filologi melayu jilid 19 2012sedia menanti dan menerima titah sultan lintuk menlliis surat atau...

10
- c ;:r::I z > r- "'T'I - r0- o r0- o - m r- =< C, - JILID 19, 2012 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ISSN 0128-6048 KEMENTERIAN KEBUDAYAAN , KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA

Upload: others

Post on 03-Mar-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

-c ;:r::I z > r-"'T'I -r0-o r0-o ~ -~ m r-

=< C ,

-

JILID 19, 2012

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

ISSN 0128-6048

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

KANDUNGAN

Dari Meja Ed itor

Manuskrip Sebagai Warisan Sejarah Sosio-Budaya Pemerintahan Raja-Raja Melayu di Ncgeri Perak Darul Ridzuan Je/alli Harun

Transliterasi , Anotas i dan Analisis Surat Sultan Ahmad I Terengganu kcpada Jcnderal Belanda di Betawi bertari kh 18 Rajab 1239 ( 19 Mac 1824) Hashim. Bill Mum Salll1ah Jail Noor Muhall/mad

Trade and Mi gration Opening Up Cultural Routes in Spreading Malay Manuscript Literature: An Exploratory Survey Ding Choo Millg

Malay Manuscripts in BIMA: A Preliminary Survey Wall Ali Wall Mamal

MSS276I B (Hadith Arbain): Analisis dan Transliterasi Sebuah Teks Hadis Abad Ke- 17 Masihi Profesor Madya Dr. Muhall/II/ad Muslaqim Mohd Zari/

Boekoe Woelang Hadji (Lciden Cod. Or. 5567) Pandangan Kritikal Scorang Hoofd-Penghoeloe Sunda Terhadap Jcmaah Haji NusantaraAbad Ke- 19 Suryadi

Manuskrip Melayu Mengenai Ubat dan Pengubatan Profesor Dr. Hanll/ Daud

Palcografi Jawi Digital: Kaj ian dalam Perspektif Komputer Sains Khairuddill bin Omar Mohd Sallusi bill A::' II/i Mohamll/ad Faidzulbill Nasrudill Che Wan Shall/suI Baflri Che Wall Ahmad

Naskah 85 .48: Manuskrip Ilmu Menembak dari Terengganu Wall Mofld Dasuki Wall Hasbullah

Konnik Keislaman di Sumatera Bara!: Penelitian atas Dinamikanya mclalui Naskah-Naskah Karya Ulama-Ulama Minangkabau PrCIII/OIIO

Ahmad Taujik Hidayal

Muka Surat

9 - 21

22 - 33

33 - 51

52 - 56

57 -71

72 - 100

101 - 115

116 - 129

130 - 144

145-171

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

DARI MEJA EDITOR

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWTkerana dengan limpah kurniaNya Perpustakaan Negara Malays ia beljaya menerbitkan Jurnal Filologi Melayu Jilid 19, 2012 sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas sumbangan penyelidik dalam mengkaji manuskrip Melayu.

Pengetahuan dan Illaklulllat mengenai budaya bangsa amat penting sebagai rujukan bagi Illengenal jati diri sesuatu bangsa dan negara, supaya kes inalllbungan hidup masyarakat lebih term·ah dan tersusun pada Ill asa hadapan. Jurnal Filologi Melayu diolah dan diterbitkan oleh PNM atas kesedaran bahawa kebanyakan Illasyarakat di negara ini Illasih terlalu cetek dan sedikit yang Ill elllpunyai pengetahuan dan kajian tentang Illanuskrip Melayu .

Penerbitan Jurnal Filologi Melayu ini juga merupakan sumber maklumat yang lengkap tentang manuskrip Melayu, dimana dapat dilihat bagaimana sejarah, ad at, budaya dan kepercayaan, keperluaR hidup dan seni bangsa melllpengaruhi perkembangan pengetahuan tempatan. Dengan terbitnya Jurnal Filologi Melayu ini , sudah pasti ia dapat memperkayakan lagi khazanah bangsa yang boleh dibanggakan dan diangkat ke peringkat global.

Jurnal Filologi Melayu Jilid 19, 201 2 ini merupakan gabungan beberapa artikel, hasil daripada kaj ian oleh penyelidik-penye lidik manuskrip Melayu mengikut subjek-subjek tertentu berdasarkan kepada kepakaran Illas ing-Ill as ing. Has il kajian penyelidik-penyelidik ini alllat berguna sebagai sUlll ber rujukan. Menyedari bahawa selllua has il kajian ini amat penting dalalll menyumbang kepada koleksi pengetahuan, Illaka Jurnal Filologi Melayu Jilid 19, 2012 ini diterbitkan bagi Ill elllastikan Illanuskrip Melayu sentiasa dirujuk dan menjadikan ia sebagai wacana ilmu yang berkuali ti kepada masyarakat. PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Manuskrip Sebagai Warisan Sejarah Sosio-Budaya Pemeri ntahan Raja-Raja Melayu

di Negeri Perak Darul Ridzuan

fe/ani Harun

Abstrak

Manuskrip Me/aYII ada/ali warisan bertl/lis bagi memerikan sejarah sosio­budaya pemerintahan raja-raja A/all! Melayu yang merangkumi sejarah asai-usui, ketatanegaraall , ulldallg-ullda llg, adat istiadat, keagamaan dan sebagainya. Dalam kandungan lIIanuskrip yang terdiri daripada pelbagai lafar masa, ruang dan budaya ini , terangkum ciri-ciri dan prillSip-prinsip asas keilllluan dan kebijaksanaan raja­raja dall peJ/lbesar Melayu dalam lIlellgatur sistem pengurusan dan pemerintahan negara warisan leluhur yallg sebahagiall daripadanya masih bertahan sehingga ke hari ini . Dengan lI1engalllbi/ sejarah sosio-budaya pemerintahall kesultanan Negeri Perak Dam/ Ridzuan sebagai cOllloh, lI1akalah illi bermatlamat untuk tnelllerikan sebuah ko/eksi lIIanLlskrip yang be rasa/ dari Negeri Perak, khususnya yang merakam sejarah asa/-usLlI, ketatanegaraan, undang-undang dan ada! istiadat olllalall kesultallall Negeri Perak Daml RidZlIall dari dahulu sehingga sekarang .

Pengenalan

Penerokaan terhadap identiti pengarang masih beillm begitll lllas dilakllkan oleh para peneliti manllskrip MelaYll . Banyak manllskrip telah dibicarakan oleh sarjana tanpa maklumat dan pengetahllan yang jelas tentang pengarangnya. Malahan, karya-karya besar dalam sejarah persliratan Melayll seperti Hikayat Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa ala II Hukum Kamtn Me/aka masih beillm diketahui identiti pengarangnya. Hal ini berkaitan dengan tradisi kepengarangan MelaYlI zaman silam yang tidak mencatatkan nama di dalam karya yang mereka has ilkan . Hakikatnya, pengarang adalah orang yang bertanggungjawab dalam melahirkan sesebllah karya dan sewajarnya usaha mereka terus diingati sehingga ke hari 1111.

Lazimnya seorang pengarang memerlllkan kemahiranliterasi dan kellpayaan intelektllal yang tingg i bagi menghas ilkan sebllah karya yang baik dan bermutll tinggi. Hal ini begitu penting bagi pengarang-pengarang yang berkhidmat di istana selakll pembesar atau jurutulis istana. Mereka harliS mempersiapkan diri dengan kemah iran mengarang, mampll menggunakan bahasa dengan sebaik-baiknya, berilmll dan berketerampilan dalam penulisan . Mereka harus sentiasa bersiap­sedia menanti dan menerima titah Sultan lIntuk menlliis surat atau mengarang cerita, sejarah dan sebaga inya. Oleh itu, adalah kebiasaan bagi pengarang silam yang terdiri daripada kerabat istana,

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

10 / Jurnal Fi lologi Melayu

pembesar, ahli adat ist iadat, guru agama, alim ulama, jurutulis dan sebaga inya. Mereka adalah kumpulan pengarang yang sangat dihormati di istana, hidup, bekerja dan berkhidmat di bawah naungan istana.

Di samping pengarang-pengarang yang berkhidmat secara rasmi di istana, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang berkal)'a atas kehendak sendiri, menulis dan menc ipta kal)'a secara persendirian tanpa arahan atau peri ntah daripada Sultan. Mereka mungkin terdiri daripada kalangan pembesar, ahli sejarah atau jurutulis istana, mahupun dari kalangan rakyat biasa yang telah terdedah dengan pengetahuan literasi dan kaya dengan pengalaman hidup sehingga mampu me~ghas ilkan hikayat, syair atau petua-petua yang penting kepada masyarakat. Sebahagian besar danpada manuskrip Melayu yang ditemui pada hari ini adalah has il nukilan para pengarang persendirian ini.

Kedua-dua kum pulan pengarang, pengarang yang berkhidmat secara rasl11 i di istana dan pengarang persendirian, dikesani telah memainkan peranan penting dalam sejarah penulisan ~anu.s~ i p Melayu bagi negeri Perak. Terdapat beberapa orang pengarang yang telah dikenalpasti tdentttInya sebagai kaum kerabat atau pembesar istana yang menulis hal-hal yang berkaitan dengan sejarah dan kehidupan istana masa lalu . Nama seperti Raja Culan, Raja Haji Yahya bin Raja Daud dan Raja Haji Yahya bin Raja Muhammad Ali adalah contoh pengarang istana Perak yang penting suatu masa dahulu.

Tradisi persuratan Melayu turut diwarnai dengan kehadiran para penyalin manuskrip yang a.gak ramai bilangannya. Dalam konteks ini, penyalin manuskrip mel11punyai kedudukan yang ttdak kurang penting berbanding dengan pengarang asal. Penyalin manuskrip juga memerlukan kemah iran literasi dan daya ke intelektualan yang tinggi, sama sepet1i seorang pengarang asa l. Dalam keadaan yang tertentu, penyalinjuga dapat dianggap sebagai pengarang, lantaran pelbagai tokok-tambah yang dilakukan terhadap manuskrip asal yang disalinnya.

Aktiviti penyalinan manuskrip di Tanah Melayu telah berlaku dengan begitu luas seka li sewaktu zaman penjajahan British. Banyak manuskrip te lah disalin semula oleh pengarang dan penulis Melayu atas permintaan para pegawai Inggeris yang memahal11 i kepentingan sesuat1.l kal)'a itu . Tugas penyalinan tersebll t ada yang dibuat di istana dan tiada kurang pula melalui para penulis persendirian yang menerima bayaran tertentu daripada pegawai Inggeris. Bagi karya­kal)'a yang penting seperti Sejarah Melayu atau Hikayat Hang Tuah akan sentiasa mendapat permintaan yang ti nggi daripada pihak Inggeris sehingga berpuluh-puluh ka li disalin oleh para penyalin Melayu.

BlIdaya penyalinan manuskri p begitu giat berlaku di Negeri Perak. Karya-karya seperti Misa Melayu dan Undang-Undang Sembi/an Pli /lih Sembi/an telah beberapa kal i disalin daripada naskhahnya yang asal. Malah karya seperti Sej arah Me/ayu, Hikayal Hang Tuah dan Taj a/-Sa/alin telah disa lin di Perak khuslls atas permintaan pegawai-pegawai Inggeris ket ika itu . JlIsteru, para penyalin manuskrip adalah juga tokoh-tokoh penting yang perl u diteliti dan dikenalpast i oleh para penyelidik manuskrip dan tradisi persuratan Melayu di Negeri Perak.

Kaj ian mendapati sebahagian besar ko leksi manuskrip asal dari negeri Perak kini tersimpan di Perpustakaan School of Oriental and African Studies (SOAS) dan Royal Asiatic Society (RAS), London. Manuskrip-manuskrip terseb ll t telah diberikan kepada insti tusi tersebut oleh pegawa i­pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti W. E. Maxwell dan R. O. Winstedt. Keseillruhan manllskrip mas ih terpelihara dengan baik dan terbuka kepada sebarang kajian daripada para peneliti manuskrip Melayu.

Selain dalam simpanan perpustakaan di London, terdapat juga beberapa buah malluskr ip dari negeri Perak yang tersim pan di Akib Negara Malaysia, Perpustakaan Zaaba (U ni ve rsiti Malaya), Pusat Manuskrip Melayu (Perpustakaan Negara Malaysia) dan Pu ·at Dokulll entasi

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Jurnal Filologi Melayu / II

Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka), Kuala Lumpur. Sebahagian daripada naskhah di Arkib Negara Malays ia, Kuala Lumpur, adalah berasal daripada koleksi Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur (bekas Raja di Hilir Perak), sementara naskhah di Dewan Bahasa dan Pustaka pula adalah milik Raja Perempuan Taayah . Selain itu, turut ditemui beberapa buah naskhah yang berkaitan dengan istana negeri Perak yang tersimpan atau tercetak di Kuala Kangsar, Bandar DiRaja bagi kesultanan negeri Perak.

Daripada kese luruhan manuskrip yang telah ditemui, dapat dikatakan karya Misa Melayu dan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan merupakan dua buah karya besar atau karya agung yang lahir daripada tradisi kepengarangan silam negeri Perak. Kedua-dua buah karya ini menjadi tanda aras kebesaran sejarah persuratan Negeri Perak yang lahir daripada buah tangan pengarang negeri Perak dan berhubungan secara terus dengan kesultanan Perak.

Koleksi manuskrip negeri Perak juga mengandungi beberapa buah karya penting yang lain seperti Salas ilah Raj a-Raja Yang di Dalam Negeri Perak oleh Raja Haji Yahya bin Raja Daud di Belanja dan SUS~lI1an Yang Pertama Adat Lembaga Negeri Perak. Walau bagaimanapun, Salas ilah Raj a-Raj a Yang di Dalam Negeri Perak hanya mengandungi senarai salasilah dan keterangan hubungan kekeluargaan sultan-sultan Perak sementara Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Negeri Perak adalah hasil karangan yang lebih kemudian (tahun 1934). Namun begitu, kedua-dua naskhah ini tetap penting sebagai sumber asas dalam memahami sejarah peradaban kesultanan Perak yang akan dibicarakan dalam bab-bab yang khusus nanti .

Sekiranya masyarakat di Belanja pernah memiliki seorang pembesar dan pengarang bernama Raja Haji Yahya, masyarakat Melayu di Chenderiangjuga mempunyai seorang tokoh pengarang yang bernama Raja Haji Yahya. Walau bagaimanapun, kedua-dua tokoh tersebut bukanlah orang yang sam a, sebaliknya dua orang yang sarna sekali berlainan. Tokoh di Belanja ialah Raja Haji Yahya bin Raja Daud bin Tengku Besar Muda Abdul Rahman yang berasal dari Siak, Orang Besar Lapan bagi negeri Perak bergelar Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan. Sementara di Chenderiang ialah Raja Haji Yahya bin Raja Muhammad Ali bin Raja Alang Sayid Hussain, berkhidmat selahl Pawang DiRaja bagi istana Perak. Salah sebuah karya Raja Haji Yahya bin Raja Muhammad Ali yang penting ialah Salasilah Raja Perak Berhubungan DenganSayid-Say id ChandCllyang. Di samping itu, beliau ban yak menulis semula cerita-cerita lisan berbentuk lipur lara yang di tuturkan oleh Pawang Ana di Chenderiang dan juga mengumpul cerita-ceritajenaka masyarakat negeri Perak.

Negeri Perak adalah tempat munculnya beberapa orang penyalin manuskrip yang terkenal seperti Luakang bin Muhammad Arshad dan Uda Muhammad Hashim. Luakang bin Muhammad Arshad adalah penyalin manuskri p Hikay at Indera Putera bertarikh 1887 (MS Maxwell I), Cerita Raj a Nushirwan Adil berdasarkan sebuah manuskrip milik Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja, bertarikh 1832 (MS Maxwell 20) dan juga Undang-Undang Melaka, Risalat Hukum Kanun Pahang dan l ahar dan Undang-Undang Lalit Melaka (MS Maxwell 6). Semua salinan manuskrip tersebut kini tersimpan di Royal Asiatic Soc iety, London.

Sejarah hidup sebenar Luakang bin Muhammad Arshad masih belum ban yak yang diketahui secara mendalam. Walau baga imanapun, dalam sepucuk surat yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dapat di ketahui Luakang adalah anak kelahiran Kota Lama Kiri di Perak. Dia pernah berkhidmat dengan beberapa orang pegawai Inggeris seperti W.E. Maxwell dan F.A. Swettenham, mungk in sebagai kerani , jurubahasa atau jurutulis Melayu, sehingga dibawa sampa i ke Singapura dan Aceh. Dalam surat bertarikh 6 Ogos 1885 tersebut, Luakang memohon jasa baik F.A . Swettenham selaku Res iden Inggeris di Perak ketika itu membantunya mendapatkan pekeljaan bagi meringankan kehidupannya yang susah . Keseluruhan isi surat yang ditu lis dengan menarik itu adalah seperti berikut:

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

12 I Jurnal Filologi Melayu

Ya qadhi al-hajat

Mendahulukan tabik dengan beberapa hormat dan khidmat yang mulia adanya.

Hamba tuan Luakang peranakan Perak Kota Lama Kiri.

Dimaklumkan kiranya mengadap ke bawah kaus Tuan berhormat FA. Swettenham Eskoyar yang menjadi Her Majesty Residen Perak Darul Ridzuan y ang mlilia adanya, bersemayam di atas Bukit Bendera Kuala Kangsar dengan sejahlerany a.

Waba 'dah. Daripada itu ahwal hamba Tuan maklumkan adalah dahlilu telah Tuan suruhkan hamba Tuan menurut berhormat William Maxwell pergi ke Aceh. Maka selesai perkara itu hamba Tuan, lalu dibawanya bersama-sama ia peke/jaan di dalam Land Office Singapura. Dan maka dengan ketolongan Tlian dahlllll itll sangat besar

kebajikan ke atas diri hamba Tuan orang yang miskin adanya.

Adapun sekarang pada 6 Aligust 1885 ini telah berbalik hamba Tlian ke Perak dlldllk di Kota Lama dengan tiada apa-apa suatu pekerjaan. Jadi sangallah berlambah­tambah susah hati hamba Tuan. Kerana inilah hamba Tuan berdatang maklllmkan sembah teriak tangis memohonkan apa-apa suatll jalan ketolongan yang berpatlilan bagi yang layak tanggungan pekerjaan hamba Tuan orang miskin adanya.

Maka sangat hamba Tuan menaruh harap dengan sebesar-besar harapan memohonkan ampun kurnia rahim yang kelimpahan serta kasihan belas Tuan di alas hamba Tlian yang ada sedia menaruh dengan harapan akan terjllnjung pekerjaan Tuan pada tempat Wan Muhammad Saleh dahulll kerana hamba Tuanlihal pada lempal illl behllJ/ siapa-siapa bekerja lagi adanya.

Jikalau tiada di situ pun harap hamba Tuan pada lain-lain lempal dengan kelolongan Tuan yang mulia adanya.

Hal inilah dimaklumkan dengan tabik berbanyak-banyak adanya.

Termaktub pada 13 haribulan August tahlln 1885

fSumber: Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, SP J 6/6/2/

Uda Muhammad Hashim pula adalah penya lin manuskrip yang tinggal di Larut, Taiping, Perak. Antara lain, beliau telah mengarang manuskrip tentang pelbagai ilmu pawang, keris dan lain-lain (MS Maxwell 15) di Taiping, Perak, pada 1881 . Beliau juga telah mengarang naskhah Mantra Gajah di Bukit Gantang, Larut, pad a 1878 (MS Malay 107). Lebih penting daripada itu, Uda Muhammad Hashim akan sentiasa diingati selaku penyalin sebuah naskhah yang berkaitan dengan tuah laga ayam, petua menembak dan Salasilah Kerajaan Negeri Perak (MS Maxwell 24). Naskhah adalah disa lin khas oleh Uda Muhammad Hashim untuk w.E. Maxwell di Larut, Taiping, pada 1881 . Semua naskhah karangan atau salinan Uda Muhammad Hashim kini tersimpan di Royal Asiatic Society, London .

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Jurnal Filologi Melayu / 13

Naskhah Salasi/ah Kerajaan Negeri Perak (MS Maxwell 24) terdiri daripada 25 bab dalam 98 halaman. Manuskrip telah dijilid baru oleh "Waterlow & Sons" dan masih berada dalam keadaan yang baik. Tulisan Jawi menggunakan dakwat berwama hitam, sangat terang, jelas, kemas dan mudah dibaca. Menurut Uda Muhammad Hashim, naskhah Salasi/ah Kerajaan Negeri Perak itu adalah disalinnya berasaskan sebuah naskhah asal milik Raja Haji Yahya. Hal ini tertera dalam kolofon manuskrip (MS Maxwell 24, him. 98) seperti berikut:

Tamat surat ini kepada 6 haribulan Ramadhan sanat tahun 1299, hari Sabtu, di da/am Permatang Larllt. Maka yang empunya sural ini Tuan Maxwell, Assistant Resident negeri Perak yang memerintahkan Larut serta lak/uk jajahannya. Wakatibuhu iaitu yang menYliratnya faqir hamba Allah taala yang hina Uda Muhammad Hashim dan salin an daripada naskhah sural Engku Haji Raja Yahya Perak.

Taiping adalah salah sebuah pusat pentadbiran Inggeris di Perak. Oi ban dar tersebut terdapat ramai orang Melayu yang berkebolehan dalam literasi dan berkelja atau mempunyai hubungan dengan pegawai-pegawai Inggeris. Uda Muhammad Hashim adalah salah seorang daripada orang Melayu yang berpeluang bekerja dan berinteraksi dengan Maxwell ketika itu. Keupayaannya mengarang dan menyalin naskhah Maxwell 24 memperlihatkan daya intelektual, kemahiran dan pengalaman hidupnya yang luas ketika itu. lsi kandungan bagi keseluruhan 25 bab naskhah tersebut dapat diringkas seperti berikut:

Bab 1-18 : Bab tentang tuah ayam sabung (halaman 1-45)

Bab 19-22: Bab tentang menuang peluru dan petua menembak (halaman 45-5\)

Bab 23

Bab 24

Bab 25

"Bab ini fasal pad a menyatakan nama malaikat yang jahat" (halaman 51-53)

"Bab ini sebermula maka tersebutlah perkataan di dalam Salasilah Kerajaan Negeri Perak" (halaman 54-76)

"Bab ini sebennula maka adalah yang tersebut di dalam Salasilah Kerajaan Negeri Perak ini ." (halaman 77-98)

Melalui se luruh koleksi manuskrip yang ada, dapat diketahui sebahagian daripada nama pengarang dan penyalin manuskrip yang pemah berkarya di Negeri Perak pad a masa lalu, sama ada di istana atau secara persendirian . Selain Raja eulan, Raja Haji Yahya, Luakang bin Muhammad Arshad dan Uda Muhammad Hashim, terdapat juga nama-nama seperti Alang Ahmad, Syeikh Husa in, Haji Ibrahim dan Syamsuddin bin Imam Musa sebagai sebahagian daripada pengarang dan penyalin manuskrip negeri Perak. Walaupun identiti para pengarang atau penyal in manuskrip tersebut sukar dikesan dengan tepat, nama mereka tetap abadi dalam Iipatan sejarah persuratan negeri Perak. Keterangan bagi keseluruhan manuskrip dari negeri Perak yang telah ditemui setakat ini dapat diringkaskan seperti berikut:

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

14 Jurnal Filologi Melayu

Manuskrip Dengan Nama PengarangiPenyalin

a. Alang Ahmad bin Muhammad Pengarang Hikayat Penerang Hati pada tahun 1896 di Taiping, Perak (rujuk Katalog Induk, 1993 : 124). Sebuah karya yang ditulis dalam dua jilid buku bergaris biru yang kini tersimpan di Perpustakaan Zaaba, Universiti Malaya (MS 190). Buku berkulit keras (kadbod) mengandungi 33 baris pada satu halaman. Tulisan menggunakan dakwat hitam dan biru yang kemas, bersih dan mudah dibaca. Jilid pertama terdiri daripada 92 halaman. Karya mengandungi berbagai-bagai cerita binatang yang penuh kiasan dan tauladan kepada manusia. Nama penuh pengarang ialah AlangAhmad bin Muhammad Yunus yang berkhidmat selaku jurutulis kepada pegawai Inggeris di Taiping ketika itu . Perkara ini dicatatkan oleh pengarang pada halaman pertama seperti berikut:

Hikayat Penerang Hati

Karangan Alang Ahmad bin Muhammad Yunus, jurutulis MelaYlI Rcsidcn Perak. Dikarang hikayat ini dalam Bandar Taiping pada I hariblil an JlIlai Masihi 1896.

b. Arshad bin Ismail Penyalin Hikayat Shari/aI-Akhtar wa Shuhtun Nahar atas titah Tuanku Raja Taayah, Raja Perempuan Perak pada 1954 di Istana Iskandariah . Manuskrip kini tersimpan di DBP, Kuala Lumpur (MS (60) (rujuk Raja Masittah Raja Ariffin, 1999: 40). Arshad bin [smail juga telah menyalin Hikayat Shah Kabat Lela Mengindera atas titah Raja Perempuan Perak di [stana [skandariah pada talllln tahun 1949. Manuskrip tersebut kini berada di DBP, Kuala Lumpur (MS 150) (rujuk Raja Masittah Raja Ariffin, 1999: 39).

c. Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim Pengarang kitab Zikir. Beliau berasal dari Patani dan menetap di Cangkat Jering, Perak. Kitab Zikir dikarang pad a tarikh 1880. Manuskrip kini tersimpan di Royal Asiatic Society, London (Malay liS) (rujuk Ricklefs & Voorhoeve, 1977: 150).

d. Haji Ibrahim Perak Pengarang kitab Akidah pada tahun 1891 di Mekah . Manuskrip kini rersimpan dalam ko leksi naskhah di Universiti Malaya (MS 239) (rujuk Katalog Induk, 1993 : 126). Tempat sebenar manuskrip ditulis tiada diketahlli . Walall bagaimanaplln Haji Ibrahim dipercayai berasal dari negeri Perak berdasarkan nama "Haji Ibrahim Perak" yang dinyatakan dalam manuskrip tersebut.

e. Luakang bin Muhammad Arshad Penyalin Hikayat Indera Put era bertarikh 1887. Manuskrip kini tersimpan di Royal Asiatic Society, London (MS Maxwell I) . Beliau juga menyalin Cerila Raja NlIshirwan Adi/ berdasarkan sebuah manuskrip milik Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja, bertarikh 1832. Manuskrip berada di Royal Asiatic Society, London (MS Maxwell 20) (rujuk Rick lefs & Voorhoeve, 1977: 145). Luakang Muhammad Arshadjuga adalah penyalin naskhah Undang­Un dang Melaka, Risa/at Hukum Kanun Pahang dan .lahar dan Undang-Undang LallI Me/aka atas permintaan W. E. Maxwell. Manuskrip tersebut kin i berada di Royal Asiat ic Society, London (MS Maxwell 6) (rujuk Ricklefs & Voorhoeve, 1977 : 144).

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Jurnal Filologi Melayu / 15

f. Muhammad Abdul Jalil Penyalin Syair Johan Perakdi KampaI' Kiri, Perak, pada 1303. H / 1885. Manuskrip dicatatkan berada di SOAS (MS 36563) (Ricklefs & Voorhoeve, 1977: 161). Walau bagaimanapun, penyelidikan penulis mendapati naskhah ini sudah tiada dalam simpanan SOAS. Menurut Ricklefs & YOOl'hoeve (1977), manuskrip terdiri daripada 86 halaman mengandungi kisah, "A poem on a Su ltan who was carried off by a peacock." Sebuah salinan manuskrip ini turut dicatatkan pernah berada dalam simpanan perpustakaan Royal Asiatic Society, London (MS Farquhar 7) dengan judul Syair Johan Anak Raja Perak. Walau bagaimanapun, menurut Ricklefs & VOOl'hoeve (1977: 132), "This MS is missing".

g. Abu Bakar Pengarang Syair Tuan Wis e Memungut Sewa di Sayong (MS SOAS 40327). Syair terdiri daripacla 31 rangkap clengan satu pen genal an dan satu kolofon yang ringkas, mudah dibaca dan difahami . Pada rangkap yang pel1ama dan pada bahagian kolofon, pengarang menyatakan namanya sebagai Abu Bakar yang ketika itu menjadi sahabat baik kepada Tuan Wise. Tarikh syair dikarang ada tercatat pada rangkap ke-4 iaitu pad a 3 Ogos 1887.

h. Uda Muhammad Hashim bin Khatib Usuluddin Perak Penyalin manuskrip tentang pelbagai ilmu seperti pawang, perempuan, keris dan lain­lain . Manuskrip berada dalam simpanan Royal Asiatic Society, London (MS Maxwell 15). Manuskrip ditulis / disalin di Taiping, Perak, pada 1881 (rujuk Ricklefs & Voorhoeve, 1977: 145). Beliau juga adalah penyalin naskhah Mantra Gajah di Bukit Gantang, Larut, pada 1878. Manuskrip kini berada dalam simpanan Royal Asiatic Society, London (Malay \07). Se lain itu, Uda Muhammad Hashim adalah penyalin manuskrip tentang laga ayam, petua menembak dan Salasilah Kerajaan Negeri Perak hasil tulisan Raja Haji Yahya. Manuskrip disalin di Larut, Taiping, pad a 1881 . Manuskrip kini tersimpan di Royal Asiatic Society, London (MS Maxwell 24) (rlljllk Ricklefs & Voorhoeve, 1977: 146)

i. Muhammad Sa lleh Pengarang manuskrip "erotic pantheistic" dari Perak pada 1886. Manuskrip milik Royal Asiat ic Soc iety, London (Malay 120) (rujuk Ricklefs & Yoorhoeve, 1977: 150).

j. Raja Culan bin Raja Abdul Hamid Pengarang Misa Melayu dan Syair Sultan Iskandar Bermain-Main ke Laut. Salah sebuah manuskrip Misa Melay u kini tersimpan di Cambridge University Library (MS Or. 832). Menurut catatan Ricklefs & VOOl'hoeve (1977: 118), manuskrip ini adalah pemberian Sultan Idris Shah kepada R.J. Wilkinson . Manuskrip tersebut kemudian diserahkan oleh Wilkinson kepada Cambridge University Library pada tahun 1910. Sebuah lagi salinan Misa Melayu milik Raja Muda Yusuf berada di Royal Asiatic Society, London (MS Maxwell 25) (rujuk Ricklefs & YOOl'hoeve, 1977: 146).

k. Raja Haji Yahya bin Raja Muhammad Ali Pengarang Salasilah Raja Perak Berhllbllngan Dengan Sayid-Sayid Chan dar yang pada tahun 1908 yang kin i te rsimpan di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Naskhah terdiri daripacla 47 halaman bel1aip rumi. Beliaujuga telah menulis kembali beberapa buah hikayat lipur lara Melayu yang dituturkan oleh Pawang Ana dari Chenderiang, Perak. Antara hikayat

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA