falsafah ag

Upload: kenjinakata

Post on 09-Mar-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

psikologi

TRANSCRIPT

1.0Pengenalan

Falsafah agama ialah falsafah yang mengkaji tentang kepercayaan agama, doktrin dalam agama, perbahasan agama, dan sejarah agama. Falsafah agama berbeza dengan ilmu agama kerana, ilmu agama mempunyai aspek kepercayaan (teologi) yang lebih apologetik sifatnya dan ia bersifat mempertahankan agama mereka sedangkan bidang falsafah agama cuba mengkaji agama adakah ia benar atau tidak dan bukannya mencari kebenaran dalam sesuatu agama. Tambahan lagi, kepercayaan agama itu diasaskan pada kitab suci masing-masing sedangkan falsafah agama berasaskan kepada; alasan, logik dan kajian. Selain itu, tujuan utama bidang falsafah agama ini ialah menilai ajaran agama iaitu; adakah tuhan itu wujud? Adakah kepercayaan itu munasabah? Apakah sifat semulajadi pengalaman beragama? Apakah nilai kepercayaan? dan Mengapa kejahatan wujud? Asas bagi perbahasan falsafah agama pula, adalah melalui epistomologi, metafizik, dan etika. Seperti yang dipetik dari tuliasan William Ernest;

"Theoritocal philosophy:Metaphysics: beliefs about reality; Epistemology: beliefs about belief;Logic: the technique of reasoning, sometimes included in

Practical philosophy, or the philosophy of values: Ethics: beliefs about principles of conduct; Esthetics : Beliefs about priinciples of beauty"(William Ernest: 1929)

Melalui falsafah agama juga seseorang mesti berfikir tentang dasar-dasar agama menurut logik dan secara bebas. a) membahas dasar-dasar secara analisis dan kritis tanpa terikat dengan mana-mana ajaran agama dan tanpa ada tujuan untuk menyatakan kebenaran sesuatu agama, b) membahas dasar-dasar agama secara analisi dan kritis, dengan maksud untuk menyatakan kebenaran ajaran-ajaran agama, atau sekurang-kutrangnya utk menjelaskan bahawa apa yang

9

diajarkan agama adalah sesuatu yang tidak mustahil dan tidak pula bertentangan dengan logik. Dalam perbahasan ini seseorang masih terikat dengan mana-mana ajaran agama masing-masing.

. 2.0Ketuhanan dan Agama

Dalam natural theology mengkaji kewujudan tuhan itu berdasarkan pengalaman sehari- hari dan penakulan iaitu mengikut pengetahuan dari akal secara berfikir. Sedangkan revealed theology ianya berdasarkan kitab suci dan wahyu yang mana ilmu pengetahuan itu didapati melalui kitab suci agama masing-masing

Makna tuhan adalah sesuatu yang disembah dan mengawal makhluk. Dalam agama- agama tertentu tuhan yang disembah berbeza-beza sama ada dalam bentuk tertentu dan patung- patung. Tuhan juga adalah sesuatu yang sering diberi perhatian yang keterlaluan. Dalam ajaran Islam pula, penganut mempercayai tuhan itu sebagai pencipta alam ini dan ianya zat yang kekal, berkuasa dan mengawal alam ini. Agama ialah sistem kepercayaan ianya sesuatu yang ideal dan merupakan amalan seseorang. Agama merupakan sesuatu institusi yang dipercayai dan sikap dan perasaan seseorang terhadap satu kuasa ghaib.

Mengikut perkataan Latin, agama iaitu religare yang bermaksud 'mengikat' (to tie/ to bind). Cicero telah mengaitkan istilah ini dengan relegere iaitu bermaksud mesti dibaca berulang kali (to read over again) , mungkin beliau mengaitkan maksudnya dengan sesuatu amalan yang mesti berterusan dilakukan. Ada juga sesetangah pemikir berpendapat bahawa agama sebenarnya tidk wujud tetapi yang wujud hanyalah kebudayaan. Namun, pendapat ini ditolak kerana adanya pendapat yang menyatakan agama dan kepercayaan adalah sesuatu yang berbeza iaitu, agama adalah sejenis sistem kepercayaan tapi, bukanlah kesemua kepercayaan itu ialah agama seperti mana fahaman theism yang mempercayai kewujudan tuhan namun thesime ini ia bukanlah agama. Di barat, ahli sosiologi dan antropologi telah mengkaji tentang agama tetapi tidak

mencadangkan supaya agama itu sebagai salah satu cabang atau sumber ilmu dan sebenarnya, ia telah pun pernah dicadangkan oleh seorang tokoh ilmu Jerman iaitu Friedrich Max Muller pada tahun 1870, telah mencadangkan satu idea yang radikal iaitu untuk mengembangkan sains berasaskan agama iaitu sicence of religion.

2.1 Konsep Ketuhanan

a. Dinamisme

Fahaman dinamisme yang berasal dari perkataan Yunani iaitu dinamis yang bermaksud kekuatan. Fahaman ini dianuti oleh manusia primitif kerana ia adalah konsep ketuhanan yang terawal dan pada masa ini kebudayaan masyarakat primitif ini masih rendah. Kekuatan ini mempunyai 5 sifat; 1. mempunyai kekuatan, 2. tidak dapat dilihat, 3. tidak mempunyai tempat dan jisim yang tetap, 4. pada dasarnya ia tidak semestinya bersifat baik dan pula buruk, dan 5. kadang-kadang ianya dapat dikawal dan tidak. Oleh kerana penganut fahaman ini adalah dari manusia primitif, mereka mempercayai tiap-tiap benda yang berada di sekeliling mereka mempunyai kekuatan batin atau dipanggil sebagai semangat. Semangat ini adalah sesuatu yang rahsia yang tidak diketahui iaitu mempunyai kekuatan batin yang misteri. Ianya kekuatan yang tidak dapat dilihat, ghaib, misteri, yang dapat dilihat adalah cuma kesannya, contohnya umpama elektrik yang tidak dilihat dengan mata tetapi kesannya dapat dilihat apabila kipas dapat bergerak keranan kesannya dari elektrik tersebut. Selain itu, orang primitif juga mempercayai benda selain alam semulajadi juga mempunyai semangat, contohnya, gerakan kereta di darat, kapal di laut. Bagi orang primitif, kereta itu mempunyai mana ( semangat), juga kapal tersebut. Semangat yang dipercayai oleh mereka itu juga terdapat dalam segala apa yang mempunyai efek besar dan menarik perhatian. Contohnya, kayu yang tidak mahu terbakar, singa yang mempunyai kekuatan luar biasa, manusia juga seperti perwira yang sentiasa menang dalam peperangan, orang berumur lebih 100 tahun, ayah yang mempunyai anak-anak yang luar biasa banyaknya. Mereka mempercayai semua manusia ini mempunyai mana. Manusia yang semasa hidupnya mempunyai

mana, sesudah mati akan disembah dipercayai agar mananya dapat membantu si penyembah tersebut.

b. Animisme

Berasal dari perkataan Latin iaitu anima bermaksud jiwa. Konsep fahaman ini ialah percaya kepada roh-roh. Konsep faham ini telah meningkat dari sebelumnya dinamisme yang percaya kepada semangat (mana) kini meningkat kepada roh-roh. Kepercayaan kepada roh-roh ini adalah kepada semua benda sama ada bernyawa dan tidak bernyawa mempunyai roh. Penganut fahaman ini mempercayai roh-roh itu masih samar-samar dalm bentuk dan sifatnya, belum mempunyai keperibadian seperti mana kepercayaan kepada dewa-dewa atau tuhan yang sudah peribadian tersendiri.

c. Polytheisme

Dalam faham polytheisme ini ia telah meningkat dari fahaman sebelumnya animisme yang percaya kepada roh meningkat kepada percaya pada dewa-dewa. Kepercayaan kepada dewa-dewa ini adalah berbeza dengan roh kerana, dewa mempunyai darjat yang lebih tinggi dari roh, lebih berkuasa, dan lebih mulia dari roh. Dalam konsep ini, kepercayaan kepada dewa iaitu dengan menyembah dewa yang banyak iaitu melebihi satu dewa dan dewa-dewa tersebut mempunyai keperibadian sendiri. Contohnya, Sang Surya dewa cahaya, Wotan dewa angin dan sebagainya. Jadi, dalam kehidupan penganut fahaman ini mereka pasti akan menyembah kesemua dewa tersebut kerana memerlukan kuasa dari kesemua mereka kerana kuasa dewa tersebut tidak mutak. Contohnya jika, sesuatu masayarakat memerlukan angin maka mereka akan menyembah dewa angin Wotan, pada masa yang sama juga jika mereka memerlukan cahaya maka mereka akan menyembah dewa cahaya pula. Jadi di sini wujudnya pertembungan tugas antara dewa-dewa tersebut.

d. Henotheisme

Konsep henotheims ini pula masih lagi menyembah dewa-dewa yang ramai tetapi hanya akan mengutamakan beberapa dewa dari dewa-dewa tersebut sebagai objek penyembahan. Dalam erti kata lain, satu dewa sahaja yang akan diberi kedudukan tertinggi di antara banyak- banyak dewa tersebut. Cotohnya, dewa Zeus dalam agama Yunani merupakan bapa dan kepala kepada keluarga dewa-dewa (pantheon), dan dia akan disembah dan dimuliakan oleh penganut melebihi ketinggian dari dewa-dewa yang lain.

.e. Monotheisme

Konsep monothesime ini tidak lagi mempercayai kepada dewa-dewa mahupun tuhan yang banyak tetapi, mempercayai di seluruh alam semesta ini hanya wujud satu tuhan sahaja. Tuhan yang satu tersebut berkuasa terhadap seluruh manusia dan makhluk serta pergerakan alam kosmos ini adalah di bawah jagaannya. Dalam fahaman ini masih belum mempersoalkan tempat tuhan berada, sekadar mempercayai tuhan itu hanya satu dan berkuasa ke atas segala-galanya.

f. Deisme

Dalam fahaman ini mula mempersoalkan adakah tuhan itu ada di alam semesta ini atau setelah tuhan menciptakan alam ini tuhan meninggalkan alam ini kapada manusia serta bersama hukum alam ini dan alam ini akan bergerak mengikut hukum-hukum yang ditinggalkan tuhan. Dalam fahaman ini tuhan itu transcendent iaitu tidak berada ada di alam ini dan bukannya immanent. Fahaman ini mempercayai tuhan itu sebagai pencipta alam ini sahaja, setelah menciptakan alam ini tuhan meninggalkan alam ini (transcendent) dan alam ini tidak berhajat

lagi kepada tuhan lagi kerana alam ini akan bergerak dengan hukum-hukum dan mekansme sendiir yang telah diatur oleh tuhan. Dalam fahaman ini tidak mempercayai mukjizat dan doa tiada tempat untuk doa disebabkan oleh tuhan yang transcencent itu. Tuhan diibaratkan seperti "Absantee landlord" iaitu tanah yang tiada tuan tanah.

g. Theisme

Konsep Thesime pula ada sedikit sefahaman dengan Deisme, iaitu pendapat bahawa tuhan adalah Transcendent iaitu di luar alam, namun sefahaman juga dengan Phanteisme, dengan mengatakan bahawa tuhan sungguhpun berada di luar alam, tuhan juga dekat dengan alam. Thesime berlawanan dengan deisme dalam konsep alam dengan menyatakan bahawa alam setelah diciptakan tuhan, bukan tidak lagi berhajat kepada tuhan, malahan tetap juga berhajat pada tuhan. Tuhan merupakan sebab bagui kewujudan alam ini. Segala-galanya bersandar kepada sebab ini. Tuhan adalah dasar dari segala yang ada dan yang trejadi di alam ini. Kosmos ini tidak akan wujud dan berdiri tanpa tuhan walaupun sehari. Tuhanlah yang terus menerus mengatur alam ini. Dialah yang menggerakkannya. Dalam fahaman ini, alam ini tidak beredar mengikut hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang tidak berubah, tetapi beredar menurut kehendak mutak tuhan. Oleh sebab itu theisme mengakui adanya mukjizat dan do'a juga mempunyai tempat.

h. Naturalisme

Naturalisme berkembang dari peringkat deisme. Naturalisme mempercayai alam ini setelah dijadikan tuhan, tidak lagi berhajat kepada tuhan kerana tuhan menjadikannya berjalan menurut peraturan-peraturannya, tetap dan tidak berubah-ubah, akhirnya membawa kepada naturalisme. alam ini berdiri sendiri, serba sempurna, beredar dan beroperasi menurut sifat-sifat yang terdapat dalam dirinya sendiri menurut hukum sebab dan musabab. Alam ini tidak berasal dari kekuatan

ghaib dan supernatural dan tidak bergantung pada kekuatan ghaib atau supernatural. Fahaman ini muncul setelah ilmu pengetahuan tentang alam iaitu ilmu sains bertambah maju, tiada misteri lagi alam ini. Contohnya, hujah seorang naturalist abad ke-19 mengatakan dia telah menyelidiki seluruh langit dengan teleskop, tetapi tidak menemui tuhan. Fahaman ini benar-benar beranggapan bahawa alam semulajadi atau pun alam semesta ini ialah realiti sebenarnya.

"Naturalism is the type of metaphysics which takes Nature as the whole reality. That is, it excludes whatever is supernatural or other-worldy. Whatever appears independent of natural law, such as human life or the scheme of imagination, is really a part of the scheme of nature." 1

3.1 Penghujahan Kewujudan Tuhan

3.2 Theisme

Berpendapat bahawa Tuhan adalah transcendent, iaitu di luar alam, tetapi menyatakan sungguh pun tuhan berada di luar alam, juga dekat dengan alam. Menyatakan setelah alam dicipta, alam bukan tidak lagi berhajat kepada tuhan, malahan tetap berhajat kepada tuhan. Tuhan adalah sebab bagi wujudnya alam ini. Segala-galanyanya bersandar pada sebab ini. Tuhan adalah punca segala yang ada yang terjadi di alam ini. Kosmos ini tidak mampu wujud dengan sendiri tanpa tuhan wlalupun sehari. Tuhanlah yang terus menerus mengatur alam ini. Alam ini tidak beredar mengikut hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang tidak berubah, tetapi beredar menurut kehendak mutlak tuhan. Oleh itu mengaku adanya mukjizat dan perlunya doa.

3.3 Atheisme

Fahaman bahawa tuhan itu tiada tidak wujud katanya. Alam itu berdiri sendiri serta lengkap dan bergerak dengan menurut hukum yang terdapat dalam dirinya sendiri, tuhan tidak perlu. Hujah Atheist yang pertama mengatakan, kalau betul tuhan itu ada mengapa ia tidak menunjukkan dirinta secara nyata dan jelas kepada manusia? Atheist juga tidak berpuas hati dengan penjelasan adanya mukjizat dan wahyu. Kedua, dan kalau betul tuhan itu ada mengapa ia tidak menjadikan alam ini sekaligus sempurna.? Sebab atheist melihat alam ini penuh dengan ketidaksempurnaan. Ketiga, mereka mempersoalkan apa perlunya beribu-ribu anak dilahirkan ke dunia ini untuk beberapa waktu dan kemudiannya mati kerana penyakit, kurang makanana, atau kerana diabaikan oleh orang tuanya?

3.4 Agnotheisme

Agnotheisme merupakan fahaman yang dibawa oleh Huxley Henry (1825-1895) merujuk kepada kata lawan bagi gnostic, yang mengatakan bahawa pengetahuan positif tentang tuhan dapat diperoleh manusia. Aliran ini berfahaman ragu-ragu tentang tuhan itu ada dan tidak dengan tegas mengatakan tuhan itu tiada. Tuhan mungkin ada, tetapi manusia tidak mampu mengetahui secara positif. Fahaman ini juga disebut sceptisme (ragu-ragu). Huxley adalah seorang agnostic iaitu seorang yang tak mempunyai fahaman positif tentang ketuhanan. Oleh itu, fahaman ini percaya kepada adanya tuhan, tapi tidak tahu siapa dan bagaimana sifat-sifat tuhan itu. Tuhan baginya merupakan sumber dari segala yang ada . Di mana tuhan? apakah dia satu, tiga? apa bersifat baik atau buruk? maha tahu atau tidak? maha penyayang atau tidak? ianya tak dapat diketahui dan persoalan tersebt lah yang menjadikan ianya ragu-ragu. Baginya, sifat-sifat tuhan itu amat jauh dan besar untuk dapat diketahui oleh manusia.

4.1 Kejahatan

Kejahatan adalah sesuatu yang tidak positif sifatnya di mana sifat kebaikan itu telah hilang dan juga nilai baik dalam sesuatu itu telah mengurang. Selain itu, sesuatu yang menimbulkan masalah kepada manusia dan makhluk lain juga dikira sebagai kejahatan. Contohnya menimbulkan masalah kepada manusia ialah perbuatan merompak, mencuri, mencabul, dan membunuh. Manakala menimbulkan masalah kepada makhluk lain seperti mendera mnyeksa haiwan, menggunakan sumber alam dan semula jadi secara rakus. Mengikut pandangan agama pula, kejahatn itu ialah perbuatan yang bertentangan dengan perintah dan suruhan tuhan contohnya dalam agama Islam, perbuatan melanggar perintah dan suruhan Allah itu dikira kejahatan dan implikasi perbuatan kejahatan itu seseorang berdosa dengan Allah tuhannya.

4.2 Permasalahan Kejahatan

Kejahatan terdapat dalam alam ini wujud dalam berbagai bentuk seperti penderitaan yang tidak sepatutnya, penganiayaan oleh yang kuat kepada yang lemah, wabak, peperangan, kebuluran, dan kezaliman. Mengikut pembahagian, kejahatan dibahagi kepada kejahatan moral (berkaitan dengan kelakuan manusia dari aspek betul atau salah), kejahatan fizikal (bencana alam disebabkan alam semulajadi), dan kejahatan psikologikal (kesakitan atau kesedihan yang melanda seseorang). Kejahatan yang ditimbulkan alam semulajadi (tabiat). contonya, banjir, angin taufan, gempa bumi, peletusan gunung berapi dan bencana-bencana alam yg lain. Kejahatan yang ditimbulkan oleh tingkah laku manusia contohnya, mencuri, membunuh, menyiksa orang dn perbuatan jahat lainnya yang ditimbulkan oleh manusia.

Adanya kejahatan tersebut menimbulkan dua persoalan atau dilema; 1. tuhan bukanlah sebenarnya bersifat baik; 2. tuhan tidak berkuasa untuk menghalang dan menidakkan kejahatan.

Namun, bagi Atheisme ia tidak menjadi masalah kerana mereka tidak percaya wujudnya tuhan itu. Jadi, mereka memang menganggap kejahatan itu wujud adalah perkara biasa iaitu tabiat dan lumrah alam.

Hubungan kejahatan dengan kewujudan tuhan menjadi persoalan. Mengapa kejahatan wujud, adakah tuhan itu tidak wujud hingga menyebabkan kejahatan bermaharajalela di dunia. Sekiranya tuhan itu wujud, adakah tuhan itu tidak mengetahui wujudnya kejahatan disebabkan itu lah wujudnya kejahatan meskipun pada masa yang sama tuhan itu wujud. Boleh jadi tuhan itu wujud tetapi disebabkan kuasanya yang terhad hingga tidak mampu mengawal atau menghapuskan kejahatan itu.

5.0 Kesimpulan

Kejahatan memang wujud walaupun pada masa yang sama tuhan itu wujud. Agama Kristian menyatakan tuhan itu wujud kerana kejahatan wujud. Agama Islam menyatakan tuhan memang wujud walaupun berlaku kejahatan. Manusia tidak mampu hidup tanpa bergantung kepada kekuasaan selain dari manusia dan makhluk lain kerana kuasa manusia amat lemah dan kerdil. Manusia merupakan makhluk yang berhajat sedangkan tuhan itu tidak berhajat kepada makhluk-Nya. Setiap manusia memerlukan tempat bergantungan kerana manusia lemah dan tuhan lah tempat itu kerana tuhan itu maha berkuasa. Semenjak zaman manusia primitif lagi manusia tercari-cari kekuasaan-kekuasaan yang ghaib yang dianggap supernatural, malahan, sanggup memuja dan menyembah untuk mendapat kekuasaan. Pada zaman Arab jahiliah juga sebelum kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. , masayarakat pada zaman tersebut juga sudah menjadi penyembah sebelum mereka menemukan tempat dan tuhan yang layak disembah. Jadi, jelas menunjukan dari sejarah awal dan lampau menunjukan manusia itu telahpun dan sering tercari-cari kebenaran tuhan itu dan kebenaran agama itu.

10

Rujukan

Wainwright, W. J. (editor). The Oxford Handbook of Philosophy of Religion. University of Winsconsin,Milwaukee.Robinson, J. M. 1968. An Introduction to Early Greek Philosophy. Harvard UniversityPress, New York and London.Halverson, W. H. 1969. A Concise Introduction to Philosophy. Random House, Inc, New York. Hocking, W. E. 1929. Types of Philosophy. New York.Leaman, O. 1999. A Brief Introduction to Islamic Philosophy. Polity Press, cambridge, UK. Fakhry, M. 1989. Sejarah falsafah Islam. Longman Group Ltd, London.Nasution, H. Falsafat Islam. Bulan Bintang, Jakarta.

Wolff, R. P. 1979. Introductory Philosophy. Prentice-Hall, N. J.

KUMPULAN 9

MOHD NAJIB BIN MOHD ZAKUANMOHAMAD YUNUS BIN MOHAMADMOHD BUKHARIMOHD AZRUL SHAH BIN MOHD RAZALIMOHD NORIZAM BIN IDRIS

+