folio adik

Upload: shafiyah-shafi

Post on 14-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

folio salasilah keluarga tahun 4

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 KAEDAH KAJIAN

4.0 LIPUTAN KAJIAN

4.1 SALASILAH KELUARGA

4.1.1 SALASILAH KELUARGA ABAH SAYA

4.1.2 SALASILAH KELUARGA IBU SAYA

4.1.3 SALASILAH KELUARGA SAYA

4.2 PERKEMBANGAN DIRI DAN KELUARGA

4.3 TOKOH DALAM KELUARGA

5.0 RUMUSAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

1.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan abah saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian salasilah keluarga saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cikgu Harison iaitu guru mata pelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa saya membuat folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini.

Sekian, terima kasih.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut:

Saya dapat mengenali dan memahami asal-usul keluarga saya.

Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya.

Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya.

Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya.

Mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja.

Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki Sebuah Keluarga yang Harmoni dan Ceria.

Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut;

Kedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.

Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.

Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

4.0 LIPUTAN KAJIAN

Liputan kajian saya merangkumi;

4.1 Salasilah Keluarga

4.2 Perkembangan diri dan keluarga

4.3 Tokoh dalam keluarga

4.1 SALASILAH KELUARGA

4.1.1 CARTA SALASILAH KELUARGA ABAH SAYA

4.1.2 CARTA SALASILAH KELUARGA IBU SAYA

4.1.3 CARTA SALASILAH KELUARGA SAYA

4.2 PERKEMBANGAN DIRI DAN KELUARGA

4.2.1 BIODATA ABAH SAYA

NAMA PENUH:MUHAMMAD SHAFI BIN SALLEH

NAMA MANJA: SHAFFUMUR:38 TAHUN

HOBI:MEMBINA PERABOT

PEKERJAAN:PEGAWAI AKAUN

MAKANAN KEGEMARAN:MEE GORENG

MINUMAN KEGEMARAN:BARLI PANAS

WARNA KEGEMARAN:BIRU

4.2.2 BIODATA IBU SAYA

NAMA PENUH:RAFIDAH BINTI OMAR

NAMA MANJA:ODAHUMUR:36 TAHUN

HOBI:MEMASAK

PEKERJAAN:GURU

MAKANAN KEGEMARAN:LAKSA

MINUMAN KEGEMARAN:JUS OREN

WARNA KEGEMARAN:PUTIH

4.2.3 BIODATA KAKAK SAYA

NAMA PENUH:NUR SHAFIQAH BINTI MUHAMMAD SHAFI

NAMA MANJA: KAKAK / EQAUMUR:12 TAHUN

HOBI:MELUKIS DAN MENULIS

CITA-CITA:DOKTOR PAKAR GIGI

MAKANAN KEGEMARAN:NASI AYAM

MINUMAN KEGEMARAN:SIRAP

WARNA KEGEMARAN:BIRU

SEKOLAH:SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA

4.2.4 BIODATA SAYA

NAMA PENUH:NUR SHAFIYAH BINTI MUHAMMAD SHAFI

NAMA MANJA: ADIK / FIYYAUMUR:10 TAHUN

TEMPAT TINGGAL:NO.27,LORONG BENDAHARA 9,BERTAM PERDANA 2,KEPALA BATAS

HOBI:MELUKIS , BERENANG DAN MEMBACA

CITA-CITA:JURUTERBANG

MAKANAN KEGEMARAN:LAKSA

MINUMAN KEGEMARAN:BANDUNG

WARNA KEGEMARAN:KUNING

SEKOLAH:SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA4.3 TOKOH DALAM KELUARGA

BIOGRAFI SITI ZALEHA BINTI OTHMAN

(MAK TOK)

Pn Hajjah Siti Zaleha binti Othman atau lebih mesra disapa sebagai Kak Teh atau Mak Cik Teh ataupun Teh Omar.

Beliau dilahirkan pada 31 Dis 1945 di Kampung Baru, Pulau Pangkor Perak. Semasa kecilnya, beliau tidak pernah mendapat sebarang pendidikan formal. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Haji Omar bin Hassan pada 9 Dis 1965.

Hasil perkongsian hidup ini, beliau telah dianugerahkan dengan 7 orang anak yang mana 3 orang anak perempuan dan 4 orang anak lelaki.

Sebagai seorang ibu yang buta huruf dan hidup dalam kedaifan, beliau tidak pernah culas dalam mendidik anak-anak beliau sehingga berjaya ke menara gading. Walaupun beliau tidak pandai membaca dan menulis, beliau akan sentiasa mendampingi anak-anaknya sewaktu anak-anaknya membuat kerja sekolah. Beliau sentiasa memastikan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada anak-anaknya disiapkan dan sering ke sekolah untuk bertanya berkaitan prestasi dan permasalahan yang dihadapi oleh anak-anaknya. Tidak hairanlah, jika boleh dikatakan hampir semua guru SK Permatang Bertam pada era 70 hingga 90-an amat mengenali beliau.

Hasil penat lelah dan usaha bersungguh-sungguh beliau mendidik anak-anak, maka Alhamdulillah setakat ini anak-anaknya berjaya di dalam kehidupan. Ini kerana, beliau memegang prinsip biar aku susah, asal anak berjaya kini telah menampakkan hasil.

6 daripada 7 orang anak beliau telah melanjutkan pelajaran ke universiti. Anak sulung beliau diberi nama Asmah binti Omar dilahirkan pada 6 Dis 1966. Anak sulung beliau kini merupakan Pegawai SISC+ Matematik Menengah di Pejabat Pendidikan Daerah Tengah yang terletak di Permatang Pasir. Anak sulung beliau merupakan lulusan Sarjana dalam Pendidikan Teknologi Maklumat dari Universiti Sains Malaysia.

Bukan senang untuk menjadi senang. Bukan mudah bagi anak sulung pasangan Teh Omar ini untuk menggenggan segulung ijazah. Beliau juga terpaksa memendamkan keinginannya menyambungkan pelajaran ke universiti selepas SPM disebabkan masalah kewangan. Ini kerana, keluarga ini bukanlah berasal dari kalangan orang yang senang-senang. Anak sulung beliau terpaksa mengorbankan universiti dan terpaksa memasuki maktab perguruan bagi memberi peluang kepada adik-adik yang lain untuk bersekolah. Pengorbanan beliau sekarang terhadap adik-adiknya nampaknya sudah terbalas sehingga beliau berjaya menggenggan segulung ijazah sarjana.

Anak kedua bagi tokoh ibu cemerlang ini pula diberi nama Hayati binti Omar. Beliau telah dilahirkan pada 7 Jun 1969. Anak kedua ini juga tidak banyak menghabiskan masa remaja di kampung ini. Ini kerana, beliau telah menjejakkan kaki ke SMK St George sewaktu tingkatan 1. Anak kedua bagi pasangan Teh Omar ini kini merupakan seorang guru di SMK Badawi dan merupakan lulusan Ijazah Sarjanamuda Sastera dengan Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Anak ketiga bagi tokoh ibu cemerlang ini merupakan tulang belakang kepada keluarga. Beliau bernama Muhammad Hatta bin Omar. Beliau terpaksa berhenti belajar sehingga ke tingkatan 5 sahaja kerana terpaksa memikul beban membantu keluarga disebabkan beliau merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga. Beliau tidak pernah berasa cemburu atau iri hati terhadap kakak dan adik-adiknya yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Disebabkan keikhlasan dan kebertanggungjawaban yang ditunjukkan beliau kepada ibu, ayah dan keluarga, kini Alhamdulillah beliau telah mempunyai syarikat sendiri iaitu Artcon Ent dan beliau merupakan seorang kontraktor yang berjaya.

Seterusnya, anak keempat bagi tokoh ibu cemerlang ini merupakan seorang anak yang telah berjanji untuk menjaga ibu atau ayah jika salah seorang daripada ibu atau ayah telah tiada nanti. Beliau sanggup berhenti kerja sebagai Pengurus di sebuah kilang yang terkemuka di Johor Bahru untuk mengambil alih tugas menjaga ibu dan ayah. Beliau telah diberi nama Mohammad Hanif bin Omar yang berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Seni Reka Industri dari Universiti Teknologi Mara, Manjug Perak. Kini, Mohd Hanif telah bekerja bersama-sama Mohd Hatta di Artcon Ent sebagai Pengurus Projek.

Anak kelima bagi tokoh ibu cemerlang ini merupakan anak perempuan bongsu di dalam keluarga. Beliau kini mengajar di SK Sungai Dua, Butterworth. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Sastera Dalam Pengajian Bahasa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Anak keenam pula bernama Mohammad Hassan bin Omar merupakan seorang pensyarah di Kolej Vokasional, Kulim. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Kejuruteraan Awam.

Anak bongsu dan anak yang paling manja bagi tokoh ibu cemerlang ini ialah Muhammad Annas bin Omar. Muhammad Annas berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petrolium. Kini, beliau bekerja di Petronas Carigali sebagai Jurutera Carigali yang beribu pejabat di Menara Bekembar KLCC.

Walaupun kesemua anak-anak ibu contoh ini telah berjaya, beliau masih tidak putus-putus memberi nasihat kepada cucu-cucunya supaya terus berjaya.

Di sini dapat disimpulkan bahawa kemiskinan bukanlah penghalang bagi sesebuah keluarga untuk bertukar menjadi berjaya. Janganlah kita wariskan kemiskinan kita kepada anak-anak kita. Ini kerana, ilmu dapat merubah dari kemiskinan kepada kekayaan.

Ini kerana, pada suatu masa dahulu keluarga ini pernah dihina dan dicerca serta tidak disenangi oleh orang kampung dan sanak keluarga disebabkan kemiskinan. Anak-anak tokoh ibu contoh ini begitu susah untuk berpakaian baru atau berkasut baru ke sekolah. Mereka semua memakai baju dan kasut yang didermakan oleh orang untuk ke sekolah. Tapi, mereka tidak pernah malu, tetapi semakin berazam untuk berjaya bagi mengubah hidup keluarga

Mungkin ramai yang tidak tahu, dimasa anak-anak tokoh ibu contoh ini masih kecil, makanan juga terpaksa dicatu. Hanya sesenduk nasi sekali makan dan seekor ikan yang dikongsi beramai-ramai. Tetapi, segala peralatan dan yuran-yuran sekolah tidak pernah yang tidak cukup dan tidak dibayar. Tokoh ibu contoh ini sanggup berikat perut asalkan pearalatan dan yuran sekolah cukup untuk anak-anaknya.

Ini membuktikan Tokoh ibu contoh ini memang layak untuk mendapat atau merangkul anugerah ini disebabkan sikap dan sifat beliau yang amat mementingkan pendidikan anak-anak. Ini kerana, beliau tidak mahu anak-anaknya menjadi buta huruf sepertinya.

LAMPIRAN

6.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, daripada yang talah sepanjang melaksanakan projek sejarah ini, saya banyak mendapat pengajaran yang berguna iaitu dapat mengetahui asal usul diri dan keluarga dengan lebih mendalam serta saya berbangga menjadi waris keluarga ini. Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi anak yang berjaya supaya dapat membanggakan seluruh keluarga saya.

MAHYUDDIN

ZAHID

SALIM

SALLEH

SHAFI

CHE SU

RAFIDAH

ABDUL RAHIM

YUSRI

RAHIMAH

M. FITRI, MURNI, M SHAHIR

ASMAH

MOHAMMAD

NURUL, ASHRAF, HAKIMI, SHAUQI,AFIF, HAFIZI

HAYATI

ABDUL NASER

HARITH, ADLIANA, ADLINA,ALBIRAH, ALMIERA

M. HATTA

OMAR

NORAZAH

SITI ZALEHA

M. IRFAN

M. HANIF

NORZIANA

NUR SHAFIQAH, NUR SHAFIYAH (SAYA)

RAFIDAH

M. SHAFI

M. HASSAN

M. YASSER

NUR IZZATY

M.ANNAS

NUR AMELIA

SITI HAJAR MUNERAH

RAFIDAH

MUHAMMAD SHAFI

NUR SHAFIYAH (SAYA)

NUR SHAFIQAH