falsafah pendidikan kebangsaan(emosi)

5

Click here to load reader

Upload: universiti-kebangsaan-malaysia-ukm

Post on 07-Jul-2015

876 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah pendidikan kebangsaan(emosi)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(Emosi)

Bagaimana aspek ‘emosi’ penting dalam konteks pendidikan dan latihankeguruan?Goleman (1995) mentakrifkan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk mengiktirafperasaan sendiri dan perkara lain-lain bagi mendorong diri kita sendiri dan menjayakanpengurusan emosi diri. Kecerdasan emosi merangkumi beberapa aspek iaitu pengendalian diri,semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahanmenghadapi kegagalan.

Dalam konteks pendidikan, kecerdasan emosi merupakan salah satu perkara yang pentingdalam mencapai kejayaan. Dengan memiliki kemampuan untuk mengawal emosi, apabilaseorang pelajar mengalami kegagalan dalam pelajaran, dia akan mampu mengawal keadaandirinya secara positif dengan memotivasikan dirinya sendiri serta menganalisis kelemahandirinya sendiri.

Selain itu, apabila pelajar memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, dia akan mampu untukmengasingkan masalah peribadi yang dihadapinya dengan pelajaran. Ini kerana, melalui apayang dapat dilihat pada masa kini, terdapat pelajar yang memiliki masalah keluarga sehinggamasalah tersebut mempengaruhi pelajarannya sehingga membawa kepada kegagalan. Denganmemiliki kecerdasan emosi, ia dapat membantu pelajar tersebut untuk mengawal emosinyaserta pelajarannya tidak terpengaruh dengan masalah yang dihadapi.

Page 2: Falsafah pendidikan kebangsaan(emosi)

*Aspek ‘Emosi’ dalam konteks latihan keguruan:

Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai kecerdasan emosi dimana:

a) boleh mengawal perasaan diri dan tidak mudah meradang dalam sebarangsituasi. Guru yang bersifat sabar akan dapat menjalinkan hubungan yangerat dengan para pelajarnya.

b) berkebolehan memotivasikan diri sendiri dengan mengaturkan emosi kearah objektif yang ingin dicapai.

c) Berkebolehan membaca emosi orang lain dengan menguasai kemahiranempati.

d) Berkebolehan menguruskan hubungan khasnya pelajar-pelajar sekolah.

Page 3: Falsafah pendidikan kebangsaan(emosi)

Aspek emosi penting dalam proses pengajaran (guru) kerana seorangguru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap kecerdasan emosi pelajar.Kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh dipupuk dandiperkembangkan. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan tentangkecerdasan emosi agar dapat meningkatkan kecerdasan emosi parapelajarnya. Apabila guru memberikan tunjuk ajar kepada pelajarbagaimana untuk mengawal emosi, pelajar akan dapat memberikantumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankanoleh guru.

Aspek emosi penting dalam pembelajaran (pelajar) kerana kecerdasanemosi dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorangpelajar. Seterusnya, memberi implikasi ke atas pencapaian akademikpelajar. Keupayaan pelajar yang dapat mengawal emosi membolehkanmereka menghadapi pelajaran dengan lebih baik tanpa dipengaruhi olehunsur-unsur kerisauan. takut gagal atau tidak yakin pada diri sendiri.

Mengapa aspek emosi penting dalam proses pengajaran (guru) dan pembelajaran (pelajar)?

Page 4: Falsafah pendidikan kebangsaan(emosi)

Bagaimanakah cara guru untuk menangani masalah emosi guru dan emosi pelajar?

i) Emosi Guru

• Guru boleh berkongsi masalah yang dihadapi dengan ahli keluarga danrakan sejawat yang boleh dipercayai.

• Guru boleh melibatkan diri dalam forum ataupun kumpulan dalamjaringan sosial di internet yang membincangkan isu-isu yang melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan sekolah.

• Guru boleh meluangkan masa melakukan aktiviti riadah sepertiberkelah, berjoging, melakukan aktiviti sukan dan lain-lain.

• Guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiranmenyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang gurumenangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya secararasional, seterusnya merancang cara penyelesaian secara sistematik.

Page 5: Falsafah pendidikan kebangsaan(emosi)

Bagaimanakah cara guru untuk menangani masalah emosi guru dan emosi pelajar?

ii) Emosi Pelajar

• Bertemu dan berbincang dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah

• Berbincang dengan pihak pentadbir sekolah

• Memberi perhatian yang lebih kepada pelajar yang bermasalah.

• Cuba meningkatkan self-esteem pelajar yang tidak yakin dengankeupayaan dirinya.

• Guru perlu sentiasa bersedia di dalam bilik darjah untuk menghadapipelajar yang mungkin mendatangkan masalah ketika proses PdP.