falsafah dan pendidikan di malaysia

17
1.0 - Penghargaan Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Hayati Bin Mat Desa kerana beliau telah memberi bimbingan dan garis panduan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia (EDUP 3013) bagi semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Beliau juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Tuhan yang tidak ternilai harganya. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh ahli keluarga saya khususnya ibu bapa saya. Mereka telah memberi sokongan moral kepada saya sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini. Bantuan berbentuk material dan informasi yang telah mereka berikan banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Sebelum menutup bicara, saya ingin tujukan penghargaan saya kepada rakan-rakan saya yang telah membantu saya untuk mencari maklumat berkaitan dengan sumber-sumber tertentu. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada insan-insan lain yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang saya menjalankan tugasan ini. 1

Upload: ivy-iris

Post on 14-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Enam Aspirasi Murid Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

1.0 - Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada pensyarah saya, Puan Hayati Bin Mat Desa kerana beliau telah memberi

bimbingan dan garis panduan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus Falsafah Dan

Pendidikan Di Malaysia (EDUP 3013) bagi semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan (PISMP). Beliau juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan

menegur saya dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan

daripada Tuhan yang tidak ternilai harganya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh ahli keluarga saya khususnya ibu

bapa saya. Mereka telah memberi sokongan moral kepada saya sepanjang saya

menjalankan kerja kursus ini. Bantuan berbentuk material dan informasi yang telah mereka

berikan banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Sebelum menutup bicara, saya ingin tujukan penghargaan saya kepada rakan-rakan

saya yang telah membantu saya untuk mencari maklumat berkaitan dengan sumber-sumber

tertentu. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada insan-insan lain yang telah

membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang saya menjalankan tugasan

ini.

1

Page 2: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

2.0 - Pengenalan

Ensiklopedia bebas mentakrifkan pendidikan sebagai suatu usaha sistematik yang

disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan,

nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan

perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Sistem pendidikan di Malaysia telah

berkembang dengan pesat untuk memenuhi keperluan bangsa dan negara. Sebelum

merdeka, system pendidikan di negara kita banyak dipengaruhi oleh sistem British. Selepas

merdeka dan sehingga kini, pihak kerajaan telah cuba mengubahsuai sistem yang sedia ada

supaya sistem tersebut dapat mencapai hasrat membentuk negara yang lebih maju. Melalui

proses pendidikan, manusia dapat memperoleh semua potensi teras yang diperlukan oleh

manusia. Contohnya, potensi akal, jasmani, tingkah laku dan rohani. Kesemua potensi ini

menjadi sebahagian dalam kehidupan manusia bermula sejak kecil lagi. Walaupun begitu,

untuk mengasa lagi potensi-potensi tersebut kita memerlukan seorang insan yang dipanggil

sebagai guru.

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.

Seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Ngalim

Purwanto (1994) bahawa guru ialah orang yang pernah memberikan suatu ilmu atau

kepandaian kepada seseorang atau sekelompok orang. Peranan guru tidak terbatas

sebagai seorang pengajar yang semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan

skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik, beliau juga

mendidik dan membimbing pelajar menjadi insan yang bermoral tinggi, berwawasan,

berdisiplin, berinovasi, berkeyakinan, berakhlak tinggi dan dapat memberikan sumbangan

kepada keluarga, masyarakat dan negara. Maka, tugas yang dipikul oleh seseorang guru

tidaklah begitu mudah dan dipenuhi dengan cabaran. Guru juga perlu melengkapkan diri

mereka dengan tentang perkembangan semasa. Guru haruslah melengkapkan diri dengan

amalan profesion keguruan yang disarankan dalam Falsafah Pendidikan Guru.

Menurut Kamus Pelajar edisi kedua, falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan

penyelidikan sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun tentang kebenaran dan erti

wujudnya sesuatu. Menurut sejarah pula, perkembangan perkataan falsafah berasal dari

bahasa Yunani iaitu ‘philo sophic’. ‘Philo’ bererti ‘cinta’ atau ‘hargai’. Manakala ‘sophic’

bererti ‘hikmat’ atau ‘kebajikan’ atau ‘kebenaran’. Justeru, perkataan falsafah ditakrifkan

sebagai usaha mencari sesuatu kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan

sesuatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Falsafah sering dikaitkan

dengan pendidikan bagi memastikan ilmu pengetahuan yang diperoleh mempunyai keaslian

dan kualiti yang tinggi.

2

Page 3: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

Menurut Choong Lean Keow didalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia,

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPG menjelaskan jenis guru

diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di dalam FPG ialah  “guru yang berpekerti

mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara

suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”. Justeru, guru

mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi

memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan. Tuntasnya,

maka ternyata peranan utama yang dimainkan oleh para pendidik dalam merealisasikan

Falsafah Pendidikan Kengsaan.

3

Page 4: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

3.0 - Tugasan Esei

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merangkumi segala istilah, pemikiran dan

prinsip yang berkaitan dengan bidang pendidikan di Malaysia. Berdasarkan buku ‘Falsafah

dan Pendidikan di Malaysia’ hasil tulisan Choong Lean Keow, FPK boleh dikatakan sebagai

gabungan antara matlamat, dasar-dasar, dan amalan pendidikan sebagai satu molekul

keseluruhan yang jelas, dan logik diterima oleh akal. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah

menjadi suatu perintis kepada profession keguruan untuk meningkatkan lagi kualiti profesion

keguruan di persada dunia.

Teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 menegaskan

usaha bagi memantapkan profesion keguruan yang menjadi agenda utama. Sepertimana

yang dinyatakan dalam PPPM, para guru haruslah melengkapkan diri mereka dengan

pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang sedia ada, kemahiran dan perkembangan terkini yang

boleh membantu meningkatkan kualiti profesion keguruan dan juga kualiti pelajar.

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) menekankan enam ciri utama yang

diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Antaranya,

pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan

kerohanian, dan identiti nasional. Setiap murid akan mempunyai keenam-enam ciri tersebut

sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ciri pertamanya adalah untuk melahirkan murid yang berpengetahuan tinggi. Di

peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi.

Selain itu, adalah penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti

Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan dengan pengetahuan am yang

menyeluruh tentang Malaysia, Asia dan seluruh dunia menerusi mata pelajaran Sejarah,

Kemanusiaan dan Geografi. Murid juga digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran

dalam bidang lain seperti Seni, Muzik dan Sukan. Kemantapan pengetahuan guru dapat

membantu pelajar mengelakkan diri dari terjerumus dalam arus globalisasi yang juga

dikenali sebagai ‘Dunia ICT’. Dalam hal ini, guru-guru perlu menggunakan pengetahuan

terkini sejajar dengan perkembangan sains, teknologi dan ICT bagi menjalankan P&P

dengan lebih efektif dan efisien. Guru-guru perlu menyediakan bahan dan alat membantu

mengajar yang menarik dan produktif sebagai satu teknik pengajaran yang efektif.

Seterusnya, ciri kedua iaitu kemahiran berfikir. Menurut De Bono (seperti disebut

dalam Leonard, 2002, m.s. 220) mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral

yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, tetapi berfikir juga adalah

4

Page 5: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

untuk melihat perkara dari pelbagai perspektif. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran

berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu dengan

menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar.

Saedah Siraj (2011) menekankan bahawa berfikiran kritis dan kreatif perlu dikembangkan

bagi melahirkan para pelajar yang dapat menyelesaikan masalah kehidupan dengan

tindakan yang lebih positif. Guru bertanggungjawab merangsang pemikiran murid agar

mampu berfikir pada tahap yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan.

Guru perlu menjadi pembimbing kepada murid-muridnya dengan menggunakan teknik

penyoalan untuk mencungkil sesuatu pemikiran. Socrates dan Aristotle juga menggunakan

kaedah ini untuk mencungkil pemikiran kritis dan kreatif (Lee, Mahayuddin, Noordin &

Rashid, 2012). Teknik inkuiri merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk

membolehkan murid-murid memberi idea atau pandangan yang beraras tinggi.

Kemahiran memimpin merupakan ciri ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

(PPPM). Kemahiran memimpin ditakrifkan sebagai Menurut Baba (2013), dalam konteks

sistem pendidikan kepimpinan merangkumi empat dimensi iaitu keusahawanan, berdaya

tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Justeru,

pemimpin harus berilmu dan berkemahiran, menjadi sumber teladan dan ikutan yang baik

supaya daya kepimpinannya menjadi contoh kepada orang lain. Bagi merealisasikan

dimensi-dimensi tersebut guru harus melantik atau memberi jawatan tertentu misalnya

jawatan sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, ketua

darjah, penolong, ahli jawantankuasa(Ajk) kelas, ajk badan beruniform, ajk persatuan atau

jawatan- jawatan lain kepada murid untuk meningkatkan tahap kepimpinan murid-murid

tersebut. Mereka akan berasa lebih berkeyakinan diri dan berkaliber. Oleh itu, guru-guru

perlu berusaha untuk menjalankan pelbagai aktiviti di dalam kelas ataupun semasa

kokurikulum untuk mengasahkan kemahiran memimpin murid.

Di samping itu, ciri keempat dalam PPPM adalah kemahiran dwibahasa. Kamus

Dewan menakrifkan kemahiran dwibahasa sebagai kemahiran menulis sesuatu menulis atau

menyatakan sesuatu dalam dua Bahasa. Pada pendapat Sidek Baba (2013), “Bayangnya

jika murid dan pelajar kita dalam PPPM ini akhirnya menguasai dwi-bahasa atau berbagai

bahasa kepada sebahagiannya ia akan menjadi menjadikan Malaysia memiliki warga yang

berdaya maju kerana kemahiran berbahasa boleh menyebabkan kemahiran berfikir dan

kemahiran menguasai ilmu yang pelbagai” (m.s.1), jadi setiap murid perlu menguasai

kemahiran dwibahasa ini. Bagi memantapkan penguasaan dwibahasa dalam kalangan

murid, guru perlulah melaksanakan pelbagai jenis aktiviti di sekolah. Misalnya, guru boleh

mengadakan program NILAM, pertandingan forum, syarahan, drama dan mendeklamasi

sajak untuk meningkatkan kelancaran dan penguasaan murid dalam Bahasa melayu dan

5

Page 6: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

Bahasa inggeris. Ibu bapa dan masyarakat juga harus mengalakkan murid-murid untuk

berkomunikasi dalam pelbagai bahasa.

Selain itu, ciri kelima ialah etika dan kerohanian. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk

Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata “Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral dan

akhlak mampu mendidik dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar

rasional, amanah, bertimbang rasa dan bertanggungjawab,” dalam sambutan Hari Guru

tahun ini di Dewan Wawasan. Setiap murid perlu mempunyai asas moral yang kukuh untuk

membolehkan dirinya menghadapi cabaran-cabaran yang mungkin timbul dalam kehidupan

mereka. Maka, adalah tanggungjawab guru untuk memupuk etika dan kerohanian dalam diri

murid melalui subjek Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Agama dan Pendidikan

Moral. Melalui subjek-subjek ini, murid akan didedahkan kepada amalan baik dan buruk dan

akibatnya dalam kehidupan. Tambahan pula, guru wajib menunjukkan teladan yang baik

kepada anak murid dengan menjadi rol model yang bersopan santun, baik hati, beragama,

peramah dan beretika. Dengan ini, murid-murid akan mencontohi perbuatan dan sikap guru

mereka yang sememangnya suri teladan mereka dan mempratikkan dalam kehidupan

seharian mereka.

Ciri keenam dalam PPPM adalah identiti nasional. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk

Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata “Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar,

semangat kerangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai

bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian tetapi juga menghayati

kepelbagaian yang beri manfaat” dalam Sinar Harian. Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai

patriotik semasa menjalankan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam kelas. Dengan

menekankan Lima prinsip yang tertera dalam Rukun Negara kepada murid, guru dapat

memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid. Pada masa yang sama, pengajaran

subjek sejarah dalam sekolah akan dapat memastikan murid-murid mengetahui sejarah

negara kita dengan lebih mendalam justeru akan timbul perasaan cinta akan negara dalam

diri mereka dan akan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan Negara. Seterusnya,

guru boleh memberi galakkan kepada murid dengan memperkenalkan mereka dengan lagu

kebangsaan, lagu negeri dan lagu-lagu patriotisme. Demi mewujudkan identiti nasional yang

sebenar dalam diri murid, guru seharusnya menjadi pendorong dan pebimbing mereka.

Maka, identiti nasional dapat dicapai dengan mempunyai kesediaan menyuburkan titik-

persamaan dan memahami titik-perbezaan supaya keharmonian terjadi.

6

Page 7: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

4.0 - Rumusan

Kesimpulannya, guru-guru adalah tulang belakang dalam membentuk murid-

muridnya berdasarkan enam ciri utama seperti mana yang diungkapkan dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Dalam hal ini, para guru bertanggungjawab

dalam menyemai keenam-enam ciri tersebut dan membentuk modal insan yang berguna

kepada keluarga, masyarakat dan negara. Walaupun, profesion keguruan sememangnya

suatu cabaran yang besar tetapi sebagai seorang guru yang berkaliber dan berwawasan

tinggi, mereka harus bersedia menanggung beban-beban ini bagi merealisasikan hasrat

negara untuk menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tuntasnya,

peranan guru amatlah penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti,

bertanggungjawab, berkaliber, berwawasan tinggi, berpengetahuan, mempunyai kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran kepimpinan, kemahiran dwibahasa, etika dan

kerohanian dan memiliki identiti nasional yang sebenar sebagai seorang rakyat Malaysia.

7

Page 8: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

5.0 – Refleksi

Saya telah berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh selama satu tahun. Pada

hari pertama hinggalah sekarang saya telah mempelajari banyak perkara yang baru. Saya

dapat memperkasa minda saya dengan mempelajari kursus Falsafah Dan Pendidikan Di

Malaysia (EDUP 3013). Saya telah diamanahkan untuk membuat satu tugasan mengenai

kursus ini. Saya dikehendaki membincang sejauh mana penghayatan dan komitmen guru

terhadap Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan aspek-aspek pengamalan profesiomalisme

guru dapat membantu merealisasikan pencapaian aspirasi utama murid dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 dari segi enam ciri utama yang

diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global.

Semasa saya menerima kerja kursus ini, satu fikiran telah muncul di minda saya iaitu

sempatkah saya menyiapkan tugasan projek ini memandangkan terdapat beberapa tugasan

yang lain perlu dihantarkan kepada pensyarah dalam tempoh yang hampir sama. Keadaan

ini telah memberi tekanan dan menguji kebolehan saya untuk melaksanakan tugasan projek

ini. Walaubagaimanapun, saya tidak memberi alasan untuk tidak menghantarkan tugasan

projek ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sebaliknya, saya menghadapi cabaran ini dan

melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan.

Saya telah mengalami banyak masalah semasa saya membuat kerja kursus ini.

Terutamanya, semasa saya cuba mencari maklumat mengenai tajuk kerja kursus saya di

laman sesawang, saya dapati bahawa maklumat yang terdapat di internet adalah amat

kurang dan tidak begitu terperinci. Saya terpaksa berulang-alik dari perpustakaan ke kelas

hanya untuk mencari maklumat lanjut dan tepat di dalam buku-buku ilmiah yang terdapat di

perpustakaan.

Saya juga telah belajar cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah seperti menulis

rujukan mengikut format APA (American Psychological Association). APA merupakan satu

set peraturan yang digunakan untuk merujuk dan memudahkan pemahaman pembaca.

Dengan mengetahui format APA ini lebih mendalam saya dapat membuat tugasan dengan

lebih efektif. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan

apabila menjadi guru kelak.

Walaubagaimanapun, saya telah dapat mempelajari dan mengenali banyak tentang

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Saya telah

mengetahui secara mendalam tentang enam aspirasi utama murid yang terkandung dalam

PPPM. Antaranya, pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran

dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Keenam-enam aspirasi ini

8

Page 9: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

merupakan elemen penting dalam kehidupan para pelajar agar mereka dapat menjadi

seorang modal insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Dengan melakukan kerja kursus ini, saya juga telah mempelajari tentang peranan

guru dalam merealisasikan keenam-enam aspirasi tersebut. Guru harus menjadi cahaya

kepada para murid dan memimpin mereka ke arah yang menuju kepada kemajuan kendiri

dan kebolehan bersaing pada peringkat antarabangsa. Saya juga telah belajar untuk

mempersembahkan esei atau idea-idea saya di dalam pertunjukkan grafik. Saya dapat

membina peta minda menggunakan isi-isi penting yang terkandung dalam tugasan saya.

Sebagai menggulung hujah, saya amat berbangga dan bersyukur kerana saya

menimba pelbagai ilmu pengetahuan tentang FPG, FPK dan PPPM. Saya percaya bahawa

ilmu yang saya mendapat adalah amat berguna kepada saya apabila saya mendapat

peluang untuk mengajar di sekolah nanti.

9

Page 10: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

6.0 - Bibliografi

Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. (2015, Ogos 21). Carian PRPM @ DBP Malaysia. Retrieved from Laman Web Rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia: http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/

Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. (2015, July 30). Carian PRPM @ DBP Malaysia. Retrieved from Laman Web Rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=guru

Husain, A. (2008). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2 ed.). Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Keow, C. L. (2008). Falsafah dan pendidikan di Malaysia untuk program perguruan pendidikan rendah pengajian 4 tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Leonard, D. C. (2002). Learning Theories, A to Z. Greenwood Publishing Group.

Noriati A.Rashid, L. K. (2012). Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Purwanto, N. (1994). Ilmu Pendidikan Teoritis dan Praktis. Bandung.

Sidek Baba (2013, Oktober 17). PPPM: Kemahiran memimpin. Sinar Online. Dicapai daripada http://www.sinarharian.com.my/pppm-kemahiran-memimpin-1.211865

Sidek Baba (2013, Oktober 24). PPPM: Kemahiran dwibahasa. Sinar Online. Dicapai daripada http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/pppm-kemahiran-dwi-bahasa-1.213787

SIRAJ, S. B. (2011). Pengenalan Kepada Amalan Kepimpinan Guru di Malaysia:. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suhaila Annuar (2015, Mei 15). Guru galas cabaran bimbing akhlak lahir generasi beretika. BHOnline. Dicapai daripada http://www.bharian.com.my/node/54920

Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2015, Ogos 21). Pendidikan. Retrieved from Ensiklopedia Bebas: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan

10

Page 11: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

7.0 - Lampiran

Lampiran 1

11

Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM)

Pengetahuan

Menguasai Kemahiran Literasi & Numerasi

Mahir Dalam ICT

Mahir Dalam Bidang Seni, Muzik Dan

Sukan

KemahiranBerfikir

Berfikir secara kritis & kreatif

Menguasai Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi

Kemahiran Memimpin

Merangkumi 4 dimensi

Keusahawan

Berdaya Tahan

Kecerdasan Emosi

Kemahiran Berkomunikasi

KemahiranDwibahasa

Mempunyai kemahiran menulis & membaca dalam 2 bahasa

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Etika DanKerohanian

Menjadi seorang yang rasional,

amanah, bertimbang rasa & bertanggungjawab

Memiliki asas moral yang

kukuh

Identiti Nasional

Mengamalkan Lima prinsip

Rukun Negara

Memiliki Semangat Patriotisme yang tinggi

Enam Ciri Utama

Murid-murid AkanMurid-murid Akan Murid-murid Akan Murid-murid Akan

Murid-murid Akan Murid-murid Akan

Page 12: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

Lampiran 2

12

KANDUNGAN

FALSAFAH

PENDIDIKAN

GURU

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan

saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

menyanjung warisan budaya negara, menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat

yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

Page 13: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

Lampiran 3

13

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK

MURID BERPRESTASI

GLOBAL

GURU SEBAGAI PEBIMBING

DAN PENGURUS

GURU BERTINDAK

SEBAGAI PENUNJUK TELADAN

GURU MENJADI PENYAMPAI ILMU DAN PENDIDIK

GURU BERTINDAK

SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

GURU MENJADI

PEMBENTUK ADAB

GURU MENJADI PENGAJAR DAN

MENTOR

GURU BERTINDAK

SEBAGAI AGEN

SOSIALASI

GURU MENJADI

PENGELOLA DAN

PENYELIA

GURU BERTINDAK

SEBAGAI PEMBINA NEGARA