folio geografi

28
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ UNDANG HAJI ADNAN 71350 KOTA NEGERI SEMBILAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009 BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA DI KAMPUNG BATANG NYAMOR NAMA : MUHAMMAD IRWAN NADZMI BIN MOHD TAUPET TINGKATAN : 3 IBNU KHALDUN NO. KAD PENGENALAN : 940726-05-5319 ANGKA GILIRAN : GURU PENILAI : EN. MOHD AZLAN BIN ABU HASSAN -------------------------- GRED

Upload: duha09

Post on 11-Jun-2015

4.597 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Geografi

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO’ UNDANG HAJI ADNAN

71350 KOTA

NEGERI SEMBILAN

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

2009

BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA DI

KAMPUNG BATANG NYAMOR

NAMA : MUHAMMAD IRWAN NADZMI BIN MOHD TAUPET

TINGKATAN : 3 IBNU KHALDUN

NO. KAD PENGENALAN : 940726-05-5319

ANGKA GILIRAN :

GURU PENILAI : EN. MOHD AZLAN BIN ABU HASSAN

--------------------------

(T. TANGAN GURU)

GRED

Page 2: Folio Geografi

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

Page 3: Folio Geografi

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada

Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Undang Haji Adnan,Kota ,Mejar Mohd

Tahir Bin Mustafa yang telah memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini

selepas waktu persekolahan.

Terima kasih juga kepada guru geografi saya, Encik Mohd Azlan Bin Abu Hassan kerana

sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami untuk menjalankan kajian geografi

tempatan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada emak saya Pn. Rohaya Bte Ithnin

kerana telah memberikan bantuan, sokongan moral dan bantuan kewangan bagi

membolehkan saya melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada kakak saya Siti

Aishah Annura yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dan tidak lupa juga

kepada bapa saya iaitu En. Mohd Taupet Bin Tambi kerana telah memberikan penerangan

dengan lebih mendalam lagi tentang kawasan kajian iaitu Kampung Batang Nyamor.

Saya juga memanjatkan rasa bersyukur kepada Allah kerana tidak menghadapi halangan

kepada saya dan ahli kumpulan saya, iaitu Mohd Isra Iqmal Bin Ismail yang saling

membantu dan bekerjasama dengan saya untuk menjayakan tugasan ini.

Page 4: Folio Geografi

PENDAHULUAN

Untuk melaksanakan tugasan ini,Saya dan rakan saya telah bersepakat memilih Kampung

Batang Nyamor seabagai kawasan kajian.Kami memilih Kampung Batang Nyamor kerana ia

terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya.Ini memudahkan saya untuk berulang-alik

ke kawasan kajian. Selain itu adalah mudah bagi saya mendapatkan bantuan daripada

penduduk kampong ini kerana sebilangan besar mereka mengenali saya.

Kawasan kajian ini amat bersesuaian dengan tajuk kajian saya iaitu Bentuk Muka Bumi dan

Potensinya,Banyak maklumat yang bersesuaian dengan tajuk kajian boleh saya dapati di sini.

Saya mengkaji tentang aspek penerokaan sumber tanih,dan menghuraikan kesan penerokaan

sumber tanih di kawasan tersebut.Ia menepati tema kajian.

Masa yang telah diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan ini adalah selama lapan

minggu.Jadi,saya dan ahli kumpulan saya telah membahagikan masa yang terte ntu seperti

berbincang,melihat kawasan dan mencari sumber yang perlu.Saya telah menggunakan

minggu ke lapan untuk menulis laporan lengkap hasil kajian yang telah dibuat.

Dalam melaksanakan kajian ini saya telah memilih Negara Jepun sebagai perbandingan

kerana negara itu juga terlibat dengan pertanian dan faktor guna tanah dengan penggunaan

teknologi moden dalam melaksanaan pertanian di Negara itu.

Page 5: Folio Geografi

OBJEKTIF KAJIAN

TUGASAN 1Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang bentuk muka bumi dan

potensinya. Kajian tersebut mesti merangkumi perkara-perkara berikut:

a. Jenis bentuk muka bumi

b. Ciri-ciri bentuk muka bumi

c. Potensi bentuk muka bumi

d. Mengenalpasti masalah

e. Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian

Page 6: Folio Geografi

Objektif kajian ini adalah untuk:

Mengenal pasti bentuk muka dan ciri-ciri bentuk muka bumi yang terdapat di

Kampung Batang Nyamor dan membandingkan dengan cirri-ciri fizikal Negara

Jepun.

Mengenalpasti potensi bentuk muka bumi dengan kegiatan yang dijalankan oleh

penduduk Kampung Batang Nyamor dan perbandingan dengan penduduk di Jepun.

Mengenal pasti masalah dan halangan yang dihadapi oleh penduduk Kampung Batang

Nyamor untuk menjalankan kegiatan pertanian dan masalah yang dihadapi oleh petani

di Jepun..

Membandingkan kesan kegiatan penduduk Kampung Batang Nyamor terhadap alam

sekitar dengan penduduk di Jepun

Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia

terhadap alam sekitar di Kampung Batang Nyamor.

Menerapkan nilai dan unsur patriotisme dan tanggungjawab kepada penduduk

setempat supaya menjaga kepentingan bentuk muka bumi (tanih) dan alam sekitar

dikawasan kajian demi warisan dimasa hadapan.

KAWASAN KAJIAN

Page 7: Folio Geografi

Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kampung Batang Nyamor . Kampung ini telah dibuka

dan diterokai kira-kira 40 tahun dahulu.Hari ini jumlah penduduk kampong ini adalah kira-

kira 200 orang.Selain dari mempunyai tanah kediaman sendiri sebahagian dari penduduk

kampong ini adalah datang dari luar kerana diberi tanah anugerah oleh kerajaan untuk

diteroka.

Kampung ini terletak di selatan daerah Rembau. Kampung Batang Nyamor mempunyai

keluasan kira-kira 133 hektar persegi. Ia terletak di satu kawasan yang mempunyai bentuk

muka bumi yang agak rendah sambungan daripada kaki Banjaran Titiwangsa yang terdapat di

sebelah timur Kampung ini. Puncak yang paling tinggi di kawasan ini ialah puncak Gunung

Datok.

Batang Nyamor terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Rembau dan 30 kilometer dari

Pekan Tampin .Kampung ini hanya boleh dihubungi melalui jalanraya.Dalam kehidupan

harian penduduk kampung ini menjalankan kegiatan ekonominya di Pekan Kota yang

terletak kira-kira 5 kilometer kea rah barat kampong ini.

Walaubagaimanapun terdapat landasan keretapi utara selatan merentasi bahagian barat

kampong ini.Keretapi tidak dijadikan sebagai pengangkutan utama di kampong ini kerana

stesennya yang hanya terdapat di Pekan Rembau dan Tampin.

KAEDAH KAJIAN

Page 8: Folio Geografi

PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian mengenai faktor yang mempengaruhi bentuk muka

bumi yang terdapat di kawasan kajian.

SOAL SELIDIK

Saya telah menggunakan 20 borang soal selidik yang telah dijawab oleh respondan seperti

dalam lampiran.

TEMU BUAL

Kaedah ini digunakan ketika menemu bual 3 respondan daripada pelbagai pekerjaan.

HASIL KAJIAN JENIS BENTUK MUKA BUMI

Bentuk muka bumi di kawasan kajian adalah seperti berikut:

Page 9: Folio Geografi

o Tanah pamah

o Tanah pamah beralun

o Bekas tanah sawah ( ditebus guna )

o Tanah tinggi

CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI

Jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian ialah tanah pamah. Ia

merupakan kawasan yang paling luas. Di kawasan tersebut terdapat bekas tanah sawah,

petempatan, pertanian dan sebagainya.

TANAH PAMAH

Ciri-ciri kawasan tanah pamah adalah seperti berikut:

RATA

Ia digunakan untuk kegiatan pertanian. Contoh tanaman yang ditanam ialah pokok

kelapa sawit, getah, pisang, tebu dan lain-lain.

LUAS

Petempatan - 40 hektar

Wakaf - 20 hektar

Pertanian - 90 hektar

Jenis-jenis cerun

Terdapat tiga jenis cerun di kawasan kajian:

Page 10: Folio Geografi

Cerun Landai Cerun Curam Cerun Bertangga

Tumbuhan semulajadi

Tumbuhan semulajadi yang teerdapat di kawasan kajian saya adalah seperti berikut:

Mengundur ( reframalas nudif lorairac fileus )

Kelat ( syzqium )

Terap

Pulai

Petai

Jering

Orkid hutan

Pokok sakat

Pelbagai jenis hutan terdapat di Malaysia. Antaranya ialah Hutan Hujan Tropika, Hutan

Gunung, Hutan Paya dan lain-lain. Berikut merupakan jenis-jenis hutan yang terdapat di

kawasan kajian Kampung Batang Nyamor.

Page 11: Folio Geografi

JENIS TANIH

Page 12: Folio Geografi

Terdapat banyak jenis tanih di Malaysia seperti tanih berpasir, tanih alluvium, tanih laterit

dan tanih gambut. Namun, di kawasan kajian saya hanya terdapat dua jenis tanih laterit dan

tanih alluvium.

Tanih Laterit

Tanih jenis ini sesuai untuk banyak jenis tanaman. Tanaman yang paling sesuai untuk

dijadikan kawasan pertanian adalah seperti kelapa sawit, getah, tebu dan lain-lain. Di

kawasan kajian saya tanih jenis ini di tanam pokok kelapa sawit dan tebu.

Tanah Aluvium

Tanah jenis ini merupakan tanah lanar yang sesuai untuk penanaman padi. Bagaimanapun

kawasan yang dahulunya ditanam padi telah ditebus guna untuk membuat kolam penternakan

ikan air tawar.

JERAM / AIR TERUN

Page 13: Folio Geografi

Bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian juga terdapatnya gunung iaitu Gunung

Datuk. Di gunung tersebut terdapat banyak jeram dan air terjun. Jeram ini juga terdapat di

Lubok Petai

Jeram dan air terjun terdapat di peringkat

hulu sungai. Di peringkat ini, sungainya

mengalir deras menuruni cerun yang curam.

Oleh itu suingai di peringkat hulu mempunyai

Kuasa menghakis yang giat. Bentuk muka

bumi di peringkat ini termasuk jeram, air

terjun dan gaung.

TANAH TINGGI

Kawasan kajian saya juga terdapat kawasan tanah tinggi. Tanah tinggi ini jenis berabung

GUNUNG & BANJARAN

Page 14: Folio Geografi

Kawasan kajian saya juga terdapatnya gunung yang terletak di Kompartmen, Hutan Simpan

Gunung Datuk. Ia mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Tinggi gunung ini kira-kira 370

meter. Untuk mendaki gunung tersebut mengambil masa perjalanan dua jam naik dan dua

jam turun dengan berjalan kaki. Di sana juga terdapat banyak kemudahan yang telah

disediakan seperti chalet, dewan serbaguna, gerai makanan, surau dan lain-lain.

POTENSI BENTUK MUKA BUMI

Page 15: Folio Geografi

Kawasan kajian saya berpotensi untuk maju dan berkembang dalam beberapa aspek

disebabkan adanya faktor-faktor yang menggalakkan. Berikut adalah potensi dan faktor

penggalaknya:

Pengangkutan

o Terdapat jalan raya berturap

o Terdapat landasan keretapi

Perhubungan

o Menggunakan talian telefon tetap, telefon bimbit dan telefon awam

Petempatan

o Terdapat pelbagai jenis pola petempatan seperti berjajar, berkelompok dan

berselerak

Pelancongan

o Di Gunung Datuk, jeram Lubok Petai

o Homestay di Kampung Batang Nyamor

Pertanian

o Seperti pokok kelapa sawit, getah, pisang dan tebu

Perindustrian

o Kilang memproses air mineral

o Perusahaan secara kecil-kecilan

Kolam penternakan ikan air tawar

perikanan Kolam pancing ikan

Page 16: Folio Geografi

MASALAH BENTUK MUKA BUMI

Masalah yang terdapat di kawasan kajian saya dan puncanya adalah seperti berikut:

Pemendapan

Berlaku di kawasan sawah padi yang ditebus guna

Hilang kesuburan tanih

Disebabkan oleh penggunaan baja kimia dalam menjalankan kegiatan pertanian

Disebabkan oleh aktiviti pembalakan

Sebelum

Selepas

Page 17: Folio Geografi

Pencemaran

Pencemaran sungai yang disebabkan oleh pembuangan sampah sarap dan sisa toksid.

Pencemaran tanih yang disebabkan oleh sampah sarap yang tidak lupus.

Kepupusan Flora dan Fauna

Kepupusan flora disebabkan oleh penebangan hutan yang tidak terkawal untuk

kegiatan ekonomi

Kepupusan fauna disebabkan oleh pemburuan yang tidak terkawal.

Page 18: Folio Geografi

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIATASI

Masalah-masalah di atas boleh diatasi dengan langkah-langkah seperti berikut:

Sistem puritan

Diperbaharui setelah ia digunakan sekian lama

Kempen kesedaran

Dilakukan di sekolah dan di kampong-kampung di kg.batang nyamor

Penggunaan baja organik

Untuk memelihara kesuburan tanih

Penghutanan semula

Tanam semula pokok yang telah ditebang untuk mengelakkan kepupusan flora dan

fauna.

Page 19: Folio Geografi

JENIS KEGIATAN JUMLAH

Kolam Memancing 2 buah

Ternakan Ikan Air Tawar 10 buah

Pusat Pengumpulan Getah 2 buah

Ternakan Lembu 250 ekor

Ternakan Kambing 100 ekor

Perusahaan Air Mineral 1 buah

Jadual 1 : Jenis-jenis kegiatan Yang dijalankan di Kampung Batang Nyamor

BIL JENIS TANAMAN KELUASAN (HEKTAR)

1 Getah 35

2 Kelapa Sawit 30

3 Pisang 5

4 Tebu 3

Jumlah 73

Jadual 2: Jenis tanaman yang terdapat di kawasan kajian

Page 20: Folio Geografi

Graf 1 : jenis tanaman yang terdapat di kawasan kajian

Getah Kelapa Sawit Pisang Tebu0

5

10

15

20

25

30

35

40

Carta Pai : Jenis tanaman yang terdapat di kawasan kajian

Getahkelapa sawitPisangTebu

Page 21: Folio Geografi

RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang saya jalankan, saya mendapati bahawa penduduk Kampung

Batang nyamor amat bertuah kerana mempunyai banyak keistimewaan. Terdapat banyak

kegiatan ekonomi yang dijalankan bagi membantu penduduk meningkatkan taraf hidup

mereka.

Saya juga dapat mengetahui jenis dan ciri-ciri bentuk muka bumi di Kampung Batang

Nyamor seperti gunung serta potensinya dalam pelbagai bidang seperti pelancongan. Selain

itu, saya juga dapat mengenal pasti masalah bentuk muka bumi di Kampung Batang Nyamor

seperti hilang kesuburan tanih dan langkah-langkah untuk mengatasinya dengan penggunaan

baja organik.

Kawasan kajian saya berpotensi untuk di majukan dengan lebih meluas kerana terdapat

bentuk muka buminya yang pelbagai.

Saya juga berbangga dapat menjalankan kajian di Kampung Batang Nyamor kerana

penduduk di sini bersama-sama berganding bahu memajukan kampong mereka dan secara

tidak langsung saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kawasan kajian.

Page 22: Folio Geografi

RUJUKAN...

Abd.rahim md.nor,2004.geografi tingkatan 3.selangor.cerdik publications sdn.bhd.

Chong Yoon choi dll,2002.geoografi tingkatan 1.selangor:medoa network sdn.bhd.

Mohamad ismail dll,2006.ekspolarasi geografi tingkatan 1.selangor penerbit fasjar

bakti sdn.bhd.

Mohamad ismail dll,2006.eksplorasi geografi tingkatan 2.selangor:penerbit fasjar

bakti sdn.bhd.

Mohamad ismail dll,2006.eksplorasi geogarfi tingkatan 3.selangor:penerbit fasjar

bakti sdn.bhd.