fakulti pendidikan dan bahasa semester mei /...

Download FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7209251352… · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei / 2012 hbml1203 fonetik

If you can't read please download the document

Upload: buingoc

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER MEI / 2012

    HBML1203

    FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    NO. MATRIKULASI : 720925135253001

    NO. KAD PENGNEALAN : 720925135253

    NO. TELEFON : 012-8832169

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK

  • HBML1203

    1

    ISI KANDUNGAN

    1. Pendahuluan

    1.2 Definisi fonetik

    1.2.1 Fonetik artikulasi

    1.2.2 Fonetik akustik

    1.2.3 Fonetik auditori

    1.3 Definisi fonologi

    2. Bunyi vokal dan konsonan

    2.1 Ciri-ciri bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara

    2.2 Daerah artikulasi

    2.3 Alat-alat artikulasi

    3. Bunyi fonem dan alofon

    4. Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan kaitannya dengan kemahiran lisan

    4.1 Definisi

    4.2 Tekanan

    4.3 Nada

    4.4 Jeda

    4.5 Panjang-pendek

    5. Kesimpulan

  • HBML1203

    2

    1.1 Pengenalan

    Tugasan kami kali ini merupakan satu kajian yang akan menjelaskan kajian

    mengenai aspek definisi, ciri-ciri, daerah artikulasi, lambang-lambang vokal dan

    konsonan, fonem dan alofon, ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan

    kepentingannya di dalam pembelajaran kemahiran lisan.

    Daripada kajian yang telah dibuat, diharpkan akan dapat membantu semua guru

    terutamanya guru-guru bahasa, agar dapat mengajar murid-murid mengikut kaedah-

    kaedah yang betul dan cara penyampaian yang cekap dan lengkap.

    1.2 Definisi Fonetik

    Menurut Kamus Dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang

    berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan penyebutannya. Ini

    diikuti dengan Marsono (1986:1), yang menyatakan bahawa ilmu fonetik ialah ilmu yang

    mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna

    dalam sesuatu bahasa.

    Daripada kedua-dua definisi yang dinyatakan di atas, dapat dibuat kesimpulan

    bahawa ilmu fonetik adalah kajian yang dibuat hasil daripada tinjauan terhadap jisim atau

    bahan fizik yang mewujudkan bentuk ucapan. Dengan kata lain, fonetik ialah kajian yang

    berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik), dan pendengaran

    (auditori).

    Berikut adalah huraian mengenai ketiga-tiga bidang fonetik yang dinyatakan di

    atas. Jelas ianya mempunyai perkaitan di antara satu sama lain.

    1.2.1 Fonetik artikulasi

    Untuk lebih jelas, fonetik artikulasi adalah fonetik yang mengkaji bagaimana

    bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Proses-proses ini sebenarnya dihasilkan dengan

  • HBML1203

    3

    melibatkan organ-organ manusia seperti paru-paru, larings, rongga mulut,

    hidung dan akhir sekali bibir. Dapatan daripada kajian ini ialah penghasilan

    bunyi bahasa bermula dari tekanan udara di dalam paru-paru sehinggalah yang

    terakhir iaitu melepasi kedua-dua bibir. Sumbangan daripada kajian fonetik

    artikulasi ini yang jelasnya ialah membantu guru mengenai cara menyebut dan

    membunyikan sesuatu huruf dengan tepat; yang biasanya diaplikasikan oleh

    seseorang guru di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

    1.2.2 Fonetik akustik

    Berlainan dengan fonetik artikulasi, fonetik akustik pula mengkaji ciri-ciri

    fizikal bunyi dan juga gelombang-gelombang bunyi yang dihasilkan oleh

    seseorang penutur. Aspek-aspek yang biasa dikaji dalam kajian ini ialah nada,

    ton, kenyaringan dan tempoh masa seseorang penutur menghasilkan bunyi.

    Untuk menjalankan kajian ini, alat seperti spektogram yang menghasilkan graf

    gelombang digunakan untuk mengukur dan menganalisis gelombang bunyi

    bahasa. Dapatan daripada kajian ini banyak membantu penutur agar dapat

    menuturkan sesuatu bahasa dengan nada dan intonasi yang betul.

    1.2.3 Fonetik auditori

    Mempunyai persamaan dengan perkataan audio, kajian auditori ini adalah

    kajian berkenaan dengan pendengaran dan juga proses-proses tertentu yang

    wujud semasa telinga seseorang mendengar bunyi bahasa. Kajian ini

    melibatkan ke semua alat pendengaran luaran dan dalaman telinga. Proses-

    proses yang dikaji pula adalah proses memungut rangsangan, menyalurkan

    semua rangsangan ke otak yang kemudiannya dianalisis oleh otak.Individu

    yang mempunyai masalah pendengaran bahasa mendapat faedah dari kajian ini

    kerana ianya dijadikan sebagai satu kaedah rawatan dan pemulihan.

  • HBML1203

    4

    1.2.4 Rumusan yang boleh dibuat daripada huraian mengenai kajian fonetik ini ialah

    kesemuanya dijalankan untuk membantu seseorang penutur agar dapat

    menuturkan sesuatu bahasa pada aras yang betul dan terbimbing. Ini sudah

    pastinya dapat membantu murid untuk belajar sesuatu bahasa dengan baik dan

    berkesan.

    1.3 Definisi fonologi

    Seperti yang telah dinyatakan di awal tadi, fonologi ialah kajian bunyi bahasa

    manusia secara saintifik. Beberapa orang tokoh ilmu fonologi teelah memberikan

    definisi masing-masing mengenai fonologi. Parker (1974:112) contohnya,

    menjelaskan ilmu fonologi ialah suatu bidang yang meengkaji sesuatu bahasa, iaitu

    yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan.

    Yang pastinya, daripada definisi yang telah dinyatakan, ilmu fonologi ditakrifkan

    sebagai kajian bunyi bahasa manusia secara saintifik. Walaupun sesuatu bunyi itu

    mempunyai makna, tidak semestinya bunyi tersebut digolongkan sebagai bunyi

    bahasa melainkan bunyi tersebut dihasilkan oleh alat artikulasi. Apakah alat artikulasi

    akan dibincangkan di bahagian yang seterusnya nanti.

    2. Bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu

    Dalam bahagian ini, kita akan melihat bagaimanakah bunyi konsonan dan vokal

    Bahasa Melayu dihasilkan. Bunyi vokal seperti yang semua sedia maklum adalah

    bunyi yang terhasil daripada lima huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u. Semua huruf vokal

    ini adalah bunyi oral. Walau bagaimanapun, ada di antaranya yang dinasalkan. Sifat

    huruf vokal yang lain ialah ianya ialah bunyi bersuara. Bagi menghasilkan bunyi vokal

  • HBML1203

    5

    pula, udara akan keluar melalui rongga oral tanpa sekatan. Sifat huruf vokal yang

    seterusnya ialah sifatnya ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir.

    Bunyi konsonan pula berlainan dengan bunyi vokal. Sifatnya yang paling ketara

    ialah bunyi-bunyi bahasa ini apabila dikeluarkan; akan menerima sekatan, sempitan,

    dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi

    konsonan juga ada yang bersuara dan tidak bersuara. Terdapat sebanyak 22 jenis

    konsonan dan setiap satunya mempunyai cara bunyian yang berbeza. Di bawah ialah

    carta konsonan Bahasa Melayu yang biasa digunakan.

    2.1 Ciri-ciri bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara.

    Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara

    pula? Bunyi bersuara sebenarnya ialah bunyi yang dihasilkan terutama apabila

    seseorang membunyikan huruf vokal. Ianya dipanggil bunyi bersuara karana

    udara keluar daripada rongga oral tanpa sebarang sekatan. Bunyi-bunyi vokal

    itu juga dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu vokal hadapan,

    bunyi belakang dan vokal tengah.

  • HBML1203

    6

    Manakala bunyi tidak bersuara pula biasanya didapati apabila seseorang

    membunyikan huruf konsonan. Dalam penghasilan bunyi konsonan biasanya,

    bunyi-bunyi akan terhasil apabila mekanisma bunyi iaitu bibir dibuka atau

    ditutup.

    2.2 Daerah artikulasi

    Daerah artikulasi sebenarnya ialah daerah penyebutan. Daerah artikulasi

    ini terletak di bahagian dalam mulut iaitu di bahagian lelangit keras.

    2.3 Alat-alat artikulasi.

    Alat-alat artikulasi adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di atas.

    Di antara alat artikulasi yang biasa kita lihat ialah bibir. Bibir terletak di

    bahagian luar rongga mulut yang berfungsi menyekat perjalanan udara. Bibir ini

    sebenarnya terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang mana boleh dihampar dan

    dibundarkan.

  • HBML1203

    7

    Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam

    pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah, seperti mana yang dapat dilihat di dalam

    gambar rajah. Gusi pula adalah olat artikulkasi yang terletak di antara gigi dan

    lelangit keras. Keadaannya cembung, melengkung dan ia berfungi sebagai daerah

    artikulasi.

    Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran

    dengan lelangit lembut. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-

    sama dengan lelangit lembut dalam menentukan sesuatu bunyi yang hendak

    dikeluarkan sama ada sengau atau tidak. Gigi memainkan peranan dalam

    penghasilan bunyi tetapi peranannya tidak aktif sebab ianya tidak boleh bergerak.

    Rongga seperti dalam gambar rajah, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

    rongga mulut, rongga hidung dan juga rongga tekak. Rongga adalah bahagian

    lapang yang menjadi teempat laluan udara keluar masuk daripada paru-paru.

    3.0 Bunyi fonem dan alofon

    Apakah sebenarnya bunyi fonem? Bunyi fonem sebenarnya ialah bunyi bahasa

    yang menunjukkan perbezaan erti. Contohnya perkataan tayang dan balang. Jika didengar

    bunyinya seakan sama tetapi yang membezakannya ialah bunyi fonem [b] dan [l]. Oleh

    kerana fonem [b] dan [l] menyebabkan perbezaan erti, maka [b] dan [l] ialah fonem.

    Alofon pula ialah pasangan dua perkataan yang mempunyai perbezaan yang

    paling minimum bezanya. Contohnya perkataan /faham/ dan /paham/. Walaupun

    mempunyai perbezaan, ianya tidak ketara dan variasi bunyi sahaja yang berbeza.

  • HBML1203

    8

    4.0 Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan kaitannya dengan kemahiran lisan

    4.1 Definisi

    Suprasegmental adalah unsur-unsur bahasa yang kita gunakan di dalam pertuturan

    atau semasa aktiviti lisan. Unsur-unsur bahasa yang dimaksudkan ialah tekanan, nada,

    jeda dan panjang-pendek. Daripada unsur-unsur inilah kita dapat bertutur dengan

    betul.

    4.2 Tekanan

    Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras

    atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan

    untuk tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima

    tekanan itu misalnya /buda?/. Akan tetapi dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak akan

    membezakan makna sama sekali.Contoh lain yang dapat diberi ialah /kaka?/

    4.3 Nada

    Nada pula adalah kadar meninggi atau menurunnya pengucapan sesuatu suku kata

    atau perkataan. Kebiasaannya nada akan ditandakan dengan nombor 1 (rendah), 2

    (biasa), 3 (tinggi) dan 4 (tinggi sekali). Contohnya untuk ayat penyata, ianya

    dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turu

    hingga 1.

    Contoh: 2 saya hendak 3 balik

    Dalam Bahasa Melayu, nada adalah tidak fonemik. Ini bermaksud bahawa nada

    tidak mempunyai sifatsifat bunyi seperti pebghasilan sesuatu fonem.

  • HBML1203

    9

    4.4 Jeda

    Jeda juga dikenali sebagai persendian, iaitu unsur yang memisahkan antara

    unsur-unsuir linguistik, sama ada perkartaan, ayat atau rangkai kata. Lambang

    yang digunakan untuk menunjukkan jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan

    makna.

    Contoh:

    [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan

    nasi# ema?]

    4.5 Panjang-pendek

    Panjang-pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu

    diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:]

    bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua

    mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi Bahasa Melayu, unsur ini juga

    tidak membezakan makna.

    5.0 Kesimpulan

    Daripada apa yang telah dibincangkan dari awal tugasan ini, kajian fonologi dan

    fonetik serta ciri-ciri fonem banayak membantu dalam proses pengajaran subjek Bahasa

    Melayu di sekolah. Sekiranya dapat dipraktikkan dengan baik, nescaya satu hari nanti

    Bahasa Melayu akan berada di tempat yang tinggi martabatnya kerana ianya dapat diajar

    dengan berkesan.

  • HBML1203

    10

    RUJUKAN / REFERENSI

    Dr Ali Mahmood, dan rakan-rakan (2012). Modul HBML1203 Fonetik Dan Fonologi

    Bahasa Melayu, UNITEM : Kuala Lumpur

    Nik Safiah Karim, dan rakan-rakan (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, DBP :

    Kuala Lumpur