final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

20
GANGGUAN BEKALAN AIR Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 16 - 23 Disember 2016, 16 - 23 Rabiulawal 1438 BERITA PENUH MUKA � % % BERITA PENUH MUKA � DYMM Tengku Permaisuri Selangor dahului senarai penerima darjah 4 � tahun Institusi Kesultanan Selangor 14 - - 15 Pembangkang sepakat gegar PRU-� Mohamed Azmin sanggah Abdul Khalid 16

Upload: phunglien

Post on 01-Jan-2017

255 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

GANGGUAN

BEKALAN AIR

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 16 - 23 Disember 2016, 16 - 23 Rabiulawal 1438

BERITAPENUH

MUKA �

%%

BERITA PENUH MUKA �

DYMM TengkuPermaisuri Selangordahului senarai penerima darjah

4

��� tahun Institusi KesultananSelangor

14--15

Pembangkang sepakat gegar PRU-�� Mohamed Azminsanggah Abdul Khalid

16

Page 2: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

Utama2 SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

Yang di-Pertuan Agong ke-15

Sultan Muhammad V lafaz sumpah jawatanKUALA LUMPUR - Sultan Kelan-tan, Sultan Muhammad V mela-faz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini, pada 13 Disember lalu.

Turut melafaz sumpah meme-gang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Tim-balan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Me-

syuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okto-ber lalu bagi tempoh lima tahun.

Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh peme-rintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, pada 12 Disember lalu.

Upacara di balairung seri itu bermula dengan Mesyuarat Ma-jlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sem-

pena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua baginda.

Mesyuarat Khas itu di-pengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memulakan istiadat, Penyim-pan Mohor Besar Raja-Raja, Da-tuk Syed Danial Syed Ahmad tampil menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Muhammad V yang kemudian-

nya melafazkan Sumpah Jawatan sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah jawatan itu ke-mudiannya ditandatangani Sul-tan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis, Tu-anku Syed Sirajuddin Putra Jamal-ullail sebagai saksi.

Penyimpan Mohor Besar Ra-ja-Raja kemudian menyembah-kan pula Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Nazrin yang ke-mudiannya melafazkan sum-

pah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah Jawatan ba- ginda turut ditandatangani Sul-tan Mizan dan Tuanku Syed Sira-juddin sebagai saksi.

Selesai istiadat itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudi-an memaklumkan bahawa Me-syuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.

PAKATAN-PPBM tandatangani perjanjian kerjasama hadapi PRU-��PETALING JAYA - Satu perjanjian kerjasama di antara Pakatan Hara-pan (PAKATAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditan-datangani bagi membentuk satu kerjasama politik bagi menghada-pi Barisan Nasional (BN) pada Pili-han Raya Umum ke-14 (PRU-14), pada 13 Disember lalu.

Perjanjian itu ditandatangani pucuk pimpinan parti komponen PAKATAN terdiri daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Is-mail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Ama-nah Negara (AMANAH), Moha- mad Sabu, manakala PPBM di-wakili Presidennya, Tan Sri Muh-yiddin Yassin.

Perjanjian menggariskan tu-juh perkara yang dipersetujui bersama termasuk perkara ke-empat iaitu mengadakan run-dingan dengan parti yang be-lum berada dalam perjanjian bagi memastikan tiada pertem-bungan tiga penjuru dalam pili-han raya nanti.

Perjanjian yang ditandatangani

di ibu pejabat KEADILAN itu turut menggariskan untuk mewujud-kan gabungan parti politik pem-bangkang sebelum PRU-14 de-ngan tujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Perkara lain yang turut dimuatkan dalam dokumen per-janjian bersejarah itu adalah se-perti berikut:

Perjanjian Kerjasama PAKA-TAN–PPBM

BAHAWASANYA Pakatan Ha-rapan (yang terdiri daripada KE-ADILAN, DAP dan AMANAH); dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan ini bersetuju dan komited akan perkara berikut:

1. Berjuang dengan berlandas-kan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutama:

i. Mempertahankan Perlem-bagaan Persekutuan, Islam se-bagai agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamal-

kan dengan bebas, aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta me-lindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan ke-pentingan sah kaum lain seja-jar dengan Perkara 153;

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan; dan

iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperlu-askan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua fran-ca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggu-naan dan pembelajaran baha-sa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi mem-perbaiki daya saing Malaysia di

peringkat antarabangsa. 2. Memperjuangkan Agenda Re-

formasi dalam kebangunan-semula negara demi rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, terma-suk kebenaran, keadilan, kebe-basan, integriti, kebajikan dan tatakelola yang baik.

3. Meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Ha-rapan-PPBM di dalam sesuatu pilihan raya di mana-mana peringkat setelah pembaha-gian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip ke-bolehmenangan (winnability).

4. Berunding dengan parti yang belum berada di dalam per-janjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu calon sahaja yang akan mewakili

pembangkang bagi melawan Barisan Nasional.

5. Mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang se-belum Pilihan Raya Umum ke 14 dengan tujuan untuk mem-bentuk kerajaan selepas pili-han raya.

6. Mewujudkan Jawatankua-sa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembaha-gian kerusi pilihanraya, mani-festo dan logo bersama dan merangka gerakerja Pilihan Raya Umum ke-14.

7. Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendak-lah memelihara hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan pertikaian menerusi perundingan ber-sama.

Page 3: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

Utama3SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

Kawalan pengurusan air dipertingkat

Selangor jamin sifar gangguan

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA - Kerajaan Ne-geri memberi jaminan gang-guan bekalan air yang berlaku seperti sebelum ini tidak akan berulang kembali, sekali gus mencapai 'sifar’ gangguan.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam, Permodenan Pertani-an dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, jaminan itu berdasarkan beberapa tindakan drastik dan kawalan pengurusan dilakukan pasukan jawatankua-sa serta agensi terbabit.

“Selepas beberapa insiden berlaku, kita menambah baik dari pada sudut komunikasi dan kita belajar daripada pengalam-an lepas.

“Kita mempunyai pasukan baik, malahan tindakan diambil bagi mengatasi insiden sebelum ini juga dilakukan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui di Mesyuarat Ta-hunan dan Persidangan Air Jawatankuasa Tindakan Ju-rutera-jurutera Air Daerah Se-Malaysia ke 29, di Hotel Grand Dorsett, pada 13 Disember lalu.

Bagaimanapun, Zaidy ber-kata insiden pencemaran ber-laku diluar kawalan kerana membabitkan negeri lain boleh diselesaikan dengan baik dan memerlukan kerjasama yang lebih.

“Kita akan pastikan semua agensi Kerajaan Negeri mahu-pun Kerajaan Persekutuan dan

Ganti paip atasi NRW giat dilaksana

Jom daftar Skim Peduli SihatSHAH ALAM - Rakyat Selangor khususnya kelompok B40 ber-pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan disarankan mendaftar Skim Peduli Sihat bagi mendapatkan rawatan hospital secara percuma.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali ber-kata, pemohon yang layak boleh mendaftar secara atas talian di https://pedulisihat.com/ atau me-

lalui pejabat Ahli Dewan Negeri berdekatan.

“Skim ini terbahagi kepada dua iaitu kategori A akan menerima manfaat kelebihan isi kad RM500 setahun dan tiada had jenis rawatan atau perubatan tertakluk kepada syarat kelayakan.

“Manakala, kategori B un-tuk individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapa-tan RM1,500 dan ke bawah yang

akan memperoleh isi kad bernilai RM200 juga tiada had rawatan serta perubatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pemohon berminat boleh menghubungi talian 03-208-93911 untuk maklumat lanjut.

Terdahulu, dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta bagi melaksanakan skim berke-naan kepada kelompok B40.

negeri terbabit memberi ker-jasama baik.

“Kita yakin dan memberi jami-nan perkara seperti ini akan di-laksanakan dengan lebih lancar. Kita berharap penambahbaik-an daripada sudut operasi dan tatakelola,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini meningkatkan ke-cekapan dengan memperban-yakkan stesen kawalan bagi mengawasi lembangan sungai dan menggunakan dron bagi tu-juan meninjau serta mengenal pasti punca pencemaran.

Terdahulu, dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Ne-geri memperuntukan RM 192.7 juta untuk pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang.

Kedua-dua loji rawatan air itu akan menambah bekalan air terawat sebanyak 400 JLH. Ker-ja pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 dijangka siap pada Disember 2017, manakala Loji Rawatan Air Labohan Dagang

akan mula beroperasi sepenuh-nya, pada pertengahan 2018.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada tahun hada-pan, perancangan juga dibuat untuk melaksanakan Projek Me-naiktaraf Loji Rawatan Air Su-ngai Langat dan Projek Menaikta-

raf Rumah Pam di 11 lokasi yang menelan kos RM 98 juta.

Kedua-dua projek itu bertu-juan memastikan bekalan air terawat dapat diagihkan kepada pengguna tanpa sebarang gang-guan. Bagi tahun 2017, sejumlah RM44 juta diperuntukkan bagi

melaksanakan projek berkenaan.Penggunaan semula aset

rumah juga dikenalpasti bagi mendapat meningkatkan jum-lah simpanan air dalam kolam dan seterusnya mengurangkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

SUBANG JAYA - Kerja penggan-tian paip lama bagi mengatasi kebocoran yang menyumbang kadar air tidak berhasil (NRW) kini ditahap 23 peratus siap.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Ab-dul Talib berkata, Kerajaan Negeri melalui Air Selangor Sdn Bhd me-nyasarkan pengantian paip itu sebanyak 24 peratus menjelang hujung tahun ini.

“Kerja penggantian berjalan lancar dan kita bersedia untuk melaksanakan tugas ini secara berterusan sehingga sasaran kita tercapai sehingga 2019.

“Sebanyak 84 kawasan hotspot dikenalpasti di seluruh negeri membabitkan sepan-jang 422 kilometer dinaik taraf menjelang 2019 dengan pe-runtukan RM350 juta keseluru-hannya,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui di Mesyuarat Tahunan dan Persidangan Air Jawatankua-sa Tindakan Jurutera-jurutera Air Daerah Se-Malaysia ke 29, di Hotel Grand Dorsett, pada 13 Di-sember lalu.

Zaidy berkata setakat ini, ka-dar NRW di Selangor ditahap 32 peratus berbanding sebelum ini

iaitu 35 peratus.“Bagi mengurangkan ka-

dar NRW ini kepada 29 pera-tus pada 2019, Kerajaan Ne-geri mahu kerjasama daripada semua pihak bagi mencapai sa-saran ditetapkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-kata tindakan holistik lain dilak-sanakan untuk mengurangkan kadar NRW itu ialah penggan-tian meter air rosak dan lama, penyambungan air tidak sah dan mengenal pasti pihak tidak mematuhi prosedur.

“Kita juga menggunakan teknologi yang paling efektif bagi mengenal pasti kebocoran

air, juga menguruskan sistem tekanan air supaya tidak mem-bebankan rangkaian saliran air,” katanya.

Pada 2011, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) gagal me-ngurangkan kadar NRW kurang daripada 30 peratus, sekali gus menjangkakan NRW meningkat melebihi 40 peratus, sehingga 2020.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri melalui penstrukturan semula industri air Selangor mengam-bil tindakan drastik bagi me-ngurangkan kadar NRW itu.

Page 4: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

Utama4 SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG - Tengku Permaisuri Se-langor, Tengku Permaisuri Nora-shikin mendahului senarai 101 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-71 Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah, pada 11 Disem-ber lalu.

Tengku Permaisuri Norashikin dikurniakan Darjah Kerabat Sela-ngor Yang Amat Dihormati (D.K.) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut dikurniakan dar-jah kebesaran sama.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim dan Panglima Tentera Laut, Laksama-na Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin merupakan penerima Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato’ Seri .

Sementara itu, Ketua Penga-rah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tan Sri Dr Ibrahim Lembut menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sul-tan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(kelas pertama) yang membawa

gelaran   Datuk Setia bagi lela-ki dan   Datin Paduka Setia bagi wanita.

Turut menerima S.S.I.S ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Mendahului senarai sembilan penerima Darjah Kebesaran Da-tuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(kelas kedua) yang mem-bawa gelaran Dato’ bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita adalah bekas Mursyidul Am PAS, Allahyar-ham Datuk Dr Haron Din.

Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak awal tahun ini telah menye-narai nama Haron sebagai calon untuk dikurniakan darjah kebe-saran tersebut, namun beliau me-ninggal dunia pada 16 September lalu di Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Penerima lain D.P.M.S ialah Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Bishop of Kuching, Sarawak Datuk Bolly Anak Lapok; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ahmad Zaidee Ladin dan Pengarah Urusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Holdings Sdn Bhd,

Prof Dr Husaini Omar.Turut menerima D.P.M.S adalah

Timbalan Panglima Tentera Laut, Markas Tentera Laut, Laksama-na Madya Datuk Anuwi Hassan;

Panglima 10 Briged Para, Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim; Timbalan Se-tiausaha (Pembangunan) Kera-

jaan Negeri Selangor, Nor Azmie Diron serta Pegawai Daerah Hulu Langat, Zul-kefli@Zulkefli Khalid.

Seramai lima atlet menerima darjah kebesaran Ahli Kegemila-ngan Sukan Selangor (A.K.S.), iaitu darjah dan bintang Kebesaran Su-kan Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dizahirkan Sultan Selangor sejak tahun lalu.

Mereka adalah pemenang pi-ngat emas acara lontar peluru Sukan Paralimpik 2016, Muham-mad Ziyad Zolkefli; Setiausaha Ke-hormat Persatuan Tenpin Bowling Selangor, Shalin Zulkifli; pelumba basikal negara, Mohd Rizal Tisin; gimnas artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi dan atlet terjun ke-bangsaan, Chew Yiwei.

Sebanyak 13 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) antaranya Teng-ku Indera Bijaya Diraja, Tengku Salehuddin Shah; Tengku Seri Per-kasa Diraja, Tengku Musahiddin Shah; Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Sallehen Mukhyi; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Se-langor, Salehan Yatim dan Imam Besar Masjid Tengku Ampuan Je-maah, Bukit Jelutong, Burhanud-din Ahmad.

KLANG - Keluarga Allahyarham Dato’ Dr Haron Din merakam-kan penghargaan terima kasih kepada DYMM Sultan Selangor di atas kurniaan pingat Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) untuknya.

Anaknya, Najmi Haron berka-ta, seperti dijanjikan ketika ha-yat bapanya masih ada, baginda tetap menunaikannya walau-pun Allahyarham sudah tiada.

“Ketika menerimanya, tu-anku menyatakan rasa sedih dan terkilan kerana memang baginda berhasrat untuk me-ngurniakannya sebelum bapa pergi ke Amerika Syarikat dan mengambil kesempatan tetap menunaikannya hari ini.

“Walaupun bapa telah tiada tetapi atas kurniaan tuanku, maka saya terima dengan hati terbuka dan syukur,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemubual media selepas majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sem-pena hari keputeraan ke-71 Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, pada 11 Disember lalu.

Sepanjang hayatnya, Allah-yarham Haron merupakan to-koh ulama tersohor dan ba-nyak menyebarkan ilmu agama

tanpa batasan kepada umat Is-lam, malahan sentiasa berusa-ha menggerakkan perpaduan melalui syarahan agama serta tazkirah di masjid sekitar Se-langor.

Allahyarham pernah meng-anggotai Majlis Fatwa Negeri Selangor dan juga merupa-kan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432 Negeri Sela-ngor, pada tahun 2010.

SHAH ALAM - Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor 1438H dise- marakkan dengan perarakan Maulidur Rasul, pada 12 Disember lalu.

Perarakan sambutan bertemakan ‘Umat Bersatu, Selangor Maju’ itu dida-hului DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Perarakan pada jam 8.30 pagi itu ber-mula di Stadium Mini Shah Alam sebe-lum berakhir di Stadium Melawati, di sini.

Perarakan sejauh kira-kira dua kilo-meter itu melibatkan 90 kontijen yang dianggotai lebih 3,600 peserta.

Kontijen terbabit terdiri daripada Ja-batankerajaan, badan berkanun, swas-ta, badan bukan kerajaan, institusi pe- ngajian tinggi awam, masjid dan seko-lah menengah.

Dalam perarakan itu, Jabatan Penjara Malaysia Sungai Buloh memenangi ka-tegori pertandingan perarakan terbaik dan sepanduk terbaik.

Kontinjen lain yang turut memenangi dalam kategori masing-masing adalah Masjid Uniten, Sekolah Maahad Tah-fiz Hishamuddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Sekolah Mene-ngah Kebangsaan Seksyen 16, Majlis Perbandaran Klang dan PADAT.

101 terima darjah dan bintang kebesaran Selangor

Tengku Permaisuri Norashikin dahului senarai penerima

Keluarga Allahyarham Dato’ Dr Haron Din rakam penghargaan

RMS dahului perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor

Page 5: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

Utama5SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG - Kepimpinan negeri dan penjawat awam dinasihati me-ngambil iktibar daripada sejarah silam keruntuhan sesebuah kera-jaan ekoran kelemahan kepimpin- an serta kegagalan memben-dung amalan rasuah berleluasa.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sejarah memberi pengajaran ba-hawa keamanan sesebuah negeri atau negara bukan sesuatu yang muktamad dan unsur negatif perlu dijauhi supaya tidak men-jadi barah dalam kalangan pe-mimpin juga pentadbir.

“Beta sangat khuatir bencana akan melanda Selangor dikasihi, jika nilai amanah dalam masyara-kat semakin menurun, lebih-leb-ih lagi dalam kalangan pemimpin

menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka di samping terlibat dengan penyelewengan serta amalan rasuah yang keji lagi hina.

“Rasuah memberi implikasi negatif terhadap barisan kepim-pinan di negara ini, malahan in-tegriti kejujuran dan ketelusan dipersoalkan yang akibatnya pe-mimpin dilihat tiada kredibiliti di mata rakyat,” titahnya.

Sultan Selangor bertitah demikian sempena hari kepute-raan ke-71 baginda di Balairung Seri, Istana Alam Shah, pada 11 Disember lalu.

Turut berangkat, DYMM Teng-ku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan kerabat diraja lain.

Majlis itu disertai Dato’ Menteri

KLANG - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, isu sensitif menyentuh perihal agama dan kepercayaan sesuatu kaum harus ditangani dengan bijaksana oleh semua pi-hak bagi mengelak salah faham.

Titah baginda, tugas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Sela-ngor (JAIS) harus dihormati se-lain menyeru semua pihak ber-peranan bagi memelihara imej kedua pihak berkuasa berkenaan supaya tidak tercalar akibat cam-pur tangan pihak tertentu demi kepentingan politik sempit.

“Penyalahgunaan kuasa ini bu-kan sahaja boleh menjejas imej pegawai MAIS dan JAIS tetapi merendahkan kepercayaan ma-syarakat kepadanya sebagai tun-jang menjaga ummah juga syiar Islam.

“Pegawai MAIS dan JAIS apa-bila diberi kepercayaan berkh-idmat kepada rakyat, mereka hendaklah mentadbir urus aga-ma dan memakmurkan ummah terutama dalam memikul ama-nah juga tidak berpihak-pihak,” titahnya.

Pada masa sama, baginda menjelaskan adanya kelompok berselindung di sebalik pertubu-han bukan kerajaan yang cuba menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat melalui tindakan bo-leh mencetus kacau bilau dan menggugat kestabilan negara.

“Adalah menjadi hasrat beta untuk melihat rakyat berbilang kaum ini terus menyemarakkan semangat setia kawan, bertolak ansur serta saling hormat-meng-hormati khususnya dalam aspek perkauman, keagamaan dan ideologi politik,” katanya.

KLANG - Kerajaan Negeri me-luluskan Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama bagi melindungi darjah dan bintang dianugerahkan DYMM Sultan Selangor demi mencegah dis-alah guna pihak tertentu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata tindakan itu perlu dilaku-kan kerana darjah dan bintang kebesaran Kesultanan Selangor memiliki nilai serta martabat utuh lagi tinggi.

“Kerajaan Negeri bersung-guh hati mempertahankan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu sebagai mata air ke-daulatan dan tiang seri per-paduan.

“Kerajaan Negeri melulus-kan enakmen berkenaan bagi mencegah salah guna seperti

ditetap dan dikhabarkan men-dorong beberapa negeri lain untuk mengambil langkah sama,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika berucap di is-tiadat penganugerahan darjah dan bintang kebesaran sempe-na hari keputeraan ke 71 DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri akan berpegang kepada falsafah pentadbiran dinukilkan Raja Ali Haji dalam kitab ‘Thama-rat al-Muhimmah Diyafat lul Umara wal Kubara, li Ahlil Mah-kamah’ supaya Selangor tidak terjerumus dalam amalan, klep-tokrasi yang membawa aib be-sar kepada bangsa dan negara serta membuat rakyat sengsara.

Katanya, pemerintahan di-pilih rakyat atau sistem de-mokrasi wajar menggalas ama-nah untuk membangun bangsa dan memakmur negeri dengan kuasa tidak boleh disalah guna.

“Alhamdulillah, Laporan Ke-tua Audit Negara 2015 mem-berikan penarafan sangat baik kepada prestasi perbelanjaan pembangunan Selangor.

“Kedudukan kewangan dan rizab negeri yang kukuh mem-bolehkan Kerajaan Negeri me-luluskan belanjawan terbesar bagi 2017 berjumlah RM 3.45 bilion.

“Kerajaan Negeri meletak-kan agenda pembangunan tertinggi iaitu 52.2 peratus manakala belanja mengurus dikurangkan kepada 47.8 pera-tus,” katanya.

KLANG - Bersempena sambu-tan Ulangtahun Hari Keputeraan Ke 71 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat meng-hadiri majlis jamuan teh diraja di Padang Mahkota Istana Alam Shah, Klang.

Baginda menyempurnakan acara dengan memotong pu-lut kuning dengan disaksikan DYMM Tengku Permaisuri Sela-ngor, Tengku Permaisuri Nora-shikin, DYTM Raja Muda Sela-ngor, Tengku Amir Shah serta kerabat diraja lain.

Sultan Sharafuddin kemudi-annya menandatangani peneri-maan hadiah cenderahati sem-pena hari keputeraan baginda antaranya termasuk tembikar dari Pejabat Menteri Besar dan Perbendaharaan Negeri Sela-ngor serta Replika Istana Darul Ehsan dari Invest Selangor.

Selain hadiah istimewa se-buah motosikal klasik jenama Lambretta dari pegawai daerah,

yang dipertua daerah, orang be-sar daerah seluruh Selangor.

Kira-kira 3,000 jemputan ha-dir termasuk Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan (SUK) Ne-geri, Dato’ Mohd Amin Ahya ser-ta barisan kepimpinan negeri.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, ta-rian menjunjung duli daripada kumpulan kesenian Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PA-DAT).

Mohd Amin berkata, jamuan teh yang diadakan itu merupa-kan lambang kasih tuanku kepada rakyat dari sembilan daerah yang dijemput hadir pada majlis itu.

“Sifat tuanku yang peka de-ngan isu kebajikan apabila memberi pandangan atau te-guran membina kepada barisan pemimpin terutama dalam hal pembangunan dan perpaduan sentiasa menyentuh hati rakyat,” katanya ketika berucap di Majlis itu.

Rasuah berleluasa

Ambil iktibar kerajaan silam

Institusi agamaperlu bebas

Enakmen Lambang dan Nama dilulus

Sultan Selangor terima Skuter Klasik

SHAH ALAM - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1438H/2016M di Sta-dium Malawati diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashi-kin.

Majlis yang turut dihadiri Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Kerajaan Negeri itu sarat dengan pengisian ilmu khususnya mengenai sejarah kehidupan Nabi Mu-hammad S.A.W sebagai ikon terbaik sepanjang za-man.

Sementara itu dalam majlis sama, lima indi-vidu menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul 1438H/2016M di atas perkhidmatan cemerlang dan sumbangan mereka dalam meningkatkan syi-ar Islam di Selangor.

Penerima anugerah terbabit, Bilal Kamaruddin menerima Anugerah Saidina Ali, Profesor Madya Dr Khadijah Mohd Khambali@Hambali (Anugerah Saidatina Khadijah), Dato' Aidit Ghazali (Anugerah Imam Al-Ghazali), Tun Hisan Tun Hamzah (Anu-gerah Khalid Al-Walid) dan Dato' Setia Mohamed Khusrin Munawi (Anugerah Umar Bin Abdul Aziz).

Sultan Sharafuddin rasmi sambutan Maulidur Rasul

Rasuah memberi implikasi negatif terhadap barisan kepimpinan di negara ini, malahan integriti kejujuran dan ketelusan dipersoalkan yang akibatnya pemimpin dilihat tiada kredibiliti di mata rakyat

SULTAN SHARAFUDDINDYMM Sultan Selangor

Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, barisan Exco Kera-jaan Negeri serta kenamaan lain.

Page 6: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

Utama6 SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

Medan belia pamer bakatOLEH HAFIZAN TAIB

PUCHONG - Rantai Art Festival menepa-ti falsafah Selangor Youth Community (SAY) dengan menjadi medan bagi ge-nerasi muda khususnya artis berkongsi pandangan serta mempamerkan bakat dan hasil karya.

Memasuki musim ke-10, kejayaan penganjurannya membanggakan DYTM

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang me-nyifatkan ia bersesuaian dengan wa-wasan SAY bagi melahirkan komuniti be-lia bertenaga dan dinamik di negeri itu.

“Salah satu fokus SAY ialah seni dan kebudayaan, bahkan beta percaya ke-pada kemampuan bakat komuniti belia dengan ruang diberikan secukupnya ke-pada mereka.

“Bakat seni muda seperti lepasan kolej dan universiti mendapat pendedahan serta meluahkan kepada dunia luar be-tapa pentingnya seni dan kebudayaan,” titahnya ketika ditemubual SelangorKini.

Tengku Amir Shah berkenan mence-mar duli mengadakan lawatan ke Rantai Art Festival di 1M4U Sentral, 10 Disem-ber lalu.

Rantai Art Festival dianjurkan Rantai

Kolektif diadakan dua hari memberi ru-ang kepada artis dan bakat muda mem-pamerkan hasil karya dan persembahan dalam pelbagai bidang seni.

Raja Muda Selangor memuji pe- nganjuran festival itu serta menganggap ia medan terbaik bagi artis dan bakat muda berkumpul berkongsi idea juga mengetengahkan hasil karya masing-masing.

Rantai Art Festival

Petani terjejasdibantuSHAH ALAM - Kira-kira RM800,000 bakal diperuntukkan Kerajaan Ne-geri bagi membantu petani yang terjejas ekoran serangan Hawar Daun Bakteria (BLB), baru-baru ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sebahagian daripada bantuan terbabit akan di-sampaikan, pada awal tahun hada-pan.

Katanya, ia diberikan dalam ben-tuk peralatan dan barangan keper-luan untuk pengawalan serangan.

"Kita akan melihat bentuk bantu-an yang diperlukan sama ada dalam bentuk pemberian racun atau baja mikrob.

"Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu petani terjejas memulihkan hasil mereka," katanya.

Pada 5 Disember lalu, serang-an BLB dilapor menyebabkan ha-sil sawah padi seluas 3,700 hektar di Sabak Bernam musnah dengan kerugian hampir RM5 juta.

Serangan itu dikatakan paling teruk berlaku pada musim kedua tahun ini selepas serangan terakhir, pada 2013.

Zaidy berkata, setakat ini tiada kawalan ampuh mampu mengha-lang serangan BLB yang boleh diba-wa manusia, peralatan dan angin.

Khusrin tak sangka terima Anugerah Umar Abdul AzizSHAH ALAM - Bekas Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi tidak menyangka diberikan Anugerah Umar Abdul Aziz sempena sambutan Maulidur Ra-sul Peringkat Negeri 1438H/2016M.

Mohamed Khusrin berkata, beliau hanya menjalankan tanggungjawab diamanahkan kepadannya sebaik mungkin seperti ditun-tut dalam Islam.

“Syukur atas penghargaan ini dan saya tidak menjangkakan akan diberi penghar-gaan atas sumbangan taklah seberapa,” ka-tanya selepas Majlis Sambutan Maulidur Ra-sul di Stadium Malawati, pada 12 Disember lalu.

Mohamed Khusrin semasa berkhidmat dikenali sebagai seorang yang berdedikasi dengan matlamat mahu penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh tang-gungjawab, integriti, menepati masa juga memberikan perkhidmatan mesra rakyat.

Antara jawatan yang pernah disandang adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Se-langor (JAIS), Ketua Setiausaha di Unit Pe-rancang Ekonomi Negeri (UPEN), Ketua Penolong Setiausaha Dewan/Protokol di pejabat Dewan Negeri Selangor (DNS) dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Sementara itu, bekas Ketua Polis Sela-ngor, Tun Hisan Tun Hamzah yang menerima Anugerah Khalid Al-Walid pula menyifatkan anugerah berkenaan membakar semangat-nya untuk terus menabur bakti kepada ma-syarakat walaupun sudah bersara, sejak tiga tahun lalu.

Katanya, anugerah diterima itu sesuatu

yang bermakna buat dirinya ekoran Khalid Al-Walid adalah panglima angkatan perang Islam yang tidak pernah tewas dalam pepe-rangan.

“Dia seorang strategis dalam peperangan hingga kebijaksanaannya menyebabkan dia tidak pernah kalah dalam peperangan wa-laupun ada masanya memiliki bilangan ten-tera yang sangat kecil berbanding tentera lawan,” katanya.

Penerima Anugerah Saidatina Khadijah, Profesor Madya Dr Khadijah Mohd Khambali @ Hambali berkata, anugerah diterimanya itu menuntut tanggungjawab juga amanah besar.

“Anugerah ini kurniaan Allah yang berkait- an dengan soal tanggunjawab dan amanah yang saya jalankan sebagai seorang muslim

kerana seorang muslim itu adalah hamba dan khalifah Allah,” katanya.

Dr Khadijah yang bertugas sebagai Profe-sor Madya dalam bidang akidah dan pemiki-ran Islam di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) juga terlibat dengan Pa-nel Pakar Bidang Perbandingan dan Dialog Antara Agama, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Islam, Jabatan Kemajuan Islam Ma-laysia (JAKIM).

Selain itu, Anugerah Imam Al-Ghazali di-kurniakan kepada bekas Ahli Lembaga Pe-ngarah Perbadanan Adat Melayu dan Waris- an Negeri Selangor (PADAT), Dato’ Aidit Ghazali, sementara Bilal Kamarudin mene-rima Anugerah Saidina Ali.

Page 7: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

PAKEJ CATERING & CANOPY SRI PAYUNGKami adalah pakar dalam bidang katering dan memiliki pengalaman yang luas serta mampu menyediakan kehendak anda. Kami juga menyediakan pakej-pakej dan promosi yang semestinya mengikut bajet anda. Jika pakej kami tidak dapat mengikut citarasa anda, usah bimbang, kami boleh melaraskannya mengikut citarasa dan bajet anda. Yang pastinya anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

03-9283 2523 | 013-206 2523013-338 1573

s r i p a y u n g 1 3 2 3 @ y a h o o . c o mRESTORAN & KATERINGw w w . s r i p a y u n g . c o m

SRI PAYUNG

No 5, Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor.PROMOSIPERKAHWINANRM15,000/1000paxPAKEJ LENGKAP KATERING | DEWAN | PELAMINSEPASANG BAJU | MAKEUP | MCJURUFOTO | DOME 2 SET | KEK 3 TINGKAT

DAN LAIN-LAIN

Buka 11.00 pagi - 5.00 ptgJumaat Cuti

RM10.50RM10.50 RM7.50RM7.50

Nasi Beriani Kambing

Nasi Tomato Ayam Merah

RM10.50RM10.50 RM7.50RM7.50

RM10.50RM10.50 RM7.50RM7.50Nasi Minyak

Daging Hitam

Restoran Sri PayungAsam Pedas Istimewa

Lombong lama punca tanah runtuh

Utama7SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Selepas Majlis Perbandaran Klang (MPK), Kumpulan Darul Ehsan Ber-had Waste Management (KDEBWM) bakal mengambil alih pengurusan kutipan sam-pah membabitkan tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, tahun depan.

Pengurus Besarnya, Ramli Mohd Tahir berkata, cadangan pengambilalihan itu dibuat selepas tempoh kontrak penguru-san sampah kontraktor di tiga PBT berke-naan tamat.

"Jika Kerajaan Negeri mengarahkan kita untuk proses pengambilalihan itu, kita akan terus laksanakan.

"Bagaimanapun, perkara itu ma-sih dalam peringkat perbincangan akhir sebelum pengambil alihan berjalan," ka-tanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, KDEBWM mengambil alih pengurusan operasi kutipan sampah domestik di kawasan Majlis Perbanda-ran Klang (MPK), bermula 1 Julai lalu.

Untuk tempoh itu, semua kawasan kutipan sekitar Klang dipertangung-gjawabkan di bawah bidang kuasa KDEBWM kecuali di Taman Sentosa dan Bandar Bukit Tinggi.

Pada masa sama, Ramli ber-kata, pihaknya optimis mampu menguruskan kutipan sisa pepejal

SHAH ALAM - Enam bulan menjalankan operasinya, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) berjaya mengurangkan aduan masyarakat sekitar Klang kepada 40 dalam tempoh sebulan berbanding 800 aduan, sejak Julai lalu.

Pengurus Besarnya, Ramli Mohd Tahir berkata, pencapaian itu didorong hasil komitmen dan tangungjawab pihaknya memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Klang.

"Keutamaan kita adalah untuk beri perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selepas diamanahkan menjalankan tugas ini daripada Kerajaan Negeri.

"Kami percaya penurunan jumlah adu-an ini sememangnya sangat drastik hasil daripada komitmen dan kebertanggung-jawaban menjalankan tugas.

"Untuk tempoh ini, kami konsisten un-tuk terus menyediakan tenaga kerja lebih cekap, fasiliti lori kutipan sampah lebih ter-atur, bersistematik dan komited menyele-saikan aduan masyarakat dalam tempoh singkat," katanya.

Sebelum ini, wujud rungutan daripada masyarakat sekitar Klang berkenaan ma-salah kutipan sampah tidak teratur oleh kontraktor lama, sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, selepas tempoh pera-lihan kontrak dibuat, masalah sampah di kawasan penduduk padat di Kampung Sungai Udang, Kampung Delek dan Telok Gadong berjaya diselesaikan.

SHAH ALAM - Aktiviti perlombongan dijalankan lebih 20 tahun lalu adalah faktor berlaku aliran air bawah ta-nah, sekali gus menyumbang kepada kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, baru-baru ini.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim bagaimanapun berkata, aliran air itu berjaya

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Urus kutipan sampah

KDEBWM ambil alih � PBTAduan sampah:Dari 8�� ke ��

Pihak kami optimis mampu menguruskan kutipan sisa pepejal membabitkankeseluruhan kawasan PBTdi Selangor dengan lebih sistematik

RAMLI MOHD TAHIRPengurus Besar KDEBWM

membabitkan keseluruhan kawasan PBT di Selangor dengan lebih sistematik.

Beliau berkata, jaminan itu dibuat selepas mengambil kira kejayaan pihaknya menguruskan masalah kutipan sampah di Klang, sejak enam bulan lalu.

"Setakat ini, kami menerima maklum balas positif daripada masyarakat sekitar perbandaran Klang dan tidak akan terus berasa selesa dengan kejayaan ini.

"Kami akan terus memberi perkhid-matan terbaik ber- dasarkan peruntukan yang ada untuk

membaiki lagi mutu perkhidmatan pe-ngurusan sampah di kawasan

ini," katanya.

disalur menggunakan kaedah ‘piling’ dan ‘roofpile’ oleh jurutera.

Katanya, kerja membaik pulih dijangka selesai minggu depan dan laluan sementara sudah siap untuk digunakan penduduk bagi menjalankan ke-giatan harian.

Pada masa sama, Mohd Fauzi turut menafikan kewujudan aliran air yang dikatakan berpunca daripada projek dijalankan di kawasan perumahan bersebelahan Taman Idaman.

Terdahulu, kerja baik pulih kawasan tanah run-tuh di Taman Idaman itu siap dalam tempoh empat hari, berbanding tujuh hari yang dijadualkan.

Pada 26 November lalu, sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van mi-lik penduduk tertimbus dalam runtuhan di Taman Idaman.

Runtuhan sepanjang hampir 100 meter dari ka-wasan rumah teres sehingga ke bekas lombong di situ turut meranapkan tujuh unit kedai.

Page 8: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

Nasional8 SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA - Demokrasi terpimpin yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia adalah acuan kepada demokrasi ala dik-tator ketika Indonesia masih di bawah pentadbiran Presiden Sukarno, hampir 50 tahun lalu.

Pengasas Akademi Pak Sako, Najwan Halimi berkata, langkah kerajaan mem-praktikkan amalan demokrasi terpimpin adalah ke belakang, sekali gus membuk-tikan demokrasi di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara lain.

“Demokrasi di Malaysia masih be-lum matang seperti negara maju. Lang-kah kita mengamalkan demokrasi ter-pimpin sebenarnya sama seperti era Presiden Sukarno dahulu, secara dikta-tor yang juga mengamalkan demokrasi terpimpin.

“Ini menunjukkan demokrasi kita ma-sih jauh ketinggalan berbanding Indo-

nesia, Filipina dan negara lain,” katanya dalam forum ‘Demonstrasi Jalanan, Baik dan Buruk?’ di Menara Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, pada 8 Disember lalu.

Ketika menyentuh isu demonstrasi jalanan, Najwan berkata, ia tidak semes-tinya bertujuan menjatuhkan kerajaan tetapi sebagai salah satu medium me-nyatakan bantahan terhadap sesuatu perkara.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemuda DAP Pusat (DAPSY), Dyana So-fya Mohd Daud berkata, demonstrasi anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang diadakan be-berapa tahun kebelakangan ini berlang-sung secara aman.

“Kita dapat lihat bagaimana BERSIH mengawal peserta demonstrasi supaya tidak mencetuskan huru-hara, seba-liknya untuk menyampaikan mesej ke-pada kerajaan,” katanya.

PETALING JAYA - Menyuarakan bantahan melalui demonstrasi aman adalah satu kerja dan tang-gungjawab berterusan yang ti-dak boleh dicapai dalam sekelip mata.

Ahli Jawatankuasa Pemuda DAP Pusat (DAPSY), Dyana So-fya Mohd Daud berkata, hal itu dapat dilihat apabila hanya satu dari lapan tuntutan asal BERSIH 2.0 dilaksanakan Kerajaan Perse-kutuan sehingga hari ini.

“Sehingga kini hanya dakwat kekal sahaja yang dilaksanakan, sekali gus memberi petanda perhimpunan aman anjuran BERSIH memberi kesan kepada kerajaan.

“Bagaimanapun, tujuh lagi tuntutan dan lima yang baru masih tidak diendahkan. Ini ber-makna perjuangan masih pan-jang.

“Menyuarakan bantahan me-

PETALING JAYA - Gabungan Pili-han Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) perlu konsisten menerus-kan perjuangan menuntut pili-han raya adil seperti yang diperjuangkan hari ini walaupun jika Pakatan Harapan (PAKATAN) berjaya mengambil alih pen-tadbiran negara.

Pengasas Akade-mi Pak Sako, Najwan Halimi berkara, tuntutan terbabit perlu diter-uskan jika Kerajaan Persekutuan ditera-jui PAKATAN ketika itu turut gagal melaksanakan lapan tuntutan asas.

“Jika PAKATAN ketika itu juga gagal adakan pilihan raya ber-sih dan adil, maka BERSIH wajar

melakukan perkara sama seperti yang mereka lakukan hari ini,” ka-tanya.

Najwan berkata, pihak lain juga bebas mengada-

kan demonstrasi jala-nan bagi menyuarakan pendapat mereka ke-pada Kerajaan Negeri di

bawah PAKATAN.Bagaimanapun,

katanya, tuduhan bahawa BERSIH ti-dak berlaku adil kerana tidak men-

gadakan bantahan terhadap Kerajaan

Negeri di bawah PAKA-TAN adalah tidak ber-asas.

“Ini kerana Kerajaan Negeri tidak memiliki kuasa menentu-kan perjalanan pilihan raya,” ka-tanya.

SHAH ALAM - Peniaga di seluruh negara diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga santan ekoran terdapat peningkatan harga ba-rangan itu di pasaran.

Timbalan Presiden Gabung-an Persatuan Pengguna Malay-sia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pengguna per-lu membuat laporan atau aduan kepada pihak terbabit supaya pe-niaga yang tidak bertanggung-jawab boleh dikenakan tindakan.

“Kenaikan ini membabitkan sesetengah kawasan, namun ter-dapat peniaga yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan lebih tinggi.

Peniaga jangan ambil kesempatan naikkan harga santan

Ikut acuan Sukarno

Demokrasi Malaysia ketinggalan

Demonstrasi jalanan seperti marathon

lalui demonstrasi jalanan adalah satu marathon panjang bukan larian pecut,” katanya.

Dyana berkata, perkara itu membuktikan kerajaan mera-sai tekanan masyarakat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebelum melaksanakan

penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Pada masa sama, beliau ber-kata, desakan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam beberapa siri demonstrasi turut menyebabkan akta itu di-mansuhkan.

BERSIH perlu konsistenwalaupun kerajaan bertukar

Jika kenaikan itutidak berlaku dikeseluruhan tempat dan hanya membabit- kan beberapakawasan tertentu, ia mungkin keranatindakan peniaga yang mengambil ke-sempatan. Dalam hal ini, peniaga perlu bertanggungjawabMOHD YUSOFTimbalan Presiden FOMCA

“Bagaimanapun, jika kenaikan itu tidak berlaku di keseluruhan tempat dan hanya membabitkan beberapa kawasan tertentu, ia mungkin kerana tindakan penia-ga yang mengambil kesempatan.

“Dalam hal ini, peniaga perlu bertanggungjawab,” katanya ke-tika dihubungi.

Pada masa sama, Mohd Yusof turut mencadangkan pengguna membuat perbandingan harga sebelum melakukan pembelian.

Beliau berkata, pihaknya ma-sih belum menerima aduan berkenaan kenaikan harga san-tan, setakat ini.

“Jika semua peniaga me-ngenakan harga tinggi, peng-

guna mungkin boleh mencari alternatif lain dengan menganti-kan santan segera atau susu se-bagai gantian bahan itu dalam masakan,” katanya.

Sebelum ini, viral di Facebook apabila terdapat kain rentang me-maklumkan mulai 12 Disember ini, santan kelapa di daerah Rem-bau akan dijual pada harga RM11 sekilogram (RM11/kg) hingga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna.

Sinar Harian turut melaporkan kebanyakan peniaga di Kedah, Selangor, Pahang dan Kelantan mengalami kenaikan harga se-hingga mencecah RM12 sekilo-gram.

Page 9: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

Nasional9SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

12

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas berhubung kemelut melanda masyarakat Rohingnya di Myanmar, kata Presiden KEADILAN, Da-tuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Pembangkang itu berkata, Putra-jaya wajar memanfaatkan kedudukannya sebagai anggota ASEAN dan Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB untuk lebih lantang menyatakan pendirian tersebut.

“Malaysia sebagai pengarah ASEAN ha-rus ke depan memecahkan tradisi lapuk membawa isu penghapusan etnik Ro-hignya ke peringkat ASEAN kerana isu tersebut berkait isu kemanusiaan dan hak asasi.

“Mengapa Kerajaan tidak mengguna- kan peluang, amanah dan tanggungja-wab sebagai Ahli Tidak Tetap PBB mem-bawa usul tergempar mengenai pengha-pusan etnik Rohingnya?” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai me-ngulas pendirian Kerajaan Malaysia ber-hubung tindakan dibuat Kerajaan Myan-mar terhadap etnik tersebut di negara itu.

Terdahulu, Kementerian Imigresen Myanmar mengumumkan pihaknya meng-hentikan pengeluaran lesen kepada rakyat-nya yang mahu bekerja di Malaysia.

Mengulas perkara tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Za-hid Hamidi sebelum ini berkata, Malay-sia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar melarang rakyatnya bekerja di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pula dilaporkan berkata, pi-haknya belum menerima notis rasmi dari-pada kerajaan Myanmar berhubung la-rangan itu.

Bagaimanapun sehingga kini, Kerajaan Malaysia masih belum mengeluarkan seba-rang kenyataan rasmi dan pendirian tegas berhubung tindakan tersebut.

SHAH ALAM - Global Peace Mis-sion (GPM) Malaysia melancarkan Tabung Prihatin Aceh bagi mem-bantu penduduk di daerah itu yang berdepan insiden gempa bumi, baru-baru ini.

Pertubuhan itu dalam kenyata-an berkata, tabung atas nama Global Peace Mission itu untuk memudahkan orang ramai teruta-ma rakyat Malaysia yang prihatin bagi menyalurkan bantuan.

“Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic (564221611602) atau Bank Islam (14023010029224).

“Walaupun gempa yang ber-laku tidak mengakibatkan tsu-nami, namun kesan daripada bencana ini turut menyebabkan runtuhan bangunan, kerosakan harta awam, jalan raya, masjid dan rumah ibadat serta premis pernia-gaan,” katanya.

Pada masa sama, GPM memaklumkan pihaknya sudah menghantar misi ban-tuan kecemasan ke Aceh bagi menin-jau dan menyerahkan sumbangan awal RM10,000.

Katanya, misi itu mendapat kerjasama LAZIS Dewan Dakwah Islamiyah Indone-sia (DDII) dan DDII Aceh bagi mengenal pasti lokasi juga keperluan susulan serta

menggerakkan bantuan kecemasan yang diperlukan di sana.

“GPM sudah menghantar misi bantuan kecemasan pertama membabitkan dua sukarelawan ke Aceh, pada 9 Disember lalu untuk meninjau dan menyerahkan sumbangan awal,” katanya.

Kejadian gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di Pidie Jaya itu mengorbankan lebih 97 nyawa dengan ratusan mangsa tercedera.

GPM Malaysia lancar Tabung Prihatin Aceh

Isu Rohingnya

Malaysia perlu lantang nyata pendirian

Page 10: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

10Ekonomi

SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Pemerkasaan gagasan Smart Selangor dite-ruskan menerusi pembaikan program sedia ada dalam pelan perancangan fasa 2, pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Oth-man berkata, tumpuan lebih komprehensif digerakkan su-paya pendedahan berkenaan-nya dapat disalurkan dalam ka-langan masyarakat.

Katanya, fasa kedua akan memfokuskan kepada sepuluh teras komponen seperti yang dirancang dalam ‘Blue Print’ Smart Selangor.

“Fasa pertama dijayakan dengan berkesan menerusi pembaikan isu sampah, pem-

Fasa 2 Smart Selangor

Fokus agenda pembaikan

bersihan sungai, jalan ber-lubang dan pembersihan awam.

“Cadangannya kami akan

terus menggerakkan program pembaikan sedia ada supaya gagasan ini dapat dijayakan sebaiknya,” katanya kepada Se-

langorKini.Optimis memastikan Se-

langor menjadi peneraju ke-pada Smart State terulung di

Malaysia, Raja Shahreen yakin kejayaan itu mampu dicapai, menjelang 2025.

Beliau berkata, komitmen itu dapat dizahirkan jika anggota masyarakat memainkan pera-nan sama memastikan agenda terbabit dapat direalisasikan.

“Saya optimis agenda ini mampu dicapai, namun caba-ran terbesar kita adalah kurang-nya pemahaman masyarakat berkenaan perkara terbabit.

“Masyarakat perlu mendapat pendedahan bahawa gagasan yang kita bina ini adalah sa-ngat baik dan bermanfaat demi kebaikan mereka.

“Jika pemahaman itu diteri-ma secara meluas, saya yakin pembinaan gagasan ini dapat dijayakan menerusi keterli-batan semua pihak,” katanya.

SHAH ALAM - Sebanyak 10 projek perintis bakal dilancar-kan menjelang 2017 bagi me-ngukuhkan agenda pelaksa-naan Smart State di Selangor, kata Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah.

Beliau berkata, projek itu merangkumi beberapa kompo-nen utama bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menja-dikan Selangor sebagai Smart State, menjelang 2025.

“Ia merangkumi empat teras utama iaitu Smart Government,

Smart Transport Mobility, Smart Digital Infrastructre dan Smart Waste Management,” katanya.

Kerajaan Negeri sebelum ini menetapkan 12 komponen utama pembentukan Smart Selangor dengan mensasarkan peningkatan keberkesanan sistem penyampaian kepada rakyat secara berkala.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berka-ta, perkhidmatan berpaksikan rakyat menjadi tunjang utama gagasan Smart Selangor ke arah ‘Citizen Centric State’ dan

didorong falsafah tadbir urus berasaskan pintar teknologi.

“Fokus utama Kerajaan Ne-geri adalah meningkat-kan kualiti kehidupan rakyat menggunakan teknologi bagi meningkatkan kecekapan per- khidmatan.

“Elemen yang bakal diberi penekanan adalah berkenaan sistem pengangkutan dan trafik, keselamatan, pencega-han jenayah serta penguatkua-saan undang-undang, pengu-rusan sisa pepejal, sumber air juga tenaga,” katanya.

�� projek perintis Smart Selangor ����

SHAH ALAM - Kajian pelaksanaan gagasan Smart State perlu dilak-sanakan bagi memastikan pembi-naan dasar itu dapat direalisasikan demi kelangsungan rakyat Sela-ngor.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Da-mansara Utama, Yeo Bee Yin ber-kata, strategi itu diyakini mampu menjadi penggerak positif bagi mengukuhkan pembinaan agenda terbabit, sebelum 2025.

“Perancangan adalah langkah pertama dan ia perlu disusuli de-ngan pelaksanaan ke arah 10 tahun sebelum dasar Smart State berjaya dicapai, pada 2025.

“Apabila wujud rancangan, pelaksanaan juga penting untuk

memastikan pengukuhan agenda itu dapat dijayakan secara kompre-hensif.

“Untuk tempoh berbaki 10 ta-hun ini, Kerajaan Negeri perlu me-nyediakan pelan strategi yang le-bih kukuh supaya gagasan ini dapat dijayakan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri komited melaksanakan pelan jang-ka panjang dan inisiatif mengukuh-kan agenda terbabit yang mula di-lancarkan, sejak 2015.

Meliputi 12 teras utama pembi-naannya, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mensa-sarkan 2025 menjadikan Selangor sebagai Smart State pertama di Ma-laysia.

Kukuh strategi pembangunan

SHAH ALAM - Lebih 120 vete-ran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpeluang mengikuti latihan keusahawanan anjuran Kerajaan Negeri bagi mencapai kesinambungan kehidupan baik selepas berbakti kepada negara.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu sekali gus membuka peluang buat golo- ngan pesara terbabit mencari rezeki menerusi bidang perni-agaan.

“Kerajaan Negeri berhasrat memantapkan pesara dengan kompetensi perniagaan kerana kunci kejayaan persaraan adalah melalui perancangan teliti yang membawa kepada kehidupan

juga kesihatan berkualiti.“Diharap setiap peserta

menerima manfaat daripada program ini dan Kerajaan Negeri juga berikrar akan terus memberi sokongan penuh kepada veteran ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmi-an Program Latihan Veteran Ang-katan Tentera Malaysia siri Ke-3, di sini, pada 6 Disember lalu.

Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, program dengan ker-jasama HIJRAH Selangor itu di-jangka bakal membabitkan lebih ramai bekas pesara ATM, pada ta-hun hadapan.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM, Mohd Din Husnin.

Veteran ATM ikut latihan keusahawanan

Page 11: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

11SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

Page 12: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

Album12 SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

Album13SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail melakukan lawatan ke MAHA 2016 bersama penduduk setempat di kawasan beliau

ADN Dusun Tua, Razaly Hassan menyampaikan Sumbangan Mesra Usia Emas (SMUE) kepada penduduk di kawasan beliau

ADN Ijok, Dr Idris Ahmad turun padang memantau dan memeriksa kawasan sekitar DUN beliau

ADN Jeram, Dato’ Amiruddin

Setro menyem- purnakan Program

Amalan Pertanian Sihat anjuran Unit

Peladang Felda Bukit Cherakah

ADN Teratai, Tiew Way Keng turun padang merasmikan Dataran Anak Muda di Taman Teratai

ADN Kg Tunku, Lau Weng

San bersama penduduk

setempat turun padang

memeriksa dan menghapuskan

kawasan pembiakan

nyamuk aedes di DUN beliau

ADN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Hulu Bernam

ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali merasmikan pelepasan Skuad Sukarela Briged Amal Selat Klang ke Kem Rimba Ria Suara Hutan, Hulu Langat

ADN Morib, Hasnul Baharuddin merasmikan Majlis Khatam Al-Quran dan Hari Kecemerlangan Sekolah Rendah Agama Kampung Kelanang

Page 13: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

14Rencana

SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

Dari 1766 hingga kini

Menelusuri institusi Kesultanan Selangor

OLEH MOHD LOTFI NAZAR

Induk berpolitik dan peme-rintahan Melayu adalah raja. Ada raja, barulah wujud ke-rajaan dan pemerintahan.

Selepas ditabalkan, seorang raja akan bergelar Sultan atau Yang DiPertuan. Sultan yang memerin-tah memiliki daulat. Sultan yang berdaulat bererti seluruh negeri dan kerajaannya juga berdaulat. Daulat bererti berkuasa, kese-jahteraan dan kebahagiaan. Aura daulat sultan dibina oleh tiga un-sur iaitu agama, adat juga resam leluhur Melayu yang diwarisi tu-run temurun dan seluruh pem-besar, hamba juga rakyat Melayu menyokong baginda tanpa per-soalan.

Tinggi daulat raja, aman damailah kerajaanDan makmurlah negeri serta rakyat baginda.

Puncak institusi Kesultan-an Selangor Darul Ehsan ialah pemerintah yang bergelar sul-tan. Gelaran untuk jawatan yang terpenting selepas sultan ialah raja muda. Raja Muda merupa-kan timbalan kepada sultan dan bertindak sebagai ketua kepada anggota zuriat diraja sebagai satu kumpulan. Raja Muda meru-pakan perantaraan atau saluran hubungan di antara sultan dan kerabat diraja. Institusi Kesulta-nan Selangor Darul Ehsan juga dianggotai beberapa kerabat di-raja yang memegang jawatan di-raja dan pembantu lain. Gelaran kepada jawatan adalah anugerah sultan. Di Selangor, kedudukan sultan di mercu pemerintahan dan pemegang tonggak kuasa negeri dirakam tulis dan diper-lembagakan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 ada dinyatakan di halaman 13 bahawa:-

“Orang yang paling tinggi di-maksudkan sebagai ketua ne-

geri termasuk keturunan dan warisnya, kaum kerabatnya atau wakil kerabat sekiranya tiada waris yang berhak untuk menjadi ketua negeri. Ketua Negeri seki-ranya yang dimaksudkan di sini ialah sebagai sultan”.

Sesuai dengan peredaran zaman dan pertukaran masa, kedudukan dan kedaulatan raja Selangor Darul Ehsan dan ra-ja-raja negara ini bukan sahaja wujud di dalam kekudusan ke-percayaan semata-mata, mala-han diperlambangkan secara Un-dang-Undang Tertinggi Negara

Malaysia di dalam Perlembagaan Persekutuan. Baginda tertakluk kepada Perlembagaan tersebut. Baginda adalah lambang per-paduan rakyat semua kaum. Ba-ginda menjadi pelindung kepada rakyat khususnya bangsa Melayu; menjadi Ketua Adat Istiadat Me-layu dan Ketua Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Sultan juga adalah lambang kedaulatan negeri dan negara. Taat setia kepada sultan bererti taat setia kepada negeri dan negara. Jadilah baginda raja yang berperlembagaan. Sistem pemerintahan negeri dan negara

ini juga menjadi Sistem Raja Ber-perlembagaan di dalam ruang demokrasi berparlimen.

Selangor terbentuk hasil bantuan Bugis

Pembentukan Selangor Darul Ehsan sebagai satu kesatuan poli-tik adalah dengan bantuan orang Bugis. Mereka tiba di Selangor se-belum abad ke-18 lagi. Ketika itu sudah ada perkampungan, na-mun belum ada sebuah kerajaan yang dibentuk sehingga Opu Lima Bersaudara berketurunan Bugis dari Sulawesi, Indonesia melibatkan diri dalam kancah pergolakan politik negeri di Ta-nah Melayu. Ketika berlakunya perebutan takhta di Johor pada awal abad ke-18, Opu Bugis ber-saudara berjaya meluaskan pe-ngaruh mereka ke Selangor (Su-ngai Selangor), Klang dan Langat yang disambut baik peneroka awal keturunan Bugis.

Putera kepada Opu Daing Chelak (salah seorang daripada Opu Lima Bersaudara) iaitu Raja Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor yang pertama pada ta-hun 1766 bergelar Sultan Sale-huddin. Di situ bermulanya titik tolak Institusi Kesultanan Sela-ngor Darul Ehsan. Selepas Sultan Salehuddin mangkat pada tahun 1766, putera baginda, Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Sul-tan Selangor ke-2 sehingga Bb-ginda mangkat, pada tahun 1826. Selanjutnya, Institusi Kesultanan

Selangor diwarisi Sultan Mu-hammad (1826-1857), Sultan Sir Abdul Samad (1857-1898), Sul-tan Sir Alaeddin Suleiman Shah (1898-1938), Sultan Sir Hisamud-din Alam Shah Alhaj (1938-1942 dan 1945-1960), Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah (1942-1945) dan Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah Alhaj (1960-2001).

Duli Yang Maha Mulia Sul-tan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimas- hyurkan sebagai Sultan Selangor ke-9, pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadan 1422 hijrah. Pemashyuran baginda adalah berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, pada 21 November 2001. Baginda kemu-diannya ditabal dan dimahko-takan dengan penuh adat istia-dat diraja di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang dalam istiadat pertabalan dan kemahkotaan, pada 8 Mac 2003 bersamaan 5 Muharram 1424 hijrah.

Baginda adalah putera su-lung Almarhum Sultan Salahud-din Abdul Aziz Shah Alhaj dan Almarhum Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah. Baginda di-puterakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sul-tan Alam Shah, Klang. Pada 3 September 1960, ketika berusia 15 tahun, baginda diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Is-tiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke-10 diadakan di Istana Alam Shah, Klang, pada 14 Mac 1970. Baginda dikurniakan dua puteri, Yang Amat Mulia Tengku Zerafina dan Yang Amat Mulia Tengku Zatashah dan seorang putera, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah (Raja Muda Se-langor).

Pada 31 Ogos lalu, baginda dii-jabkabulkan dengan Yang Amat Berbahagia Puan Norashikin Abd Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan disempurnakan Sa-hibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid. Pada 8 September lalu, Sultan Shara-fuddin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datin Padu-ka Seri' kepada Konsort (isteri) baginda, Yang Amat Berbahagia

Page 14: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

15SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

Rencana

Puan Norashikin. Berkuatkuasa pada tarikh sama, baginda juga berkenan melantik Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Norashikin sebagai Tengku Per-maisuri Selangor dengan gelar-an Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Per-maisuri Norashikin.

Sultan Sharafuddin punyai pengalaman luas payungi

negeri

Baginda mendapat pendi-dikan awal di Sekolah Rendah Melayu, Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur dan Sekolah St John’s Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, baginda melanjut-kan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan menerus-kan pelajaran di Survey, England hingga tahun 1968. Pada tahun sama, baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam pen-

tadbiran kerajaan. Perkhidmatan pertama baginda di Pejabat Se-tiausaha Kerajaan Negeri Sela- ngor berikutnya di Pejabat Dae-rah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur. Ba-ginda juga menerima pengala-man melalui latihan tentera bers-ama pasukan Askar Melayu Diraja di Port Dickson dan Maktab Ten-tera Diraja Sungai Besi. Pengala-man yang begitu luas dalam bidang pentadbiran, kepolisan dan ketenteraan melengkapkan baginda sebagai sultan yang berdedikasi, kreatif serta sentia-sa ke hadapan dalam mentadbir pemerintahan negeri.

Baginda dilantik buat per-tama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 ketika ayahanda baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik se-bagai Pemangku Raja Selangor dari semasa ke semasa mulai ta-

hun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, baginda di-lantik sebagai Pemangku Raja Se-langor sekali lagi apabila Sultan Salahuddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu-an Agong ke-XI. Ketika menjadi Pemangku Raja Selangor, ba-ginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah setempat yang diha-dapi rakyat lebih dekat lagi serta beramah mesra dengan mereka. Baginda juga kerap merasmikan Mesyuarat Belanjawan Dewan Undangan Negeri Selangor se-jak tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001 sehingga kini.

Baginda dianugerahkan Dar-jah Kerabat (Yang Amat Dihor-mati Selangor pada tahun 1973 dan Bintang Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahko-ta Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dia-nugerahkan Darjah-Darjah Ke-rabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Johor. Baginda adalah pemegang per-tama Bintang Darjah Kebesaran Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang dizahir-kan, pada tahun 2002. Pada 8 Mac 2003, baginda dianugerah-kan Darjah Kebesaran – Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Ba-ginda Yang di-Pertuan Agong.

Baginda meminati sukan dan menceburi diri di dalam pel-bagai aktiviti termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y. JUGRA. Baginda mendapat pengikti-rafan sebagai 'Putera Inspirasi' dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada baginda berkaitan dengan ak-tiviti maritim. Baginda dilan-

tik sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Baginda juga dilantik se-bagai penaung kepada beber-apa persatuan sukan dan seni. Hobi dan minat baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sam-pul surat hari pertama, me-ngumpul senjata tradisional orang Melayu dan memiliki be-berapa kereta ‘vintage’.

Sultan Sharafuddin lancar buku pertama

Pada 9 November 1998, ba-ginda telah melancarkan buku pertama iaitu 'Peking to Paris'. Pada tahun 1976, baginda di-lantik sebagai 'Honorary Mem-ber of The Philatelic Society' di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary menganugerahkan 'Paul Harris Fellowship' kepada ba-ginda. Pada tahun 1988, bagin-da menerima anugerah terting-gi daripada Persatuan Pengakap Malaysia iaitu 'Pingat Semangat Padi'. Pada tahun 1988, baginda telah dilantik sebagai 'Honora-ry Life Commodore' oleh Kelab Pelayaran Diraja Selangor. Ba-ginda berminat di dalam bidang seni dan mengumpul banyak lukisan tempatan selain dilan-tik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan.

Pada 11 Mei 2000, ketika menjadi Raja Muda, baginda di-lantik sebagai Pro Canselor Uni-versiti Teknologi MARA (UiTM) dan pada 31 Mac 2001, baginda dianugerahkan Darjah Kehor-mat Doktor Pentadbiran Awam UiTM. Pada 1 April 2002, bag-inda dilantik sebagai Canselor

Universiti Putra Malaysia. Pen-capaian tertinggi di dalam ke-giatan sukan lasak ialah apabila nama baginda terukir di dalam 'Malaysia Book of Records' se-bagai 'The First Malaysian To Sail Around The World' dan 'The First Malaysian To Complete Peking Paris Motor Challenge' pada tahun 1998.

DYMM Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam menga-tasi masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula, ba-ginda sering bertitah di masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang raja yang berjiwa rakyat dan menitik-beratkan kemajuan rakyat dalam semua bidang termasuk ekono-mi, sosial dan alam sekitar.

Sesungguhnya, sebagai se-buah kerajaan beraja yang berusia 250 tahun dan mem-punyai tradisi kesultanan yang kukuh di negara ini, raja awal dan terdahulu bagi Selangor telah memainkan peranan seja-rah yang amat penting di dalam pensejarahan negeri itu.

Mereka yang menanamkan tradisi berkerajaan bagi Sela-ngor, di samping membina dan membentuk berbagai institusi juga organisasi masyarakat di Selangor. Maka, sudah sewa-jarnyalah sejarah raja-raja ini dicatat dan dirakamkan dalam ingatan setiap rakyat jelata di Selangor.

Mohd Lotfi Nazar adalah Kurator Kanan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor

Page 15: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

16Isu

SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

Agenda politik cemar kredibiliti pentadbiran Selangor

Mohamed Azmin sanggah Abdul Khalid

OLEH ERMIZI MUHAMAD

Dakwaan negatif mantan Men-teri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membabitkan keme-lut pengambilalihan Syarikat

Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) merupakan agenda politik bagi mence-markan kredibiliti pentadbiran negeri.

Motifnya bagi memberikan tangga-pan yang berbagai dalam kalangan rak-yat Selangor tentang kredibiliti Kerajaan Negeri di bawah pimpinan, Dato' Men-teri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berhubung nilai sebenar tawaran proses pengambilalihan itu.

Bagaimanapun, cubaan Abdul Khalid itu dilihat dangkal apabila Panel Penilai Air Selangor (PANEL) mengesahkan Ab-dul Khalid pernah menawarkan RM2.975 bilion secara bertulis, pada 2009.

Perkara tersebut turut diakui ahli PANEL, Dr Dzulkefly Ahmad yang tu-rut mendedahkan bahawa tawaran nilai tersebut dibuat menerusi dokumen dan surat bertarikh, 19 Julai 2009.

"Kita kena ingat ketika bulan Julai dan tawaran kedua iaitu Abdul Khalid menawarkan kepada SPLASH sejumlah RM2.975 bilion yang bahagian ekuitinya itu adalah RM1.579 bilion serta nilai liabi- liti atau hutangnya dalam bentuk bon dan sebagainya adalah RM1.396 bilion.

"Dengan kata lain, beliau pernah membuat tawaran yang dibuat kepada SPLASH pada 25 Jun 2009 seterusnya, 19 Julai 2009.

"Saya lihat sendiri dokumen dan surat itu yang bernilai RM2.975 bilion dengan jelas termasuk dengan nilai ekuiti.

"Jadi tawaran itu secara 'on record', ber-fakta yang pernah ditawarkan beliau," ka-tanya, lapor Sinar Harian.

Dokumen dibentangkan dalam DNS

Mengesahkan perkara sama, Timba-lan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Nor Azmie Diron turut mendedahkan butiran dokumen tersebut pernah dibentangkan pada Mesyuarat Dewan Negeri Selangor.

“Kenyataan (dibuat Abdul Khalid) tidak benar sama sekali kerana surat tawaran untuk SPLASH pada 25 Jun 2009 seterus-nya pada 19 Julai 2009 bernilai RM2.975 bilion dengan jelas termasuk nilai ekuiti.

“Butiran mengenai tawaran ini diben-tangkan di Mesyuarat Dewan Negeri Se-langor, pada 9 November 2009,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengu-mumkan inisiatif penstrukturan air ini

dibuat sebagai langkah mengatasi ke-gagalan penswastaan air yang berakhir dengan ketidaktentuan pengurusan air di Selangor.

Bagaimanapun, isu pengambilali-han tersebut menjadi kontroversi apa-bila Abdul Khalid sebelum ini menafi-kan dakwaan Mohamed Azmin bahawa Kerajaan Negeri ketika di bawah pimpi-nan Abdul Khalid pernah menawarkan RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti SPLASH antara 2008 dan 2014.

Mohamed Azmin mendedahkan, wu-jud manipulasi yang dibuat Abdul Khalid menerusi dokumen dan surat tawaran kepada SPLASH bagi tujuan pengambi-lalihan tersebut.

"Kerajaan Negeri mempunyai bukti jelas menunjukkan tawaran RM2.97 bi- lion telah dibuat sebelum ini dan SPLASH bersetuju dengan tawaran tersebut se-cara bertulis.

"Sekarang, kejujuran bergantung ke-padanya untuk respon terhadap rakyat

mengapa dia tawarkan RM2.9 bilion," ka-tanya.

Tidak melatah dengan permainan dan serangan polemik Khalid, Kerajaan Ne- geri tidak terburu-buru membuat lebi-han pembayaran 10 kali ganda seb-agaimana jumlah didedahkan Abdul Khalid sebelum ini.

Kenyataan tersebut turut dibuat menerusi lantikan penilai bebas di pe-ringkat Kerajaan Persekutuan bagi me-ngenalpasti jumlah sebenar nilai pe-ngambilalihan tersebut.

Bagaimanapun, momentum dan se-rangan berterusan terhadap pentad-biran Kerajaan Negeri kini memperli-hatkan wujudnya agenda politik dan polemik yang langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Abdul Khalid sewajarnya lebih telus tanpa cuba memainkan sentimen poli-tik dengan mengeluarkan sebarang ke-nyataan dangkal demi kepuasan dan agenda peribadi.

Page 16: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

17SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

ADN

ADN - MBPJ kerjasama atasi banjir

SUBANG JAYA - Peralatan gimnasium luar yang disediakan di padang permainan awam, di sini, bertujuan memenuhi keper-luan masyarakat setempat di DUN Subang Jaya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, kemudahan itu bagaimanapun perlu dijaga sebaiknya penduduk kawasan sekitar.

“Kita sediakan (gimnasium) ekoran per-mintaan dan keperluan penduduk di ka-wasan SS19 yang terdapat lebih kurang 300 penghuni, di sini.

“Kemudahan ini diminta Rukun Te-tangga SS19 dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya dengan sela-mat,” katanya kepada media, pada 6 Di-sember lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ia dise-diakan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Subang Jaya daripada peruntukan ADN berjumlah RM14,400 untuk pemasangan kemudahan tiga set peralatan di situ.

Selain kawasan itu, katanya, kemuda-han sama turut disediakan di padang per-mainan di kawasan perumahan kos ren-dah di SS13, di sini.

“Kita mempunyai kira-kira 50 padang permainan dengan kebanyakannya sudah disediakan kemudahan ini, bagaimana-pun kawasan seperti USJ2 yang mempu-nyai tiga padang mungkin hanya satu akan disediakan.

“Kita tidak boleh berikan semuanya ke-rana mesti melihat keperluan di kawasan lain dahulu,” katanya.

Gimnasium bina masyarakat sihat

Projek khas naik taraf kawasanSHAH ALAM - Projek khas bagi kerja pem-bersihan dan naik taraf kawasan banjir di Taman Dato' Harun ditubuhkan bagi me-nyelesaikan masalah di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Me-dan, Haniza Talha berkata, kerja pembaik-an giat dijalankan Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya (MBPJ) sekitar kawasan aliran air parit besar di kawasan Peta-ling Jaya Selatan 4 dan Sri Manja.

"Paras air di parit ha-dapan Buana Perdana adalah tinggi dan ‘cross-culvert’ di Buana Per-dana berada lebih ren-dah daripada paras air.

"Keadaan ini menye-babkan air bertakung di jalan dan taman per-mainan juga tidak dapat ‘discaj’ (disalur) ke parit besar.

"Justeru, MBPJ akan meninggikan aras jalan Buana Perdana serta menilai semula sistem perparitan di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan.

KERAJAAN NEGERI SELANGORKENYATAAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor di Malaysia yang berkelayakan seperti di dalam jadual di bawah dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berkaitan untuk Projek Pembangunan Air Mentah Malalui ‘Hybrid Off-River Augmentation Storage’ (HORAS) seperti berikut :-

2. Petender adalah diwajibkan untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan pada hari Rabu, 21 Disember 2016 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 15, UPEN, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta menghadiri lawatan tapak selepas taklimat diberikan. Petender-petender yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli Dokumen Tender. Sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan kepada PENAMA di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam sijil yang telah dinyatakan di atas.

3. Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada hari Rabu, 21 Disember 2016 bermula pada jam 2.30 petang di alamat:-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

4. Dokumen Tender akan mula dijual bermula pada hari Khamis, 22 Disember 2016 bermula pada waktu pejabat di alamat tersebut di atas.

5. Petender dikehendaki terlebih dahulu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Petender boleh berbuat demikian di Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, Tingkat 4 sebelum membeli Dokumen Tender. Petender dikehendaki untuk mengemukakan Resit Pengesahan Pendaftaran sebagai bukti kontraktor telah berdaftar dengan UPEN semasa membuat urusan pembelian Dokumen Tender.

6. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada hari Jumaat, 13 Januari 2017. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

7. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil dari syarikat kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Asal atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Asal Pendaftaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan Resit Pengesahan Bayaran Pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor semasa membeli Dokumen Tender. Salinan Sijil Pendaftaran boleh diterima jika disahkan oleh Agensi berkaitan.

8. Bayaran untuk Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draft Bank atau Kiriman Wang di atas nama Bendahari Negeri Selangor.

9. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-Syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan tender. Jika Dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya.

10. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan tajuk dan nombor tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari, 03 Februari 2017 (Jumaat) di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

11. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

12. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tender yang termurah/terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan tender. Kerajaan juga mengikut budi bicaranya tidak terikat untuk memberi maklum balas kepada sebarang bantahan yang mungkin diterima berkenaan tender. Kerajaan juga berhak menerima keseluruhan atau sebahagian daripada tender dan segala keputusan Kerajaan adalah muktamad.

# Tawaran Terbuka kepada: T2 : (i) Syarikat 100% milik warganegara; atau (ii) Syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia; atau (iii) Syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira sama ada disenaraikan di BSKL atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi empat puluh sembilan (49%) dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

PROJEK PEMBANGUNAN AIR MENTAH MELALUI ‘HYBRID OFF-RIVER AUGMENTATION STORAGE (HORAS)

Pakej 1Pembinaan Muka Sauk Dan Stesen Pam Air Mentah Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kampung Sg. Darah, Bestari Jaya, Kuala Selangor

(S) 2081 /13/4

TERBUKA/T2 RM1,000.00/satu set

(tidak akan dikembalikan)

Tarikh:21 Disember 2016 (Rabu)

Masa: 10.00 pagi

Tempat:Tingkat 15,

UPEN

(WAJIB)

Tajuk No.Tender

Taraf/JenisSyarikat

Syarat-syaratPendaftaran

HargaDokumen

Tarikh danMasa Taklimatdan Lawatan

Tapak

1. Berdaftar dengan CIDB di bawah SPKK Gred G7 Kategori Pengkhususan CE20, M21 dan M15.

2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Permit C1 (Bekalan Air)

3. Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor (seperti perkara 5 di bawah)

Beliau berkata, pembinaan parit baru juga bakal dijalankan di sepanjang Jalan

Petaling Jaya Selatan 2/1 sebagai inisia-tif memas-tikan kawasan berkenaan tidak dinaiki air.

Pada 2015, MBPJ melu-luskan projek pembinaan kolam OSD (takungan air) berdekatan Sekolah Dato' Harun bertujuan menga-tasi masalah banjir di ka-wasan berkenaan.

Bagaimanapun sejak minggu lalu, sekitar pe-nempatan Dato' Harun dan

Buana Perdana mula dinaiki air susulan penambahan beberapa projek di kawasan berdekatan.

Pada masa sama, penambakan kawasan bekas lombong turut dikaitkan men-jadi punca menyumbang kepada tempat

takungan pengaliran air.Sebelumnya, Haniza bersama Ahli Maj-

lis Zon 17, Ahmad Akhir; wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Petaling, Jabatan Kejuruteraan MBPJ (Bahagian Saliran dan

Infrastruktur), mengadakan perbincang-an khas membincangkan isu tersebut.

Perbincangan turut dihadiri wakil Ja-batan Sisa Pepejal MBPJ dan wakil Ahli Maj- lis MBPJ Zon 18, pada 8 Disember lalu.

Page 17: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

18PBT

SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Rumah Kasih Harmoni, di sini, pada 10 Disember lalu.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, sumbangan itu adalah inisiatif untuk memupuk sikap saling membantu kepada golongan kurang bernasib baik.

Katanya, ia membabitkan pembaikian pera-latan taman permainan, gelanggang futsal dan pembelian permainan di taman permainan.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung mereka yang kurang ber-nasib baik.

“Kami juga mahu memberi galakan bukan sahaja kepada sukarelawan tetapi komuniti untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika Program Komuniti Gotong-Royong dan ‘trees for life’.

Antara aktiviti yang diadakan bersama anak-anak rumah kebajikan itu adalah senam-robik, persembahan, gotong-royong, menge-cat dinding pagar dan melukis grafiti.

Turut diadakan, aktiviti mewarna, cera-mah motivasi serta menanam 115 jenis pokok bunga dan buah-buahan.

Hadir sama, Pengerusi PUSPANITA, Datin Habbulmatain Maliki yang turut menyerah-kan sumbangan RM2,950.

Rumah Kasih Harmoni adalah pusat ja-gaan, kebajikan dan pendidikan yang dinaun-gi 112 golongan anak yatim, fakir miskin serta asnaf zakat.

Penuhi program CSR

Bantu Rumah Kasih Harmoni

SUBANG JAYA - Seramai 720 penerima dari 24 zon diraikan sempena program ‘Back To School’ anjuran Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) membabitkan peruntukan RM36,000.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Zulkar-nain Che Ali berkata, ia bertujuan mem-bantu golongan kurang berkemampuan terdiri daripada anak yatim, orang ke-lainan upaya (OKU) dan anak keluarga miskin.

Katanya, peserta diberikan baucar RM50 untuk dibelanjakan di tiga pasar raya seperti Mydin, Giant dan Aeon.

“Ini adalah sumbangan kecil kita dalam meringankan beban masyarakat sekeliling yang memerlukan.

“Setiap orang memainkan peranan

menjadi mata dan telinga MPSJ supa-ya golongan tidak bernasib baik tidak terpinggir daripada arus kemodenan,” katanya ketika Majlis Penyampaian Bau-car ‘Back To School’ di Mydin USJ, di sini, pada 7 Disember lalu.

Majlis itu menyaksikan 120 penerima dari empat zon; Zon 1, Zon 4, Zon 12 dan Zon 14 membeli-belah barang keperlu-an persekolahan.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh ber-kata, pemberian baucar dalam program itu dilihat lebih efektif bagi memenuhi keperluan pelajar.

“Saya lebih suka pemberian baucar kerana pelajar boleh membeli apa yang mereka suka dan perlukan," katanya.

‘Back To School’ rai ��� pelajar

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan berbincang dengan Ja-batan Kerja Raya (JKR) untuk mencari solu-si terbaik bagi mengurangkan kesesakan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu apabila tiba musim haji.

Yang Dipertuanya, Dato’ Puasa Md Taib berkata, hal itu kerana Kompleks Tabung Haji baharu di Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dijang-ka memulakan operasi tahun depan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di ka-wasan berhampiran.

“Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya akan dipindahkan ke sini dan sudah tentu pada musim haji tahun depan akan lebih menyebabkan kesesakan.

“Kita akan memanggil JKR untuk mem-bincangkan hal ini bagi menyediakan ja-lan alternatif lain untuk memudahkan

pengguna. Tindakan drastik boleh dilaku-kan dengan meluruskan terus ke KLIA,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Puasa berkata, MPSepang mengambil serius isu terbabit dan akan membuat kajian menyeluruh ke-pada implikasi jalan juga pengguna.

Tabung Haji kini sedang membina kom-pleks jemaah haji dan bangunan hotel dengan kos RM303 juta bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan haji lebih baik berhampiran KLIA.

Ia bagi memudahkan proses melapor diri, mendaftar masuk, pemeriksaan baga-si dan urusan imigresen jemaah.

Kompleks menampilkan ciri seni bina Islam moden dilengkapi 300 bilik bertaraf empat bintang itu terletak bersebelahan Masjid Sultan Abdul Samad KLIA atau kira-kira lima kilometer dari KLIA.

Cari solusi selesai kesesakan di KLIA

Page 18: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

19SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

PBT

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA - Universal Design Award bakal dijadikan acara tahunan dengan jumlah hadiah ditingkatkan kepada RM100,000 bagi menarik minat lebih ba-nyak penyertaan dalam pelbagai sektor.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Mohd Azizi Mohd Zain berkata, kategori per-tandingan diperbanyakkan bagi memu-puk kesedaran pemilik bangunan untuk menyediakan kemudahan kepada semua golongan termasuk orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

“Tahun ini, kita hanya pakai perun-tukan sedia ada lebih kurang RM24,000 tetapi tahun depan ditambah RM100,000 untuk meningkatkan penyertaan dengan kategori juga ditambah.

“Kita mahu penyertaan institusi penga-jian tinggi, bangunan kerajaan juga hotel bajet dengan kesedaran menyediakan kemudahan mesra pengguna,” katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah

Universal Design 2016 di Encorp Strand Mall, Kota Damansara, baru-baru ini.

Encorp Strand Mall, Menara PKNS Pe-taling Jaya, One Avenue Hotel, Wisma Perkeso, Ibis Style Hotel, Tropicana City Mall dan Paradigm Mall dipilih menerima anugerah terbabit.

Sementara itu, Pengurus Bangunan Menara PKNS Petaling Jaya, Shahrudin Abu Bakar berkata, semua pihak perlu menerapkan reka bentuk bangunan mes-ra pengguna dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata.

Katanya, langkah terbabit selaras de-ngan pelaksanaan Smart City yang diil-hamkan Kerajaan Negeri.

“Seperti disebut datuk bandar, ke-canggihan sesebuah bandar menjadi ti-dak bermakna jika masyarakatnya tidak gembira dengan apa yang ditawarkan.

“Maka, PKNS berharap pemaju lain juga dapat menerapkan ciri-ciri mesra OKU untuk keselesaan semua pihak,” ka-tanya.

Galak lebih banyak penyertaan

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima tiga anugerah sempena Hari Karnival KPKT 2016, pada 3 Disember lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Per-hubungan Awam, Shahrin Ahmad berka-ta, anugerah berkenaan adalah Anugerah Bandar Mampan 2015, Anugerah Pelak-sanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2016 dan Anugerah Pelaksanaan Ini-siatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2016.

“Anugerah ini semestinya menyuntik semangat dan menjadi dorongan kepada warga kerja MBSA.

“Kami akan terus komited dan berde-dikasi meningkatkan perkhidmatan demi

kesejahteraan dan keharmonian komuniti juga masyarakat,” katanya dalam kenyata-an.

Bertempat di Dataran Merdeka, majlis penganugerahan diterima Timbalan Da-tuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin dari-pada Menteri Kesejahteraan Bandar, Pe-rumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar.

Hari Karnival KPKT 2016 bertemakan ‘Bandar Mampan Komuniti Sejahtera’ menggabungkan empat sambutan rasmi tahunan KPKT iaitu Hari Habitat Sedunia, Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari Kitar Semula dan Hari Tandas Peringkat Kebangsaan.

MBSA rangkul anugerah Karnival KPKT 2016

4col x 34cm

KERAJAAN NEGERI SELANGORKENYATAAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor di Malaysia yang berkelayakan seperti di dalam jadual di bawah dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berkaitan untuk Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Daerah Kuala Langat seperti berikut :-

PROJEK PEMBANGUNAN LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG, DAERAH KUALA LANGAT

Pakej DMembina, Menguji Dan Mentauliah Sebuah Loji Rawatan Air Berkapasiti 200 JLH Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dari Jalan Sukun, Kanchong Darat ke Jalan Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor

2081/15/6 TERBUKA

1. Berdaftar dengan CIDB di bawah SPKK Gred G7 Kategori Pengkhususan CE20, CE21 dan M15.

2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Permit C1 (Bekalan Air)

3. Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor (seperti perkara 5 di bawah)

4. Ber-pengalaman membina dan mentauliah Loji Rawatan Air berkapasiti tidak kurang dari 50 JLH dan bernilai tidak kurang dari RM 50 juta dalam tempoh 10 tahun yang lepas (dengan salinan Sijil Siap Kerja)

RM5,000.00/satu set

(tidak akan dikembalikan)

Tarikh:29 Disember

2016 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi

Tempat:Tingkat 15,

UPEN

(WAJIB)

2. Petender adalah diwajibkan untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan pada hari Khamis, 29 Disember 2016 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 15, UPEN, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta menghadiri lawatan tapak selepas taklimat diberikan. Petender-petender yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli Dokumen Tender. Sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan kepada PENAMA di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam sijil yang telah dinyatakan di atas.

3. Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada hari Khamis, 29 Disember 2016 bermula pada jam 2.00 petang di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

4. Dokumen Tender akan mula dijual bermula pada hari Khamis, 29 Disember 2016 bermula pada jam 2.00 petang di alamat tersebut di atas.

5. Petender dikehendaki terlebih dahulu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Petender boleh berbuat demikian di Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, Tingkat 4 sebelum membeli Dokumen Tender. Petender dikehendaki untuk mengemukakan Resit Pengesahan Pendaftaran sebagai bukti kontraktor telah berdaftar dengan UPEN semasa membuat urusan pembelian Dokumen Tender.

6. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada hari Isnin, 09 Januari 2017. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

7. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil dari syarikat kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Asal atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Asal Pendaftaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Resit Pengesahan Bayaran Pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor semasa membeli Dokumen Tender. Salinan Sijil Pendaftaran boleh diterima jika disahkan oleh Agensi berkaitan.

8. Bayaran untuk Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draft Bank atau Kiriman Wang di atas nama Bendahari Negeri Selangor.

9. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-Syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan tender. Jika Dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya.

10. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan tajuk dan nombor tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari, 07 Februari 2017 (Selasa) di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

11. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

12. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tender yang termurah/terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan tender. Kerajaan juga mengikut budi bicaranya tidak terikat untuk memberi maklum balas kepada sebarang bantahan yang mungkin diterima berkenaan tender. Kerajaan juga berhak menerima keseluruhan atau sebahagian daripada tender dan segala keputusan Kerajaan adalah muktamad.

Tajuk No.Tender

Taraf/JenisSyarikat

Syarat-syaratPendaftaran

HargaDokumen

Tarikh danMasa Taklimatdan Lawatan

Tapak

Universal Design Award acara tahunan

Page 19: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

20Pendidikan

SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kolej Antarabang-sa Inpens (INPENS) bersedia men-jadi pusat pendidikan vokasional pilihan utama bagi melahirkan pelajar berkemahiran tinggi su-paya boleh bersaing dalam in-dustri pekerjaan.

Pemangku Ketua Eksekutifnya, Ahmad Zabri Mohd Yaman ber-kata, INPENS kini giat memantap-kan lagi organisasi itu daripada segi kemudahan pembelajaran dan tenaga pengajar.

“Kita mahu menjadikan IN-PENS sebagai pilihan pertama. Sebelum ini, kita mengenali IM-PENS sebagai sekolah vokasional yang mengambil pelajar tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

“Pada 2017, kita merancang mentransformasikan INPENS dengan menaik taraf kemudahan

dan mantapkan tenaga pengajar selain berhubung rapat dengan pemain industri,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, INPENS yang kini memiliki hampir 700 pelajar ti-dak berhasrat menambah kur-sus baru, sebaliknya merangka strategi menarik pelajar lepasan diploma menyambung bidang kemahiran di situ.

“Pada 2018, kita mula bergerak mengambil pelajar dengan krite-ria lebih teliti supaya pendidikan vokasional ini tidak lagi menjadi tempat menampung pelajar ti-dak berkelayakan atau menjadi pilihan kedua.

“Dahulu mungkin ada yang mengambil (pengajian) di IN-PENS kemudiannya diploma. Sekarang, kita mahu orang yang ada diploma datang ke INPENS untuk membuat teknikal voka-sional,” katanya.

Mahu jadi pilihan utama

INPENS sasar lebih ramai pelajar berkemahiran

Fokus bangun pendidikan jadi teras 'Smart State'

SUBANG JAYA - Lima sekolah ter-masuk dua sekolah persendirian di DUN Subang Jaya menerima geran bantuan Kerajaan Negeri berjumlah RM135,000.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Su-bang Jaya, Hannah Yeoh berkata, bantuan terbabit bertujuan me-majukan pendidikan di Selangor selain meringankan beban pe-ngurusan sekolah.

“Walaupun cukai taksiran diku-tip Kerajaan Negeri tidak dikhu-suskan bagi bantuan ini tetapi se-jak lapan tahun lalu, kita berjaya melakukannya.

“Ia sekurang-kurangnya mem-bantu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menambah dana dalam menguruskan keperluan sekolah," katanya.

Program penyerahan geran bantuan kali kedua itu membabit-kan lima sekolah iaitu Sekolah

Integrasi Masjid Darul Ehsan (RM30,000), Sekolah Sri Pintar Subang Jaya (RM25,000), SJK(C) Lick Hung (RM20,000), SJK(C) Chee Wen (RM30,000) dan SJK(C) Tun Tan Cheng Lock (RM30,000).

Beliau berkata, pengagihan ge-ran kali ini turut diberikan kepada sebuah sekolah wawasan iaitu SJK(C) Tun Tan Cheng Lock yang tidak tersenarai sebelumnya.

Sekolah wawasan adalah tiga sekolah berbeza aliran iaitu seko-lah kebangsaan, SJK(C) dan SJK(T) yang dibina dalam satu kawasan serta berkongsi beberapa kemu-dahan di dalamnya.

“Sebelum ini, Kerajaan Negeri ti-dak memberi geran kerana meng- anggap ia sekolah skim khas di-wujudkan Kerajaan Persekutuan dan mendapat perhatian khusus pihak berkenaan tetapi ia tidak berlaku,” katanya.

Sekolah DUN Subang Jaya terima geran RM���,���

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri disaran memberi tumpuan me-nyeluruh terhadap pembangu-nan pendidikan bagi menerajui agenda gagasan Smart State yang lebih mampan, menjelang 2025.

Dekan Fakulti Media dan Ko-munikasi Universiti Selangor (UNISEL), Profesor Dr Azamuddin Ibrahim berkata, masyarakat perlu mendapat gambaran juga pema-haman sebenar berkenaan pelak-sanaan Smart City merangkumi semua komponen utama dasar terbabit.

“Pendidikan perlu disalur-kan secara menyeluruh kepada

pengguna kerana tanpa agenda pendidikan menyeluruh, pem-bangunan Smart State itu sukar dilaksanakan.

“Kita mengambil contoh, pelak-sanaan Smart State dibuat tetapi masih ada rakyat yang membuang sampah sewenang-wenangnya, maka misi untuk membangunkan Smart City agak sukar.

“Jadi, komponen pendidikan itu wajar diberi perhatian supaya pelaksanaannya dapat diwujud-kan dalam kalangan rakyat Sela-ngor,” katanya kepada Selangor-Kini.

Pada masa sama, Azamuddin

berkata, Kerajaan Negeri boleh mengambil pendekatan serupa seperti dilaksanakan di Amster-dam yang fokus membangunkan prospek pendidikan bandar itu.

“Pada 20 tahun lalu, Amster-dam bukanlah bandar tumpuan yang boleh dibanggakan meman-dangkan kawasannya yang kotor dan tidak terurus waktu itu.

“Namun, sekarang keadaannya berubah sebagai Smart City yang cukup terkenal di seluruh dunia dan saya percaya Selangor boleh menuju ke arah itu jika semua pi-hak memainkan peranan," kata-nya.

Page 20: final-book-selangorkini-16-23-dis-2016-fw

21SelangorKini 16 - 23 Disember 2016

Agama

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BANGI - Aspek kerohanian dalam ka-langan generasi muda wajar dipupuk dengan pemahaman menyeluruh ter-hadap pembangunan Islam berlan-daskan ajaran hadis dan sunnah.

Tokoh Akademik, Profesor Emeri-tus Datuk Dr Osman Bakar berkata, saranan itu disifatkan relevan den-gan merujuk ketidaktentuan semasa membabitkan persekitaran masyara-kat terhadap imej Islam ketika ini.

Beliau berkata, wujud kecelaruan pemikiran terhadap pemikiran Islam sebenar akhirnya memberikan pel-

bagai imej negatif berkenaannya.“Cabaran terbesar perlu diter-

jemahkan secara menyeluruh ketika ini adalah bagaimana masyarakat khususnya golongan muda menga-tasi masalah kecelaruan pemikiran itu.

“Masalah kecelaruan seni berfikir masyarakat kini mendorong wujud-nya pelbagai tanggapan dan pema-haman yang pelbagai berkenaan kon-teks serta ajaran Islam.

“Justeru, teras pemikiran masyara-kat perlu diperkuatkan berpandukan ajaran Islam sebenar dengan ideologi dan pemikiran falsafah bercirikan pe-ngajaran Islam,” katanya ketika forum

‘Kebangkitan Islam di Alam Melayu dan Isu Masa Depan’ di Dewan Raya, Bangi Golf Resort, pada 8 Disember lalu.

Pada masa sama, Osman berkata, realiti perkembangan kemasyaraka-tan Islamiah global berdepan caba-ran terbesar, sekali gus memerlukan dukungan masyarakat Islam memas-tikan tanggapan itu dapat dipulihkan.

Katanya, inisiatif terbabit boleh dibuat dengan menyusun semula kurikulum pendidikan yang memberi tumpuan terhadap pembelajaran Is-lam yang lebih dominan di peringkat institusi pengajian tinggi.

Ilmu al-Quran dan Sunnah

Singkap erti Islam sebenar

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka 28 cawangan di selu-ruh negeri setiap hari sepanjang Disem-ber ini termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.

LZS dalam satu kenyataan berkata, waktu operasi seluruh cawangan pada hari bekerja adalah dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, manakala pada hari cuti adalah dari jam 9 pagi hingga 3 pe-tang.

Sementara, pada 30 Disember, seluruh cawangan akan beroperasi bemula jam 8.30 pagi hingga 6 petang dan jam 9 pagi hingga 8 malam, pada 31 Disember ini.

“LZS berharap dengan perkhidmatan cawangan tujuh hari seminggu ini, ia dapat memudahkan orang ramai teru-tama untuk menunaikan ibadah zakat.

“Lebih ramai yang menunaikan zakat, lebih ramai asnaf dapat dibantu,” katanya.

Antara perkhidmatan yang dise-diakan ialah khidmat runding cara berkenaan bantuan juga pembayaran zakat.

Pelanggan boleh membuat taksiran pelbagai jenis zakat harta, bayaran dan agihan zakat, malahan LZS turut me-nyediakan perkhidmatan pembayaran menerusi kad kredit juga debit.

LZS buka setiap hari Disember ini

WAKTU SOLAT SELANGOR16 - 23 Disember 2016

16 - 23 Rabiulawal 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

16 Jumaat 5.40 5:50 7.10 1:12 4:34 7:08 8:2317 Sabtu 5.40 5:50 7.11 1:12 4:35 7:08 8:2318 Ahad 5.41 5:51 7.11 1:13 4:35 7:09 8:2419 Isnin 5.41 5:51 7.12 1:13 4:36 7:09 8:2420 Selasa 5.42 5:52 7.12 1:14 4:36 7:10 8:2521 Rabu 5.42 5:52 7.13 1:14 4:37 7:10 8:2522 Khamis 5.43 5:53 7.13 1:15 4:37 7:11 8:2623 Jumaat 5.43 5:53 7.14 1:15 4:38 7:11 8:26

16 Jumaat 5.42 5:52 7:15 13:14 4:36 7:10 8:2517 Sabtu 5.42 5:52 7:15 1:14 4:37 7:10 8:2518 Ahad 5.43 5:53 7:16 1:15 4:37 7:11 8:2619 Isnin 5.43 5:53 7:16 1:15 4:38 7:11 8:2620 Selasa 5.44 5:54 7:17 1:16 4:38 7:12 8:2721 Rabu 5.44 5:54 7:17 1:16 4:39 7:12 8:2722 Khamis 5.45 5:55 7:17 1:17 4:39 7:13 8:2823 Jumaat 5.45 5:55 7:18 1:17 4:40 7:13 8:28

AMPANG - Sejumlah RM400,000 diluluskan bagi melak-sanakan kerja menaik taraf Masjid Darul Ehsan di Taman Tun Abdul Razak, di sini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia adalah peruntukan fasa pertama daripada beberapa fasa lain bagi kerja naik taraf masjid berke-naan.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) memaklumkan kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan kadar siling RM5 juta bagi projek menaik taraf Masjid Darul Ehsan.

“Kita akan memulakan perbincangan dengan pihak berkaitan, pada tahun depan bagi memastikan projek ini dapat diteruskan.

“Projek pembangunan ini dipersetujui bersama pihak masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga Ja-batan Kerja Raya (JKR),” katanya ketika merasmikan Hari Mesra Masjid Darul Ehsan Taman TAR, pada 9 Disember lalu.

Justeru, Mohamed Azmin berharap penduduk dapat mengimarahkan masjid itu selepas kerja menaik taraf selesai supaya fungsinya sebagai tempat ibadat serta pusat kegiatan masyarakat dapat dihidupkan.

“Sesebuah masjid mesti dibina atas asas takwa bu-kan kerana keindahan juga pengisian program mengi-marahkan masjid perlu dirangka supaya ia dapat mem-bangunkan masyarakat dan komuniti, pada masa akan datang,” katanya.

RM���,��� naik taraf Masjid Darul Ehsan