falsafah pendidikan malaysia

11
PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi memastikan hasrat tersebut berjaya direalisasikan. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh. Aspek Kepemimpinan Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK. Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan. Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979). 1

Upload: lancelot-enchen

Post on 15-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Falsafah Pendidikan Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Pendidikan Malaysia

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN.

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) bagi memastikan hasrat tersebut berjaya direalisasikan.

Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh

ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap

murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada

khazanah ilmu yang sedia ada.

Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya

sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi

perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Aspek Kepemimpinan

Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan.

Pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan

institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan

dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab

menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi

dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.

Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan

yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan.

Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling

berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan

kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru.

Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang

penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun

proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga

merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan

dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979).

1

Page 2: Falsafah Pendidikan Malaysia

Aspek Budaya Sekolah

Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya

sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek

yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka

menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid

dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru

pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta

melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama

iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek

penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti

kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah,

kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk

pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah. Dari aspek sosial

pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di

antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan

mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan

keadilan.

Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya

ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di

perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui

penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan

membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara

tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis

atau kreatif.

Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi

penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di

luar bilik darjah. Penggunaan bahasa kedua – Bahasa Inggeris juga perlu diberi

perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang

mampu berdaya saing di peringkat global.

2

Page 3: Falsafah Pendidikan Malaysia

Aspek Ko-kurikulum

Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah

juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja

ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak

pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan

menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia

berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya

semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan

perkembangan sosial, jasmani dan rohani.

Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan

peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat.

Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan

mereka dalam mendidik murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan

dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab

dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu memastikan semua murid melibatkan diri

dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian

daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan.

Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti

pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi

potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa

bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan

integrasi di kalangan mereka.

Aspek Guru

Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam

merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi

murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di

sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai

3

Page 4: Falsafah Pendidikan Malaysia

pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga

sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.

Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam

sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama,

langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran

haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti

pembelajaran.

Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan

insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan

matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara

di masa hadapan.

Aspek disiplin.

Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama

bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar

umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi

merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

sejajar dengan FPK.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh

menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat

sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang

tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak

sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah

disiplin.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya

persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk

imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras

dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang

cemerlang, gemilang dan terbilang.

4

Page 5: Falsafah Pendidikan Malaysia

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SISTEM

PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi

pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama,

sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah

menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat

yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan

pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa

implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap

kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan

subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). 

Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari

segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang

diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat

dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah

pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah

kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah

terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi

positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah

mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif,

berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.

Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap

institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat

kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para

5

Page 6: Falsafah Pendidikan Malaysia

pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam

diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.

Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk

memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang

kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan

melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.

Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting

dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem

pendidikan di negara kita ini.

6

Page 7: Falsafah Pendidikan Malaysia

Melalui pemerhatian dan maklumat yang saya dapat di SK Pekan

Keningau II, sekolah ini telah berjaya merealisasikan falsafah pendidikan

kebangsaan bagi aspek jasmani seperti yang telah tercatat dalam falsafah

negara kita. Matlamat Kementerian Pendidikan negara kita sendiri sudah jelas

iaitu 1Murid 1Sukan. Di sekolah ini, semua murid-murid mempunyai sukannya

masing-masing. Seperti biasa, semua sekolah memang mempunyai

kokurikulumnya tersendiri dan sekolah ini akan mengadakan kokurikulumnya

pada setiap hari Rabu.

Sekolah ini telah berjaya melahirkan 2 atlet olahraga yang telah

bertanding hingga ke peringkat kebangsaan. Jominus Joseph telah

dianugerahkan sebagai Tokoh Kokurikulum (Lelaki) manakala Suzanne binti

Jefrino pula dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum (Perempuan). Kedua-dua

murid ini telah banyak mengharumkan nama SK. Pekan Keningau II dalam

bidang sukan ragbi dan juga olahraga. Prestasi yang sebegini amat

membanggakan semua pihak malah mendatangkan faedah kepada Institusi

Sukan Negara. Walaupun sekolah ini baru ditubuhkan pada 2006, dalam masa

yang singkat guru-guru pendidikan jasmani mampu untuk melahirkan atlet yang

boleh pergi jauh hingga ke peringkat kebangsaan. Hasil usaha ini juga

merupakan dorongan dan sokongan yang diberikan oleh Guru Besar sekolah

iaitu En.Wahanin Bin Ismail.

Menurut Cikgu Nazry iaitu merupakan cikgu pendidikan jasmani, sebelum

ini sekolah mereka selalu berada di kedudukan yang belakang jika ada

7

Jelaskan sejauh manakah sekolah telah berjaya merealisasikan hasrat

tersebut. Anda dikehendaki membuat huraian dan mengemukakan contoh-

contoh amalan pendidikan yang berlaku di sekolah sebagai bukti yang relevan

semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS/SBE).

JASMANI

Page 8: Falsafah Pendidikan Malaysia

pertandingan antara Zon Pegalan. Dari situ, guru besar telah mencabar mereka

untuk mempertingkatkan prestasi kokurikulum di sekolah mereka antaranya

olahraga dan permainan. Cikgu pendidkan jasmani bertungkus-lumus

menyediakan latihan intensif kepada murid-murid setelah diamanahkan oleh

guru besar. Selepas beberapa tahun, sekolah mereka berjaya memperoleh

kedudukan teratas sehingga sekarang. Sekarang cabaran mereka ialah untuk

mempertahankan kedudukan mereka yang kini berada di kedudukan atas.

Seterusnya, sekolah ini juga berjaya melahirkan murid-murid yang

cemerlang dalam bidang sukan ragbi yang telah berjaya mengharumkan nama

sekolah di peringkat kebangsaan. Bagi sukan ragbi ini pula, sesi latihan kerap

dilakukan pada sebelah pagi kerana kebanyakkan murid-murid tersebut tinggal

jauh dari sekolah. Tetapi sesi latihan ini tidak mengganggu akademik mereka

seperti yang diterangkan oleh cikgu pendidikan jasmani.

Aspek jasmani ini juga tidak menekankan hanya pada sukan semata-mata

malah merujuk kepada pergerakan murid-murid itu sendiri. SK Pekan Keningau

II ini mempunyai blok akademik setinggi 3 tingkat. Murid-murid akan turun naik

tangga setiap hari sama ada pergi ke kelas atau bilik guru dan lain-lain.

Pergerakan murid-murid di sini agak bebas kerana prasarana sekolah yang

banyak menyediakan kemudahan seperti taman herba dan laluan-laluan yang

disekelilingi oleh landskap yang begitu menarik. Begitu juga kepada cikgu-cikgu

yang lain yang membimbing kelas masing-masing dan memantau keadaan

sekolah. Aspek jasmani di SK Pekan Keningau II ini amat dipraktikkan

sepenuhnya.

Pengurusan emosi amat penting dalam sekolah kerana melalui

pengawalan emosi disiplin sekolah dapat dikawal dengan terancang. Di SK

Pekan Keningau II, guru disiplin akan melakukan pemantauan dari kelas ke kelas

untuk memastikan setiap murid-murid fokus dan menumpukan perhatian dalam

8

EMOSI

Page 9: Falsafah Pendidikan Malaysia

kelas. Pemantauan ini juga bukan hanya untuk mengawal disiplin malah untuk

memastikan perkara-perkara seperti kes buli dapat dielakkan.

Pelaksanaan emosi di sekolah ini bukan sahaja melalui pemantauan juga

tetapi murid-murid akan dibawa ke kelas bimbingan dan kaunseling untuk

membantu mereka menguruskan emosi mereka dengan berkesan. SK Pekan

Keningau II menunjukkan keadaan emosi murid-murid terkawal melalui

bimbingan yang diberikan oleh Cikgu Kristy. Bahan-bahan yang digunakan ialah

kertas bergambar seperti aktiviti gotong-royong yang menunjukkan nilai yang

positif dan diwarnakan oleh murid-murid. Sekolah ini juga menggunakan

pendekatan melalui perbincangan bersama-sama murid-murid itu sendiri.

Kesannya, murid-murid di sekolah ini sangat seronok untuk belajar dan ini

jelas ditayangkan melalui tawa dan respon mereka.

Sekolah ini juga mempraktikkan budaya salam seperti mencium tangan

cikgu dan orang tua mereka menunjukkan sekolah ini berjaya merealisasikan

aspek emosi kerana amalan tersebut telah menjadi budaya di sekolah tersebut.

Dalam falsafah pendidkan negara kita, aspek kerohanian juga merupakan

aspek yang penting kerana didikan agama yang baik akan melahirkan pelajar

yang percaya bahawa adanya pencipta alam dan mempercayai-Nya.

Di sekolah SK Pekan Keningau II juga mempraktikkan aspek ini dengan

memulakan bacaan doa pada awal sesi pembelajaran. Sekolah ini juga

memberikan bimbingan moral bagi murid bukan Islam dan sesi j-qaf kepada

murid Islam. Kepada murid Islam, mereka diwajibkan untuk menjalani Kem

Bestari Solat Fasa 1 untuk membuat penilaian terhadap pemahaman mereka

secara teori dan amali.

Kesan daripada kelas bimbingan ini, murid-murid lebih menghormati

cikgu-cikgu mereka kerana amalan itu merupakan amalan yang baik. Lama-

9

ROHANI

Page 10: Falsafah Pendidikan Malaysia

kelamaan ini akan bertukar menjadi budaya mereka yang tidak akan pupus.

Bukan hanya dengan cikgu tetapi dengan semua warga sekolah ini.

Selain itu, murid-murid di sekolah ini juga sedar bahawa segala tanaman

dan landskap yang terdapat di sekolah ini merupakan ciptaan Tuhan dan

berusaha untuk memastikannya berada dalam keadaan yang baik. Amalan ini

juga dapat memberi pendedahan awal kepada murid-murid agar sentiasa

menjaga alam sekitar.

Aspek intelek di sekolah ini merujuk kepada kurikulum sekolah. Kurikulum

sekolah ini pula, prestasi yang ditunjukkan oleh calon sulung Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR)  2010 amatlah memberangsangkan dimana peratus

murid yang lulus semua matapelajaran mencapai tahap 83 peratus dan dua

orang murid telah berjaya mendapat A bagi kelima-lima subjek UPSR. Prestasi

sebegini amat membanggakan pihak sekolah kerana lebih banyak aktiviti akan

diadakan untuk mempertingkatkan lagi prestasi keputusan sekolah.

Prestasi sebegini menunjukkan semua murid-murid sekolah ini boleh

membaca dengan baik dan memahami kehendak soalan. Selain usaha cikgu

matapelajaran, Program NILAM juga diadakan untuk menggalakkan lagi

membuat pembacaan dengan lebih banyak. Pembacaan yang banyak dapat

membantu dalam penghasilan karangan yang lebih baik.

Bagi murid yang dalam lemah sesetangah matapelajaran, mereka akan

dihantar ke bilik pemulihan untuk membantu mereka lebih mamahami apa yang

mereka pelajari. Penggunaan bahan-bahan ABM dalam bilik pemulihan amat

penting sekali kerana meransang pemikiran murid-murid dengan lebih cepat dan

berkesan.

SK Pekan Keningau II juga telah menunjukkan kesan positif terhadap

aspek intelek dalam sekolah ini namun penambahbaikan juga harus dilakukan

10

INTELEK

Page 11: Falsafah Pendidikan Malaysia

agar prestasi akademik sekolah terus meningkat dan sentiasa mencapai

keputusan yang cemerlang setiap tahun.

Aspek sosial di SK Pekan Keningau II amat memberansangkan kerana

interaksi sesama murid-murid berlaku dengan lancar begitu interaksi murid-murid

dengan cikgu-cikgu dan warga sekolah SK Pekan Keningau II. Murid-murid di

sekolah ini selesa untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka sendiri menjadikan

suasana sekolah ini hidup seperti masyarakat yang berada di luar.

Perhimpunan pagi di sekolah ini diuruskan oleh murid-murid tahap 2 itu

sendiri dan sedikit bimbingan daripada Penolong Kanan 1 iaitu En. Zahir

Baharom. Melalui perhimpunan ini, murid-murid itu sendiri akan menyampaikan

maklumat-maklumat seperti makluman minggu peperiksaan yang dijalankan

pada minggu tersebut dan sedikit pemberitahuan daripada cikgu-cikgu yang

bertugas. Pembahagian tugas seperti ini juga banyak membantu murid-murid

untuk memperkembangkan sosial mereka di sekolah tersebut melalui interaksi

yang mereka lakukan.

Seterusnya, murid-murid juga disuruh oleh cikgu-cikgu untuk pergi ke

setiap kelas dan mengambil kehadiran mereka. Secara tidak langsung, interaksi

murid-murid dengan guru akan berlaku dan begitu juga kepada interaksi murid

dengan murid. Melalui pemerhatian saya, murid-murid berusaha menjalankan

tugas yang diberikan oleh cikgu dan ini banyak membantu murid tersebut untuk

bersosial dengan kelas lain dan cikgu lain yang tidak mengajar kelas mereka.

Keberkesanan aspek-aspek falsafah pendidikan kebangsaan jelas dilihat

kerana menggalakkan murid tersebut bergaul dengan orang lain dan membuka

minda murid tersebut bahawa amanah yang diberikan kepada mereka

diselesaikan dan dilaksanakan dengan sempurna.

11

SOSIAL