leftenan adnan wira bangsa

8
Leftenan Adnan Wira Bangsa Sinopsis Pengarang menceritakan kehidupan Adnan semasa kecil yang membesar di bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Peringkat awalnya Adnan digambarkan sebagai seorang anak muda yang mempunyai ciri-ciri yang istimewa dalam dirinya. Dia mempunyai keberanian yang jarang- jarang terdapat pada orang yang seusia dengannya. Adnan kemudiannya berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua meletus. Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan, iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan yang sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa, dan negara. Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di Sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-cita tersebut. Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya. Perumitan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru. Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri

Upload: others

Post on 28-Nov-2021

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Leftenan Adnan Wira Bangsa

Leftenan Adnan Wira Bangsa

Sinopsis

Pengarang menceritakan kehidupan Adnan semasa kecil yang membesar di bawah jagaan

bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di

pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya

menjadi askar Melayu. Peringkat awalnya Adnan digambarkan sebagai seorang anak muda yang

mempunyai ciri-ciri yang istimewa dalam dirinya. Dia mempunyai keberanian yang jarang-

jarang terdapat pada orang yang seusia dengannya. Adnan kemudiannya berkahwin dengan

Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua meletus.

Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di

Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk

kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan, iaitu Pak Saidi untuk mengubah

nasib bangsanya. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan yang

sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada

keluarga, bangsa, dan negara. Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar

biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di Sekolah Inggeris. Penduduk kampung

khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang

senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika

dia meneruskan cita-cita tersebut. Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang

telah dibuatnya.

Perumitan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya

Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke

Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun

berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu

merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital

tentera. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang

tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula

pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C

berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh

tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir

habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri

Page 2: Leftenan Adnan Wira Bangsa

Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera. Tentera

Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun

kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok

ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya

hancur.

Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan

Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah

sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin

dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Sohpia meninggal dunia akibat penyakit

leukemia.

Tema

Pengorbanan dan kesanggupan seseorang mempertahankan tanah air tercinta daripada diduduki

oleh pihak lain. Leftenan Adnan sanggup berjuang semata-mata hanya untuk mempertahankan

Tanah Melayu daripada dijajah oleh Jepun. Walaupun bertemu dengan pelbagai cabaran dan

kekurangan dalam perjuangan dengan tentera Jepun, namun semua itu tidak menghalang

Leftenan Adnan untuk meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darahnya yang terakhir.

Kewiraan dan kepahlawanan anak muda, Adnan bin Saidi dalam tindakan untuk melindungi

negara ini daripada ditakluk oleh kuasa asing. Semangat keberanian tentera Melayu dalam

menjaga maruah tanah air daripada dihina oleh orang asing.

Tema ini dapat diperhatikan melalui Leftenan Adnan, atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi

yang sanggup berjuang bermati-matian hingga titisan darah terakhir untuk mempertahankan

bumi tercinta daripada dijajah oleh tentera Jepun. Lebih-lebih lagi, apabila askar Jepun

melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British semakin lemah akibat kebanyakan

tenteranya letih dan takut manakala askar Melayu yang masih bersemangat dan bertenaga.

Mereka tiada mempunyai pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.

Di samping itu, askar yang menjadi penjaga benteng Pasir Panjang sentiasa berjaga-jaga

walaupun mereka tidak makan dan minum selama beberapa hari. Pada waktu pagi, tentera Jepun

telah datang ke kawasan pertahanan mereka. Tentera Jepun ingin memaksa Leftenan Adnan

menyerah diri tetapi Leftenan Adnan bersikap berkeras dan mahu mempertahankan kubu Pasir

Panjang. Oleh itu, askar-askar Melayu dan Leftnan Adnan telah menentang tentera Jepun

sehingga mereka gagal menembus kubu Melayu. Dengan itu, Jeneral Yamashita menjadi

semakin marah dan malu.

Page 3: Leftenan Adnan Wira Bangsa

•Pengarang mengisahkan kehidupan Leftenan Adnan sejak kecil yang dibesarkan di bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Pada mulanya, Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk menjadi askar Melayu. Dalam bahagian permulaan, Adnan dianggapkan sebagai seorang remaja yang mempunyai banyak keistimewaan dalam dirinya. Dia mempunyai keberanian yang susah dijumpa pada orang yang seusia dengannya. Dia berkahwin dengan Sophia dan mempunyai tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.

•Dalam perkembangan novel, cerita ditumpukan kepada suasana kehidupan penduduk di Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam kesusahan. Kesengsaraan penduduk kampung telah menimbulkan kesedaran kepada bapa Adnan, iaitu Pak Saidi untuk menukar nasib bangsanya. Pak Saidi berpandangan bahawa anak-anak perlu diberikan pendidikan yang lengkap dan sempurna agar mereka lebih mempunyai ilmu pengetahuan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa, dan negara. Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di Sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-cita tersebut. Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.

•Perumitan cerita bermula semasa Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan Perang Dunia Kedua meletus. Leftenan Adnan dan pasukannya daripada Kompeni C telah dihantar ke Pasir Panjang dan Bukit Candu untuk menghalang serangan Jepun yang berjaya mengawal beberapa lokasi di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu adalah laluan ke Alexandria, sebuah simpanan peluru dan hospital ketenteraan. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.

•Oleh kerana tentera Melayu terus diserang oleh tentera Jepun, tentera Melayu terus berjuang dan tidak menyerah. Oleh itu, kekuatan pertahanan Bukit Candu berkurangan kerana peluru hampir habis dan banyak tentera Melayu terbunuh apabila tentera Jepun mendekati Bukit Candu. Jepun mengalahkan Adnan dan kemudiannya menggantung Leftenan Adnan. Dia telah mengalami cedera parah di pokok ceri dan ditikam dengan bayonet oleh setiap askar Jepun sehingga badannya hancur.

•Jepun menyerah selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada 15 Ogos 1945. Sebelum Sophia berkhidmat sebagai guru di sekolah Sungai Ramal, dia membesarkan anaknya dengan mengerjakan sawah dan menoreh getah. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Sophia meninggal dunia akibat leukemia.

Page 4: Leftenan Adnan Wira Bangsa

Leftenan Adnan bin

Saidi

•Mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal dan menjadi guru selepas tamat persekolahan.

•Anak sulung daripada tiga orang adik beradik, iaitu Ahmad dan Amarullah. Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.

•Berturunan Dato Siamang Gagap, seorang pahlawan Melayu yang menahan tanah air daripada dijajah oleh Inggeris.

•Menyertai askar Melayu sejak kecil lagi dan dinaikkan pangkat dari Sarjan ke Leftenan disebabkan ketokohan serta kepimpinannya.

•Seorang yang berani – Walaupun tidak menpunyai sebarang senjata, Leftenan Adnan sebagai seorang anggota tentera yang memiliki keberanian yang luar biasa telah berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu dan melawan tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir.

•Seorang yang rajin – Sejak Leftenan Adnan berusia 10 tahun, dia sering rajin menolong ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi.

•Seorang penyayang - Leftenan Adnan sangat menyayangi isterinya dan berasa suram mahupun tidak sanggup apabila meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia beranjak ke Singapura untuk berjuang menghalang kedatangan Jepun.

•Seorang yang bijaksana - Leftenan Adnan cerdik mengesan muslihat tentera Jepun yang telah menyamarkan dirinya sebagai tentera India apabila menentang askar Melayu di Pasir Panjang.

•Seorang yang cinta akan negara – Walaupun Leftenan Adnan bekerja sebagai seorang cikgu, namun dia sanggup melepaskan kerjayanya hanya untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.

Pak Saidi

•Suami kepada Mak Milah dan cucu kepada Dato Siamang Gagap.

•Perkerjaannya ialah pesawah dan duduk di Kampung Sungai Ramal.

•Menguasai dalam seni bela diri.

•Seorang yang berpandangan jauh – Walaupun di kampungnya mempunyai sekolah Melayu dan sekolah pondok, tetapi beliau sanggup menghantar anaknya, iaitu Adnan ke sekolah Inggeris yang agak jauh dari rumahnya agar masa depan Adnan lebih cerah.

•Seorang yang rajin - Setiap pagi, beliau rajin menjalankan tugasnya seperti menorah getah, mengerjakan sawah, dan berkebun.

•Bertanggungjawab – Sebagai seorang bapa, dia memainkan peranannya dengan penuh tanggungjawab dan sanggup mengayuh basikal untuk menghantar anaknya, Adnan ke sekolah Inggeris sebelum bekerja di sawah padi di samping menjemputnya balik pada waktu tengah hari setiap hari.

WATAK & PERWATAKAN

Page 5: Leftenan Adnan Wira Bangsa

Sophia Pakih Muda

• Isteri kepada Leftenan Adnan dan ibu kepada 3 orang anak.

• Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas suaminya Adnan meninggal dunia kerana terpaksa menyara diri dan anak-anaknya.

• Seorang yang bertanggungjawab – Sophia memainkan tugasnya sebagai seorang ibu dan menjaga anak-anaknya selepas kematian Adnan dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.

• Seorang yang menyayangi ahli keluarga - Sophia sangat sayang akan Adnan dan telah menitis air mata semasa hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.

• Seorang yang tabah – Dia tabah menghadapi masalah dan cabaran kehidupan seperti kematian suaminya di Bukit Candu.

Mamat

• Kawan yang terdekat kepada Leftenan Adnan.

• Melibatkan diri dalam pasukan askar Melayu.

• Seorang yang setia kawan – Mamat tidak peduli dengan latar belakang Adnan dan sanggup berkawan dengannya walaupun Adnan telah dipulau oleh rakan lain kerana sejak kecilnya telah bersekolah di sekolah Inggeris.

Mak Milah

• Isteri kepada Pak Saidi dan ibu kepada Adnan.

• Seorang penyayang – Sebenarnya, dia tidak mahu anaknya, Adnan menyertai pasukan tentera Melayu, tetapi dia hanya mendiamkan dirinya dan tidak melawan pilihan Adnan.

Page 6: Leftenan Adnan Wira Bangsa

PERSOALAN NILAI MURNI PENGAJARAN LATAR

MASYARAKAT

CONTOH PERISTIWA

Kepentingan

mempertahankan

maruah negara

Keberanian Kita perlu berani

dalam

mempertahankan

tanah air kita.

Masyarakat yang

berani dalam

berjuang untuk

negara

Walaupun tidak menpunyai

sebarang senjata, Leftenan

Adnan sebagai seorang anggota

tentera yang memiliki

keberanian yang luar biasa telah

berjuang untuk kemerdekaan

Tanah Melayu dan melawan

tentera Jepun sehingga ke titisan

darah terakhir.

Kebijaksanaan

menggunakan

taktik dalam

peperangan

Kebijaksanaan Kita patut bijak

menggunakan akal

fikiran ketika

berhadapan dengan

situasi yang

genting.

Masyarakat yang

bijak

menggunakan

taktik dalam

peperangan.

Leftenan Adnan cerdik

mengesan muslihat tentera

Jepun yang telah menyamar

sebagai tentera India apabila

menentang askar Melayu di

Pasir Panjang.

Semangat cinta

akan negara

Cinta akan negara Kita perlulah

memiliki semangat

cinta akan negara

yang tinggi.

Masyarakat yang

cinta akan tanah

air.

Walaupun Leftenan Adnan

bekerja sebagai seorang cikgu,

namun dia sanggup melepaskan

kerjayanya hanya untuk

melibatkan diri dalam bidang

ketenteraan demi cinta akan

tanah air.

Tanggungjawab

seorang bapa

terhadap anak

Bertanggungjawab Kita mesti

melakukan tugas

kita dengan penuh

tanggungjawab

Masyarakat yang

menjalankan tugas

dengan penuh

tanggungjawab

Sebagai seorang bapa, Pak Sadi

memainkan peranannya dengan

penuh tanggungjawab dan

sanggup mengayuh basikal

untuk menghantar anaknya,

Adnan ke sekolah Inggeris

sebelum bekerja di sawah padi

Page 7: Leftenan Adnan Wira Bangsa

di samping menjemputnya balik

pada waktu tengah hari setiap

hari.

Pandangan jauh

seorang ketua

keluarga

Rasional Kita perlulah

memiliki wawasan

dan berpandangan

jauh

Masyarakat yang

mementingkan

ilmu pengetahuan

Walaupun di kampungnya

mempunyai sekolah Melayu dan

sekolah pondok, tetapi Pak Saidi

sanggup menghantar anaknya,

iaitu Adnan ke sekolah Inggeris

yang agak jauh dari rumahnya

agar masa depan Adnan lebih

cerah.

Kasih sayang

antara ahli

keluarga

Kasih sayang Kita hendaklah

menyayangi ahli

keluarga kita

dengan sepenuhnya

Masyarakat yang

mengamalkan

kasih sayang ahli

keluarga

Leftenan Adnan sangat

menyayangi isterinya dan berasa

suram mahupun tidak sanggup

apabila meninggalkannya di

Sungai Ramal sebelum dia

beranjak ke Singapura untuk

berjuang menghalang

kedatangan Jepun.

Kerajinan dalam

menuntut ilmu

pengetahuan

Kerajinan Kita perlulah rajin

melengkapkan diri

dengan ilmu

pengetahuan

Masyarakat yang

tekun menuntut

ilmu

Pak Said sering rajin membaca

dan mendapatkan ilmu daripada

hasil penulisan Syed Syeikh al-

Hadi dalam majalah Al Imam dan

risalah yang diterbitkannya.

Page 8: Leftenan Adnan Wira Bangsa

Latar tempat • Warung Pak Samad - Di sinilah penduduk

kampung berkongsi maklumat dan cerita dan merupakan tempat untuk Nordin bermain bersama-sama dengan rakan-rakannya.

• Sekolah Inggeris - Di sinilah Adnan bersekolah dan menunjukkan sikap yang baik serta sering dipuji oleh Cikgu Anderson.

• Pasir Panjang - Di sinilah Leftenan Adnan memimpin Kompeni C dengan memberi tentangan kuat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.

Latar masa • Tahun 1937 – Pangkat Leftenan Adnan

dinaikkan menjadi Sarjan dan juga dia berkunjung ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.

• Waktu pagi - Sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.

• Waktu petang - Tentera Jepun menjalankan muslihat dan serangan berhelah dengan menyamar diri sebagai tentera India yang berturban.