specila edition

8
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM EDISI KHAS Universiti Islam Tulen Bertaraf Antarabangsa Yang Progresif dan Dinamik Berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah T T L L - - MISHKAH MISHKAH * NEWSLETTER * EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DAN PERASMIAN SESI PENGAJIAN UNISSA * REJAB 1428H / OGOS 2007M

Upload: x-demon

Post on 23-Mar-2016

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Specila Edition

TRANSCRIPT

Page 1: Specila Edition

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

EDISI KHAS

Universiti Islam Tulen Bertaraf Antarabangsa Yang Progresif dan Dinamik Berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah

T T LL--MISHKAHMISHKAH

* NEWSLETTER * EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DAN PERASMIAN SESI PENGAJIAN UNISSA * REJAB 1428H / OGOS 2007M

Page 2: Specila Edition

òbÙ“¾a TL-MISHKAH

Mukasurat 2

SIDANG EDITOR

Ketua Editor Prof Madya Dr Arif Karkhi Abukhudairi

Penolong Ketua Editor

Wan Habib Bin Wan Ibrahim

Editor Prof Madya Dr Imtiaz Ahmad

Dr Hj Abdurrahman Raden Aji Haqqi Dr Korany Abdel Halim Abdullah Safa

Dr Ayman Abdel Raouf Saleh Dr Saber Ahmed Taha

Hj Md Samari Bin Hj Md Noh Hayatuddin Bin Hj Moksin

Pg Hj Saiful bahrin Bin Pg Hj Kula Hjh Sri Rahayu @ Nurjanah Bt Hj Dollah

Kujaimah Binti Hj Abd Kahar

Jurufoto Md Zefri Bin Hj Besar

Pereka Grafik

Wan Habib Bin Wan Ibrahim

Untuk sebarang pertanyaan: Hubungi +6732463001 ext 1435

Atau emel kepada:

[email protected]

Untuk mendapatkan salinan elektronik, sila layari:

www.almishkah.blogspot.com

©Al-Mishkah Ogos 2007

SEKAPUR SIRIH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Edisi khas ini diterbitkan sempena Hari Pendaftaran dan At-Ta’aruf Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi sesi pengajiannya yang pertama 2007/2008. Newsletter ini merupakan sisipan newsletter UNISSA yang dinamakan Al-Mishkah yang juga buat julung-julung kalinya diterbitkan bersama edisi khas ini. Di dalam edisi khas ini, dimuatkan beberapa acara yang melibatkan para pelajar baru, bermula dari Hari Terbuka UNISSA, majlis pelancaran dan aktiviti-aktiviti semasa Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris dan sebagainya. Dengan adanya newsletter ini, dapatlah dijadikan kenangan dan tatapan bagi para pelajar mahupun ibubapa dan keluarga mereka yang selama ini memberikan sokongan yang padu kepada anak-anak dan ahli keluarga mereka. Semoga dengan adanya jalinan mesra dan semangat jitu yang diberikan, dapat menjadikan para pelajar UNISSA sentiasa bermotivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh dan memajukan diri demi mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajian masing-masing. Akhir kalam, diucapkan tahniah kepada para pelajar kerana berjaya memasuki universiti ini sebagai pelajar pengambilan pertama UNISSA. Diharapkan dengan kesungguhan dan komitmen biskita, universiti ini dapat mencapai misi dan wawasannya untuk menjadi sebuah universiti Islam tulen bertaraf antarabangsa yang progresif dan dinamik berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Wassalam.

Page 3: Specila Edition

Mukasurat 3

Pada 11 Februari 2007 yang lalu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah mengadakan Hari Terbuka UNISSA yang diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Brunei Darussalam. Hari terbuka ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan kepada orang ramai khususnya mereka yang berminat melanjutkan pelajaran di universiti ini. Lebih daripada 300 orang telah berkunjung ke Hari Terbuka ini. Di samping beberapa sesi taklimat daripada beberapa orang pegawai UNISSA, para pengunjung juga diberikan penerangan secara lanjut di meja-meja yang mewakili fakulti-fakulti yang menawarkan program-program dari peringkat Diploma, Ijazah Pertama hinggalah ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Terdapat lima meja disediakan untuk dikunjungi, iaitu bagi Pentadbiran UNISSA, Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Usuluddin dan Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Rektor UNISSA

Para pengunjung mendengar taklimat yang disampaikan

Mengunjungi meja-meja maklumat

HARI TERBUKA UNISSA

òbÙ“¾a TL-MISHKAH

Page 4: Specila Edition

Sebagai usaha mempersiapkan calon-calon pelajar pengambilan pertama Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang akan memulakan pengajian mereka pada bulan Ogos 2007 ini, pentadbiran UNISSA telah mengadakan Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris yang berlangsung selama tiga bulan bermula pada 16 Mac 2007M bersamaan 26 Safar 1428H sehingga 16 Jun 2007M bersamaan 1 Jamadil Akhir 1428H yang lalu. Di antara objektif kursus ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di kalangan para calon pelajar, khususnya mereka yang akan mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda, samada di dalam jurusan yang menggunakan bahasa Arab ataupun Inggeris sebagai bahasa pengantar. Ia juga bertujuan memperkembangkan kemahiran bahasa mereka seperti kemahiran bercakap, mendengar,

Mukasurat 4

Sekitar Majlis Perasmian Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris

membaca, menulis (termasuk kaedah penulisan ilmiah) dan sebagainya. Tenaga pengajar kursus ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari Jabatan Bahasa Arab, Institut Pengajian Islam Sultan Sharif Ali (IPISHOAS, UBD), Pusat Bahasa (UBD) dan Centre for British Teachers (CfBT). Majlis pelancaran kursus tersebut telah diadakan pada 17 Mac 2007 yang lalu bertempat di Dewan Kuliah, Dewan Canselor, UBD dan disempurna-kan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Hj Abd Rahman, Timbalan Menteri Pendidikan selaku Rektor UNISSA.

Majlis ini juga diselajurkan dengan sesi taklimat mengenai kursus intensif bahasa Arab.

KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB DAN INGGERIS

òbÙ“¾a TL-MISHKAH

Page 5: Specila Edition

Manakala sesi taklimat mengenai kursus intensif bahasa Inggeris pula telah diadakan pada 21 Mac 2007 bertempat di bilik G.19 IPISHOAS, UBD. Taklimat telah disampaikan oleh para pegawai UNISSA diketuai oleh Dr Hj Md Yusop bin Hj Awg Damit, Timbalan Rektor UNISSA bertujuan untuk menerang-kan objektif dan format kursus kepada para peserta.

Mukasurat 5

Sebelum memulakan kursus, para peserta dikehendaki menjalani ujian kelayakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Arab dan Inggeris mereka. Mereka kemudiannya dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan mengikut peringkat kemahiran dan penguasaan bahasa. Untuk kursus bahasa Arab, mereka dibahagikan kepada empat kumpulan: Peringkat 1, Peringkat 2A, Peringkat 2B dan Jurusan Inggeris. Manakala bagi kursus bahasa Inggeris pula, mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu Beginner, Intermediate dan Advanced.

Di sepanjang mengikuti kursus ini, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai subjek yang merangkumi berbagai-bagai aspek kemahiran bahasa. Semasa sesi kuliah, para peserta juga dikehendaki berkomunikasi di dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Selain menghadiri kuliah, mereka juga diberikan tugasan-tugasan (kerja kursus) yang memerlukan mereka membuatnya di luar kuliah, samada berbentuk penulisan, skrip perbualan atau pembentangan.

Sesi taklimat mengenai kursus intensif bahasa Inggeris

Sekitar ujian kelayakan bagi menentukan kumpulan mengikut tahap penguasaan masing-masing

Suasana pembelajaran di bilik kuliah

òbÙ“¾a TL-MISHKAH

Page 6: Specila Edition

Hasil tugasan-tugasan mereka ini kemudian dinilai bersama ujian-ujian yang diadakan oleh tenaga pengajar masing-masing yang semuanya berjumlah 30 markah (30%). Manakala 70 markah (70%) lagi diperoleh melalui peperiksaan akhir.

Di dalam peperiksaan akhir yang diadakan pada 14 dan 16 Jun 2007 yang lalu, dua sesi peperiksaan telah dijalankan, iaitu Peperiksaan Lisan (hari pertama) dan Peperiksaan Bertulis (hari kedua).

Peperiksaan ini diadakan bagi mengetahui sejauh mana perkembangan dan kemajuan para peserta hasil mengikuti kursus tersebut.

Mukasurat 6

Suasana ketika peperiksaan akhir(lisan dan bertulis)

dijalankan

Mereka juga dimestikan lulus di dalam kursus ini bagi membolehkan mereka diterima menjadi pelajar pengambilan pertama UNISSA.

Keputusan peperiksaan yang telah dikeluarkan seminggu selepas peperiksaan dijalankan menunjukkan peningkatan yang sangat baik di kalangan para peserta.

Ini adalah hasil kegigihan para peserta di samping doa ibubapa dan keluarga mereka yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada anak-anak dan ahli keluarga mereka.

òbÙ“¾a TL-MISHKAH

Page 7: Specila Edition

Pada 22 April 2007 yang lalu, UNISSA telah mengambil bahagian di dalam Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Memperingati Maulud Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diadakan di Padang Sir Muda Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan. Para peserta lelaki kursus intensif UNISSA juga turut sama hadir meraikan majlis bagi memperingati kelahiran Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersama-sama pegawai pentadbiran UNISSA dan para pensyarah. Pasukan UNISSA diketuai oleh Dr Hj Md Yusop Bin Hj Awg Damit, Timbalan Rektor, yang juga seterusnya mengetuai pasukan di dalam perarakan berjalan kaki mengelilingi Bandar Seri Begawan.

Mukasurat 7

Bergambar ramai berlatarbelakangkan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien sebelum majlis bermula

Menjunjung ziarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

PENYERTAAN DI DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN

SEMPENA MEMPERINGATI MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM

òbÙ“¾a TL-MISHKAH

Page 8: Specila Edition

Mukasurat 8

Suasana semasa perhimpunan di Padang Sir Muda Omar Ali Saifuddien

dan perarakan berjalan kaki mengelilingi Bandar Seri Begawan

òbÙ“¾a TL-MISHKAH