makanan segera dan fakta mengenainya

32
MAKANAN SEGERA DAN FAKTA MENGENAINYA Manusia merupakan makhluk Tuhan paling bijak. Benarkah? Tuhan mengurniakan manusia dengan akal, supaya manusia dapat memebezakan perkara yang baik dan buruk. Manusia memang bijak. Manusia membawa kemajuan kepada dunia ini. manusia mula mencipta pelbagai benda untuk memudahkan kehidupan seharian mereka. Manusia mencipta kereta, komputer, telefon, pembakar roti dan televisyen. Ciptaan ini memang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat manusia di muka bumi. Namun, apa komen anda tentang makanan segera? Atau fast food? Makanan segera adalah salah satu ciptaan manusia, idea manusia, datang dari seorang manusia. Soalan, apakah kegunaan makanan segera kepada manusia? Sebagai sumber makanan? Soalan lagi. Kenapa mesti dalam bentuk segera? Kenapa tidak makanan itu dijual dalam keadaan yang segar dan mentah? Atau manusia sudah semakin malas dan tidak ada masa untuk makan makanan segar, oleh itu manusia memilih makanan segera. Ya, mungkin teori ini benar. Sebelum itu, satu lagi soalan. Apa sebenarnya makanan segera? Di mana makanan segera ini boleh didapati? Apakah kandungan sebenar makanan segera yang kita telan saban waktu? Adakah makanan segera memiliki khasiat yang sama seperti makanan segar? Dengan kata lain, adakah khasiat Big Mac sama seperti khasiat sebiji betik? Apa yang membuatkan makanan segera ini sangat mendapat tempat dalam hati masyarakat dunia? Terlalu banyak persoalan. Oleh itu, esei ini akan memberikan jawapan kepada semua persoalan-persoalan di atas. Menurut Wikipedia, makanan segera atau dikenali juga sebagai Quick Service Restaurant (QSR) merupakan istilah bagi makanan yang boleh disediakan dengan cepat. Apa-apa hidangan dengan masa penyediaan yang sangat sekejap dikategorikan sebagai makanan segera. Kebiasaannya istilah ini merujuk kepada makanan yang

Upload: siti-norhalida

Post on 18-Jun-2015

1.920 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makanan segera dan fakta mengenainya

MAKANAN SEGERA DAN FAKTA MENGENAINYA

Manusia merupakan makhluk Tuhan paling bijak. Benarkah? Tuhan mengurniakan manusia dengan akal, supaya manusia dapat memebezakan perkara yang baik dan buruk. Manusia memang bijak. Manusia membawa kemajuan kepada dunia ini. manusia mula mencipta pelbagai benda untuk memudahkan kehidupan seharian mereka. Manusia mencipta kereta, komputer, telefon, pembakar roti dan televisyen. Ciptaan ini memang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat manusia di muka bumi. Namun, apa komen anda tentang makanan segera? Atau fast food? 

Makanan segera adalah salah satu ciptaan manusia, idea manusia, datang dari seorang manusia. Soalan, apakah kegunaan makanan segera kepada manusia? Sebagai sumber makanan? Soalan lagi. Kenapa mesti dalam bentuk segera? Kenapa tidak makanan itu dijual dalam keadaan yang segar dan mentah? Atau manusia sudah semakin malas dan tidak ada masa untuk makan makanan segar, oleh itu manusia memilih makanan segera. Ya, mungkin teori ini benar.

Sebelum itu, satu lagi soalan. Apa sebenarnya makanan segera? Di mana makanan segera ini boleh didapati? Apakah kandungan sebenar makanan segera yang kita telan saban waktu? Adakah makanan segera memiliki khasiat yang sama seperti makanan segar? Dengan kata lain, adakah khasiat Big Mac sama seperti khasiat sebiji betik? Apa yang membuatkan makanan segera ini sangat mendapat tempat dalam hati masyarakat dunia? Terlalu banyak persoalan. Oleh itu, esei ini akan memberikan jawapan kepada semua persoalan-persoalan di atas.

Menurut Wikipedia, makanan segera atau dikenali juga sebagai Quick Service Restaurant (QSR) merupakan istilah bagi makanan yang boleh disediakan dengan cepat. Apa-apa hidangan dengan masa penyediaan yang sangat sekejap dikategorikan sebagai makanan segera. Kebiasaannya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran atau kedai-kedai yang menggunakan bahan yang berkualiti rendah dan dihidang dalam bentuk paket kepada pelanggan. Istilah ‘fast food’ diakui di dalam kamus pada 1951 oleh Merriam-Webster. Makanan segera kebiasaannya boleh diperolehi daripada premis-premis makanan yang berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa.

Page 2: Makanan segera dan fakta mengenainya

Makanan segera adalah apa juga jenis makanan yang cepat, mudah dan kebiasaannya murah. Boleh dikatakan makanan segera boleh didapatkan di mana-mana sahaja kedai yang menjual makanan dan snek. Makanan segera sangat popular kerana dengan hanya RM5, kita boleh mendapatkan hidangan yang mengenyangkan. Walaubagaimanapun, pernah tertanya mengapa makanan segera sangat murah? Sudah tentu kerana makanan segera diperbuat daripada bahan yang murah seperti daging berkolestrol tinggi dengan tambahan gula dan lemak yang berlebihan.

Masih kabur tentang apa itu makanan segera? Anda sudah tentu biasa mendengar nama-nama besar seperti McDonald’s, Kentucky Fried Chicken atau KFC, Burger King dan Pizza Hut. Rakan-rakan, itulah antara syarikat pengeluar makanan ringan terbesar didunia. Hampir setiap pelosok daerah mempunyai sebuah bangunan dengan nama-nama di atas. Jika kita lihat betapa senario pengambilan makanan ringan ini telah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita. Oleh itu, adalah sangat penting bagi semua makanan segera ini mempunyai khasiat yang seimbang untuk manusia. Kembali kepada persoalan di atas, adakah makanan segera ini berkhasiat?

Pernah tertanya-tanya tentang apa sebenarnya bahan perisa yang digunakan dalam The Extra Crispy Chickenyang anda makan semalam? Sebenarnya, ramai manusia sudah mengetahui bahawa makanan segera itu tidak berkhasiat dan sangat tidak baik untuk kesihatan. Kita sudah semakin bijak menilai. Sudah banyak kajian yang dijalankan oleh para pengkaji terhadap kandungan bahan dalam makanan segera. Dan semua dapatan kajian ini menunjukkan bahawa makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan.

Mungkin manusia tidak mahu memberatkan kepala dan memikiran tentang keburukan makanan segera ini dan terus menyuap Hawaiian Chicken Pizza ke dalam mulut masing-masing. Sebab lain manusia lebih cenderung memilih makanan segera? Sebab makanan segera jauh lebig murah dari makanan segar. Kita memiliki minda yang ekonomik dan sentiasa ingin yang murah dan mudah. Tapi, kita harus sesekali tertanya kenapa makanan segera itu sangat murah? Jawapannya senang. Kerana semua sudah tahu bahawa makanan yang dihidangkan dalam semua restoran makanan segera adalah dalam keadaan yang sangat rendah kualitinya dan langsung tidak sesuai untuk menjadi makanan manusia. Jadi, jika CEO McDonald’s meletakkan harga Double Cheese Burger sama dengan harga sekotak epal segar, anda rasa yang mana akan lebih laris?

Page 3: Makanan segera dan fakta mengenainya

Perlukan bukti? Menurut sebuah artikel dalam Sweetliberty.org, sebuah francais piza gergasi telah menyembur cecair silikon ke atas keju yang digunakan untuk membuat piza mereka. Apa itu silikon? Silikon adalah sejenis toksik yang boleh menyebabkan kanser. Apabila polydimethylsiloxane, iaitu sejenis bahan kimia bersilikon yang disembur pada piza anda, dipanaskan pada suhu 302 darjah Farenheit, sebatian ini terurai dan membentuk formaldehyde iaitu sejenis karsinogen penyebab kanser. Dan silikon ini juga adalah silikon yang digunakan oleh kebanyakan wanita untuk membesaran payu dara mereka. Pendedahan yang terlalu lama kepada formaldehyde boleh menyebabkan asma dan meningkatkan risiko anda mendapat bronkitis dan pneumonia. 

Saya pasti, anda sudah mengetahui fakta ini sejak lama dahulu. Makanan segera boleh meningkatkan risiko anda mengalami obesiti dan menghidap diabetes jenis 2. Ini pengetahuan asas. Namun, pengkaji Julie R Palmer bersama kumpulannya akhirnya menemui bukti hasil kajian mereka ke atas 44 072 wanita Africa Amerika yang berumur 30 hingga 69 tahun tanpa diabetis. Kajian Palmer ini mendapati bahawa tabiat pemakanan makanan segera boleh meningkatkan risiko mendapat diabetis. Selepas 10 tahun, didapati 2873 daripada wanita tersebut menghidap diabetis. Kes diabetis ini lebih cenderung berlaku kepada wanita yang mengamalkan pengambilan makanan segera 2 kali dalam seminggu. Hasil kajian Palmer juga mendapati bahawa ayam goreng dan burger merupakan makanan segera yang memberi sumbangan paling banyak dalam kes obesiti dan diabetis ini. wanita yang makan ayam goreng dan burger mempunyai 40% hingga 70% lebih tinggi peluang untuk mendapat diabetis dan obesiti. 

 

Lagi sebab kenapa anda perlu menjauhkan diri anda dari restoran makanan segera? National Heart, Lung adn Blood Institute (NHLBI) telah membuat satu kajian mengenai peningkatan kadar obesiti dengan pengambilan makanan ringan. Hasil kajian ini menunjukkan remaja yang mengamalkan pengambilan makanan segera dua kali seminggu cenderung untuk obes dan mengalami pertambahan berat sehingga 10 pound. Satu lagi kajian mendapat bukti yang kukuh yang mengaitkan kadar peningkatan berat badan manusia dengan makanan segera. Hampir 3 400 remaja di uji selama satu dekad dan dengan setiap makanan segera yang mereka cerna, BMI (body mass index) mereka meningkat. Menurut Barry M. Popkin saintis yang membuat kajian ini dari University of North Carolina, makanan segera cukup sebagai satu indikator untuk menukarkan anda dari bukan diabetik kepada seorang diabetik. Lebih banyak makanan segera yang diambil setiap minggu, semakin tinggi BMI mereka. Bagi setiap

Page 4: Makanan segera dan fakta mengenainya

tambahan makanan segera yang diambil dalam 7 tahun, purata peningkatan kadar BMI adalah 0.13.

Adakah anda sedar setiap set hidangan makanan segera mengandungi soda dan kentang goreng sebagai hidangan tambahan? Tahukah anda pengambilan ayam goreng dengan soda dan kentang goreng memberikan anda kuota bekalan kolestrol yang anda perlukan untuk sehari? Pakar menasihatkan kita jika kita masih degil dan tetap ingin makan makanan segera, makan sekali dalam sebulan. Jika anda mengambil makanan segera sekali seminggu, jadikan menu anda menu yang sihat seperti pilih menu ayam panggang dan bukan ayam goreng atau nuget. Pilih air, susu rendah lemak atau soda diet sebagai minuman. Untuk menu tambahan, pilih salad atau sup atau kentang dalam saiz kecil. Tapi, menu sihat ini tidak terdapat dalam set hidangan di mana-mana restorang makanan segera. Hal ini bukan kerana pihak syarikat makanan segera tidak tahu tentang menu sihat ini, tetapi mereka tidak mahu memberikan tawaran menu sihat untuk pelangggannya. Jika pelanggan membuat tempahan set hidangan yang pelbagai dan banyak, pihak restoran akan memberikan ganjaran dalam bentuk vaucher atau hadiah. Rakan-rakan, ini satu strategi perniagaan. Apabila anda membuka sebuah perniagaan, adakah anda ingin mengaut untung atau rugi?

Apabila anda makan makanan segera setiap hari, kalori anda akan mengalami peningkatan sebanyak 17% dari pengambilan kalori harian anda. Ramai kanak-kanak mula percaya bahawa makanan segera adalah sesuatu yang normal dan dalam jangkaan. Satu kajian oleh Imperial College London mencadangkan pelanggan yang membeli makanan segera di mana-mana restoran makanan segera diberikan dadah statin percuma.  Ini untuk menyeimbangkan efek negatif makanan segera itu kepada badan manusia. Saintis yang membuat kajian ini menyatakan bahawa pengambilan dadah statin boleh membantu mengurangkan kerosakan dalam tubuh manusia akibat makanan segera tersebut. Kumpulan saintis ini mencadangkan pemberian dadah statin secara percuma kepada semua pelanggan makanan segera dalam hidangan mereka. Dr. Darrel Francis, penulis kajian dadah statin ini mengatakan bahawa dadah statin tidak membersihkan semua efek negatif makanan segera ke atas badan manusia, namun ini merupakan satu usaha untuk mengurangkan kadar kemusnahan tubuh manusia akibat pengambilan makanan segera. Beliau merujuk statin sebagai satu suplimen, bukannya sejenis dadah. Tapi, untuk memberikan dadah statin kepada manusia bukanlah satu langkah yang bijak. Dadah statin bukan sahaja merencatkan enzim badan seperti coenzim Q10 (CoQ10) dan menghalang badan dari menghasilkan CoQ10, tetapi jugak statin memusnahkan sel dan tisu otot dalam badan. Ini seperti keluar dari mulut buaya dan masuk ke dalam mulut harimau.

Page 5: Makanan segera dan fakta mengenainya

Daging yang digunakan untuk membuat burger di McDonald’s, Burger King dan kebanyakan restoran makanan segera yang lain telah disuntik dengan ammonia untuk membunuh e.coli, menurut satu artikel dalam Ney York Times. Daging tersebut disuntik dengan ammonia, sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam produk pembersih tingkap dan kaca. Pihak USDA yang mengambil isu ammonia ini sebagai satu proses untuk membuatkan daging itu selamat, mengatakan daging itu selamat untuk dimakan. Ya, ammonia membunuhe.coli tetapi pihak USDA seperti tidak mengambil tahu fakta bahawa manusia menelan ammonia di dalam burger mereka. Baiklah, ammonia membunuh e.coli. Tapi, muncul pula satu masalah dengan produk daging ini. Ammonia tidak membunuh patogen dengan sepenuhnya. Terdapat e.coli dan salmonella ditemui dalam produk daging tersebut. Jadi, manusia telah menelan daging yang mengandungi bahan pembersih tingkap bersama-sama e.coli. Menarik!

Anda kini mungkin sudah mula sedar bahawa daging da bahan lain yang digunakan dalam pembuatan makanan segera adalah langsung tidak menghampiri kualiti makanan segar. Tertanya kenapa rasa, warna dan aroma makanan segera adalah menyelerakan? Mungkin lebih menyelerakan daripada makanan segar. Anda harus sedar, para saintis makanan segera telah memandang rendah pada kita sejak sekian lama. Sains digunakan untuk menyembunyikan kualiti sebenar makanan segera dengan mencipta pelbagai bahan kimia yang boleh mambantu meningkatkan aroma dan rasa makanan segera. 90% daripada rasa makanan adalah bergantung kepada aromanya. Oleh itu, saintis mencitpa Ethyl-2-methyl butyrate yang memberikan bau epal segar, mathyl-2-peridylketone membuat sesuatu berasa seperti popcorn, Ethyl-3-hydroxybutanoatememberikan rasa marshmallow. Semua bahan kimia seperti ini dicampurkan ke dalam bahan makanan segera dan dilabel sebagai rempah dan perasa semula jadi atau organik. Warna makanan segera juga telah di ubah dengan bantuan sebatian-sebatian kimia kompleks. Tahukah anda warna sebenar stik ialah biru dan kentang berwarna hijau, jika tanpa bantuan daripada bahan kimia. Makanan segera masih begitu menyelerakan untuk anda?

Walaupun selepas membaca fakta-fakta yang saya berikan di atas, dan anda masih tetap mahu memakan Big Mac, sekurang-kurangnya kurangkan pengambilan makanan segera anda kepada seminggu sekali. Beri peluang kepada sistem pencernaan anda untuk berjalan dengan lancar. Tahukah anda bahawa makanan segera adalah ‘makanan mati’? Kenapa makanan mati? Kerana makanan segera tidak mengandungi enzim, tenagan dan nutrien di dalamnya. Mungkin anda tidak tahu, tapi setiap makanan segar mempunyai enzim semulajadi yang membantu proses pencernaan makanan tersebut di dalam perut dan usus manusia. Enzim yang tidak digunakan akan

Page 6: Makanan segera dan fakta mengenainya

membantu sistem imunisasi badan manusia dan bertanggungjawab dalam setiap proses yang berlaku dalam badan manusia. Apabila anda mengambil makanan segar dan berkhasiat sebagai menu, ini memudahkan sistem percernaan dan juga meningkatkan pertahanan badan anda. Tapi, jika anda mengambil makanan mati, maka enzim anda perlu bekerja lebih untuk membantu pencernaan makanan segera tersebut dan sistem imunisasi anda akan berkurang. Kita adalah apa yang kita makan. Dengan kata lain, makanan membentuk kita seperti kita hari ini. Lebih banyak makanan mati yang kita ambil, lebih cepat juga kita mati. 

Pengambilan makanan segera secara berterusan dalam sebulan sudah boleh memusnahkan hati anda. Jadi, jika anda sudah mengamalkan pemakanan makanan segera sejak 10 tahun lalu, bayangkan bagaimana situasi badan anda? Hanya dengan pemakanan makanan segera selama sebulan dan berjalan kurang dari 5000 langkah sehari menyebabkan kemusnahan hati. Itulah dapatan kajian yang disiarkan di dalam Gut, sebuah jurnal kesihatan. Doktor telah mencadangkan bahawa kita perlu berjalan sekurang-kurangnya 10 000 langkah setiap hari. Dalam kajian tersebut, dua kumpulan telah dibentuk dengan ahli seramai 18 orang. Kumpulan intervensi perlu mengambil makanan segera sekurang-kurangnya dua hidangan setiap hari dan berjalan kurang dari 5000 langkah. Untuk mengukur kadar kerosakan hati dilakukan dengan mengukur kadar alanine aminotransferase (ALT), sejenis enzim di dalam hati. Selepas hanya seminggu kajian ini dijalankan, kadar ALT kumpulan intervensi mula meningkat. Brent Tetri, seorang profesor perubatan di Saint Loius University Liver Center mengatakan bahawa sudah terdapat bukti yang kukuh tentang bagaimana makanan segera boleh memusnahkan hati manusia. Tapi, anda masih boleh membetulkan kerosakan hati anda dengan memulakan satu gaya hidup sihat dan menukar amalan diet anda kepada diet yang seimbang dan berkhasiat.

Satu persoalan lagi timbul. Kalau semua pihak sedar akan keburukan pengamalan makanan seimbang dalam hidangan harian, mengapa makanan ringan masih sangat laku dan sangat popular? Makanan ringan seperti sudah menjadi satu budaya yang tidak dapat dipisahkan dari mana-mana masyarakat baik golongan minoriti atau majoriti. Saolan lagi. Kenapa iklan-iklan makanan segera mendominasi kaca televisyen? Semua orang tertanya. Adakah pihak kerajaan juga mempunyai pelaburan dalam syarikat-syarikat gergasi makanan segera sehingga membenarkan setiap iklan dan promosi-promosi makanan segera dilakukan secara terbuka?Strategi perniagaan yang baik. Kita harus memberi hormat kepada strategi perniagaan yang dilakukan oleh CEO semua syarikat makanan segera. Mereka komited untuk memajukan perniagaan mereka. Menurut kajian yang dijalankan pada 2009, sebuah syarikat makanan segera akan memperuntukkan 4.2 billion dollar untuk pengiklanan

Page 7: Makanan segera dan fakta mengenainya

sahaja. Kajian ini juga mengeluarkan data bahawa 40% kanak-kanak akan meminta untuk ke McDonald’s sekurang-kurangnya sekali seminggu manakala 15% meminta untuk ke McDonald’s setiap hari. Satu per tiga daripada kanak-kanak dan remaja di US makan makanan segera setiap hari dan peratusan ini bertambah sejak tahun 2003 hasil daripada pengiklanan dan promosi yang dilakukan. Jelasnya pihak syarikat makanan segera mensasarkan kanak-kanak sebagai pelanggan utama mereka. Mungkin kerana kanak-kanak masih mentah dan tidak mengerti apa-apa selain fakta yang makanan segera itu sedap dimakan. Mereka tidak sedikitpun berasa bersalah memberikan makanan yang tidak berkhasiat itu kepada kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia. McDonald’s turut membuat satu kerjasama dengan sebuah sekolah dengan memberikan kupon makanan percuma kepada murid sekolah tersebut yang mendapat gred yang baik dalam peperiksaan? Apakah maksud tindakan ini?

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan secara online di dalam Internet Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, mengeluarkan satu data mengenai 1 366 pelajar sekolah tinggi dan 564 pelajar sekolah rendah. Maklumat masa setiap pelajar menonton tv dikumpul dan dibanding dengan maklumat pemakanan mereka selepas 5 tahun. Kajian ini mendapati bahawa pelajar sekolah yang menonton tv lebih 5 jam sehari makan kurang buah-buahan dan sayuran, tetapi mengambil makanan segera, makanan ringan, snek dan minuman manis dalam kuantiti yang banyak. Ini menunjukkan bahawa setiap iklan makanan segera memberikan impak yang besar dalam hidup manusia. Oleh kerana kanak-kanak berada pada tahap yang masih terlalu muda untuk membuat keputusan sendiri, jadi dalam isu ini, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan baik. 

Kawalan terhadap masa anak anda menonton televisyen perlu diketatkan. Terhadkan masa menonton kepada sejam setiap hari. Seperti yang dicadangkan oleh American Academy of Pediatrics, kurangkan masa menonton anak anda kepada kurang dari dua jam sehari. Selain itu, anda sebagai ibu bapa juga perlu menjaga pemakanan anak-anak anda dan tunjukkan habit pemakanan yang baik dan seimbang. Pastikan anak anda mendapat nutrien yang cukup untuk membantu tumbesaran mereka. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan apabila memberikan anak mereka makanan segera sebagai ganjaran. Para ibu bapa sekalian, anda tidak seharusnya memberikan anak anda makanan penyebab kanser dan diabetis sebagai ganjaran. Jadi, ibu bapa sekalian, mainkan peranan anda dengan baik. Buat peraturan ketat di rumah. Hadkan masa menonton televisyen. Jagan makan semasa menonton atau makan buah-buahan sahaja. Jika anak anda ingin menonton lebih masa, buat peraturan dengan setiap jam menonton, anda perlu membuat senaman selama 20 minit. Mudah dan senag. Jadi, amalkan di rumah.

Page 8: Makanan segera dan fakta mengenainya

Jadi, selepas memberikan fakta dan menghurai dengan panjang lebar di atas, adakah anda masih mahu meneruskan habit pemakanan makanan segera anda? Jawapannya ada pada anda. Satu artikel yang di tulis oleh Mike Adam mengatakan bahawa haiwan lebih bijak dalam aspek memberi makan kepada anak mereka. Haiwan memilih makanan mentah dan makanan segar untuk anak mereka. Tapi kita manusia memberikan makanan yang mewah dengan lemak, bahan kimia, bahan pewarna tiruan dan pengawet kepada anak-anak kita. Bukankah ini lucu? Manusia dikatakan bijak. Jauh lebih bijak dari haiwan tapi manusia tetap melakukan perkara yang lebih teruk dari haiwan. Oleh itu, kita seharusnya memberi anak-anak kita dengan baik, dan anda akan memberikan hadiah paling berharga buat anak anda- hidup yang sihat sejahtera tanpa penyakit. 

Tambahan, jaga pemakanan anda. Apa yang anda makan, itu jugalah yang anak anda akan makan suatu hari nanti. Buang amalan pemakanan makanan segera. Makanan segera itu hanyalah satu ciptaan manusia yang tidak mempunyai apa-apa yang istimewa selain bahan-bahan kimia yang membuatkannya lazat dan deretan penyakit selepas anda menyungah makanan tersebut. Jalani hidup yang sihat dan anda akan hidup dengan sihat dan sejahtera dan tidak akan mati kerana diabetis ataupun kanser.

Page 9: Makanan segera dan fakta mengenainya

2. Makanan Segera: Buruk Untuk KesihatanThursday, 24 June 2010 17:16

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia

mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu

kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi,

sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus

besar.

Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan

yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan

berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk

bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong

sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk

diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang  digemari dan tidak sampai lima

minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada

masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit,

makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang

setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif

Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang

berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan

meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya

bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna

kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123

(Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan

segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini

diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak

bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas

badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun

demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung

oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang

alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji

burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari

segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya

lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas

makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur

garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang

Page 10: Makanan segera dan fakta mengenainya

berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la

mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak,

pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang

mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan

makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori.

Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan

berkhasiat lain. 

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek)

yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:

Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak

penambah kimia.

Ayam goreng:

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan

vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:

Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah

tiruan.

Susu kocak;

Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga

mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam

bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:

Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya

kosong.

Garam

Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan

jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London,

sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula

Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa

kesan sampingan mudarat

kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama

lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan

sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat

Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di

Page 11: Makanan segera dan fakta mengenainya

dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu

mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser

terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak

terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban

yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-

bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda

makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di

dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak

berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-

sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang

panjang.

Page 12: Makanan segera dan fakta mengenainya

3. Keburukan Makanan SegeraMakanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa

Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segerabanyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandung lemak dan gula yang tinggi. Makanan tersebut seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah antara makanan segera kegemaran kanak-kanak dan remaja kini. Kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah yang jika tidak diberi perhatian akan menyebabkan penyakit jantung. Kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak. Ini disebabkan otak manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa yang seterusnya boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan.

Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akan mengancam radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik. Berdasarkan satu kajian sains pemakanan mendapati bahawa daripada 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan bahawa mereka yang kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat besi dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang penyakit asma yang berlarutan.

Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, di samping berfungsi untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam makanan segera.

Page 13: Makanan segera dan fakta mengenainya

Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Page 14: Makanan segera dan fakta mengenainya

4. Makanan Segera Sebagai Gaya Hidup?

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu bermula dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang dalam kehidupannya.Tetapi adakah kita sedar bahawa makanan segera kini telah menjadi gaya hidup bukan sahaja rakyat di Malaysia, malahan di seluruh dunia.

Apakah makanan proses atau makanan segera ini? Ia adalah makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya. Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. 

Page 15: Makanan segera dan fakta mengenainya

Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagipun makanan segera begini cukup mudah untuk diperoleh . Kunjungi sahaja mana-mana kedai ‘fast food’, pesan makanan yang anda gemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja anda. 

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan. 

Jadi, peranan pihak kerajaan adalah cukup penting yang mana kementerian kesihatan harus mengusulkan larangan atau menghadkan iklan makanan tidak sihat  kepada kementerian penerangan. Langkah bijak ini perlu dilaksanakan segera agar dapat membantu masyarakat terutama kanak-kanak mengamalkan gaya hidup sihat. Pihak media jangan hanya meletakkan keuntungan sebagai prioriti, tetapi kesedaran dan pengetahuan yang perlu dijana kepada pengguna dalam soal diet dan pemakanan.

Page 16: Makanan segera dan fakta mengenainya

5. Impak Pengambilan Makanan Segera Dari Sudut Kesihatan

Situasi ini selalu anda hadapi dalam kehidupan seharian,"Malasnya nak masak hari ini! Jom beli burger di restoran makanan segera sajalah." Itu saja penyelesaian paling mudah yang boleh diambil sekiranya malas untuk memasak. Kita juga lebih terdorong untuk memakan makanan segera sekiranya terlalu sibuk menyelesaikan tugasan di pejabat dan tak lupa juga di universiti. Rasa tertekan biasanya diubati dengan mengunyah burger atau kentang goreng. Telah nyata makanan ringan banyak membantu. Namun harus diingatkan, ia turut memberi impak negatif kepada kesihatan badan kita.

Penggunaan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan kenaikan tahap kolestrol. 

Page 17: Makanan segera dan fakta mengenainya

Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Cuba bayangkan dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu termasuk lagi dalam hidangan yang lain seperti aiskrim, kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum hari tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja.

Di samping itu, ketahanan badan akan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.

Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi.

Tidak lupa juga, pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis. Air berkarbonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandgungan gulanya amatah tinggi.

Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser.

Page 18: Makanan segera dan fakta mengenainya

6Keburukan Makanan SegeraMakanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa

Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segerabanyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandung lemak dan gula yang tinggi. Makanan tersebut seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah antara makanan segera kegemaran kanak-kanak dan remaja kini. Kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah yang jika tidak diberi perhatian akan menyebabkan penyakit jantung. Kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera boleh

Page 19: Makanan segera dan fakta mengenainya

merosakkan fungsi otak. Ini disebabkan otak manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa yang seterusnya boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan.

Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akan mengancam radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik. Berdasarkan satu kajian sains pemakanan mendapati bahawa daripada 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan bahawa mereka yang kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat besi dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang penyakit asma yang berlarutan.

Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, di samping berfungsi untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam makanan segera.

Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Page 20: Makanan segera dan fakta mengenainya

7. Makanan segera : Adakah pilihan bijak?Written by Norkumala binti Awang. Posted in Artikel

Makanan proses ataupun makanan segera seringkali menjadi santapan setiap orang saban waktu. Ini kerana

penyediaan dan kebolehdapatannya sungguh mudah dan ringkas sesuai dengan kamus hidup kita yang sibuk

dengan pelbagai kerja harian. Namun kita sendiri tidak sedar sejauh mana ia akan menyumbang kebaikan kepada

kesihatan kita. Makanan segera bukan hanya yang terdapat di mana- mana restoran makanan segera tetapi juga

makanan terproses yang siap untuk dimakan tanpa melalui proses memasak yang lebih lama dan memerlukan

kemahiran memasak. Ia mungkin terdiri daripada makanan dalam tin (ready to eat), makanan yang

berasaskan  corak pemakanan barat seperti ‘hotdog', ‘burger' dan sebagainya serta makanan sejukbeku. Keperluan

kepada makanan segera semakin ketara kini kerana masyarakat kita pada hari ini lebih cenderung untuk bergerak

pantas setiap masa.

Makanan segera merupakan makanan yang mengandungi kurang khasiat pemakanan. Ia juga memberi kesan yang

kurang baik kepada kesihatan. Jika ia dijadikan hidangan yang hanya dinikmati sekali sekala, makanan tersebut

kurang memudaratkan. Tetapi apa yang dikhuatiri jika makanan segera diambil secara kerap, ia bakal menimbulkan

kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa kita sedari, ia akan mendedahkan kepada kita dengan pelbagai penyakit.

Antaranya kerosakan gigi, penyakit kencing manis, sembelit, ‘obesiti', tekanan darah tinggi, pembuluh darah

tersumbat, penyakit jantung dan juga kanser usus.

Page 21: Makanan segera dan fakta mengenainya

Bebanan kerja dan kekangan waktu mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan.

Lagipun ia cukup mudah diperolehi. Restoran makanan segera kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ini

kerana beberapa unsur yang menggalakkan perkembangannya seperti perkhidmatan segera yang ditawarkan,

tempat yang menyenangkan, persekitaran yang bersih dan nyaman serta harga yang berpatutan membentuk ciri- ciri

restoran makanan segera yang menjadi pilihan orang ramai masa kini. Bagi makanan dalam tin pula, orang ramai

boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, ia mudah dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan

sekejap. Secara keseluruhannya, makanan segera boleh dikatakan sihat kerana ia membekalkan pelbagai khasiat

yang diperlukan jika kita bijak memilihnya. Tetapi kandungan lemak tepu, garam dan kalori dalam makanan segera

kegemaran ramai adalah tinggi berbanding kandungan vitamin A dan  vitamin C atau kalsium yang rendah. Justeru,

penting bagi kita meneliti maklumat pemakanan mengenai makanan segera sebelum mengambilnya kerana ia

membantu kita membuat pilihan. Kita juga diingatkan jangan mudah terpedaya dengan isi kandung hidangan yang

ditawarkan semata-mata kerana nilai perbezaan harga hanyalah RM1. Ini bermakna, jika hidangan yang diambil lebih

besar bermakna kita cenderung mengambil lebih tinggi kalori, lemak, kolesterol dan garam. Kita juga perlu

memikirkan apakah tubuh kita berupaya membakar kalori berlebihan yang diambil. Ini kerana, kita perlu

menyeimbangi kalori yang diambil dengan kalori yang digunakan oleh tubuh badan kita bagi menjamin kesihatan

berterusan.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri

Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan

keadaan kesihatan kita kerana gizi yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang Pakar Pemakanan dari

Amerika Syarikat, Frances M Lappe membuat kajian bahawa rakyat di negaranya mempunyai corak pemakanan

yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet, beliau mendapati penduduk negara itu memakan

terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini

juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan

terproses. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran

penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui usus dapat melindungi daripada serangan

kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam saluran tersebut dan

mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Aliran pemakanan masyarakat kini secara umumnya dipengaruhi oleh kekangan masa yang dihadapi ramai anggota

masyarakat kita. Ramai yang kesuntukan masa untuk menyediakan makanan di rumah untuk keluarga. Tambahan

pula terlalu banyak pilihan menarik di pasaran yang kadang-kadang menimbulkan kekeliruan untuk kita memilihnya.

Pemikiran masyarakat tentang pemakanan juga dipengaruhi oleh pandangan yang bertentangan dengan kesihatan

dimana ia menimbulkan kesan lebih banyak yang kita tahu, perasaan kita menjadi lebih resah. Pengguna

menganggap bahawa pemakanan moden bertentangan dengan nasihat kesihatan atau bertentangan dengan

pandangan tradisi.

Mengapa sebenarnya makanan segera atau terproses tidak digalakkan untuk diambil? Secara umumnya, terdapat

sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin dalam makanan segera seperti burger, kentang goreng,

ayam goreng dan sebagainya. Namun, kebanyakan bahan tersebut, tinggi kandungan kalorinya, direndam dalam

lemak dan tinggi gula serta garam. Makanan tersebut kekurangan serat dan kebanyakan vitamin serta zat galian

yang perlu oleh tubuh. Dalam hidangan itu, kekurangannya ialah keseimbangan zat makanan yang diperlukan bagi

setiap menu. Ini kerana, satu sajian makanan segera akan membekalkan kepada kita separuh daripada kalori dan

Page 22: Makanan segera dan fakta mengenainya

dua pertiga daripada lemak dan protein yang diperlukan sepanjang hari. Tetapi, jika kita mengambil makanan segera

sebagai makanan ringan di antara sajian tetap bermakna kita akan mengambil lebih banyak kalori, protein dan lemak

yang diperlukan oleh tubuh. Seterusnya kita akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu yang akan membentuk

pemakanan yang lengkap dan seimbang. Makanan segera juga kurang baik kepada kesihatan kerana ia

mengandungi bahan penambah yang berlebihan. Ia bertujuan untuk menambahkan kelazatan, meningkatkan mutu

dan  memantapkan kesegaran.

Sebagai kesimpulannya, sekali lagi ditegaskan bahawa makanan segera mempunyai kesan buruk kepada kesihatan

jika kita tidak bijak memilihnya dan mengambilnya secara berlebihan atau kerap. Walaupun makanan segera adalah

lebih lazat, tetapi kandungan yang tersembunyi di dalamnya cukup untuk mengundang kepada penyakit yang tidak

diingini jika kita mengambilnya secara keterlaluan. Oleh itu, kita perlu mengamalkan pendekatan yang dianjurkan

oleh Islam yang menggalakkan bersederhana (wasatiah) walaupun dalam bab pemakanan. Ini kerana, terlalu banyak

mengambil makanan yang melebihi keperluan kita juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan kurang

mengambil makanan juga menampilkan kesan yang buruk. Justeru, kita sebagai pengguna sepatutnya mampu serta

bijak dalam memilih makanan yang terbaik untuk diri kita serta mengutamakan sumber halal agar kesihatan rohani

kita juga terjami

8. Di bawah ini saya senaraikan kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan.

Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.

Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkankolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan padaplastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.

Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagaikencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan

Page 23: Makanan segera dan fakta mengenainya

yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

Macam mana takut tak baca mengenai kesan-kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan, pelbagai penyakit akan melawat anda sekiranya anda tidak mengawal kuantiti pengambilan makanan segera, ingat lagi dulu saya ada menulis article mengenai penyakit kanser dan salah satu penyebab penyakit kanser datang menyerang adalah disebabkan oleh   kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser (klik disini) untuk membaca entry terdahulu. Di bawah pula saya senaraikan makanan segera yang harus dielakkan  mengambil secara berlebihan.

9. makanan segera dan keburukannya

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi

hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang

memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit,

obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh

dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak

pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak

cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang

menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi

sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai

Page 24: Makanan segera dan fakta mengenainya

terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa,

makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh

terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk

mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif

Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang

berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan

kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan

tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak

kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123

(Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini

lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada

sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan

yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk

dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal

membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut

mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap

dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger

mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat

daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang

menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih

banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid

laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan

darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu

mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori

kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang

banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-

gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka

sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang

biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Page 25: Makanan segera dan fakta mengenainya

Burger daging:

Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah

kimia.

Ayam goreng:

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin

B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:

Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;

Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga

mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas

yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:

Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam

Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini

terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh

mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula

Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan

sampingan mudarat

kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih

sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah

aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat

Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam

perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan

kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus.

Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan

dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan

salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan

itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan

Page 26: Makanan segera dan fakta mengenainya

pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam

kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat.

Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak

dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

10. Keburukan Makanan Fast Food Dan Mee SegeraTarikh Artikel : Selasa, Januari 24, 2012 | Penulis : Harith | Kategori : Informasi

   602    1488

Page 27: Makanan segera dan fakta mengenainya

Mereka (yahudi) menggalakkan kita makan makanan yang langsung tidak berkhasiat seperti makanan segera.

Makanan segera (Fast food) adalah istilah yang diberikan untuk makanan yang boleh disediakan dan dihidangkan

dengan sangat cepat. Contohnya, mee segera.

Kepada penggemar mee segera, berhati-hati apabila mengambil mee segera sebagai makanan harian. Ini kerana,

terdapat sejenis lilin (salutan wax) yang melapisi mee tersebut agar tidak melekat antara satu sama lain yang akan

membahayakan kesihatan penggunanya.

Jika kita perhatikan, Mi kuning yang belum dimasak di kedai akan kelihatan berminyak.Lapisan minyak ini akan

mengelakkan mi tersebut dari melekat antara satu sama lain. Mi Wonton pula yang masih mentah biasanya

ditaburkan tepung agar terhindar dari melekat.

Seseorang yang mengambil mee segera setiap hari berisiko menghadapi kanser. Doktor mengatakan bahawa tubuh

kita mengambil masa lebih dari dua hari untuk membersihkan salutan wax tersebut.

font-size: 12px; line-height: 19px;">Seorang pramugari SIA (Singapore Air) yang telah berhenti perkhidmatannya dan

kemudian menjadi seorang suri rumah tangga. Dia tidak memasak tetapi kerap makan Mie segera setiap kali waktu

makan. Kemudian akhirnya menderita kanser dan meninggal.

Dalam kes yang berasingan, SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu,

dimana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah baginya adalah mengambil mee

segera setiap hari. Kemudian, beliau juga disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.

Selain itu, kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan

yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Makanan disini juga tinggi

kandungan bahan pengawetnya.

Seterusnya, makanan segera juga mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang

tinggi serta bahan pengawet yang berbahaya. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan

terutamanya kanak-kanak. 

Sampah di sini bukan bermaksud sampah yang dalam tong sampah tu ataupun sampah masyarakat, tetapi

dimaksudkan ialah benda yang tidak berguna. Ini kerana, keburukan makanan segera mengatasi kebaikannya

sendiri.