falsafah dan pendidikan di malaysia

Upload: irene

Post on 08-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Week 3 Falsafah Pend. Islam & Timur

TRANSCRIPT

  • FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN TIMUR *

  • KONSEP FALSAFAH ISLAMSheikh Mustafa Abd. Al-Razak(tt) falsafah Islam berkembang di negara Islam dan di bawah naungan negara Islam Hasil pemikiran ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam premis pemikiran yang logik dan sistematik.

    *

  • *

    Ahli FalsafahPengertian Falsafah IslamAl-Kindi(805-873AD)Falsafah Islam mempunyai 3 aspek:Ilmu Fizik -berasaskan bendaIlmu Matematik-ilmu hitung dan astronomiIlmu Ketuhanan- tidak berkaitan dengan benda sama sekaliAl-FarabiFalsafah boleh dilihat dari 2 sudut:Falsafah teori- mengetahui sesuatu yang ada. Cth: Ilmu matematik, fizik, metafizik dan sebagainya.Falsafah amalan- mengetahui sesuatu yang seharusnya diwujudkan dalam perbuatan. Cth: Ilmu akhlak dan falsafah politik.

  • *

    Ahli FalsafahPengertian Falsafah IslamIbn Sina(980-1037)Falsafah dikategorikan kepada:Ilmu Wahyu- makhluk rohani yang membawa wahyu dan cara bagaimana wahyu disampaikanIlmu akhirat- bagi badan manusia yang tidak hidup lagi, rohnya yang abadi akan mengalami seksa dan kesenangan.

  • KONSEP PENDIDIKANPerspektif IslamPendidikan bermaksud:satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi semula jadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

    *

  • PENDIDIKAN ISLAM Abdul Halim El-Muhammady, 1993:Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan as-Sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmuan muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan mampu untuk memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat.

    *

  • Abd Halim Hj. Mat Diah, 1989:

    Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.

    *

  • Tujuan Pendidikan Islam*

  • Matlamat Pendidikan IslamMembentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, berimam, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T yang bertakwa.Melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T ., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.*

  • *

  • FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMKementerian Pendidikan Malaysia, 1997Pendidikan Islam ialah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah S.W.T. yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

    *

  • PANDANGAN AHLI-AHLI FALSAFAH ISLAM*

    Ibnu Rushd (520-595 Hijrah)Riwayat hidupDikenali dengan nama Averroes dan Pendita Abu Al Walid.Nama sebenar: Abu Al Walid Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ahmad Bin Rushd.Falsafah hidupHidup sederhana dan bersahajaBersifat pemurah kepada semua orangBersifat rendah diri

  • *

    Ibnu Rushd (520-595 Hijrah)SumbanganBanyak mengemukakan idea-idea yang bernas dan baru dalam bidang falsafah, ilmu perubatan dan perundangan Islam.Karya besarKulliyah fit-Thibb (mengenai perubatan)Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah)Tafsir UrjuzaKasyful AdillahTahafatul TahafutMuwafaqatil Hikmah Wal Syaria

  • *

    Al-Ghazali (1058-1111)Riwayat HidupDigelar sebagai Algazel .Nama sebenar: Abu Hamed Mohammad ibn Mohammad al-Ghazzali.Ahli falsafah, ahli teologi dan ahli juriSumbanganMenghasilkan lebih daripada 400 buah karya dalam pelbagai bidang seperti teologi, falsafah, sains dan ilmu Sufi. Antaranya termasuk:Tahafut al-Falasifa (The Incoherence of The Philosophers)Ihya al-Ulum al-Din or Ihyaul UlumuddinMaqasid al falasifaMiyar al-Ilm fi fan al-MantiqMihak al-Nazar fi al-mantiqAl-Qistas al-mustaqim

  • *

    Ibn Khaldun (1332-1406)Riwayat hidupNama penuh: Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibn Khaldun.Tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi.

    SumbanganBerusaha menulis mengenai sejarah dunia melalui naskah al-Muqaddimah atau Prolegomena yang mengenal pasti unsur-unsur psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbangkan kepada tamadun kita serta sejarah masa kini.Menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok.Menunjukkan kepentingan al-Asabiyya (perasaan kekitaan).

  • *

    Ibn Khaldun (1332-1406)Hasil karya Bidang sejarah:Universal HistorySejarah Maghrib

    Bidang keagamaan:Lubab al-Mahsul Shifa as-Sail

  • *

    Al-Farabi (870-950 AD)Riwayat hidupNama sebenar: Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi.Digelar Tok Guru Kedua atau al-Mouallim al-Thani di belakang Aristotle serta Mahaguru pertama.Ahli falsafah, ahli sains, pakar bahasa, Qadi (hakim), dan guru.

    SumbanganNeoplatonist yang telah banyak menggabungkan pemikiran Plato dan Aristotle dengan teologi.Membahagikan pengajian logik kepada 2 kategori, iaitu Takhayyul (idea) dan Thubut (bukti).

  • *

    Al-Farabi (870-950 AD)Buku Fusus al-HikamKitab al-ihsa al UlumAra Ahl al-Madina al-FadilaKitab al-Musiqa

  • Falsafah India ( Rabindranath Tagore)Falsafah Cina (Confucius)

    *

  • Fungsi PendidikanMembolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksanaan Mengekalkan struktur kekeluargaanMenggubal undang-undangMemenuhi kehendak-kehendak sosial dan ekonomiPenyampai ilmu kepada orang ramai Mengajar cara-cara hidup yang baik & betulPeranan Guru*

  • *

  • Confucius (551 479 SM)Nama: Confucius/ Kung Fu TzeBerjalan jauh untuk menyampaikan ajaran beliau dalam bidang falsafah, muzik, pemerintahan negara dan etika.Pengaruh ajaran ini kekal di negara China selama lebih kurang 2000 tahun.Semua jawapan Confucius bagi persoalan yang ditimbul serta cara penyelesaian pelbagai masalah dan situasi dalam kehidupan seharian terkandung dalam buku yang dikenali Confucian Analects.PANDANGAN AHLI FALSAFAH TIMUR*

  • Rabindranath Tagore( 1861-1941)Dilahirkan di Kolkata, India.Anak bumi India yang terkenal sebagai seorang penulis, pengarang sandiwara, penggubal lagu, penyair, ahli falsafah dan pendidik.Beliau adalah Nobel Laureate negara Asia yang pertama apabila beliau menang anugerah Nobel Prize ( kategori kesusateraan) pada tahun 1913.Bercita-cita menjadi peguam tetapi tidak berjaya. Mendiri sekolah Santiniketan yang kemudiannya menjadi sebuah Universiti.

    *

  • *

    AspekConfucius551-479SM)Rabindranath Tagore(1861-1941)Konsep PendidikanPendidikan adalah untuk semua tanpa mengambil kira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial.Satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing kelak.Matlamat PendidikanMenghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.Menghasilkan individu yang menyeruluh melalui interaksi dan integrasi dengan persekitaran.Peranan GuruSebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir.Sebagai fasilitator serta pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid dan penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid

  • *

    KurikulumPendidikan MoralEnam buku Confucius yang merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan kebudayaan;MuzikPuisiKesusateraanSejarahKod dan tatacara kelakuan yang baikMenekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal.Mata pelajaran yang disyorkan:MuzikSeniKesusateraanSejarahDrama dan tarianPendidikan Alam Sekitar

    *****