scootesia 1st edition

26
1 scootesia scoot esia VESPA ZUBEHÖR (AKSESORI VESPA) JERMAN Komuniti skuter besi Malaysia EDISI PERCUMA FIRMA INNOCENTI >> SEJARAH PENUBUHAN >> KEBANGKITAN SELEPAS PERANG DUNIA KE-2 EDISI 1 PERCUMA UNTUK SEMUA AHLI www.scootering.com.my MUAT TURUN EDISI ANDA HARI INI MENARIK DI DALAM >> KARNIVAL KUALA KANGSAR >> BUDAYA MODS >> SCOOTER DI INDONESIA

Upload: norfaizn

Post on 06-Jun-2015

966 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Scootesia 1st Edition

1 scootesia

scootesiaVESPA ZUBEHÖR (AKSESORI VESPA) JERMAN

Komuniti skuter besi Malaysia

EDISI PERCUMA

FIRMA INNOCENTI>> SEJARAH PENUBUHAN >> KEBANGKITAN SELEPAS PERANG DUNIA KE-2

EDISI 1

PERCUMA UNTUK

SEMUA AHLI

www.scootering.com.my

MUAT TURUN EDISI

ANDA HARI INI

MENARIK DI DALAM>> KARNIVAL KUALA KANGSAR>> BUDAYA MODS>> SCOOTER DI INDONESIA

Page 2: Scootesia 1st Edition

2 scootesia

>>Kandungan3

4

7

9

12

14

17

21

24

Editorial:Edisi Pertama

Fail Innocenti:Sejarah Kejayaan dan Kejatuhan

Forum Corner:Forum untuk Peminat Skuter Besi

Traveller’s Tune:Destinasi: Kuala Kangsar

Dalam Semak Tepi Bangsal:Yang Buruk, Yang Berkarat

Vesparama:Aksesori Vespa

60’s Vibe:Mods

Skuter Luar Negara:Scooter di Indonesia (Bahagian I)

Automotive Arts:SS 180

Page 3: Scootesia 1st Edition

>>EditorialEdisi Pertama S e l a m a t

bertemu dalam Edisi Pertama m a j a l a h S c o o t e s i a y a n g m e r u p a k a n

majalah online percuma yang

boleh dimuat turun dari Forum

S c o o t e r i n g i a i t u www.scootering.com.my. Scootesia diterbitkan memandangkan terdapatnya keperluan untuk mengembangkan potensi Forum Scootering yang semakin popular dikalangan peminat skuter klasik. Selain itu, ianya adalah untuk memberikan satu majalah yang benar-benar menumpukan kepada keperluan peminat skuter klasik yang menjadi ahli Forum Scootering secara khususnya dan peminat di Malaysia secara amnya .

Idea untuk menerbitkan majalah ini telah timbul seawal hujung 2007 di mana saya sendiri telah berbincang dengan beberapa ahli Forum Scootering dan cadangan tersebut telah mendapat maklumbalas posiftif. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, kerja-kerja penerbitan hanya bermula pada 1 May 2008.

Pihak editorial majalah Scootesia masih belum menentukan kekerapan penerbitan majalah ini; tetapi kami bercadang untuk menerbitkannya setiap 2 bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya majalah ini mendapat sambutan menggalakkan, ia mungkin boleh diterbitkan secara bulanan kelak.

Kami ingin menarik perhatian pembaca sekalian bahawa usaha penerbitan Scootesia adalah dilakukan secara sukarela pada masa ini, oleh itu sebarang bantuan dalam bentuk artikel amatlah dialu-alukan .

Antara kandungan menarik dalam Edisi Pertama Scootesia ini adalah berkaitan sejarah kejayaan dan kejatuhan Firma Innocenti, sekitar suasana Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik Kuala Kangsar 2008, katalog aksesori Vespa dari Jerman dan banyak lagi. Diharapkan artikel dalam edisi pertama ini akan dapat memberikan maklumat dan manafaat kepada para pembaca.

Pihak editorial sangat berharap agar kami mendapat sokongan dari segi maklumbalas dan juga sumbangan artikel dari pihak pembaca untuk dimuatkan dalam edisi akan datang. Sebarang bentuk komen atau cadangan boleh diemailkan kepada editor Scootesia. Jumpa lagi di keluaran akan datang! - Editor

3 scootesia

HAKCIPTA TERPELIHARA 2008

Semua artikel/gambar merupakan hakcipta penulis/pemilik masing-masing. Tiada bahagian boleh digunakan dalam apa juga cara tanpa mendapatkan kebenaran pihak

EDITOR

Faisal Mohamed (Pesa)Email: [email protected]

Sebarang komen, pertanyaan dansumbangan artikel, sila emailkan kepada Editor Scootesia.

PENULIS

- Faisal Mohamed (Pesa)- Muhamad Syamsyer Fahmi

Sohhimi (Elsyet)- Afrizal Ramlan (RizalAgogo)- Dian Nurhavian (Dian Bois)- Norfaiz Nazwan (Norfaizn)- Mohd Faiz Shafei (Mat DH)

Page 4: Scootesia 1st Edition

INNOCENTI:Sejarah Kejayaan & Kejatuhan

Penubuhan dan sebelum Perang Dunia ke 2 Innocenti merupakan satu nama yang tidak asing dan dihormati bagi para peminat skuter klasik di seluruh dunia. Dikenali sebagai sebuah syarikat yang menjadi pesaing utama bagi Piaggio terutamanya dalam pengeluaran skuter semenjak selepas Perang Dunia ke-2 sehinggalah syarikat ini ditutup pada pertengahan 1970an. Pengasas syarikat ternama ini ialah Ferdinando Innocenti yang merupakan anak kepada seorang tukang besi;

Dante Innocenti. Ferdinando mendapat latihan di sekolah teknikal dan bersama-sama abangnya Rosolino, mereka membantu Dante menguruskan sebuah kedai logam. Ferdinando merupakan seorang yang berbakat dalam bidang berkaitan logam dan pada usia 29 tahun, beliau menjalankan eksperimen bagi melihat kegunaan dan aplikasi tiub besi dalam sektor industri. Bagi mengembangkan minat dalam industri logam, beliau telah berpindah ke Rome pada 1923. Menjelang pertengahan 1920an, kerajaan Fasis Itali giat menjalankan proses

memajukan industri dan negara. Ferdinando mengambil peluang untuk membuka sebuah s y a r i k a t b e r s a m a a b a n g b e l i a u u n t u k membekalkan bahan binaan. Syarikat ini dikenali sebagai “Fratelli Innocenti” (Innocenti Bersaudara). Projek penting pertama yang dijalankan syarikat ini ialah merekacipta sistem pengairan bagi kebun Pope pada 1931. Seterusnya pada 1933, Fratelli Innocenti telah menandatangani kontrak dengan syarikat Scafolding dari UK. Ianya melibatkan Innocenti menggunakan ciptaan mereka yang baru dipatenkan iaitu perancah tiub logam bagi membina bangunan besar. Sistem moden

m e n g g u n a k a n p e r a n c a h l o g a m b a g i menggant ikan perancah t rad is iona l (menggunakan kayu dan

p a k u ) digunapakai dengan meluas di seluruh Rome. Sistem ini masih digunapakai sehingga ke hari ini. Bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka, Innocenti telah membina sebuah kilang baru di kawasan yang dipanggil Lambrate di bandar Via Pitteri. Hanya dalam beberapa tahun sahaja, firma Innocenti telah menjadi antara syarikat pembinaan industri yang terbesar di Itali. Menjelang pertengahan 1930an, firma Innocenti mempunyai 2 kilang; satu di Rome dan satu di Milan. Sembilan cawangan telah dibuka di seluruh Itali dan perniagaan mereka mempunyai 4 bahagian utama. >>

4 scootesia

FAIL INNOCENTI

Page 5: Scootesia 1st Edition

>>Empat cabang perniagaan utama ini merupakan:1) Penghasilan bahan untuk pembinaan bangunan

termasuk perancah, antena, pintu pagar, pagar dan tiang besi.

2) Penghasilan bahan binaan pertanian dan sukan seperti paip untuk aquaducts,tiub pengairan, tempat duduk penonton dan bar gymnastik.

3) Penghasilan bahan industri untuk stesen termoelektrik.

4) Penghasilan barangan mekanikal untuk tiub chasis trak dan laras meriam.

Hasil keuntungan perniagaan mereka, firma Innocenti telah membuka sebuah lagi kilang yang dipanggil S A F T A ( S o c i e t à A n o n i m a Fabbricazione Tubolari Accaio) pada 1942. Walau bagaimanapun, Perang Dunia ke-2 berada dikemuncak dan k i l a g n - k i l a n g I n n o c e n t i bertanggungjawab dalam usaha perang Itali dengan menghasilkan 40,000 butir peluru sehari. Dua buah kilang lagi dibina meningkatkan jumlah pekerja firma Innocenti kepada 7000 orang.

Selepas Perang Dunia ke-2Selepas perang berakhir, firma Innocenti telah beralih arah dengan menghasilkan mesin industri dan bahagian logam. Kilang-kilang milik firma ini terpaksa dibina semula selepas mengalami kerosakan teruk akibat dibom oleh Pihak Berikat semasa perang.

Penghasilan motorscooter Lambretta hanya boleh dilakukan pada 1948. Pada 1950an

pengeluaran kilang Innocenti mencapai kemuncak dengan 250 buah skuter Lambretta dihasilkan

setiap hari. M e n j e l a n g

penghujung 1950an, pasaran kereta

m e n i n g k a t d e n g a n

mendadak. A n a k Ferdinando iatu Luigi Innocenti y a n g ketika itu m e n j a d i N a i b

P r e s i d e n s y a r i k a t

t e l a h m e n g a m b i l

keputusan untuk bekerjasama dengan

Syarikat British Motor C o m p a n y ( B M C ) b a g i

mengeluarkan model terbaru Austin iatu A40. Pada penghujung 1960an, kilang Innocenti di Milan berupaya menghasilkan 100 buah kereta Austin/Innocenti setiap hari. Pengeluaran kereta oleh Innocenti terus meningkat dan model terbaru

dihasilkan dengan lesen daripada BMC.

5 scootesia

Page 6: Scootesia 1st Edition

Kejatuhan firma InnocentiPada 1966, firma Innocenti telah k e h i l a n g a n p e n g a s a s n y a i a i t u Ferdinando Innocent i yang te lah meninggal dunia pada umur 75 tahun. Luigi Innocenti mengambilalih sebagai Presiden Syarikat tetapi pengurusan baru ini mengalami cabaran besar dalam bentuk mogok oleh kesatuan pekerja. Selain itu, skuter Lambretta yang menjadi produk utama Innocenti telah mengalami kemerosotan dari segi jualan akibat perkembangan pasaran kereta yang pesat. Menjelang 1972, selepas beberapa tahun bergelut dengan kesatuan pekerja, firma Innocenti telah ditutup. Keseluruhan operasi firma telah diambil alih oleh Doctor Belli yang telah berjaya menjual bahagian automobil kepada Syarikat Leyland dari UK yang telah meneruskan penghasilan kereta di kilang terbabit. Sementara itu, bahagian motorscooter pula telah dijual secara keseluruhan termasuk hakmilik dan peralatan bagi menghasilkan Lambretta kepada kera jaan Ind ia . Bahag ian kejuruteraan dan mekanikal berat telah diambil alih oleh Santeustachio yang kemudiannya menjadi INNSE. Penutupan dan penjualan semua aset Innocent i te lah menandakan berakhirnya sebuah legasi industri yang telah dibangunkan oleh Ferdinando Innocenti; seorang yang kreatif, bijak dan berwawasan. Walaupun firma Innocenti telah tiada, namun legasinya dalam bentuk skuter Lambretta masih lagi menjadi kegilaan masyarakat sehingga kini. Ianya menunjukkan kualiti serta rekabentuk ‘evergreen’ produk yang dikeluarkan Innocenti.

Pesa

6 scootesia

Page 7: Scootesia 1st Edition

7 scootesia

FORUM CORNER

Bilangan ahli pada peringkat awal penubuhan adalah kecil dan promosi untuk menjadi ahli forum hanya dilakukan melalui myspace para ahli, sms dan juga ‘word of mouth’. Memandangkan sambutan yang semakin menggalakkan, pihak administrator telah mengambil langkah untuk mewujudkan satu lagi URL alternatif yang lebih pendek dan ringkas bagi memudahkan pengguna. URL yang telah dipilih adalah www.vespa.co.nr Antara ahli terawal forum ini merupakan ‘karaa’, ‘plugkong’, ‘azhar’, ‘amy’, ‘happyepi’, ‘fieda_B’, ‘Nostalgia’ dan juga scooterist dari scene Segamat. Forum ini terus berkembang sehinggalah bilangan ahli yang mendaftar telah mencecah sehingga 600 orang pada November 2007.

Kelahiran forum scootering.com.my

Pada sekitar November 2007, para administrator iaitu saudara Fairx dan juga Flywheel telah berbincang dan mengambil keputusan untuk mengalihkan forum skuter klasik ini dari domain percuma kepada domain berbayar. Ini kerana pertambahan bilangan pengguna forum yang pesat disamping ingin mengembangkan lagi fungsi dan potensi forum yang tidak boleh dilakukan menggunakan domain percuma. >>

Scootering.com.myForum untuk peminat skuter besi

Pengenalan

Forum scootering.com.my merupakan sebuah forum yang diwujudkan khas untuk komuniti dan para peminat skuter klasik di Malaysia. Ianya merupakan sebuah forum yang semakin mendapat sambutan setiap hari. Sehingga artikel ini ditulis, terdapat 1056 ahli berdaftar di forum Scootering. Ianya telah menjadi tempat yang mengumpulkan peminat skuter klasik untuk bersosial dan megeratkan hubungan di alam siber.

BERITA TERKINI

Dalam usaha merapatkan hubungan p e r s a u d a r a a n s e s a m a a h l i f o r u m scootering.com.my disamping menambahbaik dan membincangkan isu-isu yang berbangkit, pihak Admin dengan kerjasama Moderator yang bertugas telah mengadakan perjumpaan rasmi dan Mesyuara t yang ke-2 bag i Forum scootering.com.my. Mesyuarat yang diadakan pada 26 April 2008, bertempat di Safari Resort Kuala Kangsar bersesuaian dengan tarikh Karnival Vespa Kuala Kangsar 2008 yang dilangsungkan pada keesokkan harinya. Dengan kehadiran skuteris dari serata malaysia, mesyuarat tersebut turut berbesar hati dengan kehadiran beberapa skuteris dari AJ Scooter Club dari Singapura yang diketuai oleh Abang Aziz. >>

Sejarah

Sejarah awal forum skuter klasik yang kini dikenali sebagai Forum Scootering ini bermula seawal tahun 2006 iaitu pada bulan November. Sewaktu awal penubuhan forum ini, ianya menggunakan URL vespa.kualakangsar.com. Forum ini menumpang domain percuma kualakangsar.com memandangkan pengasas forum ini merupakan 2 pemuda dari Kuala Kangsar iaitu Wan (Fairx) dan Hafiz (Flywheel). Tujuan awal penubuhan adalah untu membolehkan para pemilik/ peminat Vespa diseluruh Malaysia mempunyai suatu ruang siber untuk tujuan berkenalan antara satu sama lain.

Page 8: Scootesia 1st Edition

8 scootesia

>> Mesyuarat yang dipengerusikan oleh saudara Ijas ini dimulakan dengan acara sesi suai kenal antara ahli forum dan p e n g u m u m a n i s u - i s u y a n g a k a n dibincangkan. Antara agenda utama yang diketengahkan dalam mesyuarat tersubut adalah berkenaan dengan perlaksanaan Scootering Scooter Run 2008 yang julung kali bakal diadakan pada tahun ini. Dengan berbekalkan objektif mengerat, memupuk semangat kerjasama yang berterusan antara ahli forum, Scootering Scooter Run 2008 ini juga bertujuan menyemai dan memupuk minat golongan para belia terhadap skuter-skuter klasik seperti vespa d a n l a m b re t t a a m n y a d i s a m p i n g memastikan minat skuter-skuter klasik ini tidak luput ditelan arus kemodenan.

Memandangkan ahli-ahli yang berdaftar kian bertambah setiap bulan, mesyuarat juga turut menyentuh aspek pentadbiran dan organisasi forum dimana c a d a n g a n u n t u k m e n u b u h k a n jawatankuasa tahunan yang akan bertanggungjawab terhadap perjalanan Forum scootering.com.my dan aktiviti yang akan dijalankan kelak. Dengan adanya jawatankuasa tahunan ini, diharap setiap permasalahan yang timbul akan dapat diselesaikan dengan lebih efektif dan penjalanan forum semakin teratur, tersusun dan berkesan. Penubuhan jawatankuasa tahunan tersebut akan dibawa kepada pentadbiran Forum dan k e p u t u s a n y a n g d i p e ro l e h i a k a n diumumkan kelak.

M e s y u a r a t i t u j u g a m e m b i n c a n g k a n c a d a n g a n y a n g dikemukakan oleh Abang Aziz dai AJ Scooter Club yang ingin menjadikan Forum scootering.com.my sebagai forum online rasmi bagi AJ Scooter Club Singapura. Mesyuarat dan per jumpaan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar dan pengagihan Tag nama dan pembelian baju rasmi scootering.com.my. Tahniah dan ribuan penghargaan diucapkan kepada ahli forum yang hadir dan sama-sama menjayakan Mesyuarat dan perjumpaan tersebut.

matDH

>> Maka, URL www.scootering.com.my telah dipilih. Selain itu, perubahan nama forum juga dilakukan bagi mengembangkan lagi keahlian bukan dari kalangan pemilik/ peminat Vespa sahaja, tetapi juga untuk pemilik/ peminat skuter klasik lain seperti Lambretta, ISO, Garelli dan lain-lain. Forum ini mula dikenali secara rasmi sebagai Forum Scootering. Forum ini terbuka kepada semua pemilik/ peminat sebarang jenis skuter klasik tanpa mengira umur ataupun latarbelakang. Objektif penubuhan Forum Scootering adalah untuk membolehkan para ahli bertukar maklumat berkaitan dunia skuter klasik, mengeratkan hubungan antara komuniti skuter klasik di Malaysia serta mendapatkan maklumat/ info/ perkembangan terbaru seperti karnival, jambori dan festival yang diadakan di seluruh negara. Disamping menggunakan layout yang lebih mesra pengguna. Forum Scootering juga mempunyai pelbagai ciri - ciri menarik disamping mempunyai pelbagai bahagian bagi memudahkan pengguna, seperti bahagian untuk Vespa/ Lambretta, pengumuman terkini, bahagian teknikal, galeri gambar serta ruangan jual/beli. Perbincangan sentiasa dilakukan oleh para ahli bagi menentukan perancangan masa hadapan dan halatuju forum ini. Setakat ini, beberapa idea sedang dibincangkan secara serius bagi mengembangkan aktiviti ahli melangkaui aktiviti online. Aktiviti ini adalah seperti penganjuran Scootering Scooter Run (SSR) iaitu aktiviti rally/konvoi serta perancangan menubuhkan pasukan futsal Scootering bagi mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan futsal yang diadakan. Adalah diharapkan agar Forum Scootering ini terus berkembang seiringan dengan komuniti skuter klasik yang semakin berkembang dan diminati di seluruh Malaysia. Semoga ianya dapat menyatukan serta memudahkan para pemilik/ peminat skuter klasik dalam hobi yang istimewa ini.

