fakta
TRANSCRIPT
Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.
Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai
pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.
Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual
aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan
membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka
terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga
harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
pembendaharaan kata.
Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang
diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya.
Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam
pelajaran.
Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di
kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu
topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat
diselesaikan segera.
Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Oleh itu, pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan
tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.
Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan cara-cara
kamu menggembirakan ibu bapa.
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita
tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati
hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu,
wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia akan
menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain,
bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia juga
akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah
tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-
sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita
gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka
dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah
dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu
menggembirakan hati mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap
dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat,
mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh
kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira
bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita
sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan
hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebi
Fakta: Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan.
Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan
baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan
mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara
seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk
semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan
kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran
sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan
kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui
aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya.
Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan
sesama jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila
jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah
bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah
sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran.
Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh
kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga
sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran
tetangga sentiasa aman dan harmoni.
Fakta: Cara-cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya. Demam
denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Peyakit ini
sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat nyamuk Aedes di
negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun.
Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara cara
untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan
yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut seperti di dalam tempayan,
pasu-pasu bunga, dan kolam mandi. Pastikan nyamuk tidak membiak di dalam tempat-
tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap minggu dan dibasuh sehingga bersih
untuk memusnahkan telur nyamuk.
Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk
daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan
dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.
Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan
nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk
membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.
Di samping itu, jika menggunakan takungan air untuk memerangkap semut daripada
naik ke meja atau almari, air takungan itu perlulah dimasukkan garam sebanyak 2 sudu
teh untuk mencegah pembiakan nyamuk.
Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan seperti
ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah ikan-ikan ini dalam
tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes ini. Jika tidak, masukkan
ubat pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan yang betul ke dalam semua
bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.
Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes.
Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Ambillah tindakan yang sewajarnya jika mendapati tempat tersebut
boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Faedah Makan Buah-buahan Tempatan
Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan tempatan ialah buah yang
berasal dari negara kita.Contoh buah-buahan tempatan yang banyak terdapat seperti
durian,langsat,rambutan manggis dan lain-lain.
Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih
segar.Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang dan sebagainya.Sudah
tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-
buahan tersebut masih terpelihara.
Di samping itu kita patut makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini mudah
didapati dan dibeli terutama pada musim buah-buahan.Tambahan pula sekiranya kita
rajin bercucuk tanam terutama mereka yang tinggal di kampung, buah-buahan seperti
pisang dan betik hanya diperoleh di belakang rumah sahaja.
Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya jauh lebih murah jika dibandingkan
dengan buah-buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan import harganya
dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan.Oleh itu kita
dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian.
Seterusnya dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan kita lebih terjamin.Ini
disebabkan buah-buahan tempatan tiada bahan pengawet yang mengandungi bahan
kimia berbahaya.kebanyak buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan
pengawet supaya tahan lama.Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti
keracunan makanan dan sebagainya.
Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh
sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.
kARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh
badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan
aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh
badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan
sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam
tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika
belajar di dalam kelas.
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan
menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira
umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman,
kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara
bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu
lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri
daripada terjebak dalam gejala sosial.
Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama
sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili
pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi
mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama
sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita
bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
masyarakat yang cerdas dan cergas.