teknologi maklumat, globalisasi dan kualiti hidup...

95
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 1 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN BHD FEM 3203 (UNIT 1-8) BS (PEMBANGUNAN MANUSIA) P.M. DR. LAILY PAIM DR. SYUHAILY OSMAN JABATAN PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJIAN PENGGUNA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR DARUL EHSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP FEM 3203

Upload: lyminh

Post on 21-Jul-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UPM EDUCATION & TRAINING SDN BHD

FEM 3203 (UNIT 1-8)

BS (PEMBANGUNAN MANUSIA)

P.M. DR. LAILY PAIM

DR. SYUHAILY OSMAN

JABATAN PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJIAN PENGGUNA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

43400 UPM SERDANG

SELANGOR DARUL EHSAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT,

GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP FEM 3203

Page 2: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 2

Universiti Putra Malaysia

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini

dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik, salinan foto,

mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut

Pendidikan Jarak Jauh dan Pembelajaran (IDEAL).

Penulis

Laily Bt. Hj Paim, Ph.D

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

Syuhaily Bt. Osman, Ph.D

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

Page 3: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3

PENGENALAN

MAKLUMAT KURSUS

Jabatan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna

Nama Kursus Teknologi Maklumat, Globalisasi Dan Kualiti Hidup

Kod Kursus FEM 3203

Prasyarat Tiada

Jam Kredit 3 (3+0)

MAKLUMAT PENULIS 1

Nama Prof Madya Dr. Laily Paim

Alamat Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang, Selangor

No. Telefon 603-89467051

No. Fax 603-89435385

E-mail [email protected]

Pengkhususan Consumption Economics

Kelulusan Ph.D (University of Illinois, Urbana Champaign) USA

MSc. (Indiana State University) USA

BSc. (Universiti Pertanian Malaysia) Malaysia

Page 4: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 4

MAKLUMAT PENULIS 2

Nama Dr. Syuhaily Osman

Alamat Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang, Selangor

No. Telefon 603-89467094

No. Fax 603-89436157

E-mail [email protected]

Pengkhususan Consumer Behavior

Kelulusan Ph.D (Universiti Malaya) Malaysia

MSc. (Universiti Putra Malaysia) Malaysia

BSc. (Universiti Putra Malaysia) Malaysia

KANDUNGAN KURSUS

UNIT 1 Konsep, teori/model kualiti hidup dan gaya hidup

Tahap, taraf dan kualiti hidup

Gaya hidup dan model mengkaji gaya hidup

Pendekatan mengkaji kualiti hidup

UNIT 2 Kaedah pengukuran dan indikator kualiti hidup: nasional

antarabangsa

Indeks Kualiti Hidup Malaysia

Indeks kualiti hidup negara lain di dunia

UNIT 3 Faktor yang mempengaruhi kualiti dan gaya hidup

Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup (domain

penggunaan)

Penggunaan lestari

UNIT 4 Globalisasi dan kualiti hidup

Maksud globalisasi

Impak positif dan negatif globalisasi

Page 5: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 5

UNIT 5 Impak teknologi, teknologi maklumat ke atas gaya dan kualiti

hidup

Konsep teknologi

Gaya hidup teknologi tinggi/rendah

Teknologi dan peningkatan produktiviti

UNIT 6 Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu

Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu

termasuklah golongan miskin, negara membangun, gender

berbeza dan kumpulan istimewa (orang kurang upaya, kanak-

kanak, orang tua)

Strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan

UNIT 7 Isu globalisasi dan ekuiti sosial

Ekuiti sosial dalam era globalisasi

Ke arah pencapaian ekuiti sosial

UNIT 8 Polisi dan program ICT

Analisis polisi dan program ICT

Implikasi polisi ke atas kesejahteraan dan kualiti hidup individu,

keluarga dan masyarakat

KERJA KURSUS 1. Soalan Globalisasi/Teknologi maklumat (10%)

2. Projek kumpulan (30%)

(Bentuk kerja kursus boleh berubah yang menyumbang 30%

daripada keseluruhan markah).

PENILAIAN

KURSUS

Kerja kursus 60%

Peperiksaan akhir 40%

UJIAN Bagi kursus ini satu (1) ujian akan diadakan. Soalan merangkumi

kandungan Unit 1-4. Soalan merupakan soalan objektif (Bentuk

soalan boleh berubah) yang menyumbang 30% daripada

keseluruhan markah.

Page 6: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 6

PEPERIKSAAN

AKHIR

Peratus markah daripada peperiksaan akhir adalah 40%. Soalan

berbentuk objektif (Bentuk soalan boleh berubah). Sila dapatkan

maklumat terkini daripada pensyarah.

RUJUKAN

UTAMA

Lauer, R.H. and Lauer, J.C. (2007). Social Problems and the Quality of Life. New York, NY: Mc-Graw Hill.

Phillips, D. (2006). Quality of Life: Concept, Policy and Practice.

Oxon, OX: Routledge Senn, J.A. (2003). Information Technology: Principles, Practices

and Opportunities (3rd ed.). USA: Prentice Hall Steger, M.A. (2003). Globalization: A Very Short Introduction.

USA: Oxford University Press. Unit Perancangan Ekonomi (2002). Petunjuk Kualiti Hidup

Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbitan Kerajaan. Yunus, M. (2007). Creating a World Without Poverty: Social

Business and the Future of Capitalism. USA: Public Affairs.

Page 7: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 7

PRAKATA

Bahan yang diedarkan ini hanyalah merupakan bahan untuk membantu pembelajaran

pelajar PJJ. Ianya tidak sesuai untuk dipetik.

Pelajar digalakkan untuk membuat rujukan terkini dan ilmiah berkaitan dengan isu yang

dibincangkan. Memandangkan kursus ini adalah kursus aplikasi, tiada satu rujukan

tertentu yang digunakan melainkan mengambil bahan pembelajaran daripada pelbagai

sumber terutamanya daripada dalam talian untuk mencetuskan pemikiran kritis pelajar

terhadap perkara yang dibincangkan.

Untuk memahami kandungan kursus ini, penulis menyarankan supaya kandungan

bahan pembelajaran ini dijadikan bahan untuk berbincang dan berfikir dengan lebih

mendalam.

Laily Paim

Syuhaily Osman

Page 8: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 8

UNIT 1

KONSEP, TEORI/MODEL KUALITI DAN GAYA HIDUP

Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat

1. Menjelaskan dan membezakan konsep tahap, taraf dan kualiti hidup

2. Menjelaskan konsep gaya hidup dan model mengkaji gaya hidup

3. Mengenal pasti pendekatan mengkaji kualiti hidup

Pengenalan

Unit ini mengandungi tajuk berikut:

1. Tahap, taraf dan kualiti hidup

2. Gaya hidup dan model mengkaji gaya hidup

3. Pendekatan mengkaji kualiti hidup

TOPIK 1: Tahap, taraf dan kualiti hidup

Manusia sentiasa berkeinginan untuk meningkatkan kualiti hidup. Keinginan ini

melibatkan pelbagai aspek kehidupan termasuklah kehidupan umum (public life),

keluarga, ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan, budaya, persekitaran, pengangkutan,

komunikasi, maklumat dan moral. Namun begitu, terdapat kekangan tertentu yang

mempengaruhi keinginan ini di mana wujudnya persepsi yang berbeza antara individu

tentang kualiti hidup dan persepsi ini sering berubah mengikut masa dan tempat. Ini

merujuk kepada pengertian kualiti hidup dinamik.

Page 9: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 9

Pemahaman tentang konsep kualiti hidup dengan lebih terperinci boleh dibuat dengan

memahami perbezaan di antara tahap dan taraf hidup yang sebenarnya memberikan

impak secara langsung kepada kualiti hidup yang dialami/dirasai.

Tahap dan taraf hidup

Tahap hidup adalah apa yang sebenarnya dialami, samada ia keadaan yang

menggembirakan atau yang memberi kesengsaraan oleh individu ataupun kumpulan.

Tahap hidup adalah pengalaman sebenar yang terbentuk dari kombinasi kompleks

penggunaan, persekitaran kerja, pemilikan, kebebasan, persekitaran dan sebagainya.

Tahap hidup hasil dari keseimbangan dan keharmonian elemen-elemen kehidupan

adalah lebih baik berbanding dengan elemen kehidupan yang tidak seimbang dan tidak

harmoni. Oleh itu, tahap hidup bukan sahaja merujuk kepada penggunaan barangan

dan perkhidmatan yang dibeli dari pasaran, tetapi ia juga melibatkan penggunaan

barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Ini bermakna bahawa

tahap hidup merupakan bukan sahaja melibatkan pemilikan tetapi ia merangkumi

perkara yang tidak boleh dibeli atau yang bukannya di bawah kawalan seseorang

individu secara langsung seperti kualiti persekitaran dan kualiti perkhidmatan yang

disediakan oleh kerajaan.

Taraf hidup pula adalah tahap yang diingini atau yang dikejar. Pencapaian taraf hidup

ini akan melambangkan kejayaan dan kegagalan untuk mencapainya akan

menyebabkan kekecewaan.

Terdapat beberapa fakta penting berkaitan tahap dan taraf hidup:

• Perbandingan tahap hidup antara individu, keluarga atau komuniti adalah sukar

malahan hampir mustahil. Ini adalah disebabkan okeh kepelbagaian dalam elemen

tahap hidup. Misalnya setiap individu/keluarga mempunyai pengertian yang

tersendiri dalam mendefiniskan tahap hidup mereka. Begitu juga dari aspek negara

di mana sebagai contoh, wilayah-wilayah di Amerika Syarikat sendiri mengalami

tahap hidup yang berlainan. Jika hanya melihat kepada aspek pendapatan sahaja,

mereka yang tinggal di wilayah Midwest dan terutamanya di Selatan (South) adalah

kurang dari mereka yang tinggal di wilayah Utara (Northeast) dan Far East. Senario

seumpama ini mungkin berlaku di Malaysia.

Page 10: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 10

• Kesilapan dalam penggunaan konsep tahap, taraf dan kualti hidup. Ini kerana masih

terdapat individu/pihak tertentu yang masih keliru dalam penggunaan konsep-

konsep berkenaan.

• Tahap hidup yang rendah jarang berkadar terus dengan kuantiti penggunaan yang

rendah. Ini bermakna penggunaan dalam kuantiti yang rendah boleh memberikan

tahap hidup yang lebih tinggi bagi sesetengah elemen kehidupan. Misalnya, mereka

yang tidak meminum arak atau menghisap rokok akan mempunyai kesihatan yang

baik yang seterusnya memberikan sumbangan yang positif dalam kehidupannya.

• Di sesetengah negara, tahap hidup yang tinggi juga menunjukkan taraf hidup yang

tinggi.

• Penentuan taraf hidup yang tinggi adalah perlu untuk meninggikan tahap hidup.

• Apabila tahap hidup individu/keluarga/komuniti adalah rendah, penyesuaian perlu

dilakukan untuk mengelakkan masalah/konflik.

Kategori tahap hidup

Terdapat beberapa kategori tahap hidup yang selalu digunapakai oleh pelbagai pihak

dalam membincangkan mengenai konsep ini, iaitu:

Tinggi vs. rendah (high vs. low)

Atasan vs. bawahan (superior vs. inferior)

Mahal vs. murah (expensive vs. trifty)

Berlebihan vs. ringkas (elaborate vs. simple)

Cukup vs. tidak mencukupi (ample vs. restricted)

Namun begitu, tahap hidup yang seimbang walaupun ringkas adalah lebih baik daripada

tahap hidup yang berlebihan tetapi tidak seimbang.

(A well-balanced simple plane of living >>> an ill-balanced elaborate plane of living)

Definisi Kualiti Hidup

Kualiti hidup adalah produk atau hasil daripada interaksi pelbagai faktor sosial,

kesihatan, ekonomi, persekitaran dan sebagainya. Secara umumnya kualiti hidup adalah

apa yang membuatkan individu/keluarga/komuniti gembira.

Page 11: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 11

Definisi kualiti hidup boleh dilihat dari aspek berikut:

– Fizikal: kesihatan, pemakanan, keperluan asas dan keselamatan

– Personal : kepuasan pekerjaan, masa lapang, kekayaan, keluarga dan

rakan, kedapatan barangan

– Masyarakat: kerajaan yang adil, kebebasan, kesamarataan untuk semua,

pendidikan untuk semua

Secara ringkasnya, konsep ini melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem

sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih

baik.

Tahap (Standard) Hidup vs. Kualiti Hidup

Jika ingin dibuat perbandingan secara ringkas, tahap hidup adalah ukuran kuantiti dan

kualiti barangan dan perkhidmatan yang diperolehi oleh seseorang (sama ada yang

digunakan melalui pembelian atau yang disediakan oleh kerajaan). Manakala kualiti

hidup adalah hasil akhir interaksi sosial, kesihatan, ekonomi dan keadaan persekitaran

yang akan mempengaruhi manusia dan pembangunan sosial.

Hakikat perbezaan taraf hidup dalam Islam

• Di dalam Islam, taraf hidup dilihat mempunyai pengertiannya yang tersendiri yang

mempengaruhi kualiti hidup manusia secara amnya. Terdapat sebab di mana

sistem Islam mengiktiraf kewujudan perbezaan taraf ekonomi antara yang kaya dan

yang miskin. Firman Allah: Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian

yang lain dalam hal rezeki (an-Nahl: 71).

• Kewujudan perbezaan tahap rezeki dan status ekonomi yang dinikmati oleh

pelbagai lapisan masyarakat mempunyai hikmahnya tersendiri. Ini kerana Allah

tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia bahkan mempunyai matlamat tertentu

yang memerlukan manusia berfikir dan mengambil pedoman.

• Di dalam al-Quran umpamanya, terdapat sekurang-kurangnya dua hikmah yang

disebut dengan jelas mengenai hakikat kewujudan perbezaan taraf hidup di

kalangan manusia.

- Pertama, sebagai ujian yang akan menjadi dasar pertanggungjawaban dan

pembalasan. Firman Allah: Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-

Page 12: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 12

penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian

yang lain beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya

kepadamu (al-An’am: 165).

- Kedua, diterangkan juga dalam ayat yang lain bahawa perbezaan taraf hidup

bukan bermaksud Islam memperakui diskriminasi mahupun penindasan.

Sebaliknya, kepelbagaian taraf hidup menuntut manusia agar dapat saling

bertukar-tukar kudrat, manfaat dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Firman Allah: Dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian

yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan

sebahagian yang lain (az-Zukhruf: 32).

TOPIK 2: Gaya hidup dan model mengkaji gaya hidup

Gaya Hidup

Gaya hidup merujuk kepada sekumpulan ciri-ciri tingkah laku yang bermakna kepada

kedua-dua orang-orang lain dan diri sendiri dalam sesuatu masa dan tempat, termasuk

hubungan sosial, penggunaan, hiburan, dan pakaian. Tingkah laku dan amalan dalam

gaya hidup merupakan campuran tabiat, cara lazim membuat sesuatu, serta tindakan

berdasarkan logik. Gaya hidup biasanya membayangkan sikap, nilai, dan pandangan

dunia seseorang.

Dalam membincangkan/memahami hubungkait di antara gaya hidup dengan kualiti

hidup, gaya hidup dilihat sebagai pola penggunaan yang mencerminkan pilihan tentang:

• Bagaimana individu hidup?

• Bagaimana individu menggunakan wang?

• Bagaimana individu menggunakan masa?

Ringkasnya, gaya hidup – bagaimana seseorang individu menjalani kehidupannya (how

a person lives).

Page 13: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 13

Perbezaan personaliti dan gaya hidup

Disebabkan gaya hidup juga merujuk kepada sekumpulan ciri-ciri tingkah laku (mirip

kepada definisi untuk personaliti), terdapat ciri-ciri tertentu yang mampu membezakan di

antara personaliti dan gaya hidup.

Personaliti adalah ciri dalaman, manakala gaya hidup adalah ciri luaran yang

merangkumi aktiviti, minat dan pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara.

Pengukuran gaya hidup

- berdasarkan pengukuran Activites, Interest, Opinion (AIOs)

Aktiviti (activity) adalah apa yang dibuat termasuklah apa yang dibeli dan bagaimana

seseorang itu menggunakan masa.

Contoh soalan yang boleh menggambarkan aktiviti:

Sukan apa yang anda terlibat sekurang-kurangnya dua kali sebulan?

Berapa buah buku yang anda baca setahun?

Berapa kerap anda mengunjungi pasaraya?

Pernah ke luar negara untuk bercuti?

Berapa keahlian kelab anda?

Minat (interest) pula ditunjukkan melalui cita rasa atau keutamaan yang diberikan

terhadap sesuatu perkara.

Contoh soalan yang boleh menggambarkan minat:

Yang mana anda lebih berminat? – sukan, agama, belajar?

Berapa penting pada anda untuk mencuba makanan baru?

Berapa penting bagi anda untuk maju ke hadapan?

Pada 2 jam di hujung minggu, adakah anda lebih suka bersama keluarga

atau bersendirian?

Manakala pandangan (opinion) adalah apa yang dirasakan terhadap dunia, moral,

ekonomi, sosial dan sebagainya. Pandangan melibatkan perasaan.

Contoh soalan yang boleh menggambarkan pandangan:

Semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa adalah sama

Lelaki patut diberi keutamaan untuk mendapat kerja.

Kita mesti bersedia menghadapi serangan bom nuklear

Page 14: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 14

Gaya hidup juga menerangkan tentang:

• Cara seseorang mencapai matlamat

• Cara seseorang itu melakukan sesuatu

• Pembuatan keputusan (mengikut situasi)

• Cara yang konsisten melahirkan pandangan atau perasaan

• Tindakan yang diambil

• Biasanya gaya hidup sama selagi matlamat sama

• Adat atau kebiasaan seseorang individu yang unik

• Gaya hidup adalah penyesuaian aktif terhadap persekitaran sosial, yang membentuk

keperluan terhadap produk untuk tujuan integrasi dan sosialisasi

• Gaya hidup juga termasuk penggunaan sosial seperti alkohol dan rokok, tabiat

pemakanan, riadah dan sebagainya

• Gaya hidup boleh dikategorikan kepada gaya hidup tradisional, neotradisional, dan

nontradisional yang membezakan secara signifikan aspek berikut: personaliti;

konsep peranan; sikap; pilihan bidang pengajian, pekerjaan, motivasi; dsb.

• Gaya hidup ibubapa adalah angkubah yang paling penting di dalam menerangkan

pilihan anak perempuan terhadap gaya hidupnya.

Gaya hidup lestari

Kehidupan lestari bermaksud kehidupan yang berasaskan amalan dan gaya hidup yang

sesuai dengan generasi masa kini dan akan datang. Konsep gaya hidup lestari ini

merupakan suatu perkara yang perlu dititik beratkan kini selari dengan konsep

penggunaan lestari yang semakin dipentingkan dalam masyarakat dunia kini. Amalan

dan gaya hidup lestari ini dilihat dari aspek penggunaan barangan dan perkhidmatan

secara berhemah iaitu tanpa menjejaskan alam sekitar. Gaya hidup lestari merujuk

kepada pola tindakan dan penggunaan, yang boleh dilihat melalui pencapaian keperluan

asas, peningkatan kualiti kehidupan, pengurangan penggunaan sumber asli dan

pengelakkan pembuangan bahan buangan yang boleh membawa kepada pencemaran

alam dan tidak mengganggu penggunaan sumber alam untuk generasi masa hadapan.

Konsep penggunaan dalam Islam

Gaya hidup yang berasaskan penggunaan ini juga boleh dibincangkan dari perspektif

Islam seperti berikut:

Page 15: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 15

● Al-Quran menggariskan beberapa prinsip umum dalam penggunaan:

1. Menggalakkan penggunaan benda-benda yang baik, suci dan berfaedah

2. Melarang perbelanjaan terhadap perkara-perkara yang membazir

3. Kesederhanaan (kebendaan vs. zuhud)

4. Matlamat akhir pengguna bukanlah penggunaan barangan (dan

kepuasan).

Suruhan untuk menggunakan benda yang suci:

- Barangan dan perkhidmatan tertentu (haram/terlarang) tidak boleh digunakan.

- Firman Allah: “Katakanlah: Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan

kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya

kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi

kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama

selain Allah”

(Al-An’am 6: 145)

Larangan terhadap pembaziran

- Mengapa? Penggunaan yang berlebihan oleh individu meskipun terhadap

barangan yang suci dan halal boleh merosakkan kebajikan masyarakat

- Firman Allah: “Makanlah dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadamu

dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan”

(Al-An’am 6: 142)

Kesederhanaan

- Setiap individu sepatutnya menggunakan barangan dan perkhidmatan dalam

kadar yang sesuai dan sederhana sahaja untuk mencapai kesejahteraan dalam

hidup.

- Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-

apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah melampaui

batas”

(Al-Ma’idah 5: 87)

Matlamat akhir penggunaan

- Penggunaan tidak terbatas kepada keperluan hidup atau keperluan kecekapan,

tetapi kepada keselesaan dan kemewahan hidup yang dihalalkan.

- Penggunaan barangan dan perkhidmatan serta kepuasannya bukanlah matlamat

akhir pengguna, tetapi penggunaan tersebut seharusnya bertindak sebagai cara

Page 16: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 16

atau laluan untuk mencapai kehidupan yang lebih bermakna, berkualiti dan

sejahtera.

PENGKELASAN GAYA HIDUP

Integrated

Need-driven

Outer directed

Inner-directed

Achiever

Emulator

Belonger

Societallyconcious

Integrated

I-am-me

SustainerSurvivor

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup? Bagaimanakah gaya hidup dapat dikaitkan dengan tahap hidup?

Page 17: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 17

TOPIK 3: Pendekatan mengkaji kualiti hidup

Pendekatan mengkaji kualiti hidup

Terdapat tiga pendekatan mengkaji kualiti hidup iaitu:

• Pendekatan keperluan asas (Basic needs approach). Melihat kepada tahap hidup

minimum didefinisikan dari segi tahap kesihatan, pemakanan dan celik huruf.

Elemen yang terdapat dalam pendekatan keperluan asas adalah jangka hayat,

celik huruf dan pendapatan perkapita.

• Pendekatan pembangunan manusia (Human development approach). Manusia

penting untuk mencapai matlamat pembangunan dan merupakan sumber

ekonomi utama.

• Pendekatan keupayaan (Capability approach). Keupayaan seseorang untuk

melakukan sesuatu yang bermakna untuk mencapai keadaan sejahtera yang

membentuk hidup yang baik.

Selain dari pendekatan di atas, terdapat pelbagai model yang telah digunakan oleh

pengkaji terdahulu dalam membincangkan tentang pengukuran kualiti hidup ini.

Di antaranya adalah:

1. Sumber: Quality of Life Research Unit, University of Toronto

Page 18: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 18

MODEL KOMPREHENSIF KUALITI HIDUP

Quality of Life

Becoming

Practical

Leisure

Growth

Being

Spiritual

Physical

Psychological

Community

Social

Physical

Belonging

Domain ”Being” merangkumi aspek asas ”siapakah individu tersebut” dan ia

mengandungi tiga sub-domain. Physical Being merangkumi aspek kesihatan fizikal,

kebersihan personal, pemakanan, kecergasan, penampilan, pamakaian, dan penampilan

fizikal. Psychological Being pula meliputi kesihatan fisiologikal seseorang dan

penyesuaian yang dibuat secara kognitif, perasaan dan penilaian kendiri, dan kawalan

diri. Manakala Spiritual Being mencerminkan nilai peribadi, standard tingkahlaku dan

kepercayaan spiritual yang boleh dikaitkan secara keagamaan.

Domain ”Belonging” merujuk kepada penyesuaian yang dibuat oleh individu dengan

persekitaran mereka dan ia juga terdiri daripada tiga sub-domain. Physical Belonging

didefinisikan sebagai perhubungan individu dengan persekitaran fizikalnya seperti

rumah, tempat kerja, kejiranan, sekolah dan masyarakat. Social Belonging melihat

kepada perkaitan dengan persekitaran sosial dan ini merangkumi penerimaan

perhubungan oleh persekitaran terdekat seseorang seperti keluarga, rakan, rakan

sekerja, jiran tentangga dan individu lain dalam masyarakat. Community Belonging

pula merujuk kepada akses terhadap sumber-sumber yang biasanya wujud dan ”dilihat”

dalam masuarakat seperti pendapatan yang mencukupi, perkhidmatan sosial dan

kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan program rekreaksi serta aktiviti komuniti.

Page 19: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 19

Domain ”Becoming” merujuk kepada aktiviti bertujuan (purposeful activities) yang

dijalankan/dilakukan untuk mencapai matlamat personal, pengharapan dan impian yang

tertentu. Practical Becoming menjelaskan tentang aktiviti harian seperti aktiviti

domestik, aktiviti berbayar, aktiviti sekolah atau sukarela, dan kebolehdapatan atau

kemampuan memenuhi keperluan kesihatan atau sosial. Leisure Becoming

merangkumi aktiviti yang membawa kepada pengurangan tekanan atau relaxation. Ini

termasuklah melibatkan diri dalam permainan tertentu, melawat keluarga atau saudara

mara atau melakukan aktiviti seperti bercuti dan melancong. Growth Becoming pula

meerujuk kepada aktiviti yang membawa kepada peningkatan atau pengekalan dalam

kemahiran dan pengetahuan.

Kualiti hidup = Tahap di mana seseorang menikmati sebarang kemungkinan yang

penting dalam hidupnya (Source:http//www.utoronto.ca/qol/concepts.htm)

Kesejahteraan Siapa seseorang itu dari segi Kesejahteraan fizikal

• kesihatan fizikal • kebersihan diri • pemakanan • senaman • kecantikan dan pakaian • penampilan diri

Kesejahteraan psikologi

• kesihatan psikologi dan penyesuaian • kognisi • perasaan • keyakinan diri, konsep kendiri, dan kawalan diri

Kesejahteraan rohani

• nilai diri • personal standards of conduct • kepercayaan

Kepunyaan Kaitan dengan poersekitaran di mana seseorang itu

berada Kepunyaan fizikal • tempat tinggal

• tempat kerja/belajar • kejiranan • masyarakat

Kepunyaan sosial

• orang yang rapat • keluarga • rakan-rakan • rakan sekerja • kejiranan dan masyarakat

Page 20: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 20

Kepunyaan komuniti

• pendapatan yang cukup • kesihatan dan khidmat sosial • program pendidikan pekerjaan • program rekreasi • aktiviti masyarakat

Pencapaian Mencapai matlamat personal, harapan dan aspirasi Pencapaian fizikal

• aktiviti domestik • kerja berbayar • aktiviti sekolah atau sukarela • kesihatan atau keperluan sosial

Pencapaian masa senggang

• aktiviti yang menenangkan dan mengurangkan tekanan

Pencapaian pertumbuhan

• menyesuaikan diri dengan perubahan

2. Sumber: The University of Oklahoma School of Social Work

Model ini terbentuk berdasarkan kenyataan bahawa terdapat beberapa domain dalam

kehidupan. Setiap domain menyumbang kepada penilaian kualiti hidup seseorang

individu secara keseluruhan. Domain-domain yang terlibat merangkumi keluarga dan

Page 21: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 21

rakan-rakan, kerja, kejiranan (tempat tinggal), masyarakat, kesihatan, pendidikan dan

spiritual (aspek keagamaan). Model ini merupakan modifikasi yang telah dibuat

berdasarkan kepada sistem pengurusan input-truput-output.

Terdapat pelbagai pihak dan individu yang mengkaji kualiti hidup dengan menggunakan

pelbagai indeks dan elemen yang tertentu seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual di

bawah.

Indeks dan elemen dalam mengukur kualiti hidup

Elemen Indeks Pembangunan

Manusia (UNDP)

Kualiti Hidup Fizikal

(Morris)

Kesejahteraan Ekonomi

Demografi Amerika

Dasgupta & Wales (1992)

Hubungan dengan keluarga dan kawan

*

Kesejahteraan emosi

Kesihatan

* * *

Kesejahteraan material

* * *

Kerja dan Produktiviti

*

Rasa sebahagian daripada masyarakat setempat

* * * *

Jaminan personal

* * *

Kualiti Persekitaran

Page 22: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 22

Elemen Indeks WHO (1993) Cummins

(1997) Hagerty et al.

(2001) Schalock

(2000) Felce (1996)

Hubungan dengan keluarga dan kawan

* *

Kesejahteraan emosi

* * * * *

Kesihatan

* * *

Kesejahteraan material

* * * *

Kerja dan Produktiviti

* * *

Rasa sebahagian daripada masyarakat setempat

* *

Jaminan personal

* *

Kualiti Persekitaran

*

Kedua-dua jadual di atas menunjukkan indeks dan elemen dalam mengukur kualiti

hidup yang pernah digunakan oleh pelbagai pihak dan individu dalam mengukur kualiti

hidup. Cuba kenal pasti pola penggunaan indeks atau elemen tersebut. Apakah indeks

atau elemen yang selalu digunakan oleh ramai pihak/pengkaji dalam membuat

pengukuran tersebut dan apakah indeks atau elemen yang paling jarang digunakan?

Page 23: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 23

Contoh rangka kerja kualiti hidup daripada satu kajian terdahulu.

KH

Hubungan dengan keluarga

dan kawan

rakan

Kesejahteraan emosi

Kesihatan

Kerja dan produktiviti

Kesejahteraan material

Rasa sebahagian dariapda masyarakat

setempat

Kualiti Persekitaran

Keselamatan diri/Jaminan

personal

Page 24: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 24

UNIT 2:

KAEDAH PENGUKURAN DAN INDIKATOR KUALITI HIDUP: NASIONAL

ANTARABANGSA

Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini, pelajar akan dapat :

1. Mengenal pasti kaedah untuk mengukur kualiti hidup

2. Membincangkan Indeks Kualiti Hidup Malaysia

3. Membandingkan indeks kualiti hidup pelbagai negara di dunia

Pengenalan

Unit ini mengandungi tajuk berikut:

1. Kaedah untuk mengukur kualiti hidup

2. Indeks Kualiti Hidup Malaysia

3. Indeks kualiti hidup negara lain di dunia

TOPIK 1: Kaedah untuk mengukur kualiti hidup

Pengukuran Kualiti Hidup

Kualiti hidup berkaitan dengan bagaimana individu mempersepsikan kehidupan mereka

samada memuaskan, tidak memuaskan, baik, tidak baik atau sebagainya. Persepsi

individu ini adalah berasaskan kepada penilaian yang dibuat terhadap kepuasan yang

dirasai daripada keinginan yang tercapai atau ketidakpuasan yang dirasai terhadap

keinginan yang gagal dicapai. Kualiti hidup adalah penilaian pelbagai dimensi yang

boleh dinilai daripada luaran (secara objektif, normatif-sosial) atau daripada dalaman

(subjektif, intrapersonal). Oleh itu, kualiti hidup boleh diukur secara subjektif – iaitu

Page 25: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 25

perasaan “baik” dan kepuasan, dan secara objektif iaitu -- memenuhi permintaan sosial

dan budaya dari segi kebendaan, status sosial dan kesejahteraan fizikal.

Mengikut United Nation (1994), kualiti hidup adalah subjektif yang dilihat daripada

pelbagai aspek kesejahteraan termasuklah keadaan hidup yang dialami, kepuasan

terhadap keperluan dan kehendak, kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan

bukan material serta kebebasan manusia. Namun begitu, kualiti hidup boleh diukur

dengan menggunakan pelbagai pendekatan samada melalui pengukuran berbentuk

objektif-subjektif atau umum-khusus (Laily, 1993), langsung-tidak langsung (Ringen,

1988) atau dari segi kualiti dan kuantiti (Pal, 1963).

Namun begitu, secara ringkasnya, terdapat beberapa pengukuran yang biasa digunakan

seperti:

Ukuran perennial

Melihat kepada tiga aspek kualiti hidup untuk pencapaian yang lengkap iaitu kebendaan,

intelektual dan kerohanian.

Ukuran konvensional

Mengukur kualiti hidup dalam bentuk kebendaan dan kuantiti (contoh: Keluaran Negara

Kasar). Namun, terdapat limitasi tertentu dalam menggunakan pengukuran ini di mana

secara realitinya, terdapat kos/limit kepada kebendaan yang keterlaluan termasuklah

merosakkan alam sekitar dan pencapaian manusia jika kualiti hidup diukur berdasarkan

kebendaan semata-mata (contnh: KNK diukur dalam bentuk wang). Dalam erti kata

yang sebenarnya, kualiti hidup adalah lebih dari kebendaan (kerana kebendaaan bukan

segala-galanya).

Oleh itu, dibincangkan di sini beberapa ciri pengukuran kualiti hidup yang unggul:

(1) Dinamik iaitu pengukuran yang boleh menunjukkan potensi pembangunan

berbanding hanya melihat status semasa pembangunan sahaja.

(2) Pengukuran mengikut perubahan persepsi manusia tentang pembangunan.

(3) Mengambilkira perubahan kuasa penggerak utama seperti teknologi maklumat.

Page 26: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 26

TOPIK 2: Indeks Kualiti Hidup Malaysia

Rajah 1: Indeks mengikut bidang

– yang menggambarkan kualiti hidup Malaysia (1990 & 2006)

Nota: Garisan dalam – tahun asas (1990)

Garisan tengah – tahun 2004

Garisan luar – tahun 2006

Page 27: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 27

Rajah 2: Indeks mengikut bidang

– yang menggambarkan kualiti hidup Malaysia (1990 & 2002)

Rajah di atas menunjukkan Indeks Kualiti Hidup Malaysia mengikut bidang bagi tahun

2006 yang dibandingkan dengan tahun asas 1990 (yang turut menunjukkan tahun

2004); dan bagi tahun 2002 yang dibandingkan dengan tahun asas 1990. Apakah yang

dapat anda katakan tentang kualiti hidup Malaysia bagi tahun-tahun tersebut?. Apakah

persamaan dan perbezaan yang ditunjukkan dalam tahun yang terlibat? Atau bidang

manakah yang menunjukkan peningkatan, bidang manakah yang kekal (hampir sama),

dan bidang manakah yang menunjukkan penurunan?

Page 28: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 28

Kualiti Hidup Malaysia

● Ditakrifkan sebagai:

n Merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan

memperolehi pengetahuan serta taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas

individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap

kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara.

● Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) dirangka untuk mengukur perubahan dalam

kualiti hidup.

● IKHM – satu pengukuran komposit berdasarkan 11 bidang terpilih (melalui 42

petunjuk) yang dianggap sama penting untuk kesejahteraan dan kualiti hidup

penduduk.

● Tahun 1990 telah dipilih sebagai tahun asas kerana secara relatif ianya merupakan

tahun yang normal serta tidak terlalu jauh ke belakang.

Bidang

• Pendapatan dan pengagihan

• Persekitaran kerja

• Pengangkutan dan komunikasi

• Kesihatan

• Pendidikan

• Perumahan

• Alam sekitar

• Kehidupan keluarga

• Penyertaan sosial

• Keselamatan awam

• Kebudayaan dan liburan

Pendapatan & Pengagihan

- Pendapatan kasar atau pendapatan per kapita digunakan sebagai proksi bagi

mencerminkan kebajikan atau taraf hidup.

- Pendapatan membolehkan individu menampung perbelanjaan bagi diri serta

Page 29: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 29

keluarga mereka manakala agihan pendapatan pula menggambarkan

kesaksamaan dan pengagihan sumber ekonomi.

Pendapatan per kapita sebenar meningkat 47 % daripada RM5,616 (RM6,298 pada

harga semasa) pada tahun 1990 kepada RM8,234 (RM13,708 pada harga semasa)

pada tahun 2002.

Pekali Gini meningkat sedikit ketidaksamaan iaitu pada tahun:

1990 -- 0.442 1999 -- 0.443

2002 -- 0.461 2004 -- 0.462

* Nota tambahan:

• Pekali Gini digunakan untuk mengukur ketidakseimbangan dalam agihan

pendapatan atau ketidakseimbangan dan agihan kekayaan.

• Ia didefinisikan dari segi nisbah dengan nilai di antara 0 dan 1.

• Pekali Gini yang rendah menunjukkan agihan pendapatan atau kekayaan lebih

ke arah sama rata, sementara pekali Gini yang lebih tinggi menggambarkan

berlaku lebih ketidaksamaan dalam pengagihan.

• 0 = perfect equality (setiap orang memperolehi pendapatan yang sama)

• 1 = perfect inequality (di mana seorang memperolehi kesemua pendapatan,

sementara ada orang lain yang langsung tidak mempunyai pendapatan)

• Contoh: Pekali Gini di Namibia = 0.707 vs. Jepun = 0.249

Kadar kemiskinan telah menurun hampir 70 peratus di mana kadar kemiskinan pada

tahun 1990 adalah 16.5% kepada 7.5% pada tahun 1999 dan

5.1% pada tahun 2002.

Kadar kemiskinan diukur dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK). PGK ditakrifkan

sebagai: Pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum

sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli isi rumah dalam keadaan zat

pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa

rumah, minyak dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan,

pendidikan dan rekreasi. Golongan termiskin merujuk kepada isi rumah yang

Page 30: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 30

berpendapatan kurang daripada separuh PGK.

Persekitaran Kerja

- Persekitaran kerja adalah penting memandangkan pekerjaan merupakan sumber

pendapatan yang dapat menyumbang kepada taraf dan kualiti hidup.

Kadar pengangguran berkurangan dari 5.1% pada tahun 1990 kepada 3% pada tahun

2000 dan 3.2%pada tahun 2008. (Hampir semua rakyat mempunyai peluang pekerjaan).

Pengurangan (~ 25%) bilangan pertikaian perusahaan bagi setiap seribu pekerja

1990 -- 572 kes

2002 -- 431 kes

2006 -- 331 kes

Kehilangan bilangan hari bekerja kerana tindakan perusahaan berkurangan daripada

30,200 hari pada tahun 1990 kepada 600 hari pada tahun 2000 dan kepada 200 hari

pada tahun 2002.

Kadar kemalangan industri berkurang daripada 17.6 kes bagi setiap seribu pekerja pada

tahun 1990 kepada 8.3 kes pada tahun 2002.

Pengangkutan & Komunikasi

- Merupakan faktor penting dalam menilai kemajuan dan pembangunan kerana ia

membolehkan sumber mudah diangkut dan diperolehi di samping menyediakan

peluang pekerjaan, pendidikan serta pergerakan barangan dan perkhidmatan.

Kereta dan motosikal persendirian bagi setiap seribu penduduk meningkat daripada 225

unit pada tahun 1990 kepada 398 unit pada tahun 2000 dan kepada 557 unit pada tahun

2007.

Kenderaan perdagangan bagi setiap seribu penduduk bertambah daripada 34.0 pada

tahun 1990 kepada 49 pada tahun 2002.

Indeks pembangunan jalan raya meningkat daripada 0.70 pada tahun 1990 kepada 0.82

Page 31: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 31

pada tahun 2002.

Telefon bimbit bagi setiap seribu penduduk meningkat daripada 118 unit pada tahun

1990 kepada 369 unit pada tahun 2000 dan kepada 731 pada tahun 2007.

Purata edaran akhbar harian bagi setiap seribu penduduk menurun daripada 147 pada

tahun 1990 kepada 142 pada tahun 2000 dan kepada 151 pada thun 2002.

Bilangan pelanggan internet bagi setiap seribu penduduk meningkat > 30 kali ganda

pada tahun 1990 (3) kepada 105 pada tahun 2002 dan 144 pada 2007.

Kesihatan

- Merangkumi kesejahteraan jasmani dan mental membolehkan manusia bekerja

dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan sosial dan

ekonomi masyarakat.

Kadar kematian bayi bagi setiap seribu kelahiran hidup bertambah baik di mana pada

tahun 1990 adalah 13.3; pada tahun 2000 adalah 7.9; dan pada tahun 2007 adalah 6.7.

Jangka hayat semasa lahir telah meningkat bagi lelaki; 68.9 pada tahun 1990 dan 71.9

pada tahun 2007. Manakala bagi perempuan adalah 73.5 pada tahun 1990 dan 76.3

pada tahun 2007.

Nisbah doktor-penduduk telah meningkat sebanyak 73% seorang doktor bagi setiap

2,582 orang (1990) dan bagi setiap 1,214 orang (2006).

Pendidikan

- Sistem pendidikan merupakan alat utama bagi penyampaian pengetahuan dan

budaya dari satu generasi ke generasi yang lain.

- Ia menyediakan asas bagi pembentukan dan peningkatan teknologi yang

diperlukan untuk mengekal serta memperbaiki kualiti hidup.

Kadar celik huruf telah meningkat dengan ketara daripada 84.6 % (1990) kepada 92.3%

(2007).

Page 32: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 32

Kadar penyertaan prasekolah telah meningkat daripada 24.4% (1990) kepada 35.4%

(2002).

Kadar penyertaan sekolah menengah merosot daripada 52.3% (1990) kepada 60.4%

(2002).

Kadar penyertaan di universiti awam meningkat daripada 2.9% (1990) kepada 8.6%

(2007).

Nisbah guru-pelajar sekolah rendah telah bertambah seorang guru bagi setiap 20.4

pelajar (1990) kepada 11.1 pelajar (2007).

Nisbah guru-pelajar sekolah menengah meningkat daripada seorang guru bagi setiap

18.9 pelajar (1990) kepada seorang guru bagi setiap 15.5 pelajar (2007).

Bilangan universiti awam telah meningkat daripada 9 buah (1990) kepada 20 buah

(2010).

Perumahan

- Rumah merupakan keperluan asas sosial untuk kehidupan yang sempurna,

memberi keselamatan dan perlindungan kepada keluarga.

Bagi tahun antara 1990—2002:

Nisbah harga purata rumah kos sederhana kepada purata pendapatan isi rumah telah

meningkat daripada 6.9 kepada 4.5.

Peratusan unit rumah dengan bekalan elektrik meningkat daripada 87.7 peratus kepada

98.3 peratus.

Peratusan unit rumah dengan bekalan air paip meningkat daripada 83.2 kepada 92.0

peratus.

Peratusan rumah kos rendah kepada jumlah isi rumah berpendapatan rendah

Page 33: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 33

meningkat daripada 33.1% kepada 55.4 (2002) – (tetapi) 58.0% (2000).

Alam Sekitar

- Mempunyai kesan langsung ke atas kesejahteraan penduduk.

- Pencemaran udara dan air serta kawasanhutan adalah antara petunjuk kualiti

alam sekitar.

Kualiti udara yang diukur melalui indeks pencemaran udara meningkat sedikit kepada

100.6 mata pada tahun 2000, tetapi merosot kepada 85.7 (2002).

Peratusan sungai bersih merosot daripada 58.3% (48 batang sungai) daripada sejumlah

90 batang sungai yang dipantau (1990) kepada 28.3% (34 batang sungai) daripada 120

batang sungai yang dipantau (2000) tetapi meningkat dengan baik kepada 63.6% pada

tahun 2007.

Peratusan kawasan berhutan berbanding keluasan tanah keseluruhan telah meningkat

daripada 58.9% (1990) kepada 61.7% (2000) dan kepada 59.2 (2007).

Kehidupan Keluarga

- Unit keluarga mewakili institusi utama dalam struktur sosial dan berfungsi

memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan psikologi individu.

Peratus perceraian dalam kalangan penduduk berumur 18-50 tahun telah bertambah

baik daripada 0.14 (1990) kepada 0.13 (2000), tetapi menurun kembali kepada 1.9

(2007).

Kadar jenayah juvana telah meningkat iaitu daripada 0.51 peratus (1990) kepada 0.87

peratus (2002).

Kadar kelahiran kasar bagi setiap seribu penduduk telah menurun secara berterusan

daripada 28.0 bagi setiap seribu penduduk (1990) kepada 24.3 bagi seribu penduduk

(2007).

Saiz isi rumah hampir tidak berubah daripada 4.8 orang bagi setiap isi rumah (1990)

Page 34: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 34

kepada 4.3 (2007).

Penyertaan Sosial

- Menggambarkan komitmen dan kesediaan orang ramai untuk terlibat dalam

aktiviti sosial, politik, keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan.

Bilangan ahli dalam persatuan bukan bermotifkan keuntungan yang berdaftar meningkat

daripada 21,532 (1990) kepada 35,758 (2002).

Bilangan persatuan penduduk telah meningkat lebih lima kali daripada 406 (1990)

kepada 1,818 (2002); tetapi menurun sedikit kepada 1,704 (2007).

Bilangan pengundi berdaftar sebagai peratusan kepada penduduk Malaysia berumur 21

tahun dan ke atas telah berkurangan pada tahun 2002 berbanding dengan tahun 1990.

Keselamatan Awam

- Penting bagi menjamin keamanan dan kestabilan sosial.

Kadar jenayah telah meningkat daripada 3.8 kes (1990) kepada 7.7 kes (2007) (>4/5 –

kes jenayah harta benda).

Kadar kemalangan jalan raya bagi setiap seribu kenderaan meningkat daripada 19.4

(1990) kepada 23.2 (2007).

Kebudayaan & Liburan

- Bidang penting yang menentukan arah tuju dan menjadi asas kepada

pembentukan identiti sesebuah masyarakat.

- Kebudayaan digambarkan melalui kelakuan dan pemikiran manusia, yang

mempengaruhi cara percakapan dan amalan sosial serta keagamaan sesebuah

masyarakat.

Keahlian perpustakaan awam bagi setiap seribu penduduk meningkat hampir dua kali

daripada 78.1 (1990) kepada 149.4 (2002).

Page 35: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 35

Bilangan penonton televisyen (TV1, TV2, TV3 & NTV7) bagi setiap seribu penduduk

telah berkurang daripada 965 (1990) kepada 901 (2002).

Penginap hotel domestik bagi setiap seribu penduduk telah meningkat sebanyak 29.2

peratus daripada 288 (1990) kepada 683 (2002).

Nota: Pelajar disarankan untuk merujuk kepada laman web Unit Perancangan Ekonomi

bagi mengetahui tentang IKHM yang terkini.

Pilih satu bidang kualiti hidup, bincangkan apakah punca yang menyebabkan

peningkatan atau penurunan bidang tersebut dan cadangkan bagaimanakah ia dapat

ditingkatkan.

TOPIK 3: Lain-lain indikator kualiti hidup

1. Indeks Kualiti Hidup Fizikal (Morris)

Merangkumi kadar celik huruf, kadar kematian bayi dan jangka hayat.

2. Indikator Kualiti Hidup

(Sumber: Easterly, W. (March 1999). Quality of life indicators, Life During Growth, World

bank).

n Hak individu dan demokrasi

n Kestabilan politik dan peperangan

n Pendidikan

n Kesihatan

n Pengangkutan dan komunikasi

n Ketaksamaan kelas dan gender

n “BAD”

Page 36: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 36

• Hak Asasi Individu dan Demokrasi

Kebebasan daripada ekspropriasi

Kerajaan tidak melanggari kontrak

Kualiti birokratik

Kekuasaan undang-undang

Kebebasan daripada Rasuah

Kebebasan sivil

Kadar Hak Asasi Manusia

% kanak-kanak (berumur 10-14) yang bekerja (-)

Hak Politik

Indeks kebebasan politik daripada ketenteraan

• Kestabilan Politik dan Peperangan

Perubahan Kabinet (-)

Kematian berpunca daripada Kekejaman Politik, per kapita (-)

Mogok awam (-)

Krisis Kerajaan (-)

Bilangan pembunuhan per million setiap tahun (-)

Bilangan rampasan kuasa setiap tahun (-)

Bilangan revolusi setiap tahun (-)

Penyingkiran (-)

Rusuhan (-)

Kematian akibat perang per kapita (-)

Kebebasan daripada konflik negara luar

Kebebasan daripada risiko perang sivil

Ketiadaan ketegangan perkauman

%penyertaan dalam pergerakan pemisah (-)

• Pendidikan

Tahun persekolahan bagi populasi orang dewasa (25+)

% celik huruf

% tidak bersekolah dalam populasi (-)

Kadar enrolmen kasar untuk pendidikan tinggi (universiti)

Page 37: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 37

Kadar enrolmen kasar untuk sekolah menengah

Kadar enrolmen kasar untuk sekolah rendah

Muzium per kapita

Judul buku yang diterbitkan per kapita

• Kesihatan

Jangka hayat semasa lahir

Kadar kematian - bayi (-)

Kadar kematian – bawah -5 (-)

Pengambilan kalori harian

Pengambilan protein harian

Katil hospital per kapita

Doktor per kapita

Jururawat per kapita

% akses bekalan air yang selamat

% luar bandar akses bekalan air yang selamat

% bandar akses kepada air yang selamat

Akses kepada sanitasi

Akses kepada sanitasi (luar bandar)

Akses kepada sanitasi (bandar)

• Pengangkutan dan Komunikasi

Jalan berturap daripada semua jalan

Panjang jalan per kereta

Panjang landasan kereta api per meter persegi

Telefon per kapita

Telexes antarabangsa, minit per kapita

Telegram per kapita

Radio per kapita

Televisyen per kapita

Mel Per kapita

Mesin faks per kapita

Page 38: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 38

• Ketaksamaan antara Kelas dan Gender

Pekali Gini (-)

Share of income of bottom 20%

Share of income held by middle 60%

Share of income of top 20% (-)

Tahun bersekolah bagi perempuan kepada lelaki (umur 26+)

Nisbah celik huruf wanita kepada lelaki

Enrolmen sekolah rendah wanita kepada lelaki

Enrolmen sekolah menengah wanita kepada lelaki

Enrolmen pengajian tinggi wanita kepada lelaki

• “BAD”

Kadar penipuan per kapita (-)

Kebebasan daripada keganasan politik (-)

Kadar homicid per kapita (-)

Pembunuhan orang per kapita (-)

Kadar rompakan per kapita (-)

Rogol per kapita (-)

Penyalahgunaan dadah per kapita (-)

Pengeluaran karbon dioksida per kapita (-)

Pengeluaran CO2 industri per kapita (-)

Pengeluaran sulfur dioksida per kapita (-)

Pengeluaran nitrogen oksida per kapita (-)

Bahan terapung (-)

Perubahan kawasan hutan tahunan (%)

Pengeluaran sisa kertas per kapita (-)

Kemalangan di tempat kerja (per 1000 pekerja) (-)

Bunuh diri per kapita (-)

Nota: (-) menunjukkan arah bagi angkubah atau petunjuk yang dibincangkan

Page 39: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 39

UNIT 3:

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI DAN GAYA HIDUP

Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat :

1. Membincangkan faktor-faktor ekonomi, sosiobudaya, fizikal, politik dll.

2. Memahami konsep penggunaan lestari yang mempengaruhi kualiti hidup.

Pengenalan

Unit ini mengandungi tajuk berikut:

1. Faktor yang mempengaruhi kualiti dan gaya hidup

2. Penggunaan lestari

Hampir semua bidang secara langsung atau tidak langsung sering mengaitkan dengan

konsep penggunaan dengan kualiti hidup, termasuklah bidang fizik, ekologi, ekonomi

dan sosiologi. Ini tidaklah menghairankan kerana kualiti hidup itu sendiri adalah

matlamat akhir yang ingin dicapai dan antara yang nyata dan mudah untuk diukur

adalah melalui penggunaan. Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup ini

akan dibincangkan melalui domain penggunaan.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kualiti Hidup (Domain Penggunaan)

• Pendapatan

• Harga

• Kedapatan barangan dan perkhidmatan

• Cita rasa

TOPIK 1: Faktor yang mempengaruhi kualiti dan gaya hidup

Page 40: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 40

Pendapatan per kapita: mempunyai kesan positif dan signifikan ke atas kualiti hidup.

Sebagai contoh, peningkatan pendapatan boleh mengurangkan kadar kematian bayi,

memanjangkan jangka hayat, merendahkan pencemaran (terdapat percanggahan

pandangan dalam isu ini), mengurangkan masalah politik, gender dan etnik dan

meningkatkan kualiti institusi yang (contoh: bebas rasuah, undang-undang).

Untuk menerangkan bagaimana faktor pendapatan, harga, cita rasa, kedapatan

barangan dan perkhidmatan di pasaran, secara ringkasnya model/teori berikut boleh

digunakan.

1) Model UTILITI

U = f ( Xi, Xii, … Xn)

Y - PiXi = 0

Model ini melihat utiliti (kepuasan) sebagai fungsi kepada penggunaan pelbagai

produk/barangan dan/atau perkhidmatan di pasaran (Xi, Xii, … Xn). Utiliti di sini

merupakan kuasa pemuasan kehendak terhadap produk atau perkhidmatan yang

digunakan dan pemerolehan produk untuk digunakan ini adalah melalui pendapatan (Y).

Kepuasan yang dirasai hasil daripada penggunaan ini seterusnya akan mempengaruhi

kualiti hidup.

2) Penggunaan dan Fungsi Simpanan

(i) Hipotesis pendapatan mutlak (Keynes)

Y = C + S

Kaitan penggunaan dan pendapatan:

- Hipotesis yang dikemukakan oleh Keynes ini menyatakan bahawa penggunaan

(C) dan simpanan (S) adalah fungsi kepada pendapatan (Y).

- Bagi sebarang perubahan pada pendapatan, penggunaan akan berubah

mengikut arah yang sama tetapi pada magnitud yang lebih kecil 0 < C/ Y < 1

(maksudnya ialah pengguna cenderung untuk mengguna kurang (consume less)

Page 41: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 41

daripada 100% dari sebarang kenaikan dalam pendapatan mereka dan

cenderung untuk menyimpan sebahagian daripadanya).

- Oleh itu, jumlah pendapatan mutlak dan peratusan berbelanja akan meningkat

dengan meningkatnya pendapatan.

(ii) Hipotesis Pendapatan Relatif (Duesenberry)

- Hipotesis yang dikemukakan oleh Duesenberry menyatakan bahawa simpanan

dipengaruhi oleh perhubungan di antara pendapatan semasa dengan

pendapatan tertinggi sebelumnya (peak “previous” income).

- Oleh itu, kecenderungan purata mengguna adalah ditentukan oleh pendapatan

relatif (kedudukan dalam agihan pendapatan) atau pendapatan masa lalu.

- Dalam keadaan di mana pendapatan meningkat, dalam jangka masa panjang,

simpanan cenderung untuk bergantung kepada pendapatan mutlak (yang

nyata).

- Namun, apabila pendapatan menurun, pengguna/individu atau isi rumah

(sekurang-kurangnya buat sementara waktu) akan tetap membeli atau

mengguna berdasarkan pendapatan yang pernah diperolehinya sebelum ini. (Ini

kerana mereka sukar untuk menyesuaikan diri serta merta dengan situasi

pendapatan yang menurun).

- Pengguna/individu atau isi rumah didapati lebih mudah menyesuaikan diri

dengan pendapatan yang meningkat dari pendapatan yang menurun.

- Mereka mungkin akan menggunakan simpanan untuk mengekalkan gaya hidup

mereka.

(iii) Hipotesis Pendapatan Tetap & Hipotesis Pusingan Hidup (Modigliani & Brumberg)

- Individu menggunakan perkadaran yang konstan dari nilai semasa pendapatan

sepanjang hidupnya pada setiap masa.

Cp = KYp

K = ƒ(r, A/W, Z)

r = kadar interes

A = harta benda

W = jumlah harta

Z = angkubah lain termasuklah umur dan citarasa

Page 42: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 42

- Pendapatan tetap merupakan jumlah pendapatan yang individu jangkakan akan

memperolehinya dalam satu jangka masa yang lama di sepanjang hidupnya.

- Ia termasuklah pendapatan dari semua sumber.

- Jangkaan pendapatan ini akan mempengaruhi perbelanjaan pengguna dan juga

aktiviti penggunaanyang seterusnya turut mempengaruhi kualiti hidup mereka.

3) Teori Penyesuaian Stok

Pendekatan:

1. Stok dalam bentuk cita rasa dan tingkah laku.

2. Stok adalah pengumpulan barangan yang diperlukan oleh pengguna.

a. St – St-1 = (St* - S t-1) > 0

Di mana: St = stok sebenar pada masa t

St* = stok yang dikehendaki

b. qt = a +BSt + Xt

Di mana: q = pembelian pada masa t

St = stok

Xt = pendapatan

Fikir dan bincangkan bagaimana faktor-faktor ekonomi, sosial, politik dan sebagainya

mempengaruhi kualiti hidup. Berikan contoh dalam negara mahupun luar negara.

Page 43: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 43

Penggunaan Lestari Penggunaan lestari boleh dibincangkan daripada pelbagai konteks yang berbeza-beza.

Ia boleh dilihat dan diperdebatkan daripada perspektif ekonomi, sosial, material dan

sebagainya. Pelbagai pihak membincangkan konsep penggunaan lestari ini sejak ia

mula diperkatakan semasa Sidang Kemuncak Dunia (Rio Earth Summit – UNCED) pada

tahun 1992.

Penggunaan lestari ini, dari segi definisinya boleh dilihat sebagai penggunaan barangan

atau perkhidmatan untuk kegunaan asas dengan memberikan kualiti hidup yang baik

sambil mengurangkan penggunaan sumber asli dan mengurangkan penghasilan sisa

sampingan. Pada masa yang sama, kitar hayat barangan dan perkhidmatan ini diambil

kira supaya ia tidak menjejaskan masa depan generasi akan datang.

Dari sudut pengurusan sumber ekonomi pula, penggunaan lestari ini bermaksud

penggunaan sumber pada masa kini untuk memenuhi kehendak semasa yang tidak

akan menjejaskan keupayaan alam dan ekonomi untuk mengeluarkan barangan dan

perkhidmatan bagi kegunaan generasi akan datang (Jamal, 2008). Sumber ekonomi

yang dimaksudkan di sini meliputi tanah (termasuk sumber asli seperti minyak, bahan

galian dan air), buruh, modal, modal manusia dan kemahiran keusahawanan.

Amalan penggunaan lestari ini sebenarnya melibatkan perniagaan, komuniti dan isi

rumah yang menyumbang kepada kualiti persekitaran melalui pengeluaran dan

penggunaan sumber yang efisien, mengurangkan bahan buangan, dan

mengoptimumkan barangan dan perkhidmatan. Boleh dikatakan bahawa barangan dan

perkhidmatan untuk pengguna sememangnya memberikan kesan kepada alam sekitar

sebelum dan juga selepas mereka membeli ataupun menggunakannya. Oleh itu,

merancang pembelian dan mengubah corak penggunaan akan membantu untuk

memelihara alam sekitar. Ini seterusnya akan turut mempengaruhi kualiti hidup manusia

secara keseluruhannya.

TOPIK 2: Penggunaan lestari

Page 44: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 44

Gaya hidup lestari

Manusia memerlukan sumber yang ada di atas bumi ini untuk memenuhi keperluan

kehidupan. Jika tidak diurus dengan baik, setiap penggunaan sumber tersebut akan

memberi impak ke atas kualiti alam sekitar, ekosistem dan seterusnya, kualiti hidup.

Persoalannya, adakah sumber alam yang produktif ini dapat dinikmati oleh manusia

untuk selama-lamanya? Jika permintaan dan penggunaan sumber yang ada terlalu

tinggi, maka sumber tersebut akan terjejas. Untuk mengukur sejauh mana sumber

semula jadi diperlukan oleh manusia, satu penunjuk dikenali sebagai Jejak Ekologi

(Ecological Footprint) digunakan.

Jejak ekologi adalah jumlah tanah yang produktif dan air yang diperlukan untuk

membekalkan sumber makanan, minuman, tempat tinggal dan lain-lain bagi kegunaan

setiap manusia dan keupayaan bumi menyerap kembali bahan buangan yang dijanakan.

Jika penggunaan sumber asli dan penjanaan bahan buangan semakin meningkat, maka

semakin besarlah ukuran jejak ekologi (Era Hijau, 2007).

Jejak ekologi juga memberi gambaran tentang gaya hidup manusia. Jika pengunaan

sumber alam dan penjanaan bahan buangan semakin meningkat, maka semakin

besarlah ukuran jejak ekologi. “Jejak” penduduk negara membangun adalah besar

kerana permintaan dan penggunaan sumber yang berlebihan. Manusia menggunakan

sumber asli 21% lebih cepat daripada kemampuan bumi untuk menggantikannya

Apakah yang anda faham mengenai penggunaan lestari?

Bagaimana amalan dan gaya hidup penggunaan lestari boleh mempengaruhi kualiti

hidup manusia?

Page 45: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 45

semula. Ini bermaksud manusia memerlukan sumber daripada 1.21 planet untuk

menampung penggunaannya dalam kehidupan.

Page 46: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 46

UNIT 4

GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP

Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat :

1. Menerangkan makna globalisasi

2. Membincangkan impak globalisasi ke atas individu dan keluarga

Pengenalan

Unit ini mengandungi tajuk berikut:

1. Makna globalisasi

2. Impak globalisasi ke atas individu dan keluarga

TOPIK 1: Makna globalisasi

Teliti petikan berikut: Kematian puteri Diana sebagai contoh. (Petikan ini dipaparkan

dengan agak meluas dalam talian.)

“An English princess with an Egyptian boyfriend crashes in a French tunnel, driving a

German car with a Dutch engine, driven by a Belgian who was drunk on Scottish

whiskey, followed closely by Italian Paparazzi, on Japanese motorcycles, treated by an

American doctor, using Brazilian medicines! And this is sent to you by an American,

using Bill Gates' technology. And you are probably reading this on one of the IBM clones

that use Taiwanese-made chips, and Korean-made monitors, assembled by

Bangladeshi workers in a Singapore plant, transported by lorries driven by Indians,

hijacked by Indonesians, unloaded by Sicilian longshoremen, trucked by Mexican illegal

aliens, and finally sold to you.”

Page 47: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 47

Makna globalisasi

Apakah itu globalisasi? Adakah ia merupakan suatu konsep?, fenomena?, proses?

Jawapan: Globalisasi boleh dilihat melalui pelbagai sudut.

Dari sudut analisis, globalisasi ialah suatu fenomena yang multi-dimensi, meliputi

ekonomi, politik, budaya dan ideologi dan tidak boleh dilihat sebagai hanya merangkumi

dimensi ekonomi, perdagangan dan teknologi semata-mata.

Selain itu, globalisasi juga boleh dilihat dari beberapa segi, iaitu (1) globalisasi sebagai

proses; (2) globalisasi sebagai keadaan ekonomi-politik dan budaya yang lahir daripada

prose itu; dan (3) globalisasi sebagai ideologi.

Dari segi proses, globalisasi boleh dikatakan sebagai satu fenomena sedunia yang

muncul hasil daripada cantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik

yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesebuah negara menerobosi

atau menembusi sempadan negara lain.

Dimensi ekonomi dalam proses globalisasi merangkumi pengaturan bagi pengeluaran,

pertukaran, agihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan yang beroperasi

melalui sistem pasaran.

Politik pula melibatkan soal kuasa. Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik

globalisasi ialah fenomena deterritorialization, atau penyahwilayahan; iaitu satu proses

dan tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah negara.

Dimensi budaya pula bermaksud pengaturan sosial bagi pengeluaran, pertukaran dan

pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia (gaya hidup, kepercayaan,

cita rasa dan sebagainya). Ia dilahirkan secara material dan bukan-material dalam

kehidupan individu dan kelompok, iaitu suatu fenomena yang juga sudah melintasi

perbatasan negara.

Dimensi ideologi sebagai sebahagaian daripada komponen budaya merangkumi

persoalan nilai yang dipegang dan dipertahankan sebagai kebenaran oleh seseorang

atau suatu kumpulan.

Page 48: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 48

Berikut adalah beberapa fakta yang boleh dijadikan asas untuk memahami makna

globalisasi.

• Dimensi globalisasi -- politik, ekonomi, perdagangan, teknologi, ideologi, sosial,

budaya, agama, ilmu maklumat, demografi, komunikasi.

• Proses pengaliran global pelbagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang

aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan adalah objek fizikal atau bukan fizikal

dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Proses pengaliran global ini

dan bidang aktiviti manusia yang terlibat saling berkait, saling bergantung dan

kompleks sifatnya.

• Penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada

kadar yang amat pantas terutamanya dalam aspek perdagangan, kewangan dan

pelaburan (Martin Khor).

• Integrasi pasaran, negera-negara, dan teknologi yang membolehkan capaian

seluruh dunia oleh individu, syarikat dan negera-negara yang lebih jauh, lebih

pantas, lebih mendalam, lebih murah yang tidak pernah dicapai sebelumnya.

• Pengembangan (expansion) jaringan, susunan kehidupan sosial, pertumbuhan

keprihatinan di peringkat global à penyatuan masyarakat dunia.

• Pergerakan bebas barangan, perkhidmatan dan modal merentasi sempadan.

• Pemadatan dunia dengan penumpuan kepada keprihatinan terhadap dunia secara

menyeluruh...kebergantungan.

• Proses sosial yang mana kekangan geografi ke atas susunan sosial dan budaya

semakin tertinggal.

• Transformasi melalui penyebaran amalan, nilai, teknologi dan produk.

• Apabila amalan global semakin mempengaruhi kehidupan manusia.

• Apabila dunia menjadi fokus atau tempat untuk membentuk aktiviti manusia.

• Jaringan hubungan manusia sejagat yang melampaui batasan, bukan sahaja

sempadan fizikal seperti politik, tetapi juga bukan fizikal seperti idea atau muzik.

• Pengembangan sesuatu dari tempat asal pertumbuhannya digerakkan oleh kuasa

tertentu termasuklah ekonomi, perdagangan, hasrat menyampaikan, ketenteraan,

teknologi dsb.

• Lumrah yang berlaku dalam sejarah manusia.

• Salingkaitan aktiviti manusia pada skala global, sehingga kepada aliran modal dan

pekerja, teknologi, kemahiran, idea dan nilai antara sempadan negeri dan negara,

Page 49: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 49

tetapi tiada negara ataupun bangsa boleh mengawal secukupnya.

• Globalisasi - Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global

Lima jenis perhubungan global:

Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang, pelarian,

dan pejalan bisnes.

Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik.

Contoh: “Green Peace” telah menjadi gerakan alam persekitaran global.

Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran wang,

pertukaran stok, dan pasaran komoditi.

Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul pada

skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.

Skop teknologi: perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh

dunia.

Contoh: “Revolusi Hijau” - memperkenalkan amalan pertanian Barat ke

dalam banyak negara membangun.

• Seperti lapisan pada sebiji bawang, ia berasingan tetapi sebahagian daripada

seluruh, setiap satunya memberi kesan terhadap yang lain. Untuk memahami

semuanya, kita perlu mengkaji setiap bahagian.

Setelah memahami makna globalisasi, bersama dua atau tiga rakan berselahan

bincangkan:

1. Apakah faktor yang menggalakkan/mempercepatkan proses globalisasi?

2. Bagaimana kesan globalisasi ke atas kualiti hidup manusia?

Empat faktor yang merangsang globalisasi

1. Perjalanan antarabangsa

Faktor pertukaran yang membawa kepada globalisasi maklumat termasuklah

bilangan pelancong antarabangsa, bilangan penerbangan dan perjalanan dan

Internet

Page 50: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 50

2. Teknologi komunikasi termasuklah radio, televisyen, e-mail

3. Media global termasuklah CNN, MTV

4. Perasaan tertanya-tanya penonton

Faktor-faktor yang membawa kepada globalisasi

• Pendemokrasian politik dan ekonomi yang menggalakkan mobiliti orang.

• Teknologi maklumat menggalakkan pertukaran maklumat, kerjasama dan faedah

bersama.

• Salingkait ekonomi dan firma melahirkan interaksi dan saling bergantungan.

• Meningkatnya pengetahuan pengguna membawa kepada permintaan yang lebih

banyak/ lebih baik/ lebih murah/ lebih cepat.

• Pencarian pasaran baru untuk pertumbuhan.

• Penggabungan mega dan alliances mewujudkan bentuk organisasi yang baru,

kewangan yang baru, mixed global roots, dan peraturan baru untuk bersaing.

Bentuk-bentuk Aktiviti Antarabangsa

Mengeksport--aktiviti menjual barang di peringkat antarabangsa sama ada secara

langsung atau melalui agen ataupun pengedar.

Memberi lesen--memberi hak untuk menggunakan kemudahan intelektual untuk

mendapat royalti.

Franchising ialah memberi hak untuk berniaga mengikut syarat yang ditetapkan dengan

peraturan yang ketat.

Pelaburan asing secara langsung iaitu operasi yang dikawal oleh entiti di negara-negara

asing.

Jenis Aktiviti Antarabangsa

Pemilikan penuh subsidiari--syarikat dimiliki oleh firma asing 100%.

Strategik alliances--persetujuan kerjasama antara pesaing-pesaing yang berpotensi.

Page 51: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 51

Join ventures--pihak yang bergabung menyumbang aset, mempunyai pemilikan dan

berkongsi risiko.

Pemerolehan--satu syarikat mendapatkan (acquires) satu syarikat yang lain.

Penggabungan--dua syarikat bergabung menjadi satu.

Phases of Globalization Development (Adler)

Domestic

Multidomestic

Multinational

Global/Transnational

Fasa Domestik

• Berfungsi daripada perspektif domestik, ethnocentric.

• Kebanyakan produk/perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk pasaran tempatan

dan bukan untuk dieksport.

• Persaingan antarabangsa yang sedikit.

• Tiada perniagaan diperlukan untuk cultural sensitivity.

• Pembeli asing menerima kesulitan produk/ perkhidmatan “mismatch”.

• “Kami membenarkan anda membeli produk kami di negara-negara lain”

Page 52: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 52

Fasa Multidomestik

• Pasaran antarabangsa yang mempunyai kepentingan yang tinggi.

• Kepekaan terhadap perbezaan kebudayaan adalah kritikal untuk produk dan

perkhidmatan.

• Setiap negara asing addressed separately dan sesuai dengan kebudayaannya

tersendiri.

• Mengenalpasti banyak cara baik untuk mengurus dan kepentingan untuk

memadankan pengurusan dengan negara.

• ”Kami akan menjadikan produk kami sesuatu yang anda ingin beli di negara anda

sendiri”.

Fasa Multinasional

• Pasaran asasnya meluas dengan sedikit pembahagian.

• Produk menjadi barang keperluan dengan penekanan ke atas harga.

• Penekanan ke atas barang keperluan dan harga mengurangkan impak kebudayaan

ke atas keadaan produk.

• Kelebihan bersaingan diperolehi melalui proses kejuruteraan, component sourcing,

economies of scale.

• “Kami akan menjadikan harga produk kami sesuatu yang anda ingin bayar”.

Fasa Global/Transnasional

• Bukan sahaja pasarannya global tetapi begitu juga dengan idea untuk produk dan

faktor-faktor dan juga lokasi-lokasi untuk menghasilkan produk.

• Kualiti dan harga yang rendah adalah garis asas, tetapi produk dibuat dan

disesuaikan dengan pasaran (market niches) secara meluas.

• Nationality dan ethnicity mentakrifkan pembahagian pasaran.

• Syarikat mestilah peka secara budayanya kepada kehendak, reka bentuk, dan

penghantaran yang sesuai.

• Mengurus secara silang budaya, kumpulan yang pebagai bangsa, dan rakan global

adalah asas untuk kejayaan.

• “Kami akan menghasilkan produk yang anda mahu dan harganya sesuatu yang

anda ingin bayar”.

Page 53: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 53

Bincangkan

1. Kritikan terhadap Globalisasi

Kritikan 1: homogenization of media -- Reka letak surat khabar, komedi televisyen,

rancangan radio, laman web internet.

Kritikan 2: Ketidak adilan dalam Aliran Maklumat Global -- aliran maklumat, arah aliran

maklumat, ketidakseimbangan kuantiti maklumat, kesilapan pembentangan.

Kritikan 3: Sebaran Kebudayaan Imperialism -- makanan segera, pakaian hip hop dan

siri televisyen

2. Faktor yang menerangkan aliran maklumat antara dua negara – Geografi, bahasa,

kebudayaan/ sejarah, hubungan politik, sistem ekonomi, kerjasama ketenteraan dan

agama.

TOPIK 2: Impak globalisasi ke atas individu dan keluarga

Kesan Positif Globalisasi

• Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan

kemiskinan di sebilangan negara.

• Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.

• Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu

pengetahuan hasil drpd teknologi baru, komunikasi dan maklumat -- Perkongsian

maklumat dapat membantu kemajuan negara.

• Penambahan standad yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-

undang hak cipta dan paten.

• Komunikasi yang lebih mudah dan murah - pembangunan satu infrastruktur

telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap

Page 54: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 54

menggunakan teknologi-teknologi seperti internet, komunikasi satelit-satelit dan

telefon-telefon.

• Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya

dan agama berinteraksi - penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa

yang lebih kerap.

• Hubungan dengan negara lain meningkat.

• Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka

terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia

di seluruh dunia.

• Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti

pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.

• Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

• Perkembangan pesat akibat sistem komunikasi global yang cekap dan sistem

pengangkutan yang pantas.

• Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan dan perkhidmatan jika ingin bersaing

di pasaran antarabangsa.

• Pengguna/rakyat menikmati lebih banyak pilihan barangan dan perkhidmatan

(termasuk pendidikan).

• Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan makanan

India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan).

• Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon,

Pokemon, Sudoku, Origami, Siri Idol, YouTube, MySpace dan sebagainya.

• Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah.

Contoh: Perkataan "Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang

difahami kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih

sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tanpa mengenali pun bahasanya.

Kesan Negatif Globalisasi

• Kapitalis asing boleh memperalatkan teknologi komunikasi untuk memonopoli semua

kegiatan perdagangan.

Page 55: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 55

Contoh: krisis kewangan Asia 1997/98

• Negara maju mengambil kesempatan – memasarkan “rejected goods” ke Malaysia.

• Transformasi buruh luar meningkat – imigrasi secara haram terus meningkat.

• Penguasaan negara kaya ke atas negara miskin.

• Konflik globalisasi dengan kepentingan nasional.

• Mobiliti modal yang tidak terkawal mengancam ekonomi negara.

• Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan

faktor keuntungan.

• Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin

melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor

ekonomi – wujud jurang ketaksamaan (negara kaya dan miskin).

• Pengabaian keperluan asas hidup dalam kalangan rakyat termiskin di banyak

negara terutamanya di negara-negara Selatan.

• Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat

amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.

• Pengangguran yang semakin buruk dan jurang perbezaan pendapatan yang

semakin melebar di negara-negara Utara sendiri.

• Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai

kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan

manusia.

• Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi

peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi

global.

• Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan pancaindera dan mematikan

roh”.

• Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada

kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu

kemanusiaan dan kemasyarakatan.

• Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

• Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi

dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.

• Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung. – keganasan

• Pengantarabangsaan penyakit.

Page 56: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 56

Contoh Implikasi dan Kesan Globalisasi di Malaysia

Malaysia – keutamaan globalisasi:

• ekonomi

• maklumat dan ilmu

• saintifik serta teknologi

Wacana di peringkat nasional dan antarabangsa:

• Dialog

• Seminar

• Persidangan dan forum

• Penubuhan institusi (contoh: MSC)

Ekonomi

• Telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap

ekonomi.

• Peningkatan dalam pelaburan asing

• Berlaku dalam tiga tahap:

– Perusahaan antarabangsa: aktiviti di luar sempadan nasional (import, eksport

dan penghasilan bahan mentah).

– Perusahaan multi nasional: perusahaan yang menjalankan aktivitinya di luar

negara.

– Perushaan global: mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan

secara global.

Contoh: perkembangan syarikat korporat seperti Telekom Malaysia Berhad

(matlamat: World Class Communication).

Teknologi

• Penggunaan e-mail, “yahoo group”, penciptaan “website”, robotik, dll.

• Penggunaan teknologi komputer di sekolah, rumah, pejabat dll.

Contoh: pendidikan jarak jauh yang ditawarkan di universiti.

• Pembinaan Lebuh Raya Multi Media, Universiti Multi Media dan Pusat

Page 57: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 57

Pentadbiran Kerajaan Berelektronik – langkah bijak untuk persediaan tenaga

manusia yang akan menggunakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas dan

kehidupan harian.

Kebudayaan negara

• Budaya = Cara hidup seharian dalam sesebuah masyarakat.

• Kategori kebudayaan yang telahpun berada dalam bentuk globalisasi di

Malaysia:

– Budaya makan

• makanan Jepun, Cina, India, Itali

• KFC, McDonald, Pizza Hut

– Budaya fesyen

• Pierre Cardin, Yves Saint Laurent, pakaian sukan Esprit, pakaian Laura

Ashley

– Budaya kerja

Contoh: syarikat; ketua grafik (Jepun), jurugambar (Itali), arkitek (Perancis

dan Itali)

– Budaya muzik dan hiburan

• Jazz, Disneyland, rancangan Idol

• Pertunjukan bunga api setiap kali meraikan Tahun Baru

– Budaya bahasa

• Bahasa Inggeris, Arab, Perancis

Infrastruktur

• Pembangunan satu infastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara

sempanan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti internet,

komunikasi satelit dan telefon.

Contoh: Perbualan PM dengan angkasawan negara (Datuk Dr. Sheikh

Muszaphar Shukor) semasa beliau berada di angkasa lepas (Stesen Angkasa

Antarabangsa), pada Oktober 2007.

Masyarakat

• Ikatan kekeluargaan

- Semakin longgar kerana akar umbi kita telah terputus dan terpaksa

Page 58: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 58

menyemai yang baru berdasarkan nilai-nilai yang berbeza.

• Nilai- nilai hidup yang baru

- Sering bercanggah dengan yang lama dan tumpuan diberi kepada

pembangunan luaran daripada perkembangan dalaman serta sahsiah

seseorang.

• Kekayaan material

- Sebagai tunjang kehidupan seseorang dan sesebuah keluarga.

Kesan globalisasi yang nyata (yang berselindung di sebalik perkataan tertentu):

• Monopoli kekayaan à pertumbuhan ekonomi

• Dominasi budaya à liberasasi

• Penindasan golongan lemah à demokrasi

• Hedonisme à kebebasan individu

• Peminggiran à urbanisasi

• Penjajahan à pasaran bebas

Page 59: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 59

UNIT 5

IMPAK TEKNOLOGI, TEKNOLOGI MAKLUMAT

KE ATAS GAYA DAN KUALITI HIDUP

Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

1. Memahami apa yang dimasudkan dengan teknologi.

2. Membezakan di antara gaya hidup teknologi tinggi dan rendah.

3. Menghubung kaitkan penggunaan teknologi dengan peningkatan produktiviti.

Pengenalan

Unit ini mengandungi tajuk berikut:

1. Konsep teknologi

2. Gaya hidup teknologi tinggi/rendah

3. Teknologi dan peningkatan produktiviti

TOPIK 1: Konsep teknologi

Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi mempunyai hubungan langsung dengan

pembangunan sesebuah negara. Teknologi maklumat sering memerlukan penyusunan

semula sistem sosial, ekonomi dan politik. Revolusi maklumat membolehkan aspek

kualiti hidup iaitu kebendaan, keintelektualan dan kerohanian termasuklah keperluan

asas ditangani secara serentak. Dengan itu ketaksamaan jurang dapat dikecilkan

bergantung kepada cara bagaimana ia dilaksanakan. Namun begitu, faktor yang

terpenting dalam memastikan kejayaan teknologi maklumat dalam membangunkan

sesebuah negara adalah sikap dan nilai.

Page 60: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 60

Malaysia, sebagai sebuah negara membangun telah menggariskan beberapa rangka

yang membolehkan hasrat ini melalui;

(1) Wawasan yang sama untuk melahirkan mindset ke arah penerimaan dan

penggunaan teknologi maklumat (Wawasan 2020).

(2) Hubungan kerja tiga sektor kerajaan, swasta dan masyarakat.

(3) Mobilisasi sumber termasuklah kepimpinan – antaranya inisiatif Lebuhraya

Multimedia (Multimedia Supercorridor).

(4) Persekitaran global yang kompetitif.

(5) Pembangunan sumber manusia.

Definisi Teknologi

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu

definisi.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan

prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan

teknologi.

Takrifan yang pertama merujuk kepada pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,

bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Dalam bidang ekonomi, teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam

menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu,

teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Dari sudut ilmu, teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan

dan menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Namun begitu, secara umumnya:

• Teknologi ialah cara teknikal yang digunakan manusia untuk meningkatkan

tahap persekitaran mereka. Ia juga merupakan ilmu pengetahuan dalam

menggunakan alat-alat dan mesin-mesin untuk melakukan kerja dengan lebih

Page 61: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 61

cekap.

• Manusia menggunakan pengetahuan, alat-alat, dan sistem untuk menjadikan

hidup mereka lebih senang dan lebih baik.

• Sebarang alat, program atau sistem yang apabila digunakan dapat

meningkatkan produktiviti, kreativiti dan pencapaian.

• Proses manusia menggunakan sumber-sumber untuk memuaskan kehendak

dan keperluan untuk mengembangkan kebolehan.

• Keseluruhan cara untuk menyediakan objek yang sesuai untuk kewujudan dan

keselesaan manusia.

• Objek atau urutan operasi yang dicipta oleh manusia untuk membantu dalam

mencapai matlamat. Teknologi merupakan satu pengetahuan yang boleh

disebarkan dari satu tempat ke tempat yang lain dan juga dari satu generasi ke

generasi berikutnya.

• Alat yang membantu dalam pemerolehan, memanipulasikan, komunikasi atau

prestasi proses sesuatu kerja.

• Merangkumi komputer, televisyen, VCR, projektor, sistem siaran satelit,

peripheral devices, kalkulator, adaptive devices, infrastruktur jaringan kerja,

pendidikan, pengendalian, dan program pengurusan, dan bentuk-bentuk lain

teknologi yang sedia ada dan juga teknologi yang belum dicipta.

Sains dan Teknologi

Biasanya terdapat kekeliruan bagi memahami istilah teknologi dan sains.

• Teknologi biasaya dikenali sebagai “applied science”.

• Tetapi ini adalah tidak benar. Yang benar adalah:

ü Sains berkait dengan alam semula jadi (natural world).

ü Teknologi merupakan pengajian tentang undang-undang alam yang mentadbir

alam (the study of the natural laws which governs the universe).

Secara lebih jelas:

• Teknologi berkait dengan dunia ciptaan manusia.

• Ia merupakan kajian tentang cara manusia berkembang dan menggunakan cara

Page 62: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 62

teknikal – alat-alat dan mesin-mesin.

• Ia memberitahu kita cara untuk mengawal keadaan semulajadi dan buatan manusia.

• Ia merupakan kajian tentang cara manusia menggunakan cara teknikal untuk

pengangkutan, pengeluaran, pembinaan dan juga berkomunikasi.

Sains pula merujuk kepada:

• Pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat khas.

• Suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan

fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk

hukum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai

untuk menghasilkan kebenaran baru di dalam lapangannya sendiri.

Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa sains dan teknologi tidak berkait sama sekali.

• Sains merujuk kepada 'kefahaman' manakala teknologi merujuk kepada 'melakukan'.

• Sains membantu kita memahami cara untuk melakukan sesuatu dengan lebih cekap.

• Teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai

matlamat atau tujuan yang praktikal à meningkatkan kualiti hidup jika teknologi itu

mampu memberikan manfaat.

Bincangkan perubahan berikut yang perlu diambil kira apabila membincangkan tentang

teknologi.

• Kemunculan era bioteknologi

• Eksplorasi persekitaran baru

• Masa depan teknologi nano yang cerah

• Estetika abad ke-21

• Teknologi akan datang

• Peperangan dan konflik pada masa akan datang

• Perubahan demografi dan jangka hayat

• Kelestarian dan industri

Page 63: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 63

• Pemanasan planet

• Masa depan aset intelektual

• Jaringan sosial

• Globalisasi – internet, WTO, Al-Qaeda, SARS dan H1N1

• Hiburan akan datang

• Cabaran sosial 10 tahun akan datang

• Semangat dalam millenia baru

TOPIK 2: Gaya hidup teknologi tinggi/rendah

Bincangkan kepentingan teknologi

• Penggunaan teknologi untuk mengawal dunia tempat kita hidup.

• Manusia menggunakan teknologi untuk meningkatkan mutu dan kebolehan

bekerja.

• Melalui teknologi, manusia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.

• Teknologi membolehkan manusia menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan

dalam kuantiti yang banyak.

• Struktur bangunan menjadi lebih mantap dengan penggunaan teknologi.

• Hasil daripada teknologi juga menyebabkan manusia boleh bergerak dengan

lebih selesa dan juga lebih cepat.

TEKNOLOGI BERADA DI MANA-MANA DAN MENYEBABKAN HIDUP LEBIH

SENANG.

Page 64: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 64

Kategori teknologi

Kecanggihan dalam penghasilan alat-alat ataupun penambahan lanjutan penggunaan

alat-alat yang sedia ada telah mengubah cara melakukan sesuatu kerja. Dalam hal ini,

teknologi mempunyai beberapa kategori yang tertentu, seperti:

1. Teknologi komunikasi

2. Teknologi domestik

3. Teknologi maklumat

4. Media massa dan hiburan

5. Teknologi perubatan

Teknologi Komunikasi

Digunakan untuk memudahkan perbincangan atau meningkatkan kebolehcapaian

individu. Contoh teknologi komunikasi ialah telefon selular, telefon video/tele-

conferencing, beepers dan juga alphanumeric pagers.

Teknologi Domestik

Teknologi yang memberi kesan terhadap aktiviti domestik sesebuah keluarga. Teknologi

ini tidak semestinya digunakan secara langsung oleh keluarga, tetapi digunakan dalam

penyediaan sesuatu yang boleh mempengaruhi kehidupan keluarga. Contoh: ketuhar

gelombang elektrik, makanan beku dan dingin-beku.

Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat merujuk kepada kepelbagaian penggunaan berasaskan komputer.

Teknologi ini boleh digunakan untuk komunikasi, penerimaan maklumat ataupun aktiviti-

aktiviti digital yang lain. Contoh: e-mail, list servers and news group, chat rooms, laman-

laman web, facebook, komputer peribadi, komputer mudah alih, kamera digital dan

scanners.

Menurut Chartrand dan Morentz (1979), teknologi maklumat bermaksud pengumpulan,

penyimpanan, pemprosesan, penyebaran dan penggunaan maklumat. Ia tidak terhad

kepada perkakasan atau perisian, tetapi mengiktiraf kepentingan manusia serta

Page 65: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 65

matlamat yang diletakkannya bagi teknologi tersebut, nilai-nilai yang digunakan untuk

membuat pilihan, penilaian kriteria yang digunakan untuk memutuskan sama ada ia

yang mengawal teknologi itu dan diperkayakan olehnya.

Media Massa dan Hiburan

Hiburan boleh diperolehi dalam pelbagai format digital yang baru. Media elektronik telah

menggantikan banyak aktiviti tradisional. Contohnya ialah digital dan satelit televisyen

dan radio, e-books, penerbitan dalam talian, peralatan stereo personal dan mudahalih,

permainan video.

Teknologi Perubatan

Teknologi perubatan adalah cara baru untuk mengambil alih fungsi apabila badan

manusia gagal berfungsi dengan baik akibat daripada kecederaan, penyakit ataupun

keumuran. Teknologi ini menyediakan pilihan baru kepada mereka yang mempunyai

masalah kesihatan. Contoh: persenyawaan in-vitro, surrogate parenting, pengklonan,

terapi gen, designer medication, organ palsu, perentak jantung, pam insulin dan juga

vaksin baru.

Terkini: Bioteknologi

• Bioteknologi pertanian

• Bioteknologi penjagaan kesihatan

• Bioteknologi perindustrian

Contoh: pembangunan pemangkin biologi seperti enzim dalam penyediaan

makanan dan makanan haiwan, produk bahan pencucian, pemprosesan tekstil,

biopemprosesan, biobahan, biofuel, bioplastik dsb.

• Bioinformatik (i.e. pemusatan ICT dan bioteknologi)

Page 66: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 66

Bincangkan bagaimana teknologi memberi kesan kepada keluarga, dari segi:

• Mengubah hubungan kerja-rumah

• Bekerja dari rumah – sejauhmana teknologi boleh diaplikasikan?

• Mengubah gaya pengurusan

Era perkembangan teknologi

• Zaman batu (The stone age)

• Zaman gangsa (The bronze age)

• Zaman besi (The iron age)

• Revolusi industry (The industrial revolutions)

- Flying shuttle

- Carding machine

- New source of power – steam engine

• Abad ke-20 (The 20th century)

- Pengeluaran besar-besaran automobil dan perkakasan isi rumah

- Pembinaan bangunan pencakar langit

- Penerimaan inovasi

- Masyarakat cepat ditransformasikan melalui peningkatan mobiliti

- Komunikasi yang pantas dan cepat

- Maklumat tersedia ada

Page 67: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 67

Di dalam kumpulan yang terdiri dari 3-4 orang, cari maklumat yang terperinci mengenai

ciri-ciri perkembangan teknologi mengikut zaman atau era perkembangannya.

Bincangkan bagaimana perubahan dalam perkembangan teknologi yang telah berlaku

ini mempengaruhi kualiti hidup manusia di zaman sekarang.

Beberapa “jenis teknologi”

"HARDLY-TECH" "LOW-TECH" "NEW-TECH"

- kertas

- pen dan pensel

- kapur

- papan hitam

- buku dan material

yang dicetak

- overheads

- kaset audio

- CD muzik

- slaid

- kaset video

- projeksi komputer

- multimedia CD-

Rom

- WWW

- e-mail/groupware

- konsferen video

Kenalpasti diri anda sendiri dan senaraikan ciri-ciri yang menjelaskan bahawa anda

merupakan sebahagian daripada jenis kategori mengikut glosari “jenis teknologi” berikut:

1. Technology free - ketinggalan dalam penerimaan teknologi dan hanya memiliki

teknologi yang tradisi dan asas.

2. Technology traditionalist - cenderung untuk menggunakan sebaik mungkin teknologi

tradisi yang dimiliki.

3. Pengikut teknologi (technology followers) - menerima teknologi yang baru muncul

selepas terbukti di pasaran.

Page 68: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 68

4. Techno junkies - segera menerima teknologi apabila muncul sesuatu teknologi itu.

5. Serious tech users - sentiasa mencari dan menyesuaikan diri dengan teknologi baru

di pasaran dan menerima pelbagai jenis teknologi.

Tajuk 3: Teknologi dan peningkatan produktiviti

Contoh: Kesan Internet

Dalam (persekitaran online dan offline)

• Perdagangan

• Politik dan kerajaan

• Masyarakat dan komuniti

Kesan Internet terhadap Perdagangan

• E-perdagangan – sempadan ekonomi yang baru.

• Kebolehan untuk menghasilkan dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan nilai

tambah.

• Kebolehan untuk meningkatkan perdagangan antara wilayah dan menglobalisasikan

perdagangan melalui e-perdagangan.

• Menembusi ekonomi negara membangun melalui pasaran elektronik yang terbuka.

• Negara membangun, sebagai penggerak pertama dalam e-perdagangan,

mendominasi dan menentukan peraturan.

Kesan Internet terhadap Politik dan Kerajaan

• Menyediakan alat untuk meningkatkan ketelusan, tanggungjawab dan keterbukaan.

• Liberalisasi kumpulan terpinggir.

• Maklumat dan pengetahuan menjadi pembolehubah dalam percaturan kuasa di

samping ketenteraan dan kuasa ekonomi, menyebabkan perubahan geo-political

dalam politik antarabangsa.

• Kebolehcapaian maklumat global menyebabkan ketidakseimbangan kuasa.

• Penghapusan kuasa berpusat menimbulkan persoalan kepada kedaulatan nation-

Page 69: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 69

states.

• Meningkatkan pendedahan tentang perbezaan politik.

• Akibat globalisasi tanpa alat pengurusan yang sesuai.

Kesan Internet terhadap Masyarakat dan Komuniti

• Alat berkesan yang mampu untuk bertukar idea, maklumat dan sokongan, bukan

sahaja sesama bangsa tetapi juga untuk mendapatkan maklumat seluruh dunia.

• Memperkukuhkan nilai-nilai serta budaya sesuatu masyarakat tanpa mengira

kedudukan geografi.

• Pertumbuhan ketaksamaan antara golongan kaya maklumat dan miskin maklumat

pada semua peringkat dan juga antarabangsa.

• Hakisan budaya tradisional akibat media elektronik.

• Hakisan privasi.

• Peningkatan komuniti tanpa sempadan menimbulkan nilai baru.

• Pendemokrasian pengetahuan membawa kepada pendayaupayaan individu dan

masyarakat.

• Promosi pembelajaran dan celik huruf dan juga penubuhan semula masyarakat yang

sentiasa belajar/masyarakat berpengetahuan.

Adakah teknologi menjadikan kehidupan lebih baik atau lebih teruk?

• Teknologi moden telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, jaringan

dalam masyarakat.

• Akses dan menggunakan teknologi tidak semestinya membuatkan hidup lebih baik

atau buruk tetapi ia membantu mencapai matlamat.

• Kunci untuk mendapatkan faedah yang maksimum adalah belajar bagaimana untuk

mengawal dan menggunakan teknologi.

• Memaksimumkan kebolehcapaian dan keberkesanan teknologi komunikasi moden

pada masa yang sama membantu ‘humanise’ teknologi.

Page 70: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 70

Syarat dan cabaran meningkatkan penyerapan teknologi

• Tahap pendidikan yang minimum

• Menghargai pendidikan yang berterusan

• Fleksibel dan berfikiran terbuka

• Penggunaan teknologi semasa dan terbaru secara meluas

• Sistem penghantaran yang berkesan

• Penyertaan positif sektor swasta dan badan-badan NGO

• Persaingan dan globalisasi

Page 71: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 71

UNIT 6

ISU DAN CABARAN ICT DAN GLOBALISASI KE ATAS

KUMPULAN TERTENTU

Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

1. Membincangkan isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu

termasuklah golongan miskin, negara membangun, gender berbeza dan kumpulan

istimewa (orang kurang upaya, kanak-kanak, orang tua).

2. Memahami strategi pembangunan berasaskan pengetahuan bagi memberikan

faedah kepada semua golongan masyarakat.

Pengenalan

Unit ini mengandungi tajuk berikut:

1. Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu termasuklah

golongan miskin, negara membangun, gender berbeza dan kumpulan istimewa

(orang kurang upaya, kanak-kanak, orang tua).

2. Strategi pembangunan berasaskan pengetahuan.

Dapatkan maklumat yang berkaitan teknologi dan golongan tertentu dan bincangkan

sejauh mana teknologi boleh memberi kesan ke atas kehidupan mereka.

Page 72: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 72

TOPIK 1: Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu

Golongan pelajar

Kesan teknologi terhadap pendidikan (hasil kajian)

• Pelajar, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik, belajar kemahiran asas –

membaca, menulis, dan arismetik lebih baik sekiranya diberi peluang untuk

mempraktikkan kemahiran tersebut menggunakan teknologi.

• Teknologi melibatkan pelajar, dan kesannya mereka menghabiskan lebih banyak

masa untuk pembelajaran asas daripada pelajar yang menggunakan pendekatan

tradisional.

• Teknologi memberikan peluang kepada pendidik cara untuk individualize and

customize kurikulum mengikut keperluan setiap individu pelajar supaya semuanya

boleh mencapai tahap potensi mereka.

• Pelajar yang mempunyai peluang untuk menggunakan teknologi untuk memperoleh

dan menyusun maklumat menunjukkan tahap kefahaman yang lebih tinggi dan

potensi yang lebih tinggi untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam

kehidupan.

• Dengan membenarkan pelajar akses kepada sumber-sumber dan teknologi yang

lebih meluas, mereka boleh menggunakan pelbagai media komunikasi untuk

mengutarakan idea mereka dengan lebih jelas dan lebih bertenaga.

• Teknologi boleh mengurangkan perbuatan ponteng, mengurangkan kadar keciciran,

dan memotivasikan lebih banyak pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat

kolej.

• Pelajar yang selalu menggunakan teknologi lebih berbangga dengan kerja mereka,

mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap kemampuan diri sendiri, dan

meningkatkan keyakinan diri.

Golongan wanita

- Dibincangkan dengan lebih lanjut dalam unit 7.

Page 73: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 73

Golongan miskin

• Dunia sebenarnya akan menjadi jauh lebih miskin tanpa revolusi industri.

• Contoh: GDP 0.05% per annum sebelum revolusi industri à1.21% per annum

selepas revolusi industri.

• 1 billion orang yang masih miskin kekal miskin adalah sebenarnya merupakan

mereka yang terpisah jauh daripada memperoleh faedah dari teknologi.

Tetapi isu yang berkaitan dengan golongan miskin ini adalah:

• Siapakah yang tergolong dalam golongan miskin?

• Di manakah golongan miskin berada?

• Apakah teknologi yang diperlukan oleh golongan miskin untuk membantu mereka

hidup dengan lebih baik?

• Bagaimanakah teknologi boleh mempengaruhi hidup mereka?

• Apakah maklumat yang sedia ada yang tidak diberikan secukupnya kepada mereka

dengan cara yang berkesan? (pada tepat masanya?, dalam bentuk yang sedia

boleh digunakan?)

Sumbangan teknologi terhadap pengurangan kadar kemiskinan

• Teknologi meningkatkan tahap hidup. Seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan

dan ini dapat meningkatkan keupayaan manusia menggunakan teknologi

termasuklah teknologi pertanian, perubatan dan sebagainya.

• Peningkatan dalam pelaburan pendidikan kanak-kanak.

• Meningkatkan keupayaan manusia untuk mengembangkan dan menggunakan

teknik-teknik baru.

Teknologi telah memberi sumbangan yang besar dalam pengurangan kadar kemiskinan

tetapi itu bukanlah satu-satunya faktor yang menyumbang, kerana faktor lain turut

memainkan peranan, seperti:

• Perubahan keinstitusian

• Sistem sosial (diserap oleh individu dan juga organisasi)

Page 74: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 74

Nota: Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam topik dan unit

seterusnya, berkaitan matlamat mewujudkan masyarakat bermaklumat dan analisis

polisi dan program yang berkaitan.

Negara membangun

Faedah teknologi komunikasi ke atas isi rumah luar bandar

• Dhaka – panggilan telefon menggantikan perjalanan ke bandar. Kos perjalanan 2-8x

lebih tinggi daripada panggilan telefon.

• Telecenter – Afrika (70 pusat dibuka, hanya 40% masih dibuka, banyak yang gagal)

(di luar kemampuan orang miskin dari segi jarak dan kewangan).

• Telecenter di sekolah atau universiti perlu dibuka kepada umum.

• Village voice mail system.

• E-mail address di pejabat pos (Afrika Selatan).

• Terminal internet awam di pejabat pos (Brazil).

• Radio masyarakat (Sri Lanka).

Golongan istimewa (Orang Kurang Upaya)

Kemudahan untuk golongan istimewa

• Katalog induk dibekalkan dalam bentuk Braille, Talking Book, dan Large prints.

• Perisian JAWS (Jobs Access With Speech) -- perisian pembacaan pada skrin yang

membolehkan orang cacat penglihatan menggunakan perisian seperti OPAC,

Netscape, Internet Explorer, dan sebagainya untuk mengakses maklumat, membaca

e-mel atau faks.

• Kemudahan sistem pesanan ringkas atau SMS.

• Dobelle Eye (Artificial eye sight) membantu orang buta melihat. Alat ini mengandungi

kamera televisyen yang kecil dan alat pengesan bunyi yang dilekatkan pada

sepasang cermin mata.

• Alat bantuan pendengaran untuk golongan pekak.

Page 75: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 75

• Perisian yang mengalihkan teks-kepada-percakapan.

Kebolehan dan Fungsi

• Menghidupkan atau mematikan alat yang disambungkan kepada peralatan

tertentu (serta-merta atau pada masa yang ditetapkan) – lampu, langsir, tirai,

pintu.

• Menukar siaran dan kawalan suara televisyen dan juga VCR.

• Mengawal suhu dalam rumah.

• Mengawasi pergerakan di dalam dan juga di luar rumah.

• Menjawab panggilan telefon dan bertindak sebagai mesin penjawab. Menelefon

orang-orang tertentu apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.

• Bertindak sebagai jam loceng.

• Boleh mengingatkan untuk mengambil ubat.

• Senarai membeli-belah, boleh menambah item dalam senarai pada bila-bila

masa, kemudian mencetak senarai tersebut apabila pergi membeli-belah.

• Boleh menerima tajuk utama ramalan cuaca dan berita melalui internet dan

membacanya.

• Bertindak sebagai sistem kawalan keselamatan di rumah, sekiranya arahan

dikesan, boleh menelefon satu senarai orang, menghidupkan semua lampu,

siren bunyi, dan sekiranya kamera optional digunakan, boleh merakamkan video

kejadian, dan boleh menyebarkan video tersebut kepada orang lain melalui e-

mail.

Soalan perbincangan

• Bagaimana teknologi telah meningkatkan kualiti hidup golongan kurang upaya?

• Sejauh mana teknologi telah menggantikan peranan dan tanggungjawab keluarga

dan masyarakat?

• Apakah kesan teknologi ke atas hubungan keluarga dan masyarakat?

Page 76: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 76

TOPIK 2: Strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan

Strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan ditunjukkan dalam bentuk rajah

di bawah, yang bertujuan ke arah membentuk masyarakat bermaklumat (knowledge

society).

Apa yang dimaksudkan dengan masyarakat bermaklumat (knowledge society)?

• Masyarakat yang mampu mencipta, berkongsi dan menggunakan pengetahuan

untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyatnya.

• Rangka kerja yang dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah adalah

bercirikan pengetahuan kerana pengetahuan dilihat mampu membentuk komponen

penting untuk semua aktiviti manusia.

• Aktiviti ekonomi, sosial dan kebudayaan serta semua bentuk aktiviti yang lain

sebenarnya bergantung secara meluas kepada kuantiti dan kualiti pengetahuan dan

maklumat.

• Tumpuan yang diberi dalam strategi pembangunan ini adalah keperluan asas dan

peluang untuk mencapai ekuiti global.

• Unit yang perlu terlibat merangkumi daripada peringkat individu dalam masyarakat

sehinggalah kepada masyarakat dunia yang lebih luas.

• Pemangkin kepada strategi ini adalah hubungan dua hala di antara pengetahuan

dan maklumat dengan aspek yang membenarkan pembangunan berlaku, iaitu

akses, pendayaupayaan dan tadbir urus (yang dibincangkan dengan lebih lanjut di

bawah).

Strategi ini dibentuk dengan berasaskan kepada beberapa andaian, seperti berikut:

• Informasi dan pengetahuan membentuk asas untuk membuat keputusan dan

bertindak, terutamanya dalam pembangunan.

• Kualiti keputusan bergantung kepada kualiti dan kuantiti maklumat.

• Akses kepada maklumat dan pengetahuan membolehkan peningkatan kualiti hidup

yang menyediakan rangka kerja yang membolehkan is in place.

• Ketaksamaan dalam masyarakat akan sentiasa ada. Walau bagaimanapun,

Page 77: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 77

masyarakat bertanggungjawab untuk berusaha untuk merapatkan jurang.

Apa yang dimaksudkan dengan jurang maklumat?

• Ketaksamaan dalam akses maklumat dan pengetahuan.

• Ketaksamaan keupayaan untuk menggunakan maklumat dan pengetahuan untuk

pembangunan.

• Oleh itu, jurang bukan semata-mata teknologikal dan infrastuktur.

Hasrat mewujudkan knowledge society (yang lestari) ini adalah selari dengan hasrat

yang terkandung di dalam Wawasan 2020, seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:

Towards advanced nation status … Vision 2020

Continuous Learning

People Culture Information

Informatisation Knowledge Innovation

People Culture Information

Connectivity Knowledge

People Culture Information

People Culture

Sumber:

1. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen, Developing a Values-based Knowledge

Society and Knowledge Economy. Kertaskerja dibentangkan dalam “Austrian

Society

Sustainable knowledge

society

Knowledge Society

e-Society

Page 78: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 78

Conference on Knowledge Politics”, 19 June 2009, Vienna.

2. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen, Addressing the Information Divide:

Improving Quality of Life. Kertaskerja dibentangkan dalam Second Global

Knowledge Conference 7th - 10th March 2000, Kuala Lumpur.

Balance Probability Higher When the Community becomes a Knowledge Society

KNOWLEDGE SOCIETIES

Development ConcernsAddressed

• BASIC NEEDS• EQUAL GLOBAL

OPPORTUNITIES

Units Affected• Individual• Group• Community• Nation• World

Enablers of Development • ACCESS • EMPOWERMENT •

GOVERNANCE •Driver and Tool of Change

INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGIES (ICT)

Information and Knowledge⇔

Strategi Pembangunan yang Berasaskan Pengetahuan

Akses

Akses kepada kepelbagaian sosial manusia dan pengalaman kebudayaan yang lebih

banyak untuk membina bukan sahaja masyarakat yang berinformasi atau

berpengetahuan, tetapi juga satu masyarakat yang bijaksana.

Page 79: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 79

Pendayaupayaan

Kapasiti dan peluang untuk mengambil bahagian dengan aktif dalam proses membuat

keputusan peringkat tempatan, kebangsaan ataupun antarabangsa.

Urus tadbir

Rangka keinstitusian untuk mempromosikan menggalakkan perkongsian yang bijak.

Jurang maklumat akan terus melebar kesan daripada teknologi maklumat melainkan

tindakan diambil untuk:

• Mendefinisikan semula indikator kualiti hidup daripada satu perspektif yang

menyeluruh yang mengintegrasikan 3 perkara – kebendaan, intelektual dan

kerohanian (rujuk rajah di bawah). Rajah tersebut menunjukkan rangka kerja yang

dibentuk oleh MIMOS untuk meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan yang

berasaskan pengetahuan yang dilihat perlu melalui tiga fasa penting:

– Maklumat sedia ada dan didokumentasikan - mempunyai akses kepada

maklumat yang sedia ada yang telah didokumentasikan di mana akses ini

akan membolehkan masyarakat mempunyai maklumat dan pengetahuan

yang diperlukan untuk terus maju.

– Susunan sosial dan infostruktur – di mana dalam hal ini pendayaupayaan

adalah sangat penting bagi membolehkan masyarakat mempunyai

pengetahuan sebenar-benarnya (tacit knowledge) dari segi know-how, dapat

meningkatkan tahap pembelajaran dan membangunkan kemahiran mereka

dengan berasaskan kepada rangka kerja yang telah dibentuk oleh institusi

tertentu yang berkaitan dan bertindak dengan berpandukan kepada sistem

nilai tertentu.

– Potensi untuk pembangunan seterusnya – yang melibatkan tadbir urus yang

baik yang akhirnya berupaya mencapai kualiti hidup yang lebih baik yang

mampu merangkumi aspek material, intektual dan spiritual.

Dalam ketiga-tiga fasa dan proses yang ditunjukkan dalam rangka kerja MIMOS ini,

individu dalam masyarakat merupakan faktor penting yang menyumbangkan kepada

kejayaan pencapaian yang diharapkan.

Page 80: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 80

• Membina masyarakat berpengetahuan yang berjaya dalam menyatukan 3 sektor

utama (swasta, awam dan masyarakat) yang secara kolektifnya boleh

mengintegrasikan kepentingan individu dengan kepentingan masyarakat luas (rujuk

rajah terakhir). Rajah tersebut menunjukkan faktor 3 sektor yang diperkenalkan oleh

MIMOS untuk rangka pengupayaan dan tadbir urus yang baik di mana sektor swasta

dilihat perlu memainkan peranan yang penting untuk membentuk nilai-nilai murni

dalam membantu membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu. Sektor awam

mempunyai peranan untuk mengekalkan dan memantau supaya pelbagai aktiviti

masyarakat dijalankan mengikut peraturan dan arahan tertentu yang telah

diperkenalkan dalam negara dan masyarakat pula berperanan untuk mengekalkan

kualiti hidup yang baik.

Nota: perhubungan yang baik di antara ketiga-tiga sektor (tri-sectorial) akan menjadi

asas yang kukuh kepada tadbir urus yang baik (good governance).

Access • Empowerment • Governance

4

An Informational Framework for Improving QoL

Information&

Knowledge

InformationInformation&&

KnowledgeKnowledge

Tacit (know-how) knowledge

----------------------------Learning & skills

development----------------------------

Institutional Framework

----------------------------Value system

Tacit (know-how) knowledge

----------------------------Learning & skills

development----------------------------

Institutional Framework

----------------------------Value system

Quality of Life---------------Material

IntellectualSpiritual

Quality of Life---------------Material

IntellectualSpiritual

Documented and Accessible

InformationSocial Order and

InfostructurePotential for Development

ACCESS EMPOWERMENT and GOVERNANCE

* Individual action a KEY factor

*

* *

**

Page 81: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 81

Convergent, Integrated Malaysia

Private

Public

Creating Value

MaintainingLaw and Order

M

MM

M = The Marginalized

The Whole, greaterthan the sum of its parts

Good governance

CommunityInterest

SustainingQuality of Life

Page 82: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 82

UNIT 7

ISU GLOBALISASI DAN EKUITI SOSIAL

Objektif unit :

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:

1. Memahami tentang ekuiti sosial dalam era globalisasi.

2. Menjelaskan kaedah yang sesuai ke arah mencapai ekuiti sosial.

Pengenalan

Unit ini mengandungi tajuk berikut:

1. Ekuiti sosial dalam era globalisasi

2. Ke arah mencapai ekuiti sosial

TOPIK 1: Ekuiti sosial dalam era globalisasi

• Apakah itu ekuiti sosial?

• Kenapa ia penting?

• Bagaimanakah ia mempengaruhi kita?

Apa itu ekuiti sosial?

• Ekuiti ialah kualiti untuk berlaku adil atau saksama, keadilan, kesaksamaan.

• Sosial adalah berkaitan dengan kehidupan, kebajikan dan perhubungan antara

manusia.

Ekuiti Sosial

• Definisi: Akses yang adil dan saksama terhadap perkhidmatan awam tanpa

Page 83: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 83

mengira status sosial atau ekonomi. “…fairness in the delivery of public services;

it is egalitarianism in action — the principle that each citizen, regardless of

economic resources or personal traits, deserves and has a right to be given

equal treatment by the political system.”

• Egalitarian in action – bermaksud bahawa perlu ada satu kefahaman egalitarian,

iaitu perlu ada prinsip untuk memberi kepada yang hak, berlaku adil dan

sebagainya.

• Ia memberi tumpuan terhadap keperluan populasi miskin dan vulnerable,

diskriminasi kaum dan jantina.

• “The fair, just and equitable management of all institutions serving the public, fair

and equitable distribution of public services, and implementation of public policy

fairness, justice, and equity in the formation of public policy”

Dimensi Ekuiti Sosial

Keadilan yang dimaksudkan mencakupi bidang-bidang berikut:

• Ekuiti ekonomi

• Ekuiti peluang dan akses

• Ekuiti kesan dan penghantaran khidmat awam

• Ekuiti kebudayaan

Kenapa ekuiti sosial penting?

• Memberi impak terhadap kesejahteraan sesuatu komuniti.

• Memastikan hasil yang adil dan mempengaruhi peruntukan sumber-sumber.

• Analisis ekonomi (cekap vs. kesamaan).

• Persekitaran dan kesan fiskal.

Semua aktiviti yang dirancangkan perlu mengambil kira kesan sosialnya supaya

semuanya memberi tumpuan kepada matlamat yang hendak dicapai.

è Ekuiti sosial boleh memperbanyakkan peluang dan mencipta lebih banyak

pilihan.

Page 84: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 84

Bagaimana ia mempengaruhi kita?

Ekuiti sosial memberi kesan dalam dan antara sesebuah komuniti dan generasi. Semua

orang dalam sesebuah masyarakat patut mendapat faedah yang sama rata.

- Siapa yang mendapat faedah: mengagihkan pelbagai faedah yang adil dalam

komuniti.

- Siapa yang menanggung kos: tidak meletakkan beban yang tidak adil terhadap

mana-mana pihak dalam sesebuah komuniti.

- Keadilan kepada komuniti lain: memberi keadilan kepada sesuatu komuniti

dan pada masa yang sama tidak memberi kesan yang tidak adil terhadap

komuniti lain sama ada komuniti di bandar atau daerah lain, ataupun di tempat-

tempat lain di seluruh dunia.

- Keadilan kepada generasi akan datang: memberi keadilan terhadap generasi

akan datang dengan mengambil kira kesejahteraan semua ahli komuniti yang

menerima kesan tersebut.

- Kemampuan dan akses: memberi akses yang adil dan mampu untuk

perumahan, perkhidmatan dan juga peluang dalam sesebuah komuniti.

Isu ekuiti sosial ini juga penting di mana,

• Persoalan ekuiti relevan adalam usaha membasmi kemiskinan dengan pesat.

• Pertumbuhan bersama ekuiti adalah kunci kepada pengurangan kemiskinan.

• Komitmen politik adalah prasyarat untuk kejayaan integrasi sosial dan ekonomi

untuk pengurangan kemiskinan.

• World Summit for Social Development 1995.

Nota: World Summit for Social Development 1995 ini diadakan di Copenhagen di mana

seramai 117 ketua kerajaan telah berkumpul dan berusaha untuk mencapai kata

sepakat tentang keperluan untuk meletakkan manusia dalam fokus pembangunan (put

people at the center of development).

Tindakan Program yang diambil dalam World Summit for Social Development 1995

sebelum penghujung tahun 2015 ialah untuk:

• Mengurangkan kemiskinan melampau sebanyak 50 peratus.

• Mengurangkan kadar kematian bayi dan kanak-kanak sebanyak dua pertiga

Page 85: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 85

daripada kadar pada tahun 1990.

• Mangurangkan sebanyak tiga perempat kadar kematian ibu.

• Mencapai pendidikan asas di semua negara.

Kejayaan untuk mencapai objektif bergantung kepada integrasi ketiga-tiga elemen ini

dalam polisi.

• Mendapatkan asas polisi sosial yang betul

• Pembangunan luar bandar melalui pengagihan semula

• Polisi yang selari untuk pengeluaran intensif buruh

Ekuiti sosial dan pembangunan lestari

Ekuiti sosial – keadilan antara ahli komuniti, sama menikmati faedah ekonomi,

persekitaran dan semua aspek kesejahteraan sosial.

Pembangunan lestari memerlukan pengagihan yang sama dalam faedah dan kos

ekonomi dan persekitaran, perkhidmatan yang penting (contoh: pendidikan, penjagaan

kesihatan), dan peluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan yang

memberi kesan terhadap komuniti.

Kemajuan terhadap ekuiti sosial tertumpu terutamanya kepada mereka yang paling tidak

bernasib baik dalam sesebuah masyarakat (kebiasaannya wanita, belia dan kanak-

kanak, orang asli, dan/atau bangsa/etnik minoriti).

TOPIK 2: Ke arah mencapai ekuiti sosial

Circles

• Ekuiti ekonomi, sosial dan politik bermula dengan peluang untuk mengambil alih

tempat orang lain dalam masyarakat berbanding dengan hieraki sosial.

Page 86: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 86

• Dalam circle, tiada kiri atau kanan, atas atau bawah.

• Sementara semua orang dalam circle itu berbeza, tiada seorang pun yang

mempunyai peluang yang lebih besar daripada tempat mereka dalam circle itu.

• Circle adalah simbol dan struktur yang baik untuk komuniti yang lestari.

Hierarki

• Ditunjukkan oleh simbol seperti piramid, adalah satu sistem susun atur yang

berasaskan premis bahawa ketidaksamaan pengagihan status, sumber dan kuasa

adalah semula jadi, betul dan bagus.

• Untuk struktur itu berdiri, mestilah terdapat ramai di bawah, dan sedikit di atas.

Orang di dalam struktur itu mestilah meletakkan diri mereka mengikut status,

bersaing untuk mendapat tempat yang lebih tinggi, dan/atau mengekalkan tempat

yang mereka ada.

• Untuk memastikan struktur itu stabil, seseorang perlu bergerak ke bawah untuk

memberi laluan kepada orang lain untuk bergerak ke atas.

• Ketidakadilan yang berterusan, penderitaan dan kekejaman yang disebabkan oleh

hierarki seperti seks, perkauman, kekeluargaan, keinstitusian, etnik, nasional

sesama dan antara kumpulan budaya. Persaingan, ketakutan, ketamakkan, geram

dan balas dendam yang diwarisi daripada sistem hierarki terus manjadi penghalang

jalan untuk keadilan dalam hubungan bersama (communal).

Mengapa isu ekuiti/ekualiti penting dalam sektor teknologi maklumat?

• Budaya dan sosial tidak menyebelahi penglibatan wanita dalam sains dan teknologi

à menghadkan peluang dalam bidang teknologi maklumat.

• Wanita selalu bergantung ekonomi kepada lelaki dan tiada kawalan ke atas sumber

ekonomi àsukar akses kepada teknologi maklumat.

• Agihan sumber untuk pendidikan dan latihan lebih diberikan kepada lelaki.

• Pengasingan wanita (dalam sesetengah masyarakat) menyukarkan wanita akses

kepada teknologi maklumat.

Page 87: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 87

Kenapa wanita?

• Pendidikan, kesihatan dan tahap pendapatan ibu merupakan penentu penting ke

atas kesejahteraan anak.

• Ramai wanita yang didiskriminasikan di pasaran kerja (dari segi gaji, promosi,

jaminan).

• Kebanyakan orang miskin, tiada rumah, kurang zat pemakanan terdiri daripada

wanita/diketuai oleh wanita.

• Sistem perundangan, kewangan dan pemilikan tanah tidak memberi hak kepada

wanita.

• Keganasan terhadap wanita berlaku di rumah dan dalam masyarakat.

Isu Global Wanita

• Wanita di negara membangun tidak ada/kurang akses kepada teknologi yang

menjimatkan masa.

• Jam bekerja wanita > panjang daripada lelaki (wanita=11 jam; lelaki 8.5 jam).

• Wanita bertanggungjawab terhadap banyak urusan disebabkan lelaki berpindah

untuk mencari pekerjaan.

• Pepecahan keluarga memberi kesan yang lebih teruk kepada wanita (feminization of

poverty).

• Apabila menghadapi kegawatan, kerajaan cenderung untuk mengurangkan

perbelanjaan kesihatan, pendidikan dan kebajikan yang mana secara langsung lebih

memberi kesan ke atas wanita.

• Kemerosotan persekitaran dan pengurusan sumber yang tidak cekap à

menyukarkan wanita mendapatkan bahan bakar.

• Gaji wanita hanya ¾ daripada yang diterima oleh lelaki dari pekerjaan ladang, oleh

itu majikan lebih suka mengambil pekerja wanita.

• Dalam sektor pekerjaan formal wanita “last hired and first fired”.

Oleh itu, isu yang patut dilihat adalah:

• Adakah terdapat perbezaan akses kepada teknologi maklumat antara lelaki dan

wanita?

Page 88: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 88

• Bagaimana teknologi maklumat memberi kesan yang berbeza kepada lelaki dan

wanita?. Bagaimana teknologi maklumat boleh mengurangkan perbezaan antara

gender?

• Adakah wanita dan lelaki sama dilibatkan dalam penentuan teknologi maklumat?

- Lelaki dan perempuan mempunyai keperluan dan halangan akses kepada

teknologi maklumat yang berbeza.

- Wanita menghadapi lebih banyak rintangan dari segi: celik huruf, akses kepada

pendidikan dan maklumat, sumber produktif dan kewangan dan masa.

- Mengikut kajian (Berg): Kenapa wanita tidak suka menggunakan komputer?

Pertama, wanita tidak nampak kegunaan komputer dalam isi rumah. Mereka

merasakan apa yang boleh digunakan sahaja yang patut dipelajari.

Kedua, sikap wanita terhadap teknologi maklumat adalah deterministik (teknologi

diberi dan tidak boleh diubah).

• Sebagai contoh, di Malaysia sendiri (mengikut laporan akhbar pada 1 April 2009,

“Kita tercorot indeks jurang gender” di mana Malaysia kini berada di kedudukan

terakhir dalam laporan Indeks Jurang Gender Dunia (GGGI) yang mengukur jurang

gender di sesebuah negara dalam empat bidang kritikal. Bidang kritikal itu ialah

peluang dan penglibatan ekonomi, perolehan pendidikan, kesihatan dan jangka

hayat serta pengupayaan politik. Misalnya, bagi jawatan ketua setiausaha hanya

14.8 peratus adalah wanita diikuti ketua pengarah (11.8 peratus) dan ketua

eksekutif (14.1 peratus). "Golongan wanita di Malaysia tidak diwakili secukupnya

dalam semua bidang sedangkan lebih 51 peratus daripada pengundi dan lebih 49

peratus penduduk negara adalah wanita”.

Oleh itu, pendekatan yang relevan adalah: “Domestication”

- Cara bagaimana orang menyemai, menjinakkan diri dan/atau mendisiplinkan diri

dengan komputer. Sebagai contoh: faktor yang mempengaruhi domestification

dalam kalangan orang tua adalah utiliti yang terhasil, nilai, kebiasaan dengan

teknologi.

Ini kerana, faedah ekonomi dan sosial teknologi maklumat adalah besar dari segi:

• Faedah daripada penglibatan dalam pengeluaran produk teknologi maklumat.

• Kecekapan ekonomi dan peningkatan produktiviti hasil daripada penggunaan

Page 89: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 89

teknologi maklumat.

• Mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup dengan pendapatan yang

lebih tinggi dan kemahiran yang boleh dipasarkan.

Merujuk kepada agenda dalam World Summit for Social Development 1995 yang

bertujuan mencari kata sepakata untuk meletakkan manusia dalam fokus pembangunan

(put people at the center of development), satu isu yang relevan adalah berkaitan

dengan demokrasi teknologi yang dibincangkan seperti berikut:

Demokrasi teknologi: kebaikan awam atau keuntungan persendirian?

• Teknologi adalah satu daripada faktor penting dalam pembangunan manusia.

• Berjuta-juta manusia tanpa akses kepada teknologi asas yang telah sedia ada

berabad lamanya.

• Seringkali kajian teknologi dan saintifik moden tidak menjurus kepada memenuhi

keperluan mereka miskin.

• Semakin ramai manusia yang diasingkan daripada membuat keputusan yang

memberi kesan kepada mereka dalam semua aspek kehidupan, termasuklah

penggunaan dan pembangunan teknologi.

• Pilihan teknologi untuk mereka yang miskin adalah sebahagiannya tentang

meluaskan pilihan.

• Oleh itu, kita perlu:

- mengutamakan manusia dahulu dalam pendekatan perkembangan teknologi,

- melindungi pengetahuan sosial dan tradisional dan juga perkembangan teknologi

tempatan,

- mengarahkan semula usaha kajian kita kepada mereka yang miskin dan

menyokong inovasi mereka,

- membangunkan kawalan sosial yang lebih kukuh terhadap pembangunan dan

penggunaan teknologi, dan

- mula membina satu ’teknologi demokrasi’

Page 90: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 90

UNIT 8

ANALISIS POLISI DAN PROGRAM ICT DAN EKONOMI GLOBAL DALAM

KONTEKS KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP INDIVIDU, KELUARGA,

MASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBAL

Objektif unit :

Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat :

Menganalisis polisi dan program ICT dan ekonomi global dalam konteks kesejahteraan

dan kualiti hidup individu, keluarga, masyarakat setempat dan global

Pengenalan

Unit ini mengandungi tajuk berikut:

Analisis polisi dan program ICT dan ekonomi global dalam konteks kesejahteraan dan

kualiti hidup individu, keluarga, masyarakat setempat dan global.

Cabaran

Teknologi maklumat dan komunikasi mengubah ekonomi global dan membina jaringan

baru yang merentasi budaya dan jarak. Namun akses kepada teknologi sentiasa tidak

sama (ketaksamaan ini – dikenali sebagai "jurang digital"). Jurang digital merupakan

satu gambaran ketaksamaan sosial dan ekonomi di dalam dan antara negara.

Kekuatan pasaran adalah penggerak utama teknologi maklumat, namun ia tidak dapat

memastikan bahawa jurang digital dapat dirapatkan pada peringkat global. Teknologi

maklumat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan peluang sosial. Namun pada masa

yang sama, kebanyakan pendekatan ekonomi tradisional kurang berdaya maju. Oleh itu,

negara membangun yang lambat bertindak/tidak bertindakbalas, akan menyebabkan

mereka hilang keupayaan untuk mengambil bahagian dalam ekonomi dan sosial di

Page 91: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 91

peringkat global. Ini seterusnya akan mengekalkan ketaksamaan yang sedia ada.

Oleh itu, di dalam merancang dan menjalankan program berkaitan pembangunan

nasional, ICT dilihat mempunyai dua peranan yang penting; satu, sebagai sektor

pengeluaran, dan yang kedua adalah sebagai "enabler". Pembangunan baru Malaysia

kini mengambil kira kedua-dua peranan ICT ini.

Risiko dan Ganjaran Teknologi Maklumat

• Risikonya tinggi, begitu juga dengan ganjarannya. Teknologi maklumat boleh

menjadi pemangkin yang kritikal untuk mencapai banyak matlamat pembangunan.

• Berpotensi untuk menyediakan peluang pendapatan dan pekerjaan.

• Meningkatkan penghantaran dan akses kesihatan dan pendidikan.

• Memudahkan perkongsian maklumat dan peningkatan pengetahuan.

• Meningkatkan ketelusan, tanggungjawab dan keberkesanan kerajaan, perniagaan

dan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mana semuanya menyediakan

persekitaran ke arah pembangunan.

• Dengan menjadikan teknologi maklumat satu bahagian daripada kerjasama

pembangunan, negara membangun memberi tumpuan dengan lebih berkesan

kepada jurang ekonomi dan sosial.

Untuk berjaya, negara perlu:

• Membangunkan strategi teknologi maklumat dan e-pembangunan yang

komprehensif.

• ICT sebagai sektor baru yang berkembang maju untuk mencapai matlamat pembangunan dan pembentukan nilai (value creation).

• ICT sebagai strategic

enabler dalam menggerakkan Malaysia ke arah Knowledge Society dan Knowledge Economy.

Page 92: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 92

• Menyokong polisi, manusia dan infrastruktur fizikal yang perlu.

• Mengambil langkah untuk memastikan akses yang sama dan kapasiti meluas dalam

menggunakan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat dan strategi e-pembangunan perlu mengambil kira perkara berikut:

• Akses dan penggunaan

• Enabling environment

• Kapasiti manusia

• Isu kerajaan global dan kebangsaan

• Pasaran baru dan strategi untuk pertumbuhan yang terangkum

Aspek-aspek ini merupakan isu utama dalam perlaksanaan stratgei ICT dan e-

pembangunan di kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia.

Akses dan Penggunaan

Walaupun banyak negara membangun sudah mempunyai infrastruktur asas untuk

berhubung merlalui jaringan maklumat yang global, namun kesamaan kemampuan dan

akses masih menjadi isu yang kritikal. Anggaran terbaru menyatakan kurang daripada

15% daripada jumlah pengguna internet dan teknologi maklumat berada di negara

membangun. Biasanya proses pasaran membantu mengurangkan kos dan meluaskan

akses, namun kegagalan pasaran masih ketara, terutamanya dalam kalangan negara

mundur.

Enabling Environment

Kebanyakan negara membangun tidak mempunyai rangka kerja dan kapasiti

keinstitusian yang sah untuk merangsang penyerapan teknologi maklumat yang meluas.

Ini membantutkan usaha menarik pelabur dalam negara dan antarabangsa yang relevan

untuk pembangunan infrastruktur, enterprais, pembangunan perkhidmatan dan kapasiti.

Anggaran terbaru menunjukkan kurang daripada 25 buah negara membangun yang

telah memulakan proses merancang dan menyediakan enabling environment.

Page 93: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 93

Kapasiti Manusia

Peluang persaingan global dan tempatan yang baru untuk teknologi maklumat

menggalakkan pembangunan kemahiran. Negara membangun perlu menangani jurang

kapasiti untuk memastikan bukan sahaja orang yang berkelayakan teknikal penting

tetapi juga mereka yang berkemahiran untuk akses, mereka cipta dan melaksanakan

strategi pembangunan teknologi maklumat.

Isu kerajaan di peringkat global dan kebangsaan

Baru-baru ini, sedikit sahaja negara membangun yang mengambil bahagian dalam

dialog berkaitan urus tadbir teknologi maklumat di peringkat global. Isu kritikal, yang

memberi kesan terhadap kedudukan ekonomi global termasuklah nama, privasi,

keselamatan, aset intelektual, undang-undang e-perdagangan dan standad – ditakrifkan

dan ditentukan oleh pengetahuan dan penyertaan mereka. Kebanyakan negara

membangun kurang kapasiti manusia dan keinstitusian untuk menyesuaikan dan

menyerap dengan cepat polisi rangka kerja yang baru berkaitan isu-isu ini dan untuk

menjadikan teknologi maklumat berguna untuk menggerakkan kerajaan demokratik dan

penyertaan warganegara dalam proses pembangunan.

Pasaran Baru dan Strategi untuk Pertumbuhan yang Terangkum (Inclusive)

Statistik ekonomi terkini menunjukkan nilai sebenar eksport tradisional daripada negara

membangun telah berkurang. Ini adalah satu tren yang patut diberi perhatian. Negara

membangun perlu menilai kesan teknologi maklumat terhadap sektor sedia ada,

mengenal pasti potensi teknologi maklumat untuk membina peluang ekonomi yang baru

dan juga untuk meningkatkan faedah persaingan dalam kedua-dua sektor lama dan

baru; menyiasat cara teknologi maklumat boleh digunakan untuk menangani semua

bentuk ketaksamaan dan diskriminasi sosial yang sedia ada, terutamanya yang dihadapi

oleh wanita dan golongan minoriti.

Page 94: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 94

Usaha Malaysia dalam Mengarusperdanakan ICT

Tumpuan Pembangunan ICT:

• Mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedia global.

- Contoh: Pembangunan Koridor Raya Multimedia

- i.e., menyediakan landasan untuk membangunkan kelompok syarikat ICT

tempatan yang berdaya saing dan industri ICT yang mampan.

• Meluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan

dan maklumat yang lebih setara.

• Menggiatkan usaha merapatkan jurang digital.

• Membangunkan bandar siber sedia ada serta mempromosikan pusat siber yang

baru dan aplikasi multimedia MSC.

- Contoh: Peluasan aplikasi MSC

- i.e., Pelaksanaan, penyepaduan dan peningkatan beberapa aplikasi multimedia

termasuk pembangunan aplikasi Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Kad

Pelbagai Guna Kerajaan, Telekesihatan serta Kelompok Penyelidikan dan

Pembanguan (R&D), e-Niaga dan Program Keteknousahawan.

• Merangsang sumber pertumbuhan baru dalam sektor ICT termasuk bioformatik,

gabungan bioteknologi dan ICT.

- Penggalakkan R&D dalam ICT

- Dana pembangunan ICT

• Membangunkan tenaga kerja mahir dalam bidang ICT.

- Kemahiran ICT – menerusi MSC dan IPT

• Mempercepatkan pembudayaan e-pembelajaran.

• Mempertingkatkan keselamatan maklumat.

Page 95: TEKNOLOGI MAKLUMAT, GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3203_1554120727.pdf · Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3 PENGENALAN MAKLUMAT KURSUS Jabatan Jabatan

Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 95

- Akan dikeluarkan garispanduan pengurusan keselamatan maklumat - hasil Kajian

Rangka Kerja Keselamatan Maklumat Kebangsaan.

- Program kesedaran – dipromosikan oleh NISER

Bincangkan polisi kerajaan yang berkaitan teknologi yang menyumbang kepada

peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia.