fem 4205 : 3 (3+0) pengurusan sumber dalam persekitaran...

8
8/25/2014 1 FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email: [email protected] Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Kuliah Tajuk Jam 1. Pengenalan 1 Konsep Pengurusan Sumber Aspek-aspek Pengurusan Sumber 2. Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran 4 Nilai, moral dan etika Alam sekitar Globalisasi Migrasi penduduk Teknologi komunikasi dan pengangkutan Identifikasi supranasional

Upload: donguyet

Post on 29-Aug-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/25/2014

1

FEM 4205 : 3 (3+0)

Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah

Resource Management in Changing Environment

HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM

BILIK A2-14

Email: [email protected]

Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Kuliah

Tajuk Jam

1. Pengenalan 1

Konsep Pengurusan Sumber

Aspek-aspek Pengurusan Sumber

2. Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran 4

Nilai, moral dan etika

Alam sekitar

Globalisasi

Migrasi penduduk

Teknologi komunikasi dan pengangkutan

Identifikasi supranasional

8/25/2014

2

Kuliah

Tajuk Jam

3. Prinsip dan Teori Perubahan 8

Teori perubahan organisasi

Teori Kurt Lewin

Tahap perubahan

4. Kesan Persekitaran Berubah 6

Individu dan keluarga

Organisasi

Masyarakat

Tajuk 2

Faktor-faktor Perubahan Dalaman

dan Luaran

8/25/2014

3

Faktor-faktor Perubahan

Dalaman dan Luaran

Faktor dalaman:

Nilai, moral dan etika

Faktor luaran:

Alam sekitar

Globalisasi

Migrasi penduduk

Teknologi komunikasi dan pengangkutan

Identifikasi supranasional

Faktor-faktor Perubahan Dalaman Faktor dalaman:

Nilai, moral dan etika

Nilai merupakan sesuatu yang berguna dan memberi

makna kepada seseorang pengurus, begitu juga dengan

moral dan etika iaitu tatacara

Nilai, moral dan etika empengaruhi keputusan dan

tindakan yang dibuat oleh pengurus

Melalui nilai, moral dan etika yang dikenalpasti,

penetapan matlamat mudah dilakukan dan dapat

menangani perkara yang akan dihadapi

Ia memberi panduan dan arahan kepada aktiviti

pengurusan

8/25/2014

4

Faktor-faktor Perubahan Dalaman

Peranan nilai dalam perubahan

Nilai mempengaruhi perbezaan keluarga atau organisasi

dalam keupayaan untuk menghadapi peristiwa yang

berlaku

Setiap keluarga atau organisasi mempunyai pandangan

dan cara berbeza apabila menghadapi peristiwa yang

sama

Contoh: Individu yang mementingkan nilai ekonomi

akan mengutamakan nilai ekonomi berbanding dengan

nilai sosial dalam memilih barangan keperluan yang

baharu

Faktor-faktor Perubahan Luaran

Alam sekitar

Alam sekitar merupakan sesuatu persekitaran semulajadi yang dapat mempengaruhi pengurusan sumber – interaksi dua hala

Faktor luaran ini penting dalam menjalankan tugas sebagai pengurus dalam keluarga dan organisasi

Kesan yang diberikan terhadap alam sekitar hasil dari pengurusan sumber oleh individu dapat menyebabkan individu perlu melalui perubahan bagi mengelak kesan tidak baik kepada alam sekitar. Contoh penggunaan air dan tenaga – jangka pendek dan jangka panjang

8/25/2014

5

Faktor-faktor Perubahan Luaran

Alam sekitar (samb.)

Sebaliknya juga keadaan tertentu alam sekitar dapat mempengaruhi atau mengubah cara pengurusan sumber individu. Contohnya, alam sekitar tercemar menyebabkan penggunaan pendingin udara di rumah;

perubahan cuaca, perubahan infrastruktur

Keadaan alam sekitar yang berubah kepada keadaan yang semakin kurang baik menyebabkan individu atau pengurus perlu membuat perubahan kepada penggunaan sumber

Faktor-faktor Perubahan Luaran

Globalisasi

Globalisasi menyebabkan keadaan di mana penggunaan barangan mahupun perkhidmatan tidak dapat dibezakan tempat penggunaannya

Individu di mana-mana bahagian dunia boleh menggunakan barangan atau perkhidmatan yang sama

Produk atau perkhidmatan yang terhasil di sesuatu tempat di dunia akan boleh digunakan oleh individu di pelbagai tempat di dunia

Dengan itu, perubahan perlu dilakukan dalam pengurusan sumber oleh pengurus bagi memenuhi kehendak individu di pelbagai tempat di dunia

8/25/2014

6

Faktor-faktor Perubahan Luaran

Migrasi penduduk

Berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dalam organisasi

Migrasi penduduk keluar dari kawasan pengurusan sesuatu organisasi menyebabkan kekurangan sumber manusia dalam organisasi. Perubahan perlu dilakukan di mana terdapat kekangan dalam pemilihan sumber manusia

Migrasi penduduk ke dalam kawasan pengurusan sesuatu organisasi menyebabkan terdapat pilihan yang lebih luas dalam sumber manusia. Perubahan terhadap pengurusan sumber boleh berlaku di mana sumber manusia terbaik dapat dipilih

Faktor-faktor Perubahan Luaran Migrasi penduduk (samb.)

Berkaitan juga dengan pengurusan sumber lain dalam organisasi yang saling berinteraksi dengan penduduk yang migrat

Migrasi penduduk keluar dari kawasan pengurusan sesuatu organisasi menyebabkan organisasi itu mengubahsuai penggunaan sumbernya dengan tidak lagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang digunakan oleh penduduk berkenaan

Migrasi penduduk ke dalam kawasan pengurusan organisasi menyebabkan organisasi itu menggunakan sumbernya bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan baru untuk kegunaan penduduk berkenaan

8/25/2014

7

Faktor-faktor Perubahan Luaran Migrasi penduduk (samb.)

Berkaitan dengan pengurusan sumber oleh individu dalam keluarga

Migrasi penduduk keluar dari kawasan pengurusan sesuatu keluarga boleh menyebabkan individu sebagai contoh menggunakan sumber kewangannya bagi memperoleh perkhidmatan di taman asuhan berbanding mendapatkan pembantu rumah

Migrasi penduduk ke dalam kawasan pengurusan sesuatu keluarga boleh menyebabkan individu sebagai contoh menggunakan sumber kewangannya bagi memperoleh perkhidmatan pembantu rumah berbanding mendapatkannya di taman asuhan

Faktor-faktor Perubahan Luaran

Teknologi komunikasi dan pengangkutan

Kecanggihan teknologi komunikasi mungkin tidak memerlukan organisasi untuk mengadakan operator bagi mengendalikan sistem berkenaan

Sumber manusia boleh dikurangkan oleh pengurus

Urusan perniagaan boleh dijalankan dengan lebih cekap dengan itu menjimatkan sumber dan boleh digunakan bagi tujuan lain yang menguntungkan

Sumber masa juga boleh dijimatkan dengan teknologi komunikasi yang cekap

8/25/2014

8

Faktor-faktor Perubahan Luaran

Teknologi komunikasi dan pengangkutan (samb.)

Pengangkutan yang cekap dan cepat dapat mengurangkan penggunaan sumber wang, masa

Ini dapat menjimatkan kos kenderaan, pemandu, pekerja pengangkutan

Keadaan ini juga boleh menyebabkan produk dihasilkan dengan lebih banyak disebabkan lebih banyak produk dapat dipasarkan dengan pengangkutan cekap dan cepat, dengan itu penggunaan sumber mentah bagi produk berkenaan dipertingkatkan

Faktor-faktor Perubahan Luaran

Identifikasi supranasional

Supranasional atau budaya nasional yang terhasil dari gabungan pelbagai budaya menyebabkan penggunaan produk mahupun perkhidmatan yang berbeza dari budaya asal- budaya yang merentas rantau (region) bukan sekadar budaya nasional sesuatu negara

Organisasi perlu mengubahsuai penggunaan sumber bagi penghasilan produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi citarasa kelompok dengan budaya yang baharu ini