merupakan tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan . Selain itu , Bukit Candu termasuk dalam latar tempat kerana Bukit Candu merupakan tempat Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri . Mayatnya digantung dengan kepala di bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun .Latar masa novel Leftenan Adnan Wira Bangsa termasuklah pada tahun 1937 , iaitu ketika Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI . Selain itu , pada tahun 1941 iaitu tahun Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat .Latar masa pada waktu pagi juga terdapat dalam novel ini . Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantarAdnan ke sekolah Inggeris .Kemudian , terdapat juga latar masyarakat di dalam novel ini . Antaranya termasuklah masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan . Sebagai contoh , Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris supaya menjadi orang yang berpelajaran tinggi .Di samping itu , masyarakat yang berani juga ditekankan dalam novel ini . Hal ini dapat dibuktikan apabila kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun walaupun jumlah mereka sedikit dan kekurangan senjata .Latar masyarakat kampung juga ditunjukkan dalam novel ini . Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan pertanian .

GAYA BAHASAGaya bahasa merupakan aspek yang penting dalam penulisan novel . Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini mengetengahkan beberapa gaya bahasa termasuklah sinkope .Sebagai contoh , pada halaman 13,penggunaan sinkope dapat dilihat pada ayat Zaman dah berubah Pak Karim...Selain itu , penulis juga menggunakan gaya bahasa peribahasa . Misalnya , pada halaman 44 ,ayat umpama kaduk dah naik junjung.Seterusnya , gaya bahasa metafora juga dapat dilihat dalam novel . Pada halaman 103 ,ayat Adnan melihat angin perubahanmerupakan contoh gaya bahasa metafora .

NILAI Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mempunyai beberapa nilai dan pengajaran yang wajar dicontohi .Antaranya termasuklah nilai bekerjasama . Misalnya penduduk kampung Sungai Ramal bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan .Selain itu , terdapat juga nilai patriotism dalam novel ini . Sebagai contoh , Leftenan Adnan sanggup meninggalkan tugasnya sebagai seorang guru demi menceburi bidang ketenteraan bagi melindungi tanah air tercinta .Seterusnya , nilai pemurah juga ditonjalkan dalam novel ini . Pak Saidi rajin bersedekah kepada penduduk kampung apabila buah di dusunnya berbuah dengan banyak .

PENGAJARANNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini mempunyai beberapa pengajaran yang wajar dicontohi dan diambil iktibar .Antaranya , kita perlulah hidup bersatu padu dengan bangsa dan agam lain agar kehidupan lebih harmoni . Hal ini dapat dilihat ketika Pak Saidi berhubungan baik dengan Ah Chong sehingga Ah Chong membenarkan Pak Saidi berhutang dengannya .Di samping itu , kita hendaklah sentiasa berdoa dan pertolongan daripada Allah agar hidup sentiasa tenang dan sejahtera . Sebagai contoh , Adnan menunaikan solat hajat bersama-sama pengawal dan penduduk kampung .Seterusnya , kita mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar dapat melatih diri menjadi lebih berdisiplin . Adnan dan rakan-rakan mematuhi peraturan ketika menjalani latihan ketenteraan , iaitu rambut mereka perlu digunting .

2