falsafah moden (abad ke 15,16,17)

13
TAJUK- FALSAFAH BARAT MODEN

Upload: aenkhobi

Post on 07-Dec-2015

379 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

falsafah moden.

TRANSCRIPT

Page 1: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

TAJUK- FALSAFAH BARAT MODEN

Page 2: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

Kemunculan falsafah Barat Moden • Falsafah barat moden dengan falsafah – falsafah yang muncul

sebelumnya seperti Greek, Roman, dan falsafah abad pertengahan.

• Falsafah Greek bermula dengan Thales, Anaximander dan Anaximenes membicarakan soal alam semulajadi secara falsafah.

• Tokoh-tokoh lain seperti Pythagoras membicarakan falsafah moral di zaman kemuncak falsafah Greek iaitu ditunjangi tiga tokoh iaitu Socrates, Plato dan Aristotle.

• Falsafah Abad Pertengahan pula menggabungkan pemikiran falsafah yang ditunjangi oleh falsafah Greek dengan ajaran Kristian.

• Falsafah moden bermula apabila masyarakat intelektual Barat mengubah sikap dan cara berfikir mereka.

Page 3: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

Bapa Falsafah Barat Moden • Mereka berpendapat bahawa dua orang tokoh awal

falsafah moden awal ialah Francis Bacon ( 1561- 1626) dan Rene Descartes (1596-1650).

• tokoh falsafah Barat moden yang berada dan berkecimpung dalam bidang falsafah dan giat mengemukakan doktrin, teori dan idea dalam memajukan pemikiran baru di abad ke-16 Masihi.

• ramai pengkaji falsafah barat moden berpendapat bahawa Rene Descrates adalah bapa falsafah moden yang sebenar kerana beliau memenuhi ciri- ciri perkembangan falsafah moden.

Page 4: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

• Rene Descartes adalah bapa falsafah moden yang berdasarkan perkembangan epistemologi atau teori ilmu yang menjadi titik utama perkembangan pemikiran baru di Barat ini. • Pada zaman awal falsafah moden,dari segi epistemologisnya, ilmu fizik ialah cabagn ilmu sains manakala metafizik ialah cabang ilmu falsafah. • pada zaman moden atau zaman sebelumnya telah berlaku pemisahan yang jelas antara ilmu sains,agama dan falsafah. Dengan demikian, ilmu fizik dan ilmu metafizik adalah dua disiplin yang amat berbeza antara satu sama lain. • Dalam frasa inggeris disebut, philosophy is the mother of science. Contohnya, Thales, Anaximenes dan Anaximender dan sebagainya, tergolong dalam aliran Natural Philosopher, iaitu menggunakan idea yang terdapat dalam fizik untuk menjadi asas mencipta teori metafizik mereka.

Page 5: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

• idea Francis Bacon, tokoh empirisisme, tidak termasuklah dalam falsafah sebabnya Ialah : Francis Bacon tidak memberi perhatian kepada sebarang spekulasi yang bersifat metafizik. Iaitu tidak menumpukan kepada persoalan teori hakikat yang menjadi teras falsafah iaitu bidang metafizik. sebaliknya memberi tumpuan kepada penemuan –penemuan fizik. iaitu kajian dan penyelidikan ilmihnya khusus melebar dan memperluaskan teori-teori sains terutama dalam bidang fizik .

• Oleh sebab itu, tokoh-tokoh sejarah falsafah berpendapat bahawa Francis Bacon layak dan wajar digelar sebagai ‘ bapa falsafah moden’. • Sebaliknya Rene Descartes ialah tokoh yang mengemukakan idea-idea atau spekulasi –spekulasi yang terkandung dalam kajian metafizik. Beliau disifatkan oleh tokoh-tokoh metafizik moden sebagai ketua mereka.

Page 6: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

FALSAFAH RATIONALISME

Rationalisme lahir dari perkataan Latin ‘ Ratio’ yang membawa erti reason iaitu alasan yang munasabah dan diterima akal. Ia menitikberatkan ( idea sebelum pengalaman ) dalam menetapkan kebenaran dalam hal-hal yang menyentuh soal alam dan isi kandungan alam . Menurut A.W Benn, rationalisme membawa maksud dan cara berfikir yang krisis yang memperlihatkan keengganan untuk mempercayai kesan-kesan teologi. Doktrin-doktrin teologi ialah cara pemikiran yang dipengaruhi unsur-unsur keagamaan. Berdasarkan pegangan tokoh-tokoh Rationalisme,didapati bahawa ciri-ciri umum dan pegangan asas aliran ini ialah menyentuh soal minda atau akal manusia.

Page 7: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

Hanya ilmu yang diperoleh melalui kerja –kerja minda dianggap sah (valid) dan pasti ( certain). Sebaliknya,sebagai bangkangan mereka terhadap aliran Empiricisme, mereka mengatakan pengalaman pancaindera hanya dapat digunakan dan dipakai untuk meneguhkan ilmu yang diperoleh melalui kerja-kerja minda atau akal.Metode falsafah yang diterapkan oleh aliran Rationalisme ini ialah metode deduktif (deductive). Iaitu Akal atau minda adalah tonggak kepada segala-gala dalam usaha mencari hakikat kebenaran . Penyelidikan yang berpandukan pengalaman pancaindera semata-mata dianggap tidak memadai. Antara tokoh Rationalisme yang terkenal di zaman permulaan falsafah moden ialah Rene Descrates ( 1596-1650), Baruch Spinoza ( 1632-1677) dan Gottfried Willhelm Leibinz ( 1646-1716). Kesemua tokoh-tokoh awal Rationalisme adalah dari kalangan ahli-ahli falsafah yang berada di benua besar Eropah

Page 8: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

RENE DESCARTES DAN FALSAFAHNYA

Rene Descrates dilahirkan pada tahun 1596 di La Haye, Touraine., Perancis. Beliau berketurunan bangsawan Perancis dan dianggap sebagai bapa falsafah Barat moden. Pada usia mudanya beliau mempelajari falsafah skolatik, fizik dan matematik di Jesuit School. Dari beberapa ilmu yang dipelajarinya, hanya matematik sahaja yang menarik minat beliau. Ini kerana menurut beliau, matematik dapat memberi kepastian dan kejelasan.

Page 9: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

menggunakan matematik sebagai metod falsafahnya. Beliau hairan kenapa ramai ahli falsafah meraba-raba mencari kebenaran sedangkan metod matematik sudah ada utk dijadikan model bagi mencari kepastian dan ilmu. Oleh itu, dalam mencari ilmu beliau mahu membentuk satu pemikiran yang betul-betul pasti sepertimana pastinya ilmu matematik.

Pendapat Rene Descartes ini dikemukakan kepada masyarakat Barat yang ketika itu sangat bergantung kepada institusi gereja. Pendapat beliau ini, tidak disenangi oleh pihak geraja waktu itu. Namun begitu, pendapat beliau menjadi bibit penerokaan ilmu dari usaha manusia itu sendiri.

Beliau percaya bahawa kebenaran yang pasti dan muktamad akan hanya diperoleh secara sistematik melalui pertimbangan ‘ragu’. Apabila ragu dipergunakan dengan baik dan teratur,maka ia akan melahirkan sesuatu yang tidak dapat diragui lagi yang akhirnya dapat difahami dengan jelas, pasti dan benar. Ragu di sini bermaksud menggantungkan dahulu keyakinan terhadap sesuatu perkara yang didengar dan diberitahu atau dimaklumkan sehinggalah perkara itu dapat dibuktikan sendiri tentang kebenaran dan kepastiannya.

Page 10: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

Hanya satu sahaja yang pasti pada pandangan Rene Descartes iaitu ‘saya ragu’ (I doubt) atau ‘saya berfikir’ ( I think) kerana sekiranya kita jangka seseorang yang berfikir itu tidak ada,tentulah jangkaan kita itu tidak betul kerana dengan adanyalah dia, membolehkan ia berfikir.

Menurut Descartes, ‘ragu’ menunjukkan ada orang yang ragu, ‘berfikir’ menunjukkan ada orang yang berfikir. Dengan demikian, baharulah beliau boleh sampai kepada proposisi yang rasional dan terbukti sendiri

Teori ragu Rene Descartes juga berbeza dengan fahaman Scepticism. Pada padangan Descartes ragu bukanlah bermaksud apa sahaja yang diragukan itu semestinya salah tetapi beliau hanya mengadaikan perkara itu boleh jadi salah.

Bagi fahaman speticism, ragu itu diletakkan sebagai tetap dan kita tidak mungkin mendapat ilmu pengetahuan dengan cara pasti.

Ragu pada Rene Descartes hanya satu langkah kearah mencari kebenaran dan kepastian yang akhirnya tidak boleh diragui lagi.

Page 11: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

G.W LEIBINZ DAN FALSAFAHNYA

Gottried Wilhelm Leibniz dilahirkan di jerman pada tahun 1646. Beliau merupakan tokoh teragung ketiga dari aliran Rationalisme di benua Eropah. Leibniz pernah belajar undang-undang di University of Leipzig. Ketika itu beliau baru berusia 15 tahun. Kelahiran beliau adalah tepat pada masanya di mana aliran pemikiran waktu itu masih lagi dipengaruhi oleh pemikiran Rene Descartes.

Page 12: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

Semasa hayatnya, beliau pernah menggembara hungga ke Paris menjawat jawatan diplomatik di sana. Ketika di sanalah beliau berkesempatan bertemu dengan beberapa orang tokoh falsafah .

beliau tidak berminat untuk mengkritik sistem falsafah Descartes dan Spinoza, dalam banyak hal,beliau kelihatan cuba untuk membuat pendekatan baru dalam aliran falsafah Rasionalisme.

beliau menerima bahawa hisab dan metafizik merupakan sains asas dan metod yang betul bagi falsafah ialah metod yang di tunjukkan oleh kaedah hisab dan logic tertentu.

Dalam epistemology, Leibniz membuat perbezaan yang jelas antara dua jenis kebenaran. Pertamanya, kebenaran yang di terima sebagai kebenaran yang kerja akal (reason). Ia adalah kebenaran apriori atau pengetahuan semula jadi (innate knowledge) yang diperoleh sebelum berlakunya pengalaman. Kedua, kebenaran fakta iaitu kebenaran yang berhubung dengan kebenaran posteriori iaitu ilmu yang diperoleh selepas berlakunya pengalaman tetapi kebenaran ini bukanlah kebenaran yang diperoleh melalui kerja-kerja akal logik atau kerja akal matematik.

Page 13: falsafah moden (abad ke 15,16,17)

Menurut Leibniz, kebenaran keja-kerja akal merupakan kebenaran yang kekal sebab kebenaran sedemikian tidak dapat disangkal lagi.

Sedangkan kebenaran fakta iaitu kebenaran yang diperoleh melalui berlakunya pengalaman itu belum boleh lagi di katakana tetap sebab kebenaran tersebut hanya merupakan data empirical yang mampu dikhayalkan oleh deria.

FALSAFAH MONAD DALAM METAFIZIK LEIBNIZ

Monad yang dimaksudkan dengan monad oleh Leibniz ialah pusat kepada aktiviti roh. Dari segi bahasa, monad bererti unit kerana dalam bahasa Greek monad bermakna unity atau oneness. Langkah pertama yang dibuatnya ialah menentukan samada satu unit tenaga sebagai satu zat atau hanya satu sifat kepada zat tersebut. Leibniz agak berbeza dengan Spinoza kerana menurut spinoza semua perkara tidak boleh berdiri dengan sendiri dan kerana itu dalam alam ini hanya ada satu zat sahaja iaitu Tuhan. Manakala Leibniz bersikap berlainan iaitu beliau mengatakan bahawa setiap unit tenaga itu adalah satu zat yang tersendiri.