garis panduan pembinaan paparan iklan luaran

24
A. GARIS PANDUAN PEMBINAAN PAPAN IKLAN DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 1. Semua kelulusan / perakuan yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya melibatkan kawasan Rezab Jalan / Lebuhraya Persekutuan di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah dirujukkan ke PBT berkenaan untuk kelulusan permit paparan iklan. 2. Semua paparan iklan di atas tanah hendaklah dilanskapkan dengan cantik dan dipelihara oleh pengiklan-pengiklan. Adalah digalakkan penanaman bunga raya merah kuning dan pokok puding merah kuning di kawasan lanskap paparan iklan tersebut. 3. Tidak dibenarkan paparan ”Free Standing” biasa (saiz 10’ x 40’ dan 20’ x 60’ ) didirikan di mana-mana kawasan PBT dan paparan tersebut hendaklah ditukarkan kepada Paparan ’Monophole’ dengan satu paksi. Lampu penyuluh paparan hendaklah disorokkan agar tidak kelihatan terkeluar dari struktur paparan iklan. 4. Jarak antara satu ’Unipole’ dengan satu ’Unipole’ yang lain adalah sekurang-kurangnya 500 meter dan tiada paparan-paparan iklan lain boleh didirikan di dalam radius tersebut. 5. Jarak antara satu ’monopole’ dengan ’monopole’ yang lain adalah 250 meter dan tiada paparan ’monopole’ lain boleh didirikan di dalam radius 250 meter dari ’monopole’ yang telah didirikan; dan 6. Paparan-paparan iklan tidak dibenarkan disusun dalam bentuk jajaran di kawasan-kawasan persimpangan utama sebaliknya bilangan paparan di persimpangan jalan utama hendaklah dikurangkan dengan penggunaan paparan elektronik. Kaedah ini berkonsepkan ’minimizebut modernize’. 7. Kain-kain rentang adalah tidak dibenarkan sama sekali di persimpangan-persimpangan utama dan jalan-jalan utama/protokol. 1

Upload: trinhque

Post on 20-Dec-2016

275 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

A. GARIS PANDUAN PEMBINAAN PAPAN IKLAN DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

1. Semua kelulusan / perakuan yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya melibatkan kawasan Rezab Jalan / Lebuhraya Persekutuan di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah dirujukkan ke PBT berkenaan untuk kelulusan permit paparan iklan.

2. Semua paparan iklan di atas tanah hendaklah dilanskapkan dengan

cantik dan dipelihara oleh pengiklan-pengiklan. Adalah digalakkan penanaman bunga raya merah kuning dan pokok puding merah kuning di kawasan lanskap paparan iklan tersebut.

3. Tidak dibenarkan paparan ”Free Standing” biasa (saiz 10’ x 40’ dan 20’

x 60’ ) didirikan di mana-mana kawasan PBT dan paparan tersebut hendaklah ditukarkan kepada Paparan ’Monophole’ dengan satu paksi. Lampu penyuluh paparan hendaklah disorokkan agar tidak kelihatan terkeluar dari struktur paparan iklan.

4. Jarak antara satu ’Unipole’ dengan satu ’Unipole’ yang lain adalah

sekurang-kurangnya 500 meter dan tiada paparan-paparan iklan lain boleh didirikan di dalam radius tersebut.

5. Jarak antara satu ’monopole’ dengan ’monopole’ yang lain adalah 250

meter dan tiada paparan ’monopole’ lain boleh didirikan di dalam radius 250 meter dari ’monopole’ yang telah didirikan; dan

6. Paparan-paparan iklan tidak dibenarkan disusun dalam bentuk jajaran

di kawasan-kawasan persimpangan utama sebaliknya bilangan paparan di persimpangan jalan utama hendaklah dikurangkan dengan penggunaan paparan elektronik. Kaedah ini berkonsepkan ’minimize’ but modernize’.

7. Kain-kain rentang adalah tidak dibenarkan sama sekali di

persimpangan-persimpangan utama dan jalan-jalan utama/protokol.

