falsafah pendidikan islam dan timur

12
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Upload: amir-ibrahim

Post on 10-Jun-2015

693 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah pendidikan islam dan timur

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Page 2: Falsafah pendidikan islam dan timur

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.”

Page 3: Falsafah pendidikan islam dan timur

APAKAH MAKSUD FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM?

Falsafah pendidikan Islam juga menekankan pendidikan seumur hidup, pembangunan roh, akal dan jasad disamping menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah, memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal salih bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Page 4: Falsafah pendidikan islam dan timur

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Page 5: Falsafah pendidikan islam dan timur

RUANG LINGKUP PENDIDIKAN ISLAM

Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai ad-din maka secara langsung ia mencakupi keseluruham ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan Islam itu sendiri.

Page 6: Falsafah pendidikan islam dan timur

TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM

Tujuan pendidikan Islam tidak terlepas dari tujuan hidup manusia dalam Islam, yaitu untuk menciptakan peribadi-peribadi hamba Allah yang selalu bertakwa kepadaNya, dan dapat mencapai kehidupan yang berbahagia di dunia dan akhirat (lihat S. Al-Dzariat:56; S. ali Imran: 102).

Page 7: Falsafah pendidikan islam dan timur

IMPLIKASI PENDIDIKAN ISLAM

Antaranya yang dapat dilihat ialah terdapat unsur-unsur agama dan ketuhanan menerusi Falsafah Pendidikan Islam iaitu agar bangsa Malaysia mempunyai sifat keagamaan yang kuat serta mempunyai jati diri yang tinggi jika dibandingkan dengan masyarakat barat khasnya

Selain itu dapat dilihat Falsafah Pendidikan Negara diambil dari ideologi Falsafah Pendidikan Islam terbentuk dengan jelas seperti mengaitkan dengan teori menyepadukan elemen roh, jasad dan akal dalam menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi yang kukuh dalam pembentukan sistem pendidikan negara.

Page 8: Falsafah pendidikan islam dan timur

Falsafah Pendidikan Timur

Terdiri daripada: Konfusinisme, Taoism (cina) Nasionalisme (india) Internasionalisme (Rusia, Yahudi,

Islam, Afrika, Latin Amerika)

Page 9: Falsafah pendidikan islam dan timur

Di dalam falsafah pendidikan Timur, aspek

emosi, intelek dan jasmani yang mana kebijaksanaan dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang baik, seni, drama dan tarian dan pendidikan diberi keutamaan.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, unsur ini ada diterapkan yang mana para pelajar diajar mata pelajaran yang tidak teras seperti muzik serta seni untuk menjadikan pelajar seimbang dari segi emosi (Mok Soon Sang, 2009).

Page 10: Falsafah pendidikan islam dan timur

PANDANGAN AHLI FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Salah seorang ahli falsafah yang terkenal di Timur ialah Confucius, ahli falsafah China. Falsafah pendidikan Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan di Malaysia.

Rabindranath Tagore yang merupakan seorang ahli falsafah dan penyair dari India pula mentafsirkan pendidikan sebagai proses melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh bermakna.

Page 11: Falsafah pendidikan islam dan timur

Implikasi Falsafah Pendidikan Timur

implikasi Falsafah Pendidikan Timur iaitu berasaskan falsafah cina dan india.

Menerusi falsafah timur lebih menekankan kepada aspek intelek dan rohani sahaja. Penekanan tidak diberikan kepada unsur jasmani seperti mana di Malaysia. Di Malaysia pendidikan jasmani dan kesihatan diberi penekanan dan juga merupakan salah satu mata pelajaran di sekolah.

Pelajar juga diwajibkan untuk menyertai sukan dan permainan pada peringkat sekolah, daerah dan negara. Melaluinya pelajar akan memperolehi kesihatan dari segi fizikal dan mental serta dapat menyumbang sesuatu kepada negara.

Page 12: Falsafah pendidikan islam dan timur

kesimpulan Sekalipun terdapat banyak implikasi

terhadap falsafah pendidikan timur, islam dan barat perkembangan pendidikan dari segi positif mahupun negatif.  Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya saling bekerjasama dan berganding bahu antara satu sama lain demi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru.  

Guru-guru hendaklah sentiasa mewujudkan integriti dalam diri dan masyarakat demi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK)bagi bertanding dengan dunia globalisasi.