fb magazine 1st edition

of 8 /8
Majalah Mengenai facebook Fitnah Berleluasa di Media Sosial Facebook. Kesetiaan kepada pemerintah, termasuk sekali pemimpin yang telah bersara. Oleh: Amir Razain Edisi 1

Author: mdamir79

Post on 26-Jul-2016

229 views

Category:

Documents


3 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • Majalah Mengenai facebook

    Fitnah Berleluasa di Media Sosial Facebook.

    Kesetiaan kepada

    pemerintah, termasuk

    sekali pemimpin yang

    telah bersara.

    Oleh: Amir Razain

    Edisi 1

  • KESETIAAN KEPA-

    DA PEMERINTAH.

    R asulullah SAW sebagai pem-impin ummah dan bertindak sebagai ketua negara telah

    memberi penekanan khusus dalam membimbing umatnya dengan cara menggesa mereka sentiasa berakhlak mulia, taat beribadah kepada Allah, taat kepada pemimpin dan mencintai negara. Bimbingan ini akan menen-tukan mereka menjadi ummah yang terbaik yang mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT di dunia dan

    akhirat.

    Sabda Rasulullah SAW:

    Bermaksud: Sesungguhnya tiada nabi selepasku dan tiada umat selepas kamu, Demi sesungguhnya beribadatlah kamu kepada tuhan kamu, tunaikan solat lima waktu, berpuasalah pada bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat hartakamu dengan ikhlas hati kamu dan taatilah pemerintah-pemerintah kamu nescaya kamu akan masuk syurga tuhan kamu. (Riwayat al-Tirmizi)

    Menurut pandangan Ibnu Hajar al Makky al Haitamy seorang ulama yang terkenal bahawa: Antara dosa-dosa

    besar ialah mensyirikkan Allah SWT, membunuh manusia, makan harta anak yatim, menuduh seseorang berzina, menderhaka kepada kedua ibu bapa, makan

    riba dan membatalkan kese-tiaan kepada pemerintah.

    Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan: Menderha-ka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram. Ter-masuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah. Apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentad-biran negara.

    Berdasarkan kepada itiqad Ahlus Sun-nah wal-Jamaah adalah menjadi satu tuntutan mentaati dan menghormati pemerintah. Ketaatan yang dimak-sudkan di sini adalah merujuk kepada:

    Pertama: Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (maruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang maruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan.

    Kedua: Menghormati dan memuliakan kedudukan mereka se-

    bagai pemimpin serta sentiasa men-doakan kebaikan untuk mereka.

    Ketiga: Melaksanakan kebaikan bersama mereka.

    Keempat: Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari

    keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-

    kaedah yang syari.

    Kelima: Tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat membangkang terhadap kepimpi-nan dan tidak menghina atau mencela mereka.

    Persoalan kecintaan dan ketaatan kita terhadap pemerintah dan negara ada-lah merujuk kepada sejauh mana tanggungjawab kita dalam memper-tahan, memelihara dan menjaga ma-

    ruah tanahair agar ianya kekal aman dan selamat. Islam mengajar umatnya agar kasih kepada pemerintah dan negara kerana ia sebahagian daripada tanda keimanan.

    Namun, persoalan besar timbul pada hari ini, mengapakah terdapat sege-lintir rakyat yang tidak bertanggungja-wab dan cinta kepada negara sendiri sehingga sanggup menghina pem-impin dan negara, memijak gambar pemimpin serta sanggup membakar dan menukar bendera negara?.

    Berdasarkan kepada pemerhatian, bahawa semangat patriotik dan cin-takan negara sebenarnya telah ter-hakis pada diri dan jiwa mereka serta dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan maruah dan martabat pemerintah dan negara ini.

    Perbuatan sebegini adalah menc-erminkan rendahnya akhlak, tidak ber-intergriti, tidak bertamadun dan bi-adab. Mimbar ingin menyatakan baha-wa dalam semua aspek umat manusia perlulah membina semangat patriotik kerana ianya menjamin kesejahteraan dan kecintaan rakyat kepada negara.

    Agama Islam telah menggariskan dengan jelas tentang patriotisme khu-susnya berhubungkait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara.

  • Firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 60:

    Maksudnya: Dan sediakanlah un-tuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak menge-tahuinya, sedang Al-lah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan dis-empurnakan bal-asannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya .

    Dalam membina tanggungjawab kese-tiaan kepada pemerintah dan negara ini ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan rakyat kepada pemimpin secara me-nyeluruh. Berasaskan kepada dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan had-ith Rasulullah SAW, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu kepa-da setiap muslim manakala menderha-ka merupakan satu dosa besar.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Jangan kamu memaki para pemimpin negara, sebaliknya hendaklah kamu berdoa untuk kebaikan mereka kerana baiknya mereka akan membawa ke-baikan untuk kamu. (Riwayat at-Tabarani).

    Begitu juga menurut pandangan Ibnu Jamaah di dalam kitabnya Tahrir al-Ahkam menyatakan bahawa: Hen-daklah seseorang itu mengetahui hak pemerintah yang begitu besar dan

    kewajipan meninggikan martabatnya supaya dengan itu hubungan dengan pemerintah berjalan mengikut cara yang mulia dan terhormat. Oleh itu

    perlakuan kurang adab yang dilakukan oleh sesetengah orang yang menggo-longkan diri mereka sebagai zuhud bukanlah amalan yang sesuai dengan sunnah.

    Imam al-Qurthubi rahimahullah di dalam tafsirnya mengatakan: Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka menghormati pemimpin dan para ulama. Maka sekiranya mereka menghormati keduanya ini, Allah SWT akan memberikan kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka. Dan sekiranya mereka menghina keduanya, maka Allah akan merosak-kan kehidupan dunia dan akhirat mereka.

    Justeru, menjadi tanggungjawab mim-bar mengingatkan sidang Jumaat dan umat Islam sekalian bahawa sikap tid-ak kasih serta menghina pemerintah dan negara dengan apa cara sekalipun, memporak perandakan negara, memusnahkan perpaduan kaum dan mementingkan kepentingan diri akan menghancurkan kedaulatan bangsa

    dan negara serta tanda hilangnya iman seseorang. Ingatlah pesan Rasulullah SAW bahawa sesiapa menghina pemerintah di bumi ini nescaya Allah

    SWT akan menghinan-ya di akhirat kelak. Usahlah terpengaruh dengan tipu daya se-setengah pihak yang cuba mengambil kes-empatan demi mengejar kuasa dengan tidak mengikti-raf kesahihan pemerintah pada hari ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa mendapat kuasa melalui kekuatan hingga ia menjadi pemerintah dan di panggil pemerintah orang Islam, maka tidak halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat berada semalam

    pun tanpa mengiktirafnya sebagai pemerintah samada ianya seorang yang baik atau fasik (Riwayat Imam Ahmad). Sesungguhnya agama Islam berke-hendakkan supaya setiap umatnya menjadi sebaik-baik manusia yang sempurna keperibadiannya, mulia budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik kepada orang lain. Rasulullah SAW pernah menasihatkan kita dalam sabdanya:

    Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain. (Riwayat Al-Tabarani)

  • Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang ber-manfaat kepada orang lain. (Riwayat Al-Tabarani)

    Marilah sama-sama kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan. Ingatlah bahawa taat kepada pemerintah sebahagian daripada tuntutan kita sebagai umat Islam.

    Kita berdoa kepada Allah SWT agar mereka yang melakukan perbuatan yang tidak beradab dan tidak sopan ini diberi keinsafan dan berteduh dibawah payung keiman-an. Kita juga memohon dikekalkan kesinambungan nikmat keamanan di kalangan kita, dijauhi segala malapetaka yang boleh menjejaskan usaha membangunkan agama, bangsa dan negara.

    Firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa ayat 59:

    Maksudnya: Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepa-

    da Allah dan Rasul dan taatlah kamu kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya .

    Marilah sama-sama kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan.

    Ingatlah bahawa taat kepada pemerintah sebahagian da-ripada tuntutan kita sebagai umat Islam. Kita berdoa kepa-da Allah SWT agar mereka yang melakukan perbuatan

    yang tidak beradab dan tidak sopan ini diberi keinsafan dan berteduh dibawah payung keimanan.

    Kita juga memohon dikekalkan kesinambungan nikmat keamanan di kalangan kita, dijauhi segala malapetaka yang boleh menjejaskan usaha membangunkan agama, bangsa dan negara.

    Minyak Kelapa Dara Double Premium Quality

    Harga: RM70 termasuk

    penghantaran

    Cara pemakanan: 2 sudu teh

    pagi, dan 2 sudu teh petang.

    U S T A Z A H N O R H A Z L I N A

    M O H D A M I R M D R A Z A I N

    (+60) 013-9797 832 / (+60) 019-2105 434

    www.gerakanbesarbesaran.com

    ANTI VIRUS ANTI BAKTERIA ANTI KULAT

    300 ml

  • 3 Pilihan Page Editor Edisi 1

    https://www.facebook.com/penmerahdotcom/

    https://www.facebook.com/Tanah-Melayu-199585040193642/

    https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/

  • FITNAH BERLELUASA DI MEDIA SOSIAL FA-CEBOOK.

    B aru-baru ini di dalam khutbah wuquf di Arafah dari Masjid

    Namirah, antara perkara yang ditekankan oleh khatib ialah bahaya menggunakan media baru untuk menyebarkan beri-ta yang masih belum pasti kebenarannya ke pengetahuan umum. Khatib menyebut ba-hawa antara media yang kerap digunakan ialah internet.

    Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidik terlebih da-hulu kebenaran perkara terse-but adalah satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Akan tetapi, ianya bukan suatu perkara baru. Semasa zaman Rasulullah

    dan para sahabat, fenomena ini bi-asanya dijuarai oleh munafiqin di Madi-nah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul. Sekiranya membaca keseluruhan tafsir surah al-Taubah, kita akan dapat potret gambaran yang jelas kerja-kerja

    kumpulan munafiqin dalam merosak-kan imej Rasulullah dengan menyebar-

    kan berita yang belum disahkan kebenarannya.

    Zaman sekarang, penyebaran maklumat seupama ini berlaku pantas dengan berkembangnya pelbagai ap-

    likasi internet seperti website, weblog dan Facebook serta laman interaksi sosial yang lain.

    Zaman dahulu, penyebaran itu berlaku secara lisan. Pros-es sebegini biasanya lambat, akan tetapi dipercepatkan dengan hawa nafsu manusia yang suka melapor dan mendengar berita sensasi, apatah lagi yang membabit-kan aib orang lain.

  • Kalau tidak percaya, bagi mereka yang mempunyai blog, cuba masukkan entri dengan tajuk yang panas seperti wanita melayu berbogel, sejadah sujud, ulamak rasuah atau ahli parlimen berkhalwat, nescaya blog anda akan panas dengan hit yang tinggi.

    Ada sesetengah manusia suka me-nyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan se-umpamanya. Tidak kurang juga, untuk menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah pembohongan.

    Ada yang membuat kerja sebegini kerana mereka merasakan perbuatan itu

    amatlah makruf. Rasa terhormat dan mulia dengan tindakan mereka itu, lalu diprojekkan diri mereka dengan imej yang baik dan intelek, dengan menya-takan contohnya Saidina Umar yang ditegur dengan wanita dengan amaran pedangnya secara terbuka. Di dalam Islam, kita dilarang menyapu habuk di bawah karpet. Di dalam Islam, perlu ada check and balance. Di dalam Islam, perlu ada amar makruf dan nahi munkar. Maka, absahlah kerja-kerja mereka.

    Walau apa pun juga pegangan kita di dalam fenomena hebah-hebah ini, satu perkara yang dipersetujui oleh semua, akan tetapi bukan semua menginsafinya, iaitulah apa jua yang kita ucapkan dan kita tulis, akan dicatat oleh Allah SWT sebagai bahan bukti mahkamah akhirat kelak.

    Firman Allah dalam surah Qaf ayat 18:

    Tidak ada sebarang perkataan yang dil-afazkannya (atau perbuatan yang dil-akukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya).

    Al-Quran sebenarnya telah menyentuh

    akan fenomena ini. Berfirman Allah SWT di dalam surah al-Nisa ayat 83:

    Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghe-bahkannya; padahal kalau mereka kem-balikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, ten-tulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, ten-tulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)

    Sekian.

  • Minyak Kelapa Dara Double Premium Quality

    Harga: RM70 termasuk

    penghantaran

    Cara pemakanan: 2 sudu teh

    pagi, dan 2 sudu teh petang.

    U S T A Z A H N O R H A Z L I N A

    M O H D A M I R M D R A Z A I N

    (+60) 013-9797 832 / (+60) 019-2105 434

    www.gerakanbesarbesaran.com

    ANTI VIRUS ANTI BAKTERIA ANTI KULAT

    300 ml