(final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

16

Click here to load reader

Upload: arsyad-arifin-ismail

Post on 21-Jan-2017

514 views

Category:

News & Politics


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

SOALAN TUGASAN:

JELASKAN KEPENTINGAN KRITIKAN LUARAN DALAM MENGUJI AUTHENTICITY

SESUATU SUMBER

Page 2: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

1.0 Pengenalan

Kritikan merupakan salah satu yang terdapat dalam aspek-aspek dalam pemikiran sejarah. Kritikan juga merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam kaedah penulisan sejarah. Kaedah penulisan sejarah mempunyai istilah tersendiri iaitu pensejarahan dalam bahasa Melayu dan Historiography dalam bahasa Inggeris.1

Untuk menulis sesebuah karya sejarah, terdapat beberapa masalah dalam proses mengumpul sumber seperti masalah ketulenan dan kepalsuan sesuatu sumber yang digunakan dalam penulisan tersebut. Dalam proses penulisan sejarah, seharusnya perlulah ada sikap sangsi dan ragu-ragu terhadap sesuatu sumber atau punca sebelum menerima dan mempercayai kebenaran sumber tersebut. 2 Oleh itu, proses kritikan terhadap sesuatu sumber sejarah sangat penting sebagai langkah untuk mengetahui ketulenan dan kebenaran sumber berkenaan.

Sikap suka mengkritik ini berpunca daripada sikap manusia yang selalu merasakan keraguan dan kesangsian terhadap sesuatu sumber tersebut. Skeptisisme merupakan pengertian bagi sikap ini yang membawa maksud sesuatu fahaman yang meragui dan sangsi setiap fakta dan maklumat tentang sesuatu perkara. Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kritikan membawa makna membuat tafsiran, bidasan, kecaman, teguran, huraian, atau kiasan mengenai sesuatu karya, menganalisis sumber sejarah untuk menentukan kebenaran dokumen sejarah dan kemunasabahan isi kandungan sesuatu dokumen sejarah.3 Sumber yang terdapat dalam bidang sejarah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu sumber pertama, sumber kedua,

1 Muhd Yusof Ibrahim, 2002. Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.223.2 Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1996. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 76.3 Kamus dewan DBP

Page 3: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

sumber arkeologi, dan sumber lisan. Sementara itu, sumber diertikan sebagai bahan yang amat luas meliputi pelbagai sifat dan bentuk.

Kebolehan serta kepandaian ahli-ahli sejarah dalam mengesan dan memastikan ketulenan serta keaslian sesuatu sumber itu bergantung pada seberapa banyak individu itu terdedah kepada sumber sejarah dan penggunaan pelbagai sumber sejarah dalam menentukan sesuatu kebenaran dalam sejarah. Dalam erti kata lain, semakin banyak sumber yang diguna pakai oleh ahli sejarah sebagai rujukannya, semakin tinggi kemahiran sejarahnya terutama dalam menentukan kebenaran dalam sumber sejarah tersebut. Dalam kajian yang terdapat dalam sumber sejarah, keaslian sumber sejarah boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu keaslian sumber, kandungan sumber tersebut, dan tujuan mengkaji sumber.4 Di samping itu, salah satu ciri yang dikaitkan dengan sumber ialah kandungan maklumatnya yang masih bersifat asli.5

Jika kita melihat kritikan secara umum, ia merujuk kepada suatu proses pentafsiran sesuatu bukti iaitu satu kajian bagi mendapatkan kebenaran sesuatu perkara itu. Menurut Bilcher Bala dalam penulisannya iaitu, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah telah menyatakan bahawa istilah kritikan merujuk kepada proses pentafsiran bukti iaitu suatu ujian yang dijalankan untuk mendapatkan kebenaran.6 Proses pentafsiran sangat penting dalam penulisan sejarah kerana sejarah bukanlah semata-mata kumpulan bahan sejarah lama sahaja tetapi kandungannya perlu dikaji, dinilai dan seterusnya diberi pengamatan yang kritis seterusnya dijadikan panduan bagi generasi yang akan datang dan maka sebab itulah proses tersebut penting kepada penulisan sejarah. Jadi, ahli sejarah tidaklah berperanan sebagai penyalin, perakam, atau pemetik maklumat-maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber tersebut.

4 G.J. Garraghan, 1984. A Guide To Historical Method. United States of American : University Press Book, hlm. 104. 5 R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican & Sons (M) Sdn. Bhd, hlm. 31. 6 Bilcher Bala, 2000. Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Shah Alam : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd, hlm 65.

Page 4: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

Selain itu, kritikan ialah satu garis panduan yang dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk mentafsir sumber-sumber sejarah yang bersifat asli dan tulen. Mereka melakukan pentafsiran ini bukanlah untuk menolak sesuatu perkara secara diskriminasi untuk kepentingan sendiri tetapi ianya bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan siapa yang menulis ataupun dari mana sesuatu sumber itu didapati dan dihasilkan. Proses pentafsiran ataupun kritikan ini dilakukan oleh ahli sejarah kepada kesemua jenis sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Kritikan ahli sejarah tentang penulisan sejarah memerlukan pentafsiran dan penilaian yang bernas dan wajar maka barulah kritikan itu lengkap dan diterima pakai serta menjalankan tugas sebagai kritikan.

Karya kritikan yang baik ialah kritikan yang memerikan, memfokuskan dan menerangkan bahagian-bahagian, unsur-unsur dan aspek-aspek dalam penulisan sejarah.7 Jika kita membincangkan tentang sejarah bermulanya ahli sejarah terlibat dalam penulisan sejarah, maka kita akan mendapat maklumat tentang tarikh itu ialah semasa awal abad kelima sebelum Masihi. Sebagai contoh, Herodotus yang digelar ‘bapa sejarah’ telah menulis karyanya berkenaan Perang Parsi-Yunani dengan mengumpulkan segala bukti tentang peristiwa pahit yang melanda Yunani dan karya berkenaan Afrika serta banyak lagi sejarah berkenaan tempat bahagian-bahagian kecil Afrika. Penulisan sejarah ini ditulis oleh Herodotus berdasarkan maklumat yang didengar olehnya daripada penduduk tempatan dan orang ramai yang terlibat dalam sesuatu kejadian atau peristiwa sejarah itu.8 Berdasarkan sumber Herodotus yang digunakan oleh sejarawan dalam penulisan mereka tanpa melalui proses kritikan, maka banyak fakta yang kurang tepat dan meragukan dalam penulisan mereka. Contohnya karya Herodotus berkenaan Perang Parsi-Yunani, beliau telah memasukkan unsur-unsur mitos serta cerita dongeng dan ini telah menyebabkan sumber Herodotus yang digunakan sejarawan kurang tepat. Keadaan ini berterusan sehingga muncul kesedaran 7 Sahlan Mohd Saman, 1985. Kritikan : Situasi mutakhir dan Arah Masa Depan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 59. 8 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 56.

Page 5: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

berkenaan sejarah di kalangan golongan intelektual untuk membuat kritikan dahulu terhadap kebenaran sumber sejarah itu sebelum mengambilnya sebagai sumber sejarah.

Menurut March Bloch, kritikan merujuk kepada kaedah menguji kebenaran sesuatu sumber kerana adanya kesangsian dan syak wasangka berkenaan sesuatu fakta.9 Pendapat beliau ini disokong oleh Collingwood yang menyatakan bahawa pemikiran berkenaan sejarah telah mencipta satu tekniknya yang tersendiri. Tanggapan bahawa ahli sejarah perlu tunduk kepada kewibawaan sumber-sumber sejarah atau bergantung ke atas ingatan orang terlibat dengan peristiwa itu yang telah menjadi pendapat ahli sejarah pada zaman Yunani dan Rom silam serta zaman pertengahan di Eropah telah ditolak dan disangkal ahli sejarah sekarang.

Kesedaran telah muncul di kalangan ahli sejarah dan berpendapat bahawa gambaran cerita-cerita berkenaan sejarah seharusnya disahkan oleh ahli sejarah itu yang mana penulis sejarah itu dengan mengikut lunas-lunas rasional. Kritikan terhadap sumber perlu dibuat oleh ahli sejarah sendiri demi kepastian untuk menggunakan sumber-sumber yang tulen tentang sejarah tersebut untuk memperbaiki sesebuah kajian itu.

Sejarah kritikan ini telah dimulakan oleh ahli sejarah Islam iaitu Jabal Al-Ghazalie yang telah banyak memberikan pendapatnya dengan membahaskan tentang persoalan kritikan. Selain itu, At-Tabari merupakan antara ahli sejarah awal yang memberikan perhatian kepada kebenaran sejarah dalam penulisan sejarah.10 Penulisan sejarah dengan menggunakan sumber-sumber yang lelaui proses kritikan diteruskan lagi oleh Descrates pada zaman Renaissance di Eropah iaitu golongan anti-Kristian. Pada ketika itu, muncul percubaan yang cuba persoalkan tentang dua sumber utama ajaran kritikan iaitu kitab Taurat dan kitab Zabur. Selepas itu, pada zaman 1795 sehingga 1886, ahli sejarah moden iaitu 9 R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican & Son (M) Sdn. Bhd. hlm. 35. 10 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.58.

Page 6: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

Leopold Von Ranke pula bertanggungjawab dalam memperkembangkan penulisan sejarah melalui seminarnya di Universiti Berlin. Tetapi akhirnya, Ernst Bernsein pada tahun 1889 telah mengklasifikasikan kritikan sumber kepada dua kategori iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.

2.0 Kepentingan Kritikan Luaran Sejarah

2.1 Menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber sejarah.

Kritikan luaran secara khususnya dilakukan untuk menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber sejarah. Dalam proses kritikan luaran, terdapat beberapa permasalahan yang berkaitan. Kita boleh lihat sebagai contoh iaitu kes berkenaan dengan kitab Injil. Masalah ini wujud

Page 7: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

kerana terdapat beberapa versi dalam kitab ini. Oleh kerana itu, timbul persoalan seperti kitab ini yang digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini merupakan kandungan-kangdungan sebenar kitab tersebut atau yang sudah mengalami pelbagai perubahan dan pindaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kita boleh lihat dimana bukti yang jelas sekali berkaitan dengan ayat yang dikenali sebagai Comma Johannium atau tiga kesaksian langit dalam kitab Injil yang menyatakan 3 yang menjadi saksi di syurga kelak, iaitu anak, bapa dan roh kudus, maka ketiga-tiganya menjadi satu. Rev. Dr. Charles Francis Potter telah menyangkal hal ini dan menyatakan dalam kenyataannya bahawa ayat ini dianggap sebagai satu pemalsuan yang disengajakan. Beliau juga menyatakan bahawa kesemua ayat dalam fasal 21 Injil St. John itu telah disunting oleh jemaah penyunting. Kemudiannya fasal ini telah ditambah dengan ayat-ayat yang lain11.

Selain itu, masalah ini juga timbul dalam kalangan umat Islam sendiri, iaitu antara golongan sunni (golongan yang berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-Hadis) dengan golongan syiah (golongan yang mengagungkan Ali Abi Talib). Keraguan ini timbul apabila golongan Sunni menyatakan bahawa Al-Quran ini tidak terdapat sebarang petambahan atau pengurangan ayat dan Al-Quran yang ada sekarang ini sah dan tulen mempunyai 6000 ayat sebenarnya. Keadaan ini berbeza dengan pegangan dan fahaman golongan sunni. Bagi mereka, Al-Quran jelas telah dinyatakan dalam kitab yang menjadi pegangan golongan mereka iaitu kitab Al-Kahfi yang ditulis oleh Al-Kulaini mempunyai 17000 ayat kesemuanya. Keadaan ini yang telah menimbulkan percanggahan pendapat mereka. Mereka menganggap bahawa golongan sunni sebenarnya telah tertinggal 11000 ayat lagi iaitu dua pertiga daripada jumlah ayat sebenar.

Keadaan ini menjadi bertambah konflik apabila terdapat perbezaan fahaman antara golongan Sunni dan Syiah melibatkan persoalan dalam sumber Hadith. Bagi golongan sunni, sumber kedua selepas Al-Quran 11 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. hlm. 66.

Page 8: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

adalah Hadith. Dalam rangkaian Hadith yanga ada, telah sepakat bahawa dalam kalangan umat Islam telah menerima Hadith-hadith riwayat Bukhari dan Muslim sebagai yang tertinggi darjat kesahihannya. Kemudian, ianya diikuti oleh riwayat Nasai, Tarmizi, Abu Daud dan lain-lain. Walaubagaimanapun, hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat seperti hadith Bukhari dan Muslim telah ditolak oleh golongan Syiah. Malahan, mereka telah mengkafirkannya12. Golongan Syiah ini juga sangsi terhadap Al-Quran yang dihimpunkan pada zaman Abu Bakar As-Siddiq dan zaman Umar Al-Khattab iaitu pada zaman Khulafa Al-Rashidin. Sebaliknya hanya menerima Al-Quran dan hadith yang diriwayatkan dan dihimpunkan oleh ahli-ahli bait yang berketurunan dan nasab Nabi Muhammad S.A.W.13

Kesangsian juga berlaku dalam sejarah klasik seperti terhadap tokoh-tokoh besar seperti Socrates. Pemikiran Socrates telah diragui kerana beliau tidak meninggalkan sebarang catatan bertulis tentang idea dan pemikirannya. Keanyakan tentang ketokohannya hanya diketahui melalui pelajarnya iaitu Plato14. Di nusantara atau kepulauan melayu, masalah ketiadaan nama pengarang telah menjadi ciri umum dalam teks-teks klasik, baik yang bercorak sastera rakyat ataupun bercorak hindu. Malahan sastera hindu juga menghadapi masalah yang sama iaitu ketiadaan nama pengarang dan kandungannya pula banyak merupakan rekaan dan tokok tambah.

2.2 Mengelakkan pemalsuan fakta-fakta sejarah.

Dalam proses kritikan luaran terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengelakkan pemalsuan fakta-fakta sejarah, penyelewengan atau disalahterjemahkan dan ditinggalkan mana-mana bahagian yang tidak menyenangkan serta tidak memberikan manfaat kepada sesuatu pihak yang terlibat. Contohnya adalah dalam kes pemalsuan Dokumen Donation Of Constatine pada abad ke-8 oleh

12 Ibid, hlm. 68.13 Abdul Rahman Haji Abdullah (1996). Pengantar Ilmu Sejarah,. hlm. 78. 14 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. hlm. 68.

Page 9: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

golongan Paus.Pihak yang melakukan penyelewengan ini adalah didorong oleh sifat untuk menyokong tuntutan Paus terhadap kawasan-kawasan yang pernah diperintah oleh Maharaja Constatine.

Surat ini telah dikeluarkan atas nama Maharaja constatine oleh seorang Paderi Rom pada abad yang ke-8 T.M. Selain itu, ini juga disebabkan hasrat mencari wang seperti yang dikatakan oleh Gottschalk tentang pemalsuan surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis. Kaedah-kaedah ini adalah ujian Kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian terhadap bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber.

3.0 Kaedah Kritikan Luaran

Dalam proses kritikan luaran terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengelakkan pemalsuan fakta-fakta sejarah, penyelewengan atau disalahterjemahkan dan ditinggalkan mana-mana bahagian yang tidak menyenangkan serta tidak memberikan manfaat kepada sesuatu pihak yang terlibat. Sebagai contoh, kita boleh lihat dalam kes pemalsuan Dokumen Donation Of Constatine pada abad ke-8 yang telah dilakukan oleh golongan Paus. Pihak yang melakukan penyelewengan ini adalah didorong oleh sifat untuk menyokong tuntutan Paus terhadap kawasan-kawasan yang pernah diperintah oleh Maharaja Constatine. Surat ini telah dikeluarkan atas nama Maharaja Constatine oleh seorang Paderi Rom pada abad yang ke-8 Masihi. Selain itu, ini juga disebabkan hasrat mencari wang seperti yang dikatakan oleh Gottschalk tentang pemalsuan surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis. Antara kaedah-kaedah yang terdapat dalam proses kritikan luaran ialah ujian Kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian terhadap bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber.

Page 10: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

Ujian Kimia terhadap sumber dan dokumen sejarah bertujuan untuk mengetahui umur sebenar bahan dan dokumen tersebut15. Ujian ini hendaklah dilakukan oleh pakar kimia kerana hal ini di luar bidang kuasa sejarawan dan sumber tersebut akan dihantarkan ke makmal kimia terlebih dahulu. Dalam proses ini, ujian yang dijalankan ialah memerhatikan keadaan kertas, dakwat dan cop yang digunakan mengikut peredaran zaman. Pakar kimia akan memastikan sama ada sesuatu dokumen benar-benar dikeluarkan pada masa yang didakwa oleh pihak yang memiliki dokumen tersebut. Sebagai contoh ialah kertas yang digunakan tidak sama mengikut jenis yang berlain mengikut peredaran zaman.

Pada pandangan mata kasar, kertas masa kini dengan masa dahulu sama saja tetapi dengan menjalankan ujian kimia kita dapat mengetahui umur kertas yang digunakan. Kaedah ini penting kerana seperti yang kita sedia maklum dakwat yang digunakan iaitu dakwat masa kini berlainan dengan masa lampau kerana proses dan bahan pembuatan yang berlainan. Kita boleh melihat ketulenan sesuatu sumber sejarah itu dengan ujian ini seperti kes Manuskrip Jernal yang disimpan oleh Frank Swettenham yang mengandungi catatan dari bulan April 1894 hingga Februari 1897. Manuskrip ini disahkan tulen oleh seorang pakar kimia setelah dapat menguji kertas dan dakwat yang digunakan dalam lima jilid jurnal tersebut sememangnya berusia lebih kurang 100 tahun16.

Contoh lain yang kita boleh lihat ialah kes ketulenan Buku Harian Hitler. Menurut Gerd Heidemann ( Wartawan majalah Stern) buku harian Hitler ini dijumpai setelah hasil usahanya menghubungi bekas pemimpin Nazi yang mempunyai maklumat tentang kehilangan dokumen-dokumen Nazi dan maklumat peribadi Hitler yang telah dihantar melalui sebuah kapal terbang sejurus sebelum kapal terbang ini terhempas. Kemudian, Diari Hitler ini telah dijual kepada seorang hartawan. Pada tahun 1983, seorang wartawan majalah stern yang diterbitkan di Jerman telah membeli buku tersebut daripada seorang hartawan dan mengatakan hasil 15 R. Suntharalingam (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 37.16 Ibid. hlm.37.

Page 11: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

karya ini adalah yang asli17. Beberapa cara lagi boleh dilakukan untuk menentukan keaslian sumber ialah dengan membandingkan satu dokumen dengan satu dokumen yang lain yang sezaman dengannya daripada segi jenis dakwat dan kertas yang digunakan.

Di samping itu, bagi mengasahkan ketulenan sesuatu dokumen atau sumber adalah dengan melakukan ujian bahasa. Ujian bahasa dilakukan untuk melihat ketulenan sesuatu dokumen dan disahkan melalui bahasa. Sebagaimana yang kita ketahui, gaya bahasa yang digunakan dalam sesuatu sumber dan dokumen akan sentiasa berubah-ubah dari segi nshu, struktur ayat, ejaan, istilah tanda baca dan sebagainya mengikut peredaran masa dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Menurut G.J. Garraghan mengatakan bahawa gaya tulisan Latin oleh Livy yang bertarikh abad pertama tidaklah serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad ke-9.18 Sepertimana yang kita ketahui, kita juga boleh mengenali gaya tulisan Bahasa Melayu pada awal 1960-an berbanding gaya tulisan bahasa melayu pada masa kini.

Sebagai contoh yang boleh kita ambil, penulisan teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Struktur ayat serta tatabahasa yang digunakan dalam penulisan teks Sejarah Melayu itu tidak sama dengan keadaan struktur ayat serta tatabahasa bahasa Melayu moden pada hari ini. Perkataan yang digunapakai dalam penulisan itu sukar untuk difahami kerana menggunakan bahasa Melayu klasik.19 Untuk menjalankan dan mengesahkan ujian ini, sejarawan memerlukan kerjasama ahli fisologi untuk menentukan atau menilaikan gaya dan bahasa daripada teks atau sumber yang digunakan. Apabila kita menggunakan orang yang pakar dalam bidang ini, kesahihan atau ketulenan struktur ayat yang digunakan dalam bahasa sesuatu teks dapat diketahui sama ada ianya palsu ataupun tulen untuk dijadikan sumber yang digunakan sejarawan dalam penulisan sejarahnya.

17 Ibid. hlm. 39.18 Ibid. hlm. 37.19 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. hlm. 69.

Page 12: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

Kaedah seterusnya untuk mengesahkan ketulenan sesuatu dokumen itu adalah dengan melakukan ujian tulisan tangan. Ujian tulisan tangan dilakukan terhadap dokumen yang ditulis tangan bukan yang ditaip dan dicetak. Garragham mengatakan bahawa tulisan tangan ini mempunyai gayanya yang tersendiri dan pakar-pakar boleh mengesan perbuatan meniru tulisan tangan orang lain. Walaupun tulisan tangan antara seorang individu sama tidak mungkin sama seratus- peratus tetapi mungkin hanya 90 peratus sahaja.Tulisan tangan seseorang akan berubah mengikut peredaran zaman20.

Misalnya, dalam kes pemalsuan Buku Harian Hitler, termasuk tandatangan yang terdapat disetiap halaman buku tersebut telah diuji oleh pakar-pakar akan ketulenannya. Ujian ini dilakukan dengan cara membandingkan antara dokumen-dokumen yang pernah ditulis oleh Hitler dengan buku tersebut. Setelah ujian tulisan tangan ini dibuat, pemalsuan buku tersebut telah terbongkar apabila ujian yang dijalankan oleh ahli paleografi mengesahkan bahawa tulisan tangan tersebut tidak sama dengan tulisan tangan Hitler sendiri seperti mana yang terdapat dalam dokumen-dokumen Hitler yang lain. Tulisan berubah mengikut peredaran masa dan menjadikannya masalah kepada orang yang berniat untuk memalsukan karya atau dokumen yang didakwa tulisan seseorang tokoh yang terkenal. Kita boleh melihat antara tokoh-tokoh lain yang terkenal selain Hitler yang cuba ditiru tulisan tangannya ialah Napoleon Bonarparte dari Perancis, Otto Von Bismark dari Jerman, Abraham Lincoln dari Amerika Syarikat dan Churchill.21 Tokoh-tokoh ini mempunyai tulisan tangan yang tidak mudah ditiru oleh orang lain.

Kaedah terakhir dalam kritikan luaran ialah dengan melakukan ujian terhadap bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada bahan yang digunakan dalam menghasilkan dokumen itu memang sudah wujud pada tarikh dokumen itu dibuat atau belum. Kemahiran dan kepakaran ahli

20 Rozeman Abu Hassan (2004). Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah. Shah Alam: Pustaka Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm. 43.21 R. Suntharalingam (1985). Pengenalan kepada Sejarah. hlm. 38.

Page 13: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

sejarah diperlukan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu dokumen. Sekiranya ahli sejarah gagal menentukan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dokumen tersebut benar-benar wujud maka ahli sejarah perlu meminta kepakaran dalam bidang ilmu sains.

Dalam menentukan umur dan kandungan bahan kimia yang terkandung dalam sesuatu sumber tersebut, pakar kimia diperlukan untuk menguji sama ada kertas atau dakwat yang digunakan telah wujud dan seusia atau sezaman dengannya. Misalnya, jika mengatakan bahawa kertas yang digunakan sebelum tahun 1150 T.M, ia sememangnya dokumen itu palsu kerana pada masa tersebut hanya kulit kambing digunakan sebagai alat tempat menulis. Kertas hanya dicipta pada abad ke-4 di negara China. Contohnya kertas yang terawal telah dicipta oleh Tshai Lun pada tahun 105 Masihi di China.22 Begitu juga hal yang berkaitan dengan perkembangan kaedah percetakan di dunia sama ada menggunakan teknik percetakan lama, moden, kaedah penulisan dengan pen berdakwat atau pensel. Teknik percetakan taip cerai atau moveable type telah diperkenalkan oleh seseorang berbangsa Jerman iaitu Johannes Gutenberg (1387-1468).23

Pada hari ini kaedah percetakan moden boleh menyebabkan berlakunya pemalsuan dokumen dan sumber sejarah seperti terdapatnya individu yang tidak bertanggungjawab akan cuba mencetak sumber-sumber sejarah seperti dokumen, surat perjanjian, diari dan juga buku dengan tujuan mengaut keuntungan.24 Sebagai contoh, ujian ini juga telah dibuat ke atas sebuah dokumen yang dicatatkan pada tahun 1350 M yang menggunakan alat pencetakan. Dokumen ini telah ternyata palsu kerana alat pencetakan hanya dicipta pada abad ke-15.25 Pemalsuan Buku Harian

22 Stephen F. Manson. (1990). Sejarah Ilmu Sains, (Rusli Abdul Ghani). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm.6723 Wan Ali Wan Mamat. (1988) Pemuliharaan Buku dan Manuskrip. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm.3724 Rozeman Abu Hassan. Mengenali Dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah. hlm.4625 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. hlm. 69.

Page 14: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

Hitler juga dapat dibongkar dengan mendedahkan bahawa benang-benang Polyester yang digunakan dalam bahan penjilidan buku hanya digunakan selepas tahun 1945, iaitu selepas kematian Hitler.

Page 15: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

Penutup

Kemungkinan berlakunya penyelewengan sumber, sama ada diceritakan dengan lebih menarik dan dikurangkan faktanya untuk menyedapkan lagi sesuatu sejarah itu amat tinggi.26 Kaedah kritikan luaran dapat memperbetulkan fakta atau sumber yang telah dipesongkan disebabkan ada di antara fakta tersebut yang tidak dapat diterima dengan logik akal kita sekali. Melalui kritikan luaran juga, kita dapat mengenal pasti kekeliruan dan kepalsuan yang dicetuskan oleh sesuatu sumber tersebut.

Kaedah – kaedah seperti ujian kimia dan ujian bahan membolehkan fakta yang diterangkan bukan sahaja dapat ditentukan kesahihannya, malahan ketepatan fakta tersebut juga dapat dipertahankan melalui bukti yang diterangkan di dalam ujian bahan tersebut.

Kesimpulannya, konsep kritikan luaran amatlah luas dan begitu kompleks sekali. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh konsep persejarahan yang amat luas dan bidang ini memerlukan suatu proses pendokumentasian yang teliti. Melalui kaedah – kaedah yang diterangkan di atas, kritikan luaran sememangnya diperlukan dalam mendapatkan kebenaran dan ketulenan sesuatu fakta sejarah.

26 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur, hlm 54

Page 16: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

Bibliografi

Abdul Rahman Hj. Abdullah (1996). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka

Arba’iyah Mohd Noor, (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka

Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Shah Alam : Angkatan Edaran

Ent. Sdn. Bhd

G.J. Garraghan, (1984). A Guide To Historical Method. United States of American :

University Press Book

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhd Yusof Ibrahim (2002). Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

R. Suntharalingam (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican & Sons

(M) Sdn. Bhd

Rozeman Abu Hassan (2004). Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah. Shah

Alam: Pustaka Karisma Publications Sdn. Bhd

Sahlan Mohd Saman, (1985). Kritikan : Situasi mutakhir dan Arah Masa Depan. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Stephen F. Manson. (1990). Sejarah Ilmu Sains, (Rusli Abdul Ghani). Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Page 17: (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

Wan Ali Wan Mamat. (1988) Pemuliharaan Buku dan Manuskrip. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka