folio geo

22
Hak Cipta Milik Yap Yee Li© SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT) 2008 KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI KAWASAN BANDAR TASIK PUTERI DAN PERBANDINGAN DENGAN NEGARA KANADA NAMA PELAJAR: YAP YEE LI TINGKATAN: 3 RANCANGAN KHAS NAMA GURU PENILAI: PN. NONI HARTINI BT. ABDULLAH ……………………... ....………………… Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Upload: jeremy-yap

Post on 07-Jun-2015

3.135 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

This is only a GUIDE for form 3 folio

TRANSCRIPT

Page 1: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT) 2008

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI KAWASAN BANDAR

TASIK PUTERI DAN PERBANDINGAN DENGAN NEGARA KANADA

NAMA PELAJAR: YAP YEE LITINGKATAN: 3 RANCANGAN KHASNAMA GURU PENILAI: PN. NONI HARTINI BT. ABDULLAH

……………………... ....…………………T/TANGAN MURID T/TANGAN GURU

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 2: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

SENARAIKANDUNGAN

ASPEK MUKA SURAT

TAJUK KAJIANSENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAANPENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIANKAWASAN KAJIANKAEDAH KAJIAN

DAPATAN KAJIANRUMUSANLAMPIRANRUJUKAN

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 3: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru

Geografi saya, Pn. Noni Hartini bt. Abdullah kerana telah sudi memberikan bimbingan dan

tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Pn Hajah Sabrina

yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini selepas waktu

persekolahan.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada kedua-dua ibu

bapa yang telah banyak berkorban untuk saya serta dorongan dan bantuan untuk menjalankan

kajian ini.

Kepada rakan-rakan, terutamanya saudari Anisah Nukman, saudari Nur Atiqah, serta

saudari Nor Shazliana yang telah bersama-sama membantu menjalankan kajian ini diucapkan

terima kash, semoga kita bersama-sama berjaya dalam PMR yang bakal dihadapi.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 4: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar tigkatan tiga

diwajibkan menjalankan kerja kursus. Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang telah

dipelajari. Saya telah memilih tajuk “Kepentingan Jaringan Sistem Pengangukutan di Bandar

Tasik Puteri dan Perbandingan dengan Negara Kanada”.

Saya memilih kawasan ini kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan rumah

saya dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian. Kajian ini dijalankan selama lapan

minggu dan dihasilkan secara individu.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 5: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut. Objektif kajian ini adalah untuk

a) Menyenaraikan jenis-jenis sistem pengangkutan di Bandar Tasik Puteri.

b) Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan

di Bandar Tasik Puteri.

c) Menghuraikan kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Tasik Puteri

dan di negara Kanada.

d) Menyatakan dan menghuraikan kesan-kesan jaringan system pengangkutan di

Bandar Tasik Puteri.

e) Menghuraikan langkah-langkah penyelesaian mengatasi masalah yang di hadapi

di kawasan kajian dan negara Kanada.

f) Melahirkan rasa syukur dan bangga terhadap kawasan kajian dan negara dalam

diri saya.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 6: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Bandar Tasik Puteri. Saya memilih kawasan ini kerana

kedudukan yang berhampiran dengan sekolah dan tempat tinggal saya iaitu kira-kira 5km.

Kawasan kajian saya iaitu Bandar Tasik Puteri terletak dalam daerah Gombak dan mukim

Rawang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang.

Bandar Tasik Puteri merupakan sebuah kawasan pembangunan bandar baru yang

dirancang dgn teliti untuk dijadikan sebagai kawasan perumahan sejak tahun 1998. kemudahan-

kemudahan yang telah siap dibina di Bandar Tasik Puteri termasuklah kedai-kedai, padang golf,

Puteri Cantral Park, tiga buah sekolah, surau, perkhidmatan bas awam, masjid dan pasar tani.

Kini Bandar Tasik Puteri telah pun mempunyai jumlah penduduk seramai 40,000 orang.

Luas kawasan Bandar Tasik Puteri lebih kurang 10km persegi. Jarak dari pusat

Bandar iaitu Kuala Lumpur ialah 30km. Kawasan yang seluas ini menjadi tumpuan ramai kerana

pembangunan yang sedang dijalankan. Bandar Tasik Puteri juga dijangka dua kali lebih luas

daripada Subang Jaya. Luas kawasan yang dibandingkan pula iaitu negara Kanada ialah

9,970,610km persegi.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 7: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li© Peta 1

Peta Daerah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 8: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li© Peta 2

Peta Negara Kanada

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 9: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li© Peta 3

Lokasi Bandar Tasik Puteri

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 10: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah berikut:

a) Pemerhatian

Saya membuat pemerhatian terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan

persimpangan utama dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi selama lima hari iaitu dari

hari Isnin hingga hari Jumaat.

b) Rujukan

Saya telah membuat rujukan daripada buku teks Geografi, internet, , guru Geografi

saya, Pn. Noni Hartini bt. Abdullah dan di perpustakaan.

c) Lawatan

Saya telah pergi ke Pejabat Jualan Bandar Tasik Puteri yang terletak di seberang

jalan yang berhadapan dengan pintu utama sekolah saya.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 11: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

DAPATAN KAJIAN

Jenis-jenis Sistem Pengangkutan

Jenis-jenis sistem pengangkutan yang terdapat di Bandar Tasik Puteri ialah jalan raya. Jalan raya ini menghubungkan seluruh Bandar Tasik Puteri. Dengan adanya jalan raya, penduduk dapat pergi ke sekolah. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan bas yang membawa penuduk ke Bandar Country Homes dan Bandar Rawang. Di kawasan ini, terletak berhampiran dengan kemudahan Komuter Rawang serta Kuang dan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jaringan Sistem Pengangkutan di Bandar Tasik Puteri

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan system pengangkutan di Bandar Tasik Puteri ialah

a) Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi di Bandar Tasik Puteri terdiri daripada kawasan tanah pamah yang rata. Keadaan ini memudahkan pembinaan jaringan sistem pengangkutan iaitu jalan raya kerana kos pembinaan yang lebih murah dan mudah berbanding dengan kawasan tanah tinggi. Saya rasa bertuah dengan bentuk muka bumi yang rata telah mempelbagaikan jaringan pengangkutan di tempat kajian saya yang membolehkan penduduk bergerak dengan mudah dan pantas antara destinasi yang ingin dituju.

b) Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi seperti perdaganagn dan perkhidmatan mempengaruhi jaringan jalan darat di kawasan Bandar Tasik Puteri. Dengan berkembangnya kegiatan ekonomi telah menyebabkan banyak jaringan jalan yang dibina untuk memudahkan darjah ketersampaian penduduk terutama dalam memajukan kegiatan ekonomi

c) Kemajuan Teknologi

Kemajuan teknologi dan kepakaran membolehkan kawasan sekitar sesuai dibina Laluan Komuter yang menghubungkan Bandar Rawang dengan Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) yang berhampiran menghubungkan Rawang dengan Kuala Lumpur di mana kemajuan teknologo ini telah memberi kemudahan kepada penduduk Bandar Tasik Puteri. Selain menggunakan jalan raya, penduduk Bandar Tasik Puteri boleh bergerak dengan pantas menggunakan jalan alternatif lain iaitu komuter.

d) Dasar Kerajaan

Dasar kerajaan untuk meningkatkan tahap ketersampaian telah membolehkan jalan raya dibina di Bandar Tasik Puteri. Jalan-jalan berturap dibina agar penduduk dapat sampai ke tempat yang dituju atau menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain.

Saya bersyukur tinggal di kawasan Bandar Tasik Puteri kerana sistem pengangkutan yang wujud memudahkan urusan harian penduduk di sini.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 12: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan

a. Ketersampaian

Hasil pemerhatian dan rujukan menunjukkan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Tasik Puteri mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Jalan pengangkutan kawasan kajian dapat menghubungkan penduduk dengan bandar raya Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain. Secara tidak langsung, mobiliti penduduk dapat ditingkatkan. Negara Malaysia dan Kanada mempunyai jaringan pengangkutan yang sistematik dan padat. Hal ini membolehkan pergerakan penduduk dan meningkatkan tahap ketersampaian di kedua-dua tempat ini.

Saya berbangga kerana kawasan ini mempunyai sistem pengangkutan yang canggih dan setaraf dengan Kanada.

b. Perkembangan Ekonomi

Sistem jaringan pengangkutan dapat merangsang pembangunan kegiatan ekonomi, contohnya sektor perdagangan dan perkhidmatan. Jaringan pengangkutan ini membolehkan hasil perindustrian dapat dihantar ke Bandar Tasik Puteri dengan mudah melalui lebuh raya dan jalan raya. Begitu juga dengan Negara Kanada yang menggunakan jalan raya dan lebuh raya untuk mengangkut hasil pertanian dan perindustrian yang diangkut dengan lori kontena ke pelabuhan. Syabas kepada negara Malaysia kerana mempunyai tenaga pekerja mahir setanding dengan negara maju, Kanada.

Kesan-kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di Bandar Tasik Puteri

Kesan Positif

Kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan Bandar Tasik Puteri ialah wujudnya lanskap yang menarik. Kawasan yang asalnya ladang kelapa sawit telah berubah menjadi jalan raya yang berturap, bandar dan petempatan dan diperindah dengan kehijauan flora dan tanaman pokok bunga seperti ‘Puteri Central Park’ dan padang golf. Perubahan landskap ini telah meningkatkan rasa keamanan dan ketenteraman di kawasan kajian.

Selain itu, kemajuan sistem pengangkutan memudahkan pelancong atau pengkaji alam sekitar

menikmati serta berkunjung di sini untuk melihat keindahan tempat persinggahan burung antarabangsa. Untuk memudahkan mereka menikmati panorama indah tersebut, pihak Majlis Perbandaran Selayang telah membina sebuah menara tinjau di situ. Saya rasa bersyukur kerana pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Selayang telah bekerja keras untuk membangunkan Bandar Tasik Puteri menjadi satu bandar yang bukan sahaja maju malah juga indah. Tempat-tempat yang diperindah oleh flora juga terdapat di Kanada. Antaranya ialah di Southern Alberta.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 13: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Kesan Negatif

a) Pencemaran Udara

Akibat pembakaran bahan api yang digunakan oleh kenderaan di Bandar Tasik Puteri telah mencemarkan udara di sini. Jumlah kenderaan yang tinggi di kawasan ini memberikan kesan yang lebih serius kepada alam sekitar. Masalah ini turut berlaku di Negara Kanada. Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana tahap pencemaran udara di BTP masih stabil berbanding Kanada kerana litupan pokok yang banyak di tempat kediaman dan sekitar Bandar Tasik Puteri.

b) Peningkatan Suhu

Akibat daripada penebangan pokok untuk pembinaan jalan raya dan petempatan telah meningkatkan suhu di Bandar Tasik Puteri. Hal ini kerana sebahagian besar permukaan tanah di Bandar Tasik Puteri dilitupi dengan bahan konkrit dan tar serta sedang dibangunkan. Masalah ini juga berlaku di Bandar-bandar besar di Kanada iaitu Alberta. Namun, saya amat menghargai usaha Majlis Perbandaran Selayang yang mengekalkan pokok-pokok hijau di Bandar Tasik Puteri yang boleh mengurangkan peningkatan suhu.

Langkah-langkah Penyelesaian

Bagi mengurangkan masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan, beberapa langkah perlu diambil. Antaranya ialah memasang ‘alat catalytic converter’ pada ekzos kereta. Penggunaan alat ini berupaya menukarkan gas beracun seperti karbon monoksida dan nitrogen dioksida kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan nitrogen. Kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Kanada patut mula memasangkan ‘alat catalytic converter’ segera yang mungkin.

Bagi mengatasi masalah peningkatan suhu Bandar Tasik Puteri, beberapa langkah perlu diambil. Antaranya, memperbanyak tanaman lanskap lembut (tumbuh-tumbuhan) untuk menggalakkan proses fotosintesis dijalankan untuk menurunkan suhu sekitar. Selain itu, kita juga boleh menanam rumput di cerun dan membina dinding penahan hakisan serta membina longkang untuk mengelakkan air bertakung. Negara Kanada yang mempunyai sistem pengangkutan yang maju telah juga mengambil langkah yang sama bagi mengatasi masalah yang wujud akibat daripada kepesatan jaringan pengangkutan di negara mereka. Sifat kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk membendung masalah-masalah ini.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 14: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li© JADUAL DATA KAJIAN

Jadual 1: Jenis-jenis kenderaan yang melalui Jalan Persiaran Puteri  pada 20-24 Mei 2008 dari 8.00-9.00

pagi.

         Jenis

HariKereta Bas Motosikal Lori Basikal

Kapal

TerbangJumlah

Selasa 560 3 231 12 3 1 810

Rabu 606 2 197 10 - 3 818

Khamis 490 3 196 9 - 10 708

Jumaat 487 1 236 15 - 21 754

Sabtu 449 - 93 10 - 23 575

Jumlah 2592 9 953 56 3 58 3671

 

Sumber : Pemerhatian

GRAF

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 15: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Jadual 2: Jenis-jenis kenderaan yang melalui Jalan Persiaran Puteri  pada 20-24 Mei 2008 dari 8.00-9.00

pagi.

Jenis Kenderaan Bilangan % Sudut SektorKereta 2592 70.60 254.18

Bas 9 0.24 0.88Motorsikal 953 25.96 93.45

Lori 56 1.52 5.49Basikal 3 0.08 0.29

Kapal Terbang 58 1.60 5.71Jumlah 3671 100% 360

CARTA PAI

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 16: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

RUMUSANSecara keseluruhannya, jaringan pengangkutan di kawasan sekitar menyumbang kepada

pembangunan kawasan ini. Hasil kajian yang dijalankan mendapati jenis pengangkutan utama di kawasan ini ialah lebuh raya, jalan raya dan jalan kereta api (komuter). Perkembangan jaringan sistem pengangkutan dipengaruhi oleh bentuk muka bumi yang terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Kepentingan sistem jaringan pengangkutan ini dapat meningkatkan darjah ketersampaian dan seterusnya meningkatkan mobiliti

penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Walaupun jaringan pengangkutan ini talah mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar fizikal seperti pencemaran udara tetapi hal ini dapat diatasi dengan memasang ‘catalytic converter’ untuk menapis asap kenderaan.

Saya amat menghargai kemudahan jaringan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kita perlu mencintai kawasan tempat tinggal kita khasnya dan negara Malaysia amnya.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 17: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

LAMPIRAN

Shazliana sedang membuat bancian

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 18: folio geo

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

RUJUKAN

Internet:

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_the_100_largest_cities_and_towns_in_Canada_by_area

http://www.maps.google.com

Atlas Moden Malaysia dan Dunia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Buku Ilmiah:

Chong Mui Sen dan Azizan b. Hj Abu Samah, Buku Teks Geografi Ting. 2, Pencetakan Saufi

Atlas Moden Malaysia dan Dunia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lawatan:

Pejabat Jualan Bandar Tasik Puteri

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©