experiment 2 sains 1 pismp

18
Praktikal 2 : Ujian makanan. Objektif : Untuk mengesan kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lipid di dalam sampel makanan. Teori : 1. Kandungan nutrien di dalam sampel makanan yang berbeza boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian makanan. 2. Sesetengah makanan mempunyai sumber nutrien yang banyak seperti kanji, protein dan lipid. 3. Nutrien ini diperlukan oleh badan kita untuk membolehkan proses respirasi berlaku. Proses ini penting untuk penjanaan tenaga. Nutrien-nutrien ini juga penting untuk memastikan proses metabolisma berjalan dengan lancar. 3. Makanan yang dikatakan mempunyai gizi seimbang mempunyai nutrient yang meliputi karbohidrat, protein dan lipid dan juga vitamin, mineral dan pelawas. Nutrien-nutrien ini perlu diambil secara seimbang agar dapat memenuhi keperluan seharian tubuh badan. Radas dan bahan : Larutan iodine, larutan Benedict, larutan natrium hidrogen karbonat, 20% larutan natrium hidroksida, asid hidroklorik. 1% larutan kuprum (II) sulfat dan sampel makanan. A- larutan kismis/kurma, B- kacang tanah yang dihancurkan, C- susu, D-sirap madu, dan E- mayonis.

Upload: cikaifa

Post on 30-Jun-2015

3.476 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: experiment 2 sains 1 pismp

Praktikal 2 : Ujian makanan.

Objektif : Untuk mengesan kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun,

protein dan lipid di dalam sampel makanan.

Teori :

1. Kandungan nutrien di dalam sampel makanan yang berbeza boleh dikenalpasti

dengan melakukan ujian makanan.

2. Sesetengah makanan mempunyai sumber nutrien yang banyak seperti kanji,

protein dan lipid.

3. Nutrien ini diperlukan oleh badan kita untuk membolehkan proses respirasi

berlaku. Proses ini penting untuk penjanaan tenaga. Nutrien-nutrien ini juga

penting untuk memastikan proses metabolisma berjalan dengan lancar.

3. Makanan yang dikatakan mempunyai gizi seimbang mempunyai nutrient yang

meliputi karbohidrat, protein dan lipid dan juga vitamin, mineral dan pelawas.

Nutrien-nutrien ini perlu diambil secara seimbang agar dapat memenuhi

keperluan seharian tubuh badan.

Radas dan bahan :

Larutan iodine, larutan Benedict, larutan natrium hidrogen karbonat, 20% larutan

natrium hidroksida, asid hidroklorik. 1% larutan kuprum (II) sulfat dan sampel makanan.

A- larutan kismis/kurma, B- kacang tanah yang dihancurkan, C- susu, D-sirap madu,

dan E- mayonis.

Tabung uji, pemegang tabung uji, penunu Bunsen, kasa dawai, tungku kaki tiga, jubin

putih dan kertas turas.

Page 2: experiment 2 sains 1 pismp

Prosedur :

1. 5 sampel makanan yang dilabelkan A, B, C, D, E disediakan.

2. Ujian makanan dilakukan untuk mengesan kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan

penurun, protein, lipid di dalam sampel makanan.

Uji untuk

mengesan

Reagen Prosedur Pemerhatian Inferens

Kanji Larutan

iodin

1. Setiap sampel

makanan sebanyak 2 ml

dimasukkan ke dalam

tabung uji.

2. 3 titik larutan iodin

ditambahkan ke dalam

setiap sampel makanan.

3. Sebarang perubahan

yang berlaku diperhati

dan direkodkan.

Sampel

makanan E

bertukar

menjadi hitam

kebiruan

manakala

sampel

makanan yang

lain tetap

kuning

kecoklatan.

Sampel

makanan E

mengandungi

kanji.

Gula

penurun

Larutan

Benedict

1. Setiap sampel

makanan sebanyak 2 ml

dimasukkan ke dalam

tabung uji.

2. 1 ml larutan Benedict

ditambah ke dalam

setiap sampel makanan.

3. Campuran tersebut

kemudian digoncangkan

dan dipanaskan dengan

meletakkan tabung uji di

dalam air kukusan yang

Mendakan

merah bata

terhasil pada

sampel

makanan C.

Sampel

makanan yang

lain tetap

berwarna biru.

Sampel

makanan C

mengandungi

gula penurun.

Page 3: experiment 2 sains 1 pismp

mendidih.

4. Sebarang perubahan

yang berlaku diperhati

dan direkodkan.

Gula

bukan

penurun

Larutan

hidroklorik

dan larutan

Benedict

1. Setiap sampel

makanan sebanyak 2 ml

dimasukkan ke dalam

tabung uji. Beberapa titik

asid hidroklorik

ditambahkan ke dalam

setiap sampel makanan.

2. Setiap campuran

dipanaskan di dalam air

kukusan yang mendidih

selama 5 minit.

3. Tabung uji

kemudiannya dikeluarkan

daripada air kukusan dan

disejukkan di dalam air.

4. Asid di dalam setiap

sampel dineutralisasikan

dengan menambah

serbuk natrium hidrogen

karbonat sehingga

pendidihan berhenti.

5. Ujian Benedict

kemudiannya dilakukan

untuk menguji kehadiran

gula bukan penurun di

dalam campuran sampel

Mendakan

merah bata

terhasil dalam

sampel

makanan D.

Sampel

makanan B, C,

A dan E tetap

berwarna biru.

Sampel

makanan D

mengandungi

gula bukan

penurun.

Page 4: experiment 2 sains 1 pismp

makanan.

6. Sebarang perubahan

yang berlaku diperhati

dan direkodkan.

Protein 20%

larutan

natrium

hidroksida

dan 1%

larutan

kuprum (II)

sulfat

( Ujian

Biuret)

1. Setiap sampel

makanan sebanyak 2 ml

dimasukkan ke dalam

tabung uji.

2. Sebanyak 1 ml 20%

larutan natrium

hidroksida ditambahkan

ke dalam sampel

makanan dan digoncang

agar sebati.

3. Beberapa titik larutan

kuprum (II) sulfat

ditambah ke dalam

setiap sampel makanan.

4. Setiap sampel

makanan digoncang agar

dapat sebati dengan

baik.

5. Sebarang perubahan

yang berlaku diperhati

dan direkodkan.

Sampel

makanan A

bertukar

menjadi warna

ungu. Sampel

makanan yang

lain bertukar

menjadi warna

biru.

Sampel

makanan A

mengandungi

protein.

Lipid 1. Sejumlah kecil

makanan bagi setiap

sampel diletakkan di atas

kertas turas.

2. Kertas turas tersebut

Kertas turas

yang disapu

dengan sampel

makanan B

menghasilkan

Sampel

makanan B

mengandungi

lipid.

Page 5: experiment 2 sains 1 pismp

kemudiannya

dikeringkan.

3. Kertas turas itu

kemudiannya dipegang

di bawah cahaya.

4.Pemerhatian

direkodkan.

tanda lut

cahaya.

Keputusan :

Kanji Gula bukan

Penurun

Gula

Penurun

Protein Lipid

A- larutan

kismis/kurma

Tiada Ada

(Mendakan

merah bata

Tiada Tiada Tiada

Page 6: experiment 2 sains 1 pismp

terhasil)

B- kacang

tanah yang

dihancurkan

Tiada Tiada Ada

(Mendakan

merah bata

terhasil)

Ada Ada

(tompok

lutsinar

terbentuk)

C- susu Tiada Ada

(Mendakan

merah bata

terhasil)

Tiada Tiada Tiada

D-sirap

madu

Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada

E- mayonis Tiada Ada

(Mendakan

merah bata

terhasil)

Tiada Ada Ada

(tompok

lutsinar

terbentuk)

Perbincangan :

1. Apabila gula penurun dipanaskan dengan larutan benedict, gula penurun itu

akan mengurangkan warna kebiruan kuprum (II) sulfat di dalam larutan Benedict

untuk menjadi warna merah bata kuprum (II) oksida.

2. a. mendakan merah bata menunjukkan kehadiran gula penurun.

b. warna larutan di akhir eksperimen bergantung kepada jumlah emndakan yang

terhasil. Oleh sebab itu, warna larutan bertindak sebagai penanda jumlah gula

penurun yang terdapat di dalam larutan.

Page 7: experiment 2 sains 1 pismp

c. jika larutan itu berwarna merah bata, ini menunjukkan bahawa terdapat gula

penurun yang banyak di dalamnya namun larutan itu akan menjadi warna kuning

atau hijau jika jumlah gula penurun di dalamnya adalah sedikit. Larutan kebiruan

itu tidak akan berubah jika gula penurun tiada dalam larutan tersebut.

Objektif 2 :

Untuk mengenalpasti kandungan vitamin C dalam pelbagai jus buah-buahan.

Masalah : Adakah buah-buahan yang diimport mengandungi lebih banyak vitamin

C daripada buah-buahan tempatan. 

Hipotesis :

Page 8: experiment 2 sains 1 pismp

Buah-buahan import mengandungi lebih banyak vitamin C daripada buah-buahan

tempatan.

Pembolehubah :

Manipulasi : jenis larutan buah-buahan

Bergerakbalas : isipadu larutan buah-buahan yang diperlukan untuk

melunturkan 1 ml larutan DCPIP.

Malar : isipadu larutan DCPIP.

Bahan :

Larutan 1.0% dichlorophenolindiphenol (DCPIP)

Larutan 0.1% asid askorbik

Jus buah-buahan yang baru disediakan ± jambu, betik, mangga, limau nipis, oren

Kain kasa

Air suling

Radas :

Tabung uji

Picagari (1 ml dan 5 ml)

Bikar

Pisau

Mesin pengisar 

Prosedur :

1. Masukkan 1 ml larutan 1.0% DCPIP ke dalam tabung uji.

2. Isi picagari (5 ml) dengan larutan 0.1% asid askorbik.

3. Letakkan jarum picagari ke dalam larutan DCPIP.

4. Masukkan asid askorbik setitik demi setitik ke dalam larutan DCPIP.  Kacau

perlahan-lahan.  Masukkan asid askorbik hingga warna DCPIP hilang.

 Rekodkan jumlah larutanasid askorbik yang telah digunakan.

Page 9: experiment 2 sains 1 pismp

5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan jus buah-buahan.  Jumlah jus

buah-buahan yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP dicatatkan.

6. Catat keputusan dalam jadual di bawah.

7. Kepekatan Vitamin C dan peratus Vitamin C dalam setiap buah-buahan dikira

dengan menggunakan formula dan dicatatkan:

Kepekatan vitamin C dalam jus buah : x/y mg/ml

Peratus vitamin C dalam jus buah : x/y x 0.1%

X = isipadu larutan asid askorbik 0.1% yang diperlukan untuk menyahwarnakan 1 ml

larutan DCPIP.

Y = isipadu jus buah yang diperlukan untuk menyahwarnakan 1 ml larutan DCPIP.

Keputusan :

Jus buah-buahan isipadu yang digunakan

untuk melunturkan 1 ml

larutan DCPIP (ml)

Peratusan asid

askorbik dalam jus

buah (%)

Kandungan asid

askorbik dalam jus

buah (mg ml-)

1 2 3 Purata

Page 10: experiment 2 sains 1 pismp

0.1 % asid

askorbik

1.0 1.1 1.0 1.0 1.0/1.0 x 0.1% =

0.01%

1.0/1.0 = 1.0

Jus jambu 2.5 2.3 2.5 2.4 1.0/2.4 x 0.1 =

0.04%

1.0/2.4 = 0.42

Jus betik 10.0 10.5 10.2 10.2 1.0/10.2 x 0.1 =

9.80%

1.0/10.2 = 0.09

Jus oren 2.5 2.4 2.3 2.4 1.0/2.4 x 0.1 =

0.04%

1.0/2.4 = 0.42

Jus kiwi 2.0 2.1 2.2 2.1 1.0/2.1 x o,I =

0.05%

1.0/2.1 = 0.48

Perbincangan :

1. Kepekatan vitamin C dalam buah-buahan ditentukan dengan larutan DCPIP.

Vitamin C menurunkan DCPIP dan menyahwarnakannnya. Sekiranya ini berlaku,

ini bermakna lebih banyak asid askorbik diperlukan untuk menurunkan larutan

Page 11: experiment 2 sains 1 pismp

DCPIP dan dengan itu tidak dapat digambarkan kandungan vitamin C yang

sebenar dalam buah.

2. Sekiranya kepekatan vitamin dalam buah tinggi, maka hanya sedikit jus buah

diperlukan untuk melunturkan warna 1 ml larutan DCPIP..

Kesimpulan :

Hipotesis diterima. buah-buahan yang diimport mengandungi kepekatan vitamin C yang

lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan tempatan.

SOALAN:

1. Jelaskan mengapa diet kita mesti mengandungi :karbohidrat; buah-buahansegar;

susu; natrium klorida.

Page 12: experiment 2 sains 1 pismp

Sajian yang kita ambil perlu mempunyai nutrient tersebut untuk memastikan

badan kita mendapat keperluan yang sempurna. Karbohidrat amat penting bagi

tubuh kita kerana kelas makanan ini adalah sumber tenaga utama bagi tubuh

kita. Buah-bauhan segar pula penting untuk memastikan badan kita mendapat

vitamin yang secukupnya bagi mencegah sebarang penyakit yang merbahaya.

Susu pula adalah sumber kalsium yang amat tinggi. Badan kita memerlukan

kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat .

2. Bagaimana vegetarian memastikan bahawa mereka menerima diet yang

seimbang?

Mereka akan mengambil kekacang sebagai sumber protein untuk menggantikan

daging. Kekacang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berkhasiat

untuk tubuh badan mereka .

3. Badan manusia tidak dapat mencerna pelawas. Namun, kenapa pelawas masih

penting dalam diet manusia?

Badan manusia memerlukan pelawas kerana fungsi utama pelawas adalah untuk

memastikan system perkumuhan badan manusia berjalan dengan lancer dan

berfungsi dengan baik. Pelawas mempercepatkan proses penyahtoksin dan

bahan buangan dari dalam badan, menghalang mereka dari kekal berada dalam

usus untuk satu jangka masa yang terlalau lama yang boleh menyebabkan

timbulnya pelbagai penyakit.

4. Seorang kawan anda yang mengalami masalah berat badan memutuskan untuk

diet secara mendadak. Dia memberitahu anda bahawa dia hanya akan

mengambil buah anggur dan air kopi selama dua minggu. Apakah nasihat yang

akan anda beri kepadanya?

Page 13: experiment 2 sains 1 pismp

Sesungguhnya diet secara mendadak hanya akan memberi kesan yang lebih

buruk kepada kesihatan badan kita sendiri. Badan kita memerlukan nutrient yang

cukup dari segala segi. Buah anggur sememangnya mengandungi

pengantioksidaan dan vitamin, namun hanya mengambil buah anggur

merupakan satu tindakan yang kurang bijak kerana nutrient yang akan diterima

adan kita tidak mencukupi. Manakal kpi mengandungi kafein yang memberi

ketahanan badan terhadap sesuatu namun hanya dalam jangka masa yang

seketika sahaja. Lama-kelamaan badan kita akan mengalami sakit kerana tidak

cukup nutrient yang diperlukan oleh badan .

5. Orang eskimo yang biasanya mengambil ikan, daging ikanpaus, dan minyak

singa laut berbanding mentega dan daging lembu mempunyai potensi yang

rendah untuk mendapat serangan jantung. Terangkan.

Perkara ini berlaku kerana mereka mengambil daging putih dan bukannya

daging merah. Daging putih amat berkhasiat dan tidak mengandungi kandungan

lemak tepu yang tinggi. Perkara sebaliknya yang berlaku kepada daging merah

kerana mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Oleh itu, kandungan

lemak tepu di dalam badan mereka akan menjadi rendah dan mengurangkan

risiko untuk mereka mendapat serangan jantung .