anis dis 2008

2
14 :: anis :: DISEMBER 2008 katan sebuah perkahwinan itu adalah dengan tali kalimah Allah. Allah telah syariatkan, tidak sah nikah tanpa pengucapan kalimah ijab dan kabul. Dengannya menjadi halal suatu yang sebelum itu haram dalam pergaulan antara lelaki dan wanita. Sebenarnya ijab kabul bukan sahaja menjadi satu perjanjian antara dua orang lelaki (suami dan wali); tetapi juga merupakan perjanjian dengan Allah SWT. Di dalamnya ada ‘ amanat’ dari Allah SWT yang wajib dipikul oleh seorang lelaki (suami) ke atas wanita yang menjadi isterinya. Dengan sebab itulah akad nikah ditegaskan dalam al-Quran sebagai satu perjanjian yang sangat kukuh sebagaimana firman Allah SWT: “Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu (suami) perjanjian yang kuat.” (an-Nisaa: 21) Sehubungan ini, Rasulullah SAW ada mengingatkan para suami agar berbuat baik kepada wanita di bawah jagaan mereka iaitu para isteri dan anak gadis. Sabda baginda SAW: “Takutlah kamu kepada Allah dan ingatlah kepada Allah dalam urusan wanita, kerana mereka adalah orang yang berada dalam naunganmu. Kamu ambil mereka itu sebagai isteri dengan amanat Allah. Dan kamu dihalalkan bergaul dengan mereka itu berlandaskan kalimah Allah.” (Riwayat An-Nasa’ie dan Ibnu Majah) Dahulunya amanat dan tanggungjawab ini terletak di bahu wali kepada wanita. Melalui akad AKUJANJI DALAM LAFAZ NIKAH FOKUS UTAMA OLEH: ROSLAN KASSIM [email protected]

Upload: mahiro-dakaya

Post on 23-Mar-2016

259 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Women Magazine in Bahasa Malaysia

TRANSCRIPT

14 :: anis :: D I S E M B E R 2 0 0 8

katan sebuah perkahwinan itu adalah

dengan tali kalimah Allah. Allah telah syariatkan, tidak

sah nikah tanpa pengucapan kalimah ijab dan kabul. Dengannya menjadi halal suatu yang sebelum itu haram dalam pergaulan antara lelaki dan wanita. Sebenarnya ijab kabul bukan sahaja menjadi satu perjanjian antara dua orang lelaki (suami dan wali); tetapi juga merupakan perjanjian dengan Allah SWT. Di dalamnya ada ‘amanat’ dari Allah SWT yang wajib dipikul oleh seorang lelaki (suami) ke atas wanita yang menjadi isterinya.

Dengan sebab itulah akad nikah ditegaskan dalam al-Quran sebagai satu perjanjian yang sangat kukuh sebagaimana firman Allah

SWT: “Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu (suami) perjanjian yang kuat.” (an-Nisaa: 21)

Sehubungan ini, Rasulullah SAW ada mengingatkan para suami agar berbuat baik kepada wanita di bawah jagaan mereka iaitu para isteri dan anak gadis. Sabda baginda SAW: “Takutlah kamu kepada Allah dan ingatlah kepada Allah dalam urusan

wanita, kerana mereka adalah orang yang berada dalam naunganmu. Kamu ambil mereka itu sebagai isteri dengan amanat Allah. Dan kamu dihalalkan bergaul dengan mereka itu berlandaskan kalimah Allah.” (Riwayat An-Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Dahulunya amanat dan tanggungjawab ini terletak di bahu wali kepada wanita. Melalui akad

AKUJANJI DALAMLAFAZ NIKAH

FOKUS UTAMA

OLEH: ROSLAN KASSIM [email protected]

anis :: D I S E M B E R 2 0 0 8 :: 15

nikah, berpindah tanganlah beban tanggungjawab itu kepada suami. Penyerahannya tentulah dibuat setelah ada rasa percaya dan aman bahawa penerima amanah akan memeliharanya dengan baik. Tidak mungkin orang tua dan keluarga akan merestui perkahwinan tanpa adanya rasa percaya dan aman ini.

Sesungguhnya amanah adalah salah satu daripada tali temali rohani yang menjadi pengikat utuh sebuah perkahwinan selain cinta (mahabbah dan rahmah). Ini sejajar dengan firman Allah SWT dalam ayat ke-21 dari surah Ar-Rum.

Sifat amanah adalah benteng pertahanan terakhir untuk menyelamatkan sesebuah perkahwinan. Andainya sudah terlerai simpulan ikatan cinta dan pupus rasa mahabbah, masih ada rahmah untuk bertahan mengikat sebuah perkahwinan. Andainya rahmah juga tandus tiada berbaki, masih ada amanah yang memegang janji untuk memikul amanat sewaktu akad nikah dahulu yang mampu menjadi taruhan terakhir untuk menyelamatkan tali perkahwinan.

Selagi dan selama pasangan suami isteri itu hidup beragama, maka amanahnya akan terpelihara. Ini kerana al-Quran memerintahkan: “Dan pergaulilah isteri-isterimu

dengan secara baik (patut/wajar) dan apabila kamu tidak lagi menyukai (mencintai) mereka (maka bersabarlah, jangan mudah putuskan tali perkahwinan), kerana boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetapi Allah

menjadikan padanya (di sebalik itu) kebaikan yang banyak.” (an-Nisaa’: 19)

Demikianlah betapa Allah memuliakan kaum wanita. Tidak sewenang-

wenangnya seorang lelaki itu boleh

‘memiliki’ mereka, kecuali terlebih dahulu perlu mengikat

janji dengan Allah SWT. Oleh itu, kaum lelaki perlu ingat, dengan siapa mereka berjanji untuk mengambil seorang wanita sebagai isteri. Jangan mudah sahaja hendak melepaskan tanggungjawab atau memutuskan tali perkahwinan. Lebih-lebih lagi jika sekiranya ia cuai dalam kewajipannya melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga.

AMANAT YANG DIPIKULMajlis akad nikah sebenarnya

bukan sebarang majlis. Ia adalah majlis suami menerima amanat dan membuat janji setia tiada akan mempersia-siakan tanggungjawab. Betapa besarnya amanah ini kerana

ia meliputi persoalan hidup mati dari dunia hingga ke akhirat. Ini sejajar dengan firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu (anak dan isteri) daripada seksaan api neraka.” (at-Tahrim: 6)

Melaksanakan amanat ini bukan hadiah seorang suami kepada isterinya. Ia bukan suatu yang boleh dipilih-pilih sama ada mahu melaksanakannya atau tidak. Amanat ini datang sekali dengan penerimaan nikah, ia adalah satu beban tanggungjawab yang kedudukannya wajib ditunaikan oleh suami.

Dengan dipersaksikan oleh para saksi yang adil, suami ketika berucap menerima nikah (kabul) sebenarnya telah berikrar kepada wali isterinya untuk:

8 MEMBERI NAFKAH. Sanggup dan bersedia untuk memberi nafkah kepada isterinya dari segi makan minum, pakai dan tempat berteduh.

8 MENJAGA DENGAN BAIK. Sanggup dan bersedia untuk menjaga isterinya dengan baik; melindungi keselamatannya dan mengawal kehormatan diri, kesihatan tubuh badan serta memelihara agama, nama baik dan maruahnya.

8 MEMIMPIN DENGAN KASIH SAYANG. Sanggup dan bersedia untuk menentukan dan memimpin corak hidup berkeluarga yang mengharap petunjuk dan keredhaan Allah.

Selagi dan selama pasangan suami isteri itu hidup beragama, maka amanahnya akan terpelihara