1

Page 2: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

B. GARIS PANDUAN PEMASANGAN PAPARAN IKLAN DI DALAM REZAB LEBUHRAYA / JALAN PERSEKUTUAN

a. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

1. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

Pemasangan struktur paparan iklan di rezab lebuh raya dikuatkuasakan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Pindaan Mac 1994. Seksyen 85 (A) memperuntukkan: i) Menteri Kerja Raya mempunyai kuasa memberikan hak

pendudukan bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian jalan rezab itu kepada mana-mana orang bagi maksud mendirikan struktur bagi iklan atau pengumuman awam lain bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat, termasuk caj pendudukan, sebagaimana yang Menteri atau pihak berkuasa itu menentukan.

ii) Tiada hak pendudukan sedemikian boleh diberikan melainkan

jika pelan yang mengandungi perincian penyusunan atur struktur itu (termasuk butir-butir yang ditetapkan) telah dikemukakan kepada dan diluluskan oleh Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang boleh mengkehendaki supaya dibayar deposit jaminan dan diberi insurans liabilit awam, bagi apa-apa jumlah wang yang Menteri atau pihak berkuasa itu memikirkan patut, oleh pemohon sebagai sebahagian daripada syarat bagi kelulusan. Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan, megikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia dan mengawal pembinaan struktur itu.

2. Akta Perwakilan Kuasa 1956

Seksyen 5 memperuntukkan: “Menteri mewakilkan kuasanya di bawah Seksyen 77,84,85 dan 85A Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkenaan jalan-jalan Persekutuan kepada Ketua Pengarah Kerja Raya”.

2

Page 3: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

b. PRINSIP ASAS

3. Dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan untuk mendiri / memasang paparan iklan di rezab lebuh raya / jalan Persekutuan, prinsip-prinsip berikut mesti dipatuhi:

a. Paparan iklan tidak menjadi “traffic hazard” kepada pengguna lebuh raya.

b. Paparan iklan tidak menghalang atau melindungi papan tanda lalu lintas (traffic signs) dan peralatan kawalan lalu lintas (traffic control devices).

c. Paparan iklan tidak menghalang jarak pemandangan pemandu kenderaan.

d. Mesej dan reka bentuk paparan iklan tidak mengelirukan pemandu kenderaan. Struktur paparan iklan mesti diasingkan daripada papan tanda lalu lintas dan peralatan kawalan lalu lintas.

e. Paparan iklan tidak menganggu perhatian pemandu kenderaan; dan

f. Paparan iklan tidak merosak dan mencemarkan keindahan alam

sekitar di lebuh raya / jalan raya.

3

Page 4: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

c. KAWASAN YANG DIBENARKAN DIDIRIKAN PAPARAN IKLAN

4. Paparan iklan boleh dibenarkan di kawasan-kawasan berikut:

a. Di dalam kawasan Rehat & Rawat ( Rest & Service Area) serta Hentian sebelah (Lay By) yang berada dalam rezab lebuh raya / jalan Persekutuan dan mengikut kesesuaian tapak;

b. Parapet Jambatan bagi jambatan yang melintasi lebuh raya atau jalan

raya dan mengikut kesesuaian tapak dan geometri;

c. Sepanjang lebuh raya/ jalan Persekutuan dalam Bandar di mana jarak antara satu paparan iklan dengan yang lain hendaklah sekurang-kurangnya 500 meter – 1000 meter, serta bergantung kepada had laju jalan dan kesesuaian tapak berkenaan;

d. Untuk jalan raya / lebuhraya antara Bandar (inter urban), jarak antara satu

paparan iklan dengan yang lain hendaklah sekurang-kurangnya 1 km – 2 km. Serta bergantung kepada had laju jalan dan kesesuaian tapak berkenaan; dan

e. Paparan iklan sementara seperti ’banner’ hanya dibenarkan diletakkan di

dalam kawasan pembahagi jalan dan digantung. Tiang yang kukuh harus disediakan dan yang bersesuaian dengan saiz iklan tersebut boleh digunakan. ’Banner’ yang dibenarkan tidak berorientasikan komersial.

4

Page 5: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

d. KAWASAN YANG DILARANG DIDIRIKAN PAPARAN IKLAN

5. Paparan iklan adalah dilarang di kawasan-kawasan berikut:

a. Kawasan sejauh tidak kurang daripada 300 meter sebelum dan tidak kurang daripada 100 meter selepas dari satu-satu papan tanda lalu lintas (traffic signs) (GAMBARAJAH 1);

b. Paparan iklan tidak dibenarkan pada jarak 500 meter sebelum mana-

mana persimpangan mendatar (at-grade) (GAMBARAJAH 2);

c. Paparan iklan tidak dibenarkan pada jarak 500 meter sebelum dan di dalam kawasan mana-mana persimpangan bertingkat (interchange) (GAMBARAJAH 3);

d. Paparan iklan tidak dibenarkan dalam lingkungan 500 meter dari

kawasan Rehat & Rawat atau Hentian Sebelah (GAMBARAJAH 4);

e. Di tempat terdapat selekoh yang mengganggu jarak penglihatan pemandu;

f. Di kawasan cerun-cerun yang tinggi dan terowong; dan

g. Permohonan pemasangan struktur paparan iklan jenis ekatiang

(unipole) di kawasan Lembah Kelang perlu dirujuk kepada Kementerian Kerja Raya terlebih dahulu.

5

Page 6: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

e. KEPERLUAN REKA BENTUK DAN SAIZ PAPARAN IKLAN 6. Semua reka bentuk struktur paparan iklan yang dicadangkan mestilah

direka bentuk dan disediakan oleh seorang Jurutera Profesional yang bertauliah dengan Lembaga Jurutera Malaysia mengikut disiplin kejuruteraan yang berkenaan. Reka bentuk yang dikemukakan mesti mengandungi perincian dan mengambil kira keperluan beban, kelajuan angin, asas dan sebagainya. Ia juga mestilah disahkan selamat dan direka bentuk mengikut amalan kejuruteraan semasa di Malaysia.

a. Paparan iklan jenis ’free standing’ hendaklah mempunyai dimensi

berukuran empat segi bujur dengan saiz lebar maksima 15.0 meter dan tinggi 5.0 meter (GAMBARAJAH 5)

b. Paparan iklan jenis ekatiang (unipole) hendaklah mempunyai

dimensi berukuran empat segi bujur dengan saiz lebar maksima 25 meter dan tinggi 9 meter.Ketinggian maksima tiang dari aras tanah ke bahagian bawah paparan iklan hendaklah setinggi 8 meter ( GAMBARAJAH 6)

c. Paparan iklan jenis parapet jambatan / jejantas hendaklah

mempunyai lebar yang bersesuaian dengan rentangan jambatan / jejantas (bridge span) dan mempunyai ketinggian maksima 2 meter (GAMBARAJAH 7) dan hendaklah dipasang sebelah atas supaya tidak menutup pandangan orang berjalan dan juga untuk keselamatan para pajalan kaki.

d. Struktur paparan iklan hendaklah dibina paling hampir pada rezab

jalan atau mempunyai ’set-back’ tidak kurang dari 3.0 meter dari bahu jalan atau pengadang iklan tidak dibenarkan melampaui ruang udara kawasan bersebelahan atau di luar rizab jalan Persekutuan / lebuhraya.

e. Ketinggian bahagian bawah paparan iklan jenis ’free standing’ mestilah tidak kurang dari 3.0 meter di atas paras permukaan jalan atau bahu jalan yang mana lebih tinggi (GAMBARAJAH 8)

f. Pengadang rel ( guardrails ) mestilah diadakan di tempat-tempat di mana struktur paparan iklan itu dijangka membahayakan pengguna jalan raya.

6

Page 7: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

g. Paparan iklan yang mempunyai lampu penyuluh atau bercahaya,

pencahayaan dari paparan iklan itu mestilah tidak mengganggu penglihatan dan tidak, erlalu terang sehingga menyebabkan kesilauan kepada pengguna jalan raya.

h. Bahagian belakang struktur paparan iklan atau mana-mana bahagian paparan iklan yang tidak terlibat dengan iklan mestilah dicat dan dipastikan dalam keadaan yang bersih dan kemas sepanjang masa.

i. Bagi kes-kes di mana keperluan reka bentuk perlu dibuat pengubahsuaian memandangkan keadaan dan kawasan tapak yang terhad maka butir-butir reka bentuk, pelan kejuruteraan, saiz paparan iklan dan keadaan tapak perlu diperjelaskan berserta justifikasi yang kukuh oleh Jurutera Profesional yang bertauliah.

7

Page 8: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

f. IKLAN YANG TIDAK DIBENARKAN 7. Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan pada paparan iklan:

a. Penyeruan, penggalakan dan iklan jualan minuman keras dan jenama minuman keras;

b. Penyeruan, penggalakan dan iklan jualan rokok;

c. Gambar manusia dalam keadaan menjolok mata;

d. Penyeruan dan penggalakan kepada kelakuan yang melanggar

undang-undang;

e. Penggunaan perkataan yang panjang, bentuk grafik yang terlalu abstrak dan kefahaman yang tidak tepat boleh melekakan pemandu; dan

f. Lain-lain perkara yang tidak sesuai dengan adat resam, agama

dan nilai-nilai mulia masyarakat Malaysia.

g. PROSES PERMOHONAN 8. a. Permohonan untuk mendirikan struktur paparan iklan mestilah dibuat dalam borang permohonan seperti di Borang 1. Borang yang

dilengkapkan berserta pelan-pelan lokasi dan struktur perlu dikemukakan kepada LLM/JKR dalam empat (4) salinan.

b. Jurutera Perunding bertauliah perlu mengesahkan pelan-pelan yang

disertakan dan memperakukan permohonan yang dikemukakan adalah menurut kehendak-kehendak Garis Panduan Pemasangan Paparan Iklan Di dalam Rizab Lebuh Raya/Jalan Persekutuan seperti dalam Borang 1-A.

c. Sekiranya terdapat kes-kes di mana permohonan membina struktur

paparan iklan melibatkan pihak ketiga yang juga merupakan agensi berkuasa jalan, maka pihak pengiklan mesti membuat rujukan terlebih dahulu dengan agensi berkaitan. Pihak pengiklan mestilah mengemukakan surat ulasan atau pandangan pihak ketiga kepada LLM/JKR semasa permohonan dibuat. Syarat dan ulasan pihak ketiga ini hendaklah diambil kira semasa memberikan kelulusan. Kebiasaannya kes-kes ini wujud bagi lintasan yang berupa jambatan.

8

Page 9: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

h. PERMOHONAN LANJUTAN TEMPOH KELULUSAN 9. Permohonan melanjutkan tempoh kelulusan hendaklah dikemukakan

berserta dengan resit-resit bayaran yang telah dibuat semasa kelulusan pertama. Permohonan lanjutan tempoh kelulusan dianggap sebagai permohonan baru.

i. TEMPOH KELULUSAN 10. Tempoh kelulusan mendirikan struktur paparan iklan adalah seperti

berikut: A) JENIS & TEMPOH

JENIS

TEMPOH Paparan Iklan Sementara, banner dll

3 bulan secara kelompok

Parapet Jambatan/Jejambat

2 tahun setiap satu

Paparan Iklan Free Standing

3 tahun setiap satu

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

5 tahun setiap satu

B) Pemohon hendaklah mencatatkan nombor rujukan kelulusan oleh LLM/JKR serta logo LLM/JKR di setiap paparan iklan yang didirikan. Tempoh berkuat kuasa kelulusan juga perlu dicatatkan di paparan iklan yang didirikan.

9

Page 10: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

j. WANG CAGARAN / JAMINAN BANK 11. Pengiklan hendaklah mengemukakan jaminan bank atas nama Kerajaan

Malaysia sebagai gerenti sekiranya pihak pengiklan gagal memenuhi syarat-syarat kelulusan, gagal menurunkan papan iklan yang telah luput tempoh atau penyelenggaraan paparan iklan tidak sempurna. Jumlah jaminan bank yang dikehendaki adalah seperti berikut:

A) JENIS & JUMLAH JAMINAN BANK

JENIS

JUMLAH JAMINAN BANK Paparan Iklan Sementara, banner dll

tiada

Parapet Jambatan/Jejambat

RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara)

RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

RM 1,000.000

B) Sekiranya pemohon gagal mematuhi mana-mana syarat atau peruntukan yang telah ditetapkan, LLM/JKR berhak merampas wang cagaran/jaminan bank di atas.

C) Permohonan daripada syarikat-syarikat konsesi yang telah

diberikan hak eksklusif oleh Kerajaan untuk mendirikan paparan iklan di lebuh raya yang telah diwartakan adalah dikecualikan daripada bayaran wang cagaran. Bagaimanapun syarikat konsesi berkenaan perlulah memasukkan struktur paparan iklan dalam ’bon penyenggaraan’.

10

Page 11: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

k. INSURAN TANGGUNGAN AWAM 12. A) Pihak pengiklan hendaklah mengemukakan Insurans Tanggungan Awam (Public Liability Insurance) atas nama Kerajaan Malaysia

bagi jenis struktur paparan iklan yang didirikan dengan had tuntutan seperti jadual di bawah:

B) JENIS & JUMLAH INSURAN TANGGUNGAN AWAM

JENIS

JUMLAH JAMINAN BANK Paparan Iklan Sementara, banner dll

tiada

Parapet Jambatan/Jejambat

RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara)

RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

RM 1,000.000

l. PENYENGGARAAN PAPARAN IKLAN 13. A) Pihak pengiklan dikehendaki membuat penyenggaraan ke atas

semua paparan iklan supaya berada dalam keadaan baik, bersih, kemas dan tidak membahayakan kepada pengguna-pengguna jalan raya. Permohonan bagi membuat penyenggaraan oleh pihak pengiklan adalah seperti Borang 2. Pemeriksaan dan perakuan untuk memperolehi Sijil Kelayakan hendaklah dibuat oleh Jurutera Profesional bertauliah mengikut kekerapan seperti dinyatakan dalam jadual di bawah dan dikemukakan dalam Borang 2-A. Pihak pengiklan dikehendaki mengemukakan laporan pemeriksaan ini kepada LLM/JKR dalam tempoh dua (2) minggu selepas pemeriksaan dijalankan.

11

Page 12: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

B) JENIS & KEKERAPAN PEMERIKSAAN

JENIS

JUMLAH JAMINAN BANK Paparan Iklan Sementara, banner dll

tiada

Parapet Jambatan/Jejambat

RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara)

RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

RM 1,000.000

C) Pihak pengiklan hendaklah mengemukakan permohonan bagi mendapat surat pelepasan gerenti bank dan insurans liabiliti awam sebaik sahaja tempoh permit tamat. Satu lawatan dan pemeriksaan bersama akan dibuat bagi meninjau kawasan tapak berkenaan telah dibersihkan dan dibaikpulih seperti sedia ada. LLM/JKR akan mengeluarkan surat pelepasan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemeriksaan dijalankan dan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih diterima sepenuhnya.

D) LLM/JKR berhak mengarahkan supaya paparan iklan dirobohkan

sekiranya sijil pemeriksaan seperti dalam Borang 2 dan Borang 2-A tidak dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan atau tempoh kebenaran struktur paparan iklan telah tamat tempoh. Sekiranya pihak pengiklan gagal berbuat demikian selepas satu (1) bulan notis dikeluarkan, maka LLM/JKR berhak merobohkan struktur paparan iklan berkenaan dan segala kos yang terlibat akan ditanggung oleh pihak pengiklan.

12

Page 13: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

m. BAYARAN PEMPROSESAN

14. Setiap permohonan untuk mendirikan paparan iklan dikenakan bayaran pemprosesan seperti berikut:

JENIS

JUMLAH JAMINAN BANK Paparan Iklan Sementara, banner dll

tiada

Parapet Jambatan/Jejambat

RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara)

RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

RM 1,000.000

n. BAYARAN SEWA TAPAK 15. A) Bagi syarikat-syarikat konsesi yang telah diberikan ’Hak

Eksklusif’ oleh Kerajaan untuk mendirikan paparan iklan di rizab lebuh raya yang telah diswastakan, bayaran sewa tapak adalah dikecualikan.

B) LLM/JKR akan mengenakan bayaran sewa tapak terhadap

permohonan lain selain dari (a). Kadar sewa tapak adalah bergantung kepada penilaian yang dijalankan oleh Jabatan Penilaian Daerah masing-masing.

13

Page 14: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

o. SYARAT-SYARAT LAIN YANG PERLU DIIKUTI SELEPAS PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN 16. A) Gangguan kepada trafik tidak dibenarkan semasa kerja-

kerja membina dan menurunkan struktur paparan iklan oleh pihak pengiklan. Kawasan tapak dikehendaki pada setiap masa bersih dan kemas setelah kerja-kerja pembinaan atau penurunan struktur paparan iklan tersebut siap.

B) Tarikh penguatkuasaan pemasangan struktur paparan iklan

ini hanya bermula dari tarikh pengiklanan diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat. LLM/JKR hanya akan meluluskan tempoh masa yang bersesuaian dengan jenis struktur paparan iklan yang dipohon. Sekiranya pihak pengiklan tidak memperolehi permit pengiklan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan LLM/JKR maka pihak pengiklan hendaklah mengemukakan rayuan bagi mendapatkan lanjutan masa berdasarkan sebab-sebab yang munasabah.

C) Struktur paparan iklan yang dibina dan permukaan hadapan

paparan iklan mestilah menghala/menghadap ke arah lebuh raya/ jalan Persekutuan yang terlibat seperti yang dipohon oleh pihak pengiklan. Sebarang paparan iklan di bahagian belakang struktur paparan iklan adalah dilarang.

D) LLM/JKR berhak mengarahkan pihak pengiklan

mengalihkan struktur paparan iklan jika sekiranya tapak paparan iklan berkaitan diperlukan untuk lain-lain kegunaan dengan memberi notis. Sekiranya pihak pengiklan gagal mematuhi notis tersebut maka LLM/JKR berhak untuk merobohkan paparan iklan itu sebaik sahaja tempoh notis yang diberikan tamat. Sebarang kos yang terlibat akan ditanggung oleh pihak pengiklan.

E) LLM/JKR berhak meletakkan syarat-syarat baru atau

tambahan atas kelulusan yang telah diberikan dari masa ke semasa tetapi syarat-syarat berkenaan perlu dirujuk kepada Kementerian Kerja Raya terlebih dahulu.

14

Page 15: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

p. PEMAKAIAN GARIS PANDUAN

17. Garis panduan ini mestilah dipakai di kesemua lebuh raya LLM/jalan Persekutuan yang di bawah bidang kuasa dan pengurusan sepenuhnya oleh LLM/JKR mulai tarikh ianya dikeluarkan.

18. Mana-mana garis panduan dan syarat-syarat bagi

permohonan pemasangan paparan iklan di dalam Rizab Lebuh Raya LLM dan Jalan Persekutuan JKR yang dikeluarkan terdahulu dengan sendirinya adalah terbatal.

15

Page 16: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

GAMBARAJAH REKABENTUK

DAN

SAIZ PAPARAN IKLAN

16

Page 17: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG MENDIRIKAN PAPARAN IKLAN

GAMBARAJAH 1

100 M MIN

TRAFFIC SIGN

300 M MIN

17

Page 18: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG MENDIRIKAN PAPARAN IKLAN

GAMBARAJAH 2

500 M

500 M

18

Page 19: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG MENDIRIKAN PAPARAN IKLAN

GAMBARAJAH 3

500 M

500 M

19

Page 20: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG MENDIRIKAN PAPARAN IKLAN

GAMBARAJAH 4

KAWASAN REHAT DAN RAWAT

DAN HENTIAN SEBELAH

500 M 500 M

20

Page 21: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

REKABENTUK DAN SAIZ PAPARAN IKLAN

FREE STANDING

MAX 5.0 M

MAX 15.0 M

JALANRAYA UTAMA PERSEKUTUAN

GAMBARAJAH 5

21

Page 22: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

UNIPOLE

GAMBARAJAH 6

MAX 25 M

MAX 9 M

MAX 8 M

R.O.W FENCE JALAN MIN 3.0 M

22

Page 23: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

PARAPET JAMBATAN

Lebar Bersesuaian Dengan Rentangan Jejambat

3.0 MAX

GAMBARAJAH 7

23

Page 24: Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

MIN 3.0 M

MIN 3.0 M

R.O.W FENCE

GAMBARAJAH 8

NOTA PAPARAN IKLAN HENDAKLAH DIPASANG SEJAUH MUNGKIN SEHINGGA KE TEPI R.O.W DAN TIDAK MELAMPAUI RUANG UDARA BERSEBELAHAN

24