Page 9: Scootesia 1st Edition

9 scootesia

traveller’s tune

dest

inas

i: kua

la ka

ngsa

rK

arni

val V

espa

/ Mot

or K

lasi

k 2008

Sedikit info menarik tentang Negeri Perak namanya terbit dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang. Mereka memud ik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi

tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja.Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai. Kuala Kangsar terpahat dalam sejarah Malaysia sebagai tempat pertama pertemuan Pembesar, DURBAR yang berlangsung pada 1897. Dalam tahun 1890an pula , perkembangan pesat dalam perlombongan bijih telah mewujudkan bandar seperti Ipoh dan >>

Page 10: Scootesia 1st Edition

10 scootesia

>> Taiping. Kunjungan penulis ke sini adalah bersempena dengan Karnival Vespa / Motor Klasik Antarabangsa 2008 atau lebih dikenali sebagai Jambori Vespa Kuala Kangsar agak sinonim dengan pengemar vespa dan l a m b r e t t a y a n g t u r u t menghimpunkan ratusan jenis motorsikal klasik dari seluruh pelusuk tanahair dan tidak ketinggalan dari sempadan tanahair.

A k t i v i t i t a h u n a n m e l e n g k a p i s a m b u t a n Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak turut membawa aktiviti tahunan yang menjadi tarikh penting dalam Kalendar Vespa Semenanjung. Lokasi yang menjadi tumpuan adalah ARENA SQUARE. Kemuncak acara pada 27 April 2008 Hari Ahad, masanya 8.00pg - 1.00 ptg. Dengan pendaftaran RM 20.00 peserta akan menerima cenderahati dan secara tidak langsung melayakkan peserta mendapatkan sehelai baju, stiker dan sij i l penyertaan. P e s e r t a j u g a b e r p e l u a n g menyertai cabutan bonanza dan memperolehi kupon makan tengahari . 20 cabutan bertuah serta 1 cabutan bonanza yang berupa sebuah motorsikal bakal dimenangi peserta yang bertuah.

Aktiviti yang gilang gemilang ini berlangsung pada hari Ahad namun bagi proses pendaftaran peserta pula di adakan pada hari sabtu bermula seawal pukul 3ptg . Bag i mereka yang berkesempatan berada di sana, jelas dapat menyaksikan sendiri vespa mahupun lambret ta kelihatan hampir dimana sahaja seolah seperti sewaktu ia zaman kegemilangannya. Yang mana du lu sua tu ke t i ka per nah mewarnai pengangkutan negara. Menyingkap nostalgia silam dan fenomena i n i j e l as dapa t dirasakan disini, iaitu di Jambori Vespa Kuala Kangsar. Mungkin

bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang model dan j e n i s v e s p a y a n g b a k a l dipertontonkan buat umum dan yang jarang dilihat akan anda dapat disaksikan di karnival ini.

Hari Pertama : Sabtu 26 April 2007 ( PAGI )

Seawal 7 pagi hari sabtu d e n g a n i r i n g i d o a k a m i memulakan perjalanan ke Kuala Kangsar .Menyusur i j a l an biasa .Penulis sempat menjamah sarapan pagi di perhentian pertama di Bukit Besar. Setelah menikmati teh O suam dan nasi lemak perjalanan diteruskan se te l ah sega la pe rs i apan termasuklah petrol yang diisi penuh. Udara yang bertiup dingin dan ditambah dengan kehening desa memberi kami santapan pemandangan yang c u k u p i n d a h s e p a n j a n g menempuh laluan ke Kuala Kangsar .Pemandangan sawah padi menghijau sejauh mata memandang membuat kami terpesona. Jelas membawa ketenangan yang mana jarang-jarang sekali dapat dilihat di kawasan bandar seolah-olah k e m b a l i k e a l a m s e k i t a r. Kembara kami melewati lorong-lorong perkampungan .Sekali sekala dapat kami lihat deretan vespa berhenti di tepian jalan. Tak lekang dari pemandangan. Kami dimaklumkan bahawa hujan lebat telah turun beberapa hari sebelumnya dan ianya biasanya berlaku di sebelah petang. Kami sampai di Bandar Kuala Kangsar pada jam 12 tenghari. Setibanya kami disana k a m i d i s a m b u t o l e h a h l i scootering yang berasal dan menetap di Kuala Kangsar. Orang kuat Scootering iaitu Flywheel, yang merupakan pengasas scoo te r i ng dan disertai beberapa ahli forum diantaranya Yayin, Iera dan Hamidah Wahab. Sesi beramah

mesra disamping menjamu selera di gerai berhampiran Stesen Bas Kuala Kangsar. Kami juga sempat beramah mesra dengan orang kuat AJ Scooters iaitu Abang Aziz.

Hari Pertama : Sabtu 26 April 2007 ( MALAM )

Manakala menjelang malam, kedinginan malam dihangatkan dengan suasana hinggar bingar dari puluhan vespa yang memenuhi jalan-jalan. Semuanya menuju ke suatu arah yang berbeza. Antaranya melewati restoran di bahu- bahu jalan dan kami turut singgah ke restoran berhampiran untuk menjamu selera yang merupakan santapan makan malam. Jelas televisyen di setiap restoran memaparkan tayangan langsung bola sepak. Dan tarikan pada buat kaki bola adalah perlawanan EPL yang menemukan pasukan gergasi l iga perdana Inggeris iaitu Chelsea dan Manchester United. Yang berkesudahan Chelsea m e n a n g 2 - 1 d e n g a n Manchester United. Perlawanan y a n g s u n g g u h d r a m a t i k . Hidangan makan malam kami p e r o l e h i a g a k l e w a t m e m a n d a n g k a n r a m a i pengunjung yang berada disitu yang rata-rata terdi r i dar i vesparian. Dan untuk makluman anda lokasi gerai ini adalah berhampiran dengan Stesen Keretapi Kuala K a n g s a r. M e m a n g g a m a t suasana. Kami sempat meninjau beberapa tempat menarik di Kua la Kangsar seka l i la lu d i a n t a r a n y a i a l a h M a s j i d Ubudiah di Bukit Chandan, Galeri Sultan Azlan Shah dan juga Jambatan Sultan Azlan Shah. Penulis juga sempat merakamkan gambar kenang-kenangan di lokasi berikut.

Page 11: Scootesia 1st Edition

11 scootesia

Hari ke 2 : Ahad 27 April 2007 ( PAGI )

Kami tiba lewat sedikit ke tapak karnival yang sudah pun di penuhi ratusan Vespa, Lambretta dan motorsikal klasik yang lain. Kira- kira jam 9 pagi keadaan semakin sesak di jalan utama. Deretan kereta yang mencari parking untuk meletakkan kenderaan mereka. Pertandingan yang diadakan adalah pertandingan vespa tercantik 4 kategori iaitu Jobot, Asal Terbuka, Ubahsuai dan PX/PS. Yang lain adalah pertandingan lambretta cantik, Honda Klasik, British Made, RD Malaysia, Big Bikes, Vespa Lambat, dan juga pertandingan Sepak Raga Bulatan terbuka. Buat kumpulan vespa teramai pula bakal menerima piala dan wang tunai. Hadiah wang tunai buat tempat pertama hingga keempat berjumlah RM1000.

Sambutan yang menggalakan diterima samada dari penduduk sekitar mahupun yang datang semata-mata untuk karnival ini. Bagi mereka yang

berkunjung ke sini,mereka berpeluang melawat gerai-gerai yang menjual peralatan alat ganti, aksesori buat vespa, lambretta mahupun motorsikal klasik. Tawar menawarlah dengan berhemah, anda pasti berpuas hati dengan barang yang dijual disini kerana ianya ternyata berpatutan. "Booth" pameran dari pelbagai agensi dan produk yang dihasilkan oleh warga tempatan jelas boleh disaksikan disini. Pengujung karnival ini juga berpeluang mengambil gambar kenang-kenangan dengan vespa, lambretta yang sudah semestinya tersusun rapi dan pelbagai

motorsikal klasik pelbagai jenis sedia untuk diabadikan. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan yang telah sedia diadili dan acara penyampaian hadiah dimulakan. Turut mencuri tumpuan ketika itu adalah forumers scootering, Ahmad Zaim turut menaiki pentas untuk menerima hadiah. Tahniah buat beliau. Ucapan daripada Y.B Dato' Karnival Vespa / Motor Klasik Antarabangsa 2008 berakhir dengan rasminya. Terima kasih buat penganjur terutamanya pihak urusetia, Kelab Vespa Negeri Perak beserta AJK dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.

Kunjungan kami ke Kuala Kangsar berakhir disini. Dan semoga kita akan berjumpa lagi. Salam hormat dari saya.

Norfaizn

Page 12: Scootesia 1st Edition

12 scootesia

Mungkin anda pernah melihat Vespa atau Lambretta yang tersadai, berkarat, reput dimamah usia. Sekali pandang macam besi buruk pun ada. Mungkin bagi sesetengah peminat skuter besi, reput pun masih boleh dibaiki lagi. Cuma perlukan modal, kepakaran dan minat.

Semasa berkunjung ke sebuah kampung di Klang atas urusan syarikat, kebetulan pula terdapat sebuah bengkel kereta yang terletak di tepi jalan. Sekali pandang aku terpandang kelibat skuter besi. Selesai urusan, aku pun singgah di bengkel tersebut. Taukenya tiada, tetapi mekaniknya ada. Ada 3 buah Vespa tersadai, dan berkarat menunggu tuan yang baru. Ketiga-tiga buah vespa >>

dalam semak, tepi bangsal

Yang Buruk, Yang Berkarat

Page 13: Scootesia 1st Edition

13 scootesia

>> tersebut adalah dari model Vespa 150 Super. Yang paling menarik minat aku adalah Vespa berwarna putih. Ia mempunyai spring seat yang masih original tetapi seat covernya telah koyak rabak. ”Complete machine but rotten”. Side box sudah reput di bahagian bawah. Bahagian hujung lantainya juga reput. Enjinnya masih lagi sempurna. Bahagian fork, fender, dan hub masih dalam keadaan yang baik. Headset, lampu, m e t e r m a s i h b o l e h d i g u n a k a n . Floorboard rails juga original. Aku cuba tengok apa ada di dalam side box, aku jumpa roadtax holder dengan road tax dari tahun 1985, 86, dan 87. Mungkin itulah kali terakhir roadtax dihidupkan. Secara keseluruhannya, Vespa ini masih boleh diselamatkan. Cuma perlu sidepanel dan lantai yang baru. Bagi yang ingin mencuba pengalaman restorasi, ini merupakan satu projek yang baik dan modal pun tidak berapa besar. Happy Hunting!

Elsyet

Page 14: Scootesia 1st Edition

14 scootesia

Vesparama

Vigano, Ulma, Ardor, Falbo, Fabbri, Metalplast, Biemme, Cuppini, Nannucci, Ariete dan lain-lain yang tidak disebutkan di sini merupakan jenama-jenama yang popular bagi barangan aksesori untuk menghias Vespa dan Lambretta. Aksesori-aksesori ini mula menjadi popular pada sekitar tahun 50’an setelah skuter mula mendapat perhatian dan menjadi kenderaan alternatif bagi golongan pertengahan. Pengaruh skuter klasik dalam filem juga menjadi salah faktor barangan aksesori ini menjadi semakin popular di seluruh dunia.

Kini, barangan aksesori masih lagi menjadi kegilaan bagi sesetengah peminat yang lebih mementingkan perihal keaslian barangan dan aksesori skuter miliknya. Terdapat juga barangan keluaran semula yang boleh juga dianggap asli kerana ia menggunakan acuan (moulding) asal yang dibeli dari kilang aksesori

yang telah menutup operasi. Oleh kerana aksesori-aksesori Vespa dan Lambretta ini mendapat permintaan yang begitu tinggi oleh pemilik-pemilik skuter global, maka syarikat yang mengilang ataupun mengedar Vespa dan Lambretta mengambil kesempatan untuk menjual aksesori-aksesori tersebut. Katalog dan leaflet menjadi medium utama pengiklanan aksesori-aksesori dan pada kali ini anda berpeluang untuk menatap katalog “Vespa Zubehör” (Aksesori Vespa) keluaran syarikat G.m.b.h Augsburg dari Germany.

Atas dan kiriAksesori mudguard dan sidepanel; Muka hadapan “Vespa Zubehör” (Aksesori Vespa) keluaran syarikat G.m.b.h Augsburg dari Germany

AKSESORI VESPA

Vespa Zubehör: Katalog Aksesori Vespa Jerman

Page 15: Scootesia 1st Edition

15 scootesia

Kiri dan AtasA k s e s o r i u n t u k h o r n c a s t d a n legshield ; Aksesori untuk mudguard dan hubcap

Page 16: Scootesia 1st Edition

16 scootesia

Aksesori yang terdapat di dalam katalog ini merupakan aksesori yang sesuai dan sinonim dengan Vespa GS150 dan GS160. Namun begitu, ia juga sesuai untuk mana-mana Vespa asalkan padan dan memuaskan hati pemil ik Vespa yang memakainya. Katalog ini terbahagi kepada secara umumnya terbahagi kepada 7 bahagian iaitu aksesori untuk fender (mudguard), hubcap, horncast, sidepanel, seat, carrier, dan barangan getah dan plastic.

Majoriti aksesori yang terdapat di dalam katalog ini adalah barangan dari keluaran Vigano, Ulma dan Metalplast. Kesemuanya syarikat pengeluar aksesori yang berasal dari Italy. Di antara aksesori yang menjadi buruan para pemilik skuter dahulu dan kini adalah aksesori horncast keluaran Vigano (Z91, Z92 & Z118). Biasanya horncast ini mencecah harga ratusan ringgit pada harga pasaran s e k a r a n g . A g a k m u d a h u n t u k mendapatkan horncast ini tetapi lens lampunya adalah sukar untuk didapati. Biasanya pemilik akan menyimpan lampu tersebut untuk kegunaan sendiri sahaja.

Hubcap keluaran Vigano (Z95, Z97) juga menjadi produk Vigano yang hangat dipasaran. Biasanya dibuat daripada “cast iron” dan terdapat logo di bahagian d a l a m n y a . U n t u k p e n g e t a h u a n , b o l e h dikatakan kesemua aksesori ke l ua ran V igano yang diperbuat daripada cast iron mempunyai logo “V” di bahagian dalamnya. Satu tips untuk anda mengenali aksesori original keluaran Vigano. Bagi Ulma pula, logo “Running Deer” di uk i rkan pada aksesor i keluaran syarikatnya.

Sekian dulu untuk k a l i i n i , n a n t i k a n s a m b u n g a n n y a p a d a keluaran yang akan datang. - Elsyet

Page 17: Scootesia 1st Edition

17 scootesia

60’s Vibe

“People try to put us d-down (Talkin' 'bout my generation)

Just because we get around (Talkin' 'bout my generation) Things they do look awful c-c-cold (Talkin' 'bout my generation) I hope I die before I get old (Talkin' 'bout my generation)

This is my generation This is my generation, baby ”

Mods:Gabungan Gaya, Muzik Dan Skuter

Atas dan bawah kiriKumpulan The Kinks; Kumpulan The WHO yang menjadi idola golongan Mods

Petikan daripada lagu My Generation nyanyian The Who diatas mengambarkan betapa zaman 60an membawa perubahan baru kepada remaja-remaja di England. Zaman selepas perang dunia kedua seolah-olah membawa nafas baru kepada kehidupan remaja dan golongan muda yang mana pada ketika itu kebanjiran budaya luar dan pengaruh muzik yang berbeza

te lah menjuruskan satu era baru yang membentuk satu sub-budaya yang berlainan daripada generasi yang terdahulu. Mods, perkataan yang mungkin agak asing bagi generasi sebelum perang melanda England bagaikan satu wabak yang digilai oleh golongan muda. Berasal daripada perkataan Modern Jazz, budaya mods telah menukar suasana selepas perang dunia yang agak suram kepada satu suasana yang lebih berwarna warni. Daripada muzik, pakaian serta kenderaan, golongan mods mempunyai citarasa dan pilihan sendiri yang akhirnya mengangkat golongan ini berbeza dari yang lain diawal hingga akhir tahun 60an.

L o n d o n y a n g m e n j a d i p u s a t perkembangan budaya Mods di England menyaksikan kebangkitan budaya ini selepas golongan teddy boys berpecah kepada dua sub-budaya berlainan, golongan yang agak tradisional pada ketika itu masih mengekalkan identiti menunggang motorsikal berkuasa besar seperti BSA, Norton, Triumph dan AJS serta berpakaian kulit dan menggelarkan diri mereka Rockers selaras dengan lagu-lagu rock and roll Amerika yang diminati oleh mereka seperti nyanyian Elvis Presley dan Gene Vincent. Golongan yang dikenali sebagai Greasers ini juga sering berlumba dengan motorsikal mereka dan masyarakat sekeliling London menggelarkan mereka sebagai Café Racers kerana kegiatan dan kegilaan mereka ini.

Page 18: Scootesia 1st Edition

18 scootesia

Golongan kedua yang memisahkan diri mereka daripada golongan teddy boys adalah golongan yang mengelarkan diri mereka sebagai modernist kerana mereka lebih menggemari irama modern jazz dan RnB dari Amerika Syarikat daripada irama Rock and Roll yang kelihatan ketinggalan zaman pada ketika itu. Sub-Budaya ini begitu mengujakan golongan muda dan g o l o n g a n M o d s L o n d o n mengambil semua budaya luar daripada England yang hebat dan menggabungkannya menjadi satu budaya baru d a n f e n o m e n a y a n g kelihatan begitu British dari segi perlakuannya. Sebagai contohnya golongan Mods memperhias i d i r i mereka dengan pakaian Tailor-Made yang mana budaya ini adalah budaya Itali dan Peranchis yang lebih mementingkan fesyen terbaru dan gaya terkini, menggayakan rambut mereka dengan potongan mop top yang begitu popular di Negara Peranchis, mendengar muzik RnB, Soul dan Jazz daripada Amerika Syarikat dan menunggang skuter Vespa dan Lambretta buatan Itali. Pakaian

berwarna warni juga antara satu kemestian kepada golongan mods bagi menceriakan lagi penampilan mereka. Bandar London pada ketika itu juga dikenali oleh dunia luar sebagai The Swinging London akibat

daripada penularan budaya fesyen dan muzik ini. Kumpulan-kumpulan seperti The Who, The

Kinks dan The Kingsmen juga mewarnai scenario muzik di England pada ketika

itu dan menjadi ikutan golongan mods di London.

Salah satu prinsip golongan mods adalah supaya diri mereka diperhatikan dan menjadi tarikan kepada oranng disekeliling mereka, oleh sebab yang demikian, segala tindak

tanduk golongan mods perlu menjadi tarikan orang ramai,

berpakaian kemas dan terkini, mendengar muzik terk in i dan

menghiasi skuter dengan semua aksesori yang boleh menarik perhatian

masyarakat sekeliling seolah-olah menjadi perlakuan yang tidak boleh tidak diketepikan apabila seseorang itu menjadi mods. Ini menambahkan lagi tarikan dan kegilaan kepada golongan muda di tahun-tahun >>

“segala tindak tanduk golongan mods perlu menjadi

tarikan orang ramai, berpakaian kemas dan

terkini, mendengar muzik terkini dan menghiasi skuter

dengan semua aksesori yang boleh menarik perhatian masyarakat

sekeliling”

Page 19: Scootesia 1st Edition

19 scootesia

>> 60an untuk mengikuti budaya mods dalam kehidupan seharian mereka.

Skuter mula diperkenalkan dalam sub-budaya mods diawal tahun 60an. Pada ketika itu golongan pertengahan baru sahaja menikmati gaji yang setimpal setelah kesusahan dan zaman pengangguran yang mereka alami selepas perang dunia kedua. Disebabkan golongan mods gemar menghabiskan masa mereka dikelab-kelab atau di kafe-kafe jalanan maka mereka kadangakala ketinggalan bas terakhir yang akan membawa mereka pulang kerumah. Untuk membeli kereta bagi golongan mods adalah sesuatu yang begitu membebankan dan untuk membeli motorsikal berkuasa besar adalah bertentangan dengan prinsip mereka kerana minyak hitam daripada motorsikal berkuasa besar sudah tentu akan mengotorkan pakaian mereka yang cantik, jalan penyelesaian yang terbaik yang diambil oleh golongan mods ini adalah dengan menunggang skuter yang secara prinsipnya lebih bergaya, mudah pengendaliannya dan yang paling penting tidak mengotorkan pakaian mereka. Pada ketika

itu, kebanyakan kedai-kedai menjual skuter di London seperti Grimstead telah menjual Vespa dan Lambretta secara bayaran ansuran dan ini telah menggalakkan lagi golongan mods untuk memiliki skuter.

Sepertimana prinsip awal golongan mods iaitu untuk menonjolkan diri kepada orang ramai, skuter mereka juga dihiasi dengan segala aksesori bagi menonjolkan skuter tersebut kepada masyarakat umum dan memberikan kelainan kepada skuter masing-masing agar tidak sama dengan skuter yang lain. Antara aksesori yang kebiasaannya dipasang bagi membezakan skuter golongan mods adalah seperti lampu limpah atau spotlight, cermin, mascot, horn angin, backrest dan bermacam-macam lagi aksesori yang membezakan skuter mereka dengan skuter yang lain. Namun begitu disebabkan strategi penjualan yang lebih berkesan daripada pengedar-pengedar Lambretta, kebanyakan muda mudi golongan mods menggunakan lambretta sebagai kenderaan mereka yang rata-ratanya dari model LI3, LI Special, TV175 dan Special X, manakala bagi >>

BawahAdegan dalam filem Quadrophenia terbitan 1979

Page 20: Scootesia 1st Edition

20 scootesia

>> mereka yang meminati Vespa, selain daripada Vespa 150, Vespa GS menjadi kegilaan golongan mods pada ketika itu.

Pertembungan diantara dua sub-budaya di London ini telah menyebabkan keadaan yang agak membimbangkan di London dan kawasan-kawasan peranginan tepi pantai di England. Ini kerana golongan rockers dan mods amat membenci diantara satu sama lain kerana berbeza fahaman dan penampilan diantara satu sama lain. Golongan rockers percaya dan menganggap bahawa golongan

mods tidak mengetahui apa-apapun mengenai enjin skuter mereka dan kebiasaannya mereka memanggil skuter sebagai pengering rambut atau hairdryer kerana bunyi skuter yang seakan-seakan pengering rambut. Manakala golongan mods menganggap golongan rocker sebagai ketinggalan zaman kerana masih lagi mendengar irama-irama lama seperti rock and roll daripada zaman 50an. Disebabkan kebencian yang meluap-luap diantara dua golongan ini, seringkali terjadi pertembungan diantara golongan rockers dan mods terutamanya pada hari cuti yang mana rata-rata golongan mods dan rockers akan membanjiri kawasan tepi pantai untuk bercuti, dan disinilah juga pertembungan tersebut

bertukar kepada pergaduhan besar sepertimana yang terjadi di Margate dan Brighton yang menyebabkan banyak harta benda musnah dan polis dikerahkan untuk menangkap kedua-kedua kumpulan yang bergaduh ini.

Budaya mods mula mengalami zaman kejatuhan pada akhir tahun-tahun 60an disebabkan penularan budaya baru seperti budaya Hippies daripada Amerika Syarikat. Kejatuhan budaya mods juga disebabkan golongan muda yang mengilai budaya mods telah mula meningkat dewasa dan

sudah tidak berminat lagi dengan sub budaya muda mudi. Akhirnya pada awal tahun 70an sub-budaya mods telah ditinggalkan oleh muda-mudi London, namun begitu pada tahun 1979, Paul Weller, seorang anggota the jam telah memulakan semula budaya mods dikalangan muda mudi di London, Budaya mods mula diminati kembali selepas tahun 1979 iaitu selepas terhasilnya filem Quadrophenia yang mengisahkan tentang golongan mods pada tahun 60an.

RizalAgogo

Page 21: Scootesia 1st Edition

21 scootesia

Scooter di Indonesia (Bahagian I):

Scooter luar negara

!

Sebagai penggemar Vespa past i menomorsatukan motor kesayangannya. Pembenaran yang sering  kita dengar bahwa hanya ada satu sepeda motor yang dianggap paling seksi, yakni Vespa! Boleh-boleh saja jika tak setuju. Tengoklah sekali lagi tampilan motor buatan Italia itu secara jeli. Seluruh tubuhnya cenderung bulat dan ”ekornya” menyerupai lekuk Inul Daratista, penyanyi dangdut terpanas saat ini.Sebagian motormania sepakat bahwa hanya ada satu jenis sepeda motor yang mereka anggap paling seksi. Vespa-lah kendaraan yanng dimaksudkan. Boleh saja anda tidak setuju.

Tapi, cobalah pandangi tampilan motor buatan Italia itu dengan seksama. Inilah satu-satunya jenis motor yang berbentuk unik, semua bagian 'tubuhnya' cenderung membulat dengan buntut mirip lekuk penari jaipong.

Lalu, karena bentuknya yang khas itulah, Vespa muncul sebagai salah satu motor terpopuler dan bahkan melegenda di dunia.

Popular i tas Vespa mulai mengi la sejak pertengahan tahun 1950-an. Padahal, saat itu usia produk motor beroda kecil ini belum lebih sepuluh tahun. Piaggio, produsen motor ini, mengumumkan telah mampu meperdagangkan lebih dari 15 juta unit motor pada 1956 ke seluruh pelosok dunia.

Lebih seabad silam, tepatnya 1884, Enrico Piaggio pengusaha muda berdarah Italia memulai usahanya di bidang pesawat terbang. Dua puluh tahun kemudian, usahanya itu bangkrut. Dasar bersemangat baja dalam dunia bisnis, Piaggio pantang menyerah. Lalu, dimulailah merancang industri alat transportasi dengan alternatif kendaraan niaga ringan.

Maka pada 1945, konstruksi alternatif tersebut ditemukan. Awalnya memang sebuah konsep sepeda motor berkerangka besi dengan lekuk membulat bagai terowong. Mengejutkan, ternyata bagian staternya dirancang dengan menggunakan komponen bom dan rodanya diambil dari roda pesawat tempur.

Page 22: Scootesia 1st Edition

22 scootesia

Hasilnya, munculah pertama kali produk motor dengan seri P108. Kendaraan ini berteknologi sederhana tapi punya bentuk yang amat menarik, bagai binatang penyengat (lebah) karena bentuk kerangkanya. Akibat tampilannya itu, motor ini lebih sering dinyatakan sebagai Wespe atau Vespa, yang artinya memang binatang penyengat.

Guna mengoptimalkan bentuk dan keamanan penggunanya, pabrikan yang kala itu masih terbilang sebagai usaha 'kaki lima' merancang papan penutup kaki pada bagian depan. Proyek ini langsung dipimpin ahli teknik konstruksi terkenal di Italia kala itu, Corradino d'Ascanio.

Karenanya hak paten pun segera dapat mereka kantongi. Namun, karena bentuk penutup pengaman yang bagai papan selancar itu, sejumlah pekerja di pabrik Piaggio pun bahkan mengatakannya sebagai motor Paperino. Harap diingat, Paperino adalah sindiran sinis untuk tokoh Donald Duck (bebek). Maka, d'Ascanio pun putar akal untuk memperbaiki model tersebut.

Perkembangan selanjutnya, produk ini ternyata laris diserap pasar Perancis, Inggris, Belgia, Spanyol, Brasilia, dan India --selain di pasar domestik produk ini laku bagai kacang

goreng. Selain itu, India pun memproduksi jenis dan

bentuk yang sama dengan mengambil

m e s i n B a j a j . Jenisnya adalah Ba ja j De luxe d a n B a j a j S u p e r . Sejumlah pihak l a n t a s

m e n g a j u k a n l a m a r a n u n t u k

j o i n t m e m b u a t Vespa. Maka pada

1950 munculah Vespa 125 cc buatan Jerman.

Pada saat itu banyak negara lain yang mencoba membuat produk serupa. Tapi ternyata mereka tak sedikit pun mampu menyaingi Piaggio. Di antara pesaing itu adalah Lambretta, Heinkel, Zundapp, dan NSU. Bagi masyarakat

Indonesia, produk Lambretta dan Zundapp, sempat populer di era 1960an.

Selidik punya selidik, fanatisme terhadap Vespa ternyata muncul akibat ciri dasar bentuk motor ini yang selalu dipertahankan pada setiap produk berikutnya. Bahkan saat mereka terbilang melakukan 'revolusi' bentuk pada produk baru, Vespa 150 GS, kekhasan ekor bahenol masih terasa melekat.

Produk 150 GS; kala itu dikenal sebagai Vespamore dan hampir selalu tampil di tiap film tahun 1960-an, memang kemudi dan lampu sorotnya mulai dibuat menyatu. Tapi, secara keseluruhan apalagi bentuk ekornya, benar-benar masih membulat dan sekel.

Perkembangan selanjutnya Vespa diarahkan pada bentuk sportif yang nampak pada produknya di tahun 1951. Dan produk tersebut sempat mendapat mendali emas untuk kategori motor Sportif di Eropa. Dan aktualisasi sportif-nya terbukti dengan pecahnya rekor kecepatan 171 km/jam untuk kendaraan Vespa bermesin 125 cc. Dan sejak itulah para Vespamania terlihat sering berkonvoi keluar kota secara berombongan.

Khusus untuk Lambretta, sebenarnya diproduksi lebih tua dari Vespa, tapi sempat terhenti produksinya. Tatkala Vespa berproduksi, Lambretta pun keluar lagi. Hanya saja, posisi mesinnya berbeda dengan Vespa. Vespa bermesin disamping, sedangkan Lambretta ada di tengah. Untuk yang buatan Jerman, jenis scooter-nya bernama NSU Prima. Selain itu, DKW juga memproduksi jenis scooter-nya pula. Ternyata, Jepang pun tak ingin ketinggalan >>

!

“Pada saat itu banyak

negara lain yang mencoba membuat produk serupa. Tapi ternyata mereka tak sedikit pun mampu

menyaingi Piaggio”

Page 23: Scootesia 1st Edition

23 scootesia

>> dalam memproduksi motor jenis scooter ini. Di tahun 1960-an, Jepang mengeluarkan jenis scooter Rabit-nya.

Selain Vespa, di Italia ada beberapa produsen motor yang memproduksi jenis scooter ini. Di masa sekarang, bahkan mereka

menghasilkan scooter berkecepatan tinggi. Contohnya jenis scooter yang di Italia dikenal Velocivero pabrikan

Italjet. Konon, scooter inilah tergolong jenis tercepat di dunia. Kecepatannya

melebihi 180 kilometer per jam. Di Indonesia, ada pula jenis seperti ini dipasarkan oleh Aprilia dengan nama Italjet Dragster. Selain itu, Cagivapun kini menelurkan jenis scooter-nya yang dinamakan Cagiva Cucciolo.

Belakangan, sejumlah pabrikan motor kembali membanjiri pasar dengan kendaraan berkapasitas mesin kecil dan cukup laku terserap pasar. Tapi cobalah perhatikan, bentuknya ternyata banyak yang terinspirasi oleh kegenitan atau bahkan keseksian Vespa. Dan kini pun Vespa harus kembali melakukan terobosan, bila ingin kembali populer di tengah pesaingnya.

Dan untuk diindonesia sendiri ada beberapa model scooter yang hanya ada di indonesia seperti Helicak yang hanya a d a d i i b u k o t a J a k a r t a . H e l i c a k dipergunakan sebagai transportasi umum pada sekitar tahun 1970an dan mulai dilarang pada akhir tahun 1980an.Helicak kabarnya dibuang di laut Jakarta untuk dijadikan rumpon atau batu karang,untuk kehidupan ekosistem hewan air laut. Helicak memiliki mesin Lambretta 150 dari jenis DL.

Dian BoisKota Bandung Indonesia

Dalam Bahagian II - Scooter Scene di Bandung

!

!

Kiri dan BawahGabungan skuter klasik Vespa, Lambretta dan ISO Milano; Helicak di Kota Jakarta

Page 24: Scootesia 1st Edition

24 scootesia

automotive arts

Vespa 180 Super Sport pertama kali dikeluarkan oleh Piaggio pada tahun 1964 bagi menggantikan model GS160. Model 180 SS dikeluarkan sehingga 1968 dan d igant ikan dengan model Rally 180

Page 25: Scootesia 1st Edition

25 scootesia

Page 26: Scootesia 1st Edition

26 scootesia

>> Keluaran Hadapan

!

Turut dimuatkan

Racing Lambretta

>> Projek Restorasi >> Scooter di Indonesia (Bhg II): Scooter Scene di Kota Bandung >> Aksesori Vespa (Bhg II) >> Bengkel Pilihan (Sham Pomen) >> Retro Ikon: Vargas Girls

ANTARA YANG MENARIK DALAM KELUARAN HADAPAN!