falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)

5
Tugasan 7: Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Sosial) NOR HASMALIZA BT HASAN ~P69386~

Upload: universiti-kebangsaan-malaysia-ukm

Post on 07-Jul-2015

226 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)

Tugasan 7:Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(Sosial)

NOR HASMALIZA BT HASAN~P69386~

Page 2: Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)

Dimensi ‘sosial’ dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan melihatbahawa sistem pendidikan menerusinya dapat melahirkan generasi pelapisnegara yang mampu memberikan sumbangan kepada terhadap agama,keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan juga negara.

Sebagai contohnya, menerusi aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah, pelajarboleh dibentuk menjadi rakyat Malaysia yang mampu memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dannegara. Melalui aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah, perpaduanantara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat dipupukmenerusi sikap toleransi, semangat setiakawan, hormat-menghormati danlain-lain.

Apakah yang anda fahamkan dengan maksud ‘sosial’ dalam konteksFalsafah Pendidikan Kebangsaan?

Page 3: Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)

Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan peribadiseseorang individu. Menurut teori pembelajaran sosial Bandura (1997),manusia akan membentuk nilai, perasaan dan tingkah laku melaluipemerhatian terhadap apa yang dilakukan oleh ahli masyarakatnya.

Selain ibu bapa, guru dan sekolah juga turut memikul tanggungjawab dalammendidik pelajar menjadi seorang individu yang mempunyai jati diri yangbaik. Sebagai contohnya, melalui aktiviti kokurikulum seperti perkhemahanunit beruniform dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar,hormat-menghormati antara satu sama lain yang berbeza bangsa dan anutanagama dan lain-lain lagi.

Apabila nilai-nilai murni diajarkan dan diberikan penekanan di peringkatsekolah, para pelajar yang baik akan mengamalkannya di persekitaran luarsekolah seperti menolong orang tua yang ingin melintas jalan, membantu ibumengemas rumah, bercakap dengan lemah-lembut dengan orang yang lebihtua dan lain-lain lagi.

Bagaimanakah faktor ‘sosial’ boleh melahirkan pelajar yang mempunyai jatidiri yang baik?

Page 4: Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)

Guru yang berkualiti mampu melahirkan insan yang baik dan cemerlangdi dunia dan akhirat serta mampu mengembangkan potensi pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Guru yang berkualiti akan mengamalkan adab dalam berkomunikasi danberhubung baik dengan pelajar. Dengan itu, pelajar akan rasa lebih selesaberdepan dengan guru yang mengamalkan sikap tersebut.

Pembelajaran akan berjalan dalam suasana yang baik di mana pelajarakan memberi rasa hormat terhadap guru mereka yang baik, sediamemberi bantuan kepada guru serta memberi tumpuan dalam PdP yangdiajarkan oleh guru tersebut.

Guru yang berkualiti mampu berkomunikasi dengan baik dengan ibubapa dan masyarakat serta mampu berdepan dengan masalah yangberkaitan dengan pelajar di sekolah.

Mengapakah bakal guru perlu memiliki ciri sosial yangbaik/berkualiti?

Page 5: Